proposal kajian tindakan

Download Proposal  kajian tindakan

Post on 01-Jun-2015

14.166 views

Category:

Education

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
    KPR 4063
    KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
    KUMPULAN B
    PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
    TAJUK : TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP SUBJEK AL-QURANDALAM KALANGAN MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN CEMPAKA
    ( FOKUS MURID DARJAH TIGA ISHAK )
    DISEDIAKAN UNTUK:
    PROF. MADYA DR. ABD. LATIF BIN HAJI GAPOR
    DISEDIAKAN OLEH:
    BILNAMA AHLINO MATRIK1.ZAIMAT RUZIANA ERMY BINTI MAT TAIBL201110065002.NORLIZA BINTI SAFFIEEL201110065093.MUHAMMAD KHAIR AZHAR BIN KAMARUDINL201110066974.AHMAD FAUZUL AZIM BIN MOHAMMADL20111006699
    ISI KANDUNGAN
    BABPERKARAMUKA SURAT
    ABSTRAKi
    SENARAI JADUALii
    BAB 1PENGENALAN
    • Pendahuluan1 - 2
  • 2. Latar belakang kajian2

3. Pernyataan masalah2 4. Objektif 3 5. Tujuan kajian3 6. Soalan kajian3 7. Kepentingan Kajian4 - 5 8. Batasan kajian5 9. Definisi konsep5 - 6BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 7 - 8
2.2 Kajian yang berkaitan8 - 9
2.3 Kesimpulan9
BAB 3METODOLOGI
3.1 Pengenalan 9
3.2 Kaedah kajian9 - 10
3.3 Kaedah analisis data10
3.4 Tempat kajian10
3.5 Populasi dan tempat kajian 10 - 11
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1Pengenalan11
4.2Dapatan temubual11 - 13
4.3 Dapatan soal selidik : bahagian A13 - 16
4.4Dapatan soal selidik : bahagian B16 17
4.5 Dapatan ujian Pra17 18
4.6 Dapatan ujian Pos18 - 20
BAB 5PERBINCANGAN
5.1 Perbincangan masalah20
5.2 Punca masalah21 - 22
5.3 Cadangan 22 - 23
5.4 Kesimpulan23
RUJUKAN
LAMPIRAN
TAJUK: TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP SUBJEK AL-QURANDALAM KALANGAN MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN CEMPAKA
( FOKUS MURID DARJAH TIGA ISHAK )
ABSTRAK
Kajian ini berkaitan dengan tahap penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran dalam kalangan murid Sekolah Agama Rakyat Taman Cempaka. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana tahap penguasaan murid dalam subjek Al-Quran secara keseluruhannya, mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca Al-Quran serta mengenalpasti punca yang menyebabkan murid lemah dalam subjek Al-Quran. Sebanyak 21 orang murid darjah Tiga Ishak telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini dilakukan di Sekolah Agama Rakyat Taman Cempaka Ipoh, Perak. Kajian ini menggunakan soal selidik, temubual dan ujian pra dan pos bagi mendapatkan data kajian. Data soal selidik dan ujian pra dan pos dianalisis dalam bentuk jadual dan graf. Dapatan kajian menunjukkan memang terdapat, kelemahan dan ketidakupayaan sebilangan murid untuk membaca Al-Quran dengan baik dan lancar. Walau bagaimanapun, tahap keseluruhan murid darjah Tiga Ishak tidaklah berada pada tahap yang terlalu lemah. Bagi memastikan murid-murid ini dapat menguasai subjek Al-Quran dengan sebaik mungkin, pengkaji telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh diperhatikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pengurusan sekolah, para guru dan ibu bapa.
SENARAI JADUAL
ITEM MUKA SURAT
Jadual 4.3.1 : Jantina 13
Jadual 4.3.2 : Minat murid terhadap subjek Al-Quran.14
Jadual 4.3.3 : tempat bermulanya murid mempelajari Al-Quran15
Jadual 4.3.4 : kekerapan murid membaca Al-Quran di rumah. 15 - 16
Jadual 4.4.1 :Murid menyukai guru Al-Quran 16
Jadual 4.4.2 : Kefahaman murid terhadap cara guru mengajar Al-Quran. 17
Jadual 4.4.3 : Kefahaman murid terhadap membaca Al-Quran, menulis dan17
menghafal Al-Quran.
Rajah 4.5.1 : Kefahaman murid dalam menjawab ujian pra 18
Rajah 4.6.1 : Perbandingan ujian pra dan pos bagi lima orang murid 19
TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP SUBJEK AL-QURANDALAM KALANGAN MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN CEMPAKA
( FOKUS MURID DARJAH TIGA ISHAK )
Bab 1
1.1 Pendahuluan
Al-Quran adalah satu elemen yang penting di dalam kehidupan umat Islam. Penerapan nilai-nilai Al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam. Matlamat pendidikan Al-Quran adalah untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan Al-Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Matlamatpendidikan Al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Membaca Al-Quran dituntut kerana di antara hikmat Al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca, ditadabbur, dihayati dan diamalkan. Al-Quran adalah setinggi-tinggi anugerah yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Ia adalah satu mukjizat abadi yang membuktikan kebenaran dan kekuatan pengaruhnya. Ia tetap menjadi perlembagaan abadi sepanjang zaman sesuai untuk mengatur hal-hal kehidupan manusia pada semua masa dan tempat. Isi kandungannya yang mencukupi semua aspek kehidupan manusia adalah panduan dan pegangan insan dalam menjalani kehidupan dunia yang menjadi jambatan ke akhirat.
Membaca Al-Quran dengan betul dari segi tajwid dan makhrajnya supaya tidak terpesong pengertiannya adalah menjadi tuntutan agama ke atas orang Islam kerana membaca Al-Quran dapat membentuk akidah dan akhlak individu. Membaca Al-Quran juga menjadi suatu ibadah yang diberi pahala sehinggakan setiap huruf yang dibaca akan diberi sepuluh kebaikan oleh Allah kepada pembacanya, jika dibaca dengan sebutan yang betul dan mengikut kaedah bacaan dan mengikut tajwid. Pahala membaca Al-Quran bukan sahaja diberi kepada mereka yang membacanya tetapi juga diberi kepada pendengarnya. Sebaliknya, kegagalan membaca Al-Quran dengan baik dan sempurna membawa kesan yang buruk terhadap individu muslim. Antara kesan buruk akibat tidak mempelajari cara atau kaedah membaca Al-Quran dan tafsir ialah:
1. Tidak sah solat dan tidak sempurna ibadah-ibadah yang lain
yang melibatkan bacaan Al-Quran.
2. Menjadi malas dan tidak berminat untuk mengerjakan ibadah
kepada Allah.
3. Tidak memahami akan hukum-hukum yang diterangkan
dalam Al-Quran.
4. Hidup tidak mempunyai matlamat yang jelas.
Oleh sebab itu, subjek Al-Quran telah diajar di peringkat sekolah rendah lagi bagi mendedahkan para murid tentang kepentingan Al-Quran.
1.2 Latar belakang kajian
Subjek Pendidikan Islam di Sekolah Agama Rakyat Taman Cempaka, Ipoh Perak merupakan mata pelajaran asas yang wajib dipelajari oleh muridnya. Sukatan pelajaran merangkumi asas-asas Fardhu Ain, asuhan tilawah Al- Quran, Ulum Syariah, Akhlak Islamiyah dan mata pelajaran jawi. Kajian yang dilakukan memfokuskan tahap penguasaan Al-Quran dalam kalangan murid darjah Tiga Ishak.Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi mengetahui permasalahan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan menguasai pembacaan Al-Quran. Kajian ini juga mengambil kira aspek faktor murid, faktor keluarga dan juga faktor sekolah. Responden yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 21 orang murid darjah Tiga Ishak iaitu 10 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan tentang penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran dalam kalangan murid darjah Tiga Ishak Sekolah Agama Rakyat Taman Cempaka.
1.3 Penyataan masalah
Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti masalah utama yang melibatkan kelemahan murid darjah Tiga Ishak dalam menguasai subjek Al- Quran. Ia berfokus kepada:

