presentation powerpoint.ppt

10

Upload: ariff-daud

Post on 17-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • Falsafah, prinsip dan polisi adalah penting bagi Pendidikan Tekinik dan Vokasional. Ketiga- tiga elemen ini wujud searah dalam satu hubungan yang harmoni. Walaupun sejarah awal pembentukan program Pendidikan Tekink dan Vokasional menggunakan prinsip sebagai konsep asas, tetapi tidak wajar dikatakan bahawa prinsip lebih penting daripada falsafah dan polisi.

  • Pendidikan Teknik dan Vokasional dihasratkan memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan tekonolgi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan program pendidikan teknikal, Kementerian Pelajaran banyak menawarkan program yang boleh membolehkan pelajar berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan. Pendidikan Teknikal membantu dapat membantu pelajar yang tercicir dalam pelajaran kepada perkembangan insan yang cemerlang dalam bidang kemahiran serta dapat melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan semasa negara ingin menjadi sebuah negara perindustrian.

  • Reka bentuk industri mula diperkenalkan ke dalam kurikulum Kejuruteraan Mekanikal sejak awal tahun 80an.Tujuan diperkenalkan mata pelajaran ini antaranya adalah untuk mendedahkan pelajar kejuruteraan mekanikal kepada kefahaman tentang kaedah reka bentuk serta penekanan kepada penerapan idea kreatif dalam rekacipta produk kejuruteraan.Pada peringkat awal matapelajaran ini ditawarkan kepada pelajar tahun satu hingga tahun ketiga.Mata pelajaran ini menjadi pra-syarat kepada matapelajaran Reka bentuk kejuruteraan yang lain seperti Reka bentuk Komponen dan Reka bentuk Sistem. Perubahan masa dan keperluan pihak tertentu menyebabkan banyak perubahan telah dibuat pada silibus dan penawaran matapelajaran ini.

  • Reka bentuk Industri (Industrial Design) merupakan bidang yang terlibat dalam penghasilan produk bagi industri. Produk yang lahir dari industri melalui proses Reka bentuk dan proses pengeluaran.Proses Reka bentuk atau sama ada rekacipta bermula dari seorang pereka bentuk industri atau jurutera pereka yang mempunyai kepakaran multi-discipline yang berupaya menghasilkan idea Reka bentuk sehingga lahir produk yang dihasilkan oleh proses pembuatan di dalam sesebuah industri pembuatan.

    Bidang Reka bentuk Industri merangkumi ilmu seni, sains dan teknologi.

  • Mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan ke arah menjadi penyumbang kepada pembangunan negara.Ia merupakan satu pelajaran yang berorientasikan proses.Reka bentuk memerlukan pelajar untuk menghasilkan sesuatu produk atau ubahsuai barangan yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang.

  • Jabatan Reka bentuk dan Teknologi secara rasminya ditibuhkan pada 1 Oktober 2009. Ia menawarkan kursus-kursus kepada guru pelatih yang mengikuti :

    Pogram Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Reka Bentuk Dan Teknologi Pendidikan Rendah) PISMP (4 tahun 8 semester).

    Pogram Pra- Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Reka Bentuk Dan Teknologi Pendidikan Rendah) PPISMP (3 semester). Selain itu, Jabatan ini juga mengendalikan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) dalam mode Kursus dalam cuti (KDC) dan dalam perkhidmatan bidang Reka Bentuk Dan Teknologi.

  • Penawaran program PISMP oleh Jabatan ini adalah bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi.

    iv.Kursus-kursus yang terdapat dalam bidang Reka bentuk & Teknologi adalah gabungan beberapa bidang antara Teknikal, Pertanian, Perdagangan, Ekonomi Rumah Tangga dan kursus Pengajian Am RBT.

  • Bagi menyelaras pengurusan kursus-kursus yang ditawarkan dengan efisyen dan bersistem selaras dengan keperluan MQA , ENAM unit diwujudkan iaitu :

    i.Unit Reka bentuk dan Teknologi.ii.Unit Pengajian Reka bentuk.iii.Unit Ekonomi Rumah Tangga (ERT).iv.Unit Agroteknologi.v.Unit Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan.vi.Unit Pembangunan Profesional RBT.

  • VisiMencapai sistem Latihan Pendidikan dan Pusat Runding cara Pedagogi dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi yang cemerlang, terkini dan bertaraf dunia. MisiMelahirkan pendidik bidang Reka Bentuk Dan Teknologi yang intelek, berhemah tinggi, kreatif-inovatif, berdaya tahan serta berakhlak mulia untuk merealisasikan kemajuan institusi pendidikan.