program @ port: sesi 1

40

Upload: others

Post on 02-Oct-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program @ PORT: Sesi 1
Page 2: Program @ PORT: Sesi 1

© 2021 Penerbit | Kampung Karyawan Amanjaya Sdn. Bhd.

© 2021 Artis Residensi

Hakcipta terpelihara. Segala penulisan yang disiarkan di dalam penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak penerbit.

PENERBITKampung Karyawan Amanjaya Sdn. Bhd.No 9 & 11, Jalan Sultan Azlan Shah31400 Ipoh PerakMalaysia

T: +605 241 2287F: +605 241 2394E: [email protected]: http://portipoh.com.myFacebook/Instagram: portipoh

PENASIHAT UNDANGANBayu Utomo Radjikin

PENGURUS PROJEKSiti Nadhirah Jamil

EDITORNur Hanim Dato’ Mohamed Khairuddin

PEMBANTU EDITORMuhammad Zulhamizan Samsudin

PENGURUSAN PENERBITANSyed Zarul HishamNur Najatul NabilaNur Farisha Zulaikha

REKA LETAKKenta.Works

REKA BENTUKSyahid YusofKenta.Works

FOTOGRAFIIman Shalihin

VIDEO MONTAGENorsuzaimi Othman

Program Residensi Seni @ PORT: Sesi 1

Page 3: Program @ PORT: Sesi 1

SEMESTA adalah ruang dan waktu yang merangkumi segenap lapisan makna kehidupan. Pameran ini menyerlahkan kepedulian seniman merenung dan memperhalusi hal-hal yang mempunyai kaitan dengan elemen-elemen persekitaran. Setiap karya yang dipersembahkan berupaya menyedarkan khalayak tentang kealpaan, kecuaian dan kesilapan kita—yang semakin menjejaskan hubungan manusia dengan alam semesta.

1

Page 4: Program @ PORT: Sesi 1

PengenalanNur Hanim Dato’ Mohamed KhairuddinPengurus Besar PORT

2

Page 5: Program @ PORT: Sesi 1

Program Residensi Seni@PORT dilancarkan pada tahun ini dengan sasaran untuk menyediakan sebuah platform bagi seniman-seniman muda menjelajah potensi pengkaryaan mereka dengan bimbingan yang bersesuaian. Konsep mentor-mentee yang diterapkan dalam program ini justeru menjadi sangat penting untuk memastikan halatuju pengkaryaan para peserta yang terlibat. Pemilihan dibuat melalui penilaian proposal dan sesi temu duga. Peserta diberi penginapan dan studio di bangunan Black House yang bertempat di premis PORT, dan harus melalui proses pengkaryaan berlandaskan idea-idea segar yang diilhamkan dari persekitaran dan konteks seni dan budaya negeri Perak.

Tempoh tiga bulan menginap yang sepatutnya dilalui kedua-dua artis residen sesi pertama ini (17 Mac – 17 Jun 2021) terpaksa disusun semula dan ditambah sebulan lagi akibat Perintah Kawalan Pergerakan pandemik Covid-19 yang tidak terjangka. Walaupun begitu, program dan perbincangan bersama seniman-seniman kontemporari mapan masih sempat dijalankan, kebanyakannya secara dalam talian. Selain itu, artis juga berpeluang ditemukan dengan sebilangan pihak berkepentingan dalam ekosistem seni visual tanah air. Malah, melalui program ini, kedua-dua artis turut diberikan pentas sebagai panelis forum dan peserta bengkel seni bersekali dengan artis-artis kontemporari sohor seperti Sharon Chin, Azizan Paiman, Samsudin Wahab, Dr Rosli Zakaria, Husain Hourmain dan lain-lain lagi. Peluang-peluang sebeginilah yang menjadi antara sasaran program residensi di PORT — memberikan akses dan laluan pada bakat-bakat muda.

People of Remarkable Talents (PORT) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Amerrudin Ahmed, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, yang memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak PORT dalam penganjuran program ini, serta saudara Bayu Utomo Radjikin, seniman masyhur tanah air yang bertindak sebagai Penasihat Undangan yang merangka konsep serta kaedah pelaksanaan projek dari awal, serta membimbing urusetia projek dan artis residen. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada penulis undangan, saudara Nazrul Hamzah aka Naz Imajin yang membantu memberikan konteks kepada hasilan akhir program residensi ini.

