program bersepadu sekolah sihat3

4
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 1. PENDAHULUAN Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. 2. RASIONAL Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah berdasarkan rasional berikut : 2.1 Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu 2.2 Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa 2.3 Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah 2.4 Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya 2.5 Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang

Upload: aerieattha

Post on 20-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

TRANSCRIPT

Page 1: Program Bersepadu Sekolah Sihat3

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT1. PENDAHULUANRancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

2. RASIONALUsaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah berdasarkan rasional berikut :

2.1 Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu

2.2 Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa

2.3 Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah

2.4 Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya

2.5 Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatanSatu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu

Berdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti3. MATLAMAT PBSSMelahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.4. VISI PBSSGenerasi yang berilmu, sihat dan progresif5. MISI PBSSSekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan6. OBJEKTIF PBSSObjektif PBSS adalah agar setiap sekolah dapat

6.1 Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah6.2 Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria ,

Page 2: Program Bersepadu Sekolah Sihat3

selamat dan sihat6.3 Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara

hidup sihat6.4 Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan

kesihatan supaya setiap warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat

6.5 Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah

6.6 Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi

6.6.1 Menilai taraf kesihatan murid6.6.2 Memberi khidmat rawatan dan rujukan6.6.3 Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan

dan masalah kesihatan murid6.6.4 Memberi penjagaan / rawatan kecemasan terhadap penyakit-

penyakit di sekolah6.6.5 Mencegah dan mengawal kejadian penyakit6.6.6 Mengenalpasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak

kurang upaya

7. TERAS UTAMA PBSSEnam teras PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut:

7.1 Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber mempromosikan kesihatan7.2 Persekitaran Fizikal Sekolah7.3 Persekitaran Sosial Sekolah7.4 Penglibatan Komuniti7.5 Kemahiran Kesihatan Diri7.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah8. PELAKSANAANPBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat. Dalam pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atau tidak formal. Di samping itu warga sekolah hendaklah sentiasa mengamalkan amalan kesihatan yang baik.Warga sekolah hendaklah memainkan peranan masing-masing supaya PBSS dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan berkesan. Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru dan pasukan kesihatan.Jawatankuasa PBSS Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir

Penasihat Pn. Rosalind Chan Leng NeoPengerusi Pn. Hjh. Zaiton bte Hj. Ahmad ( GPK HEM )Setiausaha Pn. Maznah AdamAJK Pn. Rozinah bte Mat Jizat

Pn. Goh Chin Guan

Page 3: Program Bersepadu Sekolah Sihat3

En. Chee Kiow WeeEn. Shahrani TawilPn. Norazah bte DaudPn. Rahimah DinPn. Zamzura AzisEn. Kamarudin Abu HassanPn. Siti Eisah bte SongipEn. IlangovanPasukan Kesihatan SekolahPasukan Kesihatan Gigi

9. PEMANTAUAN DAN PENILAIANUntuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya, pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang digunakan :

9.1 Rekod Kesihatan Murid9.2 Rekod Rancangan Makanan Tambahan9.3 Laporan Bulanan9.4 Laporan Tahunan9.5 Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih10. PENUTUPPelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan kesihatan di kalangan warga sekolah. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-cita warisan budaya negara. Setiap warga sekolah bertanggungjawab mempastikan agar PBSS dihayati. Melalui PBSS ini diharap akan lahir masyarakat yang mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek.