prakata - lgm.gov.my · berkaitan perangsangan pengeluaran lateks, iaitu teknologi perangsangan...

18

Upload: phungcong

Post on 18-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PRAKATA

Buku nota bersaiz poket atau “Pocket Book” bertajuk Teknologi Perangsangan Pengeluaran Lateks ini diterbitkan bagi memudahkan semua pihak yang terlibat membuat rujukan segera.

“Pocket Book” ini mengandungi teknologi-teknologi berkaitan perangsangan pengeluaran lateks, iaitu teknologi perangsangan kimia Etefon dan Mortex serta teknologi perangsangan dengan gas etilina.

Kandungan dalam “Pocket Book” ini adalah adaptasi dan olahan semula dari buku Manual Teknologi Penanaman Getah yang diterbitkan dalam tahun 2004 dan dicetak semula pada tahun 2007 serta buku bertajuk Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan yang diterbitkan pada tahun 2009.

Lembaga Getah Malaysia berharap penerbitan “Pocket Book” Teknologi Perangsangan Pengeluaran Lateks dapat memberi maklumat dan menjadi panduan semasa khususnya kepada agen pengembangan dan pengguna-pengguna lain ke arah membantu pekebun kecil getah menghayati dan mengamalkan teknologi-teknologi yang disyorkan untuk meningkatkan hasil dan pendapatan mereka.

i

Kepada semua penulis buku Manual Teknologi Penanaman Getah dan buku Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan sekali lagi diucapkan terima kasih. Secara tidak langsung mereka telah menyumbang dalam proses pemindahan teknologi. Terima kasih juga kepada Unit Penyelidikan Pengembangan dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penerbitan “Pocket Book” ini.

Datuk Dr. Salmiah AhmadKetua Pengarah

Lembaga Getah Malaysia

Disember 2010

ii

SENARAI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Prakata Senarai Kandungan

Senarai Rajah

PENDAHULUAN

TEKNOLOGI PERANGSANGAN DENGAN GAS ETILINA Ciri-Ciri Pokok Yang Sesuai Klon-klon Yang Sesuai Teknik Perangsangan G-FLEX Prosedur Pemasangan Alatan G-FLEX Kaedah Pengisian Gas Di Ladang Cara-Cara Pengisian Semula Gas Di Ladang Guna Semula Perekat G-FLEX Ciri-Ciri G-FLEX PENUTUP

i

iii

iv

1

2

2344671010

11

iii

SENARAI RAJAH

Rajah 1. Pemasangan G-FLEX Rajah 2. Pengisian Gas Rajah 3. Pengisian Semula Gas Rajah 4. Guna Semula Perekat

4

6

7

9

iv

PENDAHULUAN

Pada dasarnya, penggunaan kimia atau gas perangsangan pengeluaran lateks perlu dikuti dengan pengamalan konsep sistem torehan intensiti rendah atau ‘Low Intensity Tapping System’ (LITS). LITS adalah satu sistem penuaian hasil lateks yang menggabungkan faktor kepanjangan alur torehan, kekerapan penorehan dan perangsangan. Panjang alur torehan dan kekerapan torehan akan berkurangan dan secara langsung mengurangkan pengeluaran lateks. Bagi mengimbangi pengurangan ini penggunaan bahan atau alatan perangsangan adalah diperlukan bagi melewatkan tempoh pengaliran keluar lateks, secara langsung meningkatkan pengeluaran hasil. Teknologi perangsangan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu teknologi perangsangan sapuan atau kimia dan perangsangan gas. Bahan kimia yang paling berkesan dan ekonomik ialah asid 2-chloroethylphosphonic (2-CEPA).

1

2

TEKNOLOGI PERANGSANGAN DENGAN GAS ETILINA

Pada masa ini, pokok-pokok yang disyorkan untuk dirangsang dengan menggunakan gas etilina hanya pokok-pokok yang mana kedua-dua panel torehan BO-l dan BO-2 telah habis ditoreh.

Biasanya, dengan penggunaan gas etilina, nilai Kandungan Getah Kering (KGK atau DRC) jatuh di antara 2 dan 5 unit disebabkan oleh getah di dalam saluran lateks menjadi lebih cair daripada keadaan biasa. Pengaliran lateks juga akan berlaku dengan lebih lama. Selalunya kejadian kering kulit tidak ketara dan setanding dengan torehan konvensional.

Pada masa ini, LGM mengesyorkan tiga teknik perangsangan menggunakan gas etilina iaitu teknik RRIMFLOW (RF), teknik REACTORRIM (RR) dan teknik G-FLEX.

Ciri-Ciri Pokok Yang Sesuai

• Subur• Tidak dijangkiti penyakit (akar, daun dan panel

torehan) yang teruk

• Cukuppembajaansepertiyangdisyorkan• Dariklon-klonyangmemberiresponyangpositif

kepada etefon • Kulitdipanelatas(HO)masihberkeadaanbaik

(> 50 %) • Tidakditorehdandirangsangsecaraketerlaluan.

Klon-Klon Yang Sesuai

Di antara klon-klon yang memberi tindak balas yang baik kepada teknik perangsangan gas ialah GT I, RRIM 600, RRIM 623, RRIM 605, PR 261 dan PB 217. Klon PB 28/59, PB 310 dan anak baka cantum didapati tidak memberi tindak balas yang baik kepada teknik perangsangan yang menggunakan gas etilina.

3

4

Teknik Perangsangan G-FLEX

G-FLEX merupakan satu peralatan perangsangan menggunakan gas etilina yang dibekalkan terus ke pokokgetah,secaraberkala,melalui‘inflatableandcollapsible container’ dan digabungkan dengan alur torehan pendek dan kekerapan rendah.

Ia direka untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pengguna/ pekebun kecil dengan menggunakan teknik perangsangan yang lebih mesra pengguna.

Prosedur Pemasangan Alatan G-FLEX

i. Bersihkan permukaan kulit menggunakan kertas pasir.

Nota: Permukaan kulit pokok perlu kering kerana perekat tidak berkesan pada permukaan lembab atau basah.

ii. Buangkan habuk dan kekotoran dengan kain.

5

iii. Tanggalkan kertas penutup perekat. (kertas bersalut silikon).

iv. Lekatkan G-FLEX pada kedudukan yang betul dan tekan perekat dengan teliti sehingga rata.

v. Ketip G-FLEX ke pokok menggunakan ‘stapler’ mengikut turutan seperti gambar vi.

Nota: Jangan ketip pada bahagian dalam yang mengandungi gas.

6

Isikan gas perangsang sehingga penuh (mengelembung).

Rajah 2. Pengisian Gas

Rajah 1. Pemasangan G-FLEX

Isikan gas perangsang.

vi. G-FLEX yang siap dipasang dengan 7 ketipan mengikut turutan.

Kaedah Pengisian Gas Di Ladang

7

Gas diisi setiap 10 hari sekali. Satu tangki gas muatan 0.9 kg adalah mencukupi untuk 3,000 pokok dan muatan 1.3 kg untuk 5,000 pokok. Torehan dilakukan 48 jam selepas pemasangan dan rangsangan pertama. Torehan yang seterusnya dilakukan selepas 24 jam rangsangan berikutnya.

Cara-cara Pengisian Semula Gas Di Ladang

i. Tanggalkan injap sehala.

ii. Keluarkan udara yang ada di dalam G-FLEX secara perlahan-lahan.

8

iii. Tekan semula pelekat jika terdapat kebocoran.

iv. Isikan gas perangsang.

Rajah 3. Pengisian Semula Gas

9

Guna Semula Perekat G-FLEX

i. Jika tersalah kedudukan, bocor atau rosak, tanggalkan G-FLEX dari pokok. Tanggalkan perekat dari G-FLEX.

(Perekat masih boleh digunakan semula).

ii. Bentukkan perekat ke bentuk asal.

iii. Letakkan kembali perekat tersebut pada G-FLEX. (Bagi G-FLEX yang bocor atau rosak dapatkan G-FLEX yang baru).

Rajah 4. Guna Semula Perekat

10

Ciri-ciri G-FLEX:

• Mesra pengguna – kerja-kerja pemasangan lebih mudah dijalankan kerana komponen peralatan yang ringkas

• Boleh disesuaikan–padapanelHOditorehhalamenaik dengan menggabungkan alur torehan pendek dan kekerapan torehan d/3.

• PerekatyangdigunamembolehkankedudukanG-FLEX diubah tanpa menukar komponen yang diguna (lihat gambar di atas). Ia mampu mengikuti pembesaran lilitan batang pokok getah yang mana dapat mengurangkan masalah penyelenggaraan dan kebocoran.

• D.I.Y. – pengguna boleh memasang sendiri .

• Pengisian gas – mudah dijalankan.

PENUTUP

Buku nota bersaiz poket ini memaparkan teknologi-teknologi perangsangan pengeluaran lateks untuk amalan pekebun kecil, terutamanya teknologi berkaitan perangsangan secara kimia dan perangsangan dengan gas etilina. Pengamalan teknologi-teknologi ini dapat meningkatkan pengeluaran hasil dan seterusnya pendapatan pekebun kecil getah.

11

12