pjj jkp 211 (assigment) dz.doc
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUHUNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PULAU PINANGTUGASAN JKP 211 (PENTADBIRAN AWAM)
Soalan : Dilema antara skop / saiz sesebuah Kementerian dengan bilangan Kementerian merupakan antara isu utama dalam pentadbiran Awam di Malaysia. Bincangkan
Pengenalan
Sebelum kita membicarakan dan mengupas setiap persoalan yang berkaitan dengan tajuk
adalah sebaik-baiknya kita memberikan maksud dan pengertian disebalik Pentadbiran Awam
dan juga maksud dan pengertian Kementerian.
Pengertian Pentadbiran Awam
Menurut pernyataan K.Ramanathan di dalam bukunya “Konsep Asas Pentadbiran
Awam” menyatakan pentadbiran awam ialah alat kerajaan yang penting yang secara langsungnya
terlibat dalam memberi keberkesanan kepada mana-mana pemerintahan.Pentadbiran Awam juga
meliputi Pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam menjayakan semua dasar awam
yang telah diluluskan oleh badan perundangan.
Berdasarkan huraian di atas dapat dirumuskan bahawa istilah pentadbiran awam sering
digunakan untuk merangkumi semua organisasi, kakitangan , tindakan serta peraturan-peraturan
yang diluluskan oleh Dewan Perundangan.
Menurut Ahmad Atory b. Hussain pula di dalam bukunya “Pengantar Pentadbiran
Awam” menyatakan bahawa pentadbiran awam merupakan sebuah organisasi yang mempunyai
struktur dan fungsi yang tertentu .Organisasi pula adalah sebuah unit kumpulan manusia yang
sengaja dibina untuk mencapai matlamat tertentu melalui pembahagian –pembahagian tertentu
seperti tenaga kerja, kuasa dan komunikasi.Ia juga perlu mengawal dan mengarah langkah-
langkah yang harus diambil untuk mencapai matlamat tersebut dan menggantikan pegawai-
pegawai yang tidak cekap dengan pegawai –pegawai yang cekap.
1

Pengertian Kementerian
Kementerian merupakan pihak eksekutif yang bertanggungjawab untuk keseluruhan
pentadbiran awam yang terdiri daripada sekumpulan ahli-ahli politik yang berkuasa dan dikenali
sebagai menteri –menteri kabinet.Kabinet pula bertanggungjawab untuk keseluruhan sektor
awam kepada dewan perundangan.Pentadbiran awam yang besar biasanya akan dipecah-
pecahkan kepada kumpulan kecil supaya seorang menteri kabinet dapt menguruskannya dengan
lebih cekap dan telus.Inilah sebabnya setiap bahagian yang telah dibahagikan itu dipanggil
Kementerian.
Pada umumnya , setiap jabatan dalam pentadbiran awam juga disebut kementerian
sungguhpun lebih daripada satu jabatan boleh dikumpulkan dalam satu kementerian.Agensi-
agensi pusat yang penting,umpamanya Perbendaharaan biasanya diketuai oleh seorang menteri
yang diletakkan di bawah Perdana Menteri yang disebut Jabatan Perdana Menteri.
Sejarah Dan Perkembangan Pentadbiran Awam Di Malaysia
Perkhidmatan kerajaan yang ada pada masa sekarang sebenarnya bermula di Pulau Pinang
dalam tahun 1786.Menurut sejarah , Pulau Pinang pada masa itu merupakan sebuah pelabuhan
yang maju dan sibuk bagi urusan perdagangan antara pihak Inggeris dengan orang –orang
cina.Kerja-kerja di pelabuhan itu diuruskan oleh sebilangan kecil pegawai yang diketuai oleh
Kapten Francis Light. Beliau merupakan seorang penguasa perdagangan dan di bawahnya
diletakkan seorang penyelenggaraan setor, seorang pengurus pantai dan seorang ketua
pantai.Secara gambaran kasarnya merekah yang menjadi pelopor perkhidmatan awam sekarang
ini.
Antara tahun 1874 hingga 1888, negeri Perak,Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
terletak di bawah naungan British.Tempoh ini menjadi tempoh yang mencapai banyak kemajuan
dan menjadi penting untuk memperbesarkan perkhidmatan awam.Kemajuan ini terus
berkembang sehingga abad yang ke-20.Pada awal abad yang ke-20 , (1930-an) satu perubahan
telah berlaku dalm struktur perkhidmatan awam yang berkaitan dengan pegawai-pegawai kanan,
2

iaitu pembentukan Perjawatan Tanah Melayu yang ditubuhkan untuk menjaga dan
membahagikan pegawai-pegawai kanan antara Negeri-negeri Selat.
Perjawatan ini kekal hingga pada tahun 1954 di mana pada tahun ini pegawai-pegawai
kanan telah dipecahkan kepada dua unit.Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun
1957, Pentadbiran kerajaan telah menghadapi banyak cabaran baru iaitu pentadbiran tempatan
terpaksa menyesuaikan kedudukannya untuk menjalankan kerjas-kerja baru termasuklah hal yang
berkaitan dengan dalam dan luar negara. Cabaran baru ini timbul kerana sebelum merdeka,
kebanyakan pegawai-pegawai kanan kerajaan dikuasai oleh golongan elit Inggeris hanya
segelintir sahaja golongan tempatan yang diberi peluang untuk memegang jawatan penting dalam
pentadbiran kerajaan awam.Namun apabila kemerdekaan dicapai, terpaksalah perubahan
diadakan iaitu dengan menubuhkan sebuah kerajaan yang dipersetujui oleh rakyat dan bukan
kerajaan oleh orang asing yang memerintah orang-orang di bawah naungannya.
Daripada huraian di atas , dapat dinyatakan bahawa selepas zaman kemerdekaan , empat
jenis pentadbir diperlukan untuk ;
a)Pegawai yang memelihara undang-undang dan pungutan hasil.
b)Pentadbir yang bertanggungjawab membuat dasar hasil tertubuhnya berbagai kementerian.
c)Pentadbir yang dilatih berkaitan dengan pembangunan ekonomi.
d)Pentadbir yang dilatih berkaitan dengan pembangunan perusahaan.
Rumusannya , perkhidmatan awam di Malaysia , telah menjadi sangat besar sehingga
mencapai 1,070,300 orang (2005).Oleh itu, sudah sampai masanya satu kajian menyeluruh
diperbuat untuk mengadakan satu struktur awam yang lebih kemas supaya perbelanjaan dapat
dikurangkan dan kerajaan dapat memeberi layanan yang baik kepada orang awam.
Oleh itu dalam tugasan yang diberikan ini maka di akhir kajian diharapkan akan dapat
memberikan gambaran dan menyelesaikan segala kekususutan mengenai dilema antara kebaikan
atau kelemahan mempunyai bilangan kementerian yang banyak ataupun bilangan pekerja yang
banyak turut membantu ke arah keberkesanan pihak pentadbiran awam terhadap memberikan
layanan yang lebih baik kepada rakyat.
3

Sebelum mencari jawapan kepada dilema tersebut kita perlu juga menghuraikan cara-cara
untuk mengukur saiz pentadbiran awam dan juga sebab-sebab perkembangan saiz kementerian
awam.
Cara-cara untuk mengukur perkembangan saiz pentadbiran awam
Terdapat dua cara untuk mengukur saiz pentadbiran awam sesebuah negara dan kadar
perkembangannya iaitu melalui ;
a) Jumlah bilangan pekerja awam
b) Jumlah perbelanjaan awam
Jadual 1 : Bilangan Kakitangan PA di Malaysia
Daripada jadual di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa jumlah pekerja dalam sektor
awam antara tahun 1970 – 2005 menunjukkan peningkatan yang besar.Daripada gambaran ini
menunjukkan kepesatan ekonomi negara telah menjadi satu faktor kepada peningkatan jumlah
pekerja awam di negara Malaysia.Selain itu permintaan daripada rakyat (awam) yang semakin
tinggi dalam pelbagai bidang sama ada bidang ekonomi,politik, sosial dan sebagainya mungkin
menjadi salah satu lagi faktor ke arah peningkatan jumlah pekerja dalam sektor awam.
Untuk menunjukkan perkembangan saiz pentadbiran awam kita juga boleh mengukurnya
melalui jumlah perbelanjaan awam yang dilakukan oleh pihak pentadbiran awam kepada
golongan rakyat.
Tahun Bilangan % daripada jum.pekerja
1970 396,600 11.71975 555,800 13.1 1980 710,100 13.91990 850,000 12.71995 885,800 11.12000 981,000 10.62005 1,070,300 9.8
4

Jadual 2 : Jumlah Perbelanjaan Awam tahun 1966 -2005 (RM 1 – RM 8)
Daripada jadual di atas sekali lagi menggambarkan kepada kita bahawa dalam tempoh
Rancangan Malaysia Pertama (RM 1) hingga ke Rancangan malaysia Kelapan (RM 8) jumlah
perbelanjaan yang diperuntukkkan oleh pentadbiran awan kepada golongan awam telah
menunjukkan satu peningkatan yang besar .Kadar perbelanjaan yang paling besar dicatatkan ialah
dalam Rancangan Malaysia yang ke-8 iaitu sebanyak RM 253,355 juta telah dibelanjakan oleh
pentadbiran awam.Sementara perbelanjaan yang paling kecil direkodkan ialah dalam masa
Rancangan Malaysia yang pertama iaitu sebanyak RM 4,242 juta sahaja dibelanjakan .
Namun begitu pembiayaan yang begitu tinggi juga mempunyai implikasi yang negatif dan
menjadi satu masalah kepada kerajaan kerana mungkin boleh menyebabkan terjadinya inflasi dan
kemelesetan ekonomi kepada sesebuah negara.Keadaan inilah mungkin akan mendorong kembali
kerajaan untuk meninjau kembali saiz pentadbiran dengan mengurangkan sedikit saiz pentadbiran
dan bilangan kementeriannya.
Walau bagaimanapun, pengurangan saiz ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk
dilakukan.Ini kerana setiap program yang dijalankan adalah kerana memenuhi kehendak atau
kepentingan golongan tertentu.Maka pengurangan saiz tidak boleh dijalankan tanpa memikirkan
kos kepada golongan-golongan tertentu dan penentangan daripada mereka.Keadaan ini dapat
dilihat dengan lebih jelas melalui fokus kepada sebab-sebab perkembangan pentadbiran awam.
Tempoh Jumlah (RM Juta)1966 – 1970 ( RM 1 ) 4,2421971 – 1975 ( RM 2 ) 9,7931979 – 1980 ( RM 3 ) 24,9371981 – 1985 ( RM 4 ) 80,3311986 – 1990 ( RM 5 ) 61,8501991 – 1995 ( RM 6 ) 117,6581996 – 2000 ( RM 7 ) 222,8772001 – 2005 ( RM 8 ) 253,355
5

SEBAB-SEBAB PERKEMBANGAN PENTADBIRAN AWAM
P. Kristensen telah memberi pendapar bahawa terdapat tiga faktor yang menyebabkan
perkembangan pentadbiran awam iaitu ;
a) Sosio –Ekonomi
b) Politik – Institusi
c) Ideologi – Kognisi
Faktor Sosio –Ekonomi
Penjelasan mengenai faktor ini ialah mengenai perkara-perkara yang menitik- beratkan
perubahan-perubahan atau perkembangan yang telah berlaku di dalam masyarakat.Perubahan-
perubahan ini ialah mengenai permintaan-permintaan rakyat terhadap kerajaan yang melibatkan
kemudahan kesihatan , pendidikan , perumahan , hiburan dan sebagainya.Perubahan-perubahan
ini menghasilkan keperluan atau masalah tertentu yang memerlukan tindakan kerajaan.
Fenomena ini menggambarkan kepada kita bahawa masyarakat dan kerajaan merupakan
dua kumpulan yang saling memerlukan dan saling bergantungan di dalam masyarakat. Kemajuan
teknologi ,pengkhususan dan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di dalam
masyarakat moden dikatakan telah meningkatkan saiz dan perkembangan pentadbiran awam.
Masalah-masalah yang telah muncul hasil sikap saling bergantungan dianggap sebagai
masalah –masalah awam yang hanya boleh diatasi dengan menggunakan kuasa dan sumber-
sumber kerajaan.Sektor bukan kerajaan bukan sahaja tidak mampu untuk selesaikan masalah-
masalah awam malahan kegiatan sektor ini juga menjadi punca sebahagian besar yang
memerlukan tindakan-tindakan kerajaan.
6

Semasa berlakunya kemelesetan ekonomi di dalam sesebuah negara,sudah tentu bilangan
kakitangan awam akan terpaksa dikurangkan bagi mengatasi kos sesebuah kementerian yang
menjadi begitu tinggi semasa berlakunya kemelesatan ekonomi sesebuah negara.Selain daripada
itu pengecilan saiz pentadbiran iawam juga terpaksa dilakukan semasa berlakunya kemelesetan
ekonomi bagi mengurangkan bebanan kerajaan dan masalah kos perbelanjaan sesebuah
pentadbiran awam.Namun sebaliknya semasa ekonomi kembali stabil atau lebih mengembang
kerajaan akan terpaksa pula memperbesarkan kembali bilangan dan saiz pentadbiran awamnya
bagi memenuhi kehendak dan permintaan rakyat yang semakin banyak dan mencabar.
Namun begitu penjelasan faktor sosio-ekonomi masih kurang memuaskan.Ini kerana yang
pertamanya faktor ini menunjukkan bahawa negara-negara yang mempunyai keadaan objektif
yang sama juga mempunyai kegiatan atau saiz sektor awam yang sama.
Kedua, penjelasan faktor-faktor ini terlalu umum kerana perubahan-perubahan sosio-
ekonomi tidak secara automatik atau dengan sendirinya menyebabkan perubahan yang berlaku di
dalam sektor awam.Untuk menetukan sama ada faktor sosio-ekonomi mempunyai kaitan dengan
pembesaran saiz pentadbiran awam, kita perlu juga mengkaji sama ada dan bagaimana masalah-
masalah yang dihasilkan oleh perubahan-perubahan ini telah menjadikan isu-isu awam atau
desakan-desakan terhadap kerajaan menjadi sebab kerajaan menerima atau tidak sebagai
tanggungjawabnya.P.Kristensen juga telah menjelaskan seperti berikut ;
“ Even if socio-economic faktors are import for the explaation of the growth of public
budgets,alink has to be established between these factors and the output of the public sector.This
link cannot at all cases be an automatic one ;the changing sosio-economic structure does not in
many cases produce public sector growth until these changes have been perceived in the political
system ,and some political instituions have to act before the relevant political decisions can be
made ”.
7

Faktor sosio-ekonomi bukan merupakan faktor yang secara langsung menyebabkan
pembesaran sektor awam.Faktor ini bukan tidak penting atau tidak relevan cuma kepentingan
atau relevannya hanya dapat dikaji kesannya terhadap proses politik.
Faktor Politik –Institusi
Selain daripada faktor sosio-ekonomi, pembesaran pentadbiran awam merupakan hasil
atau proses tindakan politik sesebuah negara.Permintaan atau tuntutan politik,desakan-desakan
daripada individu ,permintaan daripada parti-parti politik serta kumpulan-kumpulan kepentingan
merupakan pertimbangan-pertimbangan pokok yang perlu diberi perhatian.
Individu-individu yang memegang kuasa di dalam kerajaan pada umumnya ingin
mengekalkan kedudukan mereka.Kebolehan mereka dalam mengekalkan kedudukan mereka dan
juga mencapai objektif-objektif mereka terutamanya dalam konteks injstitusi-institusi yang
bercorak demokrasi bergantung kepada sokongan dan persetujuan penduduk dalam sesebuah
negara.Rakyat juga mempunyai kepentingan dan pandangan tertentu dalam sistem politik dan
demokratik mereka dapat mendesak kerajaan untuk memenuhi sekurang-kurangya sebahagian
permintaan mereka.
Permintaan rakyat telah bertambah dalam kebanyakan negara dan sebahagian besar dalam
pentadbiran awam merupakan balasan kerajaan kepada permintaan rakyat.Ini kerana rakyat juga
mempunyai kepentingan yang sama dan bergabung dengan ahli-ahli politik supaya menjalankan
kegiatan-kegiatan kerajaan bagi faedah mereka dan ahli-ahli politik berkuasa telah melayan
permintan-permintaan golongan yang kuat bagi menjaga kedudukan mereka.
Akibat permintaan daripada kumpulasn-kumpulan ini,pentadbiran awan akan menjadi
bertambah besar sehingga aktivitinya jauh melebihi fungsi-fungsi sebenar sesebuah kerajaan
seperti pertahanan dan pembekalan kemudahan bagi perkhidmatan awam.
8

Rumusannya pandangan kakitangan awam bahawa sesuatu rancangan adalah baik bagi
masyarakat tidak semestinya dapat diterima oleh pihak-pihak lain di dalam sesebuah negara.Yang
penting untuk difahami ialah bahawa segala permintaan yang telah dibuat adalah berkaitan
dengan pentadbitan di dalam sesebuah kerajaan boleh digunakan oleh pelakon-pelakon politik
yang lain.Selain itu,golongan organisasi dalam politik juga merupakan faktor pendesak yang
boleh menyebabakan berlakunya juga perkembangan saiz pentadbiran awam.
Faktor Ideologi –Kognisi
Sebilangan penulis telah mengaitkan saiz dan pembesaran sektor awam sesebuah negara
dengan budaya politiknya.khususnya nilai-nilai politik yang boleh menggalakkan atau
permudahkan peranan kerajaan yang besar.Sikap bergantung kepada kerajaan mungkin berbeza
antara dan juga antara golongan dalam sesebuah negara.Faktor-faktor lain dalam kognisi ini
biasanya diiktiraf sebagai relevan dalam menjelaskan peranan kerajaan di dalam sesebuah negara
tertapi adalah sukar untuk mengasingkan kesan atau pengaruh faktor-faktor ini untuk meninjau
kepentingannya berbanding dengan faktor-faktor lain di dalam politik negara.
Peranan ideologi dalam proses perkembangan pentadbiran awam juga harus
disentuh.Ideologi bukan sahaj boleh memepengaruhi kegiatan-kegiatan pelakon politik tetapi ia
juga merupakan ciptaan dan alat dalam proses persaingan politik.Ideologi juga digunakan untuk
menerangkan dan untuk mendapat sokongan bagi pandangan –pandangan politik tertentu.Selain
itu ideologi juga dijadikan sebagai alasan dan landasan bagi kegiastan-kegiatan yang dijalankan
untuk mencapai objektif yang lain.Konsep “pembangunana” mungkin telah digunakan sebagai
sebuah ideologi di dalam negara-negara membangun.Atas namanya, pelbagai aktiviti telah
dijalankan oleh kerajaan yang mengesan hampir semua aspek kehidupan rakyat di sesebuah
negara membangun.Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini masih boleh dipertikaikan oleh
golongan yang lain.
9

Ini menunjukkan konsep pembangunan dalam sesebuah negara boleh mencerminkan pandangan-
pandangan dan kepentingan-kepentingan pelbagai pihak dalam proses politik negara itu.Namun
penggunaan ideologi secra berkesan dan penerimaan ideologi oleh rakyat akan mewujudkan satu
konteks yang memudahkan pengambilan tindakan-tindakan untuk memperbesarkan pentadbiran
awam oleh golongan-golongan tertentu.
Secara keseluruhannya dapat di rumuskan bahawa faktor-faktor politik merupakan faktor
yang utama menyebabkan perkembangan dan pembesaran saiz sektor awam. Kajian empiris telah
menunjukkan bahawa beberapa jenis perubahan di dalam masyarakat biasanya akan diikuti oleh
penambahan yang kepada sektor awam. Proses urbanisasi juga dikaitkan dengan pembesaran
sektor awam contohnya proses politik dengan keadaan masyarakat adalah saling berkaitan.
Selain daripada faktor politik, perubahan sosio-ekonomi juga memainkan peranan dalam
pembesaran sektor awam. Ini kerana pungutan hasil cukai yang banyak oleh pihak kerajaan
membolehkannya membiayai pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat dan rakyat.
Selain daripada itu, sistem cukai yang progresif membolehkan kadar pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara berlaku dengan kadar yang lebih tinggi. Ini membolehkan perubahan sosio-
ekonomi berlaku dalam sesebuah negara dan seterusnya perkembangan sektor awam dalam kadar
yang besar juga akan berlaku. Dilema antara saiz dan bilangan kementerian awam akan dapat
diperjelaskan lagi melalui huraian di bawah sub-topik kementerian.
KEMENTERIAN
Pengenalan : Definisi Kementerian
Pentadbiran awam, samada dijalankan oleh jabatan atau agensi pusat, dijalankan di dalam
satu konteks perlembagaan yang tertentu. Dalam sistem kerajaan berpalimen, pihak eksekutif
yang bertanggungjawab untuk keseluruhan pentadbiran awam adalah terdiri daripada sekumpulan
ahli politik yang berkuasa yang dikenali sebagai Kabinet. Kabinet adalah bertanggungjawab
untuk keseluruhan sektor awam kepada dewan perundangan. Oleh kerana keperluan akauntabiliti,
semua organisasi awam mesti diletakkan di bawah seoarang ahli politik atau menteri yang
10

biasanya juga menjadi ahli kabinet. Maka, pentadbiran awam dibahagikan kepada bahagian –
bahagian yang tertentu yang setiapnya diketuai oleh seorang menteri. Inilah sebabnya setiap
bahagian itu dipanggil kementerian.
Perkembangan dalam bilangan dan saiz kementerian di Malaysia dapat dilihat melalui
tiga zaman iaitu semasa zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, zaman pemerintahan Tun
Dr.Mahathir Mohamed sehinggalah kini iaitu semasa era globalisasi iaitu zaman pemerintahan
Datuk Seri Abdullah b. Ahmad Badawi.
1)Kabinet dan bilangan kementerian zaman Tunku Abdul Rahman 195
Senarai kementerian dan menteri kabinet ini dibentuk oleh tunku Abdul Rahman selepas
beliau dan Parti Perikatan memenangi pilihanraya umum pertama negara pada tahun 1955.
Bil Kementerian Nama Menteri
1 Kemajuan Kampung Tunku Abdul Rahman2 Kementerian Pertahanan Datuk Abdul Razak b. Hussien3 Kementerian Hal Ehwal Luar Negara Dr. Ismail b. Dato’ Abdul Rahman4 Kem. Kementerian Perdagangan & Perusahaan Dr. Ismail b. Dato’ Abdul Rahman5 Kementerian Kewangan En. Tan Siew Sin6 Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri & Keadilan En. Sulaiman b. Dato’ Abdul Rahman7 Kementerian Pertanian En. Abdul Aziz b. Ishak8 Kementerian Pelajaran En. Mohd Khir b. Johari9 Kementerian Kerja Raya ,Pos & Telekom En. Saadon b. Jubir10 Kementerian Buruh,Sosial & Kebajikan En. Ong Yoke Lin11 Kementerian Hasil Bumi En. Bahaman b. Shamsuddin12 Kementerian Pengangkutan En. Abdul Rahman b. Hj. Talib13 Kementerian Kesihatan En. V . T. Sambanthan
Sumber : Arkib Negara : www.arkib.gov.my
2)Kabinet dan bilangan kementerian zaman Tun Dr. Mahathir b. Mohamed
Bil Kementerian1 Jabatan Perdana Menteri2 Kementerian Dalam Negeri3 Kementerian Pendidikan4 Kementerian Kerja Raya5 Kementerian Perusahaan Utama6 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna7 Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia8 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri9 Kementerian Pengangkutan10 Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar11 Kementerian Luar Negeri12 Kementerian Kewangan13 Kementerian kesihatan14 Kementerian Tanah dan Koperasi15 Kementerian Pertahanan
11

16 Kementerian Penerangan17 Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Perlancongan18 Kementerian Sumber Manusia19 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan20 Kementerian Pembangunan Usahawan21 Kementerian Belia dan Sukan22 Kementerian Pembangunan Luar Bandar 23 Kementerian Pertanian24 Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
Sumber: Utusan Melayu , 11.12.1999
3)Kabinet dan bilangan kementerian zaman Datuk Seri Abdullah b. Ahmad Badawi
Bil Kementerian1 Kementerian Kewangan2 Kementerian Keselamatan Dalam Negeri3 Kementerian Pertahanan4 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan5 Kementerian Kerja Raya6 Kementerian Tenaga , Air dan Kominikasi7 Jabatan Perdana Menteri8 Kementerian Luar Negeri9 Kementerian Perdagangan Antarabangsa 10 Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani11 Kementerian Sumber Manusia12 Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli13 Kementerian Pelajaran14 Kementerian Kebudayaan ,Kesenian dan Warisan15 Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat16 Kementerian Sains ,Teknologi dan Inovasi17 Kementerian Pengangkutan18 Kementerian Perusahaan , Perladangan dan Komoditi19 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna20 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah21 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi22 Kementerian Pengajian Tinggi23 Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri24 Kementerian Kesihatan25 Kementerian Belia dan Sukan26 Kementerian Penerangan27 Kementerian Wilayah Persekutuan28 Kementerian Perlancongan
Sumber : Kementerian Penerangan Malaysia.www.penerangan.gov.my
Daripada ketiga-tiga senarai kementerian dan kabinet yang direkodkan jelas menunjukkan
perbezaan dari segi bilangan dan bidang tugas kementerian tersebut.Bermula dengan zaman
pemerintahan Tunku Abdul Rahman bilangan dan saiz kementerian adalah dalam bilangan yang
sederhana sahaja.Ini sesuai dengan keperluan semasa negara pada masa itu yang baru sahaja
mengadakan pilihanraya umum yang pertama dan dalam rangka mengadakan rundingan
kemerdekaan terhadap pemerintahan British.Bilangan ini bagaimanapun sedikit sebanyak dapat 12

membantu kerajaan menjalankan dan menyediakan kemudahan-kemudahan kepada rakyat pada
masa itu.Selain itu,senarai menteri yang menganggotai kabinet Tunku pada masa itu
menunjukkan pelbagai kaum dapat memegang jawatan-jawatan dalam kabinet tersebut.Ini
menunjukkan Tunku mula menanam bibit-bibit perpaduan selaras dengan keperluan negara yang
dihuni oleh tiga kaum yang utama.
Selain itu, bilangan dan senarai kementerian yang kecil pada zaman Tunku jiga dapat
membantu kerajaan untuk menampung perbelanjaan negara sesuai dengan keadaan ekonomi
negara yang baru ingin berkembang pada masa itu.Keseluruhannya senarai kementerian yang
dibentuk oleh Tunku amat sesuai dengan keadaan semasa negara pada masa itu.
Berbanding senarai kabinet dan kementerian pada zaman Tun Dr.Mahathir dan Datuk seri
Abdullah Badawi jelas menunjukkan peningkatan sejak negara mencapai kemerdekaan.Daripada
senarai yang direkodkan jelas menunjukkan adanya pertambahan pada zaman Datuk Seri
Abdullah Badawi iaitu penambahan sebanyak empat buah kementerian iaitu daripada 24 buah
kementerian pada zaman Tun Dr.Mahathir kepada 28 buah kementerian pada zaman Datuk Seri
Abdullah Badawi.Selain itu terdapat juga kementerian yang sama tetapi ditambah atau dipinda
tugas dan skopnya kepada bidang tugas yang lebih besar.
Antara kementerian baru yang dibektuk pada zaman pemerintahan Datuk Seri Abdullah
Badawi ialah :
1) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
2) Kementerian Pengajian Tinggi
3) Kementerian Wilayah Persekutuan
4) Kementerian Perlancongan
Penambahan bilangan kementerian daripada 24 kepada 28 buah walaupun tidak begitu
banyak namun ia masih menunjukkan perkembangan saiz dan bilangan kementerian awam.
13

Selain itu, terdapat juga kementerian yang sama tetapi ditambah atau ditukar nama kepada
kementerian yang lain.Namun bidang tugasnya tetap sama atau ditambah kepada beberapa
bidang tugas yang lain.Antaranya ialah;
Bil Kabinet Mahathir Kabinet Abdullah Badawi
1 Kem. Perusahaan Utama Kem. Perusahaan ,Perladangan & Komoditi2 Kem. Tenaga,Komunikasi & Multimedia Kem. Tenaga,Air & komunikasi3 Kem. Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kem. Perdagangan Antarabangsa4 Kem. Sains ,Teknologi dan Alam Sekitar Kem. Sains,Teknologi & Inovasi5 Kem. Tanah dan Koperasi Kem. Pembangunan Usahawan & Koperasi6 Kem. Pertanian Kem. Pertanian,Industri & Asas Tani7 Kem. Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat Kem. Pembangunan Wanita,Keluarga &
Masyarakat
DILEMA SAIZ DAN BILANGAN KEMENTERIAN DI MALAYSIA
Bilangan kementerian adalah saling berkaitan dengan saiz kementerian iaitu bilangan
yang kecil akan bermakna ia mempunyai saiz yang besar dan sebaliknya. Keadaan ini akan
menimbulkan isu-isu utama dalam pentadbiran awam di Malaysia. Oleh kerana bilangan
kementerian saling berkaitan dengan saiz kementerian maka, setiap keputusan merupakan pilihan
tentang imbangan yang dianggap sesuai antara dua keperluan yang bertentangan. Pada satu pihak
bilangan kementerian perlu dihadkan supaya bilangan ahli kabinet juga kecil. Kabinet yang kecil
akan membolehkan pihak kerajaan dapat memastikan kementerian tersebut berfungsi dengan
baik.
Kabinet mempunyai tanggungjawab bersama kepada dewan perundangan. Oleh itu, ia
perlu membuat kesemua keputusannya dengan sebulat suara. Proses perbincangan dan
perundangan ini tidak dapat dijhalankan dengan lancar sekiranya bilangan ahli kabinet terlalu
ramai. Dengan huraian ini jelaslah kepada kita bahawa untuk mendapatkan keputusan yang cepat
dan tepat perlulah mempunyai bilangan dan saiz kementerian yang kecil. Walau bagaimanapun,
pada pihak yang lain pula saiz kementerian juga perlu dihadkan untuk memastikan ia dapat
diurus dan dikawal dengan berkesan oleh menterinya. Saiz pula merupakan salah satu faktor yang
penting dalam menentukan beban kerja seorang menteri dan sebuah kementerian dapat diuruskan
dengan baik oleh beliau. Di sini sekali lagi dijelaskan bahawa bilangan dan saiz kementerian
yang kecil dapat membantu sesuatu kementerian berfungsi dengan baik.
14

Selain daripada membolehkan bilangan ahli Kabinet yang kecil, kementerian “raksasa”
dikatakan mempunyai kebaikan – kebaikan yang lain. Ia juga membolehkan lebih banyak konflik
dibincangkan dan diselesaikan di dalam kementerian dan bukan di antara kementerian, iaitu di
peringkat menteri atau ke bawah dan bukan di peringkat Kabinet. Ini boleh mempercepatkan
pembentukan keputusan bagi kementerian atau pihak – pihak yang berkenaan di dalamnya. Satu
lagi jenis faedah kementerian yang besar ialah menggunakan tenaga yang lebih baik atau penuh
di dalam kementerian, terutamanya bagi kemahiran – kemahiran yamg khusus. Selain daripada
faedah bagi kementerian yang merupakan ekonomi skel dalaman, terdapat juga ekonomi skel
luaran terutananya faedah – faedah bagi Kabinet. Penyelesaian lebih banyak isu di peringkat
jabatan yang biasanya akan memerlukan perhatian Kabinet di dalam sistem yang mempunyai
banyak kementerian kecil juga mengurangkan beban kerja dan menjimatkan masa Kabinet dan
ini membolehkannya menumpukan perhatian yang lebih kepada isu – isu dasar dan strategi yang
lebih penting.
Kebaikan - kebaikan yang tersebut di atas mungkin boleh dicapai dengan adanya
kementerian – kementerian yang besar, tetapi kosnya ialah perkara ini merumitkan masalah
pengawalan dan pengurusan kementerian – kementerian oleh menteri – menteri. Penubuhan
kementerian – kementerian raksasa di banyak negara telah diiringi oleh langkah – langkah yang
tertentu untuk membantu dan memperkukuhkan keupayaan menteri. Satu langkah biasa ialah
pelantikan pembantu – pembantu politik bagi menteri : menteri – menteri di Perancis umpamanya
mempunyai sekumpulan pembantu politik yang disifatkan sebagai kabinetnya manakala
menteri – menteri di Britain dibantu oleh timbalan – timbalan menteri dam setiausaha –
setiausaha parlimen. Di Malaysia, menteri – menteri dibantu oleh timbalan menteri, setiausaha
parlimen dan setiausaha politik.
Skop sesebuah kementerian merujuk kepada bidang atau kepentingan yang diwakili
olehnya, iaitu samada bidang itu luas atau sempit. Ini adalah penting kerana organisasi juga
merupakan perwakilan kepentingan yang tertentu. Jika organisasi itu merupakan sebuah
kementerian, ini bermakna ia mempunyai perwakilan oleh seorang menteri di dalam kabinet, iaitu
15

di dalam badan pembentukan keputusan yang paling penting di dalam kerajaan. Skop aktiviti
sesebuah kementerian adalah penting kerana ia menentukan samada bidang atau kementerian
yang diwakili oleh menteri yang berkenaan di dalam kabinet adalah luas atu sempit. Sir Richard
Clarke telah menjelaskan keburukan kementerian yang sempit seperti berikut:
“ If the activities of a Minister and his department are focused on one small sector of the
national life, that interesrs of that small sector will get too much weight in the Cabinet
and in the government generally. The essence of good government is to appraise all
sectional interests against the Government’s concept of the natioanl interest ; and this
cannot happen if some sectional are given too large a voice.”
SURUHANJAYA DAN PERBADANAN AWAM
Selain daripada jabatan dan agensi pusat, terdapat beberapa jenis organisasi lain di dalam
sektor awam.Organisasi-organisasi ini berbeza dengan jabatan biasa kerajaan kerana mereka
mempunyai autonomi yang lebih luas dalam menjalankan kegiatan mereka, iaitu mereka adalah
lebih bebas daripada pengawalan agensi pusat dan menteri. Bentuk organisasi yang lebih
berautonomi ini ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti – aktiviti yang tertentu yang difikirkan
kurang sesuai dijalankan oleh jabatan – jabatan biasa.
Sesetengah aktiviti awam perlu dijalankan secara bebas atau berasingan daripada
pengaruh atau campur tangan sebarang pihak yang memerintah, umpamanya pengendalian
pilihan raya dan pelantikan disiplin kakitangan awam. Untuk menjamin akjtiviti ini dijalankan
dengan adil dan bebas, tugas ini diserahkan kepada badan – badan bebas yang dikenali sebagai
suruhanjaya.
Perbadanan awam pula boleh dibahagikan kepada dua bentuk atau dua jenis yang utama
iaitu badan berkanun dan badan tidak berkanun (agensi atau jabatan). Badan berkanun
ditubuhkan di bawah undang – undang yang dibuat oleh dewan perundangan. Oleh itu, fungsi,
bidang kuasa, susunan organisai utama dan hubungannya dengan agensi pusat dan menteri 16

ditentukan oleh undang – undang tersebut. Badan – badan tidak berkanun pula ditubuhkan di
bawah undang – undang syarikat yang terdapat di dalam negara dan operasinya dikawal oleh
undang – undang syarikat itu. Biasanya, ini bermakna badan tidak berkanun mempunyai
kebebasan atau autonomi yang lebih luas daripada badan berkanun . (Istilah badan bekanun dan
badan tidak berkanun merupakan istilah yang digunakan di Malaysia; kadang – kadang istilah
perbadanan awam digunakan untuk badan berkanun sahaja dan badan tidak berkanun dipanggil
syarikat awam.)
Suruhanjaya dan perbadanan awam juga tidak dapat lari daripada dilema antara skop dan
saiz perbadanan itu sendiri. Penubuhan banyak perbadanan awam boleh mengurangkan
kebolehan pihak eksekutif atau agensi pusat dalam membuat perancangan bagi keseluruhan
sektor awam. Perancangan yang nenyeluruh bertambah sukar dengan penubuhan lebih banyak
perbadanan awam untuk menjalankan aktiviti – aktiviti kerajaan yang penting. Koordinasi dasar
dan kewangan juga menjadi lebih sukar. Hakikat bahawa anggaran pembelanjaan perbadanan
awam mungkin tidak dimasukkan di dalam belanjawan negara dan hanya diluluskan oleh menteri
atau agensi kewangan pusat secara berasingan daripada anggaran organisasi awam lain bermakna
bahawa belanjawan negara adalah kurang berguna sebagai satu alat perancangan kewangan dan
dasar – dasar bagi keseluruhan sektor awam.
Tambahan pula, pengurangan pengawalan oleh pihak eksekutif dan seterusnya oleh
dewan perundangan melibatkan risiko yang tertentu. Pencapaian kebaikan atau faedah yang
dijangka memerlukan perusahaan awam dijalankan dengan baik, iaitu autonomi yang lebih luas
itu perlu digunakan dengan untuk mencapai matlamat – matlamatnya. Ini tidak selalunya boleh
diandaikan. Dalam perkatan lain, operasi perbadanan awam yang berkesan memerlukan syarat –
syarat atau keperluan – keperluan yang tertentu. Sekiranya syarat – syarat ini tidak dipenuhi,
penggunaan perbadanan awam atau pengurangan pengawalan bukan sahaja tidak menghasilkan
faedah yang diharapkan, malahan mungkin menggalakkan penyalahgunaan kuasa dan
sumber – sumber awam. Dua syarat yang penting ialah kakitangan yang mahir dan pengawasan
prestasi yang berkesan.
17

Satu sebab penting prestasi perbadanan awam di banyak negara yang sedang membangun
adalah mengecewakan ilah kekurangan kakitangan yang mahir dalam pengurusan perbadanan
awam. Persaingan sektor swasta untuk mendapatkan kakitangan mahir yang terhad merupakan
satu lagi faktor yang menyebabkan kekurangan kakitangan mahir dalam perbadanan awam. Ini
menunjukkan kakitangan yang mahir perlu dilatih sebelum perbadanan awam boleh digunakan
dengan berkesan. Selain daripada sekatan kekurangan kakitangan mahir, pelantikan personel
kanan kadang – kadang juga dipengaruhi oleh faktor – faktor lain. Pada prinsipnya, individu –
individu yang dilantik sebagai ahli – ahli lembaga pengarah dan pengurus besar hendaklah terdiri
daripada mereka yang mempunyai kemahiran yang diperlukan supaya mereka dapat membuat
sumbangan positif kepada pengurusan perbadanan awam. Malangnya, ini tidak selalunya berlaku
di banyak negara termasuklah di Malaysia. Pelantikan ahli – ahli politik yang berpengaruh atau
pegawai – pegawai awam yang telah bersara sebagai ahli lembaga atau pengurus besar mungkin
memenuhi keperluan – keperluan yang lain, tetapi kesannya terhadap pengurusan pebadanan
awam adalah kurang menggalakkan sekiranya mereka bukan terdiri daripada pegawai – pegawai
yang sesuai atau berkelayakan untuk memimpin perbadanan awam.
Secara keseluruhannya,daripada huraian dan penjelasan yang telah dibuat di atas jelas
menunjukkan kepada kita bahawa keperluan atau tujuan pihak eksekutif merupakan faktor
penting yang mempengaruhi bilangan dan saiz kementerian dan juga penubuhan agensi
pusat.Pemusatan kuasa di dalam agensi-agensi pusat untuk memenuhi keperluan-keperluan
eksekutif perlu diseimbangkan dengan keperluan-keperluan dan kepentingan-kepentingan
organisasi yang lain.Akauntabiliti melalui pengawalan eksekutif merupakan satu nilai yang
penting di dalam pentadbiran awam dan pengawalan oleh agensi pusat terhadap organisasi lain
merupakan satu cara untuk mencapainya.Namun ini mempunyai kos atau melibatkan
pengorbanan nilai-nilai yang lain di mana kos ini difikirkan terlalu tinggi,penekanan kepada nilai
akauntabiliti dan pengawalan pusat boleh dilonggarkan atau dikurangkan.
Selain itu ,kita juga telah menghuraikan bahawa perbadanan awam sebagai satu bentuk
organisasi untuk mengurangkan pengawalan pihak eksekutif dan agensi pusat serta
18

pertimbangan-pertimbangan yang harus dan sebenarnya mempengaruhi imbangan antara nilai
akauntabiliti dan pengawalan pusat dengan autonomi di dalam perbadanan awam.Kadang-kadang
untuk mengasingkan aktiviti-aktiviti tertentu daripada politik ,pengawalan pihak eksekutif perlu
dimansuhkan atau diminimumkan dengan menyerahkan aktiviti-aktiviti itu kepada suruhanjaya.
Dilema Penambahan dan Pengurangan Kementerian Pelajaran Malaysia
Sebagaimana yang diketahui Kementerian Pelajaran telah mengalami perubahan yang
amat ketara semenjak negara kita mencapai kemerdekaan.Bermula pada era Tunku Abdul
Rahman hinggalah ke zaman Tun Dr. Mahathir b. Mohamed, Kementerian ini hanya ditubuhkan
dalam satu kementerian sahaja namun apabila Datuk Seri Abdullah b. Hj. Ahmad Badawi
menjadi Perdana Menteri kementerian ini telah dipecahkan kepada dua bahagian iaitu
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Walaupun kedua-dua kementerian ini mempunyai satu misi yang sama namun
penambahan kementerian ini kepada dua bahagian sudah tentu mempunyai pembaharuan-
pembaharuan yang pro dan kontranya.Diantara pembaharuan –pembaharuan yang telah dikesan
akibat penambahan kementerian ini ialah;
A) Kementerian Pelajaran Malaysia
a) Pendidikan Pra-Sekolah telah diperkenalkan – Pendidikan ini pada asalnya dikendali dan
diselenggarakan di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat (KEMAS) dan Kementerian
Perpaduan Negara.Kewujudan perkhidmatan pra-sekolah di seluruh sekolah-sekolah rendah
kebangsaan telah memberikan kesan yang baik dan buruk kepada negara.Diantara kesan baiknya
ialah dengan adanya pendidikan pra-sekolah ini bilangan pra-sekolah di luar kawasan sekolah
terutamanya Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan dapat dikurangkan.Ini sudah tentu akan dapat
mengurangkan kos kepada pihak kementerian lain seperti kementerian Perpaduan negara dan
Kementerian Pembangunan Masyarakat.
Selain itu juga kanak-kanak yang menjalani pra-sekolahan di dalam kawasan persekitaran
sekolah juga akan dapat cepat menyesuaikan diri mereka dengan alam persekolahan yang 19

sebenarnya nanti.Mereka ini akan menjadi seorang murid yang bersedia dan berani dalam
menyelesaikan urusan harian mereka.Namun begitu , perkhidmatan ini juga mempunyai kesan
yang negatif dari sudut yang lain iaitu dengan adanya sistem pendidikan pra di seluruh
negara,pihak kementerian pelajaran terpaksa membiayai dan menyediakan banyak perbelanjaan
untuk menguruskan perkhidmatan ini seperti penyediaan bangunan-bangunan baru ,alatan-alatan
persekolahan, serta terpaksa mengambil tenaga kerja yang ramai seperti penambahan bilangan
guru dan kakitangan yang berkaitan dengan perkhidmatan pra-sekolah ini.Keseluruhan keadaan
ini akan mengakibatkan kos kementerian pelajaran akan bertambah dari masa ke semasa dan
sudah tentu bilangan dan saiz kementerian juga akan menjadi bertambah besar.
b)J-Qaf diperkenalkan di sekolah rendah – Pendidikan J-Qaf juga mempunyai kebaikan dan
keburukannya kepada saiz dan bilangan kementerian pelajaran.Antaranya ialah dengan adanya
sistem ini murid-murid akan dapat mempelajari bahasa arab dan panduan pembacaan al-quran
dengan lebih baik dan yakin.Ini secara tidak langsung akan dapat sekurang-kurangnya mengatasi
masalah buta al-quran di kalangan pelajar-pelajar sekolah.Namun begitu sistem j-qaf ini juga
memberikan kesan yang negatif kepada pihak kementerian pelajaran itu sendiri di mana untuk
memperkenalkan sistem ini,pihak kementerian pelajaran terpaksa memberikan kursus-kursus dan
latihan-latihan kepada tenaga pekerja dan calon-calon KPLI yang mengikuti kursus ini di
maktab-maktab perguruan di seluruh negara.Ini sudah tentu meningkatkan juga kos perbelanjaan
pihak kementerian dan seterusnya penambahan bilangan guru-guru (ustas dan ustazah) di
sekolah-sekolah juga akan menyebabkan penambahan bilangan pekerja kementerian pelajaran di
sekolah-sekolah.
c) Pihak kemeterian Pelajaran juga telah menambah bilangan pekerja dan kakitangannya di
Pusat Kegiatan Guru (PKG) .Pada kebiasaannya sebelum ini pekerja yang bertanggungjawab
terhadap PKG ini cuma melibatkan dua orang pekerja sahaja iaitu Penyelaras dan Pembantu
Tadbir.Namun satu jawatan baru telah diperkenalkan oleh pihak kementerian pelajaran iaitu
20

Jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan.Ini menjadikan bilangan pekerja yang bertanggungjawab
terhadap PKG telah menjadi tiga orang.
Penambahan ini walaupun secara kasarnya tidak melibatkan jumlah pekerja yang
ramai,namun kos-kos yang berkaitan dengan PKG juga turut meningkat dengan adanya satu
jawatan baru di PKG di seluruh negara.Penambahan ini juga turut meryumbang kepada
penambahan bilangan saiz Kementerian Pelajaran Malaysia.
d) Pengurusan Sekolah Agama Rakyat(SAR) diambil alih oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.Selepas pengurusan sekolah agama rakyat ini diambil alih oleh pihak kementerian ia
menukarkan nama sekolah ini kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.Dengan adannya
sekolah ini ,bermakna pihak kementerian terpaksa menambah bilangan pekerja,menambah kos
pembiayaan dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya juga perubahan saiz kementerian
pelajaran malaysia.
e) Selain daripada contoh-contoh pembaharuan di atas , satu lagi pembaharuan yang
diperkenalkan oleh pihak kerajaan yang melibatkan pentadbiran awam ialah memperkenalkan
Sistem Saraan Baru (SSB) kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) Kementerian pelajaran juga
turut memperkenalkan sistem ini di dalam pentadbiran kakitangan mereka.Dengan adanya
sisitem baru ini iaitu (SSM) beberapa pendekatan baharu telah diperkenalkan iaitu Sistem
Kenaikan Pangkat secara “times bassed “ dan sistem anjakan gaji kakitangan yang telah lulus
PTK iaitu anjakan sistem gred(DG) dan tangga gaji.Kesemua pembaharuan ini telah
memperlihatkan kesan yang mendalam kepada pihak kementerian yang terpaksa menambah dan
meningkatkan kos perbelanjaan tahunan mereka dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya
juga perubahan dalam perkembangan saiz kementerian.
Selain itu pihak kementerian juga akan menambah kadar nisbah antara guru dan kelas
iaitu daripada 1:5 kepada 1:7 pada tahun 2007 nanti untuk setiap kelas.Ini bermakana
penambahan dalam bilangan guru-guru di semua sekolah juga akan turut berlaku selain bilangan
kelas-kelas juga turut mengalami penambahan yang ketara.Ini juga secara tidak langsung akan
21

meningkatkan kos dan perkembangan saiz Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa yang akan
datang.
B) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Kementerian ini juga tidak dapat lari daripada masalah sejak ianya diwujudkan di negara
kita.Antara masalah yang timbul oleh kementerian ini ialah wujudnya masalah birokrasi .Masalah
birokrasi ini akan mengakibatkan pelbagai masalah seperti penggunaan kemudahan premis-
premis akan menjadi sukar kerana banyak prosedur yang terlaksa dilakukan oleh sesebuah
universiti ataupun organisasi yang berkaitan.
Selain itu, pihak kementerian juga terpaksa menambah bilangan pekerja seiring dengan
penambahan tugas yang semakin banyak.Keadaan ini sudah tentu akan melihat perkembangan
saiz kementerian dan juga penambahan dalam kos pembiayaan kementerian itu sendiri.Lanjutan
daripada bilangan pekerja yang ramai juga akan menimbulkan pelbagai kesan yang negatif
kepada pihak kementerian pengajian tinggi seperti masalah disiplin para pekerja,mutu kerja yang
buruk dan seterusnya akan menjatuhkan imej kementerian itu sendiri.
Seterusnya pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga tidak dapat lari daripada masalah
dalaman seperti penambahan bidang kerja yang bertambah ekoran bertambahnya bilangan
Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang ditubuhkan di negara ini.Ia juga terpaksa
memantau setiap IPTA dan IPTS di seluruh negara supaya dapat menjamin kualiti pengurusan
dan dapat melahirkan ramai para lepasan ijazah yang berkualiti.
Selain itu juga pihak Kementerian ini juga akan menghadapi pelbagai karenah dan
tuntutan pihak-pihak tertentu seperti permohonan lesen menubuhkan IPTS dan juga terpaksa
menampung pembiayaan daripada pihak IPTA sendiri seperti pembiayaan kemudahan-
kemudahan dan kos-kos penyelengaraan.
22

Walau apa pun yang dihadapi oleh pentadbiran awam dalam memenuhi kehendak semua
pihak terdapat beberapa langkah dan cara yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan awam di negara ini.Antaranya ialah
memperkenalkan pelan integirti nasional (PIN) .Antara kandungan PIN ialah ;
1) Memberi penghayatan sepenuhnya terhadap konsep “Bersih,Cekap dan
Amanah”,”Penghayatan nilai-nilai islam,”Budaya Kerja Berkualitu”,”Kod Etika
Kerja” dan “Piagam Pelanggan”
2) Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR).
3) Menubuhkan Biro Pengaduan Awam (BPA)
4) Menubuhkan Jabatan Audit Negara
5) Menubuhkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU).
RUMUSAN /PENUTUP / KESIMPULAN
Daripada huraian-huraian dan dapatan-dapatan yang diperolehi daripada
pembacaan,kajian dan rekod-rekod yang telah dibuat,dapatlah dibuat kesimpulan daripada tugas
ini bahawa dilema antara skop/ saiz kementerian dengan bilangan kementerian dalam pentadbiran
awam di negara kita merupakan satu agenda yang harus dititikberatkan oleh pihak kerajaan
sebelum membuat sebarang keputusan sama ada untuk membesarkannya ataupun mengurangkan
bilangan kementerian di negara ini.
Daripada huraian dan penjelasan di atas juga dapat dilihat bahawa terdapat beberapa
faktor yang boleh menyebabkan bilangan kementerian itu ditambah ataupun dikurangkan iaitu;
1) Faktor Sosio - Ekonomi
2) Faktor Politik – Institusi
3) Faktor Ideologi – Kognisi.
23

Selain itu kesan perkembangan saiz dan bilangan sesebuah kementerian awa, juga dapat
diukur melalui dua cara iaitu ;
1) Jumlah bilangan pekerja awam
2) Jumlah perbelanjaan awam
Dapat juga dikatakan bahawa bilangan kementerian dan saiz sesebuah kementerian perlu
disesuaikan dengan keadaan semasa sesebuah negara seperti kestabilan politik,ekonomi dan
sosial negara iaitu sekiranya keadaan ekonomi dan politik semasa negara terjamin maka tidak
salah sekiranya pihak pentadbiran awam menambah bilangan kementerian kepada satu jumlah
yang banyak dan begitulah sebaliknya.
Selain itu, terdapat juga beberapa kesan sama ada yang positif ataupun negatif ekoran
penambahan dan pengurangan saiz dan bilangan kementerian pentadbiran awam.Kesan ini dapat
dilihat dari pelbagai sudut seperti politik , ekonomi dan sosial sesebuah negara.Namun begitu apa
yang paling penting yang perlu dilakukan oleh pihak pentadbiran awam dalam membuat sebarang
keputusan untuk membesar atau mengecilkan saiz dan bilangan kementeriannya ia haruslah
mengutamakan juga pandangan dan keperluan rakyat yang mendiami dalam negara tersebut
supaya kesan perubahan yang dibuat tidak akan mendatangkan banyak keburukan kepada
golongan rakyat.
Keseluruhannya , dapat juga dikatakan bahawa daripada huraian-huraian dan penjelasan yang
telah dibuat dalan tugasan ini diharap semoga pihak pentadbiran awam akan menjadi sebuah
pentadbiran yang benar-benar bermutu pada masa kini dan pada masa-masa yang akan datang
dan seterusnya akan dapat menjadikan negara kita ini sebuah negara yang cemerlang,gemilang
dan terbilang di dalam mahupun di luar negara.
24

BIBLIOGRAFI DAN SUMBER RUJUKAN
1. Ahmad Atory Hussain 1986 , “ Penghantar Pentadbiran Awam ”. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distribuitions Sdn. Bhd.
2. K. Ramanathan 1993 . “ Konsep Asas Pentadbiran Awam ”. Kuala Lumpur : DBP.
3. Tan Sri Datuk Abdul Aziz Zakaria 1987. “ Jentera Pentadbiran Kerajaan di Malaysia Suatu
Pengenalan ” .Kuala Lumpur : DBP.
4. Lim Hong Hai 2004 . “Pentadbiran Awam ”.Pulau Pinang : Pusat engajian Pendidikan Jarak
Jauh.
5. www.arkib .gov.my
6. www. Wikipedia.my
7. www.kementerian penerangan .gov.my
8. www.e-learning PPPJJ.usm.my
9. www.yahoo.com
10. www.google.com
11. Keratan akhbar utusan malaysia .11.12.1999.
25

26