polygreen pmk - polimelaka.edu.my · contoh pengurangan bil tahun 2014 dengan 2015. c....

6
JAWATANKUASA PENGURUSAN AIR POLYGREEN PMK PROJEK: SMART GREEN TRIPLE WATER SAVING SYSTEM STATUS PROJEK: SEDANG DILAKSANAKAN

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JAWATANKUASA PENGURUSAN AIR

POLYGREEN PMK

PROJEK: SMART GREEN TRIPLE WATER

SAVING SYSTEM

STATUS PROJEK: SEDANG DILAKSANAKAN

PROJEK: SMART GREEN TRIPLE WATER SAVING SYSTEM

LATAR BELAKANG PROJEK:

SMART GREEN TRIPLE WATER SAVING SYSTEM terdiri daripada 3 sistem iaitu water

monitoring, rain water harvesting, dan aduan aplikasi pintar (Smart Green Water Saving Application).

Water monitoring system merupakan kaedah pemantauan utiliti air bulanan secara efisien dan

sistematik. Secara signifikan ia dapat memudahkan proses pemantauan utiliti air bulanan serta

mengesan kawasan yang bermasalah (zon merah) untuk diambil tindakan segera. Rain water

harvesting system pula dapat membantu meminimakan penggunaan air terawat di Politeknik Melaka

di samping memaksimumkan penggunaan semula air hujan dengan lebih berkesan. Bagi

meningkatkan kecekapan pemantauan bil, Smart Green Water Saving Application telah dibangunkan.

Ia adalah satu sistem aduan secara aplikasi pintar melalui android dan OS, dimana ia adalah sistem

yang menjimatkan masa, kos dan mesra pengguna.

3.0 OBJEKTIF

a. Menggalakkan penggunaan air hujan secara efisien melalui pembangunan Rain Water Harvesting

System.

b. Memperluaskan amalan teknologi hijau di dalam Politeknik Melaka sebagai menyahut kempen

Melaka Bandar Teknologi Hijau.

c. Menyahut seruan perbelanjaan berhemah atau penjimatan perbelanjaan selaras dengan langkah

penjimatan kerajaan

d. Menghasilkan aplikasi penyenggaraan yang lebih efisien dan mesra pengguna menggunakan

aplikasi telefon pintar.

PROSES PELAKSANAAN

Pelaksanaan projek ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu

1. Water monitoring system

2. Rain Water harvesting System

3. Aduan aplikasi pintar (Smart Green Water Saving Application)

1. Water monitoring system Sistem ini telah dilaksanakan secara berterusan melalui penyemakan bil bulanan yang

direkodkan ke dalam sistem. Tiga kod warna telah diperkenalkan bagi mengenalpasti status

penggunaan utiliti air di lot-lot di Politeknik Melaka. Ianya dikodkan seperti berikut:

KOD WARNA BAYARAN (RM) KATEGORI STATUS

Merah RM200 dan ke atas Tinggi Kritikal

Kuning RM100 – RM200 Sederhana Berjaga-jaga

Hijau RM0-RM100 Rendah Terkawal

2. Rain Water Harvesting System

Sistem ini dijalankan di surau Ar-Raudhah, Politeknik Melaka yang mana ianya melibatkan penggunaan dua

buah tangki air berkapasiti 250 gelen setiap satu yang dihubungkan dengan saluran tadahan hujan. Ia

disambungkan dengan meter air bagi memudahkan pemantauan penggunaan air hujan yang khususnya

digunakan untuk wuduk dan landskap di sekitar surau. Sebelum pemasangan sistem ini, sumber air bagi

Surau Ar-Raudhah adalah dari meter air Bengkel Kayu 1,2 dan 3

Rajah 1: Lakaran 3D rain water

harvesting system

Rajah 2: Tangki berkembar rain water

harvesting system

3. Aduan aplikasi pintar (Smart Green Water Saving Application)

Sistem ini merupakan teknologi perisian telefon pintar bagi menghasilkan suatu kaedah dan

solusi yang praktikal dalam usaha memudahkan proses aduan dilaksanakan dengan efisien. Dalam

masa yang sama dapat mengaplikasikan inovasi berbentuk TVET melalui sesi pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu dengan wujudnya, Smart Green Water Saving Application ini juga merupakan

suatu pendekatan baru bagi organisasi dalam memantau kos utiliti air serta penggunaannya secara

bulanan mulai Januari 2015.

IMPAK INOVASI SMART GREEN TRIPLE WATER SAVING SYSTEM

a. Memperlihatkan kawasan Politeknik Melaka sebagai sebuah institusi pendidikan

berteknologi tinggi melalui penggunaan dan amalan teknologi hijau.

b. Pengurangan kos pembayaran utiliti air daripada keseluruhan bil yang biasa

contoh pengurangan bil tahun 2014 dengan 2015.

c. Masalah-masalah pembangunan boleh diatasi secara terus menerusi laporan

dalam perisian telefon dan laman web

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, SMART GREEN TRIPLE WATER SAVING SYSTEM telah

digunakan complete cycle merangkumi proses tadahan, penggunaan dan

mengukur air hujan. Manakala penggunaan aplikasi pintar untuk mendapatkan

aduan kerosakan dilihat dapat melicinkan proses penyelenggaraan kerosakan

perpaipan. Organisasi juga dapat menganalisa kos utility air dengan lebih efisien

dan mengenalpasti zon kritikal yang memerlukan penyelengaraan segera.