prihatinseptoct19 final.pdf 1 15/10/2019 3:43 pm · peraturan kualiti alam sekeliling, spanco...

32

Upload: others

Post on 24-Oct-2019

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

PrihatinSeptOct19_Final.pdf 1 15/10/2019 3:43 PM

28Jentera

Servis KamiPanduan Servis Berjadual dan

Pembaikan

Salam prihatin3 Keazaman & Komitmen SPANCO

Penuhi Keperluan Fleet Kerajaan Malaysia

hab Spanco8 Aplikasi Mobil SPANCO:

Fungsi Ditambah, Dinaiktaraf

JeJak inSpiraSi10 Mengimbau Sejarah CSR SPANCO

Diari14 Program Taklimat dan

Penyerahan Kenderaan kepada Jabatan Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

14 Sesi Perjumpaan antara Markas Tentera Darat Cawangan Logistik

dan SPANCO15 Program Perkhidmatan Audit

Kenderaan SPANCO15 Mesyuarat Perhubungan dan

System Hands-On Antara Perbendaharaan Malaysia dengan Pegawai-Pegawai Kementerian/Jabatan Tahun 2019 Siri 1

15 Lawatan Audit ISO 9001:2015

WariSan16 Songket Brunei & Pattani

aUto & DiGital20 SAGA 2019: Penggayaan & Prestasi

Baharu

raWat & rehat22 Tujuh Makanan Ringan Sihat

pilihan ServiS anDa30 Terengganu, Pahang & Kelantan

JiliD

05Sept- Okt 2019

Berita SPaNCO

24Kembara

tempat-tempat Menarik di Putrajaya

18Mekanika10 Cara Menjaga transmisi automatik 26 Jom Makan

10 Lokasi Jamu Selera di Putrajaya

4 Perspektifinisiatif Budaya Hijau SPaNCO

3 PriHatiN / S a l a m p r i h a t i n

penaUnGDato’ Hamzah Mohd Salleh

SiDanG penGaranGPeter LimShaheeran JalalludinMohd Fairuz Sallehaimi Diyana azuddinrusman Bassri

penerbitSPaNCO Sdn Bhd (172957-U)No. 2, Jalan Perusahaan 2Kawasan Perusahaan Batu Caves68100 Batu Caves.tel 03-6192 8888Faks 03-6192 8999emel [email protected] bebas tol 1-800-88-6999www.spanco.com.my

pencetakCFM Printing & Stationery Sdn Bhd (7533-H)Lot 2, Jalan Usahawan 5P.K.N.S Setapak industrial areaOff Jalan Genting Kelang53300 Kuala Lumpur.tel 03 4021 3033Faks 03 4023 3611

perUnDinG penerbitanexecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)

Sila hantar komen, maklum balas dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di atas. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

Portal Prihatinwww.prihatinspanco.com.my

Ketua Pegawai eKseKutif

Dato’ hamzahmohD Salleh

Keazaman &Komitmen SPANCO

Penuhi KePerluan fleet Kerajaan MalaysiaHari ini SPANCO menjangkau usia hampir 26 tahun dalam melaksanakan perkhidmatan pengurusan fleet untuk Kerajaan Persekutuan. Sejak memulakan operasi, SPANCO telah mengendalikan jumlah terkumpul melebihi 35,000 kenderaan. Buat masa ini, kami menguruskan hampir 13,000 kenderaan bagi kegunaan 34 kementerian dan agensi Kerajaan di seluruh tanah air. Bersandarkan pengalaman tersebut, SPANCO amat memahami keperluan fleet Kerajaan yang unik dan berkembang selaras dengan pembangunan negara.

Keupayaan SPANCO telah dibuktikan apabila

mampu mencapai sasaran yang tinggi secara konsisten iaitu lebih 98% kenderaan boleh gerak pada satu-satu masa. SPANCO sentiasa memenuhi petunjuk prestasi utama yang ditetapkan; merangkumi servis berjadual di bawah tempoh 12 jam, pembaikan enjin di bawah tempoh 20 hari dan pembaikan kemalangan di bawah tempoh 30 hari. Selain itu, kami turut memastikan tempoh respons terhadap kerosakan kenderaan dalam radius 50km adalah kurang daripada 45 minit. Prestasi dan pencapaian ini meletakkan SPANCO sebagai pengurus fleet bebas yang berwibawa.

Berbekalkan keyakinan

dan keazaman yang jitu, SPANCO sentiasa bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan amanah dalam mendepani cabaran baharu sekiranya terus diberikan kepercayaan oleh Kerajaan Malaysia.

Komitmen SPANCO turut diterjemahkan melalui pelaburan berterusan dalam teknologi bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan cekap dan responsif. Sistem Maklumat Pengurusan Fleet (Fleet Management Information System - FMIS) yang dibangunkan sendiri oleh pasukan SPANCO sentiasa dikemaskini dengan ciri-ciri baharu seiring dengan keperluan dan kehendak semasa pelanggan.

SPANCO sentiasa prihatin terhadap kelestarian alam sekitar menerusi amalan Budaya Hijau yang diterapkan dalam organisasi. Komitmen ini dipertingkatkan lagi seiring dengan kesedaran terhadap perubahan iklim dan penyusutan sumber semula jadi. Setiap warga SPANCO dituntut untuk menghayati, menterjemah serta mempraktikkannya dalam operasi harian. Semua inisiatif tersebut dipaparkan dalam liputan segmen Perspektif edisi PRIHATIN kali ini.

SPANCO sentiasa bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan amanah dalam mendepani cabaran

baharu sekiranya terus diberikan kepercayaan oleh Kerajaan Malaysia.

4 PriHatiN / p e r S p e k t i f

Ke ArAh KelestAriAn

AlAm seKitAr

InIsIatIf Budaya

HIjau sPanCO

setiap individu dan organisasi perlu mempunyai komitmen untuk menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar. sPanCO tidak terkecuali untuk terpanggil dan melaksanakan tanggungjawab korporat menerusi pemerkasaan nilai dan budaya yang diterapkan dalam operasinya ke arah matlamat itu. Komitmen itu dizahirkan dengan membentuk sekumpulan pegawai bertanggungjawab untuk menerajui inisiatif tersebut.

5 PriHatiN / p e r S p e k t i f

Antaranya, Helmi Mohd Nasir, Eksekutif Pentadbiran Pusat Servis di Pusat Servis Wilayah (PSW), Batu Caves yang mendapat sijil pengiktirafan dari Institut Alam Sekitar Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai seorang profesional alam sekitar yang diperakui dalam pengurusan sisa berjadual.

Langkah SPANCO menyediakan profesional dalam bidang itu seiring dengan keperluan Seksyen 49A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana perlu setiap organisasi mewujudkan tenaga kerja berkelayakan (competent person) bagi melaksanakan tugas-tugas berkaitan.

Ini bermakna, dengan memperolehi persijilan tersebut, Helmi dipertanggungjawab menguruskan hal berkaitan Buangan Terjadual (BT) serta memastikan hal berkaitan pencegahan, penghapusan, pengawalan pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling berada dalam kawalan.

Sebelum diiktiraf sebagai profesional alam sekitar, setiap calon terlebih dahulu perlu melalui proses saringan pemilihan yang ketat oleh pihak JAS selain perlu mempunyai kelayakan akademik serta pengalaman kerja. Seterusnya, calon perlu melalui

beberapa sesi kelas serta perlu lulus ujian bertulis dan ujian mengenal pasti bahan BT.

“Sijil ini bertujuan melatih sesebuah organisasi seperti SPANCO menyediakan competent person bagi menguruskan hal berkaitan. SPANCO menyokong inisiatif hijau ini sebagai menyambut baik hasrat dan saranan dalam pemuliharaan alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

UrUs sisa BerjadUalSebagai mematuhi Peraturan-

Peraturan Kualiti Alam Sekeliling, SPANCO melupuskan sisa dan bahan buangan seperti minyak enjin, bateri, tayar terpakai, alat ganti terpakai dan sebagainya mengikut prosedur ditetapkan.

“Pematuhan prosedur dalam operasi seperti ini turut memberi pendedahan kepada rakan kerja mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, SPANCO perlu mengelak daripada terdapat salah laku terutama dalam mengurus pelupusan bahan BT,” kata Helmi.

Bahan buangan sisa industri adalah antara sumber pencemaran utama alam sekitar. SPANCO yang mengawal selia dan

menyenggarakan kenderaan yang begitu banyak maka sudah tentulah sisa yang terhasil dari servis yang dilakukan juga tinggi jumlahnya. Sisa-sisa seperti minyak hitam, bateri dan alat-alat ganti yang lusuh mengandungi logam berat dan bahan-bahan kimia berbahaya yang boleh membolosi kitaran ekosistem jika tidak dilupuskan secara sistematik dan bertanggungjawab.

Helmi berkata, bagi memastikan semua BT dikawal selia dengan baik, pihaknya perlu mengurus dan merekodnya secara terperinci serta teratur. Ini bermula dengan menyediakan tempat khas bagi mengumpul dan menyimpan semua BT dengan selamat serta terkawal mengikut syarat ditetapkan oleh JAS sebelum ia dikutip untuk dilupuskan oleh kontraktor bertauliah dan berdaftar dengan JAS.

“SPANCO juga perlu

Sebagai mematuhi

Peraturan-Peraturan

Kualiti Alam Sekeliling,

SPANCO melupuskan

sisa dan bahan buangan seperti

minyak enjin, bateri, tayar

terpakai, alat ganti terpakai

dan sebagainya mengikut prosedur

ditetapkan.

helmi mohd nasir, eksekutif pentadbiran di pusat Servis

Wilayah batu caves

6 PriHatiN / p e r S p e k t i f

dengan tidak lagi mencetak dan mengedarkan pembentangan menggunakan kertas seperti yang lazim dilakukan tetapi sebaliknya menerusi slaid selain borang maklum balas, memo dan laporan menerusi emel.

Yang paling utama, SPANCO mengamalkan kaedah e-Approval dalam urusan penyenggaran kenderaan bagi kelulusan dan permohonan dalam Fleet Management Information System (FMIS) melibatkan Pusat Servis Diiktiraf (PSD). Ini menjimatkan proses dan masa bagi mendapatkan kelulusan.

Lain-lain amalan ialah: • Bagi Pasukan Pengurusan

Hubungan Pelanggan (Customer Relationship Management – CRM), maklum balas dan status pengguna dicatatkan terus ke dalam

sistem.• Menambahbaik proses di mana

tablet disediakan untuk pihak Audit memeriksa kenderaan dan rakan sekerja di Bahagian Alat Ganti untuk menyemak stok.

• Pihak Fomen turut melakukan pemeriksaan kawalan kualiti (QC) dengan menggunakan tablet.

Selain langkah-langkah yang dilaksanakan pihak Khidmat Selepas Jualan tersebut, SPANCO juga telah membangunkan portal majalah PRIHATIN yang boleh dibaca secara dalam talian bermula Mac 2019.

reduce, reuse, recycle (3r)Bagi menggalakkan inisiatif 3R

(Reduce, Reuse, Recycle) di PSW Batu Caves dan PSW Bangi, SPANCO mengamalkan penyisihan sampah (sisa umum, plastik dan kertas) serta pengurangan penggunaan tisu di tandas melalui pemasangan mesin pengering tangan berteknologi terkini jimat elektrik.

Menurut Helmi, pengasingan sisa pepejal bukan amalan baharu tetapi sudah dilaksanakan sejak 1 September 2015 dan tertakluk di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Untuk menjayakan pematuhan itu, SPANCO telah menyediakan tong kitar semula dengan ruang pengasingan mengikut kriteria serta memberi pendedahan kepada pengguna dan rakan kerja mengenai sampah yang boleh dikitar semula sekaligus memudahkan tugas kontraktor pembersihan kerana sisa telah diasingkan.

Bagi inisiatif mengurangkan penggunaan tisu dan meningkatkan penggunaan mesin pengering tangan, SPANCO menyokongnya dengan menggunakan mesin yang jimat elektrik dan mempunyai kecekapan yang tinggi yang diperakui oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Bagi menyokong saranan penjimatan elektrik dan menggalakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, Helmi berkata, SPANCO telah pun melaksanakan penukaran lampu kalimantang biasa kepada jenis LED (light emitting diode atau diod pemancar cahaya) yang dikawal alat pemasa (timer) bagi mengelakkan pembaziran tenaga elektrik.

“Lampu pendaflour telah ditukar kepada lampu LED secara berperingkat bagi mengawal penggunaan tenaga elektrik.

menghantar laporan bulanan kepada JAS dalam bentuk sistem yang dikawal selia pihak JAS sendiri iaitu Electronic Scheduled Waste Information System (eSWIS),” katanya.

Sistem Maklumat Buangan Terjadual eSWIS adalah portal Internet yang membolehkan individu atau syarikat seperti SPANCO memfailkan secara dalam talian segala urusan berkaitan penghantaran dan pemindahan sisa berjadual.

inisiatif Kertas sifarSelain itu, SPANCO turut

melaksanakan inisiatif kertas sifar, iaitu pendigitalan dalam operasi harian pengurusan fleet.

Menurut Izharul Hafiz Zolkifli, Pengurus Kanan Operasi Rangkaian Pusat Servis, inisiatif kertas sifar dizahirkan terutamanya

7 PriHatiN / p e r S p e k t i f

komited pulihara alam sekitar sejak beroperasi

PUSAT Servis Wilayah (PSW) Segambut mengamalkan kaedah pelupusan sisa minyak buangan secara sistematik bagi menjaga kebersihan alam sekitar, demikian yang dilaporkan pada November 2000.Jurutera QC dan Teknikal pada masa itu, Azwin Ahmed memberitahu, menerusi sistem tersebut, sisa buangan seperti minyak enjin yang sudah digunakan akan dimasukkan ke dalam tangki khas.

Begitu juga dengan penapis minyak yang sudah dipakai di mana lebihan sisa minyak yang terkandung di dalam penapis itu akan dikeluarkan terlebih dahulu dan disaring serta dimasukkan ke dalam bekas khas.Sisa buangan kemudian dipam ke dalam tangki pengumpulan utama yang akan mengeluarkan isyarat jika penuh.“Pihak kontraktor berlesen akan memungut sisa berkenaan dalam tempoh sebulan sekali untuk dilupuskan,” kata beliau.Selain itu, alat pam pneumatik dan pengumpul sisa minyak automatik digunakan bagi mengalirkan minyak enjin yang sudah lupus ke dalam tangki pengumpul sisa.Menerusi kaedah yang sistematik itu, risiko dan kejadian pencemaran seperti tumpahan dan pembuangan sisa yang tidak teratur, dapat dielakkan di pusat servis.“Langkah untuk menjadikan operasi kami lebih mesra alam ini adalah seiring dengan aspirasi Kerajaan iaitu kerja sihat dalam persekitaran yang sihat,” kata Azwin.

Semua suis lampu dan plag turut ditanda dengan tag peringatan penjimatan elektrik. e-Voucher mengenai penjimatan lampu dan kecekapan tenaga elektrik turut dimaklumkan menerusi emel sebagai peringatan kepada pekerja,” katanya.

“Sebanyak 19,000kW tenaga mampu dijimatkan dalam sebulan melalui pelaksanaan ini,” jelas Helmi lagi.

gUna tenaga diperBaHarUiSelain itu, SPANCO telah

mengambil langkah awal dalam penggunaan panel solar bagi mengurangkan kebergantungan tenaga elektrik yang dibekalkan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“SPANCO juga dalam cadangan untuk mengitar semula air hujan berikutan keluasan bumbung premis kedua-dua lokasi. Ini turut dapat menjimatkan kos perbelanjaan terhadap penggunaan air,” katanya.

Sementara itu, Izharul Hafiz berkata, bagi pembelian alat ganti, SPANCO terikat dengan Proton sebagai ‘Principal’ sekaligus pihak Proton hanya membekalkan alat ganti mengikut spesifikasi yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan.

Daripada segi bahan seperti bahan kimia serta alatan mencuci, SPANCO perlu mendaftar bahan tersebut dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di mana pemeriksaan akan dilakukan oleh pihak jabatan secara mengejut. Antara jenis data yang perlu dihantar berkaitan hal ini adalah Daftar Bahan Kimia (Chemical Register) dan Risalah Keselamatan Data Bahan Kimia (Safety Data Sheet).

“Oleh demikian, pembekal hanya membekalkan bahan-bahan yang selamat digunakan oleh pihak SPANCO dan JKKP,” katanya.

Melalui inisiatif-inisiatif yang direncanakan, SPANCO berhasrat untuk membudayakan komitmen menjaga alam sekitar dalam operasi organisasi selaras inisiatif Kerajaan dan masyarakat antarabangsa menangani pencemaran dan pemanasan global.

izharul hafiz zolkifl i ,

pengurus kanan operasi

rangkaian pusat Servis

8 PriHatiN / h a b S pa n c o

Seiring perkembangan teknologi, SPANCO pada Januari 2017 melancarkan Aplikasi Mobil SPANCO dari Google Play untuk peranti Android dan App Store untuk iOS. Menerusi aplikasi itu, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan lebih pantas serta menikmati pelbagai faedah seperti mendapatkan bantuan kerosakan, mengetahui status terkini bantuan yang diminta, memohon temu janji servis serta mengemaskinikan profil mereka.

Menerusi aplikasi tersebut juga, pelanggan boleh membuat temu janji servis di Pusat Servis Diiktiraf SPANCO (PSD) yang terpilih di seluruh negara.

Terbaharu, SPANCO telah menaiktaraf Aplikasi Mobil SPANCO dengan menyediakan empat ciri terkini iaitu pautan Pengumuman,

Apli

KAsi

m

obil

spAn

CofU

nGSi

Dita

mba

h, D

inai

ktar

af

IRWAN ISKANDAR HAJI ISMAILPengurus Besar

Khidmat Selepas Jualan SPANCO

Daftar Masuk, Maklum Balas serta Pertanyaan Umum.

peNGumumaNPelanggan boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai SPANCO atau kenderaan mereka hanya dengan klik butang ini.

proFilPelanggan boleh mengemaskini nama, alamat emel, nombor telefon, model dan nombor pendaftaran kenderaan.

lapor kesMaklumkan kes kerosakan atau kemalangan, nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit dan muat naik gambar kejadian serta lokasi.

semak kesPelanggan boleh menyemak senarai dan butiran kes kerosakan, kemalangan, kecurian serta daftar masuk, seterusnya memberi penilaian terhadap perkhidmatan yang diterima.

temujaNji serVisTempah temu janji servis di mana-mana pusat servis terpilih (seperti yang tersenarai dalam Aplikasi Mobil SPANCO) yang berdekatan dan tentukan jenis perkhidmatan yang diperlukan serta tarikh dan masa yang sesuai.

daFtar masuk (serVice check-iN)Ciri terbaharu ini diperkenalkan di mana pelanggan dikehendaki untuk daftar masuk kenderaan apabila tiba di mana-mana PSD. Ia bertujuan untuk membolehkan pihak SPANCO mengetahui lokasi

9 PriHatiN / h a b S pa n c o

servis atau pembaikan kenderaan pelanggan dan seterusnya membuat susulan terhadap kerja yang dilakukan oleh PSD. Pada masa yang sama SPANCO juga bakal memperkenalkan sistem imbas kod QR sebagai salah satu pilihan untuk daftar masuk bagi tujuan yang sama.

maklum balasPelanggan kini boleh memberi maklum balas atau aduan dengan menekan butang ini. Selain cuba untuk membantu menyelesaikan masalah anda, SPANCO juga dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada semua pelanggan.

pertaNYaaN umum Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkhidmatan SPANCO, sila ajukan di sini. Kami sentiasa sedia membantu anda.

Menerangkan mengenai penambahbaikan tersebut, Pengurus Besar Khidmat Selepas Jualan SPANCO, Irwan Iskandar

Haji Ismail berkata, tujuan menyedia dan mempertingkatkan fungsi aplikasi ini adalah untuk memudahkan lagi pelanggan menghubungi SPANCO seiring kemajuan teknologi dalam era digital dan supercomputer.

“Melalui ciri terbaharu Aplikasi Mobil SPANCO yang dipertingkatkan, akan mempermudah dan mempercepatkan lagi urusan pendaftaran di PSD selain menghindarkan kelewatan kerja-kerja servis mahupun pembaikan yang perlu dilaksanakan,” katanya yang memikul tanggungjawab memastikan kelancaran perkhidmatan servis dan pembaikan kereta-kereta fleet SPANCO.

“Untuk Bantuan Kerosakan pula, pelanggan SPANCO boleh memuat naik gambar kerosakan dalam masa sebenar bagi bantuan atau sokongan yang diperlukan di lokasi,” ujarnya yang berkelulusan Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dan berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang automotif.

Selain itu, pelanggan boleh mengetahui status terkini permohonan bantuan kerosakan dan pembaikan kemalangan.

“Anggaran masa trak tunda tiba di lokasi akan dimaklumkan terus ke telefon bimbit anda,” sambung beliau yang

pernah berkhidmat di beberapa syarikat automotif

terkemuka tanah air termasuk sebagai Ketua Bahagian Servis

di Proton Edar, EON dan Perodua.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk menyalurkan maklum

balas berkenaan dengan mutu servis yang diberikan

oleh SPANCO dan PSD.“Ini penting bagi

membolehkan SPANCO menambahbaik mutu

perkhidmatan kepada pelanggan. Gambar kejadian

pun boleh diambil dan dimuat naik bagi tujuan laporan,”

jelasnya lagi.

Portal Fleet online bakal berwajah

baharu bermula 1 november 2019.

Untuk mengaksesnya, pelanggan

boleh mendapatkan iD Pengguna

dan Kata laluan masing-masing

daripada Eksekutif akaun SPanCo

yang bertanggungjawab ke atas

Kementerian mereka.

SPanCo melancarkan portal

itu pada 2005 menerusi

perkhidmatan berasaskan web

bagi membolehkan pelanggan

mengakses data berkaitan setiap

kereta atau kumpulan kereta

yang dipajak secara dalam talian.

antaranya, status pembaikan,

tarikh jadual servis, jumlah saman

tertunggak, status pesanan serta

tahap ketersediaan dalam masa

nyata.

Fleet online penting kepada

pelanggan SPanCo kerana mereka

boleh memantau kereta fleet

masing-masing dan boleh memuat

turun semua maklumat yang

diperlukan.

Fleet Online Berwajah Baharu1 November 2019

1 0 PriHatiN / J e J a k i n S p i r a S i

mengimbAu sejArAh Csr spAnCoMelunaskan tanggungjawab sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) merupakan antara objektif teras sPanCO sejak ditubuhkan. Berikut serba sedikit inisiatif yang dilaksanakan:

oGos 1997Menganjurkan seminar ‘Ke Arah Kecemerlangan Budaya Kerja’ dengan kerjasama Perbendaharaan Malaysia di Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan yang mendapat sambutan positif dari kalangan pemandu kenderaan kerajaan. Susulan kejayaan itu, banyak lagi siri seminar seumpamanya dianjurkan pada tahun-tahun berikutnya.

jaNuari 1999Melawat Rumah Kebajikan Anak-

Anak Yatim Al Khairiah, Kelang

di mana wakil SPANCO turut menyerahkan

sumbangan berupa wang

tunai dan makanan bagi

membantu meringankan perbelanjaan.

disember 2000Melawat Tasputra Perkim, Kuala Lumpur untuk beramah mesra dengan kanak-kanak istimewa yang menjalani pembelajaran di situ. Rombongan diketuai Pengerusi Mej. Jen. (B) Dato’ Osman Mohd Zain.

april 2001SPANCO bersama beberapa agensi swasta yang lain bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara untuk menganjurkan Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan dan Pertandingan Fotografi Perpaduan 2001.

oGos 2013Meraikan anak-anak yatim yang menghuni Rumah Siraman Kasih pada Majlis Aidilfitri di Pusat Servis Wilayah Batu Caves. Menjemput anak-anak yatim untuk diraikan sempena sambutan Hari Raya sudah menjadi amalan sejak sekian lama.

oktober 2014Menyumbangkan kereta Proton Waja kepada pertubuhan The Divine Life Society untuk kegiatan aktiviti mereka.

disember 2014SPANCO menyerahkan sumbangan makanan dan keperluan harian

kepada mangsa banjir menerusi Misi

Bantuan Mangsa Banjir bertempat di Pangkalan

Udara Subang, Selangor.

1 1 PriHatiN / J e J a k i n S p i r a S i

jaNuari 1998Edisi sulung majalah PRIHATIN – Berita SPANCO diterbitkan sebagai saluran perkongsian maklumat dan manfaat dengan ‘stakeholder’ dalam usaha mempertingkatkan jalinan perhubungan. Komitmen penerbitan itu masih diteruskan hingga kini.

april 1998Kelab Sukan SPANCO mengadakan

kunjungan ke Rumah Sejahtera Jenjarom untuk meluangkan masa mendampingi dan beramah mesra dengan penghuni

warga emas di situ.

september 2001Dalam sama-sama memeriahkan SUKAN SEA ke-21 di Kuala Lumpur, larian obor diadakan

bagi kawasan Segambut pada 4 dan 5 September yang turut disertai oleh pasukan

SPANCO.

oGos 2003Membantu menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengedarkan 1,500 naskhah majalah PRIHATIN EDISI KHAS MERDEKA kepada sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

disember 2004Menghulurkan bantuan

berjumlah RM100,000 untuk diisi dalam dana Program

Bantuan Ehsan Mangsa Tsunami Luar Negara.

Februari 2015Dalam usaha menyokong Persidangan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Kota Bharu, Kelantan, Perbendaharaan Malaysia dengan kerjasama SPANCO mengambil inisiatif menyediakan kenderaan untuk keperluan delegasi. Selain menzahirkan sokongan kepada Kerajaan sebagai tuan rumah, penyertaan itu turut berjaya memperkenalkan kereta Proton kepada delegasi.

oGos 1998SPANCO menyumbang RM500,000 bagi

mengisi Tabung Danaharta susulan kegawatan ekonomi, selain dua unit bas

kepada Dana Khas Negara.

Februari 2016Menyerahkan sumbangan kereta kepada Kelab Anak Wawasan Pekan, Pahang (KAWAN).

1 2 PriHatiN / J e J a k i n S p i r a S i

julai 2017Melaksanakan Program SPANCO Peneraju Skil Iltizam Automotif dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB). Sejumlah RM400,000 disalurkan bagi membiayai keperluan latihan melibatkan 75 peserta di Akademi Latihan Pendidikan Vokasional (VETA).

oGos 2017Peserta SPANCO menyertai Larian Obor Sukan SEA ke-29 Daerah Gombak.

Februari 2018Menyertai program CSR anjuran Kementerian Kewangan dengan melaksanakan kegiatan antaranya, mengecat dan membaik pulih Sekolah Kebangsaan Temai, Pekan, Pahang serta menyerahkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

mac 2018Menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada kakitangan Kerajaan sempena Hari Bersama Pelanggan SPANCO 2018.

juN 2018Menyerahkan sumbangan RM1 Juta

kepada Tabung Harapan Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif,

Dato’ Hamzah Mohd Salleh, kepada pegawai Kementerian Kewangan Malaysia.

oGos 2016Menganjurkan Kursus Pemanduan Defensif SPANCO 2016 di MAEPS, Serdang, Selangor. Program dikhususkan untuk pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung dalam pengendalian kenderaan rasmi jawatan (KRJ) dan kenderaan jabatan (KJ).

1 3 PriHatiN / J e J a k i n S p i r a S i

oktober 2017Menganjurkan pertandingan Bola Keranjang 3×3 SPANCO bersempena Hari Sukan Negara 2017 di Kompleks Sukan Negara.

disember 2018Sebanyak 40 kerusi roda diserahkan kepada

pesakit di Hospital Selayang dan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban sebagai sumbangan ikhlas bagi mengurangkan beban pesakit serta

keluarga mereka.

mac 2019Portal PRIHATIN merupakan satu lagi inovasi

SPANCO bagi meningkatkan jangkauan sebaran maklumat kepada lebih ramai

pembaca yang kini lebih menjurus kepada media digital untuk mendapatkan pelbagai

maklumat mahupun berita.

oktober 2016Kejohanan Futsal SPANCO 2016 dianjurkan

sempena Hari Sukan Negara.

juN 2017Menyumbang

RM500,000 kepada Kementerian

Kesihatan Malaysia melalui Projek

Pengagihan Mesin Hemodialisis Di

Hospital-Hospital Kerajaan Terpilih.

Menerusi sumbangan itu, 15 unit mesin

hemodialisis telah dibeli dan diagihkan.

oGos 2017Melancarkan Tabung Pembinaan

Bangunan Rumah Penyayang Ulin Nuha di Jalan Kebun, Klang sekali gus

menjadikan rumah anak yatim tersebut sebagai anak angkat.

oktober 2018SPANCO menaja Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di antara Dugong All Stars

dan Pilihan YB Syed Saddiq sempena Hari Sukan Negara 2018. Sebuah motosikal turut

disumbangkan untuk acara cabutan bertuah.

sumbaNGaN diteruskaN

Amal bakti SPANCO bersama masyarakat tidak pernah berhenti. Pelbagai kegiatan dianjurkan dan sumbangan

diserahkan kepada komuniti yang perlu dibantu sepanjang tahun. Antaranya ialah mengagihkan bubur lambuk pada bulan Ramadan dan sumbangan untuk Tabung Angkatan

Tentera Malaysia sempena Aidilfitri.Turut dianjurkan setiap tahun ialah Kempen Derma Darah dan Hari Bersama Pelanggan SPANCO yang menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada penjawat awam

sempena musim perayaan.

1 4 PriHatiN / D i a r i

program taKlimat dan penyeraHan Kenderaan Kepada jaBatan pengUatKUasa Kementerian perdagangan dalam

negeri dan Hal eHwal penggUna

sesi perjUmpaan

antara marKas tentera darat

Cawangan logistiK dan spanCo

PuSAt SeRvIS WILAyAH BAtu CAveS

11 SePteMBeR 2019

ZoN utARA, PRotoN eDAR IPoH, PeRAK - 29 JuLAI 2019

ZoN SeLAtAN, PuSAt SeRvIS PRotoN eDAR PLeNtoNg, JoHoR - 26 ogoS 2019

ZoN teNgAH, PuSAt SeRvIS

WILAyAH BANgI - 1 ogoS 2019

1 5 PriHatiN / D i a r i

mesyUarat perHUBUngan dan system Hands-on antara perBendaHaraan malaysia dengan pegawai-pegawai Kementerian/jaBatan taHUn 2019 siri 1

INStItut PeNguRuSAN PeLADANg LANgKAWI27-29 SePteMBeR 2019

PuSAt SeRvIS WILAyAH BAtu CAveS9 oKtoBeR 2019

program perKHidmatan aUdit Kenderaan spanCo

PRotoN eDAR RoHAMAS, teMeRLoH, PAHANg - 19 SePteMBeR 2019

lawatan aUdit iso 9001:2015

1 6 PriHatiN / W a r i S a n

tenunan songket adalah hasil seni warisan Melayu yang amat tinggi nilainya. Dalam usaha mengangkat, menyuburkan dan memartabatkan warisan songket Melayu ke persada lebih tinggi, sPanCO menjalinkan kerjasama dengan pakar reka alam Melayu, Prof. Dr. Che husna azhari, menerusi paparan koleksi 12 jenis songket sepanjang 2019 dalam Prihatin iaitu dua songket pilihan bagi setiap keluaran. Menerusi edisi kelima ini, Prihatin mengetengahkan songket Brunei dan songket Pattani.

songKetBrunei & Pattani

songKet BrUneiKesultanan Brunei

memperkenalkan penenunan songket pada negeri Sambas, Kotaringin, Pontianak, Coti, Pasir, Tuli-Tuli, Banjarmasin, Burau dan Sarawak.

Secara tradisinya, kemahiran menenun ini dimonopoli golongan wanita keturunan bangsawan atau dikenali sebagai ‘Awang Awang’ yang tinggal di Kampung Sungai Kedayan.

Corak kain songket Brunei terbahagi enam iaitu Jong Labuh,

Jong Sarat, Sukma Indera, Si Pugut, Si Lubang Bangsi dan Kain Liputan Madu.

Songket terkenal Brunei ialah corak Jong Sarat iaitu tenun penuh. Warna-warna songket Brunei tidak terlalu gemerlap, kecuali untuk songket Si Pugut dan Sukma Indera.

Badan kain dihias motif bunga karang dalam turus, dipanggil ‘bunga berderai indah berseri’. Motif ini turunan songket lama, sudah dicam dalam songket Simanggaraja dari awal abad ke-

Songket Brunei

1 7 PriHatiN / W a r i S a n

sambungan dari Bahagian I dari edisi lalu

Motif-motif pada kain songket tidak semua dipaten di semua tempat. Justeru, setiap daerah tenunan memanggil nama motif sama dengan nama lain. Ramai juga perajin-perajin di lapangan tidak arif mengenai motif-motif yang digunakan kecuali mereka sendiri adalah aktivis yang memperjuangkan kelestarian seni tenun ini.

Perajin-perajin di desa bergantung kepada peraih-peraih untuk menjual kain-kain. Justeru, tidak ada insentif untuk inovasi dan sebagainya. Untuk kes rumah-rumah songket yang besar dan masyhur di Kelantan, Terengganu, Palembang dan sebagainya, mereka dapat menjalankan inovasi kerana adanya penyelidik yang sentiasa menjalankan kajian.

Secara keseluruhan, motif-motif yang digunakan merujuk kepada pengelasan yang diringkaskan seperti berikut:Buah — Manggis/Mengseta, Kecupu, Peria, Cermai dan Padi.Bunga — Cengkih, Melur, Lawang, Tanjung, Pecah Empat, Kenanga, Kangkung, Pecah Lapan, Cempaka Kuning, Kesidang, Bunga Raya, Bunga Cina, Bunga Bebaling, Delima, Bunga Cabit, Kesemak, Mawar, Semangat, Bogan, Bunga Pucuk dan Sarung Celak.flora — Pucuk Rebung, Daun Pucuk, Pokok Ru, Cendawan, Puding dan Inai.alam Bumi — Teluk Berantai, Air Mulih/Awan Larat, Gunung, Ombak, Bulan/Bintang, Matahari dan Sinar Matahari.fauna — Sirip Yu, Gigi Yu, Unduk-unduk, Dada Lipan dan Siku Keluang.motif Khas/geometri — Pagar Acheh, Pagar Istana, Mahkota, Keris, Tepung Talam, Potong Wajik, Potong Ladu, Potong Putu, Bunga Madu Manis, Potong Seri Kaya, Kendik Tali, Kendik Sirip dan Sirip.

Motif

(Bah

agian

ii)

20 lagi. Motif pengapit badan ialah rantai kuntum menegak dalam turus. Setelah disemak dengan motif tradisional Brunei, motif ini dipanggil ‘bertabur dan Arab Gagati bunga anggerik’.

songKet pattaniKain sampin/selendang lelaki

Pattani mewakili generasi sampin abad ke-21. Motif dan warnanya adalah lebih dari satu, sehingga empat atau lima. Bagaimanapun, ia masih mengekalkan motif-motif tradisional.

Kain sampin pelbagai warna ini lebih mahal berbanding dengan kelasnya yang ekawarna benang songketnya. Sampin ini menampilkan benang lima warna iaitu emas, perak, abu, merah menyala dan ungu cerah.

Kain asas menggunakan benang sutera dari China.

Kepala kain terdiri daripada motif pucuk rebung berjuang. Kelima-lima warna diguna untuk menghasilkan pucuk rebung dengan warna natar merah kesumba. Gabungan warna menyerlah motif menjadi reka keseluruhan meriah dan bangkit. Reka untuk badan kain terdiri dari motif dalam motif. Motif luar bunga ialah bunga pusar yang terdiri dari bunga raya. Dalam pusar pula tampak bunga tampuk kesemak. Di hujung kain ialah motif tepung talam skala kecil.

Songket Pattani

1 8 PriHatiN / m e k a n i k a

Menjaga TransMisi auToMaTik

10 cara

periKsa Bendalir transmisi aUtomatiK (atf) seCara BerjadUal. Bagi kebanyakan kereta, memeriksa bendalir transmisi semudah memeriksa minyak hitam – selepas matikan enjin, tarik dipstick, kesat dan celup kembali. Tunggu sebentar dan keluarkan semula dipstick untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Warna pada dipstick mesti merah cerah, jernih dan berbau harum. Jika minyak kelihatan keruh dan berwarna hitam, atau berbau busuk, bawa kereta anda kepada pakar pembaikan transmisi untuk pemeriksaan.

gUnaKan Bendalir transmisi yang disyorKan. Sentiasa rujuk manual kereta yang dibekalkan bagi mengenal pasti jenis bendalir transmisi yang betul. Sekiranya anda masih tidak yakin, sila dapatkan nasihat profesional.

pastiKan sistem penyejUK enjin jUga diperiKsa. Sistem penyejuk membantu menghindarkan enjin daripada terlampau panas. Bagaimanapun ia turut memastikan bendalir

menCegaH leBiH BaiK daripada merawat lazimnya rawatan menelan kos yang tinggi tetapi belum tentu ada jaminan masalah akan pulih 100 peratus. Begitu juga, elakkan kerosakan transmisi yang merumitkan jadual tugas anda dengan mengikuti 10 tip Prihatin berikut untuk memastikan kereta transmisi automatik sentiasa dalam keadaan sempurna.Kadangkala, mustahil kita boleh mencegah sepenuhnya daripada berlakunya sebarang kerosakan. namun ada perkara yang kita boleh amalkan untuk memanjangkan hayat transmisi automatik dan menghindari kegagalan transmisi.

1 9 PriHatiN / m e k a n i k a

transmisi kereta biarlah dilakukan oleh pakar. Rujuk manual kereta, tetapi secara umumnya, transmisi kenderaan perlu dibersihkan sekali setahun. Berapa lama bendalir transmisi anda boleh bertahan bergantung kepada suhu operasi kenderaan dan kekerapan anda memandu.

jangan tUKar gear KetiKa Kereta BergeraK. Pastikan kereta berhenti sepenuhnya sebelum menukar gear dari ‘drive’ kepada ‘reverse’ dan sebaliknya. Gagal untuk mematuhinya, akan meletakkan bebanan pada transmisi dan seterusnya menyebabkan masalah yang lebih serius.

panasKan dUlU enjin seBelUm Kereta dipandU terUtama dalam CUaCa sejUK. Ramai di antara kita yang masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin dan terus memandu – elakkan tabiat ini.

elaK memandU menggUnaKan tayar gantian UntUK satU tempoH yang lama. Saiz

tUKar penapis transmisi. Ia bagi memastikan bendalir transmisi automatik sentiasa disaring dan bersih. Penapis ini bergantung kepada pembuatan dan model sesebuah kereta. Kebanyakan model baharu tidak mempunyai penapis bendalir transmisi tetapi bagi kebanyakan kereta Proton, penapis perlu ditukar setiap kali bendalir diganti.

elaKKan Kereta anda menUnda Kenderaan lain. Menggunakan kereta untuk menunda muatan yang berat

khususnya ketika cuaca panas, boleh menyebabkan bendalir transmisi teroksidasi atau hangus, yang boleh mendatangkan banyak kerosakan kepada transmisi.

laKUKan pemeriKsaan transmisi setiap taHUn. Dapatkan khidmat pakar pembaikan transmisi bertauliah untuk melakukan pemeriksaan diagnostik bagi kebocoran atau lain-lain ketidaklaziman transmisi sekurang-kurangnya sekali setahun. Di samping itu, sebagai pengguna, periksa juga paras bendalir transmisi, warna dan bau transmisi sebagai langkah pencegahan yang bijak.

Ternyata disiplin diperlukan di sini iaitu jangan lupa mematuhi servis berjadual seperti yang disarankan oleh pihak pengeluar. Ia dapat mengelakkan kenderaan dari mengalami kerosakan di masa akan datang.

transmisi yang dipam ke dalam kotak gear juga sejuk. Justeru, pastikan sistem penyejuk dalam kondisi yang optimal.

pastiKan transmisi diBersiHKan (flush) seCara BerjadUal. Menukar bendalir

tayar yang berbeza atau memandu menggunakan tayar gantian yang kecil bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada bahagian seperti penjajaran roda malah menyebabkan bebanan berlebihan pada transmisi untuk jangka panjang.

sPanCO mengesyorkan anda membuat temu janji untuk sebarang keperluan servis berjadual atau

penyenggaraan. Pelanggan boleh menempah temu janji servis melalui aplikasi Mobil sPanCO atau

laman web sPanCO di https://www.spanco.com.my/service-centers/service-appointment-booking/

2 0 PriHatiN / a U t o & D i G i t a l

Proton Saga begitu sinonim dengan jenama PROTON, mengimbau kembali sejarah 34 tahun dan tiga perubahan sepenuhnya dilakukan pada model tersebut. Kini, dengan pelancaran Saga 2019 menerusi model Standard MT dan Premium AT baru-baru ini, meletakkan ia selari dengan model-model Proton yang lain.

Versi terbaharu model ikonik dan terlaris PROTON itu dilengkapi gaya baharu, kotak gear automatik empat kelajuan dan ciri pintar pertama di dalam kelasnya sekaligus membezakan ia daripada pesaing selain meningkatkan nilai.

PROTON turut mengenal pasti proposisi penjualan unik (Unique Selling Propositions - USP) model ini yang apabila digabungkan, menghasilkan slogan Pilihan Yang Pintar (An Intelligent Proposition). Tiga USP tersebut ialah Gaya Mengujakan, Penjimatan Bijak dan Kestabilan Mantap.

KeKalKan identitiSaga 2019 diberikan rekaan

terkini yang masih mengekalkan identitinya. Bahagian luar dipasang bampar hadapan baharu dan lebih agresif yang bersepadu dengan lampu nyalaan siang. Pada bahagian gril turut mempunyai corak infinite weave.

Bampar belakang yang sama menonjol sepadan dengan bahagian hadapan dan rekaan di belakang dilengkapi spoiler belakang bersepadu baharu dan nama PROTON terletak pada penutup but. Set roda aloi bersaiz 15 inci dengan rekaan baharu, menyerikan lagi sentuhan akhir pada varian premium.

penGGayaan & preStaSi baharU

sAgA 2019

Saga 2019 diberikan rekaan terkini yang masih mengekalkan identitinya. Bahagian luar dipasang bampar hadapan baharu dan lebih agresif yang bersepadu dengan lampu nyalaan siang. Pada bahagian gril turut mempunyai corak infinite weave.

2 1 PriHatiN / a U t o & D i G i t a l

Perubahan paling ketara di bahagian dalaman adalah monitor skrin sesentuh 7-inci terapung (floating touchscreen) pada model premium. Digunakan untuk mengawal sistem infotainmen, kemudahan ini mempunyai sambungan Bluetooth, kapasiti penyimpanan dalaman 16GB dan sambungan telefon pintar untuk Android.

Perubahan lain ialah upholsteri tempat duduk, panel tengah dan paparan kombinasi meter dengan Bantuan Pemanduan Eco yang setiap satunya baharu yang turut dilengkapi sehingga 3 tempat cucuk USB.

Kemudahan lain dalam Saga 2019 ini termasuk kunci pembuka but, pelindung matahari dengan pemegang kad dan cermin muka, lampu peta LED dan pemegang genggaman baharu untuk disepadankan dengan bahan kemasan dalaman kereta.

transmisi BaHarUSecara mekanikal, perubahan

paling besar adalah transmisi automatik empat kelajuan baharu menggantikan CVT yang digunakan sebelum ini. Barisan jurutera PROTON telah membuat peningkatan pada prestasi brek, tahap kebisingan, getaran dan kekasaran NVH (Noise, vibration, and harshness) serta keseimbangan pemanduan dan

pengendalian di samping menambah tahap keselamatan berkelas dunia.

Penggunaan kotak gear automatik empat kelajuan baharu memberikan pemandu kebebasan bagi kawalan yang lebih baik ketika memandu dengan penuh tenaga. Ciri-ciri keselamatan pada model ini terdiri daripada Brek Anti Kekunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) untuk ketiga-tiga varian yang turut dilengkapi beg udara depan, sensor tempat letak kereta belakang dan titik penahan ISOFIX dengan top tethers.

esC dan tCsTambahan pada varian Premium

adalah Bantuan Kawalan Cerun, sensor tempat letak kereta hadapan, kamera undur dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS). Dengan pertambahan ciri-ciri keselamatan ini, Saga 2019 menjadi satu-satunya kereta pada kelasnya yang dilengkapi ESC dan TCS.

Proton Saga 2019 bakal menyertai fleet SPANCO sebagai salah satu kereta jabatan (KJ) yang akan digunakan oleh kakitangan-kakitangan kerajaan untuk melaksanakan tugasan jabatan mereka.

Perubahan paling ketara di bahagian dalaman adalah monitor skrin sesentuh 7-inci terapung (floating touchscreen) pada model premium.

2 2 PriHatiN / r a W a t & r e h a t

makanan rinGantujuhsihatMakanan ringan sama ada snack foods ataupun junk foods adalah makanan mudah disediakan atau dimakan yang termasuk dalam kategori makanan segera. walaupun makanan ringan sering dikaitkan dengan makanan yang tidak berkhasiat malah memudaratkan, namun masih banyak makanan ringan yang menyihatkan.

Menikmati segenggam kacang tanah rebus, badam atau pelbagai jenis kacang lain dalam sehari tidak akan menggemukkan. Kacang tanah mengandungi zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, fosforus

dan protein yang tinggi. Selain menjadi alas perut, makan segenggam kacang tanah setiap hari terutama bagi pesakit kencing manis dapat

membantu menampung kekurangan zat dalam badan.

Ayam goreng mengandungi protein serta lemak yang tinggi iaitu

16% dan 15% selain vitamin A, B1, B2, niasin, kalsium dan zat besi.

Sekiranya minyak yang digunakan untuk menggoreng adalah

berkualiti maka ayam goreng boleh menjadi sumber makanan yang

baik.

Telur sering dikaitkan dengan gemuk dan kolesterol yang tinggi.

Bagaimanapun, hidangan yang berasaskan telur adalah hidangan yang sihat kerana manfaat telur lebih banyak

berbanding kandungan kolesterolnya iaitu kaya vitamin dan mineral selain

sumber protein yang tinggi dan boleh membuat kita berasa kenyang lebih lama.

Bertih jagung memang pilihan snek lewat malam yang sesuai, asalkan tidak disalut mentega atau karamel. Namun ini tidak

bermakna bertih jagung anda tidak ada sebarang rasa, sebaliknya anda boleh tabur sedikit serbuk kulit kayu manis, paprika, ataupun

rempah yang menambah selera.

kacang

ayam Goreng

telur

bertih Jagung

pisAngBuah ini terkenal dengan pelbagai

khasiat termasuk mengandungi asid

tryptophan yang membantu anda tidur lena. Selain rasanya yang sedap,

pisang juga amat mudah didapati.

Yogurt rendAh lemAK

Snek ini amat popular di kalangan

mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Dengan kandungan

kalori serendah 100 hingga 150, kajian mendapati yogurt dapat membantu melegakan perut anda

daripada masalah makanan tidak hadam.

sebiji epAl dAn mentegA KACAng

Pernahkah anda mencuba kombinasi

unik ini? Sebiji epal yang kaya serat akan membuatkan perut anda berasa

kenyang, selain kacang dan mentega yang kaya protein akan membantu anda tidur lebih lena.

bijirin (CereAl)Semangkuk bijirin yang kaya khasiat gandum ini pasti

akan membuatkan anda rasa kenyang dan

tidur lena. Bukan sahaja mudah dihadam, snek ini juga mengandungi jumlah kalori yang amat rendah.

2 3 PriHatiN / r a W a t & r e h a t

Cendawan adalah makanan rendah kalori dan berserat yang boleh membuat kita berasa kenyang lebih lama. Ia bukan sahaja mampu merendahkan paras kolesterol dan tekanan darah, malah meningkatkan sistem ketahanan badan. Makan semangkuk sup cendawan lebih elok berbanding mengunyah sepotong piza atau sepinggan mee segera.

cendawan

Avokado kaya lemak tidak tepu dan boleh mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Mengambil avokado setiap hari selama sebulan boleh membantu menurunkan berat badan dan kolesterol ke tahap rendah. Selain dijadikan jus atau salad, avokado juga enak dijadikan inti sandwich atau dimakan bersama sushi.

avokado

Bagi yang sedang diet, pengambilan nasi sebagai makanan ruji boleh diganti dengan roti gandum yang mempunyai kelebihan tersendiri. Roti gandum daripada bijirin penuh (whole grain) adalah hidangan ringan yang kaya vitamin B kompleks, serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti-oksida yang memberikan rasa kenyang lebih lama.

roti Gandum

4 sneK untuK dimAKAn sebelum tidur

Kita kerap berasa lapar pada waktu tengah malam tetapi tidak tahu apakah yang hendak

dimakan. Pastinya, makan nasi, pasta, mee, roti dan sebagainya adalah sangat tidak digalakkan sebelum

tidur kerana ianya sukar untuk dihadamkan. Namun kami cadangkan snek berikut:

2 4 PriHatiN / k e m b a r a

Putrajaya sememangnya tidak asing lagi kerana statusnya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pada masa sama, Putrajaya juga merupakan antara pusat

pelancongan yang menarik untuk dilawati di negara ini. Sesuai dengan jolokan Bandar Pintar Dalam Taman, kira-kira 40 peratus kawasan atau seluas 4,500 hektar telah

dikhususkan untuk dijadikan taman dan kawasan hijau. Sebuah bandar futuristik dengan daya tarikan tersendiri, ia wajib dilawati oleh warga tempatan mahupun pelancong asing.

PutrajayaTempaT-TempaT menarik di

2 5 PriHatiN / k e m b a r a

taman putra perdanaTerletak di tengah-tengah bulatan

utama dan di puncak tertinggi Putrajaya di Presint 1 yang ditanda

dengan Plaza Mercu Tanda yang didirikan bagi merasmikan

pembangunan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan. Di sini juga terdapat Kapsul Masa yang

mengandungi beberapa dokumen penting mengenai sejarah dan

perkembangan Putrajaya.Persiaran Sultan Sallahuddin

Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

astaka moroccoNikmati keindahan seni bina

Maghribi apabila menjejakkan kaki ke Astaka Morocco. Saksikan

binaan replika istana Morocco yang dihasilkan dengan penuh ketelitian

yang mana dindingnya dihiasi dengan motif ukiran yang indah

termasuk khat ayat al-Quran.

Astaka Morocco, Taman Botani Putrajaya, Persiaran Sultan

Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya

taman Saujana hijau putrajaya

Taman ini pastinya memukau pengunjung kerana menjadi lokasi

pemuliharaan flora dan fauna yang menampilkan tiga konsep iaitu European Garden, Oriental

Garden dan English Garden. Ketiga-tiga konsep ini ditampilkan

di kawasan yang berkeluasan 40 hektar.

Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya

taman Wetland putrajayaTaman Wetland Putrajaya

menjanjikan keindahan flora dan fauna yang sukar untuk ditemui sekiranya berada di sesebuah kota raya kecuali di Putrajaya.

Keindahan taman ini menyaksikan gabungan unsur alam semula

jadi dengan struktur binaan manusia yang saling melengkapi dan memberi ketenangan serta

penghayatan sebagai sebuah destinasi pelancongan.

Taman Wetland Putrajaya, Presint 13, 62000 Putrajaya

my balloon adventureSatu lagi lokasi yang mesti

dikunjungi di Putrajaya iaitu My Balloon Adventure yang pastinya akan memberi pengalaman yang

hebat dan luar biasa. Melihat pemandangan Putrajaya daripada sudut pandangan dari atas pasti menawarkan perasaan berbeza

dan akan melakar kenangan indah kepada pengunjung.Putrajaya Presint 2,

di depan Skyride Festival Park

muzium alam Semula JadiMuzium Alam Semula Jadi

Putrajaya menawarkan pengalaman yang berbeza

kepada pengunjung apabila kesemua artifak alam semula

jadi yang berada ini sini merupakan kehidupan sebenar yang diawetkan untuk tatapan

pengunjung.Jalan P5/5, Presint 1,

62000 Putrajaya

taman botani putrajayaKeunikan Taman Botani Putrajaya

diakui dunia apabila diiktiraf sebagai satu daripada empat puluh taman yang tercantik

di Asia dengan menempatkan tiga belas taman tema dan mempunyai lebih 700 jenis

tumbuhan daripada pelbagai benua di dunia.

Taman Botani Putrajaya, Presint 1, 62000 Putrajaya

Taman Putra Perdana

Taman Wetland Putrajaya

My Balloon Adventure

Muzium Alam Semula Jadi

Astaka Morocco

Taman Saujana Hijau Putrajaya

2 6 PriHatiN / J o m m a k a n

putrajaya international convention centre (picc)

Apabila menyebut soal makan di PICC, ramai yang terlintas mengenai buffet makan tengah harinya. Dengan harga hanya RM25 (dewasa) dan RM 12.50 (kanak-kanak), pelanggan boleh menikmati variasi menu tempatan seperti nasi beriani, ayam golek, patin masak tempoyak, ikan keli masak merah serta bermacam-macam lagi lauk sekaligus menjadikan makan tengah hari anda cukup meriah dan menyelerakan. Jangan lupa memesan ABC atau puding roti sebagai pencuci mulut.

10 loKAsi jAmu selerAdi putrAjAYA

terdapat banyak tempat menjamu selera di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Dengan pelbagai set menu, konsep dan harga ditawarkan, medan selera dan restoran yang beroperasi itu menjadi tumpuan bukan sahaja ribuan penjawat awam, malah pelancong dan penduduk sekitarnya.

putrajaya Sentral

Gateway Putrajaya sama ada bas ekspres, Nadi Putrajaya atau Express Rail Link (ERL) tetapi jangan terlepas pandang Putrajaya Sentral sebagai satu lokasi menjamu selera utama di Putrajaya. Di aras 1, ada banyak kiosk menjual makanan ‘grab eat’. Tidak kisahlah sama ada anda sedang menunggu ERL atau bas, pastikan layan dulu perut yang lapar itu.

penanggah taman Warisan

Macam-macam ada di sini. Paling popular ialah nasi ayam berempah, bakso, roti john, coconut shake, pulut mangga, cendol serta sate Kajang. Semua menu wajib makan ini adalah daya penarik pelanggan singgah makan di Penanggah Taman Warisan. Lokasi ini turut dibuka pada sebelah petang dengan menawarkan jualan yang bersesuaian dengan waktu untuk menghirup teh atau kopi sambil menikmati panorama sekitarnya.

Shell out – ayer8

Konsep makan longgok yang dinamakan Shell Out yang menghidangkan makanan laut,

sudah dikenali sejak beberapa tahun lalu. Tidak ketinggalan di Putrajaya juga ada premis yang menawarkan Shell Out dengan makanan laut

yang segar-segar dan pelbagai. Kunjungi premis di Unit C1-G-3a, Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8,

Putrajaya untuk menikmati Shell Out yang pasti memenuhi selera anda!

2 7 PriHatiN / J o m m a k a n

medan Selera taman Warisan pertanian

Lokasi medan selera ini sangat bersih dan selesa.

Suasana persekitaran yang agak tenang dan agak jauh,

amat sesuai untuk pelanggan yang gemar makan sambil

bersantai dan untuk mereka yang mahu menikmati

hidangan dalam suasana tenang. Pastikan anda

menikmati menu-menu ibu jari seperti Unan Roti John,

“Coconut Shake”, Nasi Ayam Hainan dan Sate Haji Samuri.

Umai café

Terlajak laris! Demikian hebatnya cekodok pisang,

cucur udang, lempeng kelapa dan lempeng pisang

di Umai Café yang wajib anda pesan dan nikmati di sini! Selain itu, ada banyak lagi menu menarik boleh anda pesan dan nikmati sambil dihembus bayu

Tasik Putrajaya. Lokasinya bersebelahan Menara

Monumen Alaf Baru. Umai Café menyajikan pelbagai

jenis masakan panas seperti masakan Melayu dan Thai,

selain mee rebus Umai, laksa utara, bihun sup utara ,nasi

lemak, masakan western dan pelbagai jenis bubur.

medan Selerapresint 9

Secara umumnya, medan selera menawarkan

pelbagai menu menyelerakan. Begitu juga dengan Medan Selera Persint 9 yang

menampilkan hidangan istimewa selera Johor iaitu Kacang Pool yang biasanya

hanya ada di Larkin, Johor dan lontong sambal

sotong. Lokasi medan selera ini adalah di Jalan P9e, Presint 9, Putrajaya.

pasar tani presint 2

Pasar Tani di tengah-tengah Putrajaya boleh

anda kunjungi di lokasinya yang berhadapan Masjid

Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi. Terdapat lebih 300 gerai menjual barangan

termasuk produk segar tani, minuman, makanan, buahan,

pakaian hinggalah barang kelengkapan rumah. Yang menariknya, anda boleh membeli dan menikmati

10 jenis cekodok - cekodok labu, cekodok kucai, cekodok buah naga, cekodok kentang,

cekodok keledek, cekodok bilik, cekodok durian,

cekodok pisang, cekodok jagung serta cekodok udang.

