presentation 1

13
TRANSFORMASI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Upload: miroswat

Post on 31-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation 1

TRANSFORMASI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Page 2: Presentation 1

LAPORAN AWAL PELAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL 2013-2025

• Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013 hingga 2025 (PPP Malaysia 2013-2025) diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui kajian dan penilaian yang mendalam serta penglibatan meluas pihak awam. Berdasarkan kedudukan pencapaian sistem pendidikan Malaysia pada masa kini dan cabaran yang bakal ditempuhi, pelan ini bermatlamat mengukuhkan visi dan aspirasi sistem pendidikan Malaysia sehingga tahun 2025.

Page 3: Presentation 1

• Pelan ini juga menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan dengan terperinci bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara yang dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan semua serta memenuhi pasaran global.

Page 4: Presentation 1

• Melalui program ini, murid boleh memperoleh Sijil Asas Vokasional Tahap 2 iaitu Sijil Kemahiran Malaysia pada usia yang lebih muda bermula 15. Kemasukan pada usia yang lebih muda adalah selari dengan sistem global negara lain seperti di Austria dan Jerman yang mempunyai sistem pendidikan vokasional yang mantap. Gabungan kurikulum yang baharu iaitu 70% melibatkan latihan kemahiran vokasional manakala 30% tertumpu pada pendidikan akademik turut diperkenalkan.

Page 5: Presentation 1

• Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah melakukan penambahbaikan program pendidikan vokasional peringkat menengah atas dengan menukarkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Kolej ini menawarkan kurikulum yang disusun semula dan akreditasi diploma melalui Diploma Vokasional Malaysia. Diploma ini diiktiraf untuk mendapatkan kredit di bawah Standard Kebangsaan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Page 6: Presentation 1

• Kurikulum diploma yang baharu ini mengandungi 70% latihan kemahiran praktikal dan 30% pendidikan akademik. Kurikulum ini juga melibatkan tujuh bulan penempatan praktikum. Pelbagai rakan industri dirujuk bagi memastikan keselarasan dengan piawai dan amalan industri (PPP Malaysia 2012).

Page 7: Presentation 1

ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONALTahap Kesediaan Guru• Guru-guru di sekolah vokasional mempunyai latar

belakang akademik yang berbeza. Sesetengah daripada mereka datang dari sekolah harian biasa dan tidak mempunyai kemahiran dalam aspek pengajaran dan penyampaian serta pengalaman. Siti Syahirah (2011) menyatakan Jabatan Teknik dan Vokasional menghadapi cabaran dalam mengatasi masalah guru yang berpengalaman dan berkemahiran untuk mengajar walaupun terdapat guru lepasan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussien Malaysia (UTHM).

Page 8: Presentation 1

• Guru-guru baru ini kurang berpengalaman dan ilmu untuk mengajar mata pelajaran vokasional. Selain itu, guru-guru di sekolah vokasional juga mempunyai sejarah latar belakang akademik yang berbeza misalnya mereka datang daripada sekolah harian biasa. Ini akan menimbulkan masalah terutama dalam aspek pengajaran dan penyampaian kerana kurangnya pengalaman iaitu tidak mencakupi keperluan kemahiran yang diperlukan.

 

Page 9: Presentation 1

Kesedaran kerjaya pelajar rendah • Pada masa kini, semakin ramai pelajar yang keliru

dengan minat mereka. Menurut Hairunnaja (2006), terdapat pelajar yang tidak tahu peluang kerjaya bagi kursus yang mereka sedang duduki. Masalah pemilihan bidang kerjaya banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang dikenal pasti adalah minat dan kebolehan seseorang pelajar dalam menentukan hala tuju kerjaya mereka. Pelajar sewajarnya tahu ke mana arah tujuan pendidikan dan kerjaya mereka sejak awal persekolahan menengah lagi.

Page 10: Presentation 1

• Hasil kajian yang diterajui oleh Yusri (2010) di dalam Graduate Employability graduan UTHM siri 1-2010, berkenaan dengan persediaan sebelum memasuki alam kerjaya. Dapatan analisis menyatakan bahawa hanya 22% responden berbincang dengan kaunselor, 52% mengikuti kerjaya dan hanya 57% menghadiri latihan temu duga. Ini menunjukkan bahawa pelajar secara keseluruhannya kurang mengikuti program-program dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak universiti. Ini jelas membuktikan bahawa kajian perlu dilakukan untuk mengetahui tentang kefahaman hala tuju pelajar-pelajar sedari alam persekolahan dalam aspek perkembangan pendidikan dan kerjaya. Hala tuju ini penting sebagai panduan dan rujukan dalam diri pelajar.

Page 11: Presentation 1

Kebolehpasaran graduan yang rendah • Secara sejarahnya pendidikan tinggi dan pendidikan

vokasional wujud dengan arah yang bertentangan. Pengajian tinggi seperti universiti lebih menekankan ilmu saintifik yang bersistematik manakala pendidikan vokasional menuntut kepada latihan untuk pekerjaan tertentu. Hasilnya, keluaran universiti dinilai berdasarkan sumbangan pelajar pada sains manakala keluaran pendidikan vokasional lebih menekankan kepada keupayaan untuk mendapatkan pekerjaan yang berguna. Ini menyebabkan sumber tenaga yang dihasilkan tidak menepati kehendak pasaran global dan tidak memenuhi permintaan majikan yang mementingkan pelbagai kemahiran (Sahila Suadi 2011).

•  •

Page 12: Presentation 1

• Pengangguran dalam kalangan graduan bukanlah suatu isu yang baru. Dilema dalam isu pengangguran sudah menjadi agenda utama perbincangan di seluruh negara (Sahila Suadi 2011). Menurut kajian yang dilaporkan oleh Rasul (2007), peratus graduan Melayu yang menganggur ialah sebanyak 96.33 peratus berbanding graduan kaum lain. Ini dibuktikan melalui perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2012) menyatakan bahawa pertambahan mereka yang menganggur adalah seramai 385,600 orang. Kadar ini agak membimbangkan kerana secara tidak langsung akan memberi impak kepada pembangunan negara.

 

Page 13: Presentation 1