program pendidikan pencegahan bahagian...

7
1 PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN BAHAGIAN KAWALAN PENAPISAN FILEM DAN PENGUATKUASAAN, KEMENTERIAN DALAM NEGERI PENGENALAN Pada masa ini, lambakan filem- filem tidak ditapis dan lucah ini masih berleluasa, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. Lebih memburukkan lagi, bahan- bahan ini mudah diperolehi dengan memuat turun dari internet. Lambakan ini memberi kesan kepada industri perfileman kerana selain mengurangkan hasil yang diperolehi oleh pemilik filem tersebut, ia juga membabitkan isu hak cipta sesebuah filem. Selain daripada itu, filem- filem tidak ditapis dan lucah ini membawa kesan ke atas moral seseorang individu tersebut. LAPORAN INOVASI (nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan ) Tujuan Projek Inovasi Bahagian ini telah memperkenalkan Program Pendidikan Pencegahan sebagai satu usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Program Pendidikan Pencegahan ialah program yang dirangka untuk menyedarkan masyarakat akan kesan- kesan negatif daripada filem-filem tidak bertapis dan lucah. Sekiranya masyarakat sedar akan kesan- kesan filem tidak ditapis dan lucah ini, sudah tentu mereka akan mengatakan tidak terhadap bahan- bahan tersebut. Ini sekaligus akan mengurangkan permintaan dan penawaran filem- filem tidak ditapis dan lucah di pasaran. Proses pelaksanaan inovasi Program Pendidikan Pencegahan ini dilaksanakan secara in- house dan menggunakan sumber kewangan dan sumber manusia sedia ada tanpa sebarang penambahan kos. Selain itu, kerjasama strategik dijalankan dengan agensi kerajaan yang lain untuk mendapatkan kepakaran dan sumber tenaga dalam melaksanakan promosi, operasi bersepadu dan aktiviti yang berkaitan.

Upload: lamhanh

Post on 23-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN BAHAGIAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/342-program-pendidikan-pencegahan.pdf · mendapatkan kepakaran dan sumber tenaga dalam melaksanakan promosi,

1

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN

BAHAGIAN KAWALAN PENAPISAN FILEM DAN PENGUATKUASAAN,

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PENGENALAN

Pada masa ini, lambakan filem- filem tidak ditapis dan lucah ini masih berleluasa, bukan

sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. Lebih memburukkan lagi, bahan- bahan ini

mudah diperolehi dengan memuat turun dari internet. Lambakan ini memberi kesan kepada

industri perfileman kerana selain mengurangkan hasil yang diperolehi oleh pemilik filem

tersebut, ia juga membabitkan isu hak cipta sesebuah filem. Selain daripada itu, filem- filem

tidak ditapis dan lucah ini membawa kesan ke atas moral seseorang individu tersebut.

LAPORAN INOVASI (nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan)

Tujuan Projek Inovasi

Bahagian ini telah memperkenalkan Program Pendidikan Pencegahan sebagai satu usaha untuk

memberi kesedaran kepada masyarakat. Program Pendidikan Pencegahan ialah program yang

dirangka untuk menyedarkan masyarakat akan kesan- kesan negatif daripada filem-filem tidak

bertapis dan lucah. Sekiranya masyarakat sedar akan kesan- kesan filem tidak ditapis dan lucah

ini, sudah tentu mereka akan mengatakan tidak terhadap bahan- bahan tersebut. Ini sekaligus

akan mengurangkan permintaan dan penawaran filem- filem tidak ditapis dan lucah di pasaran.

Proses pelaksanaan inovasi

• Program Pendidikan Pencegahan ini dilaksanakan secara in- house dan menggunakan

sumber kewangan dan sumber manusia sedia ada tanpa sebarang penambahan kos.

• Selain itu, kerjasama strategik dijalankan dengan agensi kerajaan yang lain untuk

mendapatkan kepakaran dan sumber tenaga dalam melaksanakan promosi, operasi

bersepadu dan aktiviti yang berkaitan.

Page 2: PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN BAHAGIAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/342-program-pendidikan-pencegahan.pdf · mendapatkan kepakaran dan sumber tenaga dalam melaksanakan promosi,

2

Sebelum Inovasi

Pembanterasan penjualan filem- filem haram dan tidak ditapis dilakukan melalui operasi dan

pemeriksaan ke atas premis- premis kedai, pasar- pasar malam dan kawasan- kawasan strategik

berlakunya proses jual beli filem- filem haram dan tidak ditapis ini.

Selepas Inovasi

Program Pendidikan Pencegahan diadakan untuk mendidik masyarakat supaya mengatakan

TIDAK terhadap filem- filem haram dan tidak ditapis ini.

Impak inovasi terhadap kumpulan kumpulan sasar / perkhidmatan / jabatan / agensi/ Negara

:

Elemen inovatif/Kreativiti

i) Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik

Menerusi Program Pendidikan Pencegahan ini, pendekatan yang digunakan

adalah dengan memberi kesedaran akan bahaya filem- filem tidak ditapis kepada

masyarakat. Pembanterasan filem- filem haram ini tidak semestinya melalui

operasi dan pemeriksaan yang dilakukan sahaja, tetapi menerusi pendidikan ini

dapat meningkatkan kesedaran akan kesan- kesan filem- filem haram dan tidak

ditapis kepada masyarakat.

ii) Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah

Program Pendidikan Pencegahan ini dapat meningkatkan kesedaran akan bahaya

filem- filem haram dan tidak bertapis ini kepada masyarakat. Justeru,

peningkatan aduan daripada masyarakat membolehkan pihak penguatkuasa

menjalankan penguatkuasaan dengan lebih berkesan. Masyarakat akan menjadi

lebih aktif dan bekerjasama dengan pihak penguatkuasa dalam usaha

membanteras aktiviti penjualan filem- filem haram dan tidak ditapis.

Page 3: PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN BAHAGIAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/342-program-pendidikan-pencegahan.pdf · mendapatkan kepakaran dan sumber tenaga dalam melaksanakan promosi,

3

Elemen Keberkesanan

i) Gambaran faedah yang nyata diperolehi:

Jadual menunjukkan penurunan bilangan filem haram yang telah dirampas dalam

unit dan RM.

Kesedaran di kalangan masyarakat juga semakin tinggi memandangkan aduan yang

diterima mengenai ketidakpatuhan penjual- penjual filem terhadap Akta Penapisan

Filem 2002 semakin meningkat.

Elemen Signifikan

i) Sejauhmana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil

• Meningkatkan kesedaran akan kesan- kesan filem haram dan tidak di

tapis di kalangan masyarakat.

• Meningkatkan pengetahuan masyarakat berkaitan Akta Penapisan

Filem 2002.

• Meningkatkan kerjasama diantara masyarakat dan Pegawai

Penguatkuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-

undang.

Elemen Relevan

i) Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional

• Menyumbangkan penurunan terhadap aktiviti penjualan filem-

filem haram dan tidak ditapis.

• Meningkatkan kesedaran masyarakat untuk membantu dalam

membanteras penjualan filem haram dan tidak ditapis.

Page 4: PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN BAHAGIAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/342-program-pendidikan-pencegahan.pdf · mendapatkan kepakaran dan sumber tenaga dalam melaksanakan promosi,

4

Gambar-gambar berkaitan

Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri

Dalam Negeri, Y.B Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, di Kompleks Kementerian Dalam Negeri

pada 10 Disember 2010.

Aktiviti Komuniti Bestari yang telah diadakan di Jasin, Melaka pada 30 Mac 2011.

Page 5: PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN BAHAGIAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/342-program-pendidikan-pencegahan.pdf · mendapatkan kepakaran dan sumber tenaga dalam melaksanakan promosi,

5

Aktiviti kaunseling diberikan kepada peniaga- peniaga filem haram dibawah Program Belaian

Qaseh.

Kerjasama dengan Jabatan atau Agensi Kerajaan yang lain dalam Program Titian Qaseh

membolehkan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan menjadi lebih mudah.

Penyertaan yang menggalakkan daripada masyarakat awam di Tesco, Jelutong, Pulau Pinang

pada 7 Mei 2011.

Program Hebahan Qaseh di Radio Malaysia Sarawak dan Radio Malaysia Kuala Lumpur.

Page 6: PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN BAHAGIAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/342-program-pendidikan-pencegahan.pdf · mendapatkan kepakaran dan sumber tenaga dalam melaksanakan promosi,

6

Hebahan yang telah dilakukan di akhbar tempatan dan laman sosial Facebook.

Penyertaan penggiat seni di dalam Program Pendidikan Pencegahan boleh memberi pengaruh

yang tersendiri kepada masyarakat.

Penerangan diberikan kepada golongan ibu bapa dan pemimpin masyarakat semasa Program

Pimpinan Qaseh dijalankan.

Page 7: PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN BAHAGIAN …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/342-program-pendidikan-pencegahan.pdf · mendapatkan kepakaran dan sumber tenaga dalam melaksanakan promosi,

7

Penerangan mengenai perfileman telah diberikan semasa Program Qaseh Belia diadakan.

PENUTUP

Walaupun Program Pendidikan Pencegahan ini masih baru, Bahagian ini berharap agar

program ini akan terus berjalan dan diberikan sokongan supaya dapat memberi impak yang

lebih kepada masyarakat, seterusnya dapat melahirkan modal insan negara yang berkualiti

demi masa depan negara yang cemerlang.

Disediakan oleh :

Nama Pegawai/Unit Terlibat : Nur Amaliza binti Bachik,

Unit Kajian Dasar dan Penyelidikan Filem, BKF, KDN

Telefon : 03- 8886 3177

Emel : [email protected]