proposal kajian tindakan

32
GGGB 5023: KAJIAN TINDAKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN NAMA AHLI PENGKAJI : NORMAHIDAYU BINTI MOHD NORDIN (P 48642) SITI HASMIYATI BINTI ZAHARI (P 48666) SALJINEH BINTI BOBBY (P48617) TAN SIN YEE (P48643) ZALEHA BINTI MOHD JAAFAR (P48661)

Upload: geminipeace864206

Post on 11-Jun-2015

11.604 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Kajian Tindakan

GGGB 5023: KAJIAN TINDAKAN

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

NAMA AHLI PENGKAJI :

NORMAHIDAYU BINTI MOHD NORDIN (P 48642)

SITI HASMIYATI BINTI ZAHARI (P 48666)

SALJINEH BINTI BOBBY (P48617)

TAN SIN YEE (P48643)

ZALEHA BINTI MOHD JAAFAR (P48661)

PENSYARAH :

PUAN NORSAKINAH

Page 2: Proposal Kajian Tindakan

BAB 1

1.1 LATAR BELAKANG

Kualiti pencapaian pelajar sangat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran guru

di dalam kelas. Pemerkasaan pelajar dalam menguasai matapelajaran geografi dapat dicapai

melalui pengajaran yang berkesan dan efektif. Geografi adalah satu mata pelajaran yang sangat

kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains

semula jadi. Geografi memandang manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan

ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi. Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan

penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk.

Selain itu, geografi ini juga merupakan subjek di mana kandungannya adalah berdasarkan fakta

semata-mata.

Oleh yang demikian, geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau 'field of

knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuan adalah

asli kepada mata pelajaran itu. Hal ini menyebabkan pelajar sukar untuk memahami subjek ini

dengan baik, serta tidak memberi penumpuan di dalam kelas dan seolah-olah tidak berminat

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran subjek geografi. Ini menyebabkan pelajar

menganggap bahawa subjek geografi memang susah untuk dipelajari dan difahami. Persepsi

sebegini membuatkan pelajar hilang semangat dan motivasi dalam pembelajaran. Akibatnya,

mereka hilang minat untuk mempelajari subjek geografi. Ini merupakan satu cabaran yang besar

bagi guru yang mengajar matapelajaran geografi untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari

subjek tersebut.

Guru harus berusaha dan memikirkan teknik pengajaran yang menarik dan berkesan serta

mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang mana lebih fokus

kepada teknik pengajaran yang berpusatkan pelajar Melalui teknik tersebut, pelajar dapat

menjalankan proses pembelajaran sendiri, menemukan sendiri, secara berkelompok seperti

bermain, maka menjadi senang, sehingga tumbuhlah minat untuk belajar, khususnya dalam

belajar matapelajaran geografi.

Page 3: Proposal Kajian Tindakan

1.2 PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Dalam pembelajaran geografi, para pelajar sering kali menghadapi pelbagai masalah dalam

menguasai subtopik pembelajaran geografi terutamanya pembelajaran yang berkaitan dengan

nama-nama tempat. Oleh itu, tujuan utama permainan Geodam adalah sebagai salah satu cara

untuk membantu para pelajar mengingati fakta-fakta yang berkaitan dengan pembelajaran

geografi melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Di samping itu,

permainan ini juga dapat mewujudkan keseronokan kepada para pelajar dalam mempelajari

geografi dan sekaligus dapat memupuk minat dan cinta pelajar kepada mata pelajaran geografi.

1.3 RASIONAL KAJIAN

Rasional kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek geografi

dan juga melibatkan semua pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam

kelas dengan menggunakan teknik permainan (Geodam). Ini adalah kerana didapati pelajar

hilang minat terhadap subjek geografi disebabkan oleh guru yang masih lagi mempraktikkan

kaedah tradisional untuk mengajar. Teknik permainan ini boleh menimbulkan minat pelajar

dalam subjek geografi kerana kebanyakan pelajar mempunyai sifat suka akan permainan.

