pidm laporan tahunan 2005

64
laporan tahunan 2005 Membina asas yang kukuh

Upload: truongcong

Post on 24-Jan-2017

241 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PIDM Laporan Tahunan 2005

laporan tahunan 2005

Membina

asas yang kukuh

Page 2: PIDM Laporan Tahunan 2005

�PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIAPerbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk mentadbir sebuah sistem insurans deposit yang melindungi pendeposit terhadap kehilangan deposit yang diinsuranskan seandainya bank perdagangan, syarikat kewangan atau bank-bank Islam tidak berupaya membayar balik kepada pendeposit. Sistem ini telah dilancarkan pada 1 September 2005. Keteguhan, integriti dan komitmen kami terhadap ketelusan membolehkan kami menyediakan perlindungan terhadap keadaan pasaran kewangan yang sentiasa beralih arus.

RASIONAL LOGO PIDM PIDM adalah akronim bagi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia yang telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia merupakan sebutan utama disusuli dengan Malaysia Deposit Insurance Corporation bagi melambangkan pengiktirafan global serta digunakan untuk tujuan surat menyurat.

Ekspresi logo PIDM melambangkan sifat berikut - pengiktirafan, keteguhan dan kebenaran. Skruktur logo adalah ringkas tetapi menerangkan dengan jelas tentang PIDM dan peranannya. Fon biru tebal PIDM memperlihatkan ciri kepercayaan, kestabilan dan profesionalisme - kualiti yang memberi keyakinan dalam sistem kewangan. Simbol Lengkung pula adalah simbol yang memberi perlindungan kepada pendeposit manakala penggunaan warna jingga menggambarkan dinamisme dan kesediaan.

Page 3: PIDM Laporan Tahunan 2005

KANDUNGAN

2 Perutusan daripada Pengerusi

6 Perutusan daripada Ketua Pegawai Eksekutif

10 Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif

12 Profil Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif

14 Urus Tadbir Korporat

16 Piagam Jawatankuasa Urus Tadbir

18 Piagam Jawatankuasa Ganjaran

20 Piagam Jawatankuasa Audit

24 Struktur Organisasi

25 Perbincangan dan Analisis Pihak Pengurusan

29 Laporan Penyata Kewangan

53 Kalendar Peristiwa Sepanjang 2005

54 Sistem Insurans Deposit di Malaysia

57 Sistem Insurans Deposit Islam di Malaysia

58 Inisiatif Pendidikan dan Kesedaran Awam

59 Soalan Lazim

61 Senarai Institusi Anggota

62 Maklumat Hubungan

Page 4: PIDM Laporan Tahunan 2005

�PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

perutusan daripada pengerusi

Keteguhan urus tadbir sesebuah institusi bermula dengan Lembaga Pengarahnya. Dalam tempoh empat bulan pertama operasi PIDM, Lembaga Pengarah telah memberi tumpuan kepada pembinaan struktur organisasi dan pelaporan yang efektif serta rangka kerja urus tadbir PIDM.

Page 5: PIDM Laporan Tahunan 2005

� PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Perlindungan PendePosit dan kestabilan kewangan

Penubuhan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) merupakan kemuncak kepada usaha

gigih dan pandangan jauh Bank Negara Malaysia yang memahami peranan penting penginsurans

deposit dalam membina dan mengekalkan keyakinan pendeposit dalam sistem kewangan.

Sesebuah penginsurans deposit mempunyai satu objektif utama – melindungi pendeposit daripada

kehilangan deposit mereka.

Ini juga merupakan mandat PIDM. Oleh yang demikian, salah satu tugasan awal Lembaga

Pengarah adalah menyediakan PIDM dengan asas bagi memberi perlindungan insurans deposit

kepada pendeposit secepat yang mungkin. Perlindungan insurans deposit telah dilancarkan pada

1 September 2005. Kini, pendeposit menikmati jaminan daripada PIDM di mana deposit mereka

di bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank-bank Islam adalah dilindungi. Perlindungan ini

telah diperuntukkan dalam undang-undang Parlimen dan merupakan komitmen utuh PIDM yang

disokong sepenuhnya oleh Kerajaan.

Kini pendeposit menikmati jaminan daripada

PIDM di mana deposit mereka di bank

perdagangan, syarikat kewangan dan

bank-bank Islam adalah dilindungi.

Kami juga komited dalam membina hubungan yang erat

dengan pendeposit, institusi anggota dan pemegang

kepentingan kami yang lain.

Page 6: PIDM Laporan Tahunan 2005

�PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Mandat dan FalsaFah

Keteguhan urus tadbir sesebuah institusi bermula dengan Lembaga Pengarahnya.

Dalam tempoh empat bulan pertama operasi PIDM, Lembaga Pengarah telah memberi tumpuan

kepada pembinaan struktur organisasi dan pelaporan yang efektif serta rangka kerja urus tadbir PIDM.

Tugasan ini telah dipermudahkan oleh Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 yang telah

menggariskan mandat, peranan dan tanggungjawab PIDM serta memberi kuasa kepadanya untuk

mencapai objektif Akta PIDM. Akta tersebut juga memperuntukkan sistem sekatan dan imbangan

yang komprehensif di kalangan peserta jaringan keselamatan kewangan.

Objektif kami adalah untuk membina asas PIDM yang teguh dengan menerapkan tahap urus tadbir

yang tinggi berdasarkan kepada prinsip integriti, kebebasan, kebertanggungjawaban, ketelusan dan

pengelolaan. Kami bertuah kerana memiliki pasukan pengurusan yang menyokong komitmen kami

dalam mencapai objektif ini. Dari segi keyakinan dan penerimaan awam, hasrat kami adalah untuk

menonjolkan PIDM sebagai sebuah institusi yang diurus tadbir dengan baik dan penuh tanggungjawab

demi kebaikan kesemua pemegang kepentingan.

Bagi membantu dalam menjalankan tanggungjawab urus tadbir, Lembaga Pengarah telah menubuhkan

tiga jawatankuasa iaitu Audit, Urus Tadbir dan Ganjaran. Lembaga Pengarah juga telah mengambil

kira dan meluluskan piagam untuk setiap jawatankuasa yang menggariskan tempoh perkhidmatan,

tugasan dan tanggungjawab jawatankuasa serta hasil yang diharapkan. Lembaga Pengarah mengiktiraf

piagam ini sebagai amalan antarabangsa yang terbaik dalam aspek urus tadbir.

rancangan strategik

Lembaga Pengarah telah meluluskan rancangan korporat tiga tahun yang menggariskan empat

strategi perniagaan PIDM iaitu:

• kesediaan;

• amalan perniagaan dan kewangan yang mantap;

• kesedaran awam; dan

• kerjasama yang teguh.

Dalam suku pertama tahun

2006, kami telah melancarkan

laman web PIDM supaya

orang awam mempunyai

akses kepada maklumat

yang komprehensif mengenai

insurans deposit di Malaysia.

Page 7: PIDM Laporan Tahunan 2005

� PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Objektif kami adalah untuk membina asas PIDM yang teguh dengan menerapkan tahap urus tadbir yang tinggi berdasarkan kepada prinsip integriti, kebebasan, kebertanggungjwaban, ketelusan dan pengelolaan.

Rancangan kami juga menggariskan pelaksanaan inisiatif jangka pendek yang penting di mana

penekanan diberikan kepada penjanaan kapasiti.

Walaupun sistem perbankan kekal berdaya tahan dan kukuh, Lembaga Pengarah sedia maklum

bahawa PIDM dikehendaki di bawah Akta PIDM untuk bersedia menjalankan tanggungjawabnya

kepada pendeposit pada bila-bila masa. Sehubungan itu, PIDM telah menyusun atur programnya

untuk pelaksanaan polisi, sistem dan amalan yang perlu sebagai sebahagian daripada usaha kami

untuk mencapai mandat ini.

Dari aspek perundangan, PIDM bergantung kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Bank

Negara Malaysia. Dengan itu, kami menganggap bahawa kolaborasi erat dengan Bank Negara

Malaysia adalah penting bagi menjalankan fungsi kami secara efektif.

Untuk kejayaan masa depan, kami juga komited dalam membina hubungan yang erat dengan

pendeposit, institusi anggota dan pemegang kepentingan kami yang lain, supaya kami dapat

merangka polisi yang praktikal dan efektif dengan sokongan mereka.

Penghargaan

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan ahli Lembaga Pengarah

atas sokongan, komitmen dan dedikasi yang tidak ternilai dan kepada Ketua Pegawai Eksekutif,

Encik JP Sabourin, serta pihak Pengurusan dan kakitangan atas kerjasama dan kegigihan mereka

dalam menjayakan usaha PIDM.

tan sri dato’ abdul aziz bin haji taha

28 Februari 2006

Page 8: PIDM Laporan Tahunan 2005

�PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

perutusan daripada

ketua pegawai eksekutif

Asas kami termasuklah polisi, sistem, prosedur, kawalan dalaman dan rejim tanggungjawab yang mantap, supaya kami dapat mentadbir sistem insurans deposit secara efektif.

Page 9: PIDM Laporan Tahunan 2005

� PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Tahun 2005 menandakan permulaan komitmen kami dalam membina asas visi untuk menjadi

penginsurans deposit yang bertaraf dunia.

Pembangunan institusi bagi mencaPai visi

Visi Lembaga Pengarah adalah untuk membangunkan PIDM sebagai organisasi yang teguh

dengan piawaian dan amalan urus tadbir yang terbaik. Dengan visi ini, kami telah menerapkan

nilai teras bagi membimbing kami dalam pengurusan perniagaan dan hal ehwal kami. Nilai teras

kami adalah kecemerlangan dan profesionalisme, integriti dan kebolehpercayaan, komunikasi dan

kerja berpasukan, hormat dan kesaksamaan serta pengelolaan kewangan.

Sebagai sebuah organisasi baru, kami mampu membina asas yang kukuh dan rangka kerja

institusi yang akan membolehkan kami menjalankan fungsi berkanun secara efektif. Asas kami

termasuklah polisi, sistem, prosedur, kawalan dalaman dan rejim tanggungjawab yang mantap,

supaya kami dapat mentadbir sistem insurans deposit secara efektif.

Pembinaan institusi bukan sahaja merangkumi sistem, proses dan amalan. Kami percaya bahawa

ia juga melibatkan kakitangan yang berupaya meningkatkan standard dan kualiti kerja. Oleh yang

demikian, kami merancang untuk mengambil dan mengekalkan kakitangan yang mempunyai

kemahiran, kepakaran dan sikap yang sesuai.

Kami memberi penekanan

kepada kerja berpasukan, kualiti

dan profesionalisme dengan

hirarki yang minimum.

KaKitangan Kami

Pada masa ini, kami mempunyai 18 orang kakitangan yang kebanyakannya terdiri daripada

golongan profesional dan mempunyai latar belakang dalam bidang kewangan atau perbankan.

Kebanyakan mereka memiliki sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman kerja yang relevan. Kami

memberi penekanan kepada kerja berpasukan, kualiti dan profesionalisme dengan hirarki yang

minimum. Walaupun beberapa jawatan masih perlu diisi, kami merancang untuk kekal sebagai

kumpulan kecil yang terlatih dan mempunyai pengkhususan. Sekiranya perlu, sumber tambahan

akan diperolehi daripada penyedia perkhidmatan seperti juru runding dan pakar secara ad hoc

atau bagi tempoh sementara.

Kajian semula oPerasi

Seperti juga penginsurans deposit lain, kami dikehendaki membiayai operasi dan membina

rizab bagi memenuhi tanggungjawab pada masa depan. Bagi pelaporan pertama, kami telah

Page 10: PIDM Laporan Tahunan 2005

�PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

merekodkan lebihan bersih sebanyak RM32.5 juta menerusi kutipan premium pertama berjumlah

RM35.� juta. Sepanjang tahun 2005, perbelanjaan mencatat jumlah sebanyak RM3.3 juta

berbanding jumlah yang dibajetkan sebanyak RM5.3 juta. Kami merancang untuk terus mengurus

bajet kami dengan penuh tanggungjawab.

usaha meraih KeyaKinan awam

Kami juga amat prihatin bahawa kefahaman yang mendalam di kalangan orang awam tentang sistem insurans deposit adalah penting untuk kejayaan kami. Oleh yang demikian, kami sedang dalam proses membangunkan rancangan komunikasi strategik jangka panjang dengan objektif utama untuk menyediakan maklumat insurans deposit kepada orang awam secara tepat dan terkini.

Pada masa yang sama, kami telah mengambil langkah memberi pendidikan kepada orang awam. Kami telah mengadakan sesi taklimat kepada institusi anggota dan temuramah media serta melancarkan Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan bebas tol (1-�00-��-1266) supaya orang awam dapat memperolehi jawapan berhubung insurans deposit dalam bahasa pilihan mereka. Dalam suku pertama tahun 2006, kami telah melancarkan laman web PIDM supaya orang awam mempunyai akses kepada maklumat yang komprehensif mengenai insurans deposit di Malaysia menerusi internet pada bila-bila masa.

Bagi mendekati pendeposit secara lebih meluas, kami bekerjasama dengan institusi anggota bagi penyebaran maklumat. Risalah maklumat telah diedarkan kepada orang awam melalui cawangan institusi anggota di seluruh negara. Bagi membantu institusi anggota menjawab pertanyaan tentang insurans deposit dengan lebih berkesan, kami juga akan terus mengadakan latihan, seminar dan sesi informasi sepanjang tahun 2006.

KeduduKan Kami di PeringKat antarabangsa

Selain daripada manfaat pertukaran pengalaman dan kepakaran, penglibatan aktif kami dalam organisasi dan forum antarabangsa telah menaikkan profil dan kredibiliti kami di peringkat domestik dan antarabangsa. Dalam tahun 2005, PIDM menjadi ahli Persatuan Penginsurans Deposit Antarabangsa (IADI) dan merupakan ahli yang aktif di rantau Asia. Kami juga telah

mengambil bahagian dalam forum antarabangsa di China dan Taiwan serta menerima kunjungan

Perbadanan Penginsurans Deposit dari Taiwan, Nigeria dan Jamaica. Di samping itu, wakil

Kami telah melancarkan Pusat

Panggilan Perkhidmatan

Pelanggan bebas tol (1-�00-��-

1266) supaya orang awam dapat

memperolehi jawapan berhubung

insurans deposit dalam bahasa

pilihan mereka.

�PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Page 11: PIDM Laporan Tahunan 2005

� PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) melawat PIDM untuk mengumpul maklumat mengenai

sistem insurans deposit Malaysia.

ucaPan Penghargaan

Sebagai penutup, kami berterima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan dalam penubuhan dan pembangunan berterusan PIDM.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Bank Negara Malaysia atas sokongan berterusan yang diberikan terutamanya kepada rakan-rakan kami di Bank Negara Malaysia yang telah memberi sumbangan masa dan usaha di peringkat awal penubuhan PIDM.

Kami juga ingin menyatakan penghargaan kami kepada rakan sekerja daripada Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Audit Negara serta badan berkanun lain yang telah memberi kerjasama dan bantuan kepada kami.

Secara peribadi, saya rasa bertuah dan berbesar hati kerana diberi peluang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PIDM yang pertama. Walaupun PIDM baru beroperasi dalam hanya beberapa bulan, sebahagian besar tugasan telahpun dilaksanakan. Kami telah menggariskan rancangan tugasan yang mencabar dalam usaha kami membangunkan sebuah penginsurans deposit yang efektif dalam masa yang singkat.

Saya menghargai dedikasi dan ketabahan kakitangan kami yang telah bertugas dalam suasana yang tertekan dan tempoh yang singkat. Saya amat yakin bahawa kami akan bersama-sama membina sebuah organisasi yang menjana keyakinan dalam sistem kewangan dan dibanggakan

oleh rakyat Malaysia.

jean Pierre sabourin

28 Februari 2006

Penglibatan aktif kami dalam organisasi

dan forum antarabangsa telah menaikkan

profil dan kredibiliti kami di peringkat

domestik dan antarabangsa.

Page 12: PIDM Laporan Tahunan 2005

10PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif

1 2

3 4

1. tan sri dato’ abdul aziz bin haji taha

Pengerusi

2. tan sri dato’ sri dr Zeti akhtar aziz

3. dato’ sri izzuddin bin dali

4. tan sri dato’ seri haji mohd azmi

bin dato’ haji Kamaruddin

4

Page 13: PIDM Laporan Tahunan 2005

11 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

5 6

87

5. Datuk Dr Sulaiman Bin Mahbob

6. Datuk Dr Abdul Samad Bin Haji Alias

7. Encik Michael Wong Kuan Lee

8. Encik Jean Pierre Sabourin

Ketua Pegawai Eksekutif (Bukan ahli Lembaga Pengarah)

Page 14: PIDM Laporan Tahunan 2005

12PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

TAN SRI DATO’ ABDUL AZIZ BIN HAJI TAHAPENGERUSI

DATO’ SRI IZZUDDIN BIN DALI

Tan Sri Dato’ Abdul Aziz bin Haji Taha merupakan seorang

pengarah bukan eksekutif bebas bagi United Malacca Berhad.

Sebagai seorang akauntan bertauliah, beliau mempunyai

pengalaman luas di dalam bidang perbankan dan kewangan.

Beliau telah berkhidmat di dalam sektor awam dan juga swasta

dan menyandang pelbagai peringkat jawatan. Beliau juga pernah

memegang jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia dari tahun

1980-1985, Pengerusi Jawatankuasa Isu Modal, rakan kongsi

Tetuan Kassim Chan & Co/Deloitte Haskins & Sells, Malaysia

dan ahli Jawatankuasa Pelaburan Asing, Majlis Perancangan

Pembangunan Kebangsaan, Panel Pelaburan Lembaga Tabung

Angkatan Tentera, Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji,

serta ahli Lembaga Pengarah Malaysian Industrial Development

Finance Berhad dan Perbadanan Nasional Berhad.

Dato’ Sri Izzuddin bin Dali merupakan Ketua Setiausaha

Perbendaharaan Malaysia. Beliau berpengalaman luas di

dalam pengurusan kewangan dan memegang pelbagai

jawatan dalam sektor awam setelah berkhidmat selama lebih

30 tahun dengan Kerajaan. Antaranya, beliau memegang

jawatan sebagai Pengurus Besar/Setiausaha Syarikat di Kuala

Lumpur International Airport Bhd, Pengarah bagi Divisyen

Bajet di Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha

di Kementerian Kerja Raya. Beliau berkelulusan Ijazah

Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya dan

mempunyai Ijazah Sarjana Sastera (Ekonomi) daripada Universiti

Western Michigan.

TAN SRI DATO’ SRI DR ZETI AKHTAR AZIZTAN SRI DATO’ SERI HAJI MOHD AZMI

BIN DATO’ HAJI KAMARUDDIN

Tan Sri Dato’ Sri Dr Zeti Akhtar Aziz merupakan Gabenor

Bank Negara Malaysia semenjak Mei 2000. Kerjaya beliau

di Bank Negara Malaysia mendapat penghormatan di peringkat

antarabangsa kerana kepakaran dan kemahiran beliau di

dalam pembangunan sektor kewangan dan pengurusan

monetari dan ekonomi. Di Bank Negara Malaysia, beliau

mempengerusikan penggubalan Pelan Induk Sektor Kewangan,

satu pelan induk untuk jangkamasa sepuluh tahun bagi

pembangunan sistem kewangan Malaysia. Beliau turut menyelia

transformasi reformasi sistem kewangan, pengukuhan pasaran

kewangan dan pembangunan kewangan Islam dan kerjasama

kewangan serantau.

Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Azmi bin Dato’ Haji Kamaruddin

merupakan Pengerusi bagi Biro Pengantaraan Kewangan.

