pissa oll

4
Sepanjang dua dekad yang lalu, Pentaksiran Antarabangsa Murid seperti Programme For International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematicsand Science Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran ini mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan. Apabila Malaysia pertama kali menyertai TIMSS pada tahun 1999 , skor purata pelajar adalah lebih tinggi daripada purata antarabangsa dalam kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains. Rata-rata skor dalam TIMSS ditanda aras 500 mata. Menjelang tahun 2007 , prestasi sistem jatuh kepada di bawah purata antarabangsa dalam kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains. Sebanyak 18% dan 20% pelajar Malaysia gagal mencapai tahap penguasaan minimum dalam mata pelajaran Matematik dan Sains pada 2007 iaitu dengan peningkatan empat kali ganda daripada 7% dan 5% pada tahun 2003. Pelajar-pelajar telah dikenal pasti sebagai memiliki hanya penguasaan terhad asas konsep-konsep matematik dan saintifik. Dalam tahun 2011 , Malaysia terus menjaringkan bawah skor purata. Malaysia mendapat purata 440 mata dalam matematik di Tingkatan Dua ( bersamaan dengan gred kelapan di seluruh dunia) , ketinggalan di belakang Korea, Singapura , China Taipei , Hong Kong dan Jepun, yang menduduki lima tempat teratas di seluruh dunia. Dalam sains, Malaysia menjaringkan 426 mata, mengikat dengan Syria dan hanya pipping Palestin , Georgia dan Oman , yang totted sehingga 420 mata setiap satu dalam ujian. Melalui Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM), pelbagai perubahan telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan pembelajaran Sains dan Matematik seterusnya meletakkan negara setanding piawaian antarabangsa.

Upload: sir

Post on 10-Apr-2016

236 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PISS

TRANSCRIPT

Page 1: pissa OLL

Sepanjang dua dekad yang lalu, Pentaksiran Antarabangsa Murid seperti Programme For

International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematicsand

Science Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti

keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran ini mengambil

kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan.

Apabila Malaysia pertama kali menyertai TIMSS pada tahun 1999 , skor purata

pelajar adalah lebih tinggi daripada purata antarabangsa dalam kedua-dua mata pelajaran

Matematik dan Sains. Rata-rata skor dalam TIMSS ditanda aras 500 mata. Menjelang

tahun 2007 , prestasi sistem jatuh kepada di bawah purata antarabangsa dalam kedua-dua

mata pelajaran Matematik dan Sains. Sebanyak 18% dan 20% pelajar Malaysia gagal

mencapai tahap penguasaan minimum dalam mata pelajaran Matematik dan Sains pada

2007 iaitu dengan peningkatan empat kali ganda daripada 7% dan 5% pada tahun 2003.

Pelajar-pelajar telah dikenal pasti sebagai memiliki hanya penguasaan terhad asas konsep-

konsep matematik dan saintifik.

Dalam tahun 2011 , Malaysia terus menjaringkan bawah skor purata. Malaysia

mendapat purata 440 mata dalam matematik di Tingkatan Dua ( bersamaan dengan gred

kelapan di seluruh dunia) , ketinggalan di belakang Korea, Singapura , China Taipei , Hong

Kong dan Jepun, yang menduduki lima tempat teratas di seluruh dunia. Dalam sains,

Malaysia menjaringkan 426 mata, mengikat dengan Syria dan hanya pipping Palestin ,

Georgia dan Oman , yang totted sehingga 420 mata setiap satu dalam ujian.

Melalui Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025

(PPPM), pelbagai perubahan telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan

pembelajaran Sains dan Matematik seterusnya meletakkan negara setanding piawaian

antarabangsa. Kementerian sudah mengenal pasti kelemahan dalam penilaian kurikulum

sebelum ini yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid belajar dengan cara menghafal

tanpa memahami sesuatu perkara dengan mendalam. Ini menyebabkan murid kurang

berkemampuan untuk mengaplikasikan kemahiran itu semasa menjawab soalan pentaksiran

PISA dan TIMSS.

Transformasi pendidikan nasional membawa kepada perubahan besar dalam sistem

pentaksiran kebangsaan dimana penilaian merangkumi aktiviti mendapatkan maklumat dan

membuat perbandingan semasa pembelajaran dan pengajaran itu berlangsung, berbanding

hanya penentu pencapaian murid pada akhir satu sesi pembelajaran. Sistem pentaksiran kini

memberi penekanan kepada penilaian berterusan yang bertujuan membantu pembelajaran

murid.

Page 2: pissa OLL

Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang diperkenalkan dilihat lebih efisen

berbanding dengan sistem pendidikan berasaskan peperiksaan. Sesuatu peperiksaan

selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan maklumat

tentang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian-ujian yang terdapat

dalam sesuatu sistem peperiksaan boleh jadi secara ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan,

ujian pendengaran dan ujian berkomputer. Peperiksaan hanya menilai domain kognitif atau

kebolehan mental seseorang murid sahaja sedangkan pentaksiran sepatutnya mengambil

kira semua aspek perkembangan, pertumbuhan dan pembangunan individu secara

menyeluruh.

Bagi memastikan pelaksanaan PBS ini mampu meningkatkan meningkatkan tahap

pendidikan Negara Malaysia diperingkat antarabangsa, pelaksanaan yang berkesan oleh

guru-guru sangat penting. Ini berikutan tidak ramai guru yang betul-betul bersedia dalam

melakukan pentaksiran bilik darjah kerana mereka tidak berpeluang untuk mempelajari

teknik-teknik dan amalan pentaksiran yang betul. Sekiranya masalah ini dapat diatasi,

kaedah PBS yang sedang dilaksanakan sekarang akan lebih berkesan dalam meningkatkan

mutu pendidikan Negara kita.

Selain itu, antara penambahbaikan lain yang telah dilaksanakan dalam kaedah

penilaian di sekolah ialah dengan memasukkan elemen-elemen Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi ( KBAT ) dalam semua peperiksaan awam. KBAT ialah keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi

bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta

sesuatu.

Contohnya, 40% soalan KBAT akan dimasukkan ke dalam kertas soalan

peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) manakala 50% untuk kertas Sijil

Pelajaraan Malaysia (SPM). Dengan adanya elemen KBAT yang dimasukkan dalam

pentaksiran ini, akan dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada murid.

Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah

tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja

perkara yang mereka pelajari.

Berikutan penilaian yang dilaksanakan mengambilkira kemahiran berfikir aras tinggi,

guru perlu menerapkan KBAT dalam PdP yang dilaksanakannya. Oleh itu, kerajaan telah

memperkenalkan program iTHINK di sekolah-sekolah. iTHINK bermaksud innovatif thinking

(pemikiran inovatif) yang bertujuan mempertingkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan

murid-murid. Murid belajar menggunakan peta pemikiran yang boleh meransang pemikira

mereka. Manakala guru-guru pula akan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan

Page 3: pissa OLL

KBAT semasa proses PdP. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid

untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada

sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

Perubahan kaedah penilaian dalam sistem pendidikan di Malaysia kini memberi

penekanan kepada penilaian secara menyeluruh. Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan

sekolah sedikit sebanyak telah berjaya membentuk murid yang tidak hanya berorientasikan

peperiksaan tetapi murid yang mampu mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang

dipelajari. Manakala penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta program iTHINK yang

dilaksanakan mampu untuk melahirkan murid yang inovatif dan kreatif. Sekiranya kaedah

pentaksiran yang sedang dilaksanakan dengan berkesan oleh semua pihak sudah tentu ia

akan mampu untuk meningkatkan pembelajaran khususnya dalam Sains dan Matematik.

Jadi, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya guru-guru untuk memastikan

kedudukan negara kita diperingkat dunia dalam TIMSS dan PISA nanti akan meningkat

kepada kedudukan yang lebih baik.