  • Mengkaji tahap keupayaan pembacaan Al-Quran dalam kalangan murid Darjah Tiga Ishak secara keseluruhan.

10. Mengkaji tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca Al-Quran. 11. Penyelidik juga mengkaji masalah utama penyebab kegagalan murid dalam menguasai subjek Al-Quran.1.4 Objektif kajian
Kajian terhadap tahap penguasaan Al-Quran dalam kalangan murid darjah Tiga Ishak dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:
1.4.1Mengenal pasti tahap sebenar secara keseluruhan murid di dalam kelas Tiga Ishak.
1.4.2 Mengenal pasti tahap penguasaan sebenar murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis, dan membaca Al-Quran.
1.4.3Mengenal pasti punca-punca murid lemah dalam penguasaan Al-Quran.
1.5 Tujuan kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui masalah sebenar murid dalam subjek Al-Quran, mengenal pasti prestasi dan tahap penguasaan bacaan Al-Quran murid secara lebih dekat, dan mengenal pasti masalah dan kerumitan yang dihadapi oleh murid-murid darjah Tiga Ishak. Melalui pendedahan dan maklumat yang diperolehi, pihak sekolah dapat memahami keadaan sebenar yang berlaku di sekolah dan secara tidak langsung dapat membantu bahagian pentadbiran sekolah dalam merancang dan mengemaskini pelbagai keperluan dan kemudahan kepada murid. Kajian ini juga boleh membantu pihak sekolah melakukan gerak gempur untuk meningkatkan minat membaca al-Quran. Seterusnya guru-guru yang berkaitan diberikan latihan-latihan dan kemahiran dari semasa ke semasa agar dapar menjalankan tugas mereka dengan lebih yakin dan sempurna. Bagi murid-murid pula, kajian ini dapat membantu mereka mengenal pasti faktor-faktor pendorong atau perangsang serta penghalang pencapaian mereka dalam aspek bacaaan Al-Quran, seterusnya berusaha memperbaiki diri dan membuat latihan serta aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi bacaan mereka dari semasa ke semasa.
1.6Soalan kajian

  • Apakah tahap keseluruhan murid di dalam Tiga Ishak terhadap subjek Al-Quran?

12. Sejauh manakah tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis, dan membaca Al-Quran? 13. Apakah punca yang menyebabkan murid lemah dalam subjek Al-Quran?1.7Kepentingan kajian
Kajian ini penting untuk membantu pihak-pihak yang berkenaan seperti murid-murid, guru, pihak universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), ibu bapa, masyarakat dan sekolahbagi mengetahui sejauh mana tahap penguas