Bagi kedua-dua orang seniman, Khalil dan Izzat, selamat menempuh perjalanan seni yang masih panjang. Semoga program yang disertai ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka melebarkan jaringan dalam dunia seni serta membuka ruang dan peluang untuk pengkaryaan di peringkat yang seterusnya.

3

Page 6: Program @ PORT: Sesi 1

Izzat Aziz dilahirkan dan dibesarkan di Ipoh, Perak. Setelah menerima Diploma Seni Halus dari UiTM Sri Iskandar, beliau meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di UiTM Shah Alam dengan pengkhususan di dalam seni cetakan. Ketika di universiti, beliau sangat aktif menyertai pelbagai program dan pameran berkaitan seni visual sama ada di dalam mahupun di luar kampus. Beliau seringkali melakukan eksplorasi bahan untuk diadaptasikan dalam karya-karya media campuran dan seni cetakan.

Izzat Aziz

4

Page 7: Program @ PORT: Sesi 1

Khalil Muhsain dilahirkan pada tahun 1989 di Pulau Pinang tetapi telah lama bermastautin dan berkarya di Shah Alam. Seorang pemegang Diploma Seni dari Malaysian Art Institute dan Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) Universiti Sains Malaysia, beliau banyak menghasilkan karya media campuran catan dan arca. Khalil seringkali menterjemahkan sifat sesuatu bahan dan proses dalam bentuk karya seni yang memiliki lapisan makna. Karya yang dihasilkan oleh Khalil adalah melalui praktis multidisiplin yang konsisten melibatkan alam semula jadi—di mana beliau meneroka hubung kait di antara landskap dan memori melalui tekstur serta lapisan permukaan yang tactile.

Khalil Muhsain

5

Page 8: Program @ PORT: Sesi 1

SEMESTA: Pameran Duo Residensi Seni @ PORT Khalil Muhsain & Izzat AzizNaz Imajin

“Binalah rumah-rumahmu di lereng gunung berapi Vesuvius!”

Mungkin agak hiperbolik penyataan Nietszche ini tapi maksud sebenar ahli falsafah Jerman tersebut adalah kita perlu adaptasi cabaran dan keluar dari zon keselesaan dalam hidup. Pemikiran ini sepatutnya menjadi mantra dalam kehidupan setiap individu yang mencitakan perubahan — ya, mungkin perkara ini merupakan satu pilihan tapi saya berpendapat tiada siapa yang tidak inginkan perubahan yang lebih terkehadapan.

6

Page 9: Program @ PORT: Sesi 1

Tidak kira siapapun, proses memanusiakan diri sendiri akan sentiasa melibatkan fasa-fasa ketidakselesaan. Lagi-lagi sewaktu pandemik dini hari, kita dihentam hebat oleh katastropi semula jadi yang meragut jutaan nyawa dan mungkin akan meninggalkan parut yang kekal selama-lamanya. Seiring dengan waktu, kita bersama-sama sebenarnya mampu untuk bangun semula dan progres dari segala hal yang berlaku — kerana secara lahiriahnya, tercipta dalam diri kita kemampuan untuk beradaptasi.

Merunuti Residensi SeniDalam perihal residensi seni, sebetulnya pengadaptasian merupakan intipati paling penting jika individu kreatif ingin progres dalam praktis seni mereka. Sewaktu saya melawat pameran sebuah residensi di suatu kawasan di Selangor beberapa bulan lepas, menurut observasi saya, hal ini terbukti yang mana artis mampu dan akan mengalami perubahan dari segi proses pengkaryaan; secara visual mahupun secara mental. Masih kuat di ingatan saya apabila saya menanyakan artis residensi tersebut apa yang membuatkan karya-karya beliau ‘berjaya’ dan berevolusi sebenarnya adalah, “80 peratus environment,” kata beliau. Sewaktu menandatangani poster, saya minta beliau tuliskan petikan kata-kata beliau tadi untuk diabadikan. Jadi apa sebenarnya adaptasi dalam beresidensi ini? Bagaimana persekitaran boleh memberi impak kepada proses pengkaryaan?

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini kita perlu lihat semula terlebih dahulu takrif residensi seni itu sendiri. Secara dasarnya, residensi bermaksud penetapan di sebuah kediaman; secara kekal atau sementara. Dalam sesetengah hal, residensi merupakan khusus latihan di sebuah tempat dalam satu jangka masa yang ditetapkan — contohnya seperti latihan

perubatan, pusat latihan kecergasan, dan seumpamanya yang menyediakan khidmat latihan yang praktikal.

