projek tanaman hiasan

65

Upload: azmega12

Post on 20-Jan-2015

18.734 views

Category:

Art & Photos


11 download

DESCRIPTION

Tanaman Hiasan

TRANSCRIPT

Page 1: Projek tanaman hiasan
Page 2: Projek tanaman hiasan

Tanaman hiasan adalah tumbuhan yang ditanam untuk menghiasi sesuatu kawasan bagi mewujudkan

pemandangan yang cantik dan indah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan tidak berbunga. Tanaman

hiasan ini ditanam di dalam bekas seperti pasu atau ditanam terus di atas tanah . Tanaman hiasan ada

yang berbunga dan ada yang tidak berbunga.

PENGENALAN

Page 3: Projek tanaman hiasan

Tanaman hiasan ini boleh dikomesialkan atau dijadikan sebagai hobi. Dewasa ini kita sering

melihat nurseri tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ini jelas tanaman hiasan merupakan

pilihan masyarakat hari ini yang mementingkan suasana persekitaran yang hijau dan

mendamaikan. Jika hobi menanam tanaman hiasan dijalankan secara serius, maka tidak

hairanklah ianya boleh mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan.

Namun untuk memulakan hobi atau secara komersial, seseorang itu seharusnya mengenali

jenis-jenis tanaman hiasan

Page 4: Projek tanaman hiasan

Halaman rumah indah dan ceria. Kita dapat bekalan tambahan udara segar. Bunga-bunga akan menghiburkan hati kita

dengan pelbagai warna bunganya. Hati menjadi tenang apabila melihat bunga

yang indah dari segi daun, corak dan bau.

KEBAIKAN MENANAM TANAMAN HIASAN

Page 5: Projek tanaman hiasan

Memandang bunga-bunga jenis daun hijau mata akan menjadi segar.

Masa lapang dimanafaatkan dengan menanam bunga

Bunga-bunga akan menghiburkan hati kita dengan pelbagai warna bunganya.

Wujud rasa keinsafan melihat ciptaan Allah yang luar biasa.

Page 6: Projek tanaman hiasan
Page 7: Projek tanaman hiasan
Page 8: Projek tanaman hiasan

Tapak Semaian Seri Wangi, Lot 357, Lendu, Rembia, ialah Nursery milik Encik Boon iaitu seluas lima ekar. Beliau mengusahakan pelbagai jenis tanaman hiasan yang bertujuan untuk komersial. Menurutnya beliau membuka nusery ini memandangkan masyarakat hari ini sangat menggemari tanaman hiasan ini untuk menghiasi kediaman mahupun pejabat. Perniagaan tanaman hiasan ini telah diusahakan sejak lima tahun yang lalu dan mendapat sambutan yang sangat daripada pelanggan.

Page 9: Projek tanaman hiasan

Pelangaannnya pula terdiri daripada penduduk setempat dan juga luar dari negeri Melaka. Beberapa orang pelanggan yang datang ke tapak semaian ini berpuas hati dengan tanaman hiasan yang dibeli di sini. Tanaman hiasan yang terdapat di sini cantik-cantik dan bermutu tinggi. Kini encik Boon mempunyai tiga orang tenaga pekerja dan dua buah lori. Encik Boon Kim juga turut memasarkan tanaman hiasannya di pasar tani atau pasar minggu yang terdapat di sekitar negeri Melaka.

Page 10: Projek tanaman hiasan

Terdapat pelbagai jenis tanaman hiasan yang ditanam di tapak semaian ini. Antaranya pokok renek seperti bunga kertas, bunga puding, bunga raya dan sebagainya. Menurutnya pokok bunga kertas turut diminati oleh para pelanggannya. Hal ini adalah kerana bunga kertas mudah dijaga dan terdapat pelbagai warna yang menarik. Pokok bunga kertas juga dibiakkan secara cantuman supaya mendapat kepelbagaian warna dalam sebatang pokok. Tambahan pula pokok bunga kertas telah dipilih sebagai tanaman yang menghiasi seluruh bandar, di sepanjang jalan raya Alor Gajah oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Page 11: Projek tanaman hiasan

Tanaman hiasan pokok palma juga sangat digemari oleh masyarakat hari ini. Antaranya pokok pinang kuning, pinang raja dan rafis. Pokok ini kebanyakan di tanam di kawasan perumahan. Pokok bunga semusim juga banyak terdapat di sini. Antaranya pokok balung ayam, bunga tahi ayam, bunga mawar, bunga kekwa, bunga daisy dan sebagainya. Menurut pengusahan tanaman ini juga digemari oleh pelanggannya kerana ianya cantik. Tanaman tutup bumi seperti rumput tikar, rumput mutiara dan rumput lembu juga ditanam di sini. Masyarakat hari ini gemar menanam rumput tikar di kediaman mereka dengan tujuan nampak cantik dan kemas.

Page 12: Projek tanaman hiasan

Selain menjual pelbagai jenis tanaman hiasan, Encik Boon Kim juga menjual pelbagai jenis tanah untuk kegunaan tanaman. Contohnya tanah pasir, tanah loam, baja kimia dan baja organik Terdpat pelbagai kaedah digunakan untuk pembiakan tanaman di sini. Antaranya kaedah keratan batang, cantuman, tut dan juga biji benih.

Page 13: Projek tanaman hiasan

RAKAMAN FOTO DI TAPAK SEMAIAN SERI WANGI……

Page 14: Projek tanaman hiasan

PELBAGAI JENIS PASU DAN BAJA …………

Page 15: Projek tanaman hiasan

JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN

Page 16: Projek tanaman hiasan

\

POKOKPOKOKPALMAPALMA

POKOKPOKOKKAKTUSKAKTUS

Page 17: Projek tanaman hiasan

Pokok Pokok tembusutembusu

Pokok Pokok semarasemarak k apiapi

Pokok Pokok beringinberingin

Pokok Pokok doadoa

Page 18: Projek tanaman hiasan

Pokok Pokok bunga bunga kertaskertas

Pokok Pokok jejuangjejuang

Pokok Pokok pudingpuding

Pokok bunga Pokok bunga rayaraya

Page 19: Projek tanaman hiasan

Bunga tahi Bunga tahi ayamayam

Bunga Bunga mawarmawar

Bunga balung Bunga balung ayamayam

Bunga kekwa Bunga kekwa hitamhitam

Bunga Bunga mataharimatahari

Bunga Bunga tabustabus

Page 20: Projek tanaman hiasan

Licuala Licuala GandisGandis

Pokok pinang Pokok pinang rajaraja

Pokok Pokok FoxtailFoxtail

Pokok Pokok kipaskipas

Page 21: Projek tanaman hiasan

Pokok bunga Pokok bunga seri pagiseri pagi

Ros jepunRos jepun

Cereus Cereus peruvaniusperuvanius

Espotoa lanataEspotoa lanata

Page 22: Projek tanaman hiasan

Ciri-ciri pokok naungan adalah:Ciri-ciri pokok naungan adalah:

1. Tinggi- lebih dari 5 meter1. Tinggi- lebih dari 5 meter2. Bentuk – berbatang tunggal2. Bentuk – berbatang tunggal3. Kegunaan – teduhan dan 3. Kegunaan – teduhan dan

penahan angin penahan angin 4. Contoh:4. Contoh:pokok semarak api, tembusu dan pokok bunga tanjung. .

Pokok Pokok NaunganNaungan

Page 23: Projek tanaman hiasan

Ciri-ciri pokok renek adalah:Ciri-ciri pokok renek adalah:

1. Tinggi- kurang dari 5 meter1. Tinggi- kurang dari 5 meter

2. Bentuk – batang berkayu, 2. Bentuk – batang berkayu, berdahan dan mempunyai berdahan dan mempunyai rantingranting

3. Kegunaan – teduhan dan hiasan3. Kegunaan – teduhan dan hiasan

4. Contoh: 4. Contoh: Pokok bunga kertas, pokok bunga raya

Pokok RenekPokok Renek

Page 24: Projek tanaman hiasan

Ciri-ciri pokok semusim adalah:Ciri-ciri pokok semusim adalah:

1.1.Tinggi- ketinggian yang berbeza-bezaTinggi- ketinggian yang berbeza-beza2. Tumbuhan yang hidup dalam jangka 2. Tumbuhan yang hidup dalam jangka

masa yang singkatmasa yang singkat4. Mati selepas mengeluarkan bunga4. Mati selepas mengeluarkan bunga5. Mempunyai pelbagai warna dan 5. Mempunyai pelbagai warna dan

bentukbentuk6. Kegunaan – selalu dijadikan sebagai 6. Kegunaan – selalu dijadikan sebagai

hiasanhiasan7. Contoh: 7. Contoh:

pokok bunga mawar, balung ayam, bunga tahi ayam

Pokok Pokok SemusimSemusim

Page 25: Projek tanaman hiasan

Ciri-ciri pokok palma adalah:Ciri-ciri pokok palma adalah:

1.1.Tinggi- ketinggian yang berbeza-bezaTinggi- ketinggian yang berbeza-beza

2. 2. Batang tunggal, tidak bercabang dan diakhiri daun.

