program cara hidup sihat bagi mukim sengkurong … kesihatan/f145.pdf · delegasi kementerian...

12
Januari/Februari 2013 Bilangan 145 1 FOKUS Kesihatan Terbitan Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam bilangan 145 PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di Mukim Sengkurong telah mengadakan Program Cara Hidup Sihat Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Pusat Kesihatan Jubli Perak, Sengkurong pada 17 Februari lalu. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd Yusof, Menteri Kesihatan dan Yang Mulia Datin Paduka Hajah Dayang Salmah binti Haji Hanafiah. Program Cara Hidup Sihat ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan memperkasa masyarakat khususnya penduduk yang tinggal di kawasan Mukim Sengkurong untuk mengamalkan secara berterusan cara hidup sihat seperti permakanan sihat, melakukan kegiatan fizikal dan tidak merokok serta pencegahan dan kawalan penyakit-penyakit kronik. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah penyampaian Penghargaan kepada Warga Emas Sihat Contoh Lelaki yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, manakala penyampaian Penghargaan kepada Warga Emas Sihat Contoh Wanita disempurnakan oleh Yang Mulia Datin Paduka Hajah Dayang Salmah binti Haji Hanafiah. Acara senamrobik juga diadakan di kawasan letak kereta Pusat Kesihatan Jubli Perak, Sengkurong dan penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Makanan Sihat, dan menyaksikan Pameran Mukim dan Kampong serta pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan. JANUARI / FEBRUARI 2013 2 Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama Dr Mohamed Bin Saif Bin Sultan Al-Hosni Undersecretary of Health Affairs, Kesultanan Oman Ke Negara Brunei Darussalam 3 Pembukaan Rasmi Blok Baru Jabatan Perkhidmatan Saintifik 8 Pelancaran Persatuan Ortopaedik 12 Forum Kesihatan Mental Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2012-2013

Upload: hadan

Post on 19-Mar-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG … Kesihatan/F145.pdf · Delegasi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin

Januari/Februari 2013 Bilangan 145 1FOKUS Kesihatan

Terbitan Kementerian KesihatanNegara Brunei Darussalam

bilangan 145

PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG

Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di Mukim Sengkurong telah mengadakan Program Cara Hidup Sihat Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Pusat Kesihatan Jubli Perak, Sengkurong pada 17 Februari lalu. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd Yusof, Menteri Kesihatan dan Yang Mulia Datin Paduka Hajah Dayang Salmah binti Haji Hanafiah.

Program Cara Hidup Sihat ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan memperkasa masyarakat khususnya penduduk yang tinggal di kawasan Mukim Sengkurong untuk mengamalkan secara berterusan cara hidup sihat seperti permakanan sihat, melakukan kegiatan fizikal dan tidak merokok serta pencegahan dan kawalan penyakit-penyakit kronik.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah penyampaian Penghargaan kepada Warga Emas Sihat Contoh Lelaki yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, manakala penyampaian Penghargaan kepada Warga Emas Sihat Contoh Wanita disempurnakan oleh Yang Mulia Datin Paduka Hajah Dayang Salmah binti Haji Hanafiah. Acara senamrobik juga diadakan di kawasan letak kereta Pusat Kesihatan Jubli Perak, Sengkurong dan penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Makanan Sihat, dan menyaksikan Pameran Mukim dan Kampong serta pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan.

JANUARI / FEBRUARI 2013

2Lawatan Rasmi Tuan Yang

Terutama Dr Mohamed Bin Saif Bin Sultan Al-Hosni Undersecretary of Health Affairs, Kesultanan Oman

Ke Negara Brunei Darussalam

3Pembukaan Rasmi Blok Baru

Jabatan Perkhidmatan Saintifik

8Pelancaran Persatuan

Ortopaedik

12Forum Kesihatan Mental Sempena

Hari Kesihatan Mental Sedunia2012-2013

Page 2: PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG … Kesihatan/F145.pdf · Delegasi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin

2 Januari/Februari 2013 Bilangan 145FOKUS Kesihatan

BeritaLAWATAN RASMI TUAN YANG TERUTAMA DR MOHAMED BIN SAIF BIN SULTAN

AL-HOSNI UNDERSECRETARY OF HEALTH AFFAIRS, KESULTANAN OMAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan muhibbah rombongan delegasi Kementerian Kesihatan, Kesultanan Oman yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama Dr Mohamed Bin Saif Bin Sultan Al Hosni, Undersecretary of Health Affairs, Kesultanan Oman di Bangunan Kementerian Kesihatan pada 29 Januari lalu.

Rombongan Kementerian Kesihatan Kesultanan Oman berada di Negara Brunei Darussalam adalah dalam program lawatan rasmi ke Negara ini selama tiga hari mulai 29 hingga 31 Januari 2013 sebagai kesinambungan mengeratkan hubungan dua hala dan kerjasama bidang kesihatan serta pertukaran lawatan rasmi yang telah diadakan sebelum ini di antara kedua buah Negara.

Antara kandungan perbincangan Yang Berhormat Menteri Kesihatan dengan Tuan Yang Terutama Dr Mohamed Bin Saif Bin Sultan Al Hosni ialah mengenai peluang-peluang meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang kesihatan termasuk bagi pertukaran maklumat serta pengalaman dan amalan-amalan terbaik yang akan menyumbang kepada mengembangmajukan system dan perkhidmatan penjagaan kesihatan termasuk pembangunan kapasiti para profesional kesihatan ke dua buah Negara di samping meneroka peluang kerjasama di dalam bidang-bidang kesihatan yang lain.

Sebelum itu, satu Mesyuarat Dua Hala Peringkat Pegawai-Pegawai Kanan antara Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Kesultanan Oman telah diadakan di The Empire and Country Club Hotel. Delegasi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin Haji Awang Mansor, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan manakala delegasi dari Kementerian Kesihatan Kesultanan Oman diketuai oleh ketua rombongan iaitu Tuan Yang Terutama Dr Mohamed Bin Saif Bin Sultan Al-Hosni, Undersecretary of Helath Affairs, Kesultanan Oman.

Mesyuarat telah membincangkan mengenai perlaksanaan kerjasama dua hala dalam bidang kesihatan yang mana satu Memorandum Persefahaman telah ditandatangani di antara kedua buah Negara pada tahun 2009. Kedua-dua pihak antara lain bersetuju untuk memberikan keutamaan dalam bidang pembangunan kapasiti khususnya profesional kesihatan melalui program kesihatan, pertukaran lawatan kerja serta mengukuhkan lagi kerjasama mengikut keutamaan seperti dalam penjagaan kesihatan asasi dan bidang kepakaran klinikal dan pengurusan kualiti dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Page 3: PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG … Kesihatan/F145.pdf · Delegasi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin

Januari/Februari 2013 Bilangan 145 3FOKUS Kesihatan

BeritaPEMBUKAAN RASMI BLOK BARU JABATAN PERKHIDMATAN SAINTIFIK

Kementerian Kesihatan telah membina sebuah blok tambahan baru di Commonwealth Drive, Jalan Menteri Besar, Berakas bagi Jabatan Perkhidmatan Saintifik. Majlis telah disempurnakan pada 3 Januari lalu oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji

Mohd Yusof, Menteri Kesihatan. Dengan terbinanya Blok Baru ini akan dapat memberikan perkhidmatan analitikal saintifik dalam bidang sains forensik dan sains kesihatan awam yang lebih terperinci untuk pihak kesihatan awam dan agensi penguatkuasaan undang-undang di Negara Brunei Darussalam yang sejajar dengan perkembangan semasa.

PROGRAM PENGHAPUSAN PENYAKIT LIMFATIK FILARIA KEBANGSAAN

Satu Majlis Pelancaran bagi Program Penghapusan Penyakit Limfatik Filaria Kebangsaan Negara Brunei

Darussalam telah diadakan pada 5 Februari lalu bertempat di Pusat Kesihatan Lamunin. Penyakit Filaria Limfatik merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh cacing parasite halus iaitu cacing microfilaria yang membiak di sistem pendarahan manusia yang dijangkiti dan cacing berkenaan boleh menjangkiti melalui gigitan nyamuk.

Bagi menghapuskan cacing-cacing tersebut di dalam badan manusia dan seterusnya memberhentikan penularan cacing berkenaan, Kementerian Kesihatan telah memberikan ubat pencegahan iaitu dengan dua pusingan Mass Drug Administration (MDA) kepada penduduk-penduduk di mukim-mukim yang berkenaan.

Page 4: PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG … Kesihatan/F145.pdf · Delegasi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin

4 Januari/Februari 2013 Bilangan 145FOKUS Kesihatan

LAUNCHING OF ORTHOPAEDIC SOCIETY BRUNEI DARUSSALAM

Therefore, in the context of today’s health care, every discipline – DOCTORS, NURSES AND OTHER ALLIED HEALTH PROFESSIONALS – are equally important because they all form an integral part in patient care and health management. That is the reason why I strongly urge the importance of a strong teamwork, mutual understanding and cooperation among all of us, especially you all, I regard as the most important frontliners in the care of the patients. This is our common goal which is particularly true in the current practice of medicine. When we all function as a strong and cohesive team and when everybody plays his or her part, the job itself is easier, simpler, more efficient and effective in producing best results or outcomes. Moreover, overall patient care and well-being will benefit the most.

I would like to reiterate and strongly urge all of us in the Ministry of Health at whatever level of profession are all part of the team and all have the core value of the Ministry of Health. Excellent health services requires all health care professionals who can be doctors from various fields of expertise, nurses and allied health professionals, officers in management and finance, estate, health care technology and others in providing various services such as prevention and control of disease, screening, treatment, rehabilitation and health promotion. We in the Ministry, no matter where ever we work – be it in the hospitals, health centres, clinics or any departments, could not work alone or in silos because all requires the assistance and support services of each other to produce excellent, efficient, effective and quality services. Accordingly, if there is a weakness in any member of the group, it will affect the level of treatment and care of our patients. At the same time, we have to take serious note that “siloed thinking and poorly integrated care hinder a health system’s ability to provide high-quality services for all patients, but the consequences are especially severe for patients with complex care needs. Therefore, to all participants must be willing to redesign their core processes to create, and sustain a multidisciplinary care delivery system that includes several specific features”. Similarly, in protecting public health, health programmes could not achieve the desired outcome if there are those who do not cooperate, dereliction of duty and negligent and do not play their full role in our healthcare system. We are working interdependently and complimentary to each other to work towards the same core business of providing care to our clients in order to produce the best quality of health services.

Inti Sari Teks-Teks UcapanMenteri Kesihatan

Januari 2013

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

. . . Kaji selidik ini bukan sahaja merupakan sebagai inisiatif memperkembangkan bidang penyelidikan kesihatan malahan yang penting lagi berikutan perlaksanaan dan penghasilan laporan kajiselidik secara komprehensif ini.

. . . Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan berlebihan apatah lagi yang mengandungi tahap gula, garam dan lemak yang tinggi adalah antara punca sesorang termasuk kanak-kanak berkeadaan gemuk dan obes. Jika tidak dikawal dan ditangani sebaik-baiknya akan boleh menyumbang kepada meningkatnya kadar risiko penyakit-penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, kanser, jantung dan sebagainya. Dalam pada itu, kita juga menyedari bahawa keadaaan kekurangan zat makanan dalam badab pada tahap kronik (membimbangkan) boleh membawa kepada terencat pertumbuhan kanak-kanak dan perkara ini juga perlu dielakkan.

. . . Strategi ini ada menggariskan beberapa saranan penting yang mana perkara-perkara fundamental yang sering ditegaskan serta diperingatkan untuk kita sama-sama mengambil iktibar dalam memastikan kita menjalani cara hidup sihat adalah seperti berikut:

(i) Pengambilan makanan secara seimbang dan tidak berlebihan di samping mengamalkan aktiviti fizikal secara konsisten;

(ii) Menghadkan makanan berlemak, bertukar dari lemak tepu (saturated) kepada lemak tidak tepu (unsaturated) dan terus mengelakkan pengambilan lemak trans (trans-fat);

(iii) Menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, bijiran penuh dan kekacang;

(iv) Mengurangkan pengambilan gula iaitu dalam apa jua pemakanan serta minuman; dan

(v) Mengurangkan pengambilan garam, makanan masin dalam pemakanan.

MAjLIS PELANCAraN LAPOraN KajISELIDIk STATUS kESIHATAN DAN PEMAKaNAN

kEBANGSAAN KaLI kEDUA FASA 1 (KaNAk-KaNAk BERUMUR SEjAk LAHIR HINGGA 5

TAHUN) NEGAra BRUNEI DARUSSALAM

OPENING CEREMONY FOR THE INTERNATIONAL ORTHOPAEDIC CONFERENCE 2013I am very pleased to note that orthopaedic services in Brunei Darussalam have been expanding over the years, and that the quality of service has improves tremendously. This is evident in the increase in the scope and range of services over the last few years as well as the higher workload. Up till 2012, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha which is the main tertiary hospital providing orthopaedic services, has been treating around 15,000 patients per year in the outpatient clinics and admits approximately 1,800 patients per year into the wards, including a dedicated ward for orthopaedics. The statistics shows Orthopaedic surgery is one of the most highly demanded surgical specialty in Brunei Darussalam with a very high turnover. There has also been a 30% rise in total knee replacements and 200% increase in total hip replacement in 2012. This reflects the confidence of the patients and the public in our services. We are able to provide such services with the increase in

the number of highly qualified orthopaedic professionals, including our locals.

Similar to other countries, orthopaedic surgeons in Brunei Darussalam treat a whole range of musculo-skeletal conditions and orthopaedic diseases. The majority of the caseload results from trauma such as fractured bones either from road traffic accidents, occupational related injuries, domestic injuries and sport injuries. Other common cases treated by orthopaedic surgeons include back pain, osteo-arthritis, sports injuries, repetitive strain injuries, shoulder injuries again from trauma and sports, congenital paediatric cases and up till recently the orthopaedic surgeons been witnessing a worrying increase in the number of patients with complications from diabetes, such as infected foot leading to limb amputations. . .

4

Page 5: PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG … Kesihatan/F145.pdf · Delegasi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin

Januari/Februari 2013 Bilangan 145 5FOKUS Kesihatan

PROGraM CAra HIDUP SIHAT MUkIM SENGkURONG 2013 SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN kE-20 PUSAT kESIHATAN

jUBLI PErak SENGkURONG

. . . pesakit-pesakit yang mengunjungi Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong, jumlah penghidap penyakit-penyakit kronik dan juga mempunyai tanda-tanda faktor risiko sekiranya tidak dikawal dan dicegah, menunjukkan bilangan yang keadaannya begitu membimbangkan. Menurut statistik terkini, di Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong, sehingga DIsember 2012 telah mencatatkan bahawa;

Di antara faktor-faktor risiko yang menjadi penyumbang kepada penyakit-penyakit kronik dan tidak berjangkit ini adalah disebabkan tidak mengamalkan cara hidup sihat, terutamanya makan secara berlebihan dan tidak seimbang termasuk pengambilan makanan yang mengandungi tahap gula, lemak dan garam yang tinggi; kurang pergerakan aktiviti-aktiviti fizikal; overweight (mempunyai berat badan berlebihan); obes (gemuk) serta merokok.

Pesakit itu sendiri akan merasakan risiko dan akibat penyakit-penyakit kronik itu yang akan menjadi bebanan dan penderitaan yang boleh menjejaskan kualiti kesihatan, pekerjaan, produktiviti, pendapatan dan kesejahteraan kehidupan mereka malahan bebeanan juga turut dirasai oleh keluarga pesakit. Pengidap penyakit kronik seperti ini juga boleh menjejaskan mengerjakan amal ibadat dengan sempurna dan aktiviti-aktiviti seharian.

Ciri-ciri mengamalkan cara hidup sihat ini adalah fundamental (asas) yang sangat penting bagi mempastikan kita sentiasa berada dalam keadaan sihat, cergas, produktif dan membolehkan kita mengerjakan amal ibadat secara sempurna dan menjalankan aktiviti-aktiviti harian yang mana sudah setentunya dapat menjamin kualiti dan kesejahteraan kehidupan individu, keluarga dan masyarakat, malahan juga sekaligus dapat menyumbang untuk memantapkan lagi pembangunan sosio-ekonomi Negara yang berdaya tahan dan dinamik.

. . . saya penuh percaya dan berkeyakinan kita akan berusaha dan berazam sepenuhnya untuk mensyukuri nikmat kesihatan yang dianugerahi oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan seterusnya mengelakkan dan mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan dengan penuh komitmen untuk menjaga dan memelihara kesihatan masing-masing sepanjang hayat. Justeru itu, saya tidak kelanguan untuk berulang kali menyarankan dan memperingatkan kepada kita semua supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan, dan yang lebih penting lagi menyedarkan dan mendisiplinkan diri kita sendiri serta menasihatkan ahli-ahli keluarga kita masing-masing dan masyarakat di Negara ini untuk menjaga dan memelihara kesihatan sebaik-baiknya dengan membudayakan amalan cara hidup sihat setiap hari dan ketika, yang perlu dipupuk dan diserapkan dalam ahli keluarga kita, dalam kampong, mukim dan masyarakat..

CLOSING CEREMONY & CERTIFICATE PRESENTATION EXECUTIVE MANAGEMENT

IN HEALTHCARE PROGraMME

. . . To lead such health service and facility efficiently and effectively requires good governance, trust-worthiness and due diligence in resource optimisation including the rational use of medical products and technology. There must be effective coordination with internal and external stakeholders as well as establishing very good rapport and work relationship.

. . . The internal leadership they provide also requires good and effective communication. Healthcare executive must be exemplary leader who can create a conducive work environment that promotes and enhance team work culture and continuously able to motivate others to perform their duties the best to their ability.

MAjLIS PELANCAraN PROGraM PENGHAPUSAN PENYAkIT

FILARIA LIMFATIk kEBANGSAAN

. . . Oleh kerana nyamuk mampu membawa jangkitan kepada beratus juta orang manusia setiap tahun dan menyebabkan banyak kematian, maka Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan bagi perlaksanaan berbagai program untuk mengawal beberapa jenis penyakit bawaan nyamuk tertentu dengan memfokuskan kepada penyakit-penyakit seperti malaria, denggi dan filaria (atau penyakit untut).

. . . Pengisytiharan bebas daripada malaria bukanlah bermakna kita boleh berasa ‘complacent’ atau lalai dalam pengawalan penyakit-penyakit bawaan nyamuk. Sokongan, kerjasama dan penglibatan yang diberikan oleh semua stakeholders termasuk rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam ke arah menjayakan program penghapusan penyakit malaria perlu ditanai bersama untuk terus mengekalkan kejayaan kita sebagai Negara yang bebas daripada malaria…

. . . Saya percaya dan penuh berkeyakinan dengan kejayaan kita menghapuskan malaria di negara ini dengan kerjasama semua stakeholders dan di kalangan semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini khususnya di tempat-tempat yang terlibat, InsyaAllah kita juga akan berjaya dapat membantu hasrat negara untuk mengawal dan menghapuskan penyakit-penyakit bawaan nyamuk yang lain seperti filaria dan denggi...

Di samping itu apa yang mustahak yang boleh membantu menjayakan keberkesanan program ini ialah peranan semua lapisan masyarakat khususnya di tempat-tempat yang dikenalpasti dalam kita bersama-sama berusaha dalam mengawal dan menghapuskan penyakit-penyakit bawaan vektor seperti nyamuk. Strategi-strategi pencegahan khususnya pengurusan kesihatan dan kebersihan persekitaran serta perlindungan peribadi seperti kebersihan alam sekitar, tidak menyimpan sebarang tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, memakai pakaian yang boleh melindungi diri dari digigit oleh nyamuk dan yang mustahak, mendapatkan rawatan dengan segera apabila menghidap tanda-tanda penyakit tertentu.

Inti Sari Teks-Teks UcapanMenteri Kesihatan

Februari 2013

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

Page 6: PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG … Kesihatan/F145.pdf · Delegasi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin

6 Januari/Februari 2013 Bilangan 145FOKUS Kesihatan

AKTIVITI-AKTIVITI KEMENTERIAN KESIHATANJanuari / Februari 2013

Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri Program Cara Hidup Sihat Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Pusat Kesihatan Jubli Perak,

Sengkurong.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyaksikan pameran semasa Majlis Persidangan Ortopedik Antarabangsa yang bertempat di Indera Kayangan

Ballroom, The Empire Hotel & Country Club.

Sepanjang Majlis Pelancaran Laporan Kajiselidik Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan Kali Kedua - Fasa 1 Kanak-Kanak Berumur 0-5 Tahun

6

Page 7: PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG … Kesihatan/F145.pdf · Delegasi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin

Januari/Februari 2013 Bilangan 145 7FOKUS Kesihatan

AKTIVITI-AKTIVITI KEMENTERIAN KESIHATANJanuari / Februari 2013

Yang Berhormat Menteri Kesihatan ketika Latihan Kursus Pertolongan Cemas pada 26 Januari lalu

Lawatan kerja Yang Berhormat Menteri Kesihatan ke Hospital Suri Seri Begawan mengenai perlaksanaan Sistem Bru-HIMS pada 27 Februari lalu.

Lawatan Yang Berhormat Menteri Kesihatan ke Tapak Pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak, Hospital Raja isteri Pengiran Anak Saleha pada 18 Februari lalu.

Kursus Healthcare Leadership Programme yang telah diadakan pada 28 Januari lalu bertempat di Insitut Perkhidmatan Awam, Rimba Gadong.

Page 8: PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG … Kesihatan/F145.pdf · Delegasi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin

8 Januari/Februari 2013 Bilangan 145FOKUS Kesihatan

Satu majlis penyampaian sijil bagi Kursus Pengurusan Eksekutif Dalam Penjagaan Kesihatan telah diadakan pada 2 Februari lalu bertempat di Tingkat 4, Songket Ballroom, Rizqun International Hotel Gadong. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Kursus ini mengetengahkan aspek-aspek pengurusan yang penting dalam memastikan operasi harian hospital-hospital atau pusat-pusat kesihatan berjalan dengan lancar seperti pengurusan kewangan, pengurusan sumber tenaga manusia, pengurusan material, pengawalan inventori dan kemahiran berkomunikasi bersama kakitangan dan pihak-pihak tertentu. Kursus ini juga dikhaskan kepada Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Hospital atau Pusat Kesihatan, Pentadbir-Pentadbir Hospital/Pusat Kesihatan dan pegawai-pegawai lain yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas-tugas pentadbiran di hospital/pusat kesihatan.

BeritaPELANCARAN PERSATUAN ORTOPEDIK

Majlis Pelancaran Persatuan Ortopaedik telah diadakan pada 12 Januari lalu bertempat di Indera Kayangan, The Empire Hotel and Country Club. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yussof, Menteri Kesihatan.

Dengan adanya Persatuan Ortopedik di Negara Brunei Darussalam, pakar-pakar serta pengamal-pengamal ortopedik yang terdiri daripada konsultan-konsultan, doktor-doktor serta Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professionals) akan dapat berkongsi maklumat dan amalan-amalan dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Kementerian Kesihatan telah mengadakan Persidangan Ortopedik Antarabangsa pada 13 Januari yang lalu bertempat di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel & Country Club. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Persidangan ini adalah julung kalinya diadakan di Negara ini dan merupakan salah satu pencapaian signifikan yang penting dalam profesi orthopedik bagi menaiktarafkan kualiti perkhidmatan yang standing dengan badan-badan antarabangsa yang lain. Persidangan ini juga bertujuan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman dan ilmu-ilmu pengetahuan para penyampai-penyampai dari seberang laut yang bernilai yang boleh digunakan secara praktikal.

PERSIDANGAN ORTOPEDIK ANTARABANGSA

PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PENGURUSAN EKSEKUTIF DALAM PENJAGAAN KESIHATAN

Berita

8

Page 9: PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG … Kesihatan/F145.pdf · Delegasi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin

Januari/Februari 2013 Bilangan 145 9FOKUS Kesihatan

MEMORANDUM PERJANJIAN BAGI PUSAT KESIHATAN LAMBAK KANAN DAN PUSAT KESIHATAN SULTAN OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN (SOAS),KAMPONG SUNGAI KEBUN

Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian bagi projek pembinaan Pusat Kesihatan Lambak Kanan dan projek pembinaan Pusat Kesihatan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS), Kampong Sungai Kebun telah diadakan pada 7 Februari lalu, bertempat di V.I.P. Hall, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Hadir menyaksikan penandatanganan Memorandum Perjanjian tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

Menandatangani kedua-dua Memorandum Perjanjian bagi pihak Kementerian Kesihatan ialah Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin Haji Awang Mansor, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan dengan wakil daripada Arkitek Rekajaya selaku Pakar Perunding bagi Projek Pusat Kesihatan Lambak Kanan dan wakil daripada ECO Bumi Arkitek selaku Pakar Perunding bagi Projek Pusat Kesihatan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS), Kampong Sungai Kebun, dan disaksikan oleh Haji Zalidi bin Haji Abd. Latif, Pemangku Penolong Pengarah Perkembangan Projek, Kementerian Kesihatan.

Pembinaan pusat-pusat tersebut adalah sebagai satu usaha Kementerian Kesihatan untuk menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang diberikan adalah lengkap, berkualiti dan mudah diperolehi dan menyeluruh.

KURSUS DIPLOMA LANJUTAN DALAM PENGURUSAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

Berita

Majlis Pelancaran Kursus Diploma Lanjutan Dalam Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan telah diadakan pada 21 Februari yang lalu bertempat di Orchid Garden Hotel, Berakas. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Kursus ini merupakan kursus yang diadakan selama 12 bulan yang mana pengambilan pertama bermula dari Februari 2013 hingga Januari 2014. Antara objektif-objektif kursus ialah:• Memahami dengan lebih mendalam akan konsep teras pengurusan perkhidmatan kesihatan bagi memimpin aspek pengurusan sistem

penjagaan kesihatan dengan lebih berkesan;• Memastikan keberkesanan pentadbiran kejururawatan yang berkualiti dengan menegakkan nilai-nilai, etika, moral dan profesionalisme

serta mengintegrasikan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) ke dalam pengurusan kejuruawatan;• Memberi pendedahan kepada pegawai jururawat kanan untuk sentiasa peka dengan perkembangan profesional dan teknologi terkini

yang diguna pakai dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Page 10: PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG … Kesihatan/F145.pdf · Delegasi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin

10 Januari/Februari 2013 Bilangan 145FOKUS Kesihatan

Panduan Kesihatan

PENYAKIT FILARIASIS LIMFATIK(PENYAKIT UNTUT)

Penyakit Filariasis Limfatik (Penyakit Untut) adalah sejenis penyakit berjangkit bawaan nyamuk yang boleh menyebabkan bengkak di bahagian anggota badan terutama sekali bahagian kaki. Penyakit ini disebabkan oleh parasit yang berbentuk cacing microfilaria yang berupaya hidup di dalam tubuh badan manusia sehingga 4 - 6 tahun dan melahirkan berjuta-juta anak cacing di dalam saluran darah manusia dan seterusnya boleh menyekat saluran sistem limfa.

PERINGKAT JANGKITAN PENYAKIT UNTUT (FILARIASIS) (Wuchereria bancrofti)

Tanda-tanda Penyakit

• Sakit Kepala

• Demam panas yang berulang-ulang

• Sengal-sengal badan dan sendi

• Bengkak di bahagian kelenjar

• Kekejangan otot-otot kaki

• Bengkak pada kaki dan boleh malarat ke bahagian atas kaki tanpa terasa sakit.

• Bagi lelaki, bengkak pada buah zakar

• Tetapi Walau bagaimanapun ada juga

Jabatan Perkhidmatan KesihatanKementerian KesihatanNegara Brunei Darussalam

10

Page 11: PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG … Kesihatan/F145.pdf · Delegasi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin

Januari/Februari 2013 Bilangan 145 11FOKUS Kesihatan

daRi MeJa PentadBiRan

Nama Kursus / Mesyuarat / Bengkel / Seminar

Dr William Chong Chee Fui “11th Asia-Pacific Evidence Based Medicine and Nursing (APEBMN) Conference”, Singapura (7-11 Januari 2013)

Dr Hajah Rahmah binti Haji Md SaidAwg Ramlan bin Haji Ahmad

Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) kali ke-18, Tahun 2013, UBD, Brunei (12 Januari – 16 Mac 2013)

Dr Haji Azlan bin Haji JaludinLim Swee YienMd Khairul Anuar bin Pehin Orang KayaPendikar Alam Haji Hasrin

“Senior Executive e-Government Course (SEEC)”, UBD, Brunei (14 Januari – 18 Mac 2013)

Dr Chong Chean Lin “The Asia PCR Singapore Live”, Singapura (23-26 Januari 2013)

Dr Haji Zulaidi bin Haji Abd LatifDr Hajah Norhayati binti Haji Md KassimDr Airwan bin Dato Paduka Haji Md KassimDr Ong Sok KingDr Hajah Salizawati binti Haji Md ZainalDyg Hajah Rahimah binti Haji HanafiAwg Borhan bin Haji HamdanAwg Haji Md Sabri bin Haji AnuarDyg Aminah binti Haji Abd LatifAwg Haji Rosman bin Haji UntongAwg Haji Unus bin Haji IsmailDk Masnunah binti Pg Haji DamitDyg Hajah Norliza binti Haji JohariDr Hajah Siti Fatimah binti Haji Md JaafarAwg Haji Zalidi bin Haji Abd LatifDr Hajah Surita binti Haji Md TaibDyg Hajah Zainon binti Haji Md TahaDyg Norhartina binti Haji SharbiniAwg Abidin bin Haji OthmanDyg Siti Jusrina binti Juma’atDyg Saidah binti Haji WahidDyg Wong Wai SeeAwg Kamaludin bin Md YassinDyg Hajah Mai Wahidah Latifah binti AbdullahDyg Masrani binti Md NoorDyg Zaiton binti Haji AbdullahAwg Haji Abd Rahman bin Haji JumatAwg Md Iq’bal bin Haji IshakDyg Munirah ‘Atirah binti Haji SahidiAwg Saleh Kamal bin Haji Badarudin

“Executive Management in Healthcare Course”, IPA, Brunei (28 Januari – 2 Februari 2013)

Dyg Suryani binti Haji Tamin “The 2nd Training Course on School Health and Nutrition Programmes in Southeast Asia”, Lao, PDR (13-20 Februari 2013)

Dr Sofian bin Dato Paduka Dr Haji JoharDr Lau Bee Ngo “19th Asia Pacific Congress of Cardiology”, Thailand (21-24 Februari 2013)

Dyg Siti Zurainah binti Haji Abd HamidAwg Md Norleyzam bin Damit “The 10th International Congress of Andrology”, Australia (23-26 Februari 2013)

PEGAWAI-PEGAWAI MENGHADIRI KURSUS / PERSIDANGAN / MESYUARAT / SEMINAR

PEGAWAI DAN KAKITANGAN BERSARA

Nama & Jawatan Tarikh Melapor Bertugas Nama & Jawatan Tarikh Melapor Bertugas

Dr Martini binti Haji AhmadPegawai Perubatan Gred 2 (Pergigian) 5 Januari 2013 Dr Lim Lee Sher

Pegawai Perubatan Pelatih (Pergigian) 9 Januari 2013

Dr Yau Xiao HuiPegawai Perubatan Pelatih (Pergigian) 7 Januari 2013 Dk Nurul Zatil Hidayah binti Pg Suffian

Jurupulih Anggota 21 Januari 2013

Dr Haji Ian Geoffrey bin Haji Mohd Berkley StewartPegawai Perubatan Kanan Gred 2 7 Januari 2013 Dyg Nurul Adilah binti Mahmud

Pegawai Pelajaran Kesihatan 26 Januari 2013

PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BARU BERKHIDMAT

Nama & Jawatan Tarikh Melapor Bertugas Nama & Jawatan Tarikh Melapor Bertugas

Awg Sim Lee AngJuruteknik Gigi Kanan 9 Januari 2013 Dyg Hajah Aminah binti Haji Md Jaafar

Pengarah Perkhidmatan Farmasi 9 Februari 2013

Dr Muzaffar Uruj RabbaniPakar Perubatan / Pakar Perklinikan 14 Januari 2013 Awg Haji Md Ibrahim bin Haji Hamid

Pentadbir Kanan Hospital 10 Februari 2013

Dyg Hajah Marian binti Haji AliomarPegawai Kesihatan Kanan 18 Januari 2013 Dr Ishrat Kamal Alvi

Pegawai Perubatan Gred 1 15 Februari 2013

Roslyn Yong Oi WiaJurupulih Anggota 25 Januari 2013 Dyg Haidah binti Ali

Ketua Juruteknik Gigi 18 Februari 2013

Dyg Wong Hee SingPegawai Penjaga Zat Makanan Kanan 3 Februari 2013 Dr Hajah Kohinnoor Pervin

Pegawai Perubatan Gred 2 28 Februari 2013

Dr Rani Sulochana KogilwaimathPegawai Perubatan Gred 2 8 Februari 2013

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan.

Page 12: PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI MUKIM SENGKURONG … Kesihatan/F145.pdf · Delegasi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin

12 Januari/Februari 2013 Bilangan 145FOKUS Kesihatan

AKTIVITI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Psikiatri, Hospital RIPAS telah menganjurkan satu forum kesihatan mental yang diadakan pada 31 Januari lalu bertempat di Dewan Pencapaian, Institut Perkhidmatan Awam. Hadir selaku Tetamu Kehormat di forum itu ialah Yang Mulia Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional & Teknikal), Kementerian Kesihatan.

Tema forum ialah ‘Kemurungan – Krisis Global’ sebagai usaha untuk mempertingkatkan kefahaman masyarakat tentang isu-isu kesihatan mental, khususnya mengenai kemurungan di Negara Brunei Darussalam. Antara objektif forum ini diadakan adalah:

• Untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan kesihatan mental di kalangan masyarakat;

• Untuk mengurangkan rasa cela, penistaan dan prasangka terhadap penghidap gangguan mental;

• Untuk meningkatkan kefahaman yang mendalam bagi mengelakkan, mengenalpasti dan rawatan bagi penyakit kemurungan.

FORUM KESIHATAN MENTAL SEMPENA HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2012-2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434Kementerian Kesihatan telah mengadakan Forum Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434 pada 4 Februari lalu bertempat di Kompleks Sukan, Hospital RIPAS.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Pada tahun ini, Majlis Sambutan Maulidur Rasul diserikan dengan mengadakan satu Forum yang bertajuk ‘Bekerja dan Pengorbanan Masa Sebagai Satu Ibadah’. Acara tahunan ini dikendalikan bersama oleh Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Dasar dan Perancangan, Jabatan Teknologi Penjagaan Kesihatan dan Jabatan Pengurusan Estet, Kementerian Kesihatan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Haji Awang Saifulbahri bin Haji Awang Mansor, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah- Pengarah berserta dengan pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan.

12