1.4 TUJUAN

Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk meningkatkan minat pelajar serta membantu pelajar

mencapai prestasi yang cemerlang dalam subjek geografi di mana dilihat pencapaian pelajar

semakin merosot. Pelajar didapati kurang meminati subjek Geografi disebabkan isi kandungan

subjek ini kebanyakan berdasarkan fakta semata-mata dan memerlukan pelajar mengingati atau

menghafal fakta untuk peperiksaan.

Page 4: Proposal Kajian Tindakan

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

1.5.1 Mengubah amalan guru dalam pengajaran geografi dari pembelajaran secara tradisional ke aktiviti pengajaran yang berpusatkan pelajar.

1.5.2 Meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran geografi.

1.5.3 Meningkatkan kefahaman pelajar dan seterusnya dapat disimpan dalam memori yang lebih lama.

1.5.4 Meningkatkan interaksi dan kolaborasi pelajar dengan rakan-rakan di dalam kelas.

1.5.5 Meningkatkan kemahiran berfikir pelajar-pelajar dalam mata pelajaran geografi.

1.6 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan yang berikut:

(a) Adakah teknik permainan berkesan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek

Geografi?

(b) Adakah pelajar berasa seronok semasa menjalankan aktiviti permainan dalam kumpulan

semasa waktu Geografi?

(c) Adakah teknik permainan yang digunakan untuk mengajar subjek Geografi dapat mengatasi

masalah mengantuk dalam kelas?

Page 5: Proposal Kajian Tindakan

BAB 2

2.1 LITERATUR

Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Rollo (2002), membuktikan bahawa masalah utama

yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah kehilangan minat dan mempunyai pencapaian yang

rendah dalam subjek geografi kerana mereka gagal untuk mengingat kembali maklumat yang

penting. Selain itu, beliau juga berpendapat masalah ini berkaitan dengan ingatan jangka pendek.

Namun, kajian Jones et al. (1998) membuktikan bahawa masalah seumpama ini boleh diatasi

dengan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran kognitif yang sesuai. Hal ini adalah kerana

kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir seperti

membanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan, membuat ramalan dan

menyelesaikan masalah (Dunn R and Dunn K 2001). Kaedah ini dapat diadaptasikan melalui

pengajaran berkonsepkan permainan kerana teknik permainan membolehkan pelajar dapat

menguasai kemahiran berfikir yang lebih baik dan berkesan.

Dalam proses pengajaran, pelbagai strategi pengajaran telah dipraktikkan oleh guru-guru untuk

memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan kognitif pelajar.

Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran ini merupakan komponen yang penting untuk

memotivasikan serta meningkatkan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya (Hartman 1995).

Tetapi, ramai guru didapati tidak berinisiatif mengeksploitasikan teknik pengajaran yang

berkonsepkan permainan sebagai bahan bantu mengajar untuk menyampaikan pengajaran

mereka (Hartman 1995).

Mengikut Eee Ah Ming (1997), pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah

dalam bentuk penyampaian maklumat atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada

pelajar melalui komunikasi satu hala masih diamalkan oleh guru untuk mengajar subjek

Geografi. Keadaan ini mengakibatkan pelajar merasa bosan untuk belajar dan menyebabkan

pencapaian dalam subjek geografi pelajar merosot. Hal ini adalah disebabkan peranan pelajar

Page 6: Proposal Kajian Tindakan

dalam kelas adalah pasif dan keadaan ini menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar subjek

geografi.

BAB 3

3.1 METODOLOGI KAJIAN

3.1.1 Sampel kajian

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan Tiga Marikh yang terdiri daripada pelajar yang

mempunyai tahap pencapaian yang berlainan.

3.1.2 Setting kajian

Kajian ini dilakukan di dalam satu kelas Tingkatan Tiga Marikh di Sekolah Menengah Sri

Siantan.

3.1.3 Rancangan Harian Mengajar

RANCANGAN HARIAN MENGAJAR

GEOGRAFI TINGKATAN TIGA

Tarikh : 13 Julai 2009

Hari : Isnin

Masa : 8.45 pagi – 10.05 pagi (80 minit)

Tingkatan : 3 Marikh

Subjek : Geografi

Topik : Bentuk Muka Bumi dan Saliran

Page 7: Proposal Kajian Tindakan

Konsep Utama : Permainan Geodam

Kata Kunci : Kedudukan benua Asia, tanah tinggi, banjaran, gunung berapi, tanah

rendah, lembah dan lembangan, tanah pamah, saliran

Tujuan : Pelajar dapat memerhati, mengukur, mengira, merekod, mengelas,

menilai, mentafsir dan membuat rumusan tentang ciri-ciri geografi

melalui Kajian Geografi Tempatan.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar sepatutnya dapat :

1. menyenaraikan nama negara-negara Asia, banjaran gunung di

Asia,

kawasan gunung berapi di Asia, dataran tinggi di Asia, lembah-

lembah sungai utama dan saliran –saliran utama di Asia.

Nilai Murni : 1. Mewujudkan sifat kerjasama dalam kumpulan

2. Menghargai semua rakan-rakan kelas

Kemahiran berfikir : 1. Menganalisis

2. Mengaitkan

3. Membandingkan

Kaedah Pengajaran : 1. Teknik Permainan Geodam

Page 8: Proposal Kajian Tindakan

2. Perbincangan

3. Soal-Jawab

Bahan Bantu Mengajar : 1. Kertas Mahjong yang dilukis seperti dam ular

2. Magnet berwarna

3. Kad-kad soalan

4. Dadu

Pengetahuan Lepas : Pelajar telah mempelajari topik ini di dalam kelas.

Rujukan :Chong, M.S. 2000. Target PMR Ceria Geografi. Petaling Jaya:

Sasbadi Sdn. Bhd.

Prosedur Pengajaran dan Kandungan

Langkah-langkah Kandungan Prosedur Nota

Permulaan

(10 minit)

1. Arahan 1. Guru memberitahu pelajar aktiviti yang akan dijalankan serta peraturan-peraturannya.

2. Guru membahagikan pelajar- pelajar di dalam kelas satu kumpulan lima orang di mana setiap pelajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza dalam geografi berdasarkan markah ujian yang lepas.

3. Guru menampal atau melekatkan kertas mahjong berbentuk dam ular di papan putih.

Pelajar memberi sepenuh perhatian

Pelajar bergerak di dalam kumpulan

Page 9: Proposal Kajian Tindakan

Perkembangan

(60 minit)

2. Permainan

Guru memberi setiap kumpulan satu magnet bagi mewakili kumpulan mereka di atas kertas mahjong.

1. Kumpulan pertama melontar dadu dan menggerakkan magnet.

2. Kad soalan dibuka dan kumpulan berbincang untuk menjawab soalan dalam 30 saat. Jika jawapan betul kumpulan tersebut diberi 2 markah. Jika kumpulan tersebut tidak dapat menjawab, kumpulan lain diberi peluang dan dikehendaki menjawab dalam 20 saat. Kumpulan yang dapat jawab diberi 1 markah. Kumpulan asal ditolak 1 markah.

3. Kumpulan kedua dan seterusnya pula memulakan permainan.

Guru mengira markah keseluruhan setiap kumpulan

Penutup

(10 minit)

1. Kuiz pendek 1. Guru memberikan kuiz pendek kepada pelajar

Pelajar dikehendaki menjawab soalan dalam masa lima minit

Penilaian Kendiri:

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

Page 10: Proposal Kajian Tindakan

Komen Penyelia:

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

3.1.4 Contoh Alat Bantu Mengajar (ABM)

Bahan yang digunakan:-

Dadu

Papan dam ular ( kertas mahjong)

Magnet berwarna wakil setiap kumpulan

3.1.5 Langkah-langkah kajian

Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah kajian tindakan berdasarkan pelan tindakan empat

peringkat langkah:

Peringkat pertama: Merancang

Guru akan mengkaji tahap minat pelajar dalam subjek geografi dengan memberi soalan soal

selidik. Hasil daripada soal selidik, guru akan mereka model permainan yang mengandungi

soalan topik yang kurang diminati oleh pelajar. Soalan ini lebih banyak daripada soalan yang

mereka minati.

Peringkat kedua: Tindakan

1) Guru mencipta permainan yang berbentuk permainan dam ular yang dikenali sebagai

Geodam. Setiap petak dalam dam akan mengandungi soalan-soalan yang merangkumi

topik dalam subjek geografi.

2) Guru membina permainan dengan menggunakan kertas mahjung dan guru menampalkan

kertas mahjung tersebut pada papan putih (whiteboard).

Page 11: Proposal Kajian Tindakan

3) Guru membahagikan pelajar kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lima

orang ahli yang berlainan tahap pencapaian dalam subjek geografi.

4) Selepas itu, guru menerangkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar

semasa mengikuti permainan ini.

5) Setiap kumpulan akan diberi satu magnet berwarna untuk mewakili kumpulan mereka

pada kertas mahjong. Guru memberikan sebuah dadu bagi setiap kumpulan. Kumpulan

pertama akan memulakan permainan dengan membaling buah dadu. Pergerakan petak

berdasarkan bilangan nombor yang terdapat pada dadu yang dibaling. Petak soalan akan

dibuka dan ahli kumpulan akan berbincang sebelum menjawab soalan dalam masa 30

saat. Sekiranya kumpulan tersebut tidak berjaya menjawab soalan itu, maka soalan

tersebut akan dibuka kepada kumpulan lain. Kumpulan yang dapat menjawab soalan

tersebut akan diberi satu markah tambahan manakala kumpulan pertama tadi akan ditolak

satu markah. Selepas soalan tersebut berjaya dijawab, giliran kumpulan kedua pula

membaling dadu dan menjawab soalan. Permainan ini diteruskan dengan kumpulan yang

seterusnya. Peraturan permainan adalah sama seperti kumpulan yang pertama tadi.

6) Selepas permainan tamat, guru akan mengira markah keseluruhan

7) Setelah itu, guru akan memberi ujian bulanan kepada pelajar untuk menguji sejauh mana

tahap penguasaan mereka terhadap soalan yang merangkumi setiap topik dalam subjek

geografi dan melihat peningkatan pencapaian pelajar. Jika pencapaian pelajar dalam ujian

tersebut masih tidak meningkat, guru akan menambahbaikan teknik permainan tersebut

dengan memulakan kitaran kedua.

Peringkat ketiga: Pemerhatian

Pada peringkat ini, guru akan mengumpul data dan menganalisis maklumat hasil daripada

tindakan yang dilaksanakan.

Peringkat empat: Refleksi dan penilaian

Maklumat daripada temubual, ujian soalan selidik dan pemerhatian daripada permainan Geodam

dikumpul dan dianalisis . Setelah itu, guru membuat penilaian terhadap prestasi pelajar dalam

Page 12: Proposal Kajian Tindakan

menjawab soalan yang disediakan. Guru seterusnya mengenalpasti akan masalah dalam

permainan ini dan menyampaikan perkara tersebut kepada semua guru dalam mesyuarat. Dalam

mesyuarat ini, semua guru akan memberi pandangan tentang masalah tersebut dan juga cara

untuk menyelesaikannya. Hasil daripada mesyuarat guru akan meneruskan tindakan seterusnya

dengan melakukan kitaran yang kedua.