Beliau telah berkhidmat di Perkhidmatan Penghakiman dan

Perundangan Malaysia sebagai Majistret, Penolong Kanan

Pendaftar dan Hakim Mahkamah Sesyen di beberapa negeri

di Malaysia, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Timbalan

Pendakwaraya Awam negeri Kelantan, Penasihat Undang-

Undang Negeri bagi negeri Selangor dan Ketua Pendaftar

di Mahkamah Persekutuan. Beliau telah dinaikkan pangkat

sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dalam tahun 1970 dan Hakim

Mahkamah Persekutuan dalam tahun 1980 sebelum bersara

daripada bidang kehakiman dalam tahun 1999. Beliau juga

pernah dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Hakim Mahkamah

Khas selama tiga tahun. Sorotan penting yang lain dalam

kerjaya beliau termasuklah menjadi Penimbang Tara di Pusat

Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur, ahli Panel Penimbang

Tara Malaysia yang bergabung dengan International Chamber

of Commerce Court of Arbitration yang beroperasi di Paris dan

Hakim Tribunal Jenayah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu bagi Ruanda.

profil lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif

Page 15: PIDM Laporan Tahunan 2005

13 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

DATUK DR SULAIMAN BIN MAHBOB

Datuk Dr Sulaiman bin Mahbob merupakan Presiden bagi

Institut Integriti Malaysia, sebuah agensi yang ditubuhkan untuk

melaksanakan Pelan Integriti Nasional. Beliau juga merupakan

seorang Profesor Kehormat (Ekonomi) di Universiti Malaya

serta di Universiti Utara Malaysia (Pengurusan Awam dan

Undang-Undang).

Pengalaman beliau adalah dalam bidang perancangan ekonomi

negara, kewangan awam, polisi awam dan pengurusan

ekonomi negara secara keseluruhan. Beliau menyandang

pelbagai jawatan ketika berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia

selama 33 tahun bermula pada tahun 1971 sehingga tahun

2004 termasuklah sebagai Ketua Setiausaha Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Under-

Secretary (Ekonomi) di Kementerian Kewangan dan Pengarah

bagi Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengerusi pertama

Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pengarah Eksekutif Institut

Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan ahli Lembaga Pengarah

Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Perbadanan Perkapalan

Antarabangsa Malaysia Berhad dan Padiberas Nasional

Berhad. Semasa krisis kewangan tahun 1998, beliau telah

dilantik menjadi Ketua Sekretariat bagi Majlis Tindakan Ekonomi

Negara. Kini, beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah di

Pengurusan Amanah Saham Nasional Berhad.

DATUK DR ABDUL SAMAD BIN HAJI ALIAS

Datuk Dr Abdul Samad bin Haji Alias merupakan seorang

Felo di Institut Akauntan Bertauliah di Australia. Beliau

memiliki pengalaman yang luas dalam bidang pengauditan

dan perakaunan. Beliau kini memegang jawatan Pengerusi

Bukan Eksekutif bagi Ernst & Young, Malaysia, Malaysia Venture

Capital Management Bhd dan Malaysia Debt Venture Bhd.

Di samping itu, beliau turut memegang jawatan sebagai ahli

Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji, Suruhanjaya Syarikat

Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan,

Felda Holdings Berhad dan TH Plantations Berhad. Beliau juga

adalah seorang ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia

dan Institut Akauntan Malaysia.

ENCIK MICHAEL WONG KUAN LEE

Encik Michael Wong Kuan Lee adalah seorang perunding bagi

sebuah firma guaman, Tetuan Shook Lin & Bok. Beliau pernah

menjadi Rakan Kongsi Urusan sebelum persaraan beliau dalam

bulan Disember 1991. Beliau juga memegang jawatan pengarah

dalam beberapa syarikat senaraian awam.

Beliau pernah bertindak sebagai penasihat undang-undang

kepada pelbagai organisasi tempatan dan antarabangsa,

termasuklah bank, bank saudagar, firma pengurusan aset dan

sekuriti, Bank Negara Malaysia dan Persatuan Bank-Bank

Malaysia. Beliau juga menerima beberapa pelantikan awam

dan pernah menjadi ahli kepada Majlis Penasihat Pendidikan

Tinggi, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Dewan Negara, Majlis

Kolej Tunku Abdul Rahman dan Lembaga Pengarah Bank

Negara Malaysia.

ENCIK JEAN PIERRE SABOURINKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

(Bukan ahli Lembaga Pengarah)

Encik Jean Pierre (JP) Sabourin mempunyai Ijazah Sarjana

Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Toronto dan telah

dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PIDM untuk tempoh

tiga tahun. Beliau mempunyai kepakaran dalam semua aspek

insurans deposit dan khidmat beliau menjadi buruan di peringkat

antarabangsa untuk membantu menubuhkan dan memperbaiki

sistem insurans deposit. Antara pencapaian beliau termasuk

mempengerusikan kumpulan kerja Forum Kestabilan Kewangan

Antarabangsa berkenaan insurans deposit dan Dialog Polisi

APEC mengenai Insurans Deposit yang julung-julung kali

diadakan di Kuala Lumpur. Beliau turut berkhidmat sebagai

ahli Majlis Penasihat di Pusat Antarabangsa bagi Kepimpinan

dalam Kewangan (ICLIF). Dalam bulan Mei 2002, beliau dipilih

sebagai Pengerusi pertama Majlis Eksekutif dan Presiden

Persatuan Penginsurans Deposit Antarabangsa (IADI), jawatan

yang masih lagi disandang oleh beliau hingga kini. Beliau pernah

memegang jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Perbadanan Insurans Deposit Kanada (CDIC) bermula dari tahun

1990 sehingga persaraan beliau dalam tahun 2005. Di bawah

kepimpinan beliau, CDIC telah diiktiraf di seluruh dunia sebagai

peneraju dalam bidang insurans deposit.

profil lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif

Page 16: PIDM Laporan Tahunan 2005

14PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

urus tadbir korporat

KOMITMEN YANG PADU TERHADAP URUSTADBIR YANG CEKAP

Pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan PIDM memberi komitmen bahawa segala urusan PIDM akan dikendalikan mengikut tahap urus tadbir korporat dan integriti yang tertinggi yang diterima pakai oleh badan berkanun, khususnya bagi penginsurans deposit.

Laporan Forum Kestabilan Kewangan berkenaan Garispanduan bagi Membina Sistem Insurans Deposit yang Berkesan telah mengesyorkan agar asas urus tadbir sesebuah penginsurans deposit merangkumi perkara-perkara berikut:

• Mempunyai individu yang bersesuaian dan berpengetahuan tanpa sebarang konflik kepentingan dan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan;

• Mempunyai akses kepada pihak berkenaan;• Struktur urus tadbir yang telus dan bertanggungjawab yang

tertakluk kepada penyeliaan;• Sistem dan amalan urus tadbir yang dibangun berasaskan

perancangan strategik dan amalan pengurusan risiko yang teguh serta kawalan dalaman dan sistem audit yang berkesan; dan

• Mewujudkan peraturan mengenai urus tadbir korporat.

RANGKA KERJA URUS TADBIR PIDM

Akta PIDM bukan sahaja mengguna pakai syor urus tadbir di atas, malah telah mengambil kira prinsip urus tabdir terbaik yang mantap termasuk pengasingan kuasa pihak yang boleh membuat keputusan, mewujudkan kawalan dalaman yang bersesuaian dan juga kebebasan. Ini selaras dengan aspirasi Kerajaan dan syor Forum Kestabilan Kewangan.

Rangka kerja urus tadbir di PIDM merangkumi ciri-ciri berikut:

• Penyeliaan oleh Menteri Kewangan: Akta PIDM memperuntukkan sekatan dan imbangan tertentu di mana Menteri menyelia kuasa utama tertentu yang melibatkan pihak berkenaan atau orang awam, contohnya dalam menetapkan premium tahunan. Struktur Lembaga Pengarah PIDM juga telah dibentuk bagi memastikan rejim ketelusan dan kebertanggungjawaban yang teguh;

• Kawalan perundangan yang ketat: Akta PIDM meletakkan had atau sekatan dan imbangan terhadap penggunaan kuasa tertentu, contohnya, penetapan had premium maksimum; penetapan prosedur rayuan bagi pembatalan keanggotaan; dan peruntukan untuk pampasan kepada pendeposit dalam keadaan tertentu;

• Lembaga Pengarah yang seimbang: Ahli Lembaga Pengarah mewakili sektor awam dan sektor swasta agar kemahiran dan kepakaran pengarah dapat disepadukan bagi memenuhi mandat PIDM dan untuk mengambil kira objektif polisi awam dan jaringan keselamatan kewangan;

• Pengasingan kuasa: Kuasa menetapkan polisi dan fungsi eksekutif PIDM diasingkan di antara Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE). Selaras dengan pengasingan ini, Lembaga Pengarah bertanggungjawab dalam menetapkan polisi dan hala tuju strategik PIDM, sementara pentadbiran urusan dan hal ehwal harian PIDM terletak di bawah bidang tugas KPE;

• Rangka kerja kawalan dalaman yang teguh: Fungsi audit luar adalah di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara. PIDM juga telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah fungsi audit dalaman yang kukuh; dan

• Ketelusan: Penyata kewangan suku tahun, penyata kewangan beraudit dan laporan tahunan diserahkan kepada Menteri Kewangan dan akan dibentangkan di Parlimen. Penyata kewangan beraudit dan laporan tahunan ini juga akan disiarkan di laman web PIDM.

PELAKSANAAN RANGKA KERJA URUS TADBIR

Ahli Lembaga Pengarah dilantik oleh Menteri Kewangan. Lembaga Pengarah dianggotai oleh tujuh pengarah yang berpengalaman dan berkaliber dengan kepakaran dalam bidang perbankan, kewangan, undang-undang, perakaunan, dan pengurusan am dan awam. Bagi memastikan komposisi yang seimbang, tiga orang pengarah adalah daripada sektor awam sementara empat orang pengarah adalah daripada sektor swasta; salah seorang daripadanya merupakan Pengerusi bukan eksekutif. Bagi memastikan objektif polisi awam diambil kira, Akta PIDM menetapkan bahawa kuorum bagi mesyuarat Lembaga Pengarah hendaklah tidak kurang daripada empat orang pengarah dan sekurang-kurangnya dua pengarah hendaklah daripada sektor awam.

Hanya individu yang berintegriti akan dilantik dalam Lembaga Pengarah. Pengarah dilantik bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula. Pengarah dilarang daripada dilantik atau kekal sebagai pengarah sekiranya mereka merupakan:

• Seorang ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Perundangan;

• Seorang pegawai sesuatu institusi anggota; atau• Seorang ketua bahagian atau mana-mana orang yang memegang

mana-mana jawatan atau kedudukan seumpamanya, dalam sesuatu parti politik.

Menteri juga berhak menamatkan atau menggantung pelantikan seseorang pengarah atas sebab-sebab berikut:

• Beliau menjadi tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya;

• Telah dikenakan ke atas pengarah itu apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan melalui bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang berhubung dengan pencegahan jenayah, atau tahanan pencegahan bagi pencegahan jenayah atau pengedaran dadah, atau kediaman terhad, atau buang negeri atau imigresen;

• Dia menjadi seorang bankrap, menggantung pembayaran atau mencapai persetujuan dengan pemiutangnya;

• Dia telah dipertuduhkan atas suatu kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang yang boleh dihukum pemenjaraan, sama ada hukuman pemenjaraan sahaja, atau sebagai ganti, atau sebagai tambahan kepada, suatu denda, dalam mana-mana mahkamah di dalam atau di luar Malaysia;

• Dia bersalah kerana salah laku serius berhubung dengan tugasnya di bawah Akta ini; atau

• Dia tidak hadir, kecuali atas sebab cuti yang diberikan oleh Menteri dalam hal pengerusi atau oleh Pengerusi dalam hal semua pengarah lain, daripada dua mesyuarat Lembaga Pengarah dalam mana-mana tempoh dua belas bulan.

Page 17: PIDM Laporan Tahunan 2005

15 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Bagi memastikan Lembaga Pengarah berlaku adil dan objektif, tanpa gentar atau pilih kasih, seseorang pengarah dilindungi daripada sebarang tindakan undang-undang, saman, dakwaan atau sebarang prosiding diambil ke atasnya di atas sebarang perlakuan yang dibuat secara ikhlas. Pengarah juga perlu berperanan untuk menjaga kepentingan PIDM. Semenjak penubuhan PIDM pada 15 Ogos 2005, tumpuan pihak Lembaga Pengarah adalah untuk membina asas dan struktur organisasi yang teguh bagi PIDM. Ini melibatkan perangkaan polisi, termasuk polisi pelaburan dan mewujudkan sistem pelaporan dan pemantauan kewangan.

LAPORAN URUS TADBIR KORPORAT

Mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan sebanyak tiga kali dalam tempoh empat bulan berakhir 31 Disember 2005 dan kehadiran adalah seperti berikut:

Jumlah Ahli Lembaga Pengarah kehadiran

1 Tan Sri Dato’ Abdul Aziz bin Haji Taha 3 (Pengerusi)2 Tan Sri Dato’ Sri Dr Zeti Akhtar Aziz 33 Dato’ Sri Izzuddin bin Dali 24 Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Azmi 3 bin Dato’ Haji Kamaruddin5 Datuk Dr Sulaiman bin Mahbob 26 Datuk Dr Abdul Samad bin Haji Alias 27 Encik Michael Wong Kuan Lee 3

KPE melaksanakan polisi dan arahan oleh Lembaga Pengarah dan bertanggungjawab ke atas pentadbiran urusan dan hal ehwal harian PIDM. KPE bukan ahli Lembaga Pengarah. KPE hendaklah bertanggungjawab menerangkan kepada Lembaga Pengarah tentang pelaksanaan kuasa dan tugasnya. Bagi memastikan kebebasan, pelantikan KPE dibuat oleh Menteri Kewangan, atas syor Lembaga Pengarah.

urus tadbir korporat

JAWATANKUASA LEMBAGA PENGARAH

Lembaga Pengarah juga telah mewujudkan tiga jawatankuasa dengan piagam tersendiri yang memenuhi amalan terbaik antarabangsa, bagi membantu Lembaga Pengarah memenuhi tanggungjawab urus tadbirnya. Piagam dan prestasi jawatankuasa ini akan dinilai setiap tahun. Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada:

Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Urus Tadbir Audit Ganjaran

Tan Sri Dato’ Datuk Dr Abdul Tan Sri Dato’ Sri DrAbdul Aziz bin Samad bin Haji Zeti Akhtar AzizHaji Taha Alias (Pengerusi)(Pengerusi) (Pengerusi)

Tan Sri Dato’ Sri Dato’ Sri Izzuddin Tan Sri Dato’ Seri HajiDr Zeti Akhtar Aziz bin Dali Mohd Azmi bin Dato’ Haji Kamaruddin

Datuk Dr Sulaiman Encik Michael Encik Michael Wongbin Mahbob Wong Kuan Lee Kuan Lee

Page 18: PIDM Laporan Tahunan 2005

16PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

piagam jawatankuasa urus tadbir

A. MANDAT

Menurut Seksyen 7 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau sesuai bagi pelaksanaan fungsi-fungsinya. Lembaga Pengarah berpendapat adalah perlu suatu Jawatankuasa Urus Tadbir ditubuhkan.

B. OBJEKTIF

Jawatankuasa Urus Tadbir (Jawatankuasa) Lembaga Pengarah PIDM bertanggungjawab untuk mengarahkan pelaksanaan prinsip urus tadbir yang utuh dalam PIDM. Oleh yang demikian, objektif utama Jawatankuasa adalah untuk membantu Lembaga Pengarah mengawasi: pembangunan prinsip dan amalan urus tadbir yang berkesan; penilaian fungsi Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan Pengurusan; pencalonan individu yang berkelayakan untuk menjadi Pengarah selaras dengan kriteria yang diluluskan oleh PIDM; dan perancangan penggantian.

C. PRINSIP OPERASI

1. Fungsi dan Komposisi

(a) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada tiga ahli Lembaga Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah.

(b) Setiap ahli Jawatankuasa mestilah bebas daripada pihak Pengurusan.

(c) Jawatankuasa hendaklah melaksanakan fungsi yang ditugaskan atau diwakilkan kepadanya oleh Lembaga Pengarah dan aktiviti sampingan yang konsisten dengan Piagam ini sebagaimana yang disifatkan oleh Jawatankuasa atau Lembaga Pengarah sebagai perlu atau sesuai.

2. Pengerusi – Pengerusi merupakan Pengarah bukan ex officio yang dilantik oleh Pengerusi Lembaga Pengarah.

3. Kuorum – Kehadiran dua orang ahli membentuk kuorum bagi sesuatu mesyuarat Jawatankuasa.

4. Pengundian – Sesuatu perkara yang dibentangkan untuk pengundian pada sesuatu mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diputuskan mengikut bilangan undi majoriti dan sekiranya bilangan undi yang sama banyak diperolehi, Pengerusi Jawatankuasa mempunyai undi kedua.

5. Prosedur and Pengelolaan Mesyuarat – Tertakluk kepada sebarang resolusi daripada Lembaga Pengarah berkenaan sesuatu perkara, Pengerusi hendaklah menentukan prosedur dan pengelolaan mesyuarat Jawatankuasa.

6. Setiausaha dan Minit – Setiausaha Syarikat hendaklah menjadi setiausaha Jawatankuasa. Salinan minit prosiding Jawatankuasa hendaklah dihantar oleh Setiausaha Syarikat kepada semua ahli Lembaga Pengarah apabila ianya telah diluluskan oleh Jawatankuasa.

7. Kekerapan dan Panggilan Mesyuarat – Jawatankuasa akan bermesyuarat mengikut budi bicara Pengerusi Jawatankuasa, tetapi kekerapannya mestilah tidak kurang daripada empat kali setahun.

8. Notis Mesyuarat – Tempoh notis wajar untuk memanggil mesyuarat Jawatankuasa ialah sekurang-kurangnya 14 hari atau notis yang lebih singkat sebagaimana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa.

9. Agenda Mesyuarat – Agenda bertulis bagi setiap mesyuarat Jawatankuasa berserta bahan berkaitan, jika ada, akan diedarkan kepada ahli Jawatankuasa sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh mesyuarat.

10. Kehadiran Tambahan – Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat yang akan memanfaatkan Jawatankuasa dalam menjalankan tugasnya boleh dijemput oleh Pengerusi untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa.

11. Terma Pelantikan/Penggiliran Ahli Jawatankuasa – Ahli Jawatankuasa hendaklah ditukar mengikut kesesuaian dan secara tetap. Pertukaran itu hendaklah dibuat secara bergilir-gilir untuk memastikan bahawa keseluruhan ahli Jawatankuasa tidak ditukar dalam satu masa.

12. Pelaporan – Jika perlu, Jawatankuasa akan membuat laporan bertulis atau lisan mengenai setiap mesyuarat Jawatankuasa pada mesyuarat tetap Lembaga Pengarah yang berikutnya atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga Pengarah.

13. Kajian Semula Piagam – Jawatankuasa hendaklah mengkaji semula dan menilai kecukupan Piagam ini pada setiap tahun. Sekiranya Jawatankuasa berpendapat bahawa pindaan perlu dibuat, Jawatankuasa hendaklah mengesyorkan pindaan itu kepada Lembaga Pengarah bagi kelulusan.

14. Penilaian Sendiri – Penilaian Jawatankuasa hendaklah dilakukan secara tetap di mana Jawatankuasa hendaklah mengkaji semula prestasinya, antara lain bagi menilai sama ada Jawatankuasa telah memenuhi tanggungjawab dan tugas yang disebutkan dalam Piagam ini.

