program doktor kejuruteraan (deng) fakulti

4
PROGRAM DOKTOR KEJURUTERAAN (DEng) AEROANGKASA MEKANIKAL & PEMBUATAN INSTITUT TEKNOLOGI MAJU ELEKTRIK & ELEKTRONIK BIOLOGI & PERTANIAN KIMIA & ALAM SEKITAR SISTEM KOMPUTER & KOMUNIKASI AWAM PROSES & MAKANAN FAKULTI KEJURUTERAAN

Upload: dinhtu

Post on 29-Jan-2017

238 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM DOKTOR KEJURUTERAAN (DEng) FAKULTI

PROGRAM DOKTOR KEJURUTERAAN (DEng)

AEROANGKASA

MEKANIKAL & PEMBUATAN

INSTITUT TEKNOLOGI MAJU

ELEKTRIK & ELEKTRONIK

BIOLOGI & PERTANIAN

KIMIA & ALAM SEKITAR

SISTEM KOMPUTER & KOMUNIKASI

AWAM

PROSES & MAKANAN

FAKULTI KEJURUTERAAN

Page 2: PROGRAM DOKTOR KEJURUTERAAN (DEng) FAKULTI

Program Doktor Kejuruteraan (DEng) ini merupakan ijazah yang

setara dengan PhD tetapi lebih mengutamakan kepada

keperluan industri berbanding akademik. Ianya bertujuan

untuk melahirkan graduan yang bersifat industri kompeten dan

inovatif. Secara ringkasnya justifikasi untuk menawarkan

program ini adalah seperti berikut;

Keperluan untuk membantu syarikat menyediakan tenaga

penyelidik yang bersifat industri kompeten

Membangun teknologi baharu dan menyelesaikan

masalah industri

Memantapkan budaya R&D di industri

Menjalin atau meningkatkan hubungan industri dan

Universiti

Menarik syarikat asing untuk menubuhkan pusat kajian/

penyelidikan di Malaysia

Menggalakkan pemindahan teknologi di antara universiti

dan industri

Mengikut perkembangan semasa industri global

PENGENALAN

Untuk menyediakan modal insan profesional pasca

siswazah dengan pengetahuan mendalam di dalam

bidang kejuruteraan yang tertentu

Untuk melahirkan modal insan profesional pasca

siswazah yang mempunyai kepakaran kreatif dan inovatif

serta sensitive dan bertanggungjawab terhadap

masyarakat dan alam sekitar

Untuk menghasilkan modal insan profesional pasca

siswazah yang berdaya saing dan berkemampuan untuk

menerajui bidang kejuruteraan melalui perkhidmatan,

penyelidikan dan pembelajaran sepanjang hayat

Untuk menghasilkan penyelidik yang berupaya untuk

menyelesaikan masalah industri

OBJEKTIF

Program Doktor Kejuruteraan adalah berasaskan kursus dan projek penyelidikan. Pelajar dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya 24 kredit kursus dan 60 kredit projek penyelidikan. Pelajar juga dikehendaki menyediakan satu tesis berkualiti tinggi yang berasaskan penyelidikan berorientasikan industri. Penyelidikan yang dijalankan mesti merupakan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi industri. Program ini menerima kemasukan pelajar pada kedua-dua semester iaitu Semester 1 dan 2. Program ini terbahagi kepada kepada kursus teras, kursus elektif, seminar dan projek. Ringkasan taburan kredit program adalah seperti yang dibentangkan dalam Jadual 1.

Jadual 1

STRUKTUR KURIKULUM

Kategori Kursus Jumlah Jam Kredit

Kursus Teras 12

Kursus Elektif 12

Projek Penyelidikan 60

Jumlah 84

Page 3: PROGRAM DOKTOR KEJURUTERAAN (DEng) FAKULTI

2 ½ tahun atau 5 semester minimum

5 tahun atau 10 semester maksimum, secara sepenuh

masa

Kaedah pengendalian kursus ialah melalui pengajaran, seminar,

dan pembentangan dalam kuliah. Pengajian dijalankan secara

sepenuh masa di mana kuliah akan diadakan samada selepas

waktu pejabat atau hari minggu atau dalam bentuk modul.

Kaedah projek penyelidikan adalah seperti berikut;

Pelajar dikehendaki menyediakan satu tesis yang

berasaskan penyelidikan berfokuskan penyelesaian

masalah industri. Penyelidikan tersebut mesti dijalankan

di syarikat masing-masing.

Penyeliaan projek akan melibatkan penyelia dari fakulti

dan industri. Penyelia fakulti perlu juga menyelia pelajar

di tempat pelajar menjalankan penyelidikan supaya dapat

lebih memahami masalah industri dan memberi

bimbingan kepada pelajar.

Pihak industri juga mesti mempunyai kakitangan yang

sesuai untuk menjadi penyelia industri kepada pelajar

mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti.

Pihak industri perlu mempunyai prasarana penyelidikan

yang sesuai supaya pelajar dapat menjalankan

penyelidikan di tempat kerja yang selesa.

PENGAJIAN

Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan dengan

sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja dalam

bidang industri berkaitan; atau

Ijazah Sarjana dalam bidang Sains dengan sekurang-

kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang

industri berkaitan

SYARAT KEMASUKAN

WITH KNOWLEDGE WE SERVE

Page 4: PROGRAM DOKTOR KEJURUTERAAN (DEng) FAKULTI

Bahan Termaju

Kaedah Pengkomputeran dalam Kejuruteraan

Kejuruteraan Aeroangkasa

Kejuruteraan Alam Sekitar

Kejuruteraan Automotif

Kejuruteraan Bahan

Kejuruteraan Biokimia

Kejuruteraan Bioperubatan

Kejuruteraan Elektronik

Kejuruteraan Fotonik

Kejuruteraan Geospatial

Kejuruteraan Geoteknikal dan Geologikal

Kejuruteraan Hijau

Kejuruteraan Industri

Kejuruteraan Kimia

Kejuruteraan Komunikasi Wayarles dan Rangkaian

Kejuruteraan Lebuhraya dan Pengangkutan

Kejuruteraan Makanan

Kejuruteraan Mekanikal

Kejuruteraan Pembungkusan

Kejuruteraan Proses Pertanian

Kejuruteraan Sisa Pertanian

Kejuruteraan Sistem Kawalan

Kejuruteraan Sistem Komputer dan Terbenam

Kejuruteraan Sistem Pembuatan

Kejuruteraan Struktur

Kejuruteraan Sumber Air

Kejuruteraan Tanah dan Air

Kejuruteraan Elektrik Kuasa

Keselamatan, Kesihatan dan Pengurusan Kecemasan

Mekanisasi dan Pengautomatan Pertanian

Nanosains

Nanoteknologi

Pemprosesan Isyarat

Penderiaan Jauh

Pengurusan Projek

Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Struktur Ladang

Teknologi Sensor

Tenaga

SENARAI BIDANG

Advanced Materials

Computational Methods in Engineering

Aerospace Engineering

Environmental Engineering

Automotive Engineering

Materials Engineering

Biochemical Engineering

Biomedical Engineering

Electronic Engineering

Photonics Engineering

Geospatial Engineering

Geotechnical and Geological Engineering

Green Engineering

Industrial Engineering

Chemical Engineering

Wireless Communications and Networks Engineering

Highway and Transportation Engineering

Food Engineering

Mechanical Engineering

Packaging Engineering

Agricultural Process Engineering

Agricultural Waste Engineering

Control System Engineering

Computer and Embedded Systems Engineering

Manufacturing Systems Engineering

Structural Engineering

Water Resources Engineering

Soil and Water Engineering

Electrical Power Engineering

Safety, Health and Emergency Management

Agricultural Mechanisation and Automation

Nanosciences

Nanotechnology

Signal Processing

Remote Sensing

Project Management

Geographic Information System (GIS)

Farm Structures

Sensor Technology

Energy

Timbalan Dekan, Bahagian Pengajian Pasca Siswazah, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia Tel : +603-8946 6266 / 6253 Fax : +603-8656 7103 E-mel : [email protected]

HUBUNGI KAMI