proposal leong.doc

44
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Konteks kajian Saya merupakan seorang guru pelatih ambilan Januari 2009 dari Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (IPGTAR), Kota Samarahan yang mengambil kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Pendidikan Pemulihan sebagai kursus major. Saya tidak mempunyai pengalaman mengajar sebelum ini kecuali setelah menjalani tiga fasa praktikum. Saya telah menjalani praktikum yang ketiga di SK. St. Patrick Tangga, Serian. Praktikum ini akan berlangsung selama 3 bulan iaitu mulai 30 Januari 2012 sehingga 27 April 2012. SK. St. Patrick Tangga merupakan sebuah sekolah luar bandar yang terletak kira-kira 60km dari Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (IPGTAR). Sekolah satu sesi (sesi pagi) ini mempunyai 16 orang guru termasuk guru besar, 3 orang pembantu tadbir dan 210 orang murid yang terdiri daripada suku kaum Melayu, Bidayuh, Iban, Cina dan Kenyah/Suluk. Kebanyakan murid-murid tersebut merupakan orang Bidayuh (177 0rang). Di sekolah ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar subjek Pemulihan Tahun 3 dan Matematik Tahun 4. Pemulihan Tahun 3 (Bahasa Melayu) saya terdiri daripada 4 orang murid. Kesemua mereka terdiri daripada lelaki. Saya akan bertemu dengan mereka 3 waktu (1 jam) seminggu untuk mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu hari Isnin setengah jam dan hari Selasa Sejam. Murid-murid ini merupakan murid yang belum melepasi ujian saringan LINUS (Literasi dan Numerasi) bagi tahun 2011.

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 17-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0PENDAHULUAN

1.1 Konteks kajian

Saya merupakan seorang guru pelatih ambilan Januari 2009 dari Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (IPGTAR), Kota Samarahan yang mengambil kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Pendidikan Pemulihan sebagai kursus major. Saya tidak mempunyai pengalaman mengajar sebelum ini kecuali setelah menjalani tiga fasa praktikum. Saya telah menjalani praktikum yang ketiga di SK. St. Patrick Tangga, Serian. Praktikum ini akan berlangsung selama 3 bulan iaitu mulai 30 Januari 2012 sehingga 27 April 2012. SK. St. Patrick Tangga merupakan sebuah sekolah luar bandar yang terletak kira-kira 60km dari Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (IPGTAR). Sekolah satu sesi (sesi pagi) ini mempunyai 16 orang guru termasuk guru besar, 3 orang pembantu tadbir dan 210 orang murid yang terdiri daripada suku kaum Melayu, Bidayuh, Iban, Cina dan Kenyah/Suluk. Kebanyakan murid-murid tersebut merupakan orang Bidayuh (177 0rang). Di sekolah ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar subjek Pemulihan Tahun 3 dan Matematik Tahun 4. Pemulihan Tahun 3 (Bahasa Melayu) saya terdiri daripada 4 orang murid. Kesemua mereka terdiri daripada lelaki. Saya akan bertemu dengan mereka 3 waktu (1 jam) seminggu untuk mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu hari Isnin setengah jam dan hari Selasa Sejam. Murid-murid ini merupakan murid yang belum melepasi ujian saringan LINUS (Literasi dan Numerasi) bagi tahun 2011. 1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaranPertama kali saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan kelas pemulihan Tahun 3, saya telah membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan yang berlainan iaitu Kumpulan Merah (kemahiran perkataan V + KVK) dan Kumpulan Hijau (kemahiran perkataan KVK + KVKK). Saya gemar membahagikan murid-murid pemulihan yang mempunyai daerah kelemahan dan tahap pencapaian yang sama dalam satu kumpulan. Saya percaya teknik belajar berkumpulan dapat mengurangkan rasa bosan murid untuk belajar. Selain daripada itu, belajar dalam kumpulan juga dapat menimbulkan daya saing dalam kalangan murid-murid untuk mencapai hasil pembelajaran yang lebih memuaskan. Mohd Yusof Othman (1998) berpendapat bahawa satu kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama, atau kumpulan yang tidak formal. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Shahabuddin Hashim et.al. (2007) menegaskan bahawa bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan perlu diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru. Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan.Manfaat teknik belajar berkumpulan ini juga disokong Ismail Zain (tahun) yang berpendapat bahawa belajar secara berkumpulan mampu mengurangkan rasa bosan malah boleh meningkatkan lagi daya ingatan. Pada 21 Februari 2012, saya telah mengajar kemahiran perkataan V + KVK dengan murid-murid Kumpulan Merah. Murid-murid diminta membaca kad ayat mudah yang berkaitan dengan perkataan V + KVK. Kemudian, murid-murid perlu menjawab lembaran kerja yang ada kaitan dengan perkataan V + KVK. Sebagai contoh, latihan yang berkaitan dengan isi tempat kosong bagi frasa atau ayat mudah (rujuk lampiran 1). Didapati mereka dapat mengisi tempat kosong dengan perkataan V + KVK yang tepat. Saya berasa amat gembira dengan pencapaian mereka. Saya beranggapan bahawa mereka telah berjaya menguasai kemahiran tersebut dengan teknik latih tubi yang saya jalankan. Pada kebiasaannya, saya mengamalkan teknik latih tubi dalam mengajar kemahiran menulis bagi murid-murid pemulihan, iaitu membuat latihan dalam lembaran kerja. Pada pendapat saya, teknik latih tubih amat sesuai untuk melatih murid-murid pemulihan menulis perkataan dengan suku kata yang tepat. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan pengalaman saya menjalani dua fasa praktikum sebelum ini. Menurut Kamaruddin Husin (tahun, m/s 198), latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya ialah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua.Apabila diselidik dengan lebih teliti jawapan yang dijawab oleh mereka, saya berasa agak terkejut kerana mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai masalah dalam penulisan sesetengah huruf besar dan huruf kecil. Apabila mendapati murid tersebut salah menulis huruf kecil saya menanya kepadanya, apakah beza huruf kecil k dengan huruf besar K ? Respon yang diberi oleh murid tersebut ialah K kepalanya lebih tinggi.

( Nota lapangan, 21 Februari 2012)

Saya tertanya-tanya sebab berlakunya kejadian sebegini dan akhirnya saya dapat merumuskan bahawa perkara ini terjadi kerana sebelum ini saya hanya memberi perhatian dan penekanan terhadap ejaan perkataan V + KVK. Asalkan mereka dapat menulis perkataan V + KVK dengan tepat, saya beranggapan objektif pengajaran dan pembelajaran saya pada hari tersebut telah tercapai. Saya baru menyedari saya tidak memberi perhatian dan penekanan terhadap penulisan huruf murid-murid selama ini.

Penulisan huruf besar dan huruf kecil juga merupakan satu aspek yang amat penting yang perlu dikuasai oleh setiap murid tidak kira murid pemulihan mahupun murid kelas perdana. Apabila saya mengesan masalah tersebut, saya mula memberi perhatian terhadap penulisan huruf mereka pada latihan yang seterusnya. 1.3 Refleksi nilai pendidikan Melalui praktikum yang pertama dan kedua, satu amalan telah terbentuk dalam diri saya sebelum bermula mengajar murid-murid di kelas pemulihan. Setiap kali sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan murid-murid pemulihan, saya akan mengambil masa seminggu untuk menjalankan Ujian Dignostik dengan mereka. Mengikut model ASSURE oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996), guru perlu menganalisis ciri-ciri murid sebelum merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Tujuan saya melaksanakan ujian diagnostik ini ialah untuk membolehkan saya memahami dengan lebih mendalam tentang daerah kelemahan murid-murid pemulihan.Untuk praktikum fasa ketiga ini, saya masih mengekalkan amalan tersebut. Saya telah menjalankan Ujian Diagnostik dengan murid-murid pemulihan dari Sekolah Kebangsaan ST. Patrick Tangga, Serian pada minggu pertama praktikum (30 Januari 3 Februari 2012). Selain daripada itu, saya juga percaya kemahiran membaca dan menulis adalah sama penting dan harus diajar pada masa yang sama agar penguasaan murid-murid terhadap kemahiran membaca dan menulis berkembang dengan seimbang. Jadi, dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung selama sejam, saya akan menggabungjalinkan kemahiran membaca dan menulis. Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), terdapat dua cara penggabungjalinan kemahiran dijalankan. Pertama, penggabungjalinan kemahiran dapat dilakukan dalam satu mata pelajaran Contohnya, kemahiran membaca dapat digabungjalinkan dalam kemahiran lain seperti bertutur dan menulis. Kedua, penggabungjalinan kemahiran dapat juga dilakukan antara satu mata pelajaran dengan satu atau beberapa mata pelajaran lain. Contohnya, kemahiran bahasa dapat digabungjalinkan dengan kemahiran Seni Muzik, Pendidikan Jasmani atau mata pelajaran lain.Apabila saya menyedari murid saya mempunyai masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil, saya berasa agak terkejut kerana pada pandangan saya, murid tahun 3 seharusnya telah dapat menguasai kesemua huruf besar dan huruf kecil walaupun mereka merupakan murid pemulihan. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya mengambil keputusan untuk mereka dan membina alat bantu mengajar yang dapat membantu murid tersebut menguasai huruf besar dan huruf kecil. Saya amat menitikberatkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) semasa mengajar kerana saya percaya bahawa alat bantu mengajar dapat menarik perhatian murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca, alat bantu mengajar (ABM) juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu termasuk mengajar membaca. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru menyediakan ABM atau media yang paling berkesan supaya objektif pengajaran tercapai.

(Syarifah Alwiah Alsagoff, 1984: 349 dalam Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Menurut Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) bahawa penggunaan BBM yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-labih lagi untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPERIHATIANAN

2.1 Isu Kajian Isu murid belum menguasai penulisan huruf besar dan huruf kecil mula saya sedari apabila saya mengajar kemahiran perkataan V + KVK pada 21 Februari 2012. Apabila saya menyemak hasil kerja murid, saya mendapati salah seorang murid pemulihan saya yang bernama Angel (nama samaran) telah mencampur adukkan sesetengah huruf besar dan huruf kecil.Angel belum dapat menguasai sepenuhnya amalan menulis huruf besar dan kecil. Beliau selalu menggunakan huruf besar dan huruf kecil yang salah dalam sesetengah perkataan dan pada permulaan ayat. Apabila mendapati Angel salah menulis huruf kecil saya menanya kepadanya, apakah beza huruf kecil k dengan huruf besar K ? Respon yang diberi oleh Angel ialah K kepalanya lebih tinggi.

( Nota lapangan, 21 Februari 2012)2.2 Tinjauan dan Analisis Masalah Kajian ini bermula ketika saya menyemak hasil kerja Angel. Berdasarkan latihan bertarikh 21 Februari 2012, Angel telah menunjukkan kesilapan dalam mengaplikasikan huruf-huruf seperti huruf k dan huruf g. Berikut merupakan contoh kesilapan yang dilakukan oleh Angel dalam lembaran kerja yang saya berikan. Berdasarkan latihan bertarikh 21 Februari 2012, Angel telah menunjukkan kesilapan dalam mengaplikasikan huruf-huruf seperti huruf k dan huruf g. Berikut merupakan contoh kesilapan yang dilakukan oleh Angel.

