pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

37
Tajuk 1: Pentaksiran, Pengujian & Penilaian Disediakan oleh: Atiya Atiqah Abd Halim Siti Nor Azimah Jusoh Nurfatihah Bt. Muhammad ‘Ariff Fadhillah

Upload: kpm

Post on 19-Jun-2015

1.325 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pembentangan bmm3103

TRANSCRIPT

Page 1: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Tajuk 1:Pentaksiran, Pengujian & Penilaian

Disediakan oleh:Atiya Atiqah Abd HalimSiti Nor Azimah JusohNurfatihah Bt. Muhammad ‘Ariff Fadhillah

Page 2: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Konsep Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses

mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat yang dikumpulkan meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman pula melibatkan hal-hal seperti pencapaian dari aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Page 3: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Proses: Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

Penghakiman: Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Produk: Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Page 4: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

KONSEP PENTAKSIRAN

Langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu. (Mokhtar Ismail)

Status dan nilai juga dapat ditentukan selepas menjalankan pentaksiran.

Pentaksiran turut penting bagi menentukan kedudukan / pencapaian murid.

Page 5: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

KONSEP PENTAKSIRAN

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Page 6: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.

Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.

Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

Page 7: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran:- i. Instrumen ii. Kumpulan yang ditaksir iii. Respon iv. Kumpulan yang menaksir v. Skor

Page 8: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Pengujian

Page 9: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Maksud pengujian  Mengukur tingkah laku kerana ia memerlukan

seseorang pelajar menunjukkan (dengan cara menanda, mengisi atau mengarang) perkara-perkara yang telah dipelajarinya.

Cara melaksanakannya juga harus ditetapkan, dan cara memberi markat ditentukan dengan terperinci.

Semua pelajar akan mengambil ujian yang sama di dalam keadaan yang sama.

Page 10: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Tujuan pengujian menentukan cara dan tujuan pengujian

yang baik menguji kefahaman makluman mengenai kelemahan dan

kekuatan memberi makluman balik kepada murid

Page 11: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Kegunaan pengujian mendapatkan pemerhatian objektif menilai prestasi pelajar di kawasan

terkawal meramalkan tingkah laku masa depan

Page 12: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Jenis ujian Ujian pencapaian Ujian kemahiran Ujian bakat

Page 13: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Ciri-ciri ujian yang baika) Kesahan

-kesahan rupa-kesahan berhubung dengan kriteria-kesahan isi

a) kebolehpercayaan

Page 14: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Bentuk ujianUjian objektif

Ujian subjektif

Ujian esei

Page 15: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Ciri-ciri ujian objektif jenis aneka pilihan  soalan perlu berlainan penggunaan bahasa yang tepat satu saja pilihan betul tatabahasa yang betul satu soalan menguji satu aspek soalan tidak boleh bertindih dulukan soalan mudah

Page 16: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Kelemahan ujian esei aspek bahasa yang digunakan terhad pengetahuan pelajar mempengaruhi

pengolahan kesukaran pemeriksa

Page 17: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Cara Memperbaiki Keberkesanan Ujian Esei penyediaan ujian tajuk perlu sesuai untuk semua tajuk dan arah perlu khusus pilihan tajuk ditiadakan tajuk karangan diuji sebelum

ditugaskan 

Page 18: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

PENILAIAN

Page 19: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Pengertian Konsep

Page 20: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

satu proses sistematik untuk menetukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.

suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.

melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

Page 21: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

-melibatkan tiga proses utama iaitu: menentukan ukuran menganalisis ukuran menyatakan nilai/ menginterpretasi

ukuran.

Page 22: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti,

memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.

Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan.

Page 23: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk-Kualitatif sahaja : gred (A,B,C.D) dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus

atau gagal-Kuantitatif sahaja : Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta

dengan cepat, tepat dan bersih

Page 24: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

KATEGORI PENILAIANPenilaian KEndiri:

☻bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama ada memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujain atau peperiksaan.

Penilaian Guru☻ bertujuan mennetukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya

Page 25: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Penilaian Piawai ☻ bertujuan menentukan percapaian seseorang

pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.

☻ Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil yang bakal diberikan kepada seseorang pelajar

Page 26: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

JENIS-JENIS PENILAIANPENILAIAN

SUMATIF PENILAIAN FORMATIF

PENILAIAN PRA KELAYAKAN

& DIAGNOSTIK PENILAIAN

ALTERNATIF

Page 27: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar.

Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit.

PENILAIAN FORMATIF

Page 28: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Bagi memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oelh guru:

- menentukan tajuk pengajaran - menentukan aspek penguasaan - menghubungkait elemen-elemen

dalam tajuk - membina soalan ujian - mencadangkan tindakan susulan

Page 29: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus.

Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi persekolahan.

Skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran dan pembelajaran pelajar.

PENILAIAN SUMATIF

Page 30: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Secara am, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka.

Gred yang diperoleh boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian dikalangan pelajar.

penilaian suamtif juga dapat dijadikan petunjuk samada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak

Page 31: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi.

Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya.

Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.

PENILAIAN PRA KELAYAKAN

& DIAGNOSTIK

Page 32: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.

Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.

Sebagai contoh, guru boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu kursus melalui portfolio yang disediakan oleh pelajar

PENILAIAN ALTERNATIF

Page 33: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

TUJUAN PENILAIAN

Diagnosis Pencapaian

Pemilihan dan penempatan

Bimbingan dan kaunseling

Page 34: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

- Maklumbalas yang diberikan dapat digunakan untuk mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar dari sudut :☻Tahap : sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. ☻ kecekapan: cepat, cergas , lemah

DIAGNOSIS

Page 35: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Hasil penilaian menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal.

Pihak sekolah menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

PENCAPAIAN

Page 36: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

Guru memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka.

Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu.

PEMILIHAN DAN PENEMPATAN

Page 37: Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian

pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ini mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri.

mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran ialah iaitu

motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING