program permata prihatin: pusat jagaan dan … · 2020. 2. 3. · jagaan dan rawatan orang tua...

12
PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai 28 pelajar Program ASASIpintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyertai Program PERMATA Prihatin di Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Program khidmat sosial masyarakat ini yang membawa konsep ‘give back’ kepada warga Malaysia yang memerlukan perhatian bertujuan untuk memberi kesedaran dan peluang kepada anak-anak PERMATA untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat selain merasai keperitan golongan lemah. Peserta program ini dari ASASIpintar telah diarahkan untuk berkumpul di kafeteria Kolej Keris Mas (KKM) pada pukul 7.45 pagi. Diiringi oleh Puan Siti Noor Diana Mohd Kamaruddin, Penyelaras Hal Ehwal Murid ASASIpintar, kami telah menaiki bas menuju ke destinasi kami, iaitu Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas pada pukul 8.15 pagi. Kami juga telah diberi taklimat mengenai program yang akan dijalankan di pusat tersebut oleh Puan Siti Noor Diana. Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak, Pengarah PERMATApintar Negara, Dr. Azizah Mohd Zahidi, Ketua Unit ASASIpintar UKM, Puan Rozlina Tan Abdullah, Pensyarah Program ASASIpintar UKM dan Dr. Rorlinda Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid PERMATApintar Negara akan bersama kami bagi aktiviti tersebut di pusat kemudian.

Upload: others

Post on 06-Feb-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN

    ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG

    Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai 28 pelajar Program ASASIpintar, Universiti

    Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyertai Program PERMATA Prihatin di Pusat

    Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Program khidmat sosial masyarakat ini yang

    membawa konsep ‘give back’ kepada warga Malaysia yang memerlukan perhatian

    bertujuan untuk memberi kesedaran dan peluang kepada anak-anak PERMATA untuk

    memberi khidmat bakti kepada masyarakat selain merasai keperitan golongan lemah.

    Peserta program ini dari ASASIpintar telah diarahkan untuk berkumpul di

    kafeteria Kolej Keris Mas (KKM) pada pukul 7.45 pagi. Diiringi oleh Puan Siti Noor

    Diana Mohd Kamaruddin, Penyelaras Hal Ehwal Murid ASASIpintar, kami telah menaiki

    bas menuju ke destinasi kami, iaitu Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas pada

    pukul 8.15 pagi. Kami juga telah diberi taklimat mengenai program yang akan dijalankan

    di pusat tersebut oleh Puan Siti Noor Diana. Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak,

    Pengarah PERMATApintar Negara, Dr. Azizah Mohd Zahidi, Ketua Unit ASASIpintar

    UKM, Puan Rozlina Tan Abdullah, Pensyarah Program ASASIpintar UKM dan Dr.

    Rorlinda Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid PERMATApintar Negara akan

    bersama kami bagi aktiviti tersebut di pusat kemudian.

  • Para Peserta Program PERMATA Prihatin ASASIpintar

    Perjalanan mengambila masa selama 45 minit untuk sampai di pusat tersebut.

    Kami bersarapan setibanya di situ. Program yang dianjurkan oleh Datin Seri Rosmah

    Mansor selaku penaung Program PERMATA Negara ini juga disertai oleh peserta-

    peserta lain dari program PERMATA yang lain seperti PERMATA Seni, PERMATA

    Insan, PERKASA Remaja dan PERMATA Kurnia. Kami diminta untuk berkumpul untuk

    pembahagian kerja. Kerja utama kami pada hari tersebut adalah untuk membersihkan

    kawasan dalaman pusat itu.

    Di hadapan pusat jagaan dan rawatan orang tua al-ikhlas

  • Kerja-kerja kami adalah untuk menyapu dan megemop lantai, membersihkan

    tandas, membersihkan tingkap, mengelap tingkap, memasang langsir, megelap perabot

    serta membersihkan bilik stor. Kebanyakan pelajar lelaki ditugaskan untuk

    membersihkan bilik stor disebabkan aktiviti seperti mengangkat barang-barangan,

    memindahkannya dari tempat ke tempat, menaik turun tangga amat memerlukan

    kekuatan fizikal lebih. Selepas kami memperoleh alat-alat pembersihan, kami pun mulai

    menjalankan tugas kami pada hari tersebut.

    Pelajar sedang mengemop lantai.

  • Pelajar sedang menguruskan barang-barang di bilik stor.

    Pelajar menyusun barang-barang di bilik stor.

  • Pelajar membersihkan meja.

    Pelajar di dalam bilik stor.

  • Sebahagian pelajar yang telah menghabiskan tugasan dengan cepat sempat untuk

    berinteraksi dengan warga emas di situ. Melalui perbualan antara kami dengan mereka,

    kami mendengar cerita anak yang tidak menunaikan amanah mereka sebagai anak dengan

    meninggalkan ibu bapa di pusat itu; kami merasai penderitaan mereka yang menghidapi

    penyakit; kami memperoleh nasihat supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa

    depan dan taat setia kepada ibu bapa. Setibanya waktu makan tengah hari dan kami

    mehidangkan makanan kepada mereka. Oleh sebab sesetengah daripada mereka pernah

    mengalami strok menghadapi masalah semasa makan, kami menolong dengan

    menyuapkan mereka. Kami juga mengurut badan mereka yang lumpuh dan tidak

    berupaya untuk bangun dari katil.

    Pelajar bergambar dengan warga emas.

  • Pelajar menyuapkan makanan kepada warga emas.

    Puan Siti Noor Diana berinteraksi dengan salah seorang warga emas.

  • Dr Rorlinda mengurut kaki seorang warga emas.

    Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor

    bersama beberapa orang artis tempatan ke pusat tersebut. Beliau telah berinteraksi dengan

    warga emas selain memberi dermaan kepada mereka. Baju Melayu dan baju kurung telah

    dihadiahkan kepada mereka sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Satu

    sambutan hari jadi pun telah dijalankan bagi mereka yang lahir pada bulan Mei dan Jun.

    Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi warga emas.

  • Datin Seri Rosmah Mansor memberi dermaan raya.

    Prof Datuk Dr Noriah Ishak bersama artis tempatan.

  • Setelah makan tengah hari, beberapa orang dalam kalangan kami berkumpul

    untuk melakukan kerja terakhir pada hari tersebut, iaitu melukis mural. Kami telah

    melukis logo PERMATA Negara berserta lukisan pokok, bangunan dan burung sebagai

    bukti kita berada di situ. Selesai hasil lukisan, kami membersihkan tempat itu dan

    menunggu kedatangan bas untuk kembali ke KKM.

    Pelajar melukis mural.

  • 50% siap.

  • Hasil lukisan kami!!!

    Kami balik kira-kira pada pukul 3.30 petang. Semua orang letih tetapi tetap

    berpuas hati kerana telah menyumbang kepada warga emas. Banyak pengajaran telah

    kami peroleh melalui program yang dijalankan. Jangan sesekali mengabaikan amanah

    kita sebagai anak terhadap ibu bapa. Kita tidak akan menjadi insan yang sempurna tanpa

    mereka. Merekalah yang telah membesarkan kita, melalui segala detik pahit manis demi

    kita secara ikhlas tanpa meminta sebarang ganjaran. Hanya sekadar menunjukkan sedikit

    keprihatinan dan kasih sayang merupakan kebahagiaan terbesar bagi mereka. Betapa

    mudah caranya. Marilah kita bersama-sama memberi lebih banyak keprihatinan dan kasih

    sayang kepada warga emas sebagai tanda penghargaan terhadap segala sumbangan

    mereka di dunia ini.

    Disediakan oleh,

    Nguang Siew Hung

    Wakil pelajar Program ASASIpintar UKM