Agak berbeza dengan residensi seni yang mana ia tidak menyediakan latihan praktikal (mungkin ada), tapi lebih kepada platform untuk artis-artis menilai, menimbal semula praktis seni mereka untuk menghasilkan karya-karya yang baru dan bermutu. Kebanyakan residensi seni akan menyediakan khidmat dan kemudahan seperti tempat tinggal atau studio, peralatan dan juga dana yang dapat membantu artis dalam hal-hal sumber bahan. Dalam hal lain, residensi seni juga menekankan hubungrangkaian dengan individu-individu, figura atau tokoh seni yang dapat berkongsi perspektif berlainan dalam berpraktis, yang mana jarang-jarang sekali untuk sesetengah artis mendapat peluang seperti ini.

Pengadaptasian berlaku setelah artis-artis membiasakan diri mereka dengan acuan sekeliling dan berasimilasi dengan persekitaran yang asing. Persekitaran di sini termasuklah ruang bekerja dan tempat-tempat yang dijejaki semasa beresidensi, dan impaknya dalam memberi inspirasi kepada artis. Sewaktu menemuramah artis tadi, beliau mengakui bahawa persekitaran residensi yang beliau duduki sebahagian besar telah mempengaruhi visual karya beliau. Penggunaan warna lebih terang, manakala subjek lebih pelbagai. Berbeza sewaktu beliau di studio asal, yang mana persekitaran agak kacau-balau dan karya beliau lebih cenderung kepada warna-warna malap.

Jelas, bahawa adaptasi seseorang artis terhadap persekitarannya akan membawa kepada perubahan proses pengkaryaan. Sepanjang beresidensi, artis akan menyesuaikan diri mereka dengan keadaan kediaman residensi mereka, serta lokasi-lokasi yang mereka jejaki dan seterusnya mempengaruhi corakfikir mereka dalam berkarya.

7 SEMESTA: Pameran Duo Residensi Seni @ PORT

Page 10: Program @ PORT: Sesi 1

PORT Sebagai Platform Kontemplasi, Bukan DestinasiMenurut Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Khairuddin, Residensi PORT yang dilancarkan pada tahun ini merupakan program yang menekankan sisi seni kontemporari kepada perupa-perupa Malaysia. “Saya ingin memperkenalkan seni kontemporari dalam program PORT supaya kita dapat membuka jalan dan mengangkat artis-artis baharu serta rupa bentuk seni baharu”, kata beliau.

Program Residensi PORT yang juga disokong oleh Balai Seni Negara ini sejurus membuka ruang dan peluang yang eksklusif kepada artis-artis untuk bereksperimentasi. Justeru, tugas PORT di sini bukanlah sebagai sebuah platform yang konklusif; tidaklah secara objektifnya akan melahirkan terus artis-artis ternama, namun lebih kepada sebuah perantara buat artis dalam memperkembang idea, inspirasi, serta praktis kesenian mereka. Dalam tempoh tiga bulan yang diperuntukkan, pelbagai aktiviti serta sesi perkongsian bersama figura tersohor diadakan bagi memberi pengisian yang mapan buat artis-residensi PORT. Dan disinilah sebenarnya peranan utama PORT, sebagai fasilitator atau pemudah cara dalam membentangkan peluang kepada artis-artis baharu.

Menurut Puan Hanim lagi, antara matlamat lain PORT juga adalah untuk mewujudkan hubungrangkaian yang bukan sahaja berlaku antara artis-residensi dengan tokoh-tokoh atau figura tersohor, namun antara artis-residensi PORT itu sendiri. Proses pemilihan artis-residensi melibatkan dua latarbelakang artis yang berbeza. Dalam hal ini, dua artis dipilih dari berlainan negeri. Artis-residensi ini iaitu Izzat Aziz, adalah anak kelahiran Perak manakala Khalil Muhsain pula berasal dari Shah Alam. Kedua-dua mereka yang berlainan latarbelakang, pemikiran, serta praktis akan melahirkan satu pelanggaran minda yang sihat, yang secara tidak langsung, dapat mewujudkan pertukaran pandangan, kritikan idea, serta proses pengkaryaan.

Selain hubungrangkaian, persekitaran yang kondusif juga adalah elemen penting dalam residensi PORT. Penasihat PORT, Bayu Utomo Radjikin, akui persekitaran adalah elemen yang dapat membezakan suatu residensi dengan residensi yang lain.

“Contohnya residensi antara Jogjakarta dan Manila, mesti akan ada perbezaannya. Kerana setiap residensi akan menawarkan local ingredient,” ujar beliau. Dalam erti kata lain, keunikan persekitaran sesebuah residensi itu dapat membentuk artis yang datang.

