proposal untuk kajian tindakan

7
SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1, PERSIARAN PERDANA,52200 KUALA LUMPUR (SELANGOR). MOHD SUFIAN BIN OMAR 870106035279 014-2611231 / [email protected] TAJUK KAJIAN : Meningkatkan Kemahiran Operasi Tolak Dan Tambah Nombor Integer Menggunakan Teknik HORVER Dalam Kalangan Murid Tingkatan 2. 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran /Isu Yang Lalu Saya mengajar di sekolah SMK Bandar Sri Damansara 1, Petaling Jaya. Saya mengajar matapelajaran Matematik Kelas 2 Hemah dan 2 Arif. Dari pengalaman dan ujian yang lalu, setelah mengajar kelas 2 Hemah dan 2 Arif, didapati segelintir murid masih lemah dalam Operasi Tolak Dan Tambah Nombor Integer. Mereka tidak dapat menyelesaikan operasi tolak dan tambah nombor integer terutama yang melibatkan integer negatif. Apakah cara yang paling sesuai untuk saya lakukan agar pelajar dapat memahami dan menyelesaikan operasi tolak dan tambah nombor integer dengan betul? . Kegagalan murid menyelesaikan operasi tolak dan tambah nombor integer : i) Sikap sambil lewa murid, ii) Tidak beri perhatian semasa guru mengajar iii) Murid juga tidak memahami konsep integer negatif. iv) Mereka takut untuk bertanya kerana risau diketawakan oleh rakan sekelas. v) Penyampaian dalam Bahasa Inggeris menyukarkan pemahaman murid terutamanya murid Melayu. Saya cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin berpunca dari kelemahan saya sendiri seperti : i) Selama ini saya mengajar sekadar untuk menghabiskan sukatan pelajaran disebabkan oleh kekangan masa Disediakan oleh : MOHD SUFIAN BIN OMAR SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1 1

Upload: mohd-sufian

Post on 10-Jul-2016

272 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

contoh proposal kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal untuk kajian tindakan

SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1, PERSIARAN PERDANA,52200 KUALA LUMPUR (SELANGOR).

MOHD SUFIAN BIN OMAR870106035279014-2611231 / [email protected]

TAJUK KAJIAN : Meningkatkan Kemahiran Operasi Tolak Dan Tambah Nombor Integer Menggunakan Teknik ‘HORVER’ Dalam Kalangan Murid Tingkatan 2.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran /Isu Yang Lalu

“Saya mengajar di sekolah SMK Bandar Sri Damansara 1, Petaling Jaya. Saya mengajar matapelajaran Matematik Kelas 2 Hemah dan 2 Arif. Dari pengalaman dan ujian yang lalu, setelah mengajar kelas 2 Hemah dan 2 Arif, didapati segelintir murid masih lemah dalam Operasi Tolak Dan Tambah Nombor Integer. Mereka tidak dapat menyelesaikan operasi tolak dan tambah nombor integer terutama yang melibatkan integer negatif. Apakah cara yang paling sesuai untuk saya lakukan agar pelajar dapat memahami dan menyelesaikan operasi tolak dan tambah nombor integer dengan betul?”.

Kegagalan murid menyelesaikan operasi tolak dan tambah nombor integer :

i) Sikap sambil lewa murid, ii) Tidak beri perhatian semasa guru mengajariii) Murid juga tidak memahami konsep integer negatif.iv) Mereka takut untuk bertanya kerana risau diketawakan oleh rakan

sekelas.v) Penyampaian dalam Bahasa Inggeris menyukarkan pemahaman murid

terutamanya murid Melayu.

Saya cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin berpunca dari kelemahan saya sendiri seperti :i) Selama ini saya mengajar sekadar untuk menghabiskan sukatan

pelajaran disebabkan oleh kekangan masaii) Saya juga tidak memberikan perhatian kepada tahap kefahaman murid

kerana merasakan bahawa tajuk ini tidak sukar.

Disediakan oleh : MOHD SUFIAN BIN OMARSMK BANDAR SRI DAMANSARA 1

1

Page 2: Proposal untuk kajian tindakan

iii) Saya juga tidak sempat untuk menilai tahap kefahaman murid disebabkan oleh bilangan murid yang terlalu ramai.

2.0 Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas didapati pelajar tidak dapat menjawab soalan yang melibatkan operasi tolak dan tambah nombor integer kerana :

a. Murid tidak cuba untuk memahami tajuk ini dengan inisiatif masing-masing seperti bertanya kepada guru.

b. Murid tidak memahami konsep integer negatif.c. Murid tidak memberi respon apabila guru bertanya setelah selesai

pembelajaran dalam kelas.Masalah ini berlaku di kalangan murid-murid terutamanya disebabkan

sikap pelajar yang tiada semangat untuk belajar dan sentiasa berfikiran negatif terhadap matapelajaran Matematik.

Murid menjadi lemah dalam topik ini adalah kerana lemah dalam konsep integer negatif. Kesan masalah jika tidak ditangani, murid akan terus mengamalkan sikap sambil lewa dan lepas tangan dalam pembelajaran. Jika langkah penyelesaian tidak diambil, maka tajuk-tajuk seterusnya dalam subjek Matematik juga akan dipandang remeh oleh pelajar, seterusnya pelajar akan mula hilang minat terhadap subjek Matematik. Pelajar juga tidak akan tahu bagaimana untuk mengaplikasikan konsep-konsep Matematik dalam kehidupan seharian. Pelajar juga akan menjadi malas untuk berfikir dan seterusnya tidak tahu bagaimanakah caranya untuk berfikir dengan kemahiran aras tinggi kelak.

Saya akan cuba mengatasi masalah kemahiran operasi tolak dan tambah untuk integer dengan memperkenalkan teknik “HORVER”. HORVER ialah gabungan singkatan bagi Horizontal iaitu melintang manakala Vertical iaitu menegak dalam Bahasa Melayu.

3.0 Objektif Kajian3.1 Objektif Am:

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran operasi tolak dan tambah nombor integer menggunakan teknik ‘HORVER’ dalam kalangan murid tingkatan 2.

3.2 Objektif Khusus a) Bilangan murid lemah yang dapat menyelesaikan operasi tolak dan

tambah nombor integer dengan betul dapat ditingkatkan

Disediakan oleh : MOHD SUFIAN BIN OMARSMK BANDAR SRI DAMANSARA 1

2

Page 3: Proposal untuk kajian tindakan

b) Murid dapat menjawab lebih daripada 10 soalan daripada 20 soalan dengan betul.

c) Guru dapat mengukur peratus peningkatan skor dalam praujian dan pascaujian yang dijalankan.

4.0 Kumpulan Sasaran:

Murid yang terlibat adalah dipilih berdasarkan ujian pertengahan tahun. Sebanyak 10 orang murid dipilih untuk diajar menggunakan Teknik “HORVER”.

5.0 Kaedah Kajian 1. Pemerhatian 2. Ujian

5.1 Tinjauan Awal Masalah:

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan dilakukan untuk mendapatkan data mengukur masalah ini melalui:

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid kurang memberikan perhatian dan tidak membuat persediaan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.

5.1.2 Praujian

Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana murid dapat menyelesaikan operasi tolak dan tambah nombor integer. Item Praujian merupakan item berbentuk subjektif. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya tidak memulangkan kertas jawapan murid dan tidak membincangkan jawapannya, sebaliknya saya telah memperkenalkan Teknik “HORVER”.

Disediakan oleh : MOHD SUFIAN BIN OMARSMK BANDAR SRI DAMANSARA 1

3

Page 4: Proposal untuk kajian tindakan

5.2 Pelaksanaan Intervensi

Aktiviti 1 :Murid diberikan dua pensel warna iaitu warna kuning dan warna biru. Murid dikehendaki mencampurkan dua warna tersebut dan menghasilkan warna hijau.

Aktiviti 2 :Saya akan menunjukkan cara menyelesaikan masalah operasi tolak dan tambah nombor integer. Soalan akan ditulis di papan putih secara melintang seperti kebiasaan. Saya meminta murid mengenalpasti nombor yang besar dalam soalan tersebut dan bulatkan serta susun secara menegak sebagai nombor yang pertama tanpa mengira tanda positif atau negatif. Nombor yang lebih kecil disusun dibawah nombor yang besar tadi tanpa mengira tanda positif atau negatif. Untuk operasi dalam keadaan menegak, murid perlu mengenalpasti berdasarkan warna tanda positif atau negatif dan terjemahkan operasi berdasarkan warna yang terhasil. Untuk tanda integer di jawapan hendaklah berpandukan pada nombor yang besar pada soalan.

Contoh :

Petunjuk;Kad tanda integer

- Warna biru

+ warna kuning

Kad operasi

- + +

Warna hijau warna biru warna kuning

Disediakan oleh : MOHD SUFIAN BIN OMARSMK BANDAR SRI DAMANSARA 1

4

operasi operasioperasi

Page 5: Proposal untuk kajian tindakan

i. - 78 + 13 SUSUNAN HORIZONTAL (MELINTANG)

nombor yang lebih besar nombor yang lebih kecil

kad operasi 78 - 13

- 65

Tanda pada nombor yang besar

TEKNIK “HORVER”

Aktiviti 3 :Pelajar diberi ujian pasca selepas pengajaran menggunakan teknik “HORVER” dilaksanakan. Markah dianalis samada murid menunjukkan peningkatan dalam menyelesaikan operasi tambah dan tolak dalam integer.

6.0 Bahan yang dicadangkan

Bahan yang dicadangkan adalah kad manila, kad operasi, kad tanda integer, kad nombor 0-9, pensel warna.

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian Bil Aktiviti Tarikh

pelaksanaanCatatan

1. Menulis proposal Kajian 24-30 April 20142. Merancang Tindakan 2 Mei 20143. Melaksanakan Tinjauan Masalah 19-23 Mei 2014 Pentaksiran Pertengahan

Tahun 19-23 Mei 20144. Pra ujian Minggu 2 (Jun) 17 Jun 20145. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1&2 Minggu 2 (Jun) 19 Jun 20146. Ujian untuk mengesan pencapaian murid (pasca ujian) 19 Jun 2014

Disediakan oleh : MOHD SUFIAN BIN OMARSMK BANDAR SRI DAMANSARA 1

5

SUSUNAN VERTICAL

Page 6: Proposal untuk kajian tindakan

7. Refleksi kajian 24 Jun 20148. Menulis laporan Kajian 30 Jun 2014

8.0 Kos Kajian

Bil Perkara Harga seunit Jumlah1 Kad Manila 3 x RM1.00 RM 3.002 Pensel warna 10 x RM 2.00 RM 20.003 Kertas A4 1 x RM 10.00 RM 10.004 Photostat bahan dan laporan

kajian50 x RM 0.10 RM 5.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 38.00

9.0 PENUTUP

Kajian Tindakan saya yang bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Operasi Tolak Dan Tambah Nombor Integer Menggunakan Teknik ‘HORVER’ Dalam Kalangan Murid Tingkatan 2” diharapkan akan dapat membantu dan dimanfaatkan untuk menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

Disediakan oleh : MOHD SUFIAN BIN OMARSMK BANDAR SRI DAMANSARA 1

6

EMAIL:[email protected]