progrm pengantarabangsaan.doc

8
PROGRAM PENGANTARABANGSAAN . Tarikh : 9 April 2011 Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik mesyuarat/makmal bahasa/dewan terbuka MASA PANDUAN PENGUMUMAN 10.00 am Vanue A: Ketibaan tetamu jemputan *Para tetamu jemputan mengambil tempat di dalam bilik mesyuarat. 10.20 am Vanue B: Ucapan Aluan Pengacara Majlis Yang jauh, .. diundang dengan surat, Yang dekat,… diundang sepakat, Kini,.. yang diundang sudah tiba Yang dipesan,… sudah datang Yang dipanggil,… sudah disahut Kalau gayung, …sudah bersambut Jadilah eloklah saya memulakan acara majlis Asssalamualikum w.b.r ….. Selamat Sejahtera 1. Yang Berusaha En Mohamad Samudin bin Johari Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (unit rendah) PPD Pasir Gudang

Upload: hairool-xaem

Post on 10-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PENGARAH PELAJARAN PERAK BERSAMA DENGAN PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH LARUT MATANG SELAMA DAN KERIAN

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN.

Tarikh: 9 April 2011Masa

: 10.00 pagi

Tempat: Bilik mesyuarat/makmal bahasa/dewan terbukaMASAPANDUANPENGUMUMAN

10.00 am

Vanue A:Ketibaan tetamu jemputan*Para tetamu jemputan mengambil tempat di dalam bilik mesyuarat.

10.20 amVanue B:Ucapan Aluan Pengacara MajlisYang jauh, .. diundang dengan surat,

Yang dekat, diundang sepakat,

Kini,.. yang diundang sudah tiba

Yang dipesan, sudah datang

Yang dipanggil, sudah disahut

Kalau gayung, sudah bersambutJadilah eloklah saya memulakan acara majlisAsssalamualikum w.b.r .. Selamat Sejahtera

1. Yang Berusaha En Mohamad Samudin bin Johari

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (unit rendah) PPD

Pasir Gudang

2. Yang Berusaha Tn Hj Nasuha bin Paiman Pengetua Cemerlang SMK Taman Nusa Damai Yang dialu-alukan:3. Yang Berusaha *nama*_______________________________

Selaku Ketua Lawatan Kelompok, Kepala Sekolah, Kota

Tanjung Pinang, Indonesia.4. Pegawai-Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang5. Guru besar-guru besar daerah Pasir Gudang.6. Guru M4P rendah.

7. Peserta-peserta Rombongan Seterusnya barisan urusetia program. Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan mezahirkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinnya jua dapat kita dipertemukan dalam Program Pengantarabangsaan ini.Bagi pihak majlis kami mengucapkan Selamat Datang dan melakarkan kalungan budi terima kasih di atas kesudian pihak lawatan kelompok kepala sekolah Kota Tg Pinang, Indonesia datang ke sekolah kami. Kami berasa amat bertuah kerana mendapat kunjungan tuan dan puan yang dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua negara dalam dunia pendidikan di rantau ini. Terima kasih diucapkan kepada Pihak PPD Pasir Gudang yang telah memberi kepercayaan kepada pihak sekolah bagi menganjurkan program pengantarabangsaan yang julung kali diadakan di sekolah ini.

Untuk makluman semua, sekolah ini baru sahaja dibuka pada 3 Januari lalu. Walaupun masih baru beroperasi, kehadiran tuan puan sekalian telah menyuntik semangat kami warga SMK Taman Nusa Damai untuk membuktikan sekolah yang baru empat bulan beroperasi sudah dapat menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dalam membentuk modal insan yang berkualiti dalam bidang pendidikan ini.

Bacaan Doa

Hadirin sekalian,

Sebaik-baik majlis adalah majlis yang di berkati. Untuk itu, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon restu ke hadrat Illahi semoga majlis mendapat, berkat dan syafaat. Majlis mempersilakan Ustaz Zaki bin Jid untuk memimpin bacaan doa.Majlis mempersilakan*tunggu doa habis.Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas bacaan doa tadi.

Ucapan Alu-aluan oleh En Mohammad Samudin bin Johari

Para hadirin yang dimuliakan,

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha En Mohammad Samudin bin Johari, Penolong Pegawai Pelajaran(unit rendah) Daerah Pasir Gudang.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.*tunggu habis

Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan

En Mohammad Samudin bin Johari sebentar tadi.

Ucapan &Tayangan Multimedia

oleh pengetuaTuan/puan yang dihormati sekalian, Acara kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan dan persembahan multimedia oleh Tn Hj Nasuha B. Paiman, Pengetua cemerlang SMK Taman Nusa Damai. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan,*tunggu habisPihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn Hj Nasuha b. Paiman atas ucapan dan persembahan multimedia sebentar tadi.

Ucapan Balas daripada wakil kelompok lawatan kepala sekolahBatu kecubung warna ungu

Ditatah berlian batu bermutu

Adat kita menyambut tetamu

Hamparkan tikar lebarkan pintuPara hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan balas daripada (*nama)

________________________________________ selaku wakil Lawatan Kelompok Kepala Sekolah Kota Tanjung Pinang, Indonesia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan..Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada _________________________atas ucapan balas sebentar tadi.

Vanue C:Serah pada Pn Faridah Hanim

Sidang hadirin dan para jemputan sekalian,

Selepas ini Tuan/puan akan dibawa melawat ke sekitar sekolah untuk melawat persekitaran sekolah dan asrama. Majlis diserahkan kepada Pn Faridah Hanim untuk acara seterusnya.

Denagn segala hormatnya dipersilakan

Vanue D: Dewan terbukaTarian murid prasekolah

Persembahan angklung

Pendeklamasian sajak

Persembahan Koir

Tarian murid KBSR

Tuan/puan dijemput untuk menikmati hidangan yang telah sedia terhidang. Sambil tuan/puan menjamu selera, tuan/puan akan dipersembahkan dengan beberapa persembahan yang telah diatur oleh pihak majlis.

Sebagai pembuka tirai sambil tuan/puan menjamu selera, marilah kita sama-sama menyaksikan tarian murid pra-sekolah dari SK Permas Jaya 2 di bawah pimpinan ________________________.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Seterusnya sebagai halwa telinga, sudikan lah tuan/puan untuk menghayati alunan merdu daripada persembahan angklung yang akan dipersembahkan oleh Pelajar-pelajar SMK Taman Nusa Damai di bawah pimpinan En Dhiyaudin. Mereka akan mempersembahkan alunan melodi lagu suriram, sway dan kuda hitam. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..Seterusnya, majlis mempersilakan adik faree Syimeer bin Mohd Azahari dari tingkatan 2 Delima untuk mendeklamasikan sajak beliau yang bertajuk ______________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakanMajlis diteruskan lagi dengan persembahan Koir oleh kumpulan Koir SMK Tman Nusa Damai di bawah pimpinan Pn Yusnita, Pn Noriza dan Pn Salwidani. Mereka akan mempersembahan lagu bertajuk Tanya sama itu Hud-hud dan Lagu gembira.Dengan segala hormatnya dipersilakan

Sebagai penutup majlis, sekali lagi majlis diserikan dengan persembahan murid-murid SK Permas Jaya 2 yang akan mempersembahkan tarian __________________________. Dengan segaa hormatnya dipersilakan

9.50 pagiCenderamataPenutupSebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, di jemput En Samudin bin Johari, Pen. Pegwai Pelajaran unit rendah Daerah Pasir Gudang untuk menyampaikan cenderamata kepada wakil lawatan kelompok kepala sekolah Kota Tg. Pinang. Dijemput wakil lawatan kelompok untuk menerima cenderamata daripada pihak _____________________.

*tungguTerima kasih diucapkan kepada En Samudin bin Johari atas penyampaan cenderamata itu tadi.

Seterusnya, dijemput Tn. Hj Nasuha bin Paiman, Pengetua cemerlang SMK Taman Nusa Damai untuk menyampaikan cenderamata kepada wakil lawatan kelompok kepala sekolah Kota Tg. Pinang.

Dijemput wakil lawatan kelompok untuk menerima cenderamata daripada pihak sekolah.

*tunggu

Terima kasih diucapkan kepada En Samudin bin johari atas penyampaan cenderamata itu tadi.

*tunggu signal kalo ada cenderamata dari wakil lawatan kelompok kepala sekolah kota tanjung pinang. *kalo ada buat teks spontan.

Nyiur gading puncak mahligai

Dibawa orang tanam di desa

Majlis kita telahpun selesai

Semoga berjumpa lain masa

Demikianlah berakhirnya majlis kita pada hari ini. Semoga pertemuan kita pada kali ini memberi seribu manfaat dan pengalaman yang indah kepada kedua-dua belah pihak. Dijemput para hadirin untuk sesi penggambaran bersama para jemputan dan pihak sekolah.

Wabillahitufik.... Terima kasih.