Gambar rajah 1: Kad ayat mudah Daripada latihan tersebut, saya mendapati Angel belum dapat menulis sesetengah huruf besar dan kadang kala mencampur adukan huruf besar dengan huruf kecil. Beliau bukan tidak memahami konsep huruf pertama setiap ayat mesti huruf besar tetapi tidak tahu macam mana tulis huruf besar tersebut. Masalah ini dapat dikukuhkan lagi dengan nota lapangan saya berikut: Angel mempunyai masalah mengaplikasikan huruf besar dan huruf kecil bagi ayat-ayat mudah. Dia sedar bahawa perkataan pertama setiap ayat mesti huruf besar tetapi dia masih melakukan kesilapan kerana dia keliru dengan bentuk huruf besar dan huruf kecil bagi sesetengah perkataan. Sebelum ini saya tidak mengesan masalah ini kerana latihan sebelum hanya melibatkan pembentukan perkataan. Menulis perkataan berdasarkan gambar dan sebagainya. Jadi, dia selalu menggunakan huruf kecil sahaja dan saya kurang memberi perhatian terhadap penggunaan huruf besar dan huruf kecil kerana fokus saya hanya kepada kemahiran yang diajar pada hari tersebut. Apabila sampai pembinaan ayat, baru saya mengesan masalah ini.

(Nota lapangan, 27 Februari 2012)Setelah saya mengetahui Angel mempunyai masalah dalam mengaplikasikan huruf besar dan huruf kecil, saya telah mengambil keputusan untuk menjalankan satu lagi ujian yang berkaitan dengan huruf besar dan huruf kecil dengan Angel. Tujuan menjalankan ujian ini ialah untuk mengesahkan bahawa Angel benar-benar mempunyai masalah dalam membezakan sesetengah huruf besar dan huruf kecil.Langkah pertama yang telah saya lakukan ialah memberi ujian yang berkaitan dengan penulisan huruf besar dan huruf kecil. Sampel kertas ujian Pra (Rujuk Lampiran 2) Berikut merupakan contoh kesilapan yang dilakukan oleh Angel dalam ujian tersebut.

Bahagian A: Imlak ( 1.1 Huruf besar)

Gambar rajah 2: Bahagian A dalam ujian ( 1.1 Huruf besar)Dalam bahagian A (1.1 huruf besar), Angel perlu menulis huruf besar yang diperdengarkan. Melalui ujian bahagian ini, didapati Angel mempunyai masalah dalam menulis huruf besar f huruf g, huruf k, dan huruf n. Jadual berikut menunjukkan analisis kesilapan yang dilakukan oleh Angel dalam bahagian A (1.1 Huruf besar).

Jadual 1:

Analisis kesilapan penulisan huruf besar AngelHuruf besarBetulSalah

A/

B/

C/

D/

E/

FX

GX

H/

I/

J/

KX

L/

M/

NX

O/

P/

Q/

R/

S/

T/

U/

V/

W/

X/

Y/

Z/

Bahagian A: Imlak ( 1.2 Huruf kecil)Gambar rajah 3: Bahagian A dalam ujian ( 1.2 Huruf kecil)Dalam bahagian A (1.2 huruf kecil), Angel perlu menulis huruf kecil yang diperdengarkan. Melalui ujian bahagian ini, didapati Angel mempunyai masalah dalam menulis huruf kecil f, huruf k, dan huruf s. Jadual berikut menunjukkann analisis kesilapan yang dilakukan oleh Angel dalam bahagian A (1.2 Huruf kecil). Jadual 2:

Analisis kesilapan penulisan huruf kecil AngelHuruf kecilBetulSalah

a/

b/

c/

d/

e/

fX

g/

h/

i/

j/

kX

l/

m/

n/

o/

p/

q/

r/

sX

t/

u/

v/

w/

x/

y/

z/

Bahagian A: Imlak ( 1.3 Huruf besar diikuti dengan huruf kecil)

Gambar rajah 4: Bahagian A dalam ujian ( 1.3 Huruf besar diikuti huruf kecil)Jadual 3:

Analisis perbandingan kesilapan penulisan huruf besar dan huruf kecil AngelHurufBesarKecil

a//

b//

c//

d//

e//

fXX

gX/

h//

i//

j//

kXX

l//

m//

nX/

o//

p//

q//

r//

s//

t//

u//

v//

w//

x//

y//

z//

Petunjuk: (() menunjukkan murid dapat menjawab dengan betul.

(X) menunjukkan murid tidak dapat menjawab dengan betul.Jadual 4:

Kekerapan dan peratusan kesilapan penulisan huruf yang dilakukan oleh Angel dalam bahagian A. Bil.AbjadKekerapan penggunaanJumlah salahPeratus kesalahan

(()

1.FHuruf besar22100

Huruf kecil22100

2.GHuruf besar22100

Huruf kecil200

3.KHuruf besar22100

Huruf kecil22100

4.NHuruf besar22100

Huruf kecil200

5.SHuruf besar200

Huruf kecil2150

Berdasarkan analisis daripada Jadual 1, 2, 3 dan 4, Angel telah menunjukkan ciri-ciri belum menguasai huruf besar dan huruf kecil dalam bentuk huruf tunggal (abjad). Melalui ujian bahagian A ini, saya dapat membuat perbandingan dan mengenalpasti bahawa Angel betul-betul mempunyai masalah dalam menulis huruf f, huruf g, huruf k, huruf n dan huruf s.

Jadual 5:

Peratusan kesilapan penulisan huruf tunggal (abjad) yang dilakukan oleh Angel

Angel akan mencampur adukkan huruf besar k dengan huruf k kecil begitu juga dengan huruf f. Apabila disuruh menulis huruf besar K, Angel akan menulis huruf k kecil dan apabila diminta menulis huruf besar F, Angel akan menulis huruf f kecil. Selain daripada itu, Angel belum dapat menulis huruf besar bagi huruf g, dan huruf n. Apabila disuruh menulis huruf besar G dan huruf besar N, Angel hanya membesarkan saiz huruf kecil g dan n. Angel juga belum dapat menguasai sepenuhnya huruf besar S dan huruf kecil s. Masalah ini dapat dilihat dalam ujian Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D di bawah. Bahagian B: Imlak (Suku kata)

Gambar rajah 5: Bahagian B dalam Ujian (menulis suku kata)

Dalam bahagian B, Angel perlu menulis suku kata yang diperdengarkan dan mengisi tempat kosong dengan suku kata yang tepat. Melalui ujian bahagian B, didapati Angel mempunyai masalah dalam mengaplikasikan huruf s. Angel akan menggunakan huruf besar s pada belakang sesuatu suku kata. Sebagai contoh, suku kata nas ditulis sebagai naS.Bahagian C: Imlak (Perkataan) dan menulis perkataan berdasarkan gambar.

Gambar rajah 6: Bahagian C ( menulis perkataan)

Dalam bahagian C, Angel perlu menulis perkataan yang diperdengarkan dan mengisi tempat kosong dengan perkataan yang tepat berdasarkan gambar. Melalui ujian bahagian C ini, didapati Angel mempunyai masalah dalam mengaplikasikan huruf k dalam perkataan. Angel akan menggunakan huruf besar k di huruf akhir perkataan. Sebagai contoh: KataK dan KeK.

Bahagian D: Imlak (Ayat) dan mengisi tempat kosong bagi ayat mudahGambar rajah 7: Bahagian D ( menulis ayat)Dalam bahagian D, Angel perlu menulis ayat yang diperdengarkan dan mengisi tempat kosong dengan perkataan yang tepat pada ayat mudah. Melalui ujian bahagian D, didapati Angel mempunyai masalah yang serius dalam mengaplikasikan huruf n, huruf g, huruf k dan huruf s dalam penulisan. Angel akan menggunakan huruf kecil untuk memulakan ayat. Hal ini berlaku bukan atas sebab beliau tidak tahu perkataan pertama perlu huruf besar tetapi disebabkan oleh beliau tidak tahu macam mana tulis huruf besar bagi huruf-huruf tersebut. Hal ini dapat dibuktikan melalui penulisan ayat-ayat lain yang tidak melibatkan huruf-huruf yang beliau mengalami masalah. Angel dapat menulis huruf besar bagi setiap perkataan pertama dalam ayat. Sebagai contoh, Ini baju Raju, Raju suka makan nanas dan sebagainya.

Jadual berikut menunjukkann analisis kesilapan yang dilakukan oleh Angel dalam bahagian D (Imlak (Ayat) dan mengisi tempat kosong bagi ayat mudah).

Jadual 6:

Analisis kesilapan penulisan huruf dalam ayat mudah yang dilakukan oleh AngelBil.AbjadKekerapan penggunaanJumlah salahJumlah betul Peratus salah

(()

1.A510510

2.B110110

3.C0000

4.D1010

5.E7070

6.F0000

7.G102820

8.H1010

9.I280280

10.J8080

11.K96367

12.L1010

13.M5050

14.N2852318

15.O0000

16.P5050

17.Q0000

18.R6000

19.S1810856

20.T3030

21.U150150

22.V0000

23.W0000

24.X0000

25.Y2020

26.Z4040

Sepanjang saya menjalankan Ujian Pra dengan Angel, saya telah membuat pemerhatian terhadap setiap tingkah laku dan jawapan yang diberi secara lisan oleh Angel. Tingkah laku dan jawapan lisan daripada Angel telah dicatat dalam jadual (Lampiran 3). Jadual 7 berikut menunjukkan beberapa contoh peristiwa yang dapat membuktikan Angel mempunyai masalah dalam menulis huruf besar dan huruf kecil bagi huruf f, huruf g, huruf k, huruf n dan huruf s.

Jadual 7:Catatan pemerhatian terhadap respon Angel semasa Ujian Pra.PeristiwaCatatan

Kertas ujian Pra diedarkan kepada Angel. Angel menulis huruf yang diperdengarkan. Apabila disebut huruf besar K. Angel berhenti menulis dan termenung. Angel lama berfikir kemudian baru menulis huruf kecil k sebagai huruf besar. Berfikir

Apabila sampai bahagian menulis huruf besar F, Angel menulis tanpa berfikir huruf kecil f. Saya menanya kepada Angel, Apakah perbezaan antara huruf besar F dengan huruf kecil f?. Angel menunjukkan kepala huruf f dan berkata : Huruf besar kepala dia bengkok, huruf kecil kepala dia lurus.Penuh keyakinan

Apabila menulis huruf besar N, sekali lagi Angel menghadapi masalah. Dia menulis dengan penuh keyakinan. Saya menanya kepada dia apakah perbezaan antara huruf besar N dengan huruf kecil n. Jawapan yang diberi oleh Angel ialah n besar lebih tinggi dan n kecil lebih pendek (rendah). Tanpa berfikir banyak

Apabila menulis huruf besar G, sekali lagi Angel menulis huruf besar yang salah. Apabila disoal tentang perbezaan huruf besar G dan huruf kecil g, jawapan yang diberikan oleh Angel ialah huruf besar G ekornya berada di atas garisan dan huruf kecil g berada di bawah garisan. Penuh keyakinan

Langkah yang ketiga yang saya gunakan ialah temu bual. Saya telah melaksanakan satu temu bual dengan guru pemulihan dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga. Temu bual ini dilakukan secara tidak berstruktur. Berdasarkan temu bual (rujuk lampiran 4 & 5), saya mendapat pengesahan daripada guru pemulihan bahawa Angel ini benar-benar mempunyai masalah dalam membezakan huruf-huruf tersebut. Saya: Angel ni ada masalah dengan sesetengah huruf besar dan huruf kecilkan?

Guru: Ya huruf besar yang paling tak dapat. Dia lupa bentuk huruf besar.

Angel ini kenal huruf tetapi dia tidak ingat macam mana huruf besar. Dia besarkan huruf kecil untuk jadi huruf besar. Saya: Ya kalau melihat daripada ujian ini, huruf k macam terbalik huruf besar dan huruf kecil kan cikgu? Cikgu: Betul sebab mungkin bagi dia K besar itu lebih tinggi kepalanya. Kalau k kecil lebih pendek kepalanya.

(GP 08032012)

Masalah Angel juga telah dikukuhkan dengan temu bual bersama guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3. (Rujuk Lampiran 4)Saya: Cikgu, selama 3 tahun cikgu mengajar Angel, adakah cikgu mengesan masalah penulisan huruf besar dan huruf kecil Angel?

Guru: Ya ada. Angel ini dari Tahun Satu lagi sudak mempunyai masalah Membezakan sesetengah huruf besar dan huruf kecil. Dulu, banyak huruf yang dia tidak dapat tulis dengan betul. Sekarang sudah kurang sikit. Huruf yang dia masih sentiasa melakukan kesilapan ialah huruf S, huruf K, huruf F, huruf G dan huruf n. Bagi huruf n ini dia memang tidak pernah menulis huruf besar bagi huruf n. Setiap kali menulis huruf besar n dengan huruf kecil n.

(GBM 09032012)3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian tindakan ini dijalankan dengan objektif membantu murid menguasai penulisan huruf besar dan huruf kecil bagi huruf f, g, k, n dan s dengan menggunakan Kaedah 2C1D.

4.0 KUMPULAN SASARAN Subjek kajian saya terdiri daripada seorang orang murid pemulihan daripada kelas Tahun 3 SK St. Patrick Tangga, Serian. Angel berumur 9 tahun dan dilahirkan di Hospital Umum Serian pada 23 October 2003. Angel merupakan anak bongsu di dalam keluarga. Dia berbangsa Bidayuh dan beragama Kristian. Bahasa ibunda dan bahasa pertuturan di rumah Angel ialah Bahasa Bidayuh. Jadual 8:

Maklumat tentang kumpulan sasaran yang saya pilih.

Nama:Angel

Jantina:Lelaki

Surat Lahir:SK 175374

Tarikh lahir:23/10/2003

Kaum:Bidayuh

Markah Bahasa Melayu (pemahaman) dalam Peperiksaan Semester 2, 201130( (D)

Markah Bahasa Melayu (penulisan) dalam Peperiksaan Semester 2, 201120( (D)

Kedudukan dalam kelas bagi Peperiksaan Semester 2, 2011

Status LINUS Tahun 2 (Kohort 1)

LITERASI (2011)

(rujuk lampiran 6)Saringan 1 LINUS tegar

Saringan 2 LINUS tegar

Saringan 3 - LINUS pemulihan

Saringan 4 LINUS pemulihan

Saringan 5 - LINUS perdana

Saringan 6 LINUS perdana

Menurut guru pemulihan, Angel merupakan seorang murid yang agak mendengar arahan guru. Angel merupakan seorang murid yang cepat belajar tetapi juga cepat lupa. Kenyataan ini disokong melalui transkrip temu bual dengan guru pemulihan dan guru Bahasa Melayu seperti berikut: Cikgu: ...... Tengok, kalau ikut, ini huruf besar ni (sambil menunjuk jawapan Angel dalam Ujian Pra). Angel ini cepat belajar tetapi pun cepat lupa.

(GP 08032012)

Cikgu : Tidak banyak cara yang digunakan kerana selalunya waktu Bahasa Melayu

dia akan pergi ke kelas pemulihan. Jadi, saya cuma tegur macam biasa sahaja setiap kali berbincang jawapan soalan ujian atau latihan. Tetapi nampaknya cara teguran langsung tidak berkesan bagi dia kerana dia senang lupa apa yang telah dipelajari. Pada masa kita tegur dia dapat tulis dengan betul. Apabila keesokan hari kita tanya lagi, dia akan lupa lagi dan melakukan kesilapan lagi. (GBM 09032012)

Usaha yang telah diberi oleh guru pemulihan sebelum ini ialah dengan menggunakan kaedah latih tubi sahaja. Angel hanya menjawab lembaran kerja tiap-tiap hari bagi huruf yang dia belum meguasai. Kenyataan ini dapat disokong melalui transkrip temu bual dengan guru pemulihan seperti berikut:

Saya: Jadi cikgu, sebelum ini cikgu pernah guna cara apa untuk mengajar Angel kenal huruf besar dan huruf kecil?

Cikgu:Guna latih tubi macam biasa sahaja la. Cari huruf yang tak dapat itu lepas tu bagi latihan tiap-tiap hari.

