projek inovasi

26
PROJEK INOVASI DATA

Upload: johnsonlou

Post on 04-Oct-2015

137 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tfhgjjgjgj

TRANSCRIPT

Slide 1

PROJEK INOVASI DATA

KEPENTINGAN IMPAK PROJEK

Secara umumnya, sikap tidak suka membuang sampah ke dalam tong sampah baik semasa bekerja mahupun tatkala belajar bukan sahaja telah mencerminkan rakyat Malaysia merupakan rakyat yang kotor, malah tahap kebersihan adalah rendah. Dengan adanya Tong Kipas , nescaya dapat mendorong semua orang membuang sampah ke dalam projek tersebut. Secara tidak langsung, sikap yang buruk dapat dibendung secara holistik. Selain itu, impak projek tersebut juga dapat meningkatkan taraf kehidupan penduduk. Seterusnya, tahap kesihatan manusia juga dapat ditingkatkan dan kadar kematian keseluruhan dapat dikurangkan kerana persekitaran yang lebih bersih. Di samping itu, projek tersebut penting dalam megurangkan mengurangkan masalah pembakaran sampah terbuka. Sekiranya mendapat cara yang lebih baik untuk menyelesaikan sampah-sarap, buat apa penduduk membakar sampah? Impaknya, pembakaran sampah terbuka dan masalah pencemaran udara juga dapat dikurangkan.

Sementara itu, penggunaan barangan teknologi juga semakin canggih sebagai impak projek tersebut. Teknologi dalam pengurusan sampah-sarap semakin canggih dapat mencapai tahap kualiti alam sekitar yang baik di samping memberi kesempatan untuk memodenkan negara dengan cara menyelesaikan masalah dengan penggunaan teknologi moden.Bukan itu sahaja, cuaca panas yang merupakan simbol negara Malaysia dapat diatasi dengan penggunaan Tong Kipas kerana Tong Kipas itu merupakan kipas yang kuat anginnya dapat melegakan cuaca yang panas. Adalah menyahut kempen kurang menggunakan elektirik kerana Tong Kipas hanya menggunakan bateri untuk berfungsi. Dengan alasan-alasan atas, kami pelajar SMJK Sin Min telah mencipta Tong Kipas untuk memberi perkhidmatan yang selesa untuk kamu semua. Haraplah Tong Kipas dapat merupakan pilihan utama kamu semua menjadi barang hiasan.

RASIONAL KAJIAN

Dalam negara yang pesat membangun bagai belut diketil ekornya, masih ada lagi orang yang suka membuang sampah di mereta-rata tempat. Adalah mengecewakan kerana banyak orang masih mengamalkan sikap ini yang tidak memberangsangkan ini. Dengan itu, menegaskan lagi projek kita yang dicipta Tong Kipas untuk mendorong mereka membuang sampah ke dalam Tong Kipas yang direkacipta. Dengan adanya Tong Kipas, pengguna akan membuang sampah ke dalamnya kerana Tong Kipas bukan lagi merupakan tong sampah yang kotor yang kurang hiasan itu. Tong Kipas merupakan modal kincir angin yang lama rekaannya, tetapi Tong Kipas mempunyai kipas yang dapat bergerak. Dengan penuh keyakinan, Tong Kipas dapat memukat hati pengguna sekali gus dapat mendorong mereka membuang sampah ke dalam Tong Kipas. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa, lama-kelamaan mereka akan membuang sampah ke dalamnya. Bukan itu shaja, dengan rekaannya yang menonjolkan, Tong Kipas akan menjadi barang hiasan yang pilihan pertama anda. Hal ini kerana Tong Kipas mempunyai kipas yang ligat geraknya dan hiasan yang kunon tetapi selesa nampak. Tambahan pula. mana ada barang hiasan yang dibuat daripada barang-barang mesra alam yang begitu cantik lagi istimewa? Oleh itu, Tong Kipas nescaya akan menjadi barang hiasan pilihan anda selepas anda melihatnya kerana Tong Kipaslah bukan sahaja merupakan produk mesra alam yang dibuat oleh sekumpulan murid penuh dengan kesungguhan, malah Tong Kipas merupakan produk yang berjaya selelpas banyak kegagalan yang dihadapi murid-murid tersebut. Tong Kipas yang begitu hebat lagi cantik, siapa nampak pun gerak hatilah apatah lagi kita yang bernama insan. Oleh itu, jangan ragu-ragu lagi dan membelinya kerana tindakan bukan sahaja memberi semangat kepada murid-murid yang bertungkus-lumus malah telah menyokong barang buatan Malaysia secara tidak langsung.

PENYATAAN MASALAH PROJEK

Pada era robotik ini, sampah-sarap yang terdapat di negara Malaysia pada tahun 2008 ialah sebanyak 23000 tonnes.Adalah membimbingkan kerana jika rakyat Malaysia tidak dapat melaksanakan perkara yang mesra alam untuk mempertahankan ekosistem.Menurut internet, tahun 2017 akan melebihi 57000 tonnes. Dengan jumlah ini,bayangkan Negara kita bukan dipenuhi dengan orang ,malah disaratkan dengan sampah-sarap.Pada masa yang sama, pembuang sampah seperti kertas merupakan kadar yang paling kronik daripada jumlah pembuangan sampah. Antara pembuang sampah ialah pelajar dan pekerja pejabat. Mereka membuang sampah sesuka hati dan telah dicampur dengan sampah-sarap lain sekali gus telah menyukarkan proses recycle. Dengan itu, negara kita Malaysia gah dengan namanya negara yang tiada mesra lam.Selain itu, Malaysia yang penuh dengan aset semula jadi yang tidak ternilai.Jikalau pihak kerajaan merancang uslub yang drastik,Negara Malaysia akan mengalami kepupusan fauna dan flora kerana penebangan pokok tanpa kawalan. Masalah-masalah akibat penebangan pokok seperti banjir kilat, tanah runtuh akan ditimbul sekali gus keamanan dan kesejahteraan negara akan tergugat.Tambahan pula. negara Malaysia yang dikatakan negara yang ke-21 mempunyai biodervisiti yang terbesar. Jikalau negara kita tidak lagi mempunyai aset negara yang tidak nilainya, kegiatan pelancongan yang merupakan sumber utama negara kita akan terjejas. Andainya tiadanya uslub yang drastik lagi bersepadu dilancarkan, bukan sahaja perindustrian pelanconagan akan terjejas, malah tahun pelancongan negara akan menjadi cangkul angin sahaja dan tidak akan membuah hasilnya.Penebangan pokok akan menyebabkan Bandar-bandar besar akan mengalami fenomena pulau haba. Suhunya yang meningkat tanpa kawalan telah menyebabkan banyak penduduk tidak boleh tahan dengan suhu yang begitu panas.Tambahan pula, seluruh dunia sedang menyahut kempen kurang penggunaan elekrik, adakah kita hendak melangkau langkah yang bertentangan?

Kaedah KajianKami dari kelab Pencinta Alam SMJK Sin Min telah menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut untuk menjayakan projek kami, Tong Kipas.

A)Rujukan Buku Ilmiah Kami telah merujuk bahan bacaan seperti Sacred Trash: The Lost and Found World of the Cairo Geniza untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang bilangan sampah-sarap di negara kita.Tambahan pula,berita harian yang menyiarkan berita tentang sampah-sarap yang menjejaskan kehidupan penduduk sekitar.

B)Rujukan InternetKami menggunakkan kaedah ini untuk mencari maklumat tentang sampah-sarap di Malaysia.Di samping itu,kaedah juga dapat memberi ilham kepada kami untuk membina Tong Kipas.

C)Pandang DengarDengan kaedah ini,kami merujuk produk tahun lain untuk lebih memahami konsep pertandingan tersebut.Pada masa yang sama, kami juga dapat ilham untuk membuat projek melalui cara ini.

SKOP KAJIAN

Selepas membincang,skop kajian menjerumus kepada penduduk di Sungai Petani. Hal ini kerana penduduk di Sungai Petani telah menghadapi masalah sampah-sarap yang serius dan mempunyai banyak buah fikiran yang berlainan terhadap masalah sampah-sarap. Pusat membeli-belah Amanjaya Mall merupakan tempat bagi kita untuk mengetahui komen yang diberi oleh pengguna.Di samping itu, kegunaan dan impak pengguna bagi projek kita yang bernama Tong Kipas merupakan tumpuan kita semasa melakukan kajian di pusat membeli-belah Amanjaya Mall . Selain itu, perbuatan yang ringkas dan keselamatan pengguna juga difokuskan semasa membina projek ini. Skop kajian juga tertumpu kepada projek ini merupakan salah satu projek yang berguna lagi mesra alam.

