presentation 1

36
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH KUMPULAN TUTORIAL KE- 10 PUSPAH.J SHOBANA.S

Upload: puspah5

Post on 22-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

FFD

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH

KUMPULAN TUTORIAL KE- 10PUSPAH.J

SHOBANA.S

SOALAN

Pengenalan kepada pentaksiran (nyatakan konsep & jenis-jenis ujian )Cerahkinkan ciri-ciri pengujian Analisiskan penilaian dalam mata

pelajaran sejarah

PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN

KONSEP Sejarah adalah mata pelajaran yang dapat

merangsang pemikiran murid.

Hal ini kerana mata pelajaran ini mengasah kebolehan

murid melihat sesuatu perkara secara empati dan

menganalisis sesuatu perkara yang berlaku dengan

menggunakan masa, ruang, perubahan dan

kesinambungan.

Mempelajari sejarah juga memerlukan pemahaman

secara kritis dan imaginatif.

Sejarah memerlukan analisis, sintesis dan

membuat penilaian yang berterusan mengikut

pentaksiran terkini.

Terdapat empat konsep asas dalam dunia

pendidikan, iaitu penilaian, pengujian,

pengukuran dan pentaksiran.

Istilah keempat-empat ini digunakan secara

silih bertukar dan dianggap sinonim walaupun

ia mempunyai taksiran yang berbeza.

PENILAIANPenilaian telah didefinisikan dengan banyak cara.

Stufflebeam et al. (1971) menyatakan bahawa, “Penilaian

sebagai ‘the process of delineating, obtaining, and providing

useful information for judging decision alternatives.”

Terry D. TenBrink, (M.S.8, 1974) pula menyatakan bahawa,

‘Evaluation is the process of obtaining information and

using it to form judgements which in turn are to be used in

decision making’.

PENILAIAN

Menurut Popham (1975) dalam Mokhtar (1995),

penilaian pendidikan yang sistematik mengandungi

satu taksiran formal tentang nilai fenomena

pendidikan.

Manakala Gay dalam Bhasah (2009) mengatakan

bahawa penilaian adalah satu proses yang sistematik

semasa mengumpul dan menganalisis data bagi

menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah

ditetapkan itu telah dicapai.

PENILAIAN

Menurut Mohd Najib Abdul Gaffar (2011)

penilaian adalah satu proses sistematik yang

melibatkan pengumpulan,penganalisisan dan

penterjemahan keterangan tentang setakat

mana murid telah mencapai objektif

pengajaran.

PENILAIAN

Secara ringkasnya, Penilaian adalah satu proses

mendapatkan maklumat secara sistematik yang akan

digunakan untuk membuat pertimbangan bagi

menentukan nilai, kedudukan, ukuran tentang sesuatu

berdasarkan kriteria tertentu yang seterusnya

digunakan dalam membuat keputusan.

Tugas menilai merangkumi tugas menguji dan

mengukur. Seseorang guru perlu menguji dan mengukur

terlebih dahulu sebelum dapat menilai.

PENILAIAN

Contoh,

Dalam bilik darjah , murid diberikan satu ujian kertas pensil dan

jawapan diperiksa oleh guru. Markah diberikan sama ada

mengukur gred (ABCD) atau jumlah angka ( 50 , 67, 80 ) mengikut

ketetapan jawapan berbanding kehendak soalan. Guru menulis

komen terhadap keputusan ujian tersebut seperti “ jawapan awak

kemas dan jelas / amat memuaskan, teruskan prestasi seperti ini “

Pengujian – memberi soalan ujian untuk dijawab oleh murid

Pengukuran – Memberi markah 67 / C

Penilaian – Memberi tahu murid jawapan kemas dan jelas /

memuaskan dan perlu diteruskan

PENGUJIAN Menurut Cronbach (1970) dalam Azizi dan

Mohd Isha (2009), ujian adalah satu prosedur

yang bersistem untuk memerhatikan

perlakuan atau tingkah laku seseorang

individu dan membuat huraian dengan

bantuan skala bernombor atau satu sistem

yang berkategori.

PENGUJIAN

Menurut Mok Soon Sang (2011) juga

berpendapat bahawa pengujian sebagai suatu

cara sistematik untuk mengukur perubahan

tingkah laku seseorang individu.

Ringkasnya disini, pengujian sebagai satu alat

yang mengukur perubahan tingkah laku

seseorang dan pengujian boleh berlaku

mengikut pelbagai kaedah.

PENGUKURAN

Mok Soon Sang (2013) pula berpendapat bahawa

pengukuran ialah suatu proses atau sistem yang digunakan

untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara

atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan

dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan

menggunakan alat pengukuran yang berkaitan.

Dengan erti kata lain, pengukuran ialah proses

menentukan sejauh mana seorang individu memiliki ciri-

ciri tertentu.

PENGUKURAN

Pengukuran boleh juga dibuat tanpa

menggunakan pengujian.

Pengukuran umumnya proses mendapat

sesuatu dengan menggunakan kaedah

tertentu walaupun tidak menggunakan

pengujian

PENTAKSIRANPentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya

membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses ialah langkah/ tindakan/ operasi yang digunakan untuk

mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara

yang ditaksir.

Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian

pendidikan pelajar.

Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses

pendidikan.

PENTAKSIRAN

Pentaksiran menurut Bhasah Abu Bakar (2009),

pentaksiran merupakan sebahagian daripada

proses pembelajaran dimana menginteragrasi

strategi pentaksiran yang baru ke dalam

kurikulum dan proses pembelajaran merupakan

satu lompatan konsep yang begitu praktikal

sedang berlaku.

PENTAKSIRAN

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013) memberi maksud

pentaksiran sebagai proses mendapatkan maklumat dengan

menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada

formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi

mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan

seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk

pendidikan.

Berdasarkan definisi ini, kata kunci pentaksiran melibatkan

proses, maklumat, penghakiman, dan produk.

PENTAKSIRAN

Proses ialah satu susunan langkah bertertib dan terarah

yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat ialah evidens menggambarkan prestasi murid

dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang

pencapaian pendidikan murid.

Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan,

kemahiran dan nilai/adab yang diperoleh murid setelah

melalui proses pendidikan.

PENTAKSIRAN

Pentaksiran bukan sahaja melibatkan

pentadbiran,pemarkahan dan pengredan

sesuatu ujian tetapi mencakupi pengutipan

peringkat awal sehingga akhir segala bentuk

maklumat yang membantu pemahaman

mengenai pelajar dan pemantauan pengajaran.

Pelbagai kaedah pengutipan maklumat dan

interpretasi juga terlibat dalam pentaksiran.

CIRI – CIRI PENTAKSIRAN

1. SKOR YANG MEMPUNYAI DARJAH KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN YANG TINGGI.

Skor ditimbangkan dalam bentuk nombor, huruf, penyataan, dan

simbol. Skor mestilah mempunyai darjah kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi untuk memastikan keadilan kepada

murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran

pendidikan kebangsaan.

Kesahan ialah ciri skor berhubung dengan kerelevenan dan

kecukupan skor untuk menggambarkan prestasi murid dalam

perkara yang ditaksir. Kebolehpercayaan pula ialah ciri skor

berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor untuk

menggambarkan prestasi murid dalam perkara yang ditaksir.

2. KEOBJEKTIFAN

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod

dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,

mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi

maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar bagi tujuan

tertentu.

Pentaksiran haruslah dilihat sebagai:

proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran,

aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran,

aktiviti yang dijalankan secara berterusan, dan

aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia dan juga

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan

sesuatu maklumat untuk dibuat penghakiman mengenai

sesuatu produk di dalam proses pendidikan dikenali

sebagai Pentaksiran.

Kini istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian

pencapaian. Popham (2000) menyatakan istilah-istilah

pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara

silih berganti dan dianggap sebagai sinonim.

Pada tahun 2000, Lembaga Peperiksaan Malaysia menyatakan di dalam

konteks pendidikan, pentaksiran ini dilihat dan dianggap sebagai sebagai

suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,

mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang

pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Dimana nilai

dan segala yang telah dipelajari oleh murid akan dinilai dan ditafsirkan

bagi melihat tahap pencapaian dan perkembangan murid-murid itu.

Jika pentaksiran menurut Bhasah Abu Bakar (2009), pentaksiran

merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dimana

menginteragrasi strategi pentaksiran yang baru ke dalam kurikulum dan

proses pembelajaran merupakan satu lompatan konsep yang begitu

praktikal sedang berlaku.

Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses

mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran.

Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang

dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya,

mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan

pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran

dan pembelajaran.

Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik

bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan

dalam menjalankan pentaksiran iaitu seperti

pemerhatian, lisan dan penulisan.

Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian

besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat

merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan

susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi

aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan

mengintepretasi pembelajaran seseorang murid

PENGUJIAN

Proses penyerahan set soalan yang standard yang

perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu

prosedur  yang sistematik  bagi mengukur

sampel  tingkah laku  atau perubahan seseorang

individu atau pelajar.

Proses menguji sesuatu kemahiran bahasa

Satu teknik mendapatkan maklumat tingkah laku

seseorang individu.

(Ismail Abu Bakar et. al ,1985)

TUJUAN Membantu murid-murid membina sikap positif terhadap

pengajaran guru

Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran.

Laporan kepada penjaga murid

Guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah

menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.

Untuk menapis dan membuat klasifikasi pelajar

Mengenal pasti masalah dalam pembelajaran

PROSES PENGUJIAN

Persediaan Pelaksanaan (pentadbiran ujian) Pemeriksaan

ANALISISKAN PENILAIAN DALAM MATA PELAJARAN

SEJARAH

PENILAIAN Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, penilaian didefinisikan sebagai

perihal atau perbuatan menilai. Penilaian merupakan satu proses untuk

memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk

menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.

Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif

pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah

kurikulum.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu

proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat

pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Justeru sebelum suatu keputusan dibuat perlulah

menilai kesemua faktor sebab dan kemungkinan agar

keputusan yang telah dibuat memberikan kepuasan dan

tidak dapat disangkal oleh mana-mana sebab yang lain.

Sekarang, penggunaan istilah pantaksiran dan penilaian

telah berleluasa sebagaiman yang telah dinyatakan oleh

Popham (2000) telah menyatakan bahawa istilah

pengukuran,pengujian dan pentaksiran digunakan

secara silih bertukar ganti dan dianggap sinonim.

Namun Bhasah Abu Bakar (2009) menyatakan

bahawa penilaian merupakan satu pertimbangan

atau pembuatan keputusan tentang merit atau

nilai sesuatu perkara atau benda.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan

mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan

pembelajaran dan juga hasil program

pengajian.guru mengukur tahap pencapaian

murid adalah melalui ujian yang dijalankan.

seterusnya guru itu akan menilai ukuran pencapaianitu

berdasarkan keputusan ujian dan bersama-sama

dengan maklumat lain yang berkaitan. Justeru,

penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada

maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau

kedua-duanya sekali.

Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses

utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran

dan menyatakan nilai atau interpretasi ukuran.