Mantap rasanya.

cruise tasik

Tasik yang ada di merata presint di Putrajaya bukan tasik asal. Ia adalah antara komponen landskap yang diwujudkan ketika pembangunan Putrajaya dan terdapat pelbagai aktiviti air di tasik-tasik utamanya. Antaranya ialah Cruise Tasik di mana anda dan keluarga berpeluang untuk menikmati sarapan lewat pagi, makan tengah hari, minum petang atau makan malam di atas bot persiaran. Pelayaran mengambil masa 1-2 jam dengan pilihan menu tempatan atau barat disajikan.

2 8 PriHatiN / J e n t e r a S e r v i S k a m i

pAnduAn servis berjAduAldAn pembAiKAn

servis berjadual adalah rutin yang amat penting

bagi mengekalkan prestasi kereta

berada pada tahap terbaik. Mengabaikan

penyenggaraan akan mengakibatkan kerosakan yang lebih

serius berlaku kepada kereta.

Justeru, ikuti panduan mudah berikut sebelum menghantar kereta ke pusat servis pilihan untuk menjalani servis berjadual seterusnya:

menempaH temU janji servis• Buat tempahan servis atau

pembaikan terlebih dahulu.• Pelanggan SPANCO boleh

memuat turun Aplikasi Mobil SPANCO dari Google Play dan App Store.

• Atau, telefon Pusat Panggilan di Talian Bebas Tol 24 jam 1-800-88-6999 untuk membuat temu janji servis.

• Tempahan juga boleh dibuat menerusi laman web SPANCO di https://www.spanco.com.my/service-centers/service-appointment-booking/ iaitu dengan

memilih menu ‘SERVICE CENTRES’ dan seterusnya sub-menu ‘SERVICE APPOINMENT’.

• Tempahan temu janji servis di Pusat Servis Diiktiraf (PSD) boleh dilakukan selewat-lewatnya tiga hari sebelum, bagi membolehkan PSD melakukan perancangan dan persediaan awal.

mengHantar Kereta• Untuk kemudahan

pelanggan, Sistem Perkhidmatan Kiosk di PSW Batu Caves dan PSW Bangi disediakan bermula 2015 bertujuan mempercepatkan proses pendaftaran di kaunter perkhidmatan dan mendapatkan maklum balas pelanggan mengenai servis dan pembaikan yang dilakukan.

• Sebelum menghantar ke

Bagaimanapun, sebelum menghantar kereta ke pusat servis, sila lakukan sedikit persediaan yang bakal memudahkan penjadualan tugas dan perancangan di pusat servis malah dapat melancarkan jadual harian anda.

Kini, menerusi Aplikasi Mobil SPANCO, anda boleh menempah temu janji servis dengan pantas dan mudah. Ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Kemudahan ini ternyata menjimatkan masa menunggu, bermula daripada proses kereta dihantar ke pusat servis sehingga kereta diserahkan semula kepada anda.

pendaftaranSistem Perkhidmatan

Kiosk memudahkan

urusan pendaftaran dan

maklum balas di Pusat

Servis Wilayah (PSW) Batu

Caves dan PSW Bangi.

Aplikasitempahan temu janji servis boleh

dibuat melalui apl ikasi Mobil SPanCo

yang dimuat turun ke dalam telefon

bimbit .

Kaunter servisPelanggan boleh memaklumkan

kepada Penasihat Servis mengenai apa

jua kerosakan atau kecacatan pada

kenderaan.

2 9 PriHatiN / J e n t e r a S e r v i S k a m i

pusat servis, teliti semula sejarah penyenggaraan kereta anda.

• Ketahui jenis penyenggaraan bagi perbatuan atau tempoh yang tertentu. Misalnya, servis rutin setiap 10,000km dan servis utama pada 40,000km dan 100,000km.

• Bagi pelanggan SPANCO, anda harus mematuhi jadual servis yang disyorkan iaitu bagi kereta Proton Perdana Standard 2.0 dan 2.4 adalah setiap 5,000km atau 3 bulan yang mana dahulu. Bagi kereta yang lain adalah setiap 10,000km atau 6 bulan yang mana dahulu.

• Sebelum menyerahkan kepada pusat servis, keluarkan barangan berharga dari kereta anda terlebih dahulu.

• Pastikan anda memahami senarai tugas yang hendak

dilakukan.• Minta penasihat servis

menerangkan kepada anda satu per satu mengenai apa juga penyenggaraan dan pembaikan yang bakal dilaksanakan.

mengamBil semUla Kereta yang siap diservis ataU diBaiKi• Bagi pelanggan SPANCO

yang menghantar kereta ke PSW Batu Caves atau PSW Bangi, anda akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (sms) apabila kereta siap diservis atau dibaiki.

• Ketika mengambil semula kereta, pastikan semua tugasan yang disenaraikan telah dilakukan dengan

sempurna dan memuaskan.• Sebagai pengguna, anda

berhak untuk memaklumkan petugas jika merasakan terdapat percanggahan antara kerja yang telah dilakukan dengan apa yang disenaraikan dalam helaian tugas.

• Jika tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi, adukan terus kepada SPANCO melalui Aplikasi Mobil SPANCO atau Talian Bebas Tol 1-800-88-6999.

KonsultasiPenasihat servis akan menjelaskan

senarai penyenggaraan atau pembaikan

yang akan di laksanakan.

servis atau pembaikan selesai

Pastikan semua tugasan

yang disenaraikan

telah di lakukan

dengan sempurna dan

memuaskan sebelum

mengambil semula

kenderaan.

3 0 PriHatiN / p i l i h a n S e r v i S a n D a

Bateri

tayar

Hawa Dingin

Khidmat tunda

Mekanikal

Pembaikan Kemalangan

Wakil Servis Sah Proton edar

JUrUteknik

06hoiSt

06

terenGGanU

Wakil Servis Sah Proton EdarRamaco Motor Sdn Bhd

Lot 14947 Kampung Padang MidinJalan Kuala Berang

21400 Kuala Terengganu, Terengganu.

tel 09 631 8181faks 09 631 8193

JUrUteknik

03hoiSt

03

pahanG

Wakil Servis Sah Proton EdarWasilah Global Auto Sdn BhdLot 5, No 3 & 4Simpang Jengka 1426400 Bandar Pusat Jengka, Pahang.tel 09 466 1332faks 09 66 1391

Bateri

tayar

Hawa Dingin

Khidmat tunda

Mekanikal

Pembaikan Kemalangan

Wakil Servis Sah Proton edar

Bateri

tayar

Hawa Dingin

Khidmat tunda

Mekanikal

Pembaikan Kemalangan

Wakil Servis Sah Proton edar

JUrUteknik

05hoiSt

06

pahanG

Wakil Servis Sah Proton EdarRohamas Autoservices Sdn

BhdLot 38, Kampung Tok Embun

Mukim Mentakab,28400 Mentakab, Pahang.

tel 09 277 6313faks 09 277 8312

3 1 PriHatiN / p i l i h a n S e r v i S a n D a

pelantikan barU pSD

JUrUteknik

05hoiSt

07

Hawa Dingin

Bateri

tayar

Mekanikal

Khidmat tunda

Pembaikan Kemalangan

Wakil Servis Sah Proton edarpahanG

Wakil Servis Sah Proton EdarYS Autoworld Sdn BhdLot PT 6299, Jalan Seri Setali 2Kawasan Perindustrian Semambu,25350 Kuantan, Pahang.tel 09 565 4388 faks 09 560 5729

JUrUteknik

07hoiSt

06

Hawa Dingin

Bateri

tayar

Mekanikal

Khidmat tunda

Pembaikan Kemalangan

Wakil Servis Sah Proton edarkelantan

Wakil Servis Sah Proton EdarHarima Auto Mobil Sdn BhdLot 357 Jalan Sultan Yahya Petra15200 Kota Bharu, Kelantan.tel 09 765 9595 faks 09 765 7878

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

text drive.pdf 1 18/09/2019 3:35 PM