presentation minggu 1

Upload: zhi-wen-khor

Post on 05-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pemulihan

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHANMengenal pasti masalah dan membuat perancnaganSetelah mengenal pasti murid yang layak mengikuti kelas pemulihan, guru perlu mengenal pasti pula masalah yang dihadapi oleh murid dan membuat perancangan yang sesuai kepada murid berkenaan.

Hal ini kerana setiap murid yan disenaraikan sebagai murid pemulihan menghadapi pelbagai masalah yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Antara masalah yang dihadapi ialah:

Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deriaGuru perlu mengenal pasti sama ada :

Murid berkenaan mengalami kecacatan atau masalah penglihatan, pendengaran atau pertuturan.

Jika masalah tersebut serius, maka bantuan pakar diperlukan utntuk mengesahkan murid tersebut berkemungkinan boleh dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.

Jika masalah tersebut tidak serius, memadai dengan menjalankan ujian pengamatan serta latihan-latihan yang berkaitan sahaja.Masalah yang berkaitan dengan akademik muridMasalah ini boleh dikesan melalui tindakan berikut:

Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur yang ditetapkan.(contoh ujian diagnostik yang terdapat dalam buku Panduan Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas- terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Terdapat tiga jenis ujian diagnostik yang terdapat dalam buku tersebut iaitu ujian diagnostik Bahasa Melayu Lisan, Praktik dan Bertulis.

Elakkan daripada membuat salinan semua halaman ujian berkenaan kemudian diberikan kepada murid untuk menjawab. Tetapi sebaliknya berilah sehelai demi sehelai.Masa untuk menjawab tidak ditetapkan tetapi mengikut kemampuan murid.

Guru hendaklah memerhati cara murid menjawab. Jika didapati murid menjawab dengan salah maka biarlah dahulu.

Tamatkan ujian berkenaan sekiranya murid didapati gagal menjawab 3 item berkenaan secara berturut-turut.Masalah sosial dan emosiMurid-murid yang menghadapi masalah sosial biasanya boleh dikenal pasti melalui beberapa tindakan berikut:

Bagi murid-murid yang menghadapi masalah sosial seperti ini, guru bolehlah mendapatkan bantuan daripada guru kaunseling dan cuba menyelesaikan masalah tersebut terlebih dahulu.

Pihak sekolah boleh memberi bantuan dari segi kewangan atau lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

penutupUntuk memastikan sesi pemulihan dapat dilaksanakan dengan jayanya, guru perlu mengenal pasti dan menganalisis masalah yang dihadapi melalui ujian Saringan dan ujian diagnostik.

Selepas mengenal pasti masalah, guru merancang aktiviti pemulihan dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Apabila kemajuan murid telah mencapai tahap yang baik, maka tindakan susulan bolehlah diambil seperti memindahkan semula murid berkenaan ke dalam kumpulan murid yang biasa ataumerancang semula aktiviti pemulihan yang baharu sekiranya murid berkenaan belum pulih.rujukanBUKUKhairuddin Mohamad, Maridah Alias, & Faiziah Hj. Shamsudin. 2013. Bahasa Melayu Pemulihan. Puchong: Penerbitan Multiedia Sdn. Bhd.rujukanBUKUMuhammad Khairi Mohamed. 2012. Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer . Puchong: Penerbitan Multiedia Sdn. Bhd.LAMAN WEB

Otakcair. (2012). Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu. Dicapai pada 21 Januari 2015, daripada http://kitajalanbersama.blogspot.com/2012/04/minggu-1-penggunaan-enjin-pencari-bahan.html.