prabacaan

6
http://www.slideshare.net/prabagaranr/notaprabacaantulisan Nota+prabacaan+&+tulisan — Document Transcript 1. ANALISA TENTANG AKTIVITI PRABACAAN Membaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu. Sekiranya seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membaca pada usia satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar membaca di sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan kejayaan adalah berpasangan, manakala buta huruf dan kegagalan adalah pasangan sebaliknya Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan untuk bacaan awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk manakala aktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan dan pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata dan perkataan sebagai pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata. Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktiviti membezakan bentuk. Objektifnya untuk mengecam bentuk yang berlainan di dalam satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh dijalankan yang bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktiviti lain seperti memadan huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf yang sama, aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri, mengenal susunan atau urutan huruf, aktiviti benda- benda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkan mobil abjad. Pada peringkat murid di prasekolah atau tadika terdapat banyak lagi aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti kotak huruf misalnya yang bertujuan untuk mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan. Permainan lain seperti “Di Manakah Saya”, “Permainan Kad Nama”, “Pokok Nama” dan aktiviti membina perkataan, 2. Kaedah Abjad

Upload: azelin88

Post on 25-Oct-2015

12 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PRABACAAN

http://www.slideshare.net/prabagaranr/notaprabacaantulisan

Nota+prabacaan+&+tulisan — Document Transcript

1. ANALISA TENTANG AKTIVITI PRABACAAN Membaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu. Sekiranya seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membaca pada usia satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar membaca di sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan kejayaan adalah berpasangan, manakala buta huruf dan kegagalan adalah pasangan sebaliknya Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan untuk bacaan awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk manakala aktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan dan pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata dan perkataan sebagai pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata. Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktiviti membezakan bentuk. Objektifnya untuk mengecam bentuk yang berlainan di dalam satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh dijalankan yang bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktiviti lain seperti memadan huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf yang sama, aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri, mengenal susunan atau urutan huruf, aktiviti benda-benda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkan mobil abjad. Pada peringkat murid di prasekolah atau tadika terdapat banyak lagi aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti kotak huruf misalnya yang bertujuan untuk mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan. Permainan lain seperti “Di Manakah Saya”, “Permainan Kad Nama”, “Pokok Nama” dan aktiviti membina perkataan,

2. Kaedah Abjad Berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata , perkataan dan frasa, membaca ayat dan aktiviti mengeja menggunakan Bahan Bantu Belajar yang sesuai. Kaedah ini juga dikenali kaedah mengeja. Murid perlu mengenalpasti nama-nama huruf melalui latihan menyebut dan menghafal abjad a hingga z, huruf besar dan kecil. Penggunaan Bahan Bantu Belajar amat membantu guru bagi membolehkan murid menguasai aktiviti membaca. Setelah murid menghafal semua nama huruf, murid perlu di tekankan nama dan bunyi huruf vokal ( a, e, i, o dan u ). Seterusnya pembentukan suku kata secara berturutan dan diikuti perkataan iaitu latih tubi mengeja. Pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf dan seterusnya diikuti dengan sebutan suku kata. Kaedah Suku Kata Dalam melaksanakan aktiviti seperti menyebut nama huruf abjad A hingga Z, huruf besar dan kecil, menyebut sukukata V(vocal) dan KV (konsonan vocal), mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta latihan membaca ayat penggunaan bahan Bantu belajar yang sesuai diperlukan bagi membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kaedah Pandang dan Sebut Aktiviti utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut. Kaedah ini memerlukan murid melakukan aktiviti

Page 2: PRABACAAN

menyebut perkataan, mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu, barulah huruf atau suku kata. Seterusnya murid dikehendaki membina dan membaca ayat. Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga

3. menggunakan bahan bantu belajar seperti kad imbasan, di mana murid menyebut perkataan-perkataan secara berulang-ulang. Murid sepatutnya memandang gambar objek yang ditunjuk dan seterusnya menyebut perkataannya pula. Ini bermakna dalam kaedah ini, langkah pertama menyebut perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Langkah seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Penggunaan bahan Bantu belajar perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini. Kaedah Fonik Menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyi, tanpa mengingat nama huruf. Bermula huruf vokal, diikuti konsonan dan seterusnya pembentukan sukukata serta perkataan bermakna. Aktiviti yang boleh dilakukan seperti membunyikan huruf dengan asosiasi benda (Bahan Bantu Belajar). Aktiviti membantangkan sukukata dan perkataan ialah menyuruh murid menyebut atau membunyikan perkataan tanpa membatang suku kata menggunakan BBB. Aktiviti seterusnya ialah membaca frasa dan ayat, di mana dengan menggunakan BBB murid dikehendaki membaca frasa, diikuti aktiviti membaca ayat yang lengkap.

4. ANALISA TENTANG AKTIVITI PRATULISAN

Sebagai guru kita boleh menerangkan kepada murid bahawa tulisan (abjad) adalah alat bahasa dan pemikiran yang telah dihasilkan melalui proses jangka masa yang begitu panjang, misalnya abjad A, B, C yang kita lihat sekarang adalah hasil rekaan manusia yang bermula daripada tamadun yang berkurun lamanya. A mislanya abjad oraang Mesir lebih kurang 3000 tahun sebelum masehi. Dalam bidang kreativiti, kita perlu mengesan berbagai jenis bentuk dan makna dari satu-satu perkara. Sebagai contoh abjad W yang mana 2V berjalan bersama atau 2 gigi jerung, abjad M macam gunung atau W terbalik. Banyak lagi perkara-perkara dari abjad lain yang boleh dihidupkan bentuk atau ertinya yang luar biasa yang boleh meningkatkan kreativiti murid dalam mengajar pratulisan. Pratulisan merupakan aktviti penting sebelum murid melangkah ke Tahun Satu. Aktiviti ini dijalankan terutama di kelas prasekolah atau tadika. Ianya merupakan asas untuk untuk kemahiran tulisan mekanis. Menulis merupakan satu penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan, ayat dan lain-lain. Aktiviti pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum dapat menulis huruf dengan kemas dan teratur. Latihannya menitikberatkan perkara-perkara berikut iaitu :- a. latihan–latihan pergerakan tangan b. latihan gerakan tangan yang bebas supaya dapat menulis dengan sempurna c. latihan pergerakan mata dan d. latihan koordinasi mata dan tangan.

5. Latihan-latihan Pergerakan Tangan

Dalam latihan pergerakan tangan,aktiviti seperti menggenggam dan membuka tangan beberapa kali secara berulang-ulang, menggenggam dan menghancurkan atau meronyok sehelai daun atau kertas, mengenggam dan merasa beg yang berisi kekacang dan memegang benda-benda seperti pensel dengan cara guru menunjukkan cara memegang benda-benda dengan cara yang betul. Latihan-latihan gerak jari

Page 3: PRABACAAN

dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya., Aktiviti seperti memasang butang baju dan sebagainya serta latihan membuka dan mengikat semula tali kasut juga merupakan latihan pergerakan tangan . Latihan menggerakkan jari ini supaya murid-murid bersedia untuk menggunakan jari bagi memegang pensel disamping sebagai latihan penggunaan otot-otot tapak tangan dengan aktiviti membuat bentuk daripada plastisin, tanah liat atau tepung yang dibancuh dengan air. Latihan Pergerakan Tangan Yang Bebas Untuk Menulis Dengan Sempurna Aktiviti gerakan tangan secara bebas yang dilakukan oleh murid ini bertujuan supaya murid dapat menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu latihan membentuk garisan lurus, latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garis lurus boleh dilakukan secara bebas. Latihan melukis gambar- gambar mengandungi garisan lurus dan bulat juga termasuk dalam aspek gerakan tangan secara bebas supaya akhirnya murid dapat menulis dengan lebih sempurna. Aktiviti bagi tangan juga boleh dilakukan melalui aktiviti melukis bentuk bebas menggunakan jari di udara, di meja, di lantai, di rumput tanpa menggunakan alat tulis seperti membentuk bulatan, menulis bentuk-bentuk di atas pasir atau tanah. Aktiviti merasa huruf sebenar dalam bentuk 3D, Huruf kertas pasir. Membuat rantai secara bebas turut membantu murid membentuk huruf akhirnya.

6. Latihan Pergerakan Mata

Latihan bagi mata seperti menutup kedua-dua mata murid dengan tangan, membuka mata dan menyebut benda-benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Aktiviti seperti menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Aktiviti lain seperti menyebut benda-benda pelbagai saiz yang dipegang oleh guru. Seterusnya guru boleh menyuruh murid menyebut warna benda atau menyebut bentuk asas objek. Latihan Kordinasi Mata dan Tangan Aktiviti mengelas benda mengikut golongan atau kumpulan merupakan latihan bagi kordinasi mata dan tangan. Aktiviti –aktiviti lain yang boleh dilaksanakan seperti menyusun , mencantum dan mewarna gambar yang diselaras mengikut urutan. Aktiviti lain dalam aktiviti kordinasi mata dan tangan ialah mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf, memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa, mencari sejumlah benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan dan juga aktiviti membuat garisan lurus dari atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan sebaliknya juga dapat melatih murid bagi kordinasi mata dan tangan. Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Bermula di kertas kosong tanpa garisan, diikuti latihan membentuk huruf pada garisan, di mana peringkat ini ialah peringkat menulis mekanis.

7. Berikut ini adalah beberapa contoh kegiatan pra tulisan

1. Mari Menabung Alat yang diperlukan: o Kotak kasut yang salah satu sisinya mempunyai lubang, pstikan lubang berada tidak sejajar/searah satu dengan lainnya, hal ini agar permainan lebih bervariasi dan bertentangan. o Duit syiling/butang baju (lebih baik jika dengan pelbagai ukuran) Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), koordinasi mata tangan, serta melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta pergelangan tangan (bila anak mencuba memasukkan duit syiling /butang baju dengan pelbagai posisi lubang. 2. Membantu menjemur Alat yang diperlukan: o Penyepit kain o Gambar kanak-

Page 4: PRABACAAN

kanak/ saputangan/stokin o Tali diikat diantara dua kerusi) Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), melatih kekuatan jari-jari dan koordinasi dua tangan serta koordinasi mata-tangan.

8. 3. Memasukkan kacang hijau ke dalam penyedut air plastik Alat yang diperlukan: o Penyedut air plastik dan kacang hijau Permainan melatih pola pegang alat tulis, koordinasi dua tangan, koordinasi mata-tangan, melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta melatih konsentrasi dan kesabaran. 4. Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh Alat yang diperlukan: o Tepung gandum,garam,pewarna dan sedikit minyak Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil. 5. Melakar bentuk (objek/ huruf/ nombor) menggunakan jari telunjuk di atas permukaan berlainan seperti di udara dan di pasir. Alat yang diperlukan: Pasir,besen atau bekas yang besar. Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

9. 6. Menyambung Titik Alat yang diperlukan : Pensil,pensil warna, kertas putih. Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil. Aktiviti di atas merupakan contoh yang boleh dikembangkann menjadi kegiatan pra menulis yang bertujuan untuk menyediakan murid untuk menulis dengan baik dan berminat. Nota: Ini adalah hasil analisis yang boleh dikongsi bersama. Rujukan diambil daripada pelbagai sumber. Amatlah diharapkan usaha ini mendapat keberkatan. Salam perkogsian dari PGSR BM IPGM KDRI