pn.salina tutorial

49
Kata Arah

Upload: liew-hui-hui

Post on 14-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

Kata Adverba

Kata Arah

Perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.Digunakan untuk menunjukkan arah.Contoh Atas BawahTepiAntaraHadapanUtaraSisiLuarKata ArahPerkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.Kata ArahRumah saya terletak di timur Singapura.Frasa NamaKata SendiKata ArahContohKata ArahKucing Siam itu tidur di bawah pokok.Frasa NamaKata SendiKata ArahContohAnjing itu masuk ke dalam semak setelah dihalau.Frasa NamaKata SendiKata Arah

Sisi = Tepi / SebelahPusat = Tengah

Sudut = Penjuru/ HujungAntara

Kata AdverbaKata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.Contoh ayat:1.Kami selalu memperkatakan hal itu.2.Olahragawan itu sihat sentiasa.3.Hari jadinya ialah hari esok.4.Ahli perniagaan itu sering kali ke London.

KATA BILANGANKata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung atau membilang sesuatu. Dalam bahasa Melayu baku, kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu:a) Kata bilangan tentub) Kata bilangantak tentuc) Kata bilangan himpunand) Kata bilangan pecahane) Kata bilangan pisahanf) Kata bilangan tingkat

Jenis KataKeteranganPeneranganAyat ContohKata bilangantentuKata bilangan yang telah ditentukan jumlah atau bilangannya. Contoh: satu, tiga, enam, sepuluh, tiga ratus, lapan ribu, enam juta 1 Kerani itu sedang mengepit satu keping fail.2 Dua buah kelapa muda itu telah ditebuk tupai.Kata bilangantak tentuKata bilangan yang tidak diketahui jumlah/bilangannya. Contoh:para, semua, sesetengah, banyak,pelbagai 1 Semua penghuni kampung itu akan dipindahkan ke tempat lain.2 Banyak rumah dan harta benda musnah dalam kejadian banjir lumpur itu.Kata bilanganhimpunanKata bilangan himpunan asalnya ialah kata bilangan tentu tetapi telah digandakan dan ditambah dengan imbuhan ke- dan ber-. Contoh: berpuluh-puluh, berjam-jam, ketiga-tiga, kelapan-lapan1 Kedua-dua buah jambatan itu rosak teruk.2 Sudah bertahun-tahun kejadian itu berlaku.Kata bilanganpecahanKata bilangan yang berbentuk pecahan. Contoh: setengah, satu per empat, dua per , tiga per lapan 1 Setengah bahagian kek itu telah dihurungi semut.2 Dia mengambil masa hampir tiga per empat jam untuk menyiapkan permohonan itu.Kata bilanganpisahanKata bilangan yang digunakan untuk membilang sesuatu secara berasingan. Contoh: tiap-tiap/setiap dan masing-asing1 Tiap-tiap petang, Pak Ali membawa cucunya itu bersiar-siar di taman bunga.2 Mereka gagal menyiapkan kerja masing-masing dalam masa yang telah ditetapkan.Kata bilangan tingkatKata bilangan yang asalnya kata bilangan tentu tetapi telah ditambah dengan imbuhan ke. Contoh: ketiga, ketujuh, kedua belas, ketiga ratus, kedua juta 1 Setelah masuk hari yang ketujuh barulah dia berasa badannya agak ringan sedikit.2 Zainah memilih nombor giliran kedua untuk temuduga jawatan kerani itu.Dalam penulisan elakkan daripada melakukan kesalahan seperti yang berikut:-1.Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tentu. Contoh: a) Lima guli itu telah retak. (X) b) Lima biji guli itu telah retak. ()

Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tentu yang telah sedia membawa makna jamak. Contoh:a) Sepuluh buah kilang-kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. (X)b) Sepuluh buah kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. ()

3. Kesalahan meletakkan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tak tentu. Contoh:a) Banyak orang pelajar lulus dalam ujian sains itu. (X)b) Banyak pelajar lulus dalam ujian sains itu. () 4. Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tak tentu. Contoh:a) Para guru-guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. (X)b) Para guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. () 5. Kesalahan menulis singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat. Contoh:a) Kelapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. (X)b) Kelapan-lapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. () 6. Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan himpunan. Contoh:a) Kedua-dua bakul itu penuh berisi sayur. (X)b) Kedua-dua buah bakul itu penuh berisi sayur. ()7. Kesalahan menggunakan kata bilangan tak tentu para menjadi para-para. Contoh:a) Para-para menteri itu sedang bermesyuarat. (X)b) Para pelajar itu berasal dari Jepun. ()

8. Kesalahan menulis ringkas kata bilangan tak tentu berbagai-bagai menjadi berbagai sahaja. Contoh:a) Berbagai barang antik ada dipamerkan di situ. (X)b) Berbagai-bagai barang antik ada dipamerkan di situ. ()9. Kesalahan menulis singkat kata bilangan pisahan tiap-tiap menjadi tiap sahaja.Contoh:a) Tiap petang dia bermain badminton. (X)b) Tiap-tiap petang dia bermain badminton. ()Kata adverba dapat hadir di hadapan dan juga di belakang frasa.Dalam ayat 1, kata adverba selalu hadir di hadapan kata kerja memperkatakan, manakala dalam ayat 4, kata adverba sering kali hadir di hadapan frasa sendi nama ke London.Contoh kehadiran kata adverba di belakang frasa ialah sentiasa dalam ayat 2 yang hadir sesudah kata adjektif sihat, dan esok dalam ayat 3 yang hadir sesudah kata nama hari.Kata adverba tidak dianggap sebagai golongan kata utama, bahkan golongan kata tugas, kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa prediket, seperti halnya dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.Dalam ayat yang berikut, walaupun nampaknya mengandungi kata adverba yang berfungsi sebagai predikat, tetapi sebenarnya ayat-ayat ini merupakan ayat minimal(ayat yang ada bahagiannya telah digugurkan kerana dipengaruhi oleh bahasa lisan).Contoh ayat:1.Perhubungannya langsung.2.Ketibaan mereka esok.3.Jawapannya demikian.

Ayat penuh bagi ayat minimal di atas adalah seperti yang berikut:1a.Perhubungannya secara langsung.2a.Ketibaan mereka pada hari esok.3a.Jawapannya secara demikian.Dalam ayat penuh 1a, kata adverba langsung menerangkan frasa nama secaraDalam ayat penuh 2a, kata adverba esok menerangkan frasa sendi nama pada hari,Dalam ayat penuh 3a, kata adverba demikian menerangkan frasa nama secara

yang menunjukkan bahawa kata adverba tidak boleh menjadi unsur inti bagi predikat.i. Bentuk Kata AdverbaDigolong kepada 4 bentuk:

a. Kata adverba jatib. Kata adverba yang asalnya kata adjektifc. Kata adverba yang asalnya kata kerjad. Kata adverba bentuk gandaan

a. Kata adverba jatiTerdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama, yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata lain.Contoh:-semalam -kelmarin-esok-sering kali-acap kali-kelak-sekarang-pertama kali-tadi-kemudian-barangkali-lusa-kerap kali-julung kali-tulat-sentiasa/senantiasa-kadang-kadang-jarang kali-sekali gus-saling-serentak-langsung-dahulu-demikian-sempat-nyaris-agaknya-nanti-begitu-kadangkala-beginiContoh dalam ayat:

1. Pelancong itu akan tiba esok dari New Zealand.2. Sejak peristiwa itu, dia sering kali sakit.3. Pegawai itu sentiasa sahaja di sini.4. Murid-murid tadika menjawab soalan gurunya secara serentak.5. Orang yang begitu pandai pun boleh tertipu.

b. Kata adverba yang asalnya kata adjektifBerasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.

Contohnya:-berjalan laju -panjang lebar -sakit kuat-besar panjang -mengalir lesu -ketawa besar-terbang tinggi -tinggi lampai -hampir terjatuh -ke hospital segera -kurang berhati-hati -dari rumah selalu -bertiup kencang -sering di pejabatContoh dalam ayat:

1. Penulis itu membayangkan air sungai itu mengalir lesu.2. Fatimah hampir terjatuh ketika menyidai kain basuhannya.3. Dia pulang apabila mendengar ibunya sakit kuat.4. Anak bongsu Pak Busu sudah besar panjang.5. Guru Besar itu sering di pejabat.

c. Kata adverba yang asalnya kata kerjaBerasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.Contoh:-berjalan mengiring-hitam berkilat-terbang meninggi-merah menyala-berenang menelentang-tenang membiru-putih berseri -di rumah bersendirian-tinggi mengawan-ke hutan menyendiriContoh dalam ayat:

Ketam ialah haiwan yang berjalan mengiring.Pemuda itu suka berenang menelentang.Kulit tuan puteri itu putih berseri.Layang-layang itu tinggi melangit apabila ditiup angin.Orang tua itu sering ke hutan menyendiri.d. Kata adverba bentuk gandaanPerkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.

Terdapat 3 bentuk kata adverba berganda:i. Kata adverba penggandaan penuhii. Kata adverba penggandaan separaiii. Kata adverba penggandaan berentak i. Kata adverba penggandaan penuhPerkataan yang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya.Contoh:-betul-betul-pura-pura-sedikit-sedikit-cepat-cepat-jarang-jarang-sama-sama-laju-laju-tinggi-tinggi-malam-malam-diam-diamContoh dalam ayat:1. Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya yang telah lama terpisah.2. Pemuda itu pura-pura baik sewaktu berhadapan dengan bakal mentanya.3. Simpanlah duit sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.4. Mereka itu berjalan cepat-cepat supaya tidak ketinggalan.5. Kebelakangan ini dia jarang-jarang ke rumah saya.ii. Kata adverba penggandaan separaTerhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya.

Terdapat dua jenis penggandaan separa:Penggandaan separa berawalanPenggandaan separa berakhiranKata adverba penggandaan separa berawalanPerkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak awalannya.Contoh:-berdikit-dikit-terkedek-kedek-bermalam-malam-terkial-kial-bersungguh-sungguh-berderet-deret-sekali-kali-sepandai-pandai-setinggi-tinggi-terburu-buru-teresak-esak-terjengket-jengket-terkeseng-keseng-tersipu-sipu

Contoh dalam ayat:Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu.Sekawan itik berjalan terkedek-kedek menyeberang jalan.Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua.Kakak menangis teresak-esak apabila menerima berita buruk itu.Pelajar itu menelaah bersungguh-sungguh untuk peperiksaannya.Kata adverba penggandaan separa yang setelah menerima awalan se- boleh juga menerima bentuk nya.Contohnya:

selama-lamanya-sebodoh-bodohnyaseikhlas-ikhlasnya-setinggi-tingginyasecepat-cepatnya-semahu-mahunyaContoh dalam ayat:1. Dia melompat setinggi-tingginya untuk melepasi kayu galang itu.2. Pahlawan yang terkorban itu dikenang selama-lamanya.3. Kereta ambulans itu ke tempat kemalangan secepat-cepatnya.4. Saya yakin sesungguh-sungguhnya tentang keesaan TuhanKata adverba penggandaan separa berakhiranPerkataan yang terhasil daripada proses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya.

Contoh:gila-gilaan-kecil-kecilanhabis-habisan-mati-matianbesar-besaranContoh dalam ayat:1. Mereka menari gila-gilaan menyambut kedatangan tahun baharu.2. Pasukan bola sepak negara bermain habis-habisan untuk mempertahankan kejuaraannya.3. Hartawan itu berbelanja besar-besaran untuk majlis perkahwinan anak bongsunya.4. Dalam bulan Ramadan, ramai yang berniaga kecil-kecilan.5. Para perajurit berjuang mati-matian mempertahankan tanah air.iii. Kata adverba penggandaan berentakPerkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu.

Contoh:-menangis sedu-sedan -berlari susup-sasap-berbunyi hingar-bingar -lari lintang-pukang-berjalan mundar-mandir -datang serta-merta-berjalan huyung-hayangContoh dalam ayat:Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya.Pasar itu kedengaran hingar-bingar sepanjang hari.Mereka berlari susup-sasap untuk menyembunyikan diri.Budak nakal itu lari lintang-pukang apabila dikejar anjing garang.Pemuda yang cedera itu berjalan huyung-hayang di kaki lima.Kata PascakataDalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan.Bentuk itu ialah nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya.

Kata Penekanbentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.Contoh dalam ayat:1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.2. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.3. Bahawasanya pindaan perlembagaan itu wajar dilakukan pada masa ini.Kata Pembendabentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya.Contoh dalam ayat:1. Lajunya ialah 100 km sejam.2. Bukan kepalang sakitnya.3. Dia berhujah dengan lantangnya.4. Datangnya secara mendadak.