BAB 4

4.1 PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN DATA

Data kajian akan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah seperti berikut:

4.1.1 Soal selidik

Guru memberikan soal selidik untuk melihat sejauh mana tahap minat pelajar terhadap

subjek geografi sebelum aktiviti dijalankan. Selepas tindakan tersebut telah

dilaksanakan dalam kelas, guru akan memberi kertas soal selidik untuk pelajar untuk

mengetahui sejauh mana penerimaan pelajar terhadap teknik pengajaran yang

berkonsepkan permainan (Geodam) yang dilaksanakan. Kertas soal selidik dianalisis

dengan kaedah kuantitatif di mana peratusan pelajar yang berminat dan kurang minat

terhadap subjek geografi dapat diketahui. Selain itu, guru dapat mengetahui sebab-sebab

pelajar tidak berminat dengan subjek geografi. Kertas soal selidik yang dibagi selepas

teknik pengajaran yang berkonsepkan permainan diperkenalkan dalam kelas juga dapat

dianalisis dengan mencari peratusan pelajar yang suka terhadap teknik pengajaran

tersebut atau tidak.

4.1.2 Pemerhatian

Page 13: Proposal Kajian Tindakan

Guru akan menggunakan rakaman video untuk merakam segala tingkah laku dan tahap

penglibatan pelajar ketika berada dalam kumpulan untuk menjalankan aktiviti. Guru

akan memerhati reaksi pelajar melalui rakaman video tersebut. Rakaman video

digunakan untuk mengumpul data kerana kemampuan guru untuk memerhati gerak geri

dan reaksi pelajar adalah terhad semasa berada di dalam kelas. Selain itu, guru boleh

juga memainkan semula tayangan video berulang kali untuk membuat pemerhatian yang

lebih terperinci. Tanpa bantuan rakaman video, guru mempunyai limitasi dalam

mengimbas semula situasi pelajaran dalam kelas selepas tamat waktu pengajaran. Guru

memerhati rakaman video dan mentranskrip keadaan kelas dan gerak geri pelajar dalam

rakaman tersebut dalam tulisan.

4.1.3 Temubual

Guru akan memilih beberapa orang pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang

berbeza untuk ditemubual dengan menggunakan rakaman audio. Tujuan temubual ini

adalah untuk mendapat maklum balas pelajar terhadap permainan yang digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran subjek geografi. Melalui kaedah temu bual, guru

dapat menilai sejauh mana tahap penerimaan pelajar terhadap aktiviti permainan yang

dijalankan melalui mimik muka dan intonasi suara pelajar semasa menjawab soalan.

Melalui kaedah ini guru dapat menilai sama ada response pelajar itu diberi secara ikhlas

atau tidak. Selepas tamat sesi temubual, guru akan transkrip rakaman audio dalam

tulisan bagi mencatat perkara-perkara penting dan berkenaan dengan tema kajian yang

dijalankan.

4.1.4 Catatan lapangan

Semasa pelajar dalam kelas menjalankan aktiviti permainan tersebut, guru akan mencatat

suasana, gerak geri dan reaksi pelajar dalam setiap kumpulan dengan mengguna buku

nota. Dengan ini, guru dapat mencatat perkara yang berlaku dalam kelas agar dapat

membuat perbandingan dengan rakaman video yang diambil semasa waktu pengajaran.

Melalui catatan lapangan, perkara penting yang berlaku sempat dicatat oleh guru dalam

nota semasa pengajaran. Hal ini dapat mengelakkan perkara penting dilupa selepas tamat

waktu pengajaran.

Page 14: Proposal Kajian Tindakan

4.1.5 Ujian

Markah ujian pelajar akan diambil untuk melihat tahap pencapaian pelajar dalam subjek

geografi selepas guru mengguna teknik permainan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Dari markah ujian tersebut, perbandingan markah sebelum dan selepas

teknik permainan diperkenalkan dalam kelas dapat dibuat. Melalui perbandingan

tersebut, pencapaian markah yang baik menunjukkan minat pelajar terhadap subjek

geografi telah meningkat.

Kesignifikan Kajian

Dalam pengajaran dan pembelajaran tema-tema dalam sukatan pelajaran Geografi, ramai guru

menghadapi masalah menyampaikan maklumat dengan kaedah yang menarik dan strategik yang

berpusatkan murid untuk mengelak masalah mengantuk dan bosan. Ada pula guru dan ramai

pelajar yang mengenepikan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran dan berpandukan

buku ulang kaji kerana lebih ringkas. Sebenarnya buku teks Geografi adalah sangat lengkap dan

baik.

Bagi mengatasi masalah-masalah serius tersebut, teknik permainan yang digunakan (Geodam)

untuk mengajar matapelajaran Geografi bukan sahaja menangani ancaman bosan di kalangan

pelajar, bahkan boleh menarik minat pelajar dalam pembelajaran Geografi. Apabila minat

mereka ditingkatkan, pencapaian juga dapat ditingkatkan. Ini dapat meningkatkan minat dan

keseronokan pelajar untuk mempelajari matapelajaran Geografi.

Penggunaan teknik permainan (Geodam) adalah berdasarkan tahap kreativiti guru. Dalam

penggunaan Geodam, guru boleh menerapkan kaedah pembelajaran supaya memudahkan para

pelajar faham dan seterusnya dapat disimpan dalam memori dengan lebih lama. Kelebihan

menggunakan Geodam adalah interaksi di antara rakan-rakan dan kolaborasi akan meningkat.

Page 15: Proposal Kajian Tindakan

Apabila unsur permainan dan persaingan diterapkan, pembelajaran aktif dan interaksi sosial akan

berlaku. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti permainan dalam Geodam yang diterapkan dalam

pengajaran Geografi juga boleh menukarkan tabiat berfikir murid daripada ‘have to think’

kepada ‘want to think’ dan seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir murid.

Akhirnya, minda kita wujud sistem pengurusan kendiri yang berbentuk corak rutin semula jadi.

Dengan penggunaan alat dan struktur yang strategik dan efektif untuk mengarah perhatian, corak

rutin ini akan semakin efektif lalu membangunkan lagi kemahiran berfikir. Alat dan struktur

mengarah perhatian dan diharapkan Geodam berkemampuan mencapai tujuan ini. Melalui

penggunaan teknik permainan(Geodam), diharapkan proses pembelajaran berpusatkan pelajar

dapat diterapkan ke dalam kaedah pengajaran guru supaya mewujudkan pembelajaran yang

lebih bermakna. Apabila pencapaian dalam mata pelajaran Geografi meningkat, mungkin pihak

pentadbir akan lebih terdorong untuk membuka kelas Geografi pada peringkat menengah atas.

Diharapkan juga pendekatan intervensi kognitif ini boleh menuju ke arah mencapai teras-teras

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) terutamanya dalam usaha membina negara bangsa,

membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan dan merapatkan jurang

pendidikan.

Page 16: Proposal Kajian Tindakan

RUJUKAN

Alias Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah. Ampang: Pure Honey Enterprise.

Dunn, R. & Dunn, K. 2001. Teaching students through their individual learning styles: a

practical approach. The 14th annual leadership institute, Jamaica: New York.

Eee Ah Ming. 1997. Strategi pengajaran Geografi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hartman, V.F. 1995. Teaching and learning styles preference: transition through game. BCCA

Journal. 9(2):18-20. Edisi Elektronik.

Jones et. al. 1998. Developing Critical Thinking and Interest among Students. San Francisco:

Jossey Bass Inc.

Rollo, M.C. 2002. Teaching Students To Think. Oxford: Basil Blackwell

Page 17: Proposal Kajian Tindakan

LAMPIRAN

1. Contoh Geodam

START 2 3 4 5 6 7 8 9 10

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

Page 18: Proposal Kajian Tindakan

41 42 43 44 45 46 47 48 49 END

Setiap petak diletakkan enam soalan

Contoh soalan: Petak 2

1) Apakah nama banjaran yang terpanjang dan tertinggi di dunia?

