presentation homoseks

29

Upload: rasyizan-b-rejab

Post on 20-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pk

TRANSCRIPT

  • DISEDIAKAN OLEH:MOHD FAUZEE MOKHTAR139712

    MOHD ANNIF MAT AMAN134964

  • PENGENALANMutakhir ini pelbagai media banyak memaparkan mengenai gejala gay dan lesbian yang semakin berleluasa di negara ini. Ada yang menganggap gejala ini tidaklah serius dan masih lagi terkawal tetapi persoalannya wajarkah kita membiarkan ia merebak atau terus bertapak di bumi Allah ini.

  • MENYINGKAP SEJARAH.Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s., iaitu ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel - Yordania), Laut Mati. Ibu kota Sodom terletak di Utara Basin , Laut Mati. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama jenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan.

  • MENYINGKAP SEJARAH.Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.

  • RENUNGAN..Ayat 80, Surah al-Araf (7), bermaksud,

    Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

    Ayat 81 bermaksud,

    Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.

  • LAUT MATI

  • Masyarakat SadumMasyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlak. Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseksual (liwat) di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehingga ianya merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

  • ORIENTASI SEKSUAL

  • PENGERTIAN HOMOSEKSUALPerkataan homoseksual diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homo- bererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks. Istilah homosexual pertama kali diterbitkan secara bercetak dalam pamplet Jerman yang diterbitkan pada 1869 yang ditulis oleh novelis KarlMaria Kertbeny, kelahiran Austria.

  • KITA TIDAK BOLEH MENILAI ORIENTASI SEKS SESEORANG BERDASARKAN PENAMPILANNYA

  • SIAPA DIA INDIVIDU HOMOSEKSUAL ?GAY Individu yang membuat hubungan jenis sesama jantina iaitu antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.

    LESBIAN Individu yang membuat hubungan jenis sesama jantina iaitu antara perempuan dengan perempuan.

  • FAKTOR MEMPENGARUHIKeluarga Pengalaman / trauma semasa kanak-kanak. Contohnya: Dikasari oleh ibu / bapa sehingga si anak beranggapan semua lelaki / perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan si anak berasa benci pada golongan itu.

  • FAKTOR MEMPENGARUHIPersekitaran Contohnya: Bersangkutan dengan pergaulan dan keadaan sekeliling. Keluarga yang terlalu mengongkong anaknya. Bapa yang kurang menunjukkan kasih sayang kepada anaknya. Hubungan yang terlalu rapat dengan ibu sementara renggang dengan bapa. Kurang menerima pendedahan yang betul tentang seks dari kecil.

  • FAKTOR MEMPENGARUHIBiologi Perasaan semulajadi yang menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Terhasil disebabkan oleh hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Teori ini masih lagi dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini.

  • FAKTOR MEMPENGARUHIDorongan individu Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil. Berkurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan sebaliknya (gay) Kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri.

  • FAKTOR MEMPENGARUHIAktiviti seksual Sekiranya individu merasakan pengalaman homoseksual pertama menyeronokkan, individu akan meneruskan aktiviti homoseksual secara berterusan. Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual akan membuatkan individu semakin selesa dengan situasi sedemikian.

  • PERINGKAT HOMOSEKSUALTERAHSIA Juga dikenali sebagai CLOSET. Bermula sebagai Homoseksual Sulit. Individu homoseksual yang menjalani kehidupannya dengan berpura-pura. Individu homoseksual ini cuba menyesuaikan diri (accommodate) dengan norma-norma masyarakat dalam masa yang sama melakukan kegiatan homoseksual secara rahsia.

  • PERINGKAT HOMOSEKSUALPENDEDAHAN AWAL Penyertaan dan ekspresi diri kepada masyarakat. Individu ini memberi respon terhadap masyarakat heteroseksual dengan menonjolkan kehidupan homoseksual. Menerima hakikat bahawa diri lebih berminat kepada kaum sejenis.

