prjnjian inggeris blnda

17
Perjanjian Inggeris- Belanda 1824 Disediakan oleh: Mohd Fahmi &Ainol http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Upload: firo-har

Post on 16-Apr-2017

378 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prjnjian inggeris blnda

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824Disediakan oleh:

Mohd Fahmi &Ainol

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 2: Prjnjian inggeris blnda

Pengenalan

• Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini ditandatangani untuk mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan keduanya sentiasa dalam keadaan tegang disamping adanya kepentingan-kepentingan mereka sendiri. Termeterainya perjanjian tersebut merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah Tanah Melayu dan juga Indonesia.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 3: Prjnjian inggeris blnda

Faktor-faktor yang membawa kepada perjanjian

• Persaingan perdagangan di Timur • Dasar persahabatan Inggeris-Belanda

di Eropah • Dasar-dasar Raffles di Singapura dan

pertelingkahan mengenai Singapura • Kemajuan Singapura • Masalah kewangan Belanda

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 4: Prjnjian inggeris blnda

Syarat-syarat Perjanjian

• Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London. Pihak British diwakili oleh George Canning dan pihak Belanda pula diwakili oleh Charles W. Wymn.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 5: Prjnjian inggeris blnda

Syarat-syarat kewilayahan• Belanda menarik balik bantahannya terhadap

pendudukan British di Singapura. British bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulau-pulai Karimon, Bantam, Bintang, Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura. British juga bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau tersebut.

• British menarik semula bantahannya terhadap pendudukan Belanda di Pulau Belitong dan lain-lain kawasan.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 6: Prjnjian inggeris blnda

• Bandar dan pelabuhan Melaka serta tanah jajahannya diserahkan kepada British. Belanda bersetuju tidak akan membuat sebarang perjanjian atau pelabuhan di kawasan tersebut.

• Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda. British bersetuju tidak akan membuat tempat persinggahan atau perjanjian dengan ketua-ketua di Sumatera.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 7: Prjnjian inggeris blnda

• Belanda menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewanya yang ada kepada British. Belanda juga akan membayar sebanyak £100000 kepada British sebagai penyelesaian hutang-piutangnya

• .Wilayah-wilayah tersebut tidak boleh diberikan kepada kuasa-kuasa lain. Jika salah satu kuasa itu meninggalkannya, wilayah itu mestilah diserahkan kepada kuasa yang satu lagi.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 8: Prjnjian inggeris blnda

• Semua penduduk di wilayah jajahan yang telah ditukarkan diberi tempoh selama 6 bulan untuk menguruskan harta mereka sekiranya mereka hendak berpindah ke negeri-negeri yang mereka pilih.

• Perpindahan hak-hak kedua-dua pihak hendaklah mula dijalankan pada 1 Mac 1825.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 9: Prjnjian inggeris blnda

Syarat-syarat perdagangan• Kedua-dua pihak bersetuju membenarkan saudagar

mereka menjalankan perniagaan di Kepulauan Timur, India dan Ceylon dengan hak masing-masing. Kedua-dua pihak hendaklah mengikuti peraturan-peraturan perdagangan di tiap-tiap kawasan.

• Rakyat dari satu negeri mestilah membayar cukai tidak lebih daripada bayaran yang dikenakan kepada rakyat dari negeri yang mempunyai pelabuhan.

• Kedua-dua pihak mestilah mengarahkan rakyat, pihak yang berkuasa tentera dan awam supaya menghormati kebebasan perdagangan

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 10: Prjnjian inggeris blnda

• Kedua-dua pihak mestilah menghapuskan lanun-lanun di laut sebelah timur dan jangan membenarkan lanun-lanun menjual barang-barang dagangan mereka di kawasan atau daerah kepunyaan mereka.

• Pelabuhan-pelabuhan yang baru tidak dibenarkan ditubuhkan di Kepulauan Timur tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu dari kerajaan mereka di Eropah.

• British mengakui monopoli Belanda terhadap perdagangan rempah di Kepulauan Maluku

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 11: Prjnjian inggeris blnda

Kesan-kesan perjanjian

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 12: Prjnjian inggeris blnda

Pembahagian Kepulauan Melayu kepada 2 lingkungan pengaruh

• Kesan yang nyata hasil daripada perjanjian ini ialah terbentuknya 2 kawasan pengaruh. Belanda ingin menguasai kawasan-kawasan meliputi Pulau Jawa, Sulawesi atau dengan kata lain semua gugusan Kepulauan Melayu ke selatan Selat Singapura; manakala British menguasai kawasan-kawasan yang meliputi Singapura, Melaka dan daerah-daerah lain di Tanah Melayu. Perjanjian ini merupakan satu titik peralihan dalam perkembangan politik di Kepulauan Melayu. British dan Belanda kini dapat meluaskan pengaruh perdagangan dan politik mereka di kawasan masing-masing tanpa gangguan daripada pihak lain.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 13: Prjnjian inggeris blnda

Perpecahan Empayar Johor • Dengan pembahagian 2 kawasan pengaruh itu, secara

tidak langsung telah membawa kepada runtuhnya Empayar Johor. Kini Singapura dan Tanah Besar Johor dikuasai oleh British dan Riau-Lingga jatuh ke bawah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga menyelesaikan masalah perebutan takhta Johor kerana Sultan Hussein menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan Sultan Abdul Rahman menjadi sultan di Kepulauan Riau-Lingga. Bendahara Ali di Pahang juga mengambil kesempatan untuk cuba membebaskan diri dari kekuasaan Johor. Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengisytiharkan kemerdekaan Pahang dan Empayar Johor dikatakan runtuh sejak saat ini.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 14: Prjnjian inggeris blnda

Perhubungan Inggeris-Belanda di Timur

• Perhubungan mereka masih tegang. Rasa benci orang Inggeris terhadap Belanda disuarakan dalam laporan-laporan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat dan dalam akhbar-akhbar Singapura. Persaingan perdagangan terus menjadi sengit. British menuduh Belanda melanggar syarat-syarat perjanjian, tetapi, British terpaksa menelan hakikat ini dan terus memberi bantuan kepada Belanda dan memastikan bahawa Belanda benar-benar menjadi sekutu yang dapat mengimbangkan kekuatan British terutama di Eropah.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 15: Prjnjian inggeris blnda

Pertelingkahan mengenai Borneo • Perbalahan antara pihak British dan Belanda di

Kepulauan Melayu tersetus akibat salah faham terhadap syarat-syarat kewilayahan. Perbalahan mengenai syarat “sebarang pulau lain ke selatan Singapura” tercetus apabila Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada pihak British pada tahun 1846. Belanda menganggap bahawa Labuan terletak di selatan Selat Singapura dan berada di lingkungan pengaruhnya. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan apabila pihak British dapat membuktikan kedudukan geografi Labuan yang sebenarnya.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 16: Prjnjian inggeris blnda

Pelanunan • Belanda tidak mematuhi sepenuhnya syarat

yang berkenaan dengan penghapusan lanun di perairan Kepulauan Melayu. Pihak Belanda hanya mengambil tindakan terhadap kegiatan pelanunan di kawasan perairan di bawah pengaruhnya iaitu Kepulauan Hindia Timur. Akibatnya, British terpaksa mengambil langkah-langkah sendiri untuk menghapuskan pelanunan dan ini memakan masa serta menelan banyak perbelanjaan

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 17: Prjnjian inggeris blnda

Tamat

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/