(GP 08032012)

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Perancangan langkah-langkah tindakan Dalam kajian ini, saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah main sambil belajar dalam menyelesaikan masalah Angel. Pada pendapat saya, murid-murid lebih senang mempelajari sesuatu kemahiran melalui proses main terutama bagi Angel yang merupakan murid pemulihan. Pendapat saya disokong oleh guru Bahasa Melayu yang telah saya temu bual:Saya: Jadi cikgu ada tak perasan Angel ini minat dengan cara pembelajaran yang

macam mana? Adakah dia lebih minat belajar dengan rakan-rakan atau cara

lain?

Guru: Saya melihat dia minat bermain sahaja. setiap kali dalam kelas dia akan

bermain sahaja. Jarang tumpu perhatian dengan pembelajaran. (GBM 09032012)

Pendapat saya turut disokong oleh Choong Lean Keow (2011: m/s. 29) bahawa permainan boleh dikatakan sebagai alat yang berkesan untuk memupuk pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut Fromberg dan Gullo (1992), aktiviti permainan dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak, di samping kompetensi sosial, kreativiti, imaginasi dan kemahiran berfikir. Jadi, melalui permainan bahasa diharapkan Angel dapat menguasai penulisan huruf besar dan huruf kecil dengan lebih cepat dan berkesan. Menurut Dr. Nor Hashimah Hashim Yahya Che Lah (2007: m/s. 50), kanak-kanak belajar melalui bermain. Bermain adalah perkara yang terbaik dan paling disukai oleh kanak-kanak. Pendapat Dr. Hashimah Hashim Yahya Ceh Lah selaras dengan sikap Angel yang suka bermain semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas perdana. Mengikut Feldman (1991:11) menyatakan kanak-kanak belajar secara semula jadi. Mereka ingin tahu, berminat, bersemangat dan memberi perhatian bagi mempelajari perkara-perkara baru. Cara yang terbaik mengajar kanak-kanak adalah melalui bermain dan gaya pembelajaran mereka yang semula jadi. Pendapat Feldman turut disokong oleh Freobel yang mengatakan bahawa bermain adalah suatu keadaan semula jadi yang membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Jadi, dapat dirumuskan bahawa kaedah bermain sambil belajar adalah cara yang paling sesuai digunakan untuk mengajar kanak-kanak yang sukar menumpukan perhatian dalam pembelajaran biasa di dalam kelas. Menurut Froebel (tahun), bagi mengajar kanak-kanak secara berkesan, seorang guru perlu menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Apabila perhatian dan perasaan ingin tahu kanak-kanak terusik, secara tidak langsung mereka terdorong belajar sesuatu yang baru. Demi menarik minat Angel untuk belajar, saya telah merancang dan akan menjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan membezakan huruf besar dan huruf kecil bagi huruf f, g, k, n dan s dengan menggunakan kaedah permainan bahasa. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut: Intervensi 1: Cari adik/ abang saya

Saya akan mengubahsuaikan permainan Ingatan dalam permainan komputer dengan huruf-huruf yang perlu dikuasai oleh Angel. Huruf-huruf pada kad ingatan akan ditulis dalam bentuk bergaris tiga. Saya akan menggunakan permainan Ingatan ini sebagai langkah pertama untuk memperkenalkan huruf-huruf kepada Angel. Saya percaya melalui proses mengingati kedudukan kad-kad huruf besar dan huruf kecil secara berulang kali, Angel akan mempunyai ingatan yang mendalam tentang perbezaan bentuk huruf besar dan huruf kecil. Menurut Mok Soon Sang (2010: m/s 383) ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan. Apabila Angel gagal membuka kad huruf yang berpadanan, dia perlu menutup semula kad tersebut dan mengingat kedudukan serta bentuk huruf tersebut. Melalui proses sebegini, Angel akan dapat menyimpan maklumat (bentuk huruf-huruf) dalam otak dengan lebih berkesan.

Langkah-langkah permainan Cari adik/ abang saya adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:

Rajah 1: Langkah-langkah pelaksanaan permainan Cari adik/ abang saya.

Gambar rajah 8: Bahan bantu mengajar permainan Ingatan.

Intervensi 2: Celup Tulis

Dalam intervensi ini, saya akan membekalkan water colour (cat air) dan buku lukisan bergaris tiga, bergaris dua dan bergaris satu kepada Angel. Angel akan mencelupkan jari pada water colour (warna air) yang saya sediakan. Seterusnya, Angel akan menulis huruf yang diperdengarkan pada buku lukisan tersebut dengan menggunakan jari pada buku lukisan.

Intervensi ini bertepatan dengan pendapat Dr. Nor Hashimah Hashim Yahya Che Lah (2007: m/s51) bahawa kanak-kanak belajar melalui deria, iaitu dengan melihat, mendengar, merasa, menyentuh dan menghidu. Setiap deria ini merupakan lorong ataupun perantaraan pada otak. Lebih banyak lorong atau perantaraan yang terlibat, maka lebih baik proses pembelajaran berlaku. Pembelajaran melalui deria menekankan keperluan pelbagai media dan bahan bagi merangsang deria kanak-kanak. Pendapat ini turut disokong oleh Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2004: m/s 5) iaitu cara terbaik untuk kanak-kanak belajar adalah melalui pengalaman merasa, menghidu, menyentuh, mendengar dan melihat. Jadi, saya akan menggunakan aktiviti yang melibatkan deria mendengar, merasa, menyentuh dan melihat dalam intervensi celup tulis. Langkah-langkah permainan Celup tulis adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah :

Rajah 2: Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti Celup tulis.

Gambar rajah 9: Bahan bantu mengajar permainan Ingatan.Intervensi 3: Dadu Dodekaedar Gergasi

Bagi intervensi ini, saya akan menggunakan dadu. Saya akan mengubahsuai dadu ke dalam bentuk dadu Dodekaedar gergasi yang mempunyai 12 permukaan rata. Angel perlu melontar dadu untuk menentukan huruf yang perlu ditulis. Jika huruf pada dadu ialah huruf besar K, Angel perlu menulis huruf kecil k pada kertas bergaris tiga dan bergaris dua.

Secara keseluruhannya, strategi yang saya gunakan mempunyai kelebihan seperti berikut:

Membantu murid membanding beza bentuk huruf besar dan huruf kecil bagi huruf f, g, k, n, dan s.

Kaedah main sambil belajar membolehkan murid-murid belajar dalam keadaan yang menyeronokkan.

Penglibatan deria merasa, menyentuh, melihat dan mendengar membantu murid mengingat dengan lebih mendalam bentuk huruf yang dipelajari. Menggabungjalinkan kaedah permainan bahasa dengan teknik latih tubi dapat menyeronokkan murid yang belajar bentuk huruf yang sama secara berulang kali. 5.2 Cara pengumpulan data

Dalam menjalankan kajian ini, saya akan menggunakan 4 jenis instrumen dalam mengumpul data mengenai hasil yang saya perolehi dalam kajian ini. Antara instrument tersebut ialah: 1. Nota lapangan

2. Temu bual

3. Pemerhatian4. Ujian Pra dan Ujian Pasca

5.2.1 Nota lapangan

Nota lapangan akan digunakan untuk mencatat segala yang berlaku sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan aktiviti intervensi tidak kira di dalam kelas ataupun di luar kelas. Nota lapangan penting untuk melihat kekuatan dan kelemahan aktiviti intervensi yang saya akan jalankan. Nota lapangan juga bertujuan untuk menyokong data-data temu bual, lembaran kerja dan Ujian Pra dan Ujian Pasca yang dilaksanakan.

5.2.2 Pemerhatian

Cara ini dapat membantu saya untuk menilai perubahan Angel semasa pelaksanaan aktiviti intervensi dijalankan. Melalui pemerhatian saya akan dapat menilai tahap kefahaman subjek kajian terhadap bentuk huruf besar dan huruf kecil. Saya akan menanyakan soalan yang berkaitan dengan perbezaan bentuk huruf kepada Angel untuk mengetahui tahap kefahamannya terhadap bentuk huruf besar dan huruf kecil. Saya akan menjalankan pemerhatian saya dengan bantuan kamera ataupun telefon bimbit yang mempunyai fungsi rakaman suara. 5.2.3 Temu bual

Temu bual akan digunakan untuk mendapatkan pendapat dan pandangan guru pemulihan dan guru Bahasa Melayu tentang tahap pencapaian subjek kajian selepas menjalankan intervensi. Melalui temu bual saya akan mendapat kepastian dan pengiktirafan daripada guru-guru tentang keberkesanan aktiviti intervensi yang dilaksanakan. Saya akan menggunakan soalan terbuka dalam temu bual. Soalan terbuka memberi kebebasan kepada respondan untuk mengemukakan pendapat, pandangan dan memberi huraian lanjut berhubung dengan soalan yang akan saya kemukakan. Contoh soalan temu bual yang akan saya kemukakan:

1. Apakah pendapat cikgu tentang pelaksanaan aktiviti intervensi saya?

2. Pada pandangan cikgu, adakah Angel menampakkan perubahan dalam penulisan huruf-huruf?

3. Apakah pendapat cikgu tentang aktiviti-aktiviti intervensi yang saya laksanakan dalam membantu murid menguasai penulisan huruf?5.2.4 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian merupakan alat yang digunakan untuk menguji tahap kefahaman subjek kajian terhadap kemahiran yang dipelajari. Saya akan menggunakan ujian bertulis untuk mengesan penulisan huruf besar dan huruf kecil bagi Angel. Selepas menjalankan ujian Pasca, saya akan membandingkan jawapan Angel dengan Ujian Pra yang dijalankan sebelum aktiviti intervensi dilaksanakan. Saya akan menggunakan set soalan yang sama untuk ujian pra dan ujian pasca. Dengan itu barulah saya dapat membandingkan keputusan ujian pra dan ujian pasca dengan jelas. 5.3 Cara menganalisis data Cara menganalisis data akan saya laksanakan berdasarkan hasil daripada cara pengumpulan data. 5.3.1 Nota lapangan

Saya akan mencatat nota lapangan sepanjang pelaksanaan aktiviti intervensi. Saya akan menganalisis bahagian-bahagian catatan nota lapangan yang berkaitan dengan isu kajian untuk menyokong data-data lain yang dikumpul. Sebagai contoh, skor dalam ujian pasca dapat disokong dengan nota lapangan saya yang menunjukkan perkembangan tahap penguasaan subjek kajian sepanjang menjalankan intervensi. 5.3.2 Temu bual

Untuk memudahkan saya dalam proses menganalisis dan memastikan analisis dibuat dengan tepat, saya akan membuat tranksripsi iaitu menaip semula data-data temu bual yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Melalui tranksripsi temu bual tersebut, saya akan menganalisis respon daripada guru tentang perubahan subjek kajian dalam penguasaan huruf besar dan huruf kecil bagi huruf f, huruf g, huruf k, huruf n dan huruf s. Selain daripada itu, melalui tranksripsi temu bual, saya akan mengetahui keberkesanan intervensi yang saya rancang dalam membantu subjek kajian dalam pandangan guru. 5.3.3 Pemerhatian

