presentation 1

10
Tutorial 5 : Proses – Merancang Tindakan (Model Lewin & Laidlaw) Disediakan Oleh : Alice Ngu Li Ging Jumaiah Bt Abdul Nur Arif Shah B. Ramli Shobana A/P Prabhakaran

Upload: shobana-nair-prabhakaran

Post on 10-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Slide 1

Tutorial 5 : Proses Merancang Tindakan (Model Lewin & Laidlaw) Disediakan Oleh :

Alice Ngu Li GingJumaiah Bt AbdulNur Arif Shah B. RamliShobana A/P PrabhakaranTAJUK :

Kaedah KMKI (Kerusi Muzik Dan Kad Imbasan) Dapat Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Mengeja Dan Menulis Perkataan Suku Kata Tertutup MuridPrasekolahPenyataan :

Pada minggu kedua praktikum, saya mendapati terdapat dua orang murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran mengeja dan menulis perkataan suku kata tertutup.

Murid tersebut ialah Syamil dan Adam.

Masalah ini dikenal pasti semasa saya melaksanakan aktiviti mengeja berdasarkan gambar rangsangan di hadapan kelas.

Kedua-dua murid ini didapati tidak dapat mengeja dan membatangkan suku kata dengan betul dan kerap kali melakukan kesilapan yang sama.RAJAH 1 : ProsesPenyelidikan Tindakan Model Kurt Lewin (1946)MengenalPastiMasalah :

Bagi mengenal pasti sesuatu masalah, saya terlebih dahulu perlu mengetahui isu-isu yang timbul daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdP).Contoh :Melalui pemerhatian, saya telah memilih untuk mencuba meningkatkan kemahiran mengeja dan menulis perkataan suku kata tertutup. Merancang / Melaksana :

Pada peringkat merancang, saya telah membuat perancangan untuk menjalankan kajian dan menentukan kaedah intervensi yang sesuai bagi masalah yang dipilh.Kaedah / TeknikPermainan Kerusi Muzik dan Kad ImbasanCarapelaksanaanLangkah1Guru akan memberikan arahandengan jelas terlebih dahulu kepadamurid dan meminta murid untukmenyusun beberapa buah kerusimengikut arahan guru.

Langkah 2Muzik akan dimainkan oleh guru dan setiap murid perlu bergerak mengelilingi kerusi sepanjang muzik dimainkan. Muzik akan dihentikanpadabila-bilamasamengikut kehendak guru dan murid perlu segera mendapatkan tempat duduk.Kaedah / TeknikPermainan Kerusi Muzik dan Kad ImbasanCarapelaksanaanLangkah 3Murid yang tidak mendapat tempat duduk di atas kerusi akan diberikan tugasan oleh guru bersesuaian dengan tahap kemahiran murid tersebut.Langkah 4Murid tersebut akan diberikan satu sampul yang mengandungi kad imbasan atau kad bergambar yangberkaitandenganperkataanyangmengandungi suku kata tertutup.Langkah 5Murid tersebut seterusnya diminta untuk mengeja dan menyebutkan semula perkataan yang terdapat pada kad gambar tersebut.Langkah 6Murid kemudiannya diminta untuk menulis semula perkataan tersebutpadaruanganjawapanyang disediakan oleh guru. Murid kemudiannya dibimbing oleh guru untuk membina satu frasa mudahberkaitan perkataanyang telahditulis sebagai pengukuhan.Kaedah / TeknikPermainan Kerusi Muzik dan Kad ImbasanCarapelaksanaanLangkah 7Langkah 2 hingga Langkah 6 diulang sehingga muncul pemenang bagipermainan tersebut.Lagu Yang DigunakanSebarang jenis lagu yang difikirkan dapat menarik minat murid.Bahan Bantu BelajarKomputer riba, pembesar suara,sampul kertas, kad bergambar, kad manilaMengumpul Data :

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

UjianLisanSenarai SemakUjian Pra dan Pos

MEMBUATREFLEKSI / TINDAKAN SUSULAN :

Bagi peringkat membuat refleksi membuat analisis terhadap instrumen yang ditadbir bagi mendapatkan hasil dapatan kajian.Contoh :

Saya juga turut menilai dan mereflek kembali kekuatan dan kelemahan yang ada pada kaedah kaedah KMKI yang telah dilaksanakan. Seterusnya,cadangan penambahbaikan akan dirancang berdasarkan maklum balas yang diperoleh dalam dapatan kajian bagi melihat sejauh mana objektif yang telah dinyatakan tercapai.