proposal kajian tindakan

10
BPP 204: Telekomunikasi Video (Kajian Tindakan) BIL TAJUK HALAMAN 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU.......................2 2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN.................................3 3.0 OBJEKTIF KAJIAN.............................................. 3 4.0 KUMPULAN SASARAN............................................. 4 5.0 JADUAL PELAKSANAAN............................................ 4 6.0 KOS BAHAN..................................................... 4 7.0 PERANCANGAN TINDAKAN.......................................... 4 7.1 Langkah Pelaksanaan...................................4 7.2 PerancanganTindakan..................................5 1

Upload: bishanani-omar

Post on 15-Apr-2017

246 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: proposal KAJIAN TINDAKAN

BPP 204: Telekomunikasi Video (Kajian Tindakan)

BIL TAJUK HALAMAN

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU..................................................2

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN...................................................................................3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN......................................................................................................................3

4.0 KUMPULAN SASARAN...............................................................................................................4

5.0 JADUAL PELAKSANAAN............................................................................................................4

6.0 KOS BAHAN...................................................................................................................................4

7.0 PERANCANGAN TINDAKAN......................................................................................................4

7.1 Langkah Pelaksanaan...........................................................................................................4

7.2 PerancanganTindakan.........................................................................................................5

1

Page 2: proposal KAJIAN TINDAKAN

BPP 204: Telekomunikasi Video (Kajian Tindakan)

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Bersandarkan pengalaman ketika proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2014 serta semasa menyemak eviden Amali pelajar Bisnes Pengurusan Perniagaan bagi modul BPP 204 Telekomunikasi Video bagi penilaian berterusan, didapati mereka menyiapkan tugasan(Kuiz) dalam masa yang terhad dengan hasil yang tidak memuaskan. Kelemahan pelajar dalam aspek ini menyebabkan mereka tidak kompeten dalam menghasilkan eviden Amali berdasarkan penggunaan komputer yang terhad hanya 3 jam seminggu bagi modul BPP204 Telekomunikasi Video . Bagi mendapatkan eviden yang baik serta tahap kompeten pelajar perlu menaip eviden yang tepat, pelajar perlu ruang masa untuk menyiapkan tugasan.

Berdasarkan analisis penilaian berterusan semester 1 tahun 1 2015 bagi pelajar bisnes pengurusan perniagaan juga didapati ramai pelajar tidak kompeten dan perlu mengulang semula evidence bagi tugasan teori. Daripada temubual secara tidak formal dengan pelajar, mereka menyatakan yang mereka tidak cukup masa untuk menyiapkan eviden tugasan.

Justeru, pengajaran menggunakan alat bantu mengajar di “BLENDSPACE” haruslah dilaksanakan oleh guru agar ianya dapat menggalakkan pelajar menyiapkan tugasan yang kompeten kerana kebanyakan modul memerlukan pelajar menghasilkan tugasan yang tepat memenuhi pemarkahan yang sepatutnya. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar ini amatlah penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang kemahiran.

2

Page 3: proposal KAJIAN TINDAKAN

BPP 204: Telekomunikasi Video (Kajian Tindakan)

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Fokus kajian saya ialah pada WIM : Kertas Tugasan (Teori) bagi modul BPP 204 Telekomunikasi Video bagi kursus Bisnes Pengurusan Perniagaan. Kajian ini menjurus kepada menyiapkan tugasan kerja supaya pelajar kompeten dalam penilaian berterusan. Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan kerja berdasarkan kaedah pembelajaran di ruang Blendspace yang diperkenalkan iaitu kaedah BISA (Bilik + Rahsia). Setiap tugasan mesti dilakukan oleh pelajar di bilik rahsia (BISA) yang mana kod rahsia yang hanya diketahui oleh pelajar dan guru supaya markah pelajar adalah terkawal oleh guru dan kerahsiaan soalan kerana menjawab serentak pada masa yang sama. Pelajar harus diajar supaya mahir mengunakan Blendspace ini agar dapat membentuk tugasan yang kompeten dan kreatif. Penguasaan pelajar menjawab soalan kuiz(teori) dalam Blendspace akan membolehkan mereka mendapat markah yang kompeten dalam modul BPP 204 ini dan akan memahirkan mereka dalam tugasan kerja bagi modul yang lain juga.