Saya akan menggunakan kamera atau telefon bimbit untuk merakam setiap tingkah laku dan jawapan yang diberikan oleh subjek kajian semasa menjalankan intervensi dan dalam ujian pasca. Saya akan menganalisis pemerhatian yang dirakam dalam bentuk jadual mengikut peristiwa-peristiwa berdasarkan masa-masa tertentu semasa intervensi dijalankan. 5.3.4 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Saya akan memasukkan keputusan ujiam pra dan ujian pasca ke dalam bentuk jadual. Melalui jadual, saya akan dapat membuat perbandingan yang jelas tentang peningkatan atau tiada perubahan subjek kajian dari segi penulisan huruf besar dan huruf kecil. Perbandingan kedua-dua ujian ini akan memberi maklumat kepada saya tentang keberkesanan intervensi yang dijalankan terhadap subjek kajian.

6.0 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN KAJIAN6.1 Jadual pelaksanaan kajian tindakanBil.AktivitiTarikh PelaksanaanCatatan

1.Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menjalankan Ujian Diagnostik.

Mengumpul data-data lain

(lembaran kerja murid/ rekod Ujian Saringan LINUS 2011/ Markah Bahasa Melayu (pemahaman dan penulisan) dalam Peperiksaan Semester 2) Menjalankan ujian Pra

Menemu bual guru dan murid.

2 10 Februari 2012

13 24 Februari 2012

27 Februari 9 Mac 2012 5 9 Mac 2012

2.Menulis proposal kajian Mengumpul dan menganalisis data tinjauan awal/Tinjauan literatur Merancang strategi tindakan dan cara pengumpulan data/Tinjauan literatur

7 13 Mac 2012

14 22 Mac 2012

3.Menghantar kertas cadangan.

23 Mac 2012

4.Merancang/ Menyediakan bahan bantu mengajar strategi tindakan.

24 27 Mac 2012

5.Melaksanakan strategi tindakan (Intervensi 1)

Intervensi 1

(Cari adik/ abang saya)

Mengumpul data pemerhatian/ nota lapangan)

28 30 Mac 2012

6.Melaksanakan strategi tindakan (Intervensi 2)

Intervensi 2

(Celup tulis)

Mengumpul data pemerhatian/ nota lapangan/ lembaran kerja) 2 5 April 2012

7.Melaksanakan strategi tindakan (Intervensi 3)

Intervensi 3

(Dadu Gergasi)

Mengumpul data pemerhatian/ nota lapangan/ lembaran kerja) 10 13 April 2012

8.Refleksi kajian

Menjalankan ujian pasca

Menemu bual guru dan murid

Menganalisis data-data (lembaran kerja/ pemerhatian/ nota lapangan) 16 27 April 2012

9.Membuat penulisan laporan kajian Semester 8, 2012

10.Seminar pembentangan dapatan kajian Semester 8, 2012

6.2 Kos kajian

Bil.Bahan/ peralatanKuantiti x harga seunitJumlah

1.Kertas A4 RM 14 2 RM 28.00

2.Catridge printer Canon (hitam dan warna)RM 190 1RM 190.00

3.Bahan bantu mengajar Kertas warna

Buku lukisan

Kertas tebal (kad manila) RM 4 1

RM 5 1

RM 1 2RM 4.00

RM 5.00

RM 2.00

4.Fotostat bahan rujukan/ bahan literatur RM 25 RM 25.00

5.Penjilidan proposal kajianRM 15RM 15.00

6.Kos luar jangkaan RM 50RM 50.00

Jumlah RM 319.00

7.0 SENARAI RUJUKANBayrei B. Asrin, Jered B. Yutui, Kamillah Mohamed, Norhayati Mohamad & Siti Salbiah Bt. Shafie. (2008). Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Impaknya kepada Persediaan Guru Dalam Bilik Darjah, Pendidikan Awal Kanak-Kanak Falkulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Choong Lean Keow PhD. (2011). Murid dan Alam Belajar Edisi ke-2 untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Selangor Darul Ehsan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Dr. Nor Hashimah Hashim Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur. Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Meimon Binti Sanai. (2009). Celik huruf: Lancar baca. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, 102-112. Mimi Mohaffyza binti Mohamad, Md. Nazaruddin b. Sarji & Masitah binti Misman. (2011). Strategi Pengajaran Pembelajaran Koperatif Dalam Tajuk Reka bentuk dan Penghasilan Projek (Mata Pelajaran Kemahiran Hidup), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mok Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran.

Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad. (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Pahang Darul Makmur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Zainal Kassan & Suhaila Abdullah. (2011). Pendidikan Disleksia. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

8.0 LAMPIRAN Langkah 2: Dua keping kad huruf dibuka.

Jika padanan adalah salah,

terbalikkan lagi kad huruf.

Langkah 1: Kad-kad huruf diterbalikkan.

Langkah 4: Kad-kad huruf yang sama

padanan disusun di tepi

mengikut urutan huruf besar

diikuti huruf kecil.

Langkah 3: Jika padanan huruf adalah

betul (kad huruf besar

dengan huruf kecil bagi

huruf yang sama). Kad

dikeluarkan.

_1396607256.xlsChart1

100100

1000

100100

1000

050

Huruf Besar

Huruf Kecil

Huruf

Peratus ()

Peratusan Kesilapan Penulisan Huruf Tunggal (abjad) yang Dilakukan oleh Angel

Sheet1

Huruf BesarHuruf Kecil

F100100

G1000

K100100

N1000

S050

To resize chart data range, drag lower right corner of range.