pp p1 perniagaan

Click here to load reader

Post on 14-May-2015

1.821 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1.PENGENALAN PEMASARAN 1. PENGENALAN PEMASARAN a. Definisi Pemasaran: Persatuan Pemasaran Amerika (AAM): Satu proses perancangan dan pelaksanaan ke atas harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif organisasi. Kotler (1996): Pemasaran ialah satu proses social ataupun pengurusan dimana individu ataupun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan samada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan atau pihak yang lain. 1. b. Konsep Asas Dalam Pemasaran: Keperluan Manusia mempunyai keperluan yang sangat kompleks, termasuk keperluan yang asas seperti makanan, pakaian, keselamatan dan kasih sayang. Jika keperluan tidak dapat dipenuhi, seseorang itu akan berusaha untuk mencari mendapatkan keperluan tersebut atau mengurangkannya. Kehendak Kehendak manusia terbentuk dari persekitaran budaya dan personality seseorang, dan ini adalah terhasil dari keperluan asasnya. Permintaan Bilamana kehendak dapat disokong oleh kemampuan untuk memiliki, kehendak ini dapat ditukarkan kepada permintaan. Pertukaran Pertukaran merupakan satu aktiviti dimana satu produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh satu pihak akan ditawarkan untuk penukaran oleh satu pihak yang lain dengan menepati syarat-syarat berikut: 1. Dua pihak yang terlibat mempunyai barangan yang berbeza. ii. Pihak yang terbabit mempunyai kebebasan untuk membuat pertukaran. iii.Setiap pihak mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

