prosa tradisional

11
PROSA TRADISIONAL HIKAYAT PATANI

Upload: aggie

Post on 06-Jan-2016

78 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PROSA TRADISIONAL. HIKAYAT PATANI. Watak utama :   Phaya Tu Antara ( nama asal ) / Phaya Tu Naqba ( nama gelaran ) / Raja Kota Mahligai / waris Phaya Tu Kerub Mahajana / Sultan Ismail Syah Zillullah Fil Alam. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: PROSA TRADISIONAL

PROSA TRADISIONALHIKAYAT

PATANI

Page 2: PROSA TRADISIONAL

Watak utama:  Phaya Tu Antara (nama asal) / Phaya Tu Naqba (nama gelaran) / Raja Kota Mahligai / waris Phaya Tu Kerub Mahajana / Sultan Ismail Syah Zillullah Fil Alam

Page 3: PROSA TRADISIONAL

Watak lain:  1) Encik Tani (orang tua di tepi pantai / bekas pegawai Paduka Nenda Raja Kota Mahligai)                :  2)Syeikh Said (tabib yang

merawat penyakit ganjil raja / pendakwah / orang Pasai)                :  3)sekalian bendahara, menteri, laksamana, temenggung, hulubalang (tiada nama khusus diberikan)

Page 4: PROSA TRADISIONAL

:  Syeikh Gambak / saudagar dari Minangkabau  } dihukum bunuh kerana berniaga tembaga

:  Abdul Mukmin / murid Syeikh Gambak            } disemadikan di kubur Tuk Panjang

:  nakhoda selob / perahu dari Melaka (membawa dagangan berharga)

:  nakhoda wangkang Cina (pemberi hadiah sebutir peluru batu kepada Sultan)

:  Abdul Samad / tukang buat bedil berbangsa Rom:  Kerub Picai Paina  /  Sultan Mudaffar Syah  }:  Tunku Mahacai  /  Raja Aisyah                    }

anakanda raja (nama sebelum sesudah Islam):  Mahacai Pailang  /  Sultan Manzur Syah       }:  Tuk Besar / penyelenggara mayat

Page 5: PROSA TRADISIONAL

Sinopsis

Phaya Tu Naqba menaiki takhta negeri Kota Mahligai bagi menggantikan ayahanda baginda yang mangkat. Baginda hendak berburu di tepi laut dengan membawa sekalian pegawai istana dan rakyat. Kesan rusa begitu banyak, tetapi hasil buruan tidak juga diperoleh. Baginda melepaskan anjing yang menyalak hingga dua jam kerana mengejar seekor pelanduk putih yang lenyap di pantai.

Page 6: PROSA TRADISIONAL

Baginda pun menuju ke pantai, lalu bertemu rumah Encik Tani bersama isteri. Encik Tani juga bekas pegawai istana Kota Mahligai, tetapi terkena penyakit ganjil, lalu ditinggalkan di situ. Akhirnya, baginda membuat keputusan membuka negeri di situ yang siap dalam masa dua bulan. Kerajaan Kota Mahligai berpindah ke negeri baharu yang dinamakan Patani Dar al-Salam, sempena nama Encik Tani.

Page 7: PROSA TRADISIONAL

Setelah beroleh tiga orang cahaya mata, baginda jatuh sakit merekah tubuh. Canang dipukul dengan tawaran menjadi menantu raja jika mampu menyembuhkan baginda. Setelah seminggu, di kampung orang Pasai, Syeikh Said sanggup mengubati raja dengan syarat baginda memeluk Islam, bukan syarat mengahwini puteri baginda. Setelah tujuh hari, baginda beransur sembuh, tetapi mungkir janji.

Page 8: PROSA TRADISIONAL

Dua tahun setelah itu, penyakit ganjil kembali menyerang dan Syeikh Said kembali dipanggil. Baginda mungkir janji lagi. Kali ketiga, penyakit baginda lebih teruk hingga tidak mampu duduk. Syeikh Said memberi kata dua bahawa dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dibunuh andai raja mungkir janji lagi. Setelah sembuh, raja menunaikan janji dan Syeikh Said melakukan proses pengIslaman raja, pegawai dan sekalian rakyat baginda, serta membubuh nama Islam mereka. 

Page 9: PROSA TRADISIONAL

Suatu hari datang nakhoda wangkang Cina menghadiahkan sebutir peluru batu sebesar bakul. Baginda bertitah menjadi aib (malu) menyimpan peluru tanpa memiliki bedil (meriam). Maka, sebagai langkah awal, dilarang urusan menjual tembaga selama tiga tahun. Namun, sebuah selob dari Melaka datang membeli tembaga sebanyak empat pikul daripada Syeikh Gambak pada waktu malam, tetapi kemudian tertangkap.

Page 10: PROSA TRADISIONAL

Syeikh Gambak dan muridnya, Abdul Mukmin kemudian dihukum bunuh di Pintu Gajah dan mayat mereka dibuang ke dalam sungai. Selama tiga hari, kedua-dua mayat terapung separas pinggang dan dada dan hanyut seperti orang berjalan. Ketika diselenggarakan, kedua-dua mayat memanjang, lalu dikuburkan begitu. Tukang berbangsa Rom, Abdul Samad membuat bedil di Kampung Tembaga, tetapi terlalu nipis untuk digunakan, lalu terbiar selama tiga tahun. Akhirnya, bedil dirombak kepada tiga pucuk dengan nama Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu.

Page 11: PROSA TRADISIONAL

Tema Peristiwa pembukaan negeri yang dinamakan Patani Dar al-Salam