Pengenalan Tong Kipas

PENGENALAN TONG KIPAS

Perekaaan Tong Kipas adalah merujuk kepada rekaan kerinci angin yang letaknya di Belanda .Rekaan Tong Kipas ialah gabungan prinsip kincir angin dan rekaan tong sampah. Dengan kedua-dua gabungan ini, membuang sampah akan menjadi lebih mudah.Pada masa yang sama,cara ini akan menrangsang kita semua membuang sampah ke dalamnya.Pada masa yang sama,kaedah ini akan banyak mengurangkan pembuangan sampah di merata-rata tempat terutamanya di atas lantai. Oleh sebab Tong Kipas cuma menerima bahan kertas , pembahagikan sampah akan menjadi lebih senang. Tambahan pula,menurut internet,hampir sesuku sampah sarap di seluruh dunia ialah bahan kertas. Fenomena ini dapat diselesaikan dengan adanya Tong Kipas .Di samping itu,rekaan Tong Kipas yang menarik nescaya akan memukau hati pengguna untuk membuang dalamnya.Tindakan ini dapat dijadikan salah satu pendidikan untuk kita semua membuang sampah ke dalamnya.

Tambahan pula, Tong Kipas akan bergerak kipasnya dan mengeluarkan angin yang kuat cukup menyejukkan suasana yang begitu hangat pada waktu dinihari. Adalah sesuai untuk digunakan oleh sesiapa yang tinggal di negara yang beriklim yang panas ini. Di samping itu, Tong Kipas rekaanya yang cantik lagi kontra warnya nescaya akan menjadi barang hiasan yang paling cantik di atas meja baca anda. Dengan itu, pastinya lagi cantik meja anda dengan adanya Tong Kipas.

SKETCHING

FUNGSI

Sebagai kipas-memberi kelegaan pada waktu yang panasDapat mengisi barang spt surat khabar(pokok palsu) kopi saiz mini(generator)Sebagai hiasan yang bertemakan pemandangan di luar Bandar yang berunsurkan baratDapat menjerang air( 69C)- suhu yang sesuai untuk membancuh kopi dan theSebagai tong sampah(dalam kincir air)

KELEBIHAN

Mempunyai kipas (memudaratkan suhu yang tinggi dan panas)Lebih mesra alam (menggunakan bahan buang dan sumber elektik solar)Dapat digunakan sebagai alat pemanas air dan pengekal suhu Tanpa elektrikDijadikan tong sampahMudqah alih ( solar cooker yang berkonsepkan kandang kuda dapat dialih keluar)Kreatif dan memudahkan pengguna (hanya perlu membuang sampah yang mnghimpun di kincir angin semasa tong sampah itu penuh)Lebih bertemakan semula jadi (menggunakan daun kering sebagai hiasan)Dapat dijadikan hiasan yang bertemakan luar Bandar berunsurkan baratSifar pencemaran (menggunkan tenaga solar yang tidak tercemarDapat menyimpan barang seperti suart khabar

KEKURANGAN

Tidak boleh dijadikan barang hisasan dalaman(Solar panel tidak boleh digunakan & solar cooker tidak dapat berfungsi)Penjagan yang rapi ( tidak kalis air)

KESIMPULAN

Sebagai rakyat Malaysia,kita memikul obligasi untuk memartabatkan nama baik Negara ke persda dunia. Dengan itu,kita perlu membuang sampah ke dalam tong sampah dan bukan di merata-rata tempat. Kita harus memberitahu seluruh dunia bahawa Negara Malaysia bukan gah dengan kekotoran,malah terkenal dengan kebersihannya.Alah bias,tegal biasa,kita tidak dapat mengubah tabiat buruk dengan sekelip mata sahaja.Oleh itu, dengan adanya Rubbish 2 Ways Eater,sampah di merata-rata tempat dapat dibersihkan dan kita akan dididik untuk membuang sampah ke dalam tong sampah. Rubbish 2 Ways Eater juga akan menjadi barangan hiasan yang cantik jika dipamerkan di mana-mana sahaja.Ayuhai,rakyat Malaysia yang hebat!Jomlah hasilkan suasana yang konduktif bagi generasi yang akan datang.Bangunkah sesiapa yang tertidur,kerjasama semua amat diperlukan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi!

SEKIAN,TERIMA KASIH