  • PERINGKAT HOMOSEKSUALPERKONGSIAN Tahap Pertama Kemampuan berkongsi perasaan pada keluarga dan rakan-rakan.Tahap Perkongsian Kedua Menilai kebaikan dan keburukan secara terbuka. Sedia terima sebarang akibat. Apabila diterima, ini akan membina percaya diri serta kesan positif dan sebaliknya.

  • PERINGKAT HOMOSEKSUALKOMUNITI HOMOSEKSUAL Kelompok homoseksual akan berkumpul sesama sendiri dan membentuk sebuah masyarakat yang mahu menerima mereka seadanya. Di sini mereka diterima,diperlakukan seadilnya dan berkongsi bersama-sama pengalaman dan memahami antara satu sama lain.

  • MITOS DAN FAKTAMITOS : INDIVIDU HOMOSEKSUAL SEBENARNYA MENDERITA PENYAKIT MENTAL.FAKTA : PERBANDINGAN ANTARA INDIVIDU HOMOSEKSUAL DAN HETEROSEKSUAL MENDAPATI TIADA PERBEZAAN DARI SEGI IQ DAN TAHAP PENDIDIKAN.

    MITOS : LELAKI GAY INGIN MENJADI PEREMPUAN MANAKALA PEREMPUAN LESBIAN INGIN MENJADI LELAKI.FAKTA : MAJORITI HOMOSEKSUAL GEMBIRA DENGAN JANTINA ASAL MEREKA, TETAPI LEBIH MENGINGINKAN HUBUNGAN SESAMA JANTINA.

  • Samb..MITOS : LELAKI HOMOSEKS BERSIFAT FEMININ MANAKALA PEREMPUAN HOMOSEKS BERSIFAT MASKULIN.FAKTA : ORIENTASI SEKSUAL TIADA KAITAN DENGAN FIZIKAL DAN GAYA PERGERAKAN.

    MITOS : GOLONGAN HOMOSEKS MUDAH DIKENALI KERANA BERBEZA DARIPADA GOLONGAN HETEROSEKSUAL.FAKTA : HANYA SEBILANGAN KECIL MENUNJUKKAN MEREKA SEBAGAI PENGAMAL HOMOSEKS, MANAKALA MAJORITI MENUNJUKKAN TINGKAHLAKU NORMAL HANYA BERBEZA DARI SEGI ORIENTASI SEKS MEREKA.

  • HOMOSEKSUAL DAN PERSPEKTIF MASYARAKATMemusnahkan kekuatan moral masyarakat.Tidak perlu diberi hak-hak istimewa.Mencerminkan kemunduran masyarakat.Pembunuh institusi kekeluargaan.

  • KESAN HOMOSEKSUAL Penyakit sosial. Masalah kesihatan (HIV dan STD). Melanggar adat dan tuntutan agama (dilaknat Allah SWT). Menyekat perkembangan keturunan manusia. Meruntuhkan peradaban dan keturunan manusia.

  • KESIMPULANSeluruh umat Islam perlu memandang serius perkembangan ini kerana sebahagian besar mereka yang terbabit dalam gejala yang dilaknat Allah itu beragama Islam.

    Apa yang perlu difahami kecenderungan seseorang kepada homoseksual atau lesbian bukanlah takdir tetapi pilihan yang ditentukan oleh manusia itu sendiri. Justeru, mereka yang terbabit perlu bijak mengendalikan nafsu dan bukannya menjadi hamba kepada nafsu.

  • Samb.Mungkin ada di antara mereka akan berhujah ini kebebasan dan hak sebagai manusia tetapi hakikatnya manusia tidak pernah diberi hak penuh untuk memuaskan segala keinginan hatinya oleh Allah. Sebaliknya hak manusia itu dibatasi dengan hukum Islam yang ditetapkan dan tidak pernah berubah.

  • RENUNGANRasulullah SAW bersabda : empat kelompok manusia yang bangun dari tidurnya dibawah kemarahan Allah dan pergi tidur di bawahketidaksenangan Allah :Lelaki yang menyerupai perempuan. Perempuan yang menyerupai lelaki. Mereka yang melakukan hubungan seks dengan binatang dan Lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.