2. Urusniaga Apabila wujudnya pertukaran dua barangan antara dua pihak, satu urusniaga telah berlaku. Evolusi Konsep Pemasaran Konsep Pengeluaran Di bawah konsep ini, pengguna dianggap sebagai mempunyai kecenderungan untuk memilih keluaran-keluaran yang tersedia dan berharga murah. Bertolak dari itu pengurusan menekankan usahanya untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan agihan. Konsep ini merupakan falsafah tertua yang diperkenalkan oleh pemasar. Konsep ini bersesuaian apabila permintaan sesuatu keluaran melebihi penawaran yang memberi alas an kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan pengeluaran. Satu lagi dimana konsep pengeluaran ini sesuai ialah apabila kos pengeluaran tinggi dan keluaran tersebut memerlukan peningkatan produktiviti untuk menurunkan kos. Konsep pengeluaran tidak begitu sesuai dalam pemasaran moden kerana falsafah ini terlalu menekankan kepada aspek-aspek pengeluaran dan agihan dan bukannya kepada keperluan pengguna. Konsep Keluaran Konsep keluaran beranggapan bahawa pengguna lebih gemar kepada keluaran-keluaran yang berkualiti tinggi, mempunyai banyak ciri rupa dan berprestasi tinggi. Oleh sebab kepentingan utama diberikan kepada penghasilan keluaran bermutu tinggi, penekanan usaha pengurusan mengarah kepada pembetulan dan pembaikan keluaran yang berterusan. Falsafah ini bukannya bersesuaian dengan setiap segmen pasaran yang ada. Sebagai contoh,kebanyakan pemilik kereta tidak mencari kenderaan terbaik di pasaran tetapi memadai dengan kenderaan yang boleh dipercayai. Konsep keluaran boleh menghasilkan myopia pemasaran kerana terlalu menekankan kepada keluaran dan bukannya penyelesaian masalah yang dicari pengguna. Konsep Jualan Teras utama di bawah konsep jualan ialah pengguna tidak akan membeli jumlah keluaran yang mencukupi jika organisasi tidak menyalurkan usaha untuk menjual dan mempromosinya. Oleh itu organisasi yang berpegang kepada konsep jualan mempunyai kecenderungan untuk melibatkan diri dengan teknik penjualan keras (hard selling). Sebagai contoh, individu yang menunjukkan kegemaran terhadap sesuatu model kenderaan akan digesa untuk membuat keputusan pada masa itu juga untuk mengelakkan daripada model itu dijual kepada orang lain. Organisasi akan menggunakan banyak wang untuk mempromosikan keluaran melalui media elektronik, cetak dan lain-lain lagi kerana pengurusan mempercayai bahawa pelaburan ini akan menghasilkan jualan. Segala kelemahan keluaran disorok bagi menghasilkan jualan dan kepuasan pengguna selepas jualan diabaikan. Konsep Pemasaran Moden Falsafah ini menerangkan bahawa pencapaian matlamat sesebuah organisasi bergantung kepada penentuan keperluan dan kehendak pasaran sasaran dan penyampaian kepuasan 3. tersebut dengan lebih cekap dan berkesan daripada saingan. Konsep pemasaran berbeza daripada konsep jualan dari beberapa aspek: Titik permulaan Penekanan Kaedah Matlamat Konsep Jualan Kilang Keluaran kini Jualan dan promosi Keuntungan melalui jumlah jualan Konsep pemasaran Pasaran Keperluan pengguna Pemasaran bersepadu Keuntungan melalui kepuasan pengguna Konsep jualan menekankan kepada keperluan penjual manakala konsep pemasaran menekankan kepada keperluan pembeli. Penjual yang berpegang kepada falsafah jualan menitikberatkan penukaran kepada wang ringgit. Konsep pemasaran memberi penekanan kepada kepuasan pengguna melalui keluaran dan faedah-faedah lain yang ditawarkan. Melalui konsep pemasaran, organisasi menghasilkan keluaran yang dikehendaki oleh pengguna dan dengan itu berjaya menghasilkan keuntungan dengan memuaskan kehendak pengguna. Konsep Pemasaran Kemasyarakatan Di samping memberi kepuasan kepada pengguna sasaran dengan lebih cekap dan berkesan dari saingan, konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat. Pemasar tidak boleh mengambil tindakan sembarangan dalam mencapai objektif organisasinya tetapi perlu mempertimbangkan tentang persekitaran, sumber yang terhad dan masalah kemiskinan dan kelaparan. Falsafah pemasaran kemasyarakatan ini memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan kehendak pengguna melalui cara yang terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangka masa panjang. Tidak seperti konsep pemasaran, konsep ini memerlukan pemasar mengimbangi antara kehendak jangka masa pendek dengan kebajikan pengguna dalam jangka masa panjang. Syarikat yang mengeluarkan system airm panas bertenaga suria sebenarnya menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mengurangkan pergantungan kepada bekalan elektrik pusat yang memerlukan pembinaan empangan dan kerosakan pada persekitaran. c) Fungsi dan Peranan Pemasaran dalam Organisasi. Mempercepatkan Proses Pertukaran Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang atau sebarang faedah. Proses pertukaran yang cepat akan meningkatkan pulangan dan keuntungan perniagaan. Memantapkan dan Memanjangkan Usia Perniagaan 4. Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk atau perkhidmatan yang tidak sesuai kepada pasaran sasar. Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan penjualan produk atau mengubahsuai sedaya upaya untuk memenuhi kehendak pelanggan. Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada kejayaan syarikat untuk jangka masa panjang berbanding yang tidak mengamalkannya. Peluang Perniagaan Dalam Industri Berkaitan. Disamping kerjaya terus dengan aktiviti pemasaran, terdapat banyak peluang kerjaya serta perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran seperti papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan karya kreatif. Industri tambahan ini dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan ekonomi negara. d) Konsep Utiliti Definisi Utiliti Utiliti ialah kuasa pemuasan kehendak terhadap produk atau perkhidmatan.Utiliti terdiri daripada 2 pihak iaitu, pihak pengeluar dan pihak penjual. Utiliti dari pengeluar menukarkan input (bahan mentah) kepada output (produk) yang diperlukan oleh pelanggan. Manakala utility daripada pihak penjual, pengedar dan pemasar ialah menentukan tempat, bentuk, masa, dan pemilikan kepada pelanggan. Utiliti tempat Produk yang dikehendaki, boleh diperolehi ditempat yang dikehendaki oleh pengguna. Contohnya buku rujukan ada di jual di koperasi. Utiliti bentuk Pengguna boleh memperoleh produk yang dikehendaki dalam cirri-ciri (bentuk, warna, saiz) yang mereka kehendaki. Contohnya baju yang berwarna biru dan bersaiz M boleh didapati di pasaran. Utiliti Masa Pengguna boleh memperolehi produk yang dikehendaki pada masa ia diperlukan. Contohnya pengguna yang memerlukan payung kerana secara tiba-tiba hujan turun. Pengguna amat memerlukan produk tersebut pada masa berkenaan, dimana ianya ada dijual dan mudah didapati.. Utiliti pemilikan. Pengguna boleh memiliki produk yang dikehendaki sama ada secara bayaran tunai atau ansuran terhadap sesuatu produk. Dengan ini pengguna dapat memiliki produk tersebut. 1. 2. PADUAN PEMASARAN (MARKETING MIX-4PS) 5. Dalam perancangan dan pelaksanaan strategi pemasaran, pengurus pemasaran akan memberikan penejanan kepada 4 komponen asas. Empat komponen asas ini dipanggil 4Ps ataupun dipanggil paduan pemasaran. Ianya merangkumi Produk, Harga, Promosi dan Saluran Pengedaran. a) Produk Produk ialah satu barangan, perkhidmatan atau idea yang akan dapat memenuhi keperluan pengguna. Membentuk dan mendapatkan idea untuk satu produk baru adalah satu cabaran besar kepada pemasar yang seharusnya juga mengambilkira persekitaran yang sentiasa berubah. Contohnya perubahan teknologi, keperluan dan kehendak pengguna dan persekitaran ekonomi. Memenuhi kehendak pengguna selalunya menyebabkan berlakunya perubahan kepada produk sedia ada. b) Harga Ianya berkaitan dengan pemilihan harga yang bersesuaian bagi sesuatu produk. Perletakan harga mestilah mengambilkira kesemua kos yang terlibatseperti kos operasi pengeluaran, pentadbiran, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, kos pemasaran, iklan dan gaji pekerja. Dalam masa yang sama harga produk tidak boleh terlalu tinggi dimana ini akan menyebabkan pengguna memilih produk saingan. Harga produk yang tinggi selalunya tidak dapat meningkatkan jumlah jualan yang tinggi tetapi cukup untuk mendapatkan untung yang besar. Bagi sesetengah produk, harga yang tinggi akan dikaitkan dengan produk yang berkualiti tinggi. Syarikat juga boleh mengenakan harga