Dalam hal PORT, residensi ini tidak berputar dalam lingkungan seni visual semata-mata kerana terdapat juga program-program kesenian lain seperti muzik, puisi, fotografi, bengkel seni, dan lain-lain. Program-program lateral ini sejurus mendedahkan artis-residensi kepada disiplin yang berbeza,

membuka perspektif baharu dalam melihat seni. PORT yang juga terletak di perkarangan Ipoh adalah satu keistimewaan kerana Ipoh adalah bandar yang penuh dengan elemen-elemen kebudayaan, alam semulajadi yang semestinya akan memberi impak besar kepada artis-residensi.

Saya juga sempat bertanya Bayu tentang bagaimana kriteria artis yang dicari untuk residensi ini. Kerana saya difahamkan pemilihan artis tidak berat kepada mana-mana disiplin atau praktis. Tuntutan karya juga tidak ketat — karya boleh jadi berbagai-bagai. Jadi persoalan timbul, apakah struktur atau garis panduan PORT dalam mengawal kualiti karya artis-residensi?

Menurut beliau, pemilihan artis adalah berdasarkan portfolio yang dikemukakan sewaktu permohonan residensi. Dari portfolio tersebut pihak PORT akan menilai dari sudut kesungguhan artis dan kerelevanan karya yang diusul; sejajar dengan garis masa residensi, kemudahan peralatan, dan juga teknikaliti. “Jika karya seseorang artis itu tidak bertepatan dengan fasiliti dan garis masa, misalnya individu itu ingin membuat arca awam yang tidak praktikal dengan bantuan PORT dan memerlukan dana yang sangat besar, kita terpaksa lepaskan. Walau bagaimanapun, PORT tetap pertimbangkan idea-idea yang mencabar atau rumit”, kata beliau. Secara analoginya, struktur PORT itu seperti satu acuan yang ada had isipadunya, tetapi bentuknya fleksibel serta boleh menerima kepelbagaian.

8

Page 11: Program @ PORT: Sesi 1

SEMESTA: Unsur ‘Geologikal’ & ‘Ekosistem’ dalam Karya-karya Artis PORTPada hemat saya, pengadaptasian berlaku di residensi PORT, namun penterjemahannya dalam karya adalah inspirasi daripada lokasi-lokasi spesifik, bukan di studio. Saya maklum bahawa sebahagian daripada program PORT adalah lawatan-lawatan yang diadakan sepanjang program. Saya agak ini adalah salah satu keistimewaan residensi PORT kerana kita sedia tahu Ipoh adalah bandar yang meriah dengan kesenian dan kebudayaan, serta alam semula jadinya. Aktiviti lawatan dan kerja-kerja sukarelawan yang diselipkan dalam program residensi ini memberi impresi ketara kepada artis-artis PORT dalam penghasilan karya mereka.

Hasil dari temubual Zoom tertutup bersama Khalil dan Izzat tempoh hari mencetuskan beberapa buah fikiran dalam merangkumkan tema pameran ini. Semesta, tajuk pameran, terinspirasi daripada satu elemen yang jelas terdapat pada kedua-dua artis, iaitu kawasan yang dijejaki. Dalam proses pembikinan karya, kedua-dua seniman tercondong ke arah idea yang melibatkan kawasan spesifik.

Izzat dalam proses idea beliau membuat satu observasi hubungan sisa domestik dan impaknya terhadap ekosistem Pantai Pasir Bogak, manakala Khalil pula tercenderung ke arah unsur-unsur geologikal; hubungan antara tanah liat, sumber mineral dengan pensejarahan persekitaran Ipoh. Kedua-dua mereka menjejaki dan mengkaji subjek-subjek yang berada di lokasi sejurus menerjemah observasi mereka ke dalam bentuk karya. Ikuti wawancara saya bersama Khalil dan Izzat dalam mengupas lebih lanjut tentang karya-karya mereka.

9 SEMESTA: Pameran Duo Residensi Seni @ PORT

Page 12: Program @ PORT: Sesi 1

Wawancara antara Penulis bersama Artis-artis Residensi PORT; Khalil Muhsain dan Izzat AzizNaz Imajin

10

Page 13: Program @ PORT: Sesi 1

Naz Imajin (NH): Pertama sekali, tahniah buat Khalil dan Izzat kerana telah melengkapkan program residensi selama tiga bulan di Black House, PORT, Ipoh. Sebelum itu, mungkin boleh kongsikan sedikit bila bermulanya dan bagaimana boleh berkecimpung dalam bidang seni?