Dengan membantu murid menguasai kemahiran untuk menjawab soalan kuiz(teori) di Blendspace ini, penyelidik yakin mereka akan dapat menjawab tugasan dengan kompeten. Seterusnya akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam modul BPP 204 Telekomunikasi Video bagi kursus Bisnes Pengurusan Perniagaan. Melalui kajian ini diharap pelajar yang dikaji akan lebih berkeyakinan untuk melangkah ke tahun 2 semester 1 pada tahun 2016. Di samping itu saya juga berharap agar mereka akan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam Diploma Vokasional Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia nanti.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkat kemahiran pelajar menyiapkan evidens dengan penggunaan “Blendspace” membantu para pensyarah Unit Bisnes Pengurusan Perniagaan, Kolej Vokasional Dungun dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Mendedahkan pelajar dengan penggunaan Blendspace3.2.2 Membantu pelajar menyiapkan tugasan kerja(teori) dengan

menjawab tugasan pada Bilik Rahsia(BISA) di Blendspace.3.2.3 Meningkatkan markah tugasan kerja(kuiz) pelajar dalam

Penilaian Berterusan

3

Page 4: proposal KAJIAN TINDAKAN

BPP 204: Telekomunikasi Video (Kajian Tindakan)

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar tahun 1 Semester 2 bagi kursus Bisnes Pengurusan Perniagaan yang dipilih berdasarkan penilaian berterusan tahun 2015.

5.0 JADUAL PELAKSANAAN

Bil Aktiviti Tarikh / Tempoh1 Melaksanakan Ujian/ Kuiz pra Kuiz 1 1 minggu2 Menganalisa Ujian/ Kuiz pra 1 minggu3 Aktiviti pelaksanaan Kajian Tindakan 1 minggu4 Melaksanakan Ujian Pos / Kuiz 2 1 minggu5 Analisa Data 1 minggu6 Refleksi Kajian 1 minggu7 Menulis Laporan Kajian 1 minggu8 Pemurnian laporan 1 minggu

6.0 KOS BAHAN

Bil Bahan yang dicadangkan Kuantiti Harga Seunit (RM)

Kos (RM)

1 Fotostat bahan (Kertas A4) 1 10.00 10.002 Dakwat 1 120.00 120.003 Binding Tape 2” 5 5.00 25.00

JUMLAH RM 155.00

7.0 PERANCANGAN TINDAKAN

Kajian ini akan dilaksana berdasarkan pemerhatian, ujian pra(tradisonal-bertulis), kaedah BISA bagi ujian pos(menggunakan BBM -Blendspace).

7.1 Langkah Pelaksanaan

7.1.1 Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut :

4

Page 5: proposal KAJIAN TINDAKAN

BPP 204: Telekomunikasi Video (Kajian Tindakan)

a) Pemerhatian

Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada latihan bertulis Penilaian Berterusan(PB) secara Kertas Tugasan(Teori) dan ujian pra. Pelajar melakukan tugasan BPP 204 dengan evidence Kertas Tugasan.

Analisa Pemerhatian.Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati bahawa kaedah pembelajaran yang menjadi masalah kepada sebilangan pelajar tahun 1 semester 2 kursus Bisnes Pengurusan Perniagaan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab tugasan berbeza-beza antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Pada pendapat pengkaji, kaedah pengajaran yang baik merupakan jalan terbaik kepada pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan mengagihkan masa untuk menyiapkan tugasan dengan kompeten.

b) Ujian Pra

Ujian pra telah diberi kepada kumpulan sasaran untuk menilai tahap kecekapan pelajar menjawab eviden kertas tugasan. Satu kertas tugasan (Kertas Tugasan 5 BPP 204) telah disediakan kepada pelajar untuk dilaksanakan seperti Lampiran 1. Guru memeriksa dan menilai sejauh mana kecekapan pelajar supaya kompeten dalam menyiapkan eviden tersebut. Eviden pelajar disimpan untuk dibandingkan dengan ujian pos yang akan menggunakan bahan bantu mengajar iaitu Blendspace .

C) Mengedar Borang Soal SelidikBorang soal selidik diedarkan untuk mengesan pelajar daripada aspek persepsi pelajar terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (Blendspace)

7.2 PerancanganTindakan

7.2.1 Kaedah BISA

Kaedah ini memerlukan pelajar menjawab kertas tugasan(kuiz) pada BILIK RAHSIA(BISA) di BLENDSAPCE supaya tugasan mereka dapat disiapkan walaupun di mana mereka berada secara online. Dengan kaedah ini, pelajar diminta menyiapkan eviden kertas tugasan(kuiz) yang diberikan. Pelajar perlu menjawab eviden kertas tugasan yang diberikan agar hasil kerja kompeten kerana ruang masa yang diberikan secara serentak secara online.

5

Page 6: proposal KAJIAN TINDAKAN

BPP 204: Telekomunikasi Video (Kajian Tindakan)

AKTIVITI : PEMBELAJARAN BILIK RAHSIA(BISA)

Guru menunjuk ajar kepada pelajar untuk menjawab soalan pada BILIK RAHSIA(BISA) di Blendspace dengan memberikan 1 aktiviti seperti yang ditunjukkan di bawah:

(i) Aktiviti 1: Menjawab soalan berformatkan Penilaian Akhir(PA) bagi soalan modul BPP 204 menggunakan kaedah BILIK RAHSIA(BISA) di Blendspace

Langkah 1 : Masukkan alamat URL Pelajar menaip alamat URL https://www.blendspace.com untuk masuk ke blendspace. Kemudian log masuk dengan mengklik butang LOGIN.

Rajah 1

Langkah 2 : Pelajar log masuk Pelajar Login with Google kerana pelajar telah mempunyai akaun gmail.

6

Rajah 2

Page 7: proposal KAJIAN TINDAKAN

BPP 204: Telekomunikasi Video (Kajian Tindakan)

Langkah 3 : Pelajar memasuki Bilik Rahsia(BISA) Pelajar memasuki Bilik Rahsia(BISA) dengan menulis CLASS CODE yang diberikan oleh guru

Rajah 3

Apabila pelajar menaip class code pelajar akan dapat memasuki class lesson(bilik rahsia) dan memilih Title(tajuk) BPP 204 VIDEO TELECOMMUNICATION yang berkaitan untuk menjawab soalan

Rajah 4

Langkah 4:Pelajar akan menjawab kuiz yang berada di dalam bilik rahsia(BISA)Pelajar akan menjawab kuiz semasa berada di dalam bilik rahsia (class code) yang diberikan oleh guru dengan klik pada tempat kuiz

7

Klik

Page 8: proposal KAJIAN TINDAKAN

BPP 204: Telekomunikasi Video (Kajian Tindakan)

Rajah 5

Pelajar diberi masa 40 minit menjawab kuiz yang disediakan dan klik butang hantar(SUBMIT) untuk menyemak jawapan

Rajah 6

Pelajar menyemak jawapan dan melihat hasil kuiz mereka

8

Page 9: proposal KAJIAN TINDAKAN

BPP 204: Telekomunikasi Video (Kajian Tindakan)

Rajah 7

Langkah 5: Guru melihat analisa markah dan jawapan pelajar yang menjawab

Guru melihat dan membuat analisa jawapan pelajar yang menjawab di dalam bilik rahsia.

Rajah 8

9