produk-produk yang dicemari dengan documents/banned medicines and...produk-produk yang dicemari...

Click here to load reader

Post on 15-Mar-2019

255 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PRODUK-PRODUK YANG DICEMARI DENGAN BAHAN RACUN BERJADUAL, UBAT-

UBAT BARAT DAN BAHAN TERKAWAL YANG TIDAK DIISYTIHARKAN

Produk-produk yang tersenarai di dalam buku ini adalah produk-produk yang dilarang

penggunaannya di Negara Brunei Darussalam disebabkan ianya didapati dicemari dengan

bahan racun berjadual, ubat barat atau bahan terkawal yang tidak diisytiharkan.

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan

penjualan produk-produk tersebut. Sehubungan dengan pencemaran ini, produk-produk

berkenaan adalah dilarang untuk diimport, dijual dan digunakan di negara ini.

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan

secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ianya

adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana

produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh

dikenakan denda sebanyak $ 8,000 atau penjara enam bulan, jika didapati bersalah.

Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang

membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika dia dapati bersalah,

akan didenda sebanyak $ 16,000 dan duabelas (12) bulan penjara.

Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan

untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan

advers dan merasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah

berjumpa doktor dengan segera.

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan

kepada Jabatan Perkhidmatan Farmasi jika mendapati produk-produk berkenaan masih

dipasarkan di negara ini.

Untuk senarai yang terkini orang ramai bolehlah menyemak laman web Kementerian

Kesihatan Brunei Darussalam. Senarai produk-produk ini akan sentiasa dikemaskini dari

masa ke semasa

Bahan-bahan pencemar yang sering didapati dalam produk-produk kesihatan

Bahan-bahan pencemar yang didapati di dalam produk-produk kesihatan yang dilarang boleh

menyebabkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.Berikut adalah

sebahagian daripada bahan-bahan pencemar yang sering di kesan di dalam produk-produk

kesihatan.

Acetaminophen / Paracetamol

Acetaminophen adalah juga dikenali sebagai Paracetamol. Ia boleh diambil untuk rawatan-sendiri (self-medication) tetapi apabila perubatan tradisional tidak diisytiharkan mengandungi acetaminophen/paracetamol, pengambilannya yang berlebihan tanpa disedari boleh membawa kepada kerosakan hati, kegagalan buah pinggang, koma dan akhirnya kematian.

Aminopyrine Atau Dipyrone

Aminopyrine atau Dipyrone adalah bahan untuk ubat penahan sakit (pain killers) yang

mempunyai risiko tinggi dalam menyebabkan penyakit darah yang serius. Ini juga

mengakibatkan sistem imunisasi badan berkurangan dan seterusnya menyebabkan

jangkitan teruk dan boleh membawa maut.

Azaleic Acid

Produk yang mengandungi azelaic acid adalah digunakan untuk merawat masalah jerawat

dan rosacea dan juga adalah dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik. Produk yang

mengandungi azelaic acid hanya boleh digunakan di bawah pengawasan doktor.

Penggunaan azelaic acid tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang

disapu akan mengalami rasa terbakar, pedih, kering, mengelupas dan kemerahan.

Bisacodyl

Bisacodyl adalah ubat yang dimakan untuk merawat sembelit.Penggunaannya tanpa

pengawasan boleh menyebabkan kekejangan perut, merasa mual, muntah-muntah, cirit-birit

dan hypokalaemia (tahap potassium yang rendah).

Chlorpheniramine

Chlorpheniramine adalah ubat dalam kategori anti-histamine. Penggunaanya tanpa

pengawasan boleh menyebabkan kesan-kesan advers seperti pening, tekanan darah

menurun, denyutan jantung yang tidak menentu, kekeliruan, kemurungan dan sawan adalah

antara yang boleh terhasil dari penggunaan chlorpheniramine.

Cyproheptadine

Cyproheptadine digunakan untuk melegakan gejala-gejala alahan yang mana ianya

mempunyai beberapa kesan advers termasuk merasa mengantuk, kelemahan otot, tekanan

darah menurun, kabur penglihatan, kemurungan, meningkat selera makan dan menambah

berat badan.

Dexamethasone Dan Prednisone

Dexamethasone dan Prednisone adalah kortokosteroid yang mana penggunaannya secara

berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan peningkatan paras glukosa dalam

darah yang mengakibatkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan

tulang, serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk.

Penggunaan kortikosteroid dalam jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushings

syndrome yang mana dicirikan dengan muka bulat atau moon face, serta kegemukkan pada

bahagian badan dengan anggota tangan dan kaki yang kecil.

Pengambilan dos steroid yang tinggi dalam tempoh yang lama menyebabkan pengguna

mengalami gejala keletihan, sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah rendah,

tekanan darah rendah dan dehidrasi.

Hydroquinone

Hydroquinone adalah bahan yang lazimnya digunakan untuk merawat penyakit kulit. Bahan

ini adalah dikawal di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 di mana Hydroquinone

adalah dilarang dalam produk kosmetik yang digunakan bagi penjagaan kulit.

Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan hipersensitiviti pada

kulit, perubahan kepada warna kulit yang menyebabkan kulit secara beransur-ansur menjadi

kehitaman, dan meningkatnya risiko kanser kulit.

Lidocaine

Lidocaine adalah sejenis anaesthesia (ubat bius) yang mana kesan sampingannya adalah

pening, kebas, kekeliruan, masalah pernafasan, tekanan darah menurun, degupan jantung

yang perlahan dan hipersensitiviti.

Mercury

Tahap mercury yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh meyebabkan kulit kebas,

sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem

saraf. Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan

penggunaan mercury; yang boleh menggangu perkembangan otak kanak-kanak yang masih

kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

Phenolphthalein

Phenolphthalein adalah sejenis bahan yang pernah digunakan dalam rawatan sembelit akan

tetapi penggunaannya sekarang telah dilarang kerana ianya boleh mengakibatkan barah.

Penggunaan berpanjangan boleh mengakibatkan cirit-birit serta kehilangan air dan mineral

dari badan secara berlebihan.

Phenobarbital

Phenobarbital adalah sejenis barbiturate yang digunakan untuk mengawal penyakit sawan.

Pengambilan phenobarbital tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan advers yang

serius seperti tekanan darah yang rendah, ataxia, gangguan pada tingkah laku, cepat

meradang, kemurungan, kelesuan, halusinasi, alahan pada kulit, hiperaktif terutamanya

pada kanak-kanak dan orang tua.

Phenylbutazone, Piroxicam Dan Diclofenac

Penggunaan Phenylbutazone, Piroxicam dan Diclofenac tanpa pengawasan boleh

menyebabkan ulser peptik, pendarahan gastro-usus, loya, muntah-muntah, ruam kulit, kabur

penglihatan, edema, penyakit kuning dan kegagalan buah pinggang. Phenylbutazone juga

sering dikaitkan dengan kesan sampingan yang teruk seperti penyakit darah yang serius.

Salicylic Acid

Salicylic Acid adalah bahan yang boleh digunakan dalam produk kosmetik tetapi dalam had

dan kondisi yang dibenarkan seperti yang ditetapkan didalam Perintah Ubat (Produk

Kosmetik). Penggunaan produk yang mengandungi salicylic acid dengan tahap yang tinggi

boleh mengakibatkan kulit terasa gatal, kering dan merah.

Sibutramine

Sibutramine adalah agen pelangsing badan yang tidak lagi disarankan penggunaannya

dalam rawatan obesiti kerana kesannya yang boleh memudaratkan jantung dan hati.

Pengambilan sibutramine juga boleh menyebabkan kesan advers yang serius seperti

tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur; dan dalam

kes-kes yang paling teruk, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan

hati.

Sildenafil, Tadalafil dan Vardanafil

Sildenafil, Tadalafil atau Vardanafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk

yang mana pengambilannya memerlukan preskripsi doktor. Antara kesan-kesan sampingan

apabila memakan ubat-ubat tersebut ialah merasa mual, muntah-muntah, muka kemerahan

dan pening. Dalam kes-kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan peningkatan yang luar

biasa dalam degupan jantung, kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dan sawan.

Simvastatin

Simvastatin adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan untuk menurunkan paras kolesterol

dalam darah. Pengambilan simvastatin tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan sampingan

seperti sakit kepala, loya, sembelit, gatal/ruam, keletihan, gangguan tidur, tekanan, gangguan pada

fungsi normal hati, sakit pada otot dan pada kes yang jarang berlaku, ianya juga boleh menyebabkan

pecahan pada tisu-tisu otot yang boleh membawa kepada kerosakan pada buah pinggang.

Spirinolactone

Spironolactone adalah sejenis diuretik potassium-sparing yang digunakan untuk merawat te