pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

37
Tajuk 1: Pentaksiran, Pengujian & Penilaian Disediakan oleh: Atiya Atiqah Abd Halim Siti Nor Azimah Jusoh Nurfatihah Bt. Muhammad ‘Ariff Fadhillah

Upload: kpm

Post on 19-Jun-2015

1.091 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bmm3103

TRANSCRIPT

  • 1. Tajuk 1: Pentaksiran, Pengujian & Penilaian
    • Disediakan oleh:
  • Atiya Atiqah Abd Halim
  • Siti Nor Azimah Jusoh
  • Nurfatihah Bt. Muhammad Ariff Fadhillah

2. Konsep Pentaksiran

  • Pentaksiran ialah satuprosesmendapatkanmaklumatdan seterusnya membuatpenghakimantentangproduksesuatu proses pendidikan. Maklumat yang dikumpulkan meliputi hal-halberkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman pula melibatkan hal-hal sepertipencapaian dari aspek pendidikan, manakala produk pulamelibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.

3.

  • Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
  • Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
  • Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
  • Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

4. KONSEP PENTAKSIRAN

  • Langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu. (Mokhtar Ismail)
  • Status dan nilai juga dapat ditentukan selepas menjalankan pentaksiran.
  • Pentaksiran turut penting bagi menentukan kedudukan / pencapaian murid.

5. KONSEP PENTAKSIRAN

  • Dalam konteks pendidikan,pentaksiranmerupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

6. KONSEP PENTAKSIRAN

  • Pentaksiranharuslah dilihat sebagai :
  • Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
  • Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
  • Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
  • Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

7. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran:-

  • i. Instrumen
  • ii. Kumpulan yang ditaksir
  • iii. Respon
  • iv. Kumpulan yang menaksir
  • v. Skor

8. Pengujian 9. Maksud pengujian

  • Mengukur tingkah laku kerana ia memerlukan seseorang pelajar menunjukkan (dengan cara menanda, mengisi atau mengarang) perkara-perkara yang telah dipelajarinya.
  • Cara melaksanakannya juga harus ditetapkan, dan cara memberi markat ditentukan dengan terperinci.
  • Semua pelajar akan mengambil ujian yang sama di dalam keadaan yang sama.

10. Tujuan pengujian

  • menentukan cara dan tujuan pengujian yang baik
  • menguji kefahaman
  • makluman mengenai kelemahan dan kekuatan
  • memberi makluman balik kepada murid

11. Kegunaan pengujian

  • mendapatkan pemerhatian objektif
  • menilai prestasi pelajar di kawasan terkawal
  • meramalkan tingkah laku masa depan

12. Jenis ujian

  • Ujian pencapaian
  • Ujian kemahiran
  • Ujian bakat

13. Ciri-ciri ujian yang baik

  • Kesahan
  • -kesahan rupa
  • -kesahan berhubung dengan kriteria
  • -kesahan isi
  • kebolehpercayaan

14. Bentuk ujian

  • Ujian objektif
  • Ujian subjektif
  • Ujian esei

15. Ciri-ciri ujian objektif

  • jenis aneka pilihan
  • soalan perlu berlainan
  • penggunaan bahasa yang tepat
  • satu saja pilihan betul
  • tatabahasa yang betul
  • satu soalan menguji satu aspek
  • soalan tidak boleh bertindih
  • dulukan soalan mudah

16. Kelemahan ujian esei

  • aspek bahasa yang digunakan terhad
  • pengetahuan pelajar mempengaruhi pengolahan
  • kesukaran pemeriksa

17. Cara Memperbaiki Keberkesanan Ujian Esei

  • penyediaan ujian
  • tajuk perlu sesuai untuk semua
  • tajuk dan arah perlu khusus
  • pilihan tajuk ditiadakan
  • tajuk karangan diuji sebelum ditugaskan

18. PENILAIAN 19. Pengertian Konsep 20.

  • satu proses sistematik untuk menetukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.
  • suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.
  • melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

21.

  • -melibatkan tiga proses utama iaitu:
  • menentukan ukuran
  • menganalisis ukuran
  • menyatakan nilai/ menginterpretasi ukuran.

22. Menurut Stufflebeam (1971),

  • penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
  • Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan.

23.

  • Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk
  • - Kualitatif sahaja :
    • gred (A,B,C.D)
    • dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus atau gagal
    • - Kuantitatif sahaja :
    • Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat, tepat dan bersih

24. KATEGORI PENILAIAN

  • Penilaian KEndiri:
  • bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama ada memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujain atau peperiksaan.
  • Penilaian Guru
  • bertujuan mennetukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya

25.

  • Penilaian Piawai
  • bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.
  • Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil yang bakal diberikan kepada seseorang pelajar

26. JENIS-JENIS PENILAIAN PENILAIANSUMATIF PENILAIANFORMATIF PENILAIAN PRAKELAYAKAN& DIAGNOSTIKPENILAIANALTERNATIF 27.

  • Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar.
  • Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit.

PENILAIANFORMATIF 28.

  • Bagi memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oelh guru: - menentukan tajuk pengajaran
  • - menentukan aspek penguasaan
  • - menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk
  • - membina soalan ujian
  • - mencadangkan tindakan susulan

29.

  • Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus.
  • Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi persekolahan.
  • Skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajarandan pembelajaran pelajar.

PENILAIANSUMATIF 30.

  • Secara am, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka.
  • Gred yang diperoleh boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian dikalangan pelajar.
  • penilaian suamtif juga dapat dijadikan petunjuk samada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak

31.

  • Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi.
  • Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya.
  • Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.

PENILAIAN PRAKELAYAKAN& DIAGNOSTIK 32.

  • Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.
  • Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.
  • Sebagai contoh, guru boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu kursus melalui portfolio yang disediakan oleh pelajar

PENILAIANALTERNATIF 33. TUJUAN PENILAIAN Diagnosis Pencapaian Pemilihan danpenempatan Bimbingan dankaunseling 34.

  • - Maklumbalas yang diberikan dapat digunakan untuk mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar dari sudut :
  • Tahap : sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.
  • kecekapan: cepat, cergas , lemah

DIAGNOSIS 35.

  • Hasil penilaian menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal.
  • Pihak sekolah menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

PENCAPAIAN 36.

  • Guru memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka.
  • Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu.

PEMILIHAN DANPENEMPATAN 37.

  • pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ini mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri.
  • mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
  • motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran ialah iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

BIMBINGAN DANKAUNSELING