15. Pendedahan – Jawatankuasa hendaklah memastikan bahawa Piagam ini dan isi kandungannya didedahkan kepada umum.

16. Penasihat Bebas atau Penasihat Lain – Jawatankuasa mempunyai kuasa untuk mendapatkan khidmat penasihat luar, termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat, perunding bebas dan/atau pakar lain yang diperlukan bagi mengkaji semula hal di bawah tanggungjawabnya, mengikut ketetapan atau dasar Lembaga Pengarah yang relevan.

Page 19: PIDM Laporan Tahunan 2005

17 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

D. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA

1. Pengawasan Urus Tadbir Korporat

(a) Jawatankuasa hendaklah mengkaji semula pendekatan PIDM terhadap isu urus tadbir pada setiap tahun dan membuat cadangan kepada Lembaga Pengarah berhubung kajian semula garis panduan urus tadbir PIDM. Jawatankuasa hendaklah membuat cadangan kepada Lembaga Pengarah mengenai dasar berkenaan tempoh perkhidmatan, persaraan dan penggantian pengarah.

(b) Memastikan terdapatnya sistem yang membolehkan Jawatankuasa Lembaga Pengarah atau ahli Lembaga Pengarah mendapatkan khidmat penasihat bebas atau penasihat lain yang berasingan dalam keadaan yang sesuai di mana perbelanjaannya ditanggung oleh PIDM dan bertanggungjawab bagi pentadbiran berterusan sistem tersebut.

(c) Mengkaji semula mandat PIDM sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 secara berkala dan membuat sebarang cadangan yang wajar kepada Lembaga Pengarah.

(d) Mengikuti perkembangan mutakhir mengenai urus tadbir korporat untuk memastikan bahawa amalan urus tadbir PIDM adalah selaras dengan amalan terbaik.

(e) Melaksanakan inisiatif urus tadbir lain yang perlu atau dikehendaki bagi memastikan bahawa terdapat proses, struktur dan maklumat yang sesuai dan perlu bagi pengarahan dan pengawasan yang berkesan supaya dapat menyumbang kepada urus tadbir dan pengurusan utuh PIDM.

2. Penilaian Operasi Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah

(a) Menilai keperluan Lembaga Pengarah dari segi kekerapan dan lokasi mesyuarat Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa, agenda mesyuarat, dokumen dan maklumat, dan perjalanan mesyuarat serta membuat cadangan kepada Lembaga Pengarah jika perlu, melalui rundingan dengan Ketua Pegawai Eksekutif.

(b) Membangunkan, mengesyorkan dan mengkaji semula mandat dan tanggungjawab Lembaga Pengarah, Pengerusi Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah pada setiap tahun untuk kelulusan Lembaga Pengarah.

(c) Membangunkan suatu proses untuk membantu Lembaga Pengarah menentukan sama ada Lembaga Pengarah berpuas hati dengan cara, kekerapan dan ketepatan masa terhadap isu penting yang dibawa kepada perhatiannya serta kesesuaian maklumat tersebut.

piagam jawatankuasa urus tadbir

(d) Mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah suatu kaedah untuk menilai secara tetap keberkesanan Lembaga Pengarah dan setiap ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan melaksanakannya pada setiap tahun serta mengesyorkan sebarang perubahan wajar yang berbangkit.

3. Pencalonan Lembaga Pengarah

(a) Membangunkan, mengesyorkan dan membuat semakan pada setiap tahun kedua-dua profil Lembaga Pengarah dan profil ahli Lembaga Pengarah mengenai kelayakan, kemahiran dan ciri-ciri seseorang pengarah bagi memenuhi tanggungjawab dengan berkesan dengan mengambil kira kekuatan, kemahiran dan pengalaman semasa Lembaga Pengarah, terma, tarikh persaraan dan hala tuju strategik PIDM.

(b) Mengenal pasti senarai calon Lembaga Pengarah yang berpotensi yang menepati profil dan mengemaskinikan senarai tersebut secara tetap.

(c) Mempertimbangkan profil terkini yang disyorkan dan mengemaskinikannya jika perlu apabila terdapat kekosongan dalam Lembaga Pengarah serta menyediakan dan mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah senarai calon untuk mengisi kekosongan tersebut untuk membolehkan Lembaga Pengarah membuat cadangan kepada Menteri.

(d) Membangunkan dan melaksanakan suatu strategi untuk mengemukakan profil dan calon berpotensi kepada Menteri.

(e) Mengkaji semula secara berkala program pampasan ahli Lembaga Pengarah dan membuat cadangan kepada Lembaga Pengarah.

(f) Mengkaji semula, memantau dan membuat cadangan mengenai orientasi, latihan dan pembangunan berterusan ahli Lembaga Pengarah.

4. Perancangan Penggantian – Mengkaji semula rancangan penggantian Pengurusan bagi Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan Penasihat Am serta membuat cadangan mengenainya kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan jika ada.

5. Pelaporan dan Pendedahan – Mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah untuk mengemukakan mana-mana laporan tentang urus tadbir yang perlu atau dianggap wajar didedahkan kepada umum.

Page 20: PIDM Laporan Tahunan 2005

18PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

piagam jawatankuasa ganjaran

A. MANDAT

Menurut Seksyen 7 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) boleh menubuhkan sebarang jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau sesuai bagi pelaksanaan fungsi-fungsinya. Lembaga Pengarah berpendapat bahawa penubuhan Jawatankuasa Ganjaran adalah satu keperluan.

B. OBJEKTIF

Objektif Jawatankuasa Ganjaran (Jawatankuasa) Lembaga Pengarah PIDM adalah untuk memastikan bahawa PIDM mempunyai dasar sumber manusia yang adil dan saksama dalam menetapkan profil bagi pengambilan dan pengekalan kakitangan yang mempunyai kepakaran dan kelayakan yang sesuai. Oleh yang demikian, objektif utama Jawatankuasa adalah untuk membantu Lembaga Pengarah mengawasi:sumber manusia dan perihal pampasan; perancangan penggantian secara amnya; kajian semula dan kelulusan objektif tahunan bagi Ketua Pegawai Eksekutif dan pelaksanaan penilaian tahunan; serta dasar dan proses berhubung amalan perniagaan dan etika tingkah laku kakitangan.

C. PRINSIP OPERASI

1. Fungsi dan Komposisi

(a) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada tiga ahli Lembaga Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah.

(b) Setiap ahli Jawatankuasa mestilah bebas daripada pihak Pengurusan.

(c) Jawatankuasa hendaklah melaksanakan fungsi yang ditugaskan atau diwakilkan kepadanya oleh Lembaga Pengarah dan aktiviti sampingan yang konsisten dengan Piagam ini sebagaimana yang disifatkan oleh Jawatankuasa atau Lembaga Pengarah sebagai perlu atau sesuai.

2. Pengerusi – Pengerusi merupakan Pengarah bukan ex officio yang dilantik oleh Lembaga Pengarah.

3. Kuorum – Kehadiran dua orang ahli membentuk kuorum bagi sesuatu mesyuarat Jawatankuasa.

4. Pengundian – Sesuatu perkara yang dibentangkan untuk pengundian pada sesuatu mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diputuskan mengikut bilangan undi majoriti dan sekiranya bilangan undi yang sama banyak diperolehi, Pengerusi Jawatankuasa mempunyai undi kedua.

5. Prosedur dan Pengelolaan Mesyuarat – Tertakluk kepada sebarang resolusi daripada Lembaga Pengarah berkenaan sesuatu perkara, Pengerusi hendaklah menentukan prosedur dan pengelolaan mesyuarat Jawatankuasa.

6. Setiausaha dan Minit – Setiausaha Syarikat hendaklah menjadi setiausaha Jawatankuasa. Salinan minit hendaklah dihantar oleh Setiausaha Syarikat kepada semua ahli Lembaga Pengarah apabila ianya telah diluluskan oleh Jawatankuasa.

7. Kekerapan dan Panggilan Mesyuarat – Jawatankuasa akan bermesyuarat mengikut budi bicara Pengerusi Jawatankuasa tetapi kekerapannya mestilah tidak kurang daripada empat kali setahun.

8. Notis Mesyuarat – Tempoh notis wajar untuk memanggil mesyuarat Jawatankuasa ialah sekurang-kurangnya 14 hari atau notis yang lebih singkat sebagaimana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa.

9. Agenda Mesyuarat – Agenda bertulis bagi setiap mesyuarat Jawatankuasa berserta bahan berkaitan, jika ada, akan diedarkan kepada ahli Jawatankuasa sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh mesyuarat.

10. Kehadiran Tambahan – Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat yang akan memanfaatkan Jawatankuasa dalam menjalankan tugasnya boleh dijemput oleh Pengerusi untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa.

11. Terma Pelantikan/Penggiliran Ahli Jawatankuasa – Ahli Jawatankuasa hendaklah ditukar mengikut kesesuaian dan secara tetap. Pertukaran itu hendaklah dibuat secara bergilir-gilir untuk memastikan bahawa keseluruhan ahli Jawatankuasa tidak ditukar dalam satu masa.

12. Pelaporan – Jika perlu, Jawatankuasa akan membuat laporan bertulis atau lisan mengenai setiap mesyuarat Jawatankuasa pada mesyuarat tetap Lembaga Pengarah yang berikutnya atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga Pengarah.

13. Kajian Semula Piagam – Jawatankuasa hendaklah mengkaji semula dan menilai kecukupan Piagam ini pada setiap tahun. Sekiranya Jawatankuasa berpendapat bahawa pindaan perlu dibuat, Jawatankuasa hendaklah mengesyorkan pindaan itu kepada Lembaga Pengarah bagi kelulusan.

14. Penilaian Sendiri – Penilaian Jawatankuasa hendaklah dilakukan secara tetap di mana Jawatankuasa hendaklah mengkaji semula prestasinya, antara lain bagi menilai sama ada Jawatankuasa telah memenuhi tanggungjawab dan tugas yang disebutkan dalam Piagam ini.

15. Pendedahan – Jawatankuasa hendaklah memastikan bahawa Piagam ini dan isi kandungannya didedahkan kepada umum.

16. Penasihat Bebas atau Penasihat Lain – Jawatankuasa mempunyai kuasa untuk mendapatkan khidmat penasihat luar, termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat, perunding bebas dan/atau pakar lain yang diperlukan bagi mengkaji semula hal di bawah tanggungjawabnya mengikut ketetapan atau dasar Lembaga Pengarah yang relevan.

Page 21: PIDM Laporan Tahunan 2005

19 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

D. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA

1. Dasar dan Strategi

(a) Jawatankuasa hendaklah mengkaji semula dasar dan strategi utama sumber manusia dan mencadangkan sebarang perubahan yang perlu.

(b) Jawatankuasa hendaklah mengkaji falsafah pampasan PIDM dan dasar yang berkaitan serta membuat saranan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan jika ada.

(c) Jawatankuasa hendaklah memastikan bahawa PIDM mempunyai dasar dan prosedur yang berterusan, bersesuaian dan berkesan mengenai amalan perniagaan dan etika tingkah laku kakitangan serta hendaklah mengkaji semula dasar dan kod serta membuat syor kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan, jika ada.

2. Pematuhan dan Laporan – Jawatankuasa hendaklah mengkaji laporan mengenai:

(a) pematuhan terhadap keperluan perundangan dan dasar utama korporat berhubung hal sumber manusia pada setiap tahun; dan

(b) pematuhan terhadap amalan perniagaan dan etika tingkah laku kakitangan pada setiap tahun atau sebaik sahaja keadaan memerlukan. Jika perlu, Jawatankuasa hendaklah membuat permohonan kepada pihak Pengurusan untuk mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Audit sekiranya berlaku ketidakpatuhan atau telah timbul perkara yang memerlukan pengemukaan laporan.

3. Hal yang Dirujuk oleh Ketua Pegawai Eksekutif – Jawatankuasa hendaklah mengkaji semula sebarang perkara berhubung sumber manusia dan perihal pampasan yang dirujuk oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

4. Laporan kepada Lembaga Pengarah – Jika perlu, Jawatankuasa hendaklah membuat laporan kepada Lembaga Pengarah mengenai sumber manusia dan perihal pampasan serta prestasi pihak Pengurusan dalam hal ini.

5. Pemberian Bonus – Jawatankuasa hendaklah mengkaji semula dan meluluskan pemberian bonus kepada setiap kakitangan sebagaimana yang disyorkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

6. Objektif dan Penilaian Ketua Pegawai Eksekutif – Jawatankuasa hendaklah:

(a) Mengkaji semula penyataan objektif tahunan untuk Ketua Pegawai Eksekutif dengan mengambil kira cadangan dan garis panduan semasa Kerajaan yang berkenaan dan mengesyorkannya kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan; dan

(b) Mengkaji semula prestasi Ketua Pegawai Eksekutif berdasarkan penilaian oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, dengan mengambil kira penyataan objektif dan sebarang faktor lain yang relevan. Sekiranya ada, Jawatankuasa hendaklah mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah mengenai pampasan dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif dengan mengambil kira cadangan, dasar dan garis panduan semasa Kerajaan.

7. Aduan – Jawatankuasa hendaklah bertindak sebagai perantara hubungan awal pada peringkat Lembaga Pengarah bagi sebarang aduan mengenai Ketua Pegawai Eksekutif yang sampai kepada pengetahuan Lembaga Pengarah dengan pemahaman bahawa mekanisme resolusi yang lazim hendaklah diikuti dan aduan akan hanya dibawa ke hadapan apabila proses rayuan yang lain telah gagal, melainkan ianya dinyatakan dengan jelas dalam mana-mana Piagam atau dasar lain Lembaga Pengarah.

piagam jawatankuasa ganjaran

Page 22: PIDM Laporan Tahunan 2005

20PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

A. MANDAT

Menurut Seksyen 7 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) boleh menubuhkan sebarang jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau sesuai bagi pelaksanaan fungsi-fungsinya. Lembaga Pengarah berpendapat bahawa penubuhan Jawatankuasa Audit adalah satu keperluan.

B. OBJEKTIF

Objektif Jawatankuasa Audit (Jawatankuasa) Lembaga Pengarah PIDM adalah untuk memastikan bahawa pengauditan, prinsip dan amalan perakaunan adalah selaras dengan amalan terbaik antarabangsa dan Malaysia serta mematuhi kesemua keperluan perundangan. Oleh yang demikian, objektif utama Jawatankuasa adalah untuk membantu Lembaga Pengarah mengawasi: integriti penyata kewangan PIDM; proses pelaporan kewangan; sistem kawalan dalaman bagi perakaunan dan kewangan; pelaksanaan fungsi audit dalaman PIDM; pengenalpastian dan pengurusan risiko utama PIDM; dan pematuhan PIDM kepada polisi yang berkaitan dengan etika serta keperluan perundangan dan pengawalan.

C. PRINSIP OPERASI

1. (a) Fungsi dan Komposisi – Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada tiga ahli Lembaga Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah. Setiap ahli Jawatankuasa mestilah bebas daripada pihak Pengurusan. Jawatankuasa akan menjalankan apa-apa fungsi yang ditugaskan atau diwakilkan kepadanya oleh Lembaga Pengarah.

(b) Kecekapan – Semua ahli Jawatankuasa yang dilantik hendaklah sama ada:

(i) arif dalam bidang kewangan semasa pelantikannya iaitu mempunyai kefahaman asas tentang kewangan dan perakaunan serta berkebolehan membaca dan memahami asas penyata kewangan termasuklah kunci kira-kira, penyata pendapatan dan penyata aliran tunai; atau

(ii) berjanji untuk menimba pengetahuan dalam bidang kewangan dalam tempoh masa yang munasabah selepas pelantikan sebagai ahli Jawatankuasa.

Tertakluk kepada kepakaran yang ada, sekurang-kurangnya seorang ahli Jawatankuasa mestilah mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan. “Kepakaran kewangan” bermaksud seseorang yang mempunyai ciri-ciri berikut: latar belakang dalam bidang perakaunan atau pengalaman berkaitan pengurusan kewangan termasuk sebarang pengalaman atau latar belakang yang memperlihatkan pengetahuan kewangan individu itu, termasuk menjadi atau pernah menjadi seorang juruaudit, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan atau pegawai kanan lain yang bertanggungjawab menyelia urusan kewangan.

Jika perlu, ahli Jawatankuasa akan meningkatkan pengetahuan mereka tentang amalan kewangan, perakaunan dan bidang lain yang berkaitan dengan mengikuti perkembangan arah aliran dan amalan terbaik termasuk mempertimbangkan isu semasa dan aplikasinya kepada PIDM serta dengan mengambil bahagian dalam sesi pendidikan atau peluang latihan lain.

2. Pengerusi – Pengerusi merupakan Pengarah bukan ex officio yang dilantik oleh Lembaga Pengarah.

3. Kuorum – Kehadiran dua orang ahli membentuk kuorum bagi sesuatu mesyuarat Jawatankuasa.

4. Pengundian – Sesuatu perkara yang dibentangkan untuk pengundian pada sesuatu mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diputuskan mengikut bilangan undi majoriti dan sekiranya bilangan undi yang sama banyak diperolehi, Pengerusi Jawatankuasa mempunyai undi kedua.

5. Prosedur dan Pengelolaan Mesyuarat – Tertakluk kepada sebarang resolusi daripada Lembaga Pengarah berkenaan sesuatu perkara, Pengerusi hendaklah menentukan prosedur dan pengelolaan mesyuarat Jawatankuasa.

6. Setiausaha dan Minit – Setiausaha Syarikat hendaklah menjadi setiausaha Jawatankuasa. Salinan minit hendaklah dihantar oleh Setiausaha Syarikat kepada semua ahli Lembaga Pengarah apabila ianya telah diluluskan oleh Jawatankuasa.

7. Kekerapan dan Panggilan Mesyuarat – Jawatankuasa akan bermesyuarat mengikut budi bicara Pengerusi Jawatankuasa tetapi kekerapannya mestilah tidak kurang daripada empat kali setiap tahun.

8. Notis Mesyuarat – Tempoh notis wajar untuk memanggil mesyuarat Jawatankuasa ialah sekurang-kurangnya 14 hari atau notis yang lebih singkat sebagaimana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa.

9. Ketua Audit Negara – Ketua Audit Negara sebagaimana yang dirujuk kepada Akta Audit 1957 (Disemak 1972) (Akta 62):

(i) berhak menerima notis bagi setiap mesyuarat Jawatankuasa di mana perbelanjaannya ditanggung oleh PIDM untuk menghadiri dan didengari pada setiap mesyuarat dan akan dijemput menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa; dan

(ii) boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa.

10. Mesyuarat Sulit – Jawatankuasa boleh bermesyuarat secara sulit sebagai suatu jawatankuasa dan secara berkala dengan pihak Pengurusan, Ketua Audit Negara dan ketua fungsi audit dalaman dalam sesi sulit yang berasingan.

11. Agenda Mesyuarat – Agenda bertulis bagi setiap mesyuarat Jawatankuasa berserta bahan berkaitan, jika ada, akan diedarkan kepada ahli Jawatankuasa sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh mesyuarat.

piagam jawatankuasa audit

Page 23: PIDM Laporan Tahunan 2005

21 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

12. Kehadiran Tambahan – Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat yang akan memanfaatkan Jawatankuasa dalam menjalankan tugasnya boleh dijemput oleh Pengerusi untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa.

13. Terma Pelantikan/Penggiliran Anggota Jawatankuasa – Ahli Jawatankuasa hendaklah ditukar mengikut kesesuaian dan secara tetap. Pertukaran itu hendaklah dibuat secara bergilir-gilir untuk memastikan bahawa keseluruhan ahli Jawatankuasa tidak ditukar dalam satu masa.

14. Pelaporan – Jika perlu, Jawatankuasa akan membuat laporan bertulis atau lisan mengenai setiap mesyuarat Jawatankuasa pada mesyuarat tetap Lembaga Pengarah yang berikutnya atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga Pengarah.

15. Kajian Semula Piagam – Jawatankuasa hendaklah mengkaji semula dan menilai kecukupan Piagam ini pada setiap tahun. Sekiranya Jawatankuasa berpendapat bahawa pindaan perlu dibuat, Jawatankuasa hendaklah mengesyorkan pindaan itu kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusannya.

16. Penilaian Sendiri – Penilaian Jawatankuasa hendaklah dilakukan secara tetap di mana Jawatankuasa hendaklah mengkaji semula prestasinya, antara lain bagi menilai sama ada Jawatankuasa telah memenuhi tanggungjawab dan tugas yang disebutkan dalam Piagam ini.

17. Pendedahan – Jawatankuasa hendaklah memastikan bahawa Piagam ini dan isi kandungannya didedahkan kepada umum.

18. Penasihat Bebas atau Penasihat Lain – Jawatankuasa mempunyai kuasa untuk mendapatkan khidmat penasihat luar, termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat, perunding audit bebas dan/atau pakar lain yang diperlukan bagi mengkaji semula hal di bawah tanggungjawabnya, mengikut ketetapan atau dasar Lembaga Pengarah yang relevan.

D. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA

1. Nasihat dan Syor kepada Lembaga Pengarah – Jawatankuasa bergantung kepada kepakaran pihak Pengurusan, fungsi audit dalaman PIDM dan Ketua Audit Negara dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Walaupun Jawatankuasa tidak menjalankan audit dalaman, ia memantau audit yang dibuat dan menyemak laporan serta membuat siasatan yang munasabah bagi membolehkannya memberi nasihat dan cadangan yang wajar kepada Lembaga Pengarah.

2. Penyiasatan – Jawatankuasa diberi kuasa untuk menyiasat sebarang perkara yang dibawa kepada perhatiannya dengan akses penuh kepada semua buku, rekod, kemudahan, Ketua Audit Negara dan kakitangan PIDM bagi membantu Lembaga Pengarah menjalankan peranan penyeliaannya. Jawatankuasa hendaklah mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah supaya penyiasatan khas dilakukan ke atas perkara yang difikirkan sesuai berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.

3. Pelaporan Kewangan – Jawatankuasa hendaklah membantu Lembaga Pengarah memainkan peranan penyeliaannya terhadap pelaporan kewangan yang benar, tepat dan jelas, termasuk menyemak semula penyata kewangan tahunan PIDM serta laporan perbincangan dan analisis pihak Pengurusan sebelum memperoleh kelulusan Lembaga Pengarah dan membuat kajian semula yang sewajarnya ke atas penyediaan dan penyebaran maklumat kewangan bukan umum yang penting. Kajian semula dibuat sekiranya perlu, tetapi sekurang-kurangnya sekali setahun dan harus merangkumi perbincangan dengan pihak Pengurusan, fungsi audit dalaman dan Ketua Audit Negara berkenaan isu penting tentang prinsip perakaunan, dasar perakaunan PIDM serta anggaran dan pertimbangan penting yang dibuat oleh pihak Pengurusan termasuk isu kualiti dan kebolehterimaan prinsip perakaunan yang diterima umum.

Selain daripada pendedahan umum penyata kewangan tahunan PIDM, Jawatankuasa hendaklah memastikan bahawa terdapat prosedur yang mencukupi bagi kajian semula pendedahan umum maklumat kewangan PIDM yang diperoleh daripada penyata kewangan PIDM dan hendaklah menilai kecukupan prosedur tersebut secara berkala.

4. Proses Pelaporan Kewangan, Dasar Perakaunan dan Struktur Kawalan Dalaman – Pihak Pengurusan bertanggungjawab dalam penyediaan, persembahan, dan integriti penyata kewangan PIDM dan penyenggaraan prinsip, dasar, kawalan dalaman dan prosedur pelaporan perakaunan dan kewangan yang dirangka bagi memastikan pematuhan kepada piawaian perakaunan dan undang-undang dan peraturan yang telah diguna pakai.

Jawatankuasa hendaklah mendapatkan pandangan pihak Pengurusan dan Ketua Audit Negara tentang langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki kualiti prinsip perakaunan PIDM yang diguna pakai dalam laporan kewangannya, menyiasat pelaksanaan alternatif yang telah dipertimbangkan tetapi ditolak kemudiannya, mengkaji keagresifan atau konservatisme prinsip dan anggaran perakaunan PIDM, dan menyiasat situasi di mana nasihat Ketua Audit Negara berkenaan perihal perakaunan atau pendedahan tidak diambil kira.

piagam jawatankuasa audit

Page 24: PIDM Laporan Tahunan 2005

22PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Secara khususnya, Jawatankuasa hendaklah membantu Lembaga Pengarah dalam penyeliaan proses pelaporan kewangan PIDM termasuklah:

(a) menyemak dan menasihati Lembaga Pengarah mengenai penyata kewangan tahunan PIDM;

(b) menyemak dan menasihati Lembaga Pengarah berkenaan laporan audit tahunan Ketua Audit Negara;

(c) mengkaji perubahan utama yang berlaku kepada prinsip dan amalan pengauditan dan perakaunan PIDM sebagaimana yang dicadangkan oleh Ketua Audit Negara, fungsi audit dalaman atau pihak Pengurusan;

(d) mengkaji integriti proses dan struktur kawalan dalaman pelaporan kewangan PIDM;

(e) memastikan bahawa pihak Pengurusan mempunyai dasar dan prosedur berkaitan kawalan dalaman yang mematuhi undang-undang, peraturan dan panduan yang diguna pakai bagi memberikan jaminan yang wajar tentang kecukupan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman PIDM; dan mengkaji semula laporan berkaitan daripada pihak Pengurusan dan fungsi audit dalaman tentang kawalan dalaman tersebut;

(f) mengkaji proses berhubung perakuan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan tentang integriti penyata kewangan PIDM;

(g) mengkaji rancangan bagi audit tahunan dengan menilai kewajaran skop dan rancangan audit serta menentukan sama ada PIDM menerima liputan audit dan usaha keseluruhan yang sewajarnya, berpuas hati bahawa Ketua Audit Negara telah mempertimbangkan hasil kerja fungsi audit dalaman dalam membangunkan strategi audit keseluruhannya dan menilai tahap jaminan bahawa Lembaga Pengarah boleh mengambil alihnya daripada kerja Ketua Audit Negara. Oleh itu, Jawatankuasa hendaklah berpuas hati bahawa skop audit tidak terhad dalam apa-apa cara sekalipun dan bahawa bidang yang penting kepada Lembaga Pengarah diliputi dengan secukupnya;

(h) mengkaji dan memantau pelaksanaan syor yang dibuat melalui audit tahunan oleh Ketua Audit Negara dan sebarang surat pengurusan yang disediakan oleh Ketua Audit Negara dan maklum balas pihak Pengurusan terhadap laporan dan surat tersebut;

(i) menubuhkan sistem pelaporan kepada Jawatankuasa oleh pihak Pengurusan, Ketua Audit Negara dan fungsi audit dalaman berkenaan pertimbangan penting yang dibuat dalam penyediaan penyata kewangan oleh pihak Pengurusan dan sebarang kerumitan yang dihadapi semasa kajian atau audit, termasuklah apa-apa sekatan ke atas skop kerja atau akses kepada maklumat yang dikehendaki; dan

(j) melalui penyeliaannya ke atas fungsi audit dalaman, berpuas hati bahawa PIDM menyenggarakan buku akaun, rekod berkaitan kawalan kewangan dan pengurusan serta sistem maklumat dan amalan pengurusan mengikut cara yang boleh memberikan jaminan yang wajar bahawa:

(i) aset PIDM dilindungi dan terkawal;

(ii) transaksi PIDM adalah mengikut kehendak Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240), peruntukan perundangan, arahan, pekeliling atau garis panduan lain yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atau Jabatan Perdana Menteri; dan

(iii) sumber kewangan, manusia dan fizikal PIDM diuruskan dengan cermat dan efisien dan operasi PIDM dijalankan dengan berkesan.

5. Pengawasan Pengurusan Kewangan (a) Bajet Operasi dan Modal – memantau dan

menasihati Lembaga Pengarah berkenaan bajet operasi tahunan dan rancangan modal.

(b) Pembiayaan – mengkaji dan menasihati Lembaga Pengarah berhubung dasar dan prosedur PIDM yang berkaitan dengan terma dan syarat pembiayaan luaran yang hendak dibuat atau diambil oleh PIDM melalui sekuriti PIDM atau selainnya.

(c) Pelaburan – mengkaji dan menasihati Lembaga Pengarah berkenaan dasar dan prosedur PIDM yang berkaitan dengan terma dan syarat pelaburan aset tunai PIDM dalam sekuriti jangka pendek dan jangka panjang.

(d) Perbelanjaan Pengerusi dan Pegawai – menerima laporan daripada pihak Pengurusan dan menyemak laporan daripada fungsi audit dalaman dan/atau Ketua Audit Negara tentang semakan mereka ke atas akaun perbelanjaan Pengerusi dan Pegawai PIDM.

6. Fungsi Audit Dalaman – Fungsi audit dalaman adalah untuk menyiasat serta memberi maklumat dan jaminan kepada Jawatankuasa dan pihak Pengurusan tentang buku akaun dan rekod PIDM; keberkesanan dan prestasi kawalan kewangan dan pengurusan; sistem maklumat dan amalan pengurusan; serta jaminan bahawa operasi PIDM dijalankan secara efektif mengikut perundangan yang berkaitan.

Bagi memenuhi tanggungjawabnya, fungsi audit dalaman memerlukan status bebas bagi melaporkan secara langsung kepada Jawatankuasa dan Ketua Pegawai Eksekutif. Hubungan ini memerlukan Jawatankuasa dan fungsi audit dalaman mempunyai akses secara langsung tanpa sekatan antara satu sama lain.

piagam jawatankuasa audit

Page 25: PIDM Laporan Tahunan 2005

23 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Jawatankuasa hendaklah menyelia mana-mana audit dalaman PIDM. Tanggungjawab khusus Jawatankuasa termasuklah:

(a) mengkaji semula mandat fungsi audit dalaman setiap tahun;

(b) menilai keupayaan fungsi audit dalaman;

(c) mengkaji semula kebebasan fungsi audit dalaman dan struktur pelaporannya;

(d) mengkaji rancangan fungsi audit dalaman, bajet, kualiti dan kuantiti kakitangan dan sumber lain yang diperlukan untuk menjalankan tugasnya dengan berkesan;

(e) mengkaji prestasi fungsi audit dalaman termasuk prestasi terhadap rancangan audit dan bajetnya;

(f) mengkaji laporan fungsi audit dalaman;

(g) memantau pelaksanaan laporan dan syor fungsi audit dalaman;

(h) memastikan koordinasi fungsi audit dalaman dengan audit Ketua Audit Negara dan pemeriksaan khas tahunan; dan

(i) mengkaji operasi keseluruhan fungsi audit dalaman dengan mengambil kira mandatnya dan piawaian audit dalaman semasa.

7. Pengurusan Risiko – Jawatankuasa hendaklah:

(a) memastikan bahawa dasar, prosedur dan amalan yang utuh dilaksanakan bagi pengurusan risiko korporat yang penting;

(b) menerima maklumat yang mencukupi bagi memahami keadaan dan magnitud risiko penting yang dihadapi oleh PIDM;

(c) mengkaji bersama pihak Pengurusan dan menasihati Lembaga Pengarah tentang dasar yang dibangunkan dan dilaksanakan bagi mengurus risiko PIDM serta mengkaji semula dasar itu sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan bahawa ianya masih sesuai dan berhemat;

(d) mendapatkan jaminan yang wajar secara tetap bahawa dasar pengurusan risiko penting PIDM adalah dipatuhi;

(e) melaporkan kepada Lembaga Pengarah tentang: risiko penting; terdapat dasar dan kawalan bagi menguruskan risiko penting; dan keberkesanan keseluruhan proses pengurusan risiko itu;

(f) mempertimbangkan peranan Ketua Audit Negara dan fungsi audit dalaman secara berkala berkenaan pengurusan risiko dalam PIDM dan menilai prestasi Ketua Audit Negara dan fungsi audit dalaman pada setiap tahun berhubung peranan itu; dan

(g) meminta laporan daripada fungsi audit dalaman yang mengesahkan penilaian risiko pihak Pengurusan.

8. Pematuhan Etika dan Undang-Undang –Jawatankuasa hendaklah:

(a) mengkaji bersama penasihat PIDM sebarang perkara perundangan yang boleh memberikan kesan ketara kepada penyata kewangan PIDM;

(b) memastikan pengawasan etika dan integriti serta pengekalan reputasi PIDM dengan menerima laporan tentang pematuhan dasar atau kod amalan perniagaan dan etika tingkah laku PIDM daripada pihak Pengurusan dan apa-apa perkara lain yang boleh mendatangkan liabiliti kepada PIDM; dan dengan mengkaji mana-mana laporan yang diterima daripada fungsi audit dalaman, Ketua Audit Negara dan/atau Pengerusi Jawatankuasa lain tentang kajian pematuhan;

(c) memastikan bahawa terdapat sistem bagi memantau pematuhan PIDM terhadap undang-undang dan peraturan serta mendapatkan laporan pada setiap tahun bahawa PIDM mematuhi kehendak perundangan yang diguna pakai;

(d) menyemak hasil penyiasatan pihak Pengurusan dan tindakan yang diambil berkaitan mana-mana kawalan dalaman atau perkara perakaunan yang boleh dipersoalkan;

(e) membina suatu proses bagi (i) penerimaan, penyimpanan dan layanan aduan atau perkara berkenaan perakaunan, kawalan dalaman atau perihal pengauditan; (ii) pengemukaan rahsia dan tanpa nama mengikut dasar korporat yang mantap oleh kakitangan PIDM berkaitan perkara perakaunan atau pengauditan yang boleh dipersoalkan; dan (iii) penerimaan, penyimpanan dan layanan aduan berkaitan Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai kanan PIDM. Membina suatu proses bagi penilaian, penyiasatan dan resolusi berkenaan perakaunan, kawalan dalaman atau pengauditan yang mungkin dipersoalkan; dan

(f) menyiasat apa-apa dakwaan bahawa mana-mana pegawai atau pengarah PIDM atau pihak lain yang bertindak di bawah arahan mereka telah mengambil tindakan untuk mempengaruhi, memaksa, memanipulasi atau mengelirukan pihak yang diambil khidmatnya untuk melaksanakan audit penyata kewangan PIDM bagi tujuan menyebabkan penyata kewangan itu mengelirukan dan mengambil atau mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah tindakan disiplin yang sewajarnya jika dakwaan itu dibuktikan benar.

piagam jawatankuasa audit

Page 26: PIDM Laporan Tahunan 2005

24PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

struktur organisasi

BahagianInsurans,

Penilaian Risiko& Pemantauan

BahagianAudit & Khidmat

Perundingan

BahagianKomunikasi &Perhubungan

Awam

BahagianKewangan &Pentadbiran

BahagianPolisi &

Antarabangsa

BahagianPerundangan

LembagaPengarah

KetuaPegawaiEksekutif

Page 27: PIDM Laporan Tahunan 2005

25 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Perbincangan dan analisis seperti di bawah telah disediakan oleh pihak Pengurusan. Perbincangan ini merangkumi kajian semula operasi dan tinjauan keseluruhan kewangan. Ia juga menggariskan Rancangan Korporat tiga tahun.

A. KAJIANSEMULAOPERASI

PIDM mempunyai mandat yang jelas di dalam Akta PIDM. Dengan mandat PIDM yang luas, kewaspadaan berterusan adalah amat perlu untuk menilai persekitaran operasi PIDM dan mengkaji semula secara berterusan keupayaan PIDM untuk mencapai objektif polisi awam.

Tahun 2005

i. Premium

Bagi tempoh kewangan berakhir 2005, institusi anggota mempunyai pilihan sama ada untuk menggunakan kadar premium 0.06% daripada jumlah deposit yang diinsuranskan atau 0.02% daripada jumlah deposit, tertakluk kepada premium minimum sebanyak RM250,000 seperti yang diperuntukkan di bawah Akta PIDM. Penaksiran yang dibuat adalah berdasarkan kepada jumlah deposit pada 1 September 2005. Jumlah premium perlu dibayar telah dipro-ratakan untuk penggal tahun penaksiran. Secara keseluruhannya, PIDM telah membuat kutipan premium sebanyak RM35.67 juta yang mana RM3.30 juta adalah daripada deposit Islam dan RM32.37 juta daripada deposit konvensional.

Institusi anggota telah diberi pilihan untuk membuat pengiraan premium mengikut kadar yang diberikan di atas, untuk tempoh ini sahaja. Ini disebabkan oleh batas kemampuan sistem maklumat yang sedia ada dan tarikh akhir pembayaran premium yang suntuk. Bagi premium pertama konvensional, kesemua institusi anggota menaksir premium berdasarkan kepada jumlah deposit yang diinsuranskan kecuali tiga bank perdagangan. Bagi premium Islam, hanya satu bank perdagangan dan satu syarikat kewangan menggunakan jumlah deposit sebagai asas pengiraan.

Berdasarkan kepada pengemukaan penyata oleh institusi anggota, jumlah deposit pada 1 September 2005 berjumlah RM640.9 bilion.

ii. Kumpulan Dana Insurans Deposit

PIDM menyenggara dan mentadbir dua kumpulan dana yang berasingan, iaitu Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional dan Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam. Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam diuruskan mengikut garis panduan yang sesuai berlandaskan prinsip dan kehendak Syariah.

PIDM mengurus dan melaburkan kumpulan dana tersebut secara berhemat bagi memelihara modal dana yang dilaburkan serta menyediakan mudah tunai yang mencukupi untuk menampung kos operasi dan membina rizab bagi tujuan pembayaran kepada pendeposit sekiranya institusi anggota gagal. Seperti yang dimandatkan di dalam Akta, PIDM hanya akan melabur kumpulan dananya di dalam instrumen yang kukuh dan mudah tunai seperti sekuriti dalam nilai Ringgit yang diterbitkan dan dijamin oleh Kerajaan atau Bank Negara Malaysia; atau pelaburan bergred tinggi yang diberi penarafan oleh agensi penarafan yang bereputasi; deposit dengan Bank Negara Malaysia atau mana-mana institusi kewangan; atau sebarang pelaburan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan atas syor Lembaga Pengarah PIDM.

Sepanjang tahun 2005, lebihan dana PIDM telah dilaburkan dalam Bil Perbendaharaan Islam Malaysia berjangka pendek, Nota Boleh Niaga dan Bil Bank Negara Malaysia. Pelaburan bagi Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam diurus berlandaskan kehendak dan prinsip Syariah.

B. TINJAUANKEWANGAN

Tinjauan Kunci Kira-kira

Tunai dan Pelaburan

Pada 31 Disember 2005, gabungan baki tunai dan pelaburan Kumpulan Dana Insurans Islam dan Konvensional berjumlah RM32 juta yang terdiri daripada tunai dan pelaburan jangka pendek berjumlah RM1.71 juta dan pelaburan lain berjumlah RM30.29 juta. Pelaburan tersebut merangkumi Nota Boleh Niaga dan Bil Bank Negara Malaysia, dengan pelbagai tempoh matang sehingga Jun 2006. Sumber dan penggunaan wang tunai dinyatakan di dalam Penyata Aliran Tunai.

Mengikut polisi pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah, PIDM hanya dibenarkan untuk melabur di dalam sekuriti Kerajaan jangka pendek dalam nilai Ringgit dengan pelbagai tempoh matang. Sebagai panduan, tiada pelaburan boleh dibuat dengan institusi anggota kerana PIDM adalah penginsurans deposit institusi anggota.

Hartanah dan Peralatan

Perbelanjaan modal PIDM yang dibuat bagi tempoh berakhir 31 Disember 2005 merangkumi peralatan pejabat, perabot dan kelengkapan, dan pengubahsuaian semula pejabat bagi memenuhi keperluan operasi PIDM. Kesemua aset tetap ini akan disusut nilai bagi tempoh 3 tahun, kecuali perbelanjaan pengubahsuaian pejabat yang disusutnilai bagi tempoh 18 bulan bersesuaian dengan tempoh semasa pajakan.

perbincangan dan analisis pihak pengurusan

Page 28: PIDM Laporan Tahunan 2005

26PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Aset Lain

Aset lain terdiri daripada pelbagai deposit dan bayaran terdahulu termasuk deposit sewa untuk premis PIDM dan bayaran pendahuluan untuk kenderaan bermotor PIDM di mana penyerahan tersebut dijangka berlaku untuk setengah tahun pertama 2006.

Liabiliti

Untuk tempoh berakhir 31 Disember 2005, liabiliti PIDM terdiri daripada pelbagai akaun perlu dibayar untuk utiliti; telekomunikasi; dan perbelanjaan pengendalian maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) yang diperlukan untuk operasi harian PIDM. Akaun belum bayar adalah termasuk khidmat pegawai Bank Negara Malaysia yang dipinjamkan kepada PIDM.

Hal Luar Jangka

PIDM sebagai penginsurans deposit terdedah kepada kerugian hasil operasi institusi anggota. Pendedahan ini tidak boleh dinilai kuantitinya atau dipastikan pada masa ini. Oleh itu, tiada peruntukan am dan khusus telah dinyatakan di dalam penyata kewangan untuk tempoh berakhir semasa.

Tinjauan Penyata Pendapatan dan Perbezaan Bajet

Bagi tempoh empat bulan berakhir 2005, PIDM mempunyai lebihan bersih berjumlah RM32.54 juta (Kumpulan Dana Insurans Islam berjumlah RM3.01 juta dan Kumpulan Dana Insurans Konvensional berjumlah RM29.53 juta) dengan pendapatan sebanyak RM35.88 juta dan perbelanjaan bersih sebanyak RM3.33 juta.

Pendapatan

Pendapatan premium diterima dan diperoleh untuk tempoh empat bulan berakhir 31 Disember 2005 berjumlah RM35.67 juta (premium Islam sebanyak RM3.30 juta dan premium konvensional sebanyak RM32.37 juta), iaitu 8.1% lebih tinggi berbanding anggaran premium berjumlah RM33 juta. Anggaran premium telah ditentukan mengikut laporan kajian terhadap profil pendeposit yang dibuat pada bulan September 2004.

Pendapatan pelaburan untuk tempoh kewangan yang sama berjumlah RM0.21 juta dengan kadar pulangan hasil berwajaran sebanyak 2.77% untuk portfolio Islam dan 2.81% untuk portfolio konvensional.

Perbelanjaan Sebelum Operasi

Perbelanjaan sebelum operasi telah dibuat untuk tujuan permulaan PIDM sebelum penggubalan Akta PIDM. Ianya terdiri daripada fi penasihat dan perunding, termasuk penyelidikan yang dijalankan oleh penasihat undang-undang ketika proses merangka bil, fi dan belanja perjalanan yang dibuat oleh penasihat tersebut serta kos latihan. Perbelanjaan sebenar sebelum operasi sehingga 31 Disember 2005 berjumlah RM0.99 juta, menghasilkan 2.1% varians positif berbanding jumlah yang dibajetkan sebanyak RM1.01 juta.

Perbelanjaan Operasi

Jumlah keseluruhan perbelanjaan operasi sehingga 31 Disember 2005 adalah sebanyak RM2.34 juta, meliputi kos kakitangan berjumlah RM1.28 juta, kos komunikasi sebanyak RM0.69 juta, kos pentadbiran dan am berjumlah RM0.28 juta dan kerugian susut nilai sebanyak RM0.09 juta. Perbelanjaan sebenar operasi untuk tempoh kewangan adalah RM1.93 juta atau 45.2%, lebih rendah berbanding jumlah yang dibajetkan sebanyak RM4.27 juta.

Varians positif berbanding jumlah yang dibajetkan adalah disebabkan oleh kos kakitangan dan komunikasi yang lebih rendah.

Kos sebenar kakitangan adalah RM0.90 juta atau 41.3%, lebih rendah berbanding kos yang dibajetkan memandangkan PIDM hanya mempunyai 15 orang pegawai pada 31 Disember 2005 berbanding bilangan yang dibajetkan seramai 27 orang.

Kos komunikasi adalah RM1.12 juta atau 61.9%, lebih rendah berbanding jumlah yang dibajetkan memandangkan perbelanjaan atau aktiviti tertentu telah ditangguh ke tahun berikutnya. Aktiviti ini termasuklah percetakan risalah maklumat tentang insurans deposit, usaha berkenaan risalah komunikasi dan seminar kesedaran awam yang dijalankan pada awal tahun 2006.

Perbelanjaan Modal

Perbelanjaan modal sebenar sebanyak RM1.12 juta telah dibuat sehingga 31 Disember 2005 mewakili 68.4% daripada penggunaan bajet 2005. Kos ini telah dibelanja terutamanya bagi pengubahsuaian pejabat premis PIDM (lebih kurang RM0.92 juta). Sebahagian lagi perbelanjaan modal yang penting telah dibuat untuk infrastruktur ICT seperti projektor LCD, server, komputer, perisian dan lesen aplikasi (lebih kurang RM0.20 juta).

perbincangan dan analisis pihak pengurusan

Page 29: PIDM Laporan Tahunan 2005

27 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

C. MASAHADAPAN

JANGKAAN DALAM TAHUN 2006

PIDM, dengan kelulusan Menteri Kewangan, telah menetapkan kadar premium pada 0.06% daripada deposit yang diinsuranskan bagi tahun 2006. Pendapatan premium dijangka berjumlah RM103 juta berdasarkan kadar pertumbuhan sebanyak 11.45% daripada jumlah deposit bagi tahun 2005.

PIDM menjangka akan memperolehi pendapatan daripada pelaburan sebanyak RM1.9 juta sepanjang tahun 2006. Secara keseluruhannya, PIDM akan memperoleh pendapatan berjumlah RM104.9 juta. Perbelanjaan operasi dijangka mencecah RM20 juta manakala perbelanjaan modal dijangka berjumlah RM2.1 juta bagi tahun 2006.

Oleh yang demikian, PIDM akan memperolehi pendapatan bersih sebanyak RM84.9 juta bagi tahun 2006 di mana dana insurans deposit akan meningkat kepada RM116.5 juta (RM10.8 juta bagi dana insurans deposit Islam dan RM105.7 juta bagi dana insurans deposit konvensional berdasarkan andaian yang digariskan dalam Rancangan Korporat). PIDM tidak menerima pengagihan daripada kerajaan dan tidak menanggung sebarang hutang. Di samping itu, PIDM tidak menjangkakan keperluan untuk menerima pinjaman dana bagi mencapai objektifnya.

RINGKASAN RANCANGAN KORPORAT UNTUK 3 TAHUN

Objektif

Objektif PIDM digariskan dengan jelas di dalam Akta PIDM, iaitu:

• mentadbir sistem insurans deposit, • memperuntukkan insurans terhadap kehilangan

sebahagian atau kesemua deposit sesuatu institusi anggota,

• memperuntukkan insentif untuk pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan, dan

• menggalak atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.

Rancangan Kami

Rancangan Korporat PIDM bagi tahun 2006 sehingga 2008 menggariskan strategi perniagaan bagi mencapai objektif ini. Rancangan ini didasarkan kepada penilaian PIDM terhadap persekitaran operasi semasa, menerusi andaian rancangan yang jelas. Andaian utama dalam menyediakan rancangan ini termasuk mandat berkanun yang tidak berubah, sistem kewangan yang stabil, ketiadaan institusi anggota yang gagal, jumlah institusi anggota yang sama dan model perniagaan yang diguna pakai.

Namun yang demikian, PIDM akan sentiasa memantau persekitaran operasi dan mengkaji semula kemunasabahan strategi ini sekiranya berlaku sebarang perubahan penting. Ini bagi memastikan strategi yang digariskan kekal efektif. Faktor yang boleh memberi kesan kepada pencapaian objektif ini termasuk keadaan ekonomi secara umum, keadaan institusi kewangan, perubahan dalam lanskap kewangan dan perubahan dalam persekitaran perundangan dan pengawalan.

Strategi Perniagaan

Rancangan ini mendefinisi dan memberi butir terperinci tentang empat strategi korporat yang akan menggariskan pelan tindakan PIDM sepanjang tempoh rancangan ini. Strategi ini adalah:

• Kesediaan – memainkan peranannya sebagai penginsurans deposit kepada institusi kewangan di Malaysia;

• Amalan perniagaan dan kewangan yang utuh – membangunkan polisi, prosedur, sistem, amalan dan pelaporan yang kukuh;

• Kesedaran awam – memupuk kesedaran awam dan membangunkan program pendidikan; dan

• Kerjasama yang teguh – membina dan meningkatkan hubungan dengan pemegang kepentingan termasuk institusi anggota, pengawalselia dan pihak pembekal.

Pembinaan Asas

Visi PIDM adalah untuk membangunkan perbadanan insurans deposit yang efektif dan bertaraf dunia yang diyakini oleh orang awam dan dihormati oleh pemegang kepentingan yang lain. Oleh yang demikian, tugasan paling penting PIDM adalah untuk membina asas yang kukuh. Tumpuan terus diberikan untuk:

(i) Membangunkan insan dengan kemahiran yang sesuai; dan

(ii) Membangunkan dan melaksanakan sistem, polisi dan amalan terbaik yang bersesuaian bagi mentadbir sistem insurans deposit yang efektif.

Berasaskan kepada matlamat dan halatuju strategik PIDM, fungsi utama PIDM dikendalikan oleh bahagian berikut, iaitu kewangan dan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, audit dalaman dan perkhidmatan perundingan, polisi dan antarabangsa, undang-undang, penilaian dan pemantauan risiko, komunikasi dan perkhidmatan korporat. Budaya korporat PIDM akan dibina berlandaskan lima nilai teras, iaitu kecemerlangan dan profesionalisme, integriti dan kebolehpercayaan, komunikasi dan kerja berpasukan, hormat dan kesaksamaan, dan pengelolaan kewangan.

perbincangan dan analisis pihak pengurusan

Page 30: PIDM Laporan Tahunan 2005

28PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

perbincangan dan analisis pihak pengurusan

Fokus bagi tahun 2006

i. Memperuntukkan insentif pengurusan risiko wajar di dalam sistem kewangan

PIDM, tertakluk kepada kelulusan daripada Kementerian Kewangan, mempunyai kuasa untuk menetapkan kadar premium. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, bagi tahun 2005, premium yang ditaksir menggunakan kaedah kadar tetap. Sistem kadar tetap ini adalah lebih mudah untuk difahami dan diguna pakai oleh institusi anggota. Kebanyakan penginsurans deposit mengamalkan sistem tersebut di peringkat permulaan operasi mereka bagi memudahkan urusan dan penerimaan di kalangan komuniti yang terbabit. Sebagai polisi, PIDM akan mentaksir premium tahunan bagi tahun 2006 dan 2007 dengan menggunakan sistem kadar tetap.

Mulai tahun 2008, PIDM bercadang untuk memperkenalkan sistem premium berbeza. Berdasarkan sistem ini, premium yang akan dikenakan ke atas institusi anggota berbeza bergantung kepada profil risiko bank tersebut. Ini akan membantu dalam memperuntukkan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan, selaras dengan mandat PIDM.

Sehubungan itu, salah satu projek polisi yang utama bagi tahun 2006 adalah untuk memulakan pembangunan sistem premium berbeza bagi memastikan sistem tersebut dapat dilaksanakan mulai tahun 2008.

ii. Urus tadbir, pengurusan risiko, dan polisi, kawalan dan prosedur dalaman

PIDM merancang untuk terus mempertingkatkan urus tadbir korporat ke atas polisi, kawalan dan prosedur dalaman. Dalam tempoh Rancangan Korporat ini, PIDM akan menumpukan usahanya untuk membangun dan melaksanakan sistem pengurusan risiko yang wajar, termasuklah menggariskan polisi, prosedur, amalan dan kawalan dalaman yang bersesuaian bagi membina asas yang kukuh.

iii. Kesedaran awam

Kami akan meneruskan program kesedaran awam, yang akan dibincangkan secara terperinci di dalam muka surat 58.

iv. Kerjasama yang teguh

PIDM bekerjasama secara erat dengan Bank Negara Malaysia yang merupakan pengawalselia utama kepada institusi perbankan. PIDM juga bergantung kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia ke atas institusi perbankan. Memandangkan matlamat PIDM adalah untuk beroperasi dengan efektif dan efisien, PIDM perlu memahami dengan jelas perniagaan dan aktiviti institusi anggota. Ini membolehkan PIDM berganding bahu dengan institusi anggota dalam merangka polisi dan peraturan, dan seterusnya dapat mencapai objektif PIDM secara efektif. Semua ini memerlukan kerjasama yang teguh dengan Bank Negara Malaysia, pihak berkuasa yang berkaitan dan institusi anggota. Selaras dengan ini, PIDM akan mengambil langkah berterusan untuk mempertingkat dan mengekalkan kerjasama ini.

Page 31: PIDM Laporan Tahunan 2005

29 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

laporan pengarah

Dengan ini para Pengarah membentangkan laporan mereka berserta penyata kewangan PIDM yang telah diaudit bagi tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2005.

AKTIVITI UTAMA

PIDM adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005.

Aktiviti utama PIDM adalah untuk mentadbir sistem insurans deposit, menyediakan insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit institusi anggota, memberikan insentif bagi pengurusan risiko yang utuh dalam sistem kewangan dan menggalakkan atau menyumbang ke arah kestabilan sistem kewangan. PIDM hendaklah bertindak dalam apa-apa cara bagi meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

Memandangkan sistem perbankan merangkumi sistem perbankan Islam dan konvensional, PIDM menginsuranskan kedua-dua deposit Islam dan konvensional. PIDM menyenggara dan mentadbir dua kumpulan dana yang berasingan untuk deposit Islam dan konvensional bagi memastikan wujudnya urus tadbir yang sesuai di samping pematuhan kepada prinsip dan kehendak Syariah.

KEPUTUSAN KEWANGAN

2005 RM

Lebihan bersih yang disatukan bagi tempoh kewangan 32,542,041

PENGARAH

Nama para Pengarah PIDM yang berkhidmat sejak penubuhan dan pada tarikh laporan ini ialah:

• Tan Sri Dato’ Abdul Aziz bin Haji Taha (Pengerusi)• Tan Sri Dato’ Sri Dr Zeti Akhtar Aziz• Dato’ Sri Izzuddin bin Dali• Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Azmi bin Dato’ Haji Kamaruddin• Datuk Dr Sulaiman bin Mahbob• Datuk Dr Abdul Samad bin Haji Alias• Encik Michael Wong Kuan Lee

Ahli Lembaga Pengarah PIDM telah dilantik oleh Menteri Kewangan mengikut Seksyen 11(2) Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005.

MANFAAT PENGARAH

Sepanjang tempoh kewangan dan pada tarikh laporan ini, tiada Pengarah PIDM yang telah menerima atau layak untuk menerima manfaat (selain daripada ganjaran Pengarah yang dinyatakan di dalam penyata kewangan) atas sebab kontrak yang dibuat oleh PIDM dengan Pengarah atau dengan firma di mana Pengarah itu adalah seorang ahli atau dengan syarikat di mana Pengarah itu memegang kepentingan kewangan yang ketara.

RIZAB DAN PERUNTUKAN

Tiada pemindahan dibuat ke dalam atau daripada rizab dan peruntukan sepanjang tempoh kewangan.

PEMBIAYAAN LAPUK DAN RAGU

Sebelum penyata pendapatan dan kunci kira-kira PIDM disediakan, para Pengarah telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan bahawa tindakan telah diambil berhubung penghapuskiraan pembiayaan lapuk dan membuat peruntukan terhadap pembiayaan ragu, dan mereka berpuas hati bahawa tiada pembiayaan lapuk untuk dihapus kira atau pembiayaan ragu yang perlu diperuntukkan.

Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak mengetahui sebarang keadaan yang memerlukan sebarang jumlah untuk dihapus kira sebagai pembiayaan lapuk atau pembiayaan yang dianggap sebagai ragu sehingga ke tahap yang ketara yang perlu diperuntukkan.

Page 32: PIDM Laporan Tahunan 2005

30PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

KAEDAH PENILAIAN

Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak mengetahui sebarang keadaan yang boleh menyebabkan pematuhan kepada kaedah penilaian aset atau liabiliti sedia ada di dalam akaun PIDM mengelirukan atau tidak sesuai.

PERUBAHAN SITUASI

Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak mengetahui sebarang keadaan yang tidak diambilkira di dalam laporan atau penyata kewangan PIDM yang akan menyebabkan sebarang jumlah yang dinyatakan dalam penyata kewangan ini mengelirukan.

BUTIRAN LUAR BIASA

Pada pendapat para Pengarah, keputusan operasi PIDM bagi tempoh kewangan ini tidak terjejas dengan ketara oleh apa-apa butiran, urusniaga atau peristiwa yang bersifat penting dan luar biasa.

Dalam selang masa antara berakhirnya tempoh kewangan dengan tarikh laporan ini, tidak timbul sebarang butiran, urusniaga atau peristiwa yang bersifat penting dan luar biasa yang akan memberikan kesan yang ketara terhadap keputusan operasi PIDM bagi tempoh kewangan semasa di mana laporan ini disediakan.

Pada tarikh laporan ini, tidak berlaku sebarang pajakan ke atas aset PIDM yang telah terhasil semenjak berakhirnya tempoh kewangan ini yang menjamin liabiliti mana-mana pihak lain.

LIABILITI LUAR JANGKA

Pendedahankepadakerugiandaripadainstitusianggota

Sebagai penginsurans deposit, PIDM terdedah kepada kerugian hasil daripada operasi institusi anggotanya. Pendedahan ini tidak boleh dinilai kuantitinya atau dipastikan pada masa ini. Oleh itu, tiada peruntukan am atau khas yang telah direkodkan di dalam penyata kewangan bagi tempoh kewangan semasa.

TANGGUNGJAWAB BAGI PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN

Dalam memberikan pendapat mereka berhubung penyata kewangan, para Pengarah telah bergantung kepada penyataan Pengurusan PIDM tentang proses dan sistem kawalan dalaman yang direka bagi memastikan bahawa penyata kewangan telah disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia serta berlandaskan prinsip dan kehendak Syariah supaya dapat memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan PIDM pada 31 Disember 2005 serta keputusan dan aliran tunai PIDM bagi tempoh berakhir pada tarikh tersebut.

JURUAUDIT

Mengikut Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005, akaun-akaun PIDM diaudit oleh Ketua Audit Negara Malaysia.

Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah mengikut resolusi para Pengarah.

TanSriDato’AbdulAzizbinHajiTaha DatukDrAbdulSamadbinHajiAlias

Kuala Lumpur8 Mac 2006

laporan pengarah

Page 33: PIDM Laporan Tahunan 2005

31 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Kami, Tan Sri Dato’ Abdul Aziz bin Haji Taha dan Datuk Dr Abdul Samad bin Haji Alias, dua daripada Pengarah PIDM, dengan ini menyatakan bahawa, pada pendapat para Pengarah, penyata kewangan yang dibentangkan telah disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia serta berlandaskan prinsip dan kehendak Syariah supaya dapat memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang keadaan hal ehwal PIDM pada 31 Disember 2005 serta keputusan dan aliran tunai PIDM bagi tempoh berakhir pada tarikh tersebut.

Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah mengikut resolusi para Pengarah

TanSriDato’AbdulAzizbinHajiTaha DatukDrAbdulSamadbinHajiAlias

Kuala Lumpur8 Mac 2006

penyata pengarah

Page 34: PIDM Laporan Tahunan 2005

32PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Penyediaan penyata kewangan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan maklumat berhubung penyata kewangan ini adalah tanggungjawab Pengurusan. Penyata kewangan ini telah disediakan mengikut prinsip dan kehendak Syariah dan sebagai polisi, ianya disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia supaya dapat memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang keadaan hal ehwal PIDM pada 31 Disember 2005 serta keputusan dan aliran tunai PIDM bagi tempoh berakhir pada tarikh tersebut.

Penyata kewangan ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

Dalam melaksanakan tanggungjawabnya dari segi integriti dan kesaksamaan penyata kewangan, Pengurusan menyenggara sistem kawalan kewangan dan pengurusan serta amalan yang direka untuk memberi jaminan yang munasabah bahawa urusniaga telah diluluskan dengan sewajarnya, aset adalah dilindungi dan rekod disenggarakan dengan betul mengikut Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 dan juga Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980. Juruaudit mempunyai akses bebas kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah yang menyelia tanggungjawab Pengurusan bagi menyenggara sistem kawalan yang mencukupi dan kualiti laporan kewangan dan mengesyorkan penyata kewangan ini kepada Lembaga Pengarah.

Penyata kewangan ini telah diaudit dengan sewajarnya oleh juruaudit PIDM, Ketua Audit Negara Malaysia.

Kami, Jean Pierre Sabourin dan Md Khairuddin Hj Arshad, dua orang pegawai yang terutamanya bertanggungjawab bagi pengurusan kewangan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, dengan sesungguhnya dan seikhlasnya mengaku bahawa penyata kewangan yang dibentangkan, pada sebaik-baik pengetahuan dan kepercayaan kami adalah betul dan kami membuat pengakuan ini dengan berhemat dan penuh kepercayaan bahawa ia adalah benar dan menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960.

Ditandatangani dan diakui sesungguhnya oleh penama yang dinyatakan di atas di Kuala Lumpur pada 8 Mac 2006

JeanPierreSabourin MdKhairuddinbinHjArshad

akuan berkanunOLEH PNGURUSAN BERHUBUNG TANGGUNGJAWAB BAGI LAPORAN KEWANGAN

Page 35: PIDM Laporan Tahunan 2005

33 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Page 36: PIDM Laporan Tahunan 2005

34PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

kunci kira-kiraPADA 31 DISEMBER 2005

Nota Disember

2005 RM

ASET

Tunai dan kesetaraan tunai 3 1,706,628 Pelaburan Pelaburan pegangan hingga matang 4 30,295,189 Aset lain 5 149,394 Hartanah dan peralatan 6 1,025,273

JumlahAset 33,176,484

LIABILITI

Akaun belum bayar 7 634,443

JumlahLiabiliti 634,443

KUMPULANDANAINSURANSDEPOSITDANRIZAB

Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam 8a 3,014,065 Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional 8b 29,527,976 JumlahKumpulanDanaInsuransDeposit 32,542,041

JumlahLiabilitidanKumpulanDanaInsuransDeposit 33,176,484

KOMITMENDANLUARJANGKA 15 & 16

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan

Page 37: PIDM Laporan Tahunan 2005

35 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Nota Disember

2005 RM

PENDAPATAN

Premium 9 35,671,770 Pendapatan pelaburan daripada tunai dan sekuriti 10 204,692

35,876,462

TolakPERBELANJAAN

Perbelanjaan sebelum operasi 11 991,231 Perbelanjaan operasi 12 2,343,190

3,334,421

Lebihanbersihbagitempohkewangan 32,542,041

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan

penyata pendapatanBAGI TEMPOH EMPAT BULAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2005

Page 38: PIDM Laporan Tahunan 2005

36PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Nota Disember

2005 RM

ALIRANTUNAIDARIPADAAKTIVITIOPERASI

Penerimaan premium daripada institusi anggota 35,671,770Pembayaran semasa beroperasi kepada pembekal dan kakitangan (2,759,970)Penerimaan pendapatan pelaburan 82,997

Alirantunaibersihdaripadaaktivitioperasi 32,994,797

ALIRANTUNAIDARIPADAAKTIVITIPELABURAN

Hasil daripada penjualan sekuriti 24,917,002Pembelian sekuriti (55,090,497)Pembelian hartanah dan peralatan (1,114,674)

Alirantunaibersihyangdigunakanuntukaktivitipelaburan (31,288,169)

ALIRANTUNAIDARIPADAAKTIVITIPEMBIAYAAN

Pendahuluan yang diterima daripada Bank Negara Malaysia 18 5,500,000Pembayaran balik pendahuluan yang diterima daripada Bank Negara Malaysia 18 (5,500,000)

Alirantunaibersihdaripadaaktivitipembiayaan –

Kenaikan/(Pengurangan)BersihdalamTunai&KesetaraanTunai 1,706,628Tunai & Kesetaraan Tunai pada 1 September 2005 –

Tunai&KesetaraanTunaipada31Disember2005 3 1,706,628

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan

penyata aliran tunaiBAGI TEMPOH EMPAT BULAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2005

Page 39: PIDM Laporan Tahunan 2005

37 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Kumpulan Kumpulan Dana Dana Insurans Insurans Deposit Deposit Nota Islam Konvensional Jumlah 2005 2005 2005 RM RM RM

Pada 1 September 2005 8 – – –

Lebihan bersih bagi tempoh 3,014,065 29,527,976 32,542,041

Pada31Disember2005 8 3,014,065 29,527,976 32,542,041

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan

penyata perubahan dalam kumpulan dana dan rizab BAGI TEMPOH EMPAT BULAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2005

Page 40: PIDM Laporan Tahunan 2005

38PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Nota Disember

2005 RM

ASET

Tunai dan kesetaraan tunai 3 77,650 Pelaburan Pelaburan pegangan hingga matang 4 2,889,927 Aset lain 5 13,507 Hartanah dan peralatan 6 94,940

JumlahAset 3,076,024

LIABILITI

Akaun belum bayar 7 61,959

JumlahLiabiliti 61,959

KUMPULANDANAINSURANSDEPOSITDANRIZAB

Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam 8a 3,014,065

JumlahLiabilitidanKumpulanDanaInsuransDeposit 3,076,024

KOMITMENDANLUARJANGKA 15 & 16

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan

kunci kira-kira kumpulan dana insurans deposit islamPADA 31 DISEMBER 2005

Page 41: PIDM Laporan Tahunan 2005

39 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Nota Disember

2005 RM

PENDAPATAN

Premium 9 3,303,016 Pendapatan pelaburan daripada tunai dan sekuriti 10 19,841

3,322,857

TolakPERBELANJAAN

Perbelanjaan sebelum operasi 11 91,788 Perbelanjaan operasi 12 217,004

308,792

Lebihanbersihbagitempohkewangan 3,014,065

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan

penyata pendapatan kumpulan dana insurans deposit islam BAGI TEMPOH EMPAT BULAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2005

Page 42: PIDM Laporan Tahunan 2005

40PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Nota Disember

2005 RM

ALIRANTUNAIDARIPADAAKTIVITIOPERASI

Penerimaan premium daripada institusi anggota 3,303,016Pembayaran semasa beroperasi kepada pembekal dan kakitangan (252,059)Penerimaan pendapatan pelaburan 4,889

Alirantunaibersihdaripadaaktivitioperasi 3,055,846

ALIRANTUNAIDARIPADAAKTIVITIPELABURAN

Hasil daripada penjualan sekuriti 1,995,109Pembelian sekuriti (4,870,086)Pembelian hartanah dan peralatan (103,219)

Alirantunaibersihyangdigunakanuntukaktivitipelaburan (2,978,196)

Kenaikan/(Pengurangan)BersihdalamTunai&KesetaraanTunai 77,650

Tunai & Kesetaraan Tunai pada 1 September 2005 –

Tunai&KesetaraanTunaipada31Disember2005 3 77,650

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan

penyata aliran tunai kumpulan dana insurans deposit islamBAGI TEMPOH EMPAT BULAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2005

Page 43: PIDM Laporan Tahunan 2005

41 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Nota Disember

2005 RM

ASET

Tunai dan kesetaraan tunai 3 1,628,978 Pelaburan Pelaburan pegangan hingga matang 4 27,405,262 Aset lain 5 135,887 Hartanah dan peralatan 6 930,333

JumlahAset 30,100,460

LIABILITI

Akaun belum bayar 7 572,484

JumlahLiabiliti 572,484

KUMPULANDANAINSURANSDEPOSITDANRIZAB

Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional 8b 29,527,976

JumlahLiabilitidanKumpulanDanaInsuransDeposit 30,100,460

KOMITMENDANLUARJANGKA 15 & 16

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan

kunci kira-kira kumpulan dana insurans deposit konvensionalPADA 31 DISEMBER 2005

Page 44: PIDM Laporan Tahunan 2005

42PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Nota Disember

2005 RM

PENDAPATAN

Premium 9 32,368,754 Pendapatan pelaburan daripada tunai dan sekuriti 10 184,851

32,553,605

TolakPERBELANJAAN

Perbelanjaan sebelum operasi 11 899,443 Perbelanjaan operasi 12 2,126,186

3,025,629 Lebihanbersihbagitempohkewangan 29,527,976

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan

penyata pendapatan kumpulan dana insurans deposit konvensionalBAGI TEMPOH EMPAT BULAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2005

Page 45: PIDM Laporan Tahunan 2005

43 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Nota Disember

2005 RM

ALIRANTUNAIDARIPADAAKTIVITIOPERASI

Penerimaan premium daripada institusi anggota 32,368,754Pembayaran semasa beroperasi kepada pembekal dan kakitangan (2,507,911)Penerimaan pendapatan pelaburan 78,108

Alirantunaibersihdaripadaaktivitioperasi 29,938,951

ALIRANTUNAIDARIPADAAKTIVITIPELABURAN

Hasil daripada penjualan sekuriti 22,921,893Pembelian sekuriti (50,220,411)Pembelian hartanah dan peralatan (1,011,455)

Alirantunaibersihyangdigunakanuntukaktivitipelaburan (28,309,973)

ALIRANTUNAIDARIPADAAKTIVITIPEMBIAYAAN

Pendahuluan yang diterima daripada Bank Negara Malaysia 18 5,500,000Pembayaran balik pendahuluan yang diterima daripada Bank Negara Malaysia 18 (5,500,000)

Alirantunaibersihdaripadaaktivitipembiayaan –

Kenaikan/(Pengurangan)BersihdalamTunai&KesetaraanTunai 1,628,978Tunai & Kesetaraan Tunai pada 1 September 2005 –

Tunai&KesetaraanTunaipada31Disember2005 3 1,628,978

Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan

penyata aliran tunai kumpulan dana insurans deposit konvensional BAGI TEMPOH EMPAT BULAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2005

Page 46: PIDM Laporan Tahunan 2005

44PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

nota kepada penyata kewangan31 DISEMBER 2005

1. AKTIVITI UTAMA

PIDM adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Akta).

Aktiviti utama PIDM adalah untuk mentadbir sistem insurans deposit, menyediakan insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit institusi anggota, memberikan insentif bagi pengurusan risiko yang utuh dalam sistem kewangan dan menggalakkan atau menyumbang ke arah kestabilan sistem kewangan. PIDM hendaklah bertindak dalam apa-apa cara bagi meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

Memandangkan sistem perbankan merangkumi sistem perbankan Islam dan konvensional, PIDM menginsuranskan kedua-dua deposit Islam dan konvensional. PIDM menyenggara dan mentadbir dua kumpulan dana yang berasingan untuk deposit Islam dan konvensional bagi memastikan wujudnya urus tadbir yang sesuai di samping pematuhan kepada prinsip dan kehendak Syariah.

Alamat pejabat PIDM ialah Aras 22, Dataran Kewangan Darul Takaful, No. 4 Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur.

2. DASAR PENTING PERAKAUNAN

(a) Asasperakaunan

Penyata kewangan telah disediakan mengikut konvensyen kos sejarah serta mematuhi prinsip dan kehendak Syariah. Sebagai polisi, penyata kewangan ini mematuhi piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia.

Penyata kewangan ini mengandungi aktiviti berhubung pentadbiran kedua-dua Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam dan Konvensional PIDM.

(b) Instrumenkewangan

(i) Tunaidankesetaraantunai

Tunai dan kesetaraan tunai merangkumi tunai di tangan, deposit panggilan di bank dan pelaburan mudah tunai jangka pendek yang sedia untuk ditukarkan kepada amaun tunai yang diketahui dan tertakluk kepada risiko perubahan nilai yang rendah. Penyata aliran tunai disediakan dengan menggunakan kaedah langsung.

(ii) Pelaburan

Pelaburan merangkumi terutamanya Sekuriti Kerajaan Malaysia dan sekuriti pelaburan lain yang dijamin oleh Bank Negara Malaysia, iaitu sekuriti yang boleh dipasarkan dan bertujuan untuk dipegang sehingga tarikh matang. Sekuriti ini yang berjenis bayaran tetap atau bayaran boleh tentu dan kematangan yang tetap dinyatakan pada kos yang diselaraskan bagi pelunasan premium atau akresi diskaun, dikira berdasarkan kaedah hasil malar, dari tarikh pembelian sehingga tarikh matang. Pelunasan premium dan akresi diskaun diambil kira di dalam penyata pendapatan.

(iii) Akaunbelumterimadanasetlain

Akaun belum terima dan aset lain dinyatakan pada kos selepas ditolak peruntukan pembiayaan lapuk atau ragu dan sebarang kejejasan ke atas nilai aset.

(iv) Akaunbelumbayar

Akaun belum bayar dinyatakan pada nilai saksama bayaran yang perlu dibayar untuk barangan dan perkhidmatan yang telah diterima.

Page 47: PIDM Laporan Tahunan 2005

45 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

2. DASAR PENTING PERAKAUNAN (SAMB.)

(c) Rosotnilaiaset

Pada setiap tarikh kunci kira-kira, PIDM mengkaji amaun bawaan asetnya, selain daripada aset kewangan, bagi menentukan sama ada terdapat tanda rosot nilai. Jika terdapat tanda tersebut, rosot nilai itu akan dikira dengan membandingkan nilai bawaan aset itu dengan amaun diperolehi semula. Amaun diperolehi semula ialah amaun yang lebih tinggi antara harga jualan bersih dengan nilai diguna yang dikira dengan merujuk kepada aliran tunai hadapan yang didiskaunkan. Amaun diperolehi semula dianggarkan bagi aset individu, atau, jika tidak mungkin, bagi unit penghasilan tunai yang kepadanya aset itu tergolong.

Kerugian rosot nilai dicajkan kepada penyata pendapatan dengan serta merta, melainkan jika aset itu dibawa pada amaun yang dinilai semula. Sebarang rosot nilai sesuatu aset yang dinilai semula hendaklah diperlakukan sebagai pengurangan penilaian semula setakat lebihan penilaian semula yang diiktiraf sebelum itu bagi aset yang sama.

Kenaikan berikutnya bagi amaun diperolehi semula sesuatu aset diperlakukan sebagai penarikan balik rosot nilai yang sebelumnya dan diiktiraf setakat amaun dibawa yang akan ditentukan (nilai selepas ditolak pelunasan dan susut nilai) jika tiada rosot nilai telah diiktiraf. Penarikan balik itu diiktiraf dalam penyata pendapatan dengan serta-merta, melainkan jika aset itu dibawa pada amaun yang dinilai semula.

Suatu penarikan balik rosot nilai pada aset yang sama dinilai semula dikreditkan secara langsung kepada lebihan penilaian semula. Walau bagaimanapun, penarikan balik rosot nilai diiktiraf sebagai pendapatan dalam penyata pendapatan setakat rosot nilai pada aset yang sama dinilai semula di mana sebelumnya ia diiktiraf sebagai suatu perbelanjaan dalam penyata pendapatan.

(d) HartanahdanPeralatandanSusutNilai

Hartanah dan peralatan dinyatakan pada kos ditolak susut nilai dan kerugian rosot nilai terkumpul.

Susut nilai dikira mengikut kaedah garis lurus untuk menghapus kira kos aset sepanjang anggaran hayat kegunaan aset tersebut. Kadar susut nilai tahunan utama yang digunakan adalah seperti berikut:

Kenderaan bermotor 20% Peralatan pejabat 33.3% Perabot dan kelengkapan 33.3%

Bagi pengubahsuaian pejabat, kadar susut nilai tahunan sebanyak 66.7% dikira sepanjang jangka masa pajakan pejabat bagi tempoh 18 bulan mulai 1 September 2005.

Bagi pelupusan aset tetap, perbezaan antara hasil pelupusan bersih dengan amaun bawaan diiktiraf dalam penyata pendapatan.

(e) Pengiktirafanpendapatandanperbelanjaan

Semua pendapatan dan perbelanjaan operasi diiktiraf mengikut asas akruan. Mengikut Akta, perbelanjaan PIDM yang tidak boleh diperuntukkan secara langsung kepada Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam atau Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional dibahagi mengikut jumlah bahagian premium Islam dan konvensional yang diterima ke atas jumlah premium tahunan sebaik sahaja sebelum tahun di mana perbelanjaan itu dibuat. Walau bagaimanapun, bagi operasi tahun kewangan pertama, penentuan asas pembahagian adalah berdasarkan premium sebenar yang diterima bagi tempoh empat bulan PIDM beroperasi. Bahagian premium Islam dan premium konvensional bagi tempoh laporan itu masing-masing ialah 9.26% dan 90.74%.

Pendapatan premium diiktiraf dalam sesuatu tempoh kewangan berdasarkan risiko yang diambil semasa tempoh kewangan berkenaan. Institusi anggota membayar premium tahunan bagi tempoh lindungan yang sama dengan tempoh kewangan PIDM.

Pendapatan pelaburan diiktiraf mengikut asas pembahagian masa yang memperlihatkan hasil malar aset tersebut.

nota kepada penyata kewangan31 DISEMBER 2005

Page 48: PIDM Laporan Tahunan 2005

46PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

2. DASAR PENTING PERAKAUNAN (SAMB.)

(f) Manfaatkakitangan

(i) Manfaatjangkapendek

Upah, gaji, bonus dan caruman keselamatan sosial diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam tahun di mana perkhidmatan yang berkaitan diberi oleh kakitangan PIDM.

(ii) Rancangancarumantetap

Sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, PIDM membuat caruman kepada skim pencen berkanun nasional, iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Caruman itu diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan apabila ianya berlaku.

3. TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI

Konvensional Islam

2005 2005 RM RM

Deposit dengan Bank Negara Malaysia 77,288 –Baki tunai dan baki di bank 1,551,690 77,650

1,628,978 77,650

Pelaburan jangka pendek yang mempunyai tempoh matang kurang daripada 90 hari dikategorikan sebagai setara tunai.

4. PELABURAN

Konvensional Islam

2005 2005 RM RM

Bil dan Nota Boleh Niaga Bank Negara 27,298,518 2,874,977

Akresi diskaun ditolak pelunasan premium 106,744 14,950

27,405,262 2,889,927

Nilai pasaran pelaburan adalah seperti berikut:

Bil dan Nota Boleh Niaga Bank Negara 27,398,050 2,889,145

27,398,050 2,889,145

Struktur kematangan pelaburan adalah seperti berikut:

Matang dalam tempoh setahun 27,405,262 2,889,927

27,405,262 2,889,927

Kadar pulangan purata berwajaran bagi Sekuriti dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia; dan Bil dan Nota Boleh Niaga Bank Negara Malaysia yang berkuat kuasa dalam tempoh berakhir 31 Disember 2005 ialah 2.77% dan 2.81% masing-masing bagi portfolio Islam dan konvensional. Keseluruhan baki pelaburan adalah dalam nilai Ringgit.

Nilai pasaran pelaburan dalam Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam dan Konvensional sebagaimana yang diperlihatkan di atas menunjukkan nilai saksama mereka pada akhir tempoh kewangan ditentukan dengan merujuk kepada petunjuk harga pasaran yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.

nota kepada penyata kewangan31 DISEMBER 2005

Page 49: PIDM Laporan Tahunan 2005

47 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

5. ASET LAIN

Konvensional Islam

2005 2005 RM RM

Deposit dan bayaran terdahulu 132,350 13,507 Akaun belum terima lain 3,537 –

135,887 13,507

6. HARTANAH DAN PERALATAN

a. KumpulanDanaInsuransDepositKonvensional Pada Pada 1.9.2005 Penambahan Pelupusan 31.12.2005 RM RM RM RM

Kos

Peralatan pejabat – 418,605 – 418,605 Perabot dan kelengkapan – 139,148 – 139,148 Ubahsuai pejabat – 453,702 – 453,702

– 1,011,455 – 1,011,455

Susutnilaiterkumpul

Peralatan pejabat – 22,988 – 22,988 Perabot dan kelengkapan – 7,723 – 7,723 Ubahsuai pejabat – 50,411 – 50,411

– 81,122 – 81,122

Nilaibukubersih

Peralatan pejabat – 395,617 – 395,617 Perabot dan kelengkapan – 131,425 – 131,425 Ubahsuai pejabat – 403,291 – 403,291

– 930,333 – 930,333

nota kepada penyata kewangan31 DISEMBER 2005

Page 50: PIDM Laporan Tahunan 2005

48PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

6. HARTANAH DAN PERALATAN (SAMB.)

b. KumpulanDanaInsuransDepositIslam Pada Pada 1.9.2005 Penambahan Pelupusan 31.12.2005 RM RM RM RM

Kos

Peralatan pejabat – 42,719 – 42,719 Perabot dan kelengkapan – 14,200 – 14,200 Ubahsuai pejabat – 46,300 – 46,300

– 103,219 – 103,219

Susutnilaiterkumpul

Peralatan pejabat – 2,346 – 2,346 Perabot dan kelengkapan – 788 – 788 Ubahsuai pejabat – 5,145 – 5,145

– 8,279 – 8,279

Nilaibukubersih

Peralatan pejabat – 40,373 – 40,373 Perabot dan kelengkapan – 13,412 – 13,412 Ubahsuai pejabat – 41,155 – 41,155

– 94,940 – 94,940

7. AKAUN BELUM BAYAR

Konvensional Islam

2005 2005 RM RM

Pemiutang runcit 106,260 10,844 Amaun terhutang kepada Bank Negara Malaysia 466,224 47,578 Akaun belum bayar lain – 3,537

572,484 61,959

8. KUMPULAN DANA INSURANS DEPOSIT

a. KumpulanDanaInsuransDepositIslam: 2005 RM

Baki mula – Lebihan bersih 3,014,065

Baki penutup 3,014,065

b. KumpulanDanaInsuransDepositKonvensional: 2005 RM

Baki mula – Lebihan bersih 29,527,976

Baki penutup 29,527,976

nota kepada penyata kewangan31 DISEMBER 2005

Page 51: PIDM Laporan Tahunan 2005

49 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

9. PENDAPATAN PREMIUM

2005 RM

Pendapatan premium atas deposit Islam diinsurans 3,303,016Pendapatan premium atas deposit konvensional diinsurans 32,368,754

35,671,770

Di bawah Perintah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Premium Pertama) 2005, berhubung kadar premium tahun pertama, institusi anggota diberi pilihan untuk memilih salah satu daripada asas kadar premium seperti berikut:

(a) 0.02% setiap tahun daripada jumlah deposit institusi anggota; atau

(b) 0.06% setiap tahun daripada jumlah deposit diinsurans institusi anggota,

Premium tahun pertama terhutang dan belum dibayar sebelum 30 September 2005.

10. PENDAPATAN PELABURAN

Konvensional Islam

2005 2005 RM RM

Sekuriti dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia 19,565 4,891 Bil dan Nota Boleh Niaga Bank Negara 165,286 14,950

184,851 19,841

11. PERBELANJAAN SEBELUM OPERASI

Sebelum penggubalan Akta, sejumlah wang telah digunakan untuk memulakan operasi PIDM. Perbelanjaan sebelum operasi telah direkodkan sebagai perbelanjaan dengan serta merta.

Konvensional Islam

2005 2005 RM RM

Fi penasihat dan perundingan 770,474 78,627 Pentadbiran dan am 128,969 13,161

899,443 91,788

nota kepada penyata kewangan31 DISEMBER 2005

Page 52: PIDM Laporan Tahunan 2005

50PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

12. PERBELANJAAN OPERASI

Konvensional Islam

2005 2005 RM RM

Kakitangan 1,159,103 118,287 Komunikasi 625,937 63,877 Pentadbiran dan am 260,024 26,561 Susut nilai 81,122 8,279

2,126,186 217,004

Kos kakitangan termasuklah saraan Ketua Pegawai Eksekutif dan manfaat lain berjumlah RM543,284 bagi tempoh berakhir 31 Disember 2005. Amaun ini termasuklah kos penempatan semula yang dibiayai untuk Ketua Pegawai Eksekutif berjumlah RM86,404.

Bilangan kakitangan pada akhir tempoh kewangan ialah lima belas orang (15).

13. SARAAN PENGARAH

Para pengarah dibayar atas struktur fi sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Fi yang dibayar kepada para pengarah dalam tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2005 berjumlah RM116,000 yang merangkumi saraan para pengarah bagi tempoh perkhidmatan 2005/2006 dan elaun mesyuarat.

14. PERCUKAIAN

Permohonan PIDM bagi pengecualian cukai sedang dikaji oleh Kementerian Kewangan.

15. KOMITMEN

Bayaran sewa bagi pajakan pejabat PIDM pada 31 Disember 2005 adalah seperti yang berikut:

2006 RM11,513 sebulan2007 RM22,860 sebulan

PIDM telah membayar deposit pada tahun 2005 sebanyak RM77,130 bagi mendapatkan ruang pejabat pada masa akan datang dan perjanjian pajakan jangka panjang akan disempurnakan pada tahun 2006.

Pada tahun 2005, suatu kontrak telah ditandatangani bagi pengubahsuaian ruang pejabat sedia ada dan bekalan peralatan pejabat dan perabot terpilih berjumlah RM1,381,490, di mana PIDM telah membayar sebanyak RM873,346 bagi kerja yang telah siap dan barangan yang telah dihantar. Kerja kontrak yang tinggal akan disiapkan pada suku pertama tahun 2006.

16. LUAR JANGKA

Pendedahankepadakerugiandaripadainstitusianggota

Sebagai penginsurans deposit, PIDM terdedah kepada kerugian akibat operasi institusi anggotanya. Pendedahan ini tidak boleh dinilai kuantitinya atau dipastikan pada masa ini. Oleh itu, tiada peruntukan am atau khas telah direkodkan dalam penyata kewangan bagi tempoh kewangan semasa.

nota kepada penyata kewangan31 DISEMBER 2005

Page 53: PIDM Laporan Tahunan 2005

51 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

17. INSTRUMEN KEWANGAN DAN PENDEDAHAN YANG BERKAITAN

Dasar pengurusan risiko kewangan PIDM bertujuan memastikan bahawa sumber kewangan adalah mencukupi untuk menjalankan aktiviti PIDM semasa menguruskan risiko mata wang, kadar faedah dan kadar pulangan, mudah tunai, pasaran dan kredit PIDM. PIDM beroperasi mengikut garis panduan yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah dan dasar PIDM adalah untuk melabur hanya dalam sekuriti kerajaan jangka pendek dalam nilai Ringgit yang mempunyai pelbagai tempoh matang. Tiada pelaburan dibuat dengan institusi anggota memandangkan PIDM adalah penginsurans deposit.

a. Risikomatawangasing

Pada masa ini PIDM tidak terdedah kepada mana-mana risiko mata wang memandangkan semua transaksi dibuat dalam mata wang Ringgit.

b. Risikokadarfaedahdanrisikokadarpulangan

Risiko kadar faedah dan risiko kadar pulangan PIDM akan timbul terutamanya daripada perbezaan kematangan aset dan liabiliti kewangannya.

Aset kewangan terbentuk terutamanya daripada aset pelaburan, termasuk Sekuriti dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, dan Bil dan Nota Boleh Niaga Bank Negara Malaysia. Risiko kadar faedah dalam hal ini timbul daripada turun naik kadar faedah pasaran yang boleh memberi kesan kepada nilai pasaran dan keputusan pelaburan semula aset kewangan ini. Risiko kadar pulangan ialah impak faktor pasaran yang berpotensi menjejaskan pulangan daripada aset dan seterusnya mengakibatkan nilai pasaran dan keputusan pelaburan semula aset kewangan ini terjejas. Bagi mengurangkan risiko ini, pada masa ini, PIDM hanya melabur dalam sekuriti jangka pendek yang mengurangkan kesan mana-mana turun naik kadar faedah pasaran atau kadar pulangan atas nilai pasaran sekuriti ini.

Pada masa ini, PIDM tidak mempunyai apa-apa liabiliti yang terdedah kepada risiko kadar faedah.

c. Risikomudahtunai

Sebahagian besar daripada kumpulan dana yang diperuntukkan bagi tujuan pelaburan telah dilaburkan dalam sekuriti jangka pendek. PIDM berusaha secara berterusan untuk mengurus profil kematangan sekuriti ini bagi memastikan bahawa terdapat dana yang mencukupi pada setiap masa, untuk memenuhi keperluan modal kerja seharian.

d. Risikopasaran

Pelaburan PIDM dalam sekuriti jangka pendek bertujuan untuk dipegang sehingga matang dan tidak diurus niaga secara aktif. Oleh itu, pendedahan PIDM kepada risiko pasaran dalam konteks pelaburan ini adalah minimum.

e. Risikokredit

PIDM hanya melabur dalam Sekuriti dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia; dan Bil dan Nota Boleh Niaga Bank Negara Malaysia, yang secara amnya dianggap sebagai aset kurang berisiko. PIDM tidak menjangkakan pihak yang berurusan dengannya akan mungkir dan oleh itu, menganggap risiko kredit atas aset pelaburannya sebagai sangat minimum.

f. Nilaisaksama

Secara amnya, nilai bawaan aset dan liabiliti kewangan Kumpulan Dana Insurans Deposit Islam dan Kumpulan Dana Insurans Deposit Konvensional hampir setara dengan nilai saksama mereka, kecuali bagi pelaburan dalam Sekuriti dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia; dan Bil dan Nota Boleh Niaga Bank Negara Malaysia yang nilai saksamanya boleh diwakilkan oleh nilai pasaran sekuriti ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Nota 4.

nota kepada penyata kewangan31 DISEMBER 2005

Page 54: PIDM Laporan Tahunan 2005

52PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

18. PENDAHULUAN DARIPADA BANK NEGARA MALAYSIA

Bagi tujuan penubuhan PIDM, Bank Negara Malaysia telah memperuntukkan dana sehingga RM15 juta untuk membiayai penubuhan dan operasi permulaan PIDM sehinggalah ia menerima premium pertamanya. Daripada amaun yang diperuntukkan, PIDM telah menerima RM5,500,000 untuk membiayai kos sebelum penubuhan serta kos operasi permulaan PIDM. Amaun yang dikeluarkan kemudiannya dilangsaikan dengan penuh dalam bulan Oktober 2005 selepas menerima premium pertamanya daripada institusi anggota.

19. MATA WANG

Semua amaun dinyatakan dalam nilai Ringgit.

nota kepada penyata kewangan31 DISEMBER 2005

Page 55: PIDM Laporan Tahunan 2005

53 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

kalendar peristiwa sepanjang 2005

Tarikh Peristiwa September

1 Bank Negara Malaysia mengumumkan penubuhan PIDM dan pelancaran sistem insurans deposit pada satu sidang akhbar dan taklimat kepada Editor Kanan Akhbar, Ketua Pegawai Eksekutif kesemua institusi anggota dan ahli akhbar.

PIDM menjadi ahli Persatuan Penginsurans Deposit Antarabangsa.

5 PIDM memulakan operasi di premisnya yang terletak di Aras 22, Dataran Kewangan Darul Takaful, No. 4 Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur.

12 PIDM memberi taklimat teknikal tentang pengiraan premium pertama kepada wakil daripada institusi anggota (termasuk persatuan berkaitan) dan Bank Negara Malaysia.

13 Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) PIDM, Encik Jean Pierre Sabourin memberi penerangan tentang konsep insurans deposit dan peranannya bagi memperkukuh perlindungan pengguna dalam jaringan keselamatan kewangan keseluruhan, di satu temuramah akhbar yang dianjurkan oleh wakil akhbar-akhbar utama.

15 PIDM menyertai Forum Insurans Deposit Antarabangsa yang diadakan di Dalian, China.

19-21 Pembentangan dan kelulusan oleh Dewan Rakyat terhadap Rang Undang-Undang Bank dan Institusi- Institusi Kewangan (Pindaan) 2005 yang merupakan pindaan berikutan Akta PIDM.

22 Pembentangan dan kelulusan oleh Dewan Rakyat terhadap Rang Undang-Undang Bank Islam (Pindaan) 2005 yang merupakan pindaan berikutan Akta PIDM.

26 PIDM menubuhkan Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggannya sendiri (1-800-88-1266) untuk menjawab persoalan daripada pihak awam tentang insurans deposit.

27-29 PIDM menyertai Persidangan Tahunan Keempat, Persatuan Penginsurans Deposit Antarabangsa (PPDA), Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan Pameran Antarabangsa Insurans Deposit yang diadakan di Taipei, Taiwan.

Pada MAT tersebut, KPE PIDM, Encik Jean Pierre Sabourin telah dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Eksekutif dan Presiden PPDA bagi tempoh dua tahun.

30 PIDM menerima pembayaran premium pertama daripada semua institusi anggota.

November

22 Rundingan di bawah Artikel IV Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bersama Cik Laura Papi, Encik Jerome Vacher dan Dr Phang Hooi Eng daripada IMF, dan juga pegawai daripada Kementerian Kewangan.

Disember

1 Lawatan oleh Timbalan Presiden Eksekutif Perbadanan Insurans Deposit Pusat (PIDP, Taiwan), Encik Wen-Hsian Lai dan delegasi PIDP, Cik Fiona Yeh untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang sistem insurans deposit Malaysia yang baru ditubuhkan dan untuk memperkukuhkan pertukaran dan kerjasama dua hala.

8 Pembentangan dan kelulusan oleh Dewan Negara terhadap Rang Undang-Undang Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Pindaan) 2005 dan Rang Undang-Undang Bank Islam (Pindaan) 2005 yang merupakan pindaan berikutan Akta PIDM.

13 Lawatan oleh Encik Ganiyu Ogunleye, KPE Perbadanan Insurans Deposit Nigeria.

14-16 PIDM menyertai Forum Antarabangsa Ketiga mengenai Perlindungan & Pendidikan Pengguna Kewangan yang diadakan di Hotel Westin, Kuala Lumpur.

Page 56: PIDM Laporan Tahunan 2005

54PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

sistem insurans deposit di malaysia

PENGENALAN

Insurans deposit adalah satu jaminan kepada pemegang deposit yang diinsuranskan di mana setiap pendeposit akan dibayar semula jumlah prinsipal dan pulangan, sekiranya institusi perbankan yang menerima deposit tersebut mengalami kegagalan. Objektif utama sistem insurans deposit adalah untuk melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit mereka sekiranya institusi perbankan gagal.

Pelaksanaan sistem insurans deposit yang efektif dianggap sebagai satu komponen yang utama di dalam jaringan keselamatan kewangan di Malaysia. Mungkin timbul pertanyaan, bagaimanakah insurans deposit boleh menjadi sebahagian daripada jaringan keselamatan kewangan?

Sistem perbankan mempunyai ciri-ciri unik di mana ia mudah terdedah kepada risiko berjangkit dan kerugian kepada pendeposit. Memandangkan pentingnya sistem perbankan kepada negara, jaringan keselamatan kewangan adalah perlu kepada kestabilan ekonomi negara. Secara tradisinya, jaringan keselamatan kewangan adalah termasuk pengawalseliaan berhemat, kemudahan pemberi pinjaman usaha akhir dan mempunyai keutamaan bayaran ketika pihak bank tidak mampu membuat pembayaran.

Sistem insurans deposit menyumbang kepada kekukuhan sistem kewangan dengan memupuk keyakinan awam. Jaminan eksplisit dapat meyakinkan pendeposit di mana mereka mempunyai akses segera terhadap dana yang diinsuranskan. Jaminan tersebut meminimumkan risiko pengeluaran deposit secara mendadak dan berleluasa yang menjurus kepada kehilangan keyakinan dalam sistem perbankan keseluruhannya dan seterusnya kepada sistem kewangan.

Hari ini, ianya telah diterima bahawa insurans deposit seharusnya membentuk komponen bersepadu dalam jaringan keselamatan kewangan yang komprehensif. Sistem insurans deposit telah ditubuhkan di lebih 95 buah negara di seluruh dunia termasuk Kanada, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Amerika Syarikat. Bank Negara Malaysia, melalui Pelan Induk Sektor Kewangan 2001 mengesyorkan sistem insurans deposit sebagai satu langkah dalam memperkukuh infrastruktur perlindungan pendeposit yang sedia ada.

MEMBENTUK SUATU SISTEM UNTUK MALAYSIA

Laporan Forum Kestabilan Kewangan (FKK) tentang Panduan untuk Membangunkan Sistem Insurans Deposit yang Efektif membuat beberapa syor utama untuk pembangunan sistem insurans deposit yang efektif. Dalam membentuk sistem insurans deposit Malaysia, Bank Negara Malaysia telah mengguna pakai beberapa amalan terbaik yang disyorkan oleh FKK. Seperti yang disyorkan, sistem insurans deposit diperkenalkan ketika sistem perbankan berada dalam keadaan paling kukuh.

Antara ciri tersendiri sistem insurans deposit di Malaysia adalah aplikasinya yang tidak hanya terbatas kepada sistem perbankan konvensional tetapi turut merangkumi sistem perbankan Islam. Kedua-dua sistem insurans deposit yang berbeza ini ditadbir di bawah satu organisasi (rujuk artikel mengenai Sistem Insurans Deposit Islam di Malaysia).

PENUBUHAN SISTEM INSURANS DEPOSIT

PIDM merupakan sebuah badan berkanun yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sistem insurans deposit serta mempunyai rangka kerja perundangan dan urus tadbir tersendiri. Akta PIDM memberi kuasa kepada PIDM untuk membuat kutipan premium daripada institusi anggota, menerima pinjaman atau meningkatkan dana dengan cara yang difikirkan sesuai dan meminjam daripada Kerajaan. Institusi anggota dikehendaki membayar kos insurans deposit melalui premium wajib kerana institusi anggota dan pendeposit akan mendapat faedah langsung daripada sistem insurans deposit yang efektif.

Semua bank perdagangan (termasuk subsidiari bank-bank asing yang beroperasi di Malaysia) dan syarikat-syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan semua bank-bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 wajib menjadi institusi anggota dan perlu membayar premium tahunan kepada penginsurans deposit berdasarkan kepada jumlah pegangan deposit yang akan diinsuranskan pada tarikh 31 Disember setiap tahun.

SKOP PERLINDUNGAN

Di bawah Akta PIDM, pendeposit akan dilindungi sehingga RM60,000 untuk setiap pendeposit di setiap institusi anggota, termasuk prinsipal dan faedah atau pulangan (bagi deposit Islam) terakru. Deposit yang layak mendapat perlindungan termasuk deposit simpanan, deposit semasa, deposit tetap dan deposit pelaburan tertentu. Instrumen seperti cek diperakui dan draf bank juga layak mendapat perlindungan, bagi mengekalkan keyakinan terhadap sistem pembayaran. Walau bagaimanapun, tiada perlindungan diberi ke atas instrumen seperti deposit yang perlu dibayar di luar Malaysia, deposit dalam mata wang asing, deposit pasaran wang, instrumen deposit boleh niaga, deposit pembawa lain dan perjanjian belian semula. PIDM juga boleh menentukan sama ada liabiliti atau instrumen kewangan lain layak mendapat perlindungan.

Dalam erti kata lain, tidak semua deposit dilindungi di bawah sistem insurans deposit. Ini adalah kerana keperluan untuk meminimumkan bahaya moral. Had perlindungan ini bertujuan untuk mengurangkan perlakuan berisiko dan memberi insentif kepada pendeposit yang sofistikated untuk memantau keadaan kewangan institusi anggota.

Page 57: PIDM Laporan Tahunan 2005

55 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

sistem insurans deposit di malaysia

Dari perspektif keyakinan, sistem insurans deposit Malaysia melindungi 95% keseluruhan pendeposit secara penuh mengikut had perlindungan RM60,000 bagi setiap pendeposit di setiap institusi anggota. Dari segi nilai deposit, sistem ini menginsurans sebanyak 35% daripada jumlah deposit dalam semua institusi anggota. Ini adalah selaras dengan amalan antarabangsa.

PEMBAYARAN KEPADA PENDEPOSIT

Bagi mengekalkan keyakinan dalam sistem kewangan apabila institusi anggota gagal, penginsurans deposit hendaklah membuat pembayaran kepada pendeposit dengan kadar segera. Di bawah Akta PIDM, pembayaran kepada pendeposit adalah tertakluk kepada keadaan berikut:

(i) PIDM haruslah membuat pembayaran mandatori apabila perintah penggulungan telah dibuat berkenaan institusi anggota, dan bukan hanya apabila institusi anggota menghadapi masalah mudah tunai. Dalam kes ini, Akta PIDM memerlukan PIDM untuk membuat pembayaran kepada pendeposit secepat yang mungkin dan tidak melebihi tiga bulan dari tarikh perintah penggulungan;

(ii) PIDM boleh membuat bayaran mengikut budi bicara (tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan) di mana

(a) Institusi anggota yang menerima deposit tidak berupaya membayar liabiliti deposit atas sebab perintah mahkamah, atau disebabkan tindakan yang diambil oleh badan berkanun atau PIDM, atau tindakan yang diambil oleh penerima dan pengurus;

(b) satu petisyen penggulungan terhadap institusi anggota telah dibentangkan; dan

(c) keahlian institusi anggota dibatalkan atau ditamatkan.

Pembayaran kepada pendeposit akan dibuat berdasarkan rekod dan informasi yang diperolehi daripada institusi anggota yang gagal dan pihak pendeposit tidak perlu memfailkan tuntutan. Dalam membuat pembayaran, PIDM akan mengagregat kesemua akaun yang dipunyai oleh pendeposit yang sama di dalam institusi yang sama dan membayar setakat had yang diinsuranskan sebanyak RM60,000.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PIDM

Mandat kami. Mandat kami dinyatakan dengan jelas dalam perundangan untuk:

(i) mentadbir sistem insurans deposit;

(ii) memperuntukkan insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit sesuatu institusi anggota;

(iii) memperuntukkan insentif untuk pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan; dan

(iv) menggalak atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.

Dalam melaksanakan mandat, kami dikehendaki bertindak dalam apa-apa cara bagi meminimumkan kos kepada sistem kewangan. Sebagai penginsurans deposit yang beroperasi pada kos yang rendah, kami bukan sahaja mentadbir sistem insurans deposit, malah perlu mengambilkira objektif yang lebih meluas iaitu mengekalkan kestabilan sistem kewangan serta menyediakan insentif untuk disiplin pasaran. Oleh yang demikian, kami perlu menaksir dan mengurus risiko dalam menyediakan insurans deposit.

Sebuah Badan Berkanun Bebas. PIDM telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun yang berasingan, berbeza dan bebas serta disokong sepenuhnya oleh Kerajaan. Penubuhan PIDM sebagai sebuah badan berkanun bebas adalah untuk:

(i) memberi tumpuan dalam melaksanakan mandatnya;(ii) menyediakan sekatan dan imbangan yang lebih efektif

terhadap konflik kepentingan yang mungkin timbul di antara penyeliaan, pemberi pinjaman usaha akhir dan fungsi insurans deposit; dan

(iii) menggalakkan kebertanggungjawaban dan ketelusan yang utuh melalui struktur Lembaga Pengarah yang seimbang.

Mentadbir sistem insurans deposit. Selain daripada membayar balik kepada pendeposit seperti yang dinyatakan di atas, peranan utama PIDM termasuk (a) menentukan kadar premium untuk institusi anggota dan (b) melaburkan dana untuk pendeposit.

Dalam menentukan kadar premium, PIDM mengimbangi antara keperluan mendapat akses kepada dana bagi memenuhi tanggungjawab di masa hadapan kepada pendeposit dan menampung kos operasi dan resolusi, dengan impak sekiranya premium berlebihan dikenakan terhadap institusi anggota. Akta PIDM telah menetapkan premium minimum tahunan yang perlu dibayar sebanyak RM250,000 dan kadar premium maksimum sebanyak 0.5% daripada jumlah deposit yang diinsuranskan bagi memastikan premium dihadkan.

Page 58: PIDM Laporan Tahunan 2005

56PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

sistem insurans deposit di malaysia

Memandangkan kami mempunyai tanggungjawab kepada pemegang kepentingan dan perlu mengumpulkan lebihan dana bagi tujuan memenuhi tanggungjawab pada masa hadapan terhadap pendeposit, objektif polisi pelaburan PIDM adalah untuk mengekalkan modal di samping mengekalkan mudah tunai yang mencukupi untuk memenuhi tanggungjawab tersebut. Perundangan telah menggariskan pelaburan yang diluluskan dan ini termasuk pelaburan yang selamat seperti sekuriti Kerajaan dalam nilai Ringgit atau pelaburan bergred tinggi dan deposit dengan Bank Negara Malaysia atau mana-mana institusi kewangan. Kami juga boleh membuat pelaburan lain yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, tertakluk kepada syor Lembaga Pengarah PIDM.

Bank Negara Malaysia dan PIDM. Bank Negara Malaysia kekal sebagai pengawalselia utama sistem perbankan dan bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sistem kewangan secara keseluruhan. PIDM melengkapi fungsi Bank Negara Malaysia dengan menyediakan sistem insurans deposit yang menggalakkan pengurusan risiko yang utuh di kalangan institusi anggota. PIDM juga bekerjasama erat dengan Bank Negara Malaysia.

Dari perspektif kehematan dan pengawalseliaan, hanya Bank Negara Malaysia yang menjalankan pemeriksaan ke atas institusi perbankan dan menyediakan maklumat kepada PIDM untuk membolehkan PIDM menaksir risikonya sebagai penginsurans deposit. Sekiranya PIDM mempercayai bahawa bayaran kepada pendeposit hampir berlaku, PIDM boleh menjalankan pemeriksaan khas ke atas institusi anggota. Di dalam sebarang keadaan, PIDM boleh menugaskan satu audit bebas di mana kosnya akan ditanggung oleh institusi anggota.

Resolusi Bank. Untuk tujuan resolusi bank, Akta PIDM juga memberi kuasa kepada PIDM untuk bertindak bagi mengurangkan risiko terhadap sistem kewangan atau kerugian yang mungkin ditanggung oleh PIDM. PIDM juga dikehendaki mencari dan menilai pilihan resolusi selain daripada pembubaran, apabila berurusan dengan institusi yang tidak berdaya maju. Ini bertujuan untuk meminimumkan gangguan atau hilang keyakinan akibat daripada kegagalan bank melalui campur tangan awal dan melaksanakan penyelesaian pada kos terendah. Sehubungan itu, Akta PIDM memperuntukkan kuasa resolusi yang luas, termasuk kuasa untuk memperoleh aset daripada institusi anggota, menerima pinjaman atau pendahuluan dengan atau tanpa cagaran dan memperoleh syer institusi anggota. Walau bagaimanapun, kuasa resolusi PIDM hanya digunakan apabila Bank Negara Malaysia memberitahu bahawa institusi anggota tersebut telah tidak berdaya maju atau berkemungkinan tidak berdaya maju.

PIDM DAN PENDEPOSIT

Jaminan PIDM menyingkirkan ketidakpastian dan kebimbangan berkaitan dengan khabar angin tentang bank bermasalah di mana khabar angin akan timbul dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, dengan adanya PIDM, pendeposit akan lebih yakin terhadap keselamatan deposit mereka. Kepelbagaian jenis deposit yang diinsuranskan dan perlindungan automatik kepada pendeposit merupakan sebahagian daripada ciri istimewa yang direka khusus untuk menyediakan manfaat kepada pendeposit.

Page 59: PIDM Laporan Tahunan 2005

57 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

sistem insurans deposit islam di malaysia

Semenjak permulaannya pada tahun 1983, sistem perbankan Islam telah berkembang dengan pesat. Permintaannya menjadi amat ketara sehingga kita dapat melihat institusi perbankan konvensional juga menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam. Kini, perbankan Islam menguasai sebanyak 11% daripada jumlah aset sistem perbankan, dan dengan sokongan Bank Negara Malaysia, ia mempunyai potensi yang luas untuk terus berkembang. Sehingga akhir bulan Disember 2005, terdapat enam bank Islam dan 23 institusi perbankan konvensional yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam.

Di Malaysia, perbankan Islam telah mengecapi kemajuan setaraf dengan sistem perbankan konvensional. Bahkan, Pelan Induk Sektor Kewangan berpendapat Malaysia berada pada kedudukan yang sesuai dalam menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam di peringkat antarabangsa.

INSURANS DEPOSIT ISLAM

Berdasarkan kepada latar belakang dan cabaran ini, Bank Negara Malaysia melahirkan konsep untuk mengasingkan sistem insurans deposit Islam bagi deposit Islam yang layak. Ia akan beroperasi secara berasingan tetapi selari dengan sistem insurans deposit konvensional.

Secara langsungnya, prinsip Syariah perlu diterapkan dan insurans deposit Islam harus mematuhi prinsip tersebut. Struktur insurans deposit Islam telah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah perbankan Islam dan Takaful.

PERLEMBAGAAN SISTEM INSURANS DEPOSIT ISLAM

Sejajar dengan sistem konvensional, sistem insurans deposit Islam adalah dibiayai oleh premium yang dipungut daripada bank-bank Islam, berdasarkan jumlah deposit Islam yang diinsuranskan.

Untuk memastikan sistem insurans deposit Islam mematuhi prinsip Syariah, insurans deposit (iaitu kontrak insurans) haruslah berdasarkan kepada konsep kafalah (jaminan) dan tabarru’ (sumbangan). Berdasarkan kepada prinsip ini, institusi anggota yang berkenaan boleh membuat sumbangan kepada PIDM, yang akan menyediakan perlindungan insurans dan memastikan pembayaran dibuat kepada pendeposit sekiranya kegagalan bank berlaku.

PERLINDUNGAN

Deposit Islam dan konvensional menerima perlindungan yang setara. Deposit Islam akan dilindungi secara berasingan daripada deposit konvensional, dengan had berjumlah RM60,000 bagi setiap deposit di setiap institusi anggota.

Deposit Islam yang layak untuk mendapat perlindungan termasuk deposit simpanan dan pelaburan, tetapi (sama seperti deposit konvensional) tidak termasuk deposit yang perlu dibayar di luar Malaysia, deposit dalam mata wang asing, instrumen deposit boleh niaga, deposit pembawa lain dan perjanjian belian semula. Serupa dengan deposit konvensional, instrumen pembayaran juga akan dilindungi dan PIDM akan membangunkan satu proses untuk menentukan sama ada sesuatu produk baru layak sebagai deposit. Untuk tujuan insurans deposit, kelayakan deposit Islam yang dipegang oleh pendeposit yang sama di dalam institusi anggota akan dijumlahkan, tetapi deposit konvensional di dalam institusi anggota yang sama akan dijumlahkan berasingan.

PENGURUSAN DANA DAN PEMBAYARAN KEPADA PENDEPOSIT

Kedua-dua dana insurans deposit Islam (daripada premium yang dipungut bagi deposit Islam) dan dana insurans deposit konvensional (daripada premium konvensional) akan diuruskan oleh PIDM. Walau bagaimanapun, di dalam memastikan kepatuhan dengan prinsip Syariah, dana insurans deposit Islam hendaklah diuruskan secara berasingan, dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah.

Pembayaran yang dibuat apabila institusi anggota gagal juga akan diasingkan, dan pemindahan dana di antara dana insurans deposit Islam dan dana insurans deposit konvensional tidak dibenarkan. Sebaliknya, PIDM dibenarkan dibawah undang-undang untuk membuat pinjaman daripada Kerajaan sekiranya perlu, dan sekiranya pembayaran perlu dibuat untuk deposit Islam, pinjaman ini haruslah berlandaskan prinsip Syariah.

Satu lagi perbezaan di dalam menguruskan pembayaran untuk deposit Islam adalah perlunya untuk menentukan keutamaan di antara pemiutang Islam dan jenis deposit Islam. Berdasarkan kepada kontrak dalam penerimaan deposit, deposit bukan mudharabahi (bukan perkongsian keuntungan), contohnya deposit wadiah, diberi keutamaan berbanding deposit mudharabahii (perkongsian keuntungan).

i Di bawah kontrak perkongsian tanpa untung, deposit akan diterima berdasarkan sama ada wadiah (jagaan selamat) atau qard (pembiayaan). Pendeposit menempatkan dana mereka dengan bank dan bank bertanggungjawab membayar semula semua jumlah prinsipal. Kesemua keuntungan yang dijanakan oleh bank daripada penggunaan dana adalah hak milik pihak bank. Walau bagaimanapun pihak bank boleh di atas budi bicaranya memberi ganjaran kepada pelanggannya sebahagian keuntungan yang dijanakan dari pelaburan dana tersebut dari masa ke semasa.

ii Di bawah kontrak perkongsian, pendeposit atau pemberi modal menempatkan deposit mereka dengan pihak bank sebagai pelaburan dan pihak bank mengambil peranan sebagai usahawan melaburkan dana tersebut. Sebarang keuntungan diperoleh daripada pelaburan tersebut akan dikongsi di antara pendeposit dan pihak bank berdasarkan kepada nisbah perkongsian pratentu. Kerugian, sekiranya ada, akan ditanggung oleh pendeposit, kecuali di dalam keadaan di mana ada bukti yang menyatakan kecuaian di atas pihak bank.

Page 60: PIDM Laporan Tahunan 2005

58PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

Kesedaran awam merupakan kunci bagi memastikan kejayaan sesebuah sistem insurans deposit memandangkan perlindungan pendeposit adalah nadi bagi insurans deposit. Oleh yang demikian, tumpuan utama kami adalah untuk memberi pemahaman yang jelas mengenai fungsi insurans deposit dan faedahnya. Pendeposit yang mendapat pendedahan akan lebih peka dan berkeyakinan tentang perlindungan deposit mereka di dalam institusi anggota PIDM. Keyakinan ini akan meningkatkan kestabilan sistem insurans deposit dan seterusnya, menyumbang ke arah kestabilan sistem perbankan. Pendidikan awam telah dan akan terus menjadi sebahagian daripada aspek yang penting dalam program kesedaran awam kami.

KESEDIAAN

Dengan mandat yang telah diberi, kami telah mengambil langkah untuk memastikan pihak kami mudah dihubungi oleh orang awam. Salah satu cara utama bagi menyebarkan maklumat kepada khalayak ramai dan industri perbankan adalah melalui Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan. Pusat Panggilan telah diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia dua minggu sebelum pelancaran insurans deposit pada 1 September 2005. Pusat panggilan ini memberi maklum balas segera terhadap pertanyaan awam mengenai insurans deposit. PIDM mempunyai tiga operator berdedikasi yang mengendalikan pertanyaan awam dalam pelbagai pilihan bahasa. Dalam bulan pertama operasinya, Pusat Panggilan ini telah menerima sebanyak 60 panggilan seminggu secara purata. Sehingga kini, pihak kami masih menerima pertanyaan daripada pelbagai pihak awam.

Panggilan utama merangkumi pendeposit, orang awam dan kakitangan institusi anggota yang membuat pertanyaan mengenai had perlindungan atau cara perlindungan pendeposit dilaksanakan.

MEMBINA PERKONGSIAN

Institusi anggota adalah satu saluran yang tepat untuk menyebarkan maklumat kerana mereka telah membina hubungan kepercayaan dengan pendeposit mereka. Sehubungan ini, kami berhasrat untuk membina perkongsian maklumat bersama institusi anggota. Contohnya, di dalam suku pertama tahun 2006, kami akan menyebarkan risalah pendidikan dan brosur melalui institusi anggota kepada kakitangan mereka dan orang awam. Sebanyak empat juta keping risalah tersebut telah pun diedarkan di seluruh negara.

Dalam suku pertama tahun 2006, kami telah mengeluarkan sebuah buku panduan mengenai insurans deposit dan mengadakan sesi latihan kepada kakitangan institusi anggota yang bertanggungjawab terhadap latihan kakitangan mereka. Tumpuan utama diberikan kepada kakitangan bahagian operasi dan barisan hadapan, yang berkemungkinan besar terlibat dalam menasihati pelanggan mereka mengenai insurans deposit.

LAMAN WEB

Salah satu bahagian komunikasi penting ialah laman web yang menjadi sumber maklumat penting mengenai insurans deposit di Malaysia. Laman web ini mengandungi informasi yang komprehensif tentang insurans deposit, yang akan dikemas kini dari masa ke semasa. Selain daripada itu, kami akan menyiarkan risalah, lembaran fakta dan maklumat lain di dalam laman web ini. Pendeposit boleh menanyakan soalan kepada kami secara dalam talian dan terdapat satu bahagian untuk Soalan Lazim. Kami juga akan menyediakan satu pintu masuk (gerbang) kepada laman web tersebut bagi membolehkan institusi anggota mengakses kepada kami.

USAHA BERTERUSAN

Kempen kesedaran awam dan pendidikan kami akan dilakukan secara berterusan bagi meningkatkan tahap kesedaran mengenai insurans deposit. Fokus tumpuan adalah semua pemegang kepentingan, di mana segmen utama adalah merupakan pendeposit, termasuklah pelajar dan warga tua. Antara pemegang amanah yang penting adalah termasuk institusi anggota, kumpulan profesional dan persatuan perniagaan, agensi Kerajaan dan kumpulan pengguna.

Kami juga akan menjalankan pendidikan lanjutan dan kesedaran awam melalui:

• Penggunaan pihak media massa dan media cetak dalam semua bahasa utama bagi memastikan mesej dapat disampaikan kepada semua peringkat komuniti.

• Bekerjasama dengan memberi syarahan awam dan penerangan kepada organisasi dan persatuan yang berminat sebagai satu saluran untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada pihak lain.

PENUTUP

Sebagai satu asas yang berterusan, kami akan meninjau dan memantau panggilan ke pusat panggilan kami bagi memastikan cara terbaik pendeposit dapat memahami insurans deposit. