program kem waja diri ii - sssums.files.wordpress.com · web viewpeserta kem waja diri ii. 15-19...

2
PROGRAM KEM WAJA DIRI II PESERTA KEM WAJA DIRI II 15-19 Ogos 2008: Program kem waja diri merupakan aktiviti orientasi yang dijalankan khusus untuk mahasiswa dan mahasiswi Sekolah Sains Sosial. Aktiviti kemahasiswaan ini telah dijalankan di bawah seliaan Persatuan Mahasiswa Sains Sosial (PERMASES) dan dianjurkan bersama pihak Universiti Malaysia Sabah. Program yang berlangsung selama 5 hari ini merupakan acara tahunan PERMASES yang dimulakan dengan pelajar tahun 1 sesi 07/08 sebagai perintis ini diadakan adalh bertujuan untuk memantapkan sahsiah diri dan semangat patriotik mahasiswa mahasiswi UMS kepada negara Malaysia. Selain itu, program ini juga turut membentuk suatu keperibadian yang cemerlang sebagai suatu identiti dan juga tururt mewujudkan nilai-nilai kepimpinan dikalangan mereka sebagai satu persediaan menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan yang sebenar. Program ini telah melibatkan seramai 268 peserta tahun satu yang menggabungkan keenam-enam program sains sosial iaitu program Komunikasi, Sejarah, Sosiologi dan Antropologi Sosial, Geografi, Hubungan Industri dan Hubungan Antrabangsa. Ia juga turut melibatkan seramai 45 orang ahli jawatan kuasa yang terdiri daripada pelajar tahun 2 dan tahun 3 bagi mengendalikan program. Aktiviti-aktiviti bukan sahaja diadakan di kampus UMS, malah ia juga tururt melibatkan kawasan luar kampus, iaitu sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

21 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM KEM WAJA DIRI II - sssums.files.wordpress.com · Web viewPESERTA KEM WAJA DIRI II. 15-19 Ogos 2008: Program kem waja diri merupakan aktiviti orientasi yang dijalankan khusus

PROGRAM KEM WAJA DIRI II

PESERTA KEM WAJA DIRI II

15-19 Ogos 2008: Program kem waja diri merupakan aktiviti orientasi yang dijalankan khusus untuk mahasiswa dan mahasiswi Sekolah Sains Sosial. Aktiviti kemahasiswaan ini telah dijalankan di bawah seliaan Persatuan Mahasiswa Sains Sosial (PERMASES) dan dianjurkan bersama pihak Universiti Malaysia Sabah.

Program yang berlangsung selama 5 hari ini merupakan acara tahunan PERMASES yang dimulakan dengan pelajar tahun 1 sesi 07/08 sebagai perintis ini diadakan adalh bertujuan untuk memantapkan sahsiah diri dan semangat patriotik mahasiswa mahasiswi UMS kepada negara Malaysia. Selain itu, program ini juga turut membentuk suatu keperibadian yang cemerlang sebagai suatu identiti dan juga tururt mewujudkan nilai-nilai kepimpinan dikalangan mereka sebagai satu persediaan menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan yang sebenar.

Program ini telah melibatkan seramai 268 peserta tahun satu yang menggabungkan keenam-enam program sains sosial iaitu program Komunikasi, Sejarah, Sosiologi dan Antropologi Sosial, Geografi, Hubungan Industri dan Hubungan Antrabangsa. Ia juga turut melibatkan seramai 45 orang ahli jawatan kuasa yang terdiri daripada pelajar tahun 2 dan tahun 3 bagi mengendalikan program. Aktiviti-aktiviti bukan sahaja diadakan di kampus UMS, malah ia juga tururt melibatkan kawasan luar kampus, iaitu sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Menerusi aktiviti-aktiviti seperti ini, ia dapat memberi peluang kepada para peserta untuk menimba pengalaman memimpin dan menguji daya kepimpinan atau kredibiliti mereka untuk memimpin mahasiswa UMS. Bersesuaian dengan konsep “Waja Diri”, program ini diharapkan dapat menjadi satu anjakan pardigma bagi mahasiswa untuk meneruskan perjuangan mereka dalam usaha mencapai kecemerlangan dan cita-cita mereka.