Khalil Muhsain (KM): Secara tidak formal dari usia muda kerana emak seorang pelukis mandiri [self-taught]. Terdapat juga beberapa ahli keluarga saya yang mempunyai penglibatan secara langsung atau tidak langsung dengan seni visual, terutamanya dari sudut perniagaan. Jadi, terkesan juga kepada saya dalam hal-hal kesenian. Kemudian saya menuntut secara formal di beberapa institusi, seperti di MIA dan juga USM, serta berkecimpung dalam perniagaan yang mempunyai hubungkait dengan seni.

Izzat Aziz (IA): Saya mula berkecimpung dalam bidang seni selepas memenangi beberapa pertandingan melukis dan mewarna pada awal usia. Momen bawa pulang hamper kemenangan pada usia sebelas tahun masih segar dalam ingatan saya. Saya masih ingat pulang ke rumah dan tunjuk hadiah kepada ibu bapa saya. Pada awalnya, seni hanya sekadar hobi mengisi masa lapang. Selepas tamat zaman persekolahan, ibu bapa menyokong saya untuk menyambung pengajian dalam bidang seni. Oleh itu, kepercayaan dan semangat yang dizahirkan keluarga telah menjadi batu loncatan untuk saya terus mempelajari, memperbaiki dan bergiat aktif dalam bidang seni sehingga kini.

NH: Pengalaman signifikan sepanjang beresidensi di PORT?

KM: Pendedahan alami dan input-input baru yang bermakna. Dapat kebebasan untuk melawat pelbagai tempat dan berkenalan dengan individu-individu yang memberi inspirasi kepada saya. Sangat senang kerana PORT mempunyai pelbagai rangkaian dan acara, secara tak langsung menyumbang dalam memberi idea-idea segar dalam menghasilkan karya.

IA: Antara pengalaman signifikan semasa beresidensi di PORT adalah mendapat peluang untuk berinteraksi dan mengenali lebih dekat art scene di Perak terutamanya. Hal ini menjadi pengalaman yang signifikan kerana telah membuka pintu kepada saya untuk lebih mengenali dan berinteraksi dengan ramai orang secara tidak langsung. Selain itu, kemudahan dari banyak aspek, layanan yang baik oleh pihak PORT sehingga merasakan seperti rumah kedua saya selepas rumah keluarga.

11 Wawancara Antara Penulis Bersama Artis-artis Residensi PORT

Page 14: Program @ PORT: Sesi 1

NH: Kalau boleh dirangkumkan, kalian lebih cenderung ke arah praktis atau disiplin seni yang bagaimana?

KM: Dalam perihal praktis seni, saya lebih menjurus kepada praktis yang pelbagai atau multidisiplin. Kerana saya sangat gemar dengan karya-karya kontemporari, seni yang berdasarkan proses, seni berasaskan bahan [material-driven], dan juga instalasi. Bagi saya, idea sangat berbagai-bagai dan seharusnya diterjemahkan melalui pelbagai bentukan atau visual yang tidak terhad atau jumud.

IA: Sebelum menyertai program residensi PORT ini, praktis saya lebih cenderung ke arah seni cetak kerana ia merupakan jurusan utama sewaktu di UiTM. Saya ada juga hasilkan beberapa karya catan sebelum ini. Tapi sejak beresidensi di PORT, saya lebih terdedah dengan pelbagai idea dan banyak alami proses-proses kreatif yang baru bagi saya. Untuk residensi ini pula saya akan hasilkan karya instalasi — sedikit berbeza dengan praktis saya, tetapi elemen-elemen cetakan masih ada.

NH: Selepas meneliti kertas cadangan karya tempoh hari saya berpendapat karya saudara Khalil mungkin sedikit keluar dari konvensi bentukan karya yang selalunya pegun kerana anda bermain dengan idea ketidakkekalan dalam bentukan karya. Boleh terangkan berkenaan karya saudara?

KM: Sebenarnya untuk program residensi PORT ini saya buka semula kertas kerja saya yang terdahulu ketika belajar, iaitu hasil kerjasama saya bersama pusat kraftangan Perak. Terima kasih juga kepada PORT sebab tuntutan untuk residensi ini agak fleksibel dari segi bentukan. Hanya perlu ada sedikit sebanyak hubungkait konten karya dengan Perak dan seputarnya. Jadi saya usulkan karya arca ataupun instalasi yang bermain dengan unsur masa dan tindakbalas antara bahan. Karya saya bertajuk Tiang Tanah Air, merupakan arca tiga dimensi gabungan tanah liat, besi dan air — representasi kepada proses formasi semula jadi batu-batu di sekitar Ipoh. Beberapa objek seramik yang abstrak akan diletakkan di atas rak besi lima tingkat, dan dititiskan air dari atas. Setitik demi setitik titisan air akan menghakis permukaan objek seramik tersebut sehingga bentuknya luluh dan mengalir ke takungan yang berada di bawah arca. Seiring berjalannya waktu, objek akan hilang integritinya dan sisa titisan akan meninggalkan bentuk. Proses ini lebih kepada hendak mempersoalkan konsep peralihan fasa, memori, kemusnahan dan juga penjelmaan.

12

Page 15: Program @ PORT: Sesi 1

NH: Boleh jelaskan mengenai proses pengkaryaan saudara? Selalunya dalam proses pengkaryaan, saudara akan mula dengan lakaran terlebih dahulu atau terus membuat karya?

KM: Ada lakaran tetapi sangat minimal. Saya suka keluar bersembang dan dari situ saya jana idea berdasarkan dapatan-dapatan atau buah fikiran yang tercetus dari perbualan. Selain itu, saya suka bereksperimentasi dengan material dan dari proses tersebut terhasilnya karya saya. Lakaran memang banyak membantu dalam hal-hal merancang visual tapi saya lebih sukakan dapatan yang ambigus kerana hasilnya bermacam-macam. Hasil yang tidak menjadi bagi saya pun saya anggap sebagai karya kerana ia sebahagian daripada perjalanan dalam sesebuah siri karya itu. Sama juga untuk karya Tiang Tanah Air ini di mana pembentukan sisa dari titisan air ke atas seramik tadi adalah rawak dan tidak dipastikan bentukannya. Idea ini bermula sewaktu beresidensi di PORT, di mana saya banyak luangkan masa saya di Gunung Lang dan meneliti serta mengkaji subjek-subjek tanah liat dan sumber mineral yang menjadi faktor pembentukan Gunung Lang tersebut. Secara geografiknya, tanah atau sumber mineral sesuatu tempat ada keunikannya yang tersendiri, hasil dari proses semula jadi yang luar dari kawalan artifisial. Hal-hal ini yang menarik minat saya untuk mimik semula proses ini yang membawa kepada karya yang ingin saya hasilkan.

NH: Faham. Lebih kepada idea penerapan sejarah, pembentukan setempat dan asosiasinya dengan objek atau dalam hal ini, tanah liat. Saya dapati konteks tempatan merupakan komponen utama dalam proses pengkaryaan kalian. Sama juga seperti saudara Izzat, yang mana spesifik lokasi memainkan peranan penting dalam karya saudara, bukan?

IA: Betul. Salah satu sebabnya juga ialah ekosistem yang terdapat pada tempat atau lokasi tersebut – yang menjadi tumpuan kajian dalam karya saya.

13 Wawancara Antara Penulis Bersama Artis-artis Residensi PORT

Page 16: Program @ PORT: Sesi 1

NH: Kalau karya saudara Khalil cenderung kepada pembentukan semula jadi suatu tempat, saudara Izzat seakan meneliti hubungan antara alam semula jadi dan sisa domestik di suatu tempat itu. Boleh terangkan berkenaan karya saudara dengan lebih jelas?

IA: Saya lebih kepada meneliti ekosistem persekitaran sesuatu tempat itu, dan bagaimana data-data ini boleh diterjemahkan dalam bentuk karya. Sewaktu pertama kali menyertai aktiviti pembersihan sampah di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor pada 21 Mac lepas, saya dan sukarelawan lain temui banyak sisa domestik terbuang di seluruh tempat, terutamanya di persisiran pantai. Dari situ saya bercadang untuk membuat sesuatu dengan bahan-bahan terbuang tersebut, dan bahan-bahan ini [plastik terutamanya] diterjemahkan dalam pelbagai bentuk karya. Karya yang pertama memvisualkan tiga belas jejak kaki yang dihasilkan daripada peleburan bahan plastik terbuang. Jumlah jejak kaki adalah representasi kepada jumlah sukarelawan yang bekerjasama sepanjang aktiviti pembersihan. Karya yang kedua merupakan penggunaan balang yang biasanya digunakan untuk menyimpan sesuatu di dalamnya agar lebih tahan lama. Setiap balang diisi dengan plastik terbuang yang berbeza-beza jenisnya, yang telah diasingkan. Penggunaan balang ini adalah representasi kepada plastik di lautan, yang juga tahan lama dari luput dan mungkin diekstrusi sebagai mikroplastik di lautan. Kemudian, karya ketiga adalah gambaran mikroplastik yang terdapat dalam pengambilan makanan harian. Akhir sekali, karya keempat merupakan visual terhadap aktiviti pembersihan dan juga visual terhadap pengauditan jenama yang telah dilakukan dalam mengenalpasti jumlah bahan terbuang yang diperolehi.

NH: Saya tertarik dengan gambaran rantaian makanan yang saudara Izzat bentangkan di dalam kertas cadangan karya. Boleh terangkan berkenaan gambar rajah tersebut?

IA: Semasa saya menyertai aktiviti pembersihan di Pantai Pasir Bogak, fakta tentang impak mikroplastik dalam rantaian makanan ini adalah salah satu perkara baru yang saya belajar dan telah memberi inspirasi untuk saya menghasilkan karya. Gambar rajah yang saya bentangkan itu adalah tentang bagaimana sisa mikroplastik ini memasuki ekosistem alam semula jadi dan dimakan oleh haiwan-haiwan. Tapi tanpa kita sedar, haiwan-haiwan ini adalah sebahagian daripada makanan harian kita. Pendek kata, sisa-sisa ini berpatah balik kepada kita yang membuangnya. Ini yang saya cuba gambarkan dalam karya saya iaitu instalasi makanan tempatan yang menggambarkan secara langsung mikroplastik dalam makanan harian. Serpihan-serpihan plastik jumpaan itu saya ambil dan gunakan semula, membentuk menjadi

makanan tempatan. Karya ini bertujuan untuk memberi kesan langsung kepada audiens dalam mencerminkan masalah persekitaran, spesifiknya, pengeluaran sisa plastik dan pengaruhnya terhadap bukan sahaja alam sekitar, malah kehidupan kita juga.

NH: Kalau dapat dihimpunkan dalam satu perkataan atau ayat, apakah tema utama kalian?

KM: Bagi saya mungkin lebih dari satu; kehakisan dan kerapuhan; atau perubahan dan peralihan.

IA: Lebih kepada keikhlasan dan kejujuran. Antara perkataan atau azimat yang masih saya pegang sehingga kini dalam berpraktis.

14

Page 17: Program @ PORT: Sesi 1

Biodata Penulis

Dilahirkan pada tahun 1991 di Kuala Lumpur, Naz Imajin (atau nama sebenar Nazrul Hamzah) merupakan seorang artis visual dan peminat seni. Naz menerima Sarjana Muda beliau dalam bidang seni arca di UiTM Shah Alam pada tahun 2014. Sejak itu, beliau telah terlibat dalam beberapa projek seni termasuklah mengkurasikan pameran seni, kearkiban seni, penulisan, serta sebagai pengajar seni. Beliau merupakan artis residen Kedai.co pada tahun 2015 dan salah seorang daripada kumpulan Bukan Seni-man. Kini, beliau menyambung pengajian dalam kursus Seni Visual di Universiti Malaya dan dalam masa yang sama terus menghasilkan karya dan berpameran.

15 Wawancara Antara Penulis Bersama Artis-artis Residensi PORT

Page 18: Program @ PORT: Sesi 1

Kenyataan Artis

Seniman meneroka perhubungan di antara bahan tanah liat dan permukaan batuan bertempat di taman rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Merenung jumpaan pemaknaan yang terbentuk hasil daripada hakisan pada permukaan batu seakan-akan aksi menatap bintang-bintang dan merenung maya pada.

Karya-karyaKhalil Muhsain

16

Page 19: Program @ PORT: Sesi 1

17

Page 20: Program @ PORT: Sesi 1

Khalil Muhsain Tiang Tanah Air

Seramik greenware, seramik bisque, kepingan akrilik, besi, air dan penitik air elektrik190 cm × 31 cm × 31 cm2021

Tiang Tanah Air, yang menggabungkan tanah liat, besi dan air untuk meniru proses semula jadi pembentukan batu yang dilihat di sekitar Ipoh, merujuk kepada perkembangan masa dan pengaruhnya terhadap struktur kepercayaan. Air dipam dari takungan air di bawah dan dititiskan pada objek tanah liat untuk mengubah bentuknya. Semakin lama masa berlalu semakin berubah bentuk objek tersebut dan meninggalkan sisa. Keadaan ini menjentik persoalan tentang proses peralihan, fasa, memori dan kehilangan.

18

Page 21: Program @ PORT: Sesi 1

19

Page 22: Program @ PORT: Sesi 1

Khalil Muhsain Surface Passage I

Dakwat larut air, tanah, unsur pengikat, medium akrilik atas kanvas terangsang sedia (primed canvas)66 cm × 86 cm2021

20

Page 23: Program @ PORT: Sesi 1

Khalil Muhsain Surface Passage II

Dakwat larut air, tanah, unsur pengikat, medium akrilik atas kanvas terangsang sedia (primed canvas)66 cm × 66 cm2021

21

Page 24: Program @ PORT: Sesi 1

Khalil Muhsain Surface Passage IIIDakwat larut air, tanah, unsur pengikat, medium akrilik atas kanvas terangsang sedia (primed canvas)66 cm × 53 cm2021

22

Page 25: Program @ PORT: Sesi 1

Khalil Muhsain Surface Passage IV

Dakwat larut air, tanah, unsur pengikat, medium akrilik atas kanvas terangsang sedia (primed canvas)66 cm × 53 cm2021

23

Page 26: Program @ PORT: Sesi 1

Khalil Muhsain Surface Passage V

Dakwat larut air, tanah, unsur pengikat, medium akrilik atas kanvas terangsang sedia (primed canvas)48 cm × 32 cm2021

Khalil Muhsain Surface Passage VI

Dakwat larut air, tanah, unsur pengikat, medium akrilik atas kanvas terangsang sedia (primed canvas)48 cm × 32 cm2021

24

Page 27: Program @ PORT: Sesi 1

Khalil Muhsain Surface Passage VII

Dakwat larut air, tanah, unsur pengikat, medium akrilik atas kanvas terangsang sedia (primed canvas)32 cm × 32 cm2021

25

Page 28: Program @ PORT: Sesi 1

Kenyataan Artis

Idea untuk menjelajah potensi bahan plastik terbuang untuk dijadikan naratif baru bermula ketika saya menyertai aktiviti pembersihan sampah buat pertama kali di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor pada 21 Mac 2021. Banyak bahan plastik terbuang kedapatan di seluruh tempat, terutama di persisiran pantai. Hal tersebut memberi inspirasi kepada saya untuk menggunakan semula bahan plastik terbuang sebagai asas pengkaryaan saya.

Instalasi yang menggabungkan empat buah karya ini menceritakan tentang pengalaman saya menyertai dan mempelajari perkara baru melalui aktiviti pembersihan sampah. Karya ini menyentuh tentang masalah-masalah persekitaran seperti pengeluaran sisa toksin, pencemaran air dan ancaman plastik mikro.

Karya-karyaIzzat Aziz

26

Page 29: Program @ PORT: Sesi 1

Izzat AzizMembaik Runtuhnya

Media campuranDimensi pelbagai2021

Elemen utama untuk karya seni ini adalah pengulangan 13 tapak kaki yang diperbuat daripada bahan plastik terbuang yang melalui proses peleburan. Jumlah tapak kaki mewakili bilangan sukarelawan yang bekerjasama sepanjang aktiviti pembersihan berlangsung.

27

Page 30: Program @ PORT: Sesi 1

Izzat AzizMembaik Runtuhnya

Media campuranDimensi pelbagai2021

28

Page 31: Program @ PORT: Sesi 1

29

Page 32: Program @ PORT: Sesi 1

Izzat Aziz Dari kacamata berbeza

Dimensi pelbagaiMedia campuran cetakan atas kertas (sainotaip, kolograf, pensil warna, dan akrilik)2021

30

Page 33: Program @ PORT: Sesi 1

31

Page 34: Program @ PORT: Sesi 1

Izzat Aziz Dari kacamata berbeza

Dimensi pelbagaiMedia campuran cetakan atas kertas (sainotaip, kolograf, pensil warna, dan akrilik)2021

32

Page 35: Program @ PORT: Sesi 1

33

Page 36: Program @ PORT: Sesi 1

Izzat Aziz Dari kacamata berbeza

Dimensi pelbagaiMedia campuran cetakan atas kertas (sainotaip, kolograf, pensil warna, dan akrilik)2021

34

Page 37: Program @ PORT: Sesi 1

35

Page 38: Program @ PORT: Sesi 1
Page 39: Program @ PORT: Sesi 1
Page 40: Program @ PORT: Sesi 1