2) Berapakah purata ketinggian Banjaran Himalaya?

3) Senaraikan nama gunung lipat muda di Asia

4) Apakah ciri-ciri gunung lipat tua?

5) Bagaimana gunung lipat terbentuk?

6) Apakah kemuncak tertinggi di Banjaran Himalaya?

Page 19: Proposal Kajian Tindakan

2. Borang soal selidik sebelum P&P

BORANG SOAL SELIDIK

Bahagian A

Sila isi jawapan anda diruangan yang disediakan

Jantina : lelaki / perempuan (*bulatkan yang berkenaan)

Bangsa : _______________

Agama : _______________

Bahagian B

Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediak mengikut skala pilihan anda.

1. Adakah anda berminat dengan subjek geografi?

2. Adakah anda berasa seronok belajar subjek geografi?

Ya Tidak

Page 20: Proposal Kajian Tindakan

3. Saya tidak mempunyai masa mengulangkaji matapelajaran geografi

4. Penggunaan peta minda semasa pengajaran guru menarik minat saya

untuk mengikuti topik yang diajar.

5. Saya mengalami kesukaran menjawab soalan geografi dalam setiap ujian

yang dijalankan

6. Adakah anda suka kepada teknik pengajaran yang digunakan oleh guru

semasa sesi P&P subjek geografi berlangsung?

7. Adakah anda dapat menguasai semua topik dalam subjek geografi?

Bahagian C

Sila jawab soalan berikut berdasarkan pandangan anda

1. Pada pandangan anda, sejauhmanakah anda dapat menguasai subjek geografi?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

2. Bagaimanakah teknik pengajaran yang boleh membantu anda untuk meningkatkan

pemahaman dan minat anda dalam subjek geografi?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Page 21: Proposal Kajian Tindakan

3. Soal selidik selepas P&P

( * Sila isikan petak di bawah dan klik pada jawapan yang dipilih)

DEMOGRAFI RESPONDEN

Jantina:

Lelaki

Perempuan

Bangsa:

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Agama:

Islam

Page 22: Proposal Kajian Tindakan

Lain-lain

Kumpulan:

1

2

3

4

5

6

PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNIK PERMAINAN ‘GEO DAM’ UNTUK

PROSES P&P DALAM KELAS.

Sila berikan jawapan mengenai pandangan anda tentang penggunaan teknik permainan ‘geodam

‘ dalam proses P&P untuk matapelajaran geografi.

1. Adakah anda berpuas hati dengan penggunaan teknik permainan ‘geo dam ‘ dalam proses P&P untuk matapelajaran geografi ?

YA

TIDAK

2. Adakah anda berasa seronok dengan permainan ini?

YA

TIDAK

Page 23: Proposal Kajian Tindakan

3. Pernahkah anda berasa seronok belajar geografi sebelum ini?

YA

TIDAK

4. Adakah teknik ini dapat memberi kesan dalam pembelajaran geografi anda?

YA

TIDAK

5. Pada pendapat anda, adakah sistem atau kaedah ini sesuai dengan pembelajaran geografi di

dalam kelas?

SESUAI

TIDAK SESUAI

6.Adakah teknik ini dapat membantu anda untuk mengingati semua fakta-fakta berkaitan

Geografi?

YA

TIDAK

7. Teknik ini merupakan satu kaedah pengajaran yang menyeronokkan dan memberi kesan yang

baik terhadap subjek Geografi.

SETUJU

TIDAK SETUJU

Page 24: Proposal Kajian Tindakan

8. Sila bagi cadangan anda terhadap penggunaan teknik ‘geo dam’ dalam proses P&P untuk

matapelajaran Geografi.

i.____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

ii____________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________