program-program lccf dan 3r tahun 2016-2018mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/447/sisa... ·...

9
PROGRAM-PROGRAM LCCF DAN 3R TAHUN 2016-2018 NAMA PROGRAM : PROGRAM EARTH HOUR NIGHT WALK TUJUAN : Program meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar dan selaras dengan matlamat MBPJ untuk menjadikan Petaling Jaya sebuah bandaraya hijau berkarbon rendah. Program diadakan sebagai acara sambutan Earth Hour anjuran WWF. TAHUN : 2015, 2016, 2017, 2018 GOLONGAN SASARAN : Masyarakat Petaling Jaya JUMLAH PESERTA : 6,300 orang GAMBAR :

Upload: phunghanh

Post on 23-May-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROGRAM-PROGRAM LCCF DAN 3R TAHUN 2016-2018 NAMA PROGRAM : PROGRAM EARTH HOUR NIGHT WALK TUJUAN : Program meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan

alam sekitar dan selaras dengan matlamat MBPJ untuk menjadikan Petaling Jaya sebuah bandaraya hijau berkarbon rendah. Program diadakan sebagai acara sambutan Earth Hour anjuran WWF.

TAHUN : 2015, 2016, 2017, 2018 GOLONGAN SASARAN : Masyarakat Petaling Jaya JUMLAH PESERTA : 6,300 orang GAMBAR :

NAMA PROGRAM : BENGKEL PENGENALAN LOW CARBON CITIES FRAMEWORK (LCCF) KEPADA PENGUSAHA TADIKA DAN TASKA PETALING JAYA

TUJUAN : i. Memperkenalkan konsep Low Carbon Cities Framework dan

perlaksanaannya di Petaling Jaya ii. Meningkatkan pengetahuan pengusaha dan tenaga pengajar

Tadika/Taska berkenaan Low Carbon Cities Framework. iii. Merangka pelan tindakan sekolah hijau di peringkat Tadika/Taska dengan

mengambil kira aspek tenaga, air, pengurusan sisa, pengangkutan dan biodiversiti.

iv. Mengeratkan perhubungan silaturahim antara MBPJ dan semua Tadika/Taska di Petaling Jaya.

TAHUN : 2014, 2015, 2017, 2018 GOLONGAN SASARAN : Pengusaha dan Guru Taska/Tadika di Petaling Jaya. JUMLAH PESERTA : 200 orang GAMBAR :

NAMA PROGRAM : SKIM REBAT CUKAI TAKSIRAN KEPADA RUMAH MESRA ALAM PETALING JAYA

TUJUAN : Skim penghargaan kepada pemilik rumah kediaman yang melaksanakan

inisiatif hijau secara sukarela dan mengamalkan gaya hidup mampan. Pemberian rebat cukai adalah berdasarkan penilaian mengikut aspek tenaga, air, pengurusan sisa, pengangkutan dan biodiversiti. Pemilik rumah layak mendapat rebat cukai sebanyak 100% nilai cukai atau RM 500, yang mana lebih rendah. Skim ini dapat menggalakkan pemilik rumah di Petaling Jaya membudayakan gaya hidup lestari.

TAHUN : 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016, 2017, 2018 GOLONGAN SASARAN : Pemilik rumah di Petaling Jaya yang menetap di kediaman sendiri. JUMLAH PESERTA : 1,300 orang GAMBAR :

NAMA PROGRAM : PROGRAM PENGASINGAN SAMPAH DAN KITAR SEMULA TUJUAN : Program pendidikan pengurusan sisa pepejal yang efisyen dengan

mewujudkan kesedaran dan budaya kitar semula dikalangan penduduk Petaling Jaya. Program telah dilaksanakan dengan menyediakan kemudahan plastik lutsinar dan tong kitar semula kepada setiap kediaman bertanah serta perkidmatan kutipan barangan kitar semula di setiap rumah mengikut jadual yang telah ditetapkan.

TAHUN : 2015, 2016, 2017, 2018 GOLONGAN SASARAN : Setiap rumah di Petaling Jaya JUMLAH PESERTA : 6,000 rumah kediaman GAMBAR :

NAMA PROGRAM : PROGRAM ROADSHOW INISIATIF HIJAU PETALING JAYA TUJUAN : Program kesedaran membudayakan amalan hijau dikalangan penduduk

Petaling Jaya. Program ini dibuat secara berkala mengfokuskan kepada inisiatif hijau yang boleh dilaksanakan oleh penduduk tanpa memerlukan kos yang tinggi serta layak mendapat insentif daripada MBPJ. Kandungan program roadshow ini adalah perlaksanaan home-composting, kitar semula dan pengurusan tenaga elektrik dan air yang efisyen. Sehingga kini sebanyak 100 program roadshow telah diadakan.

TAHUN : 2016, 2017, 2018 GOLONGAN SASARAN : Penduduk Petaling Jaya JUMLAH PESERTA : 5,000 orang GAMBAR :

NAMA PROGRAM : SMART PJ WASTE SOLUTION LAB @ SS2 TUJUAN : Merupakan sebuah pusat pengkomposan yang berkonsepkan ‘A Living

Lab’ dibawah program waste to wealth yang beroperasi berdasarkan kepada 7 aspek iaitu Earth, Education, Exhibition, Exploration, Energy, Economy dan Effective Microorganism. Pusat ini merupakan model kepada kaedah on-site disposal system bagi pelupusan sisa makanan melalui teknologi anaerobic digester. Teknologi ini menukar sisa makanan kepada baja kompos dan menghasilkan gas methane yang digunakan sebagai sumber elektrik kepada lampu di pusat berkenaan serta menjadi bahan api kepada proses carbonization sisa kelapa dan menghasilkan produk arang. Pusat ini turut menjana pendapatan melalui jualan baja kompos dan produk tambah nilai yang lain seperti sayuran organik.

TAHUN : 2017, 2018 GOLONGAN SASARAN : Peniaga pasar lambak pagi, medan selera malam dan gerai ibumee. JUMLAH PESERTA : 300 orang GAMBAR : Fasiliti Smart PJ Waste Solution Lab.

GALERI ANAEROBIC DIGESTER SORTING AREA KOMPOS KERING RUMAH HIDROPONIK KEBUN ORGANIK

MESIN CARBONISATION

Aktiviti di Smart PJ Waste Solution Lab.