presentation 1

9
DEFINISI PERKEMBANGAN KANAK- KANAK Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan kanak-kanak, yang mengatakan perkembangan adalah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal.

Upload: redxx-rowan92

Post on 01-Jul-2015

2.426 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation 1

DEFINISI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan secara umumnya

dapat didefinisikan sebagai aspek

perubahan yang dihadapi oleh

individu yang berubah mengikut

peredaran masa.

Perkembangan kanak-kanak, yang

mengatakan perkembangan adalah

perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur

secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari

sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih

awal.

Page 2: Presentation 1

.Perkembangan merujuk kepada perubahan

fizikal, mental, emosi dan sosial yang dapat

dijangkakan dalam kehidupan bayi.

Perkembangan adalah faktor penting dalam

kehidupan bayi. Proses ini tidak selalunya

terus menerus berkembang tetapi adakalanya

maju ke hadapan dan ada kalanya pula

menyusut perkembangan kognitif dan

bahasanya.

Page 3: Presentation 1

Menurut Karl E.Garrison, perkembangan terhasil

daripada tindakan yang saling berkait antara

perkembangan jasmani dan pembelajaran.

Semua perkembangan, sama ada berbentuk

struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun

keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa

aturan semula jadi dan sifat –sifat sejagat. Secara

ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai

pengaliran yang saling berkait antara kuantitatif

dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah

tertentu dan yang dijangkakan.

Page 4: Presentation 1

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang

boleh dilihat. Di antaranya ialah:

Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku

akibat tindakan yang saling berkait rapat antara

perkembangan jasmani dan pembelajaran

Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani,

emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan

intu bersifat kualitatif

Page 5: Presentation 1

Perubahan -perubahan itu adalah dari segi fungsi

Proses perkembangan berterusan sepanjang

hayat seseorang individu

Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan

yang berterusan dan menerusi peringkat-

peringkat kematangan tertentu

Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan

persekitaran. Baka menentukan had

perkembangan.

Page 6: Presentation 1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Faktor yang mempengaruhi perkembangan terbahagi

kepada dua iaitu faktor endogen dan faktor eksogen.

Faktor endogen menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor

bermaksud faktor dalaman semenjak individu dalam

kandungan hingga lahir ( pembawaan dan keturunan )

Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang

diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya.

Tambahan pula, trait yang diwarisi anak-anak daripada

ibu bapa mengandungi gen-gen tersebut. Maka, ia akan

menguasai perkembangan manusia dan adalah unik dan

berbeza

Page 7: Presentation 1

Faktor eksogen menurut Prof. Madya bakhtiar Mansor

pula ialah faktor dari luar individu ( pengalaman dari

persekitaran )

Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman

seseorang individu yang akan hadapi rumah, bersama

jiran, sekolah dan masyarakat di mana dia berada.

Persekitaran juga termasuk pengalaman sebelum dan

selepas kelahiran.

Peringkat-peringkat persekitaran yang mempengaruhi

individu terbahagi kepada lima peringkat iaitu

mikrosistem,mesosistem,ekosistem,makrosistem dan

kronosistem

Page 8: Presentation 1

PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN

Berikut adalah prinsip-prinsip perkembangan:

Ada arah tertentu yang dapat diramalkan

Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang

dahulu ada yang kemudian,tapi urutan tidak berubah.

Contohnya duduk sebelum berdiri atau berdiri sebelum

berjalan

Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku

dari detik masa fertilisasi ovum oleh sperma sehingga

ke peringkat kematian

Page 9: Presentation 1

Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua

kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama

pada umur yang sama

Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau

berterusan tetapi

beberapa aspek perkembangan pada satu organisma

mungkin berbeza

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu

peringkat belum lahir, bayi,kanak-

kanak,remaja,dewasa dan seterusnya.