3 Contoh: 3 Contoh: Pinang raja, rafis dan pinang kuning.

Pokok Palma Pokok Palma

Page 26: Projek tanaman hiasan

Ciri-ciri pokok kektus adalah:Ciri-ciri pokok kektus adalah:

1.Mempunyai bentuk yang unik. 2.Batang tunggal, tidak bercabang dan

diakhiri sejambak daun.3.Contoh: Espoto lanata, Cereus

peruvanius dan Opuntia microdays

Pokok Kektus Pokok Kektus

Page 27: Projek tanaman hiasan
Page 28: Projek tanaman hiasan

Pembiakan seksMelalui penyemaian biji benih

Kelebihan:Murah dan menghasilkan banyak pokok Menyediakan pokok penantiMenghasilkan baka-baka baruKadangkala terhasil hibrid yang lebih cergas berbanding pokok induk Keburukan:Tidak menurunkan baka yang tulinTerdapat masa rehat (dormancyMasa yang panjang untuk matangBermusim

Page 29: Projek tanaman hiasan

MENYEMAI BIJI BENIH

Medium penyemaian•Sabut terproses, vermiculite, perlite, pasir•Camputan bahan di atas.

Langkah penyemaian•Sediakan medium pasir sungai ke dalam bekas•Siram supaya medium lembap•Biji benih halus digaul dengan pasir (1 bhg benih:3 bhg. pasir)•Tabur biji benih di atas permukaan medium•Biji benih ditutup dengan satu lapisan medium dan siram semula•Bekas ditutup dengan plastik hingga benih bercambah

Page 30: Projek tanaman hiasan

Cara menyemai dan mengubah biji benih halus

Page 31: Projek tanaman hiasan

Menyemai biji benih besar

Biji benih disemai ke dalam medium percambahan sedalam 2 kali ganda garis pusat biji benih

Page 32: Projek tanaman hiasan

Pembiakan aseks/tampang

Menggunakan salah satu bahagian tumbuhan

DaunKeratan batangMata tunas Akar

Page 33: Projek tanaman hiasan

Pembiakan aseksKebaikan:

Boleh mendapat pokok yang seragamMenyerupai induk yang dipanggil klonCepat berbunga/berbuahBoleh dibiak sepanjang tahunDapat dibiak dengan banyak dalam satu masaDapat membiak , tumbuhan yang tidak boleh dibiak dengan biji

Keburukan

Pemindahan penyakit lebih mudah terutama oleh virusTidak semua jenis tumbuhan boleh dibiak dengan cara ini

Page 34: Projek tanaman hiasan

Pembiakan secara batangKERATAN

Keratan dahan atau batang

Keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana dan keratan kayu hijau atau lembut.

Page 35: Projek tanaman hiasan

Keratan BatangCara mengambil keratan batang:1. Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit.2. Panjangnya keratan anantara 15 - 20cm. 3. Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas. 4. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun. 5. Tentukan sekurang- kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. 6. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). 7. Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu.

Page 36: Projek tanaman hiasan

Keratan Daun

Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan uratdaun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun.

Cara keratan daun dibuat:1. Ambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. 2. Akar dan daun baru akan keluar dari sebelah bawah daun. Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. 3. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 – 4cm panjang.

Page 37: Projek tanaman hiasan

Keratan Akar Cara Keratan akar dibuat :1.Potong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang.2.Kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut. 3.Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir. Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan.

Page 38: Projek tanaman hiasan

Pemasuan Semula

1.Kelebihan menanam tanaman dalam pasu

i. Tanaman mudah dialihkan

ii.Tidak memerlukan kawasan yang luas

iii.Boleh disusun dengan susunan yang

Page 39: Projek tanaman hiasan

1.Kekurangan menanam tanaman dalam pasu

i. Terhad kepada beberapa jenis tanaman kecil sahaja

ii.untuk tanaman jangka masa singkat sahaja

iii.perlu pemasuan semula apabila tanaman kurang subur

Page 40: Projek tanaman hiasan

1.Sebab-sebab pemasuan semula

i. Pasu retak atau pecah

ii. Pasu terlalu padat dengan akar tanaman

iii.Tanaman terlalu besar atau terlalu

merimbun

iv.Tanaman tidak lagi subur akibat

kekurangan nutrien

v.Tanaman kurang segar dan berpenyakit

Page 41: Projek tanaman hiasan

Pasu retak hendaklah ditukar

Tanaman terlalu merimbun

Air keluar dari lubang saliran

Page 42: Projek tanaman hiasan

Menyediakan Medium Pemasuan

Medium pemasuan terdiri dari tanah loam, bahan

organik dan pasir sungai

Nisbah medium memasu ialah; 3 : 2 : 1

Page 43: Projek tanaman hiasan

baldiskop

penyiram

Penapis pasir

Alatan Pemasuan

Page 44: Projek tanaman hiasan

Pemilihan Pasu1. Beli2. Menggunakan semula pasu sedia ada

Pasu plastikPasu tanah liatPasu seramik

Page 45: Projek tanaman hiasan

Menyediakan Pasu i. Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman dan kedudukan letak pasu tersebut

ii.Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal Jika menggunakan pasu baru , rendam semalaman dalam air

iii.Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam larutan formalin semalaman untuk membunuh bakteria

iv. Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau dengan batu kelikir untuk menggelakkan medium keluar ketika menyiram

Page 46: Projek tanaman hiasan

• Langkah-langkah Pemasuan Semula - Lembabkan medium tanaman

- Medium disiram untuk melembabkannya - Pangkas / buangkan akar yang terkeluar daripada lubang saliran - Pegang pangkal pokok dan tarik keluar tanaman daripada pasu - Jika tidak berjaya , tunggingkan pasu dan ketuk perlahan-lahan - Apabila telah keluar ,pangkas /buang dahan-dahan yang tidak

diperlukan -Buang 1/3 daripada medium yang lama

Page 47: Projek tanaman hiasan

A.Buang medium dengan sudip tangan B.Gunakan pasu baru yang lebih besar atau basuh dan bersihkan pasu. C.Masukan medium baru 1/3 dalam pasu.

Masukan tanaman hiasan tersebut

Page 48: Projek tanaman hiasan

A.Masukan tanaman hiasan ke dalam pasu yang disediakan B.Tambahkan medium sehingga 2.5 cm daripada bibir pasu. C.Siram dan letakkan ditempat yang teduh

Page 49: Projek tanaman hiasan

Memasu juga adalah proses memindahkan anak pokok daripada beg poli ke dalam pasu

Page 50: Projek tanaman hiasan

Penjagaan tanaman- Menyiram

-Penyiraman dilakukan pagi dan petang -Gunakan alat penyiram yang mempunyai muncung halus -Air siraman akan melarutkan nutrien dan membantu proses fotosintisis

Page 51: Projek tanaman hiasan

- Membaja

Membaja akan membolehkan pokok terus hidup dan subur Gunakan baja organik atau baja kimia

Page 52: Projek tanaman hiasan

-Merumput

- Merumput bermaksud membuang rumput rumpai - Rumput rumpai adalah tumbuhan yang tidak diperlukan oleh tanaman di dalam pasu - Rumput rumpai adalah pesaing tanaman untuk mendapatkan nutrien , air dan ruang -Rumput rumpai boleh dibuang dengan menggunakan tangan atau serampangan tangan

Page 53: Projek tanaman hiasan

- Mengembur

-Menggembur bermaksud aktiviti meloggarkan medium medium yang telah digembur dan loggar akan - Memudahkan air mengalir - Memudahkan akar menembusi medium Membaiki pengudaraan

Page 54: Projek tanaman hiasan

Mengawal serangan musuh - Musuh tanaman hiasan adalah seperti serangga perosak, siput babi dan penyakit - Serangga perosak dikawal dengan menyembur tanaman dengan racun serangga - Siput babi dikawal dengan umpan beracun

Page 55: Projek tanaman hiasan
Page 56: Projek tanaman hiasan

1. Sediakan pasu gantung yang sesuai.

Page 57: Projek tanaman hiasan

2. Batu-batu kecil.

Page 58: Projek tanaman hiasan

3. Campuran tanah

Page 59: Projek tanaman hiasan

4.Campuran tanah dimasukkan ke dalam pasu.

Page 60: Projek tanaman hiasan

5. Masukkan batu-batu kecil terlebih dahulu untuk menutup lubang supaya campuran tanah tidak keluar apabila pokok disiram.

Page 61: Projek tanaman hiasan

6. Dawai dipasang pada lubang pasu gantung untuk tujuan menggantung pokok bunga.

Page 62: Projek tanaman hiasan

7. Air disiram pada pokok bunga yang baru ditanam.

Page 63: Projek tanaman hiasan

8. Pokok perlu digantung di tempat yang teduh dan sesuai yang membolehkan pokok bunga yang ditanam dapat hidup dengan subur.

Page 64: Projek tanaman hiasan

SEKIAN, SEKIAN, TERIMA KASIHTERIMA KASIH

Page 65: Projek tanaman hiasan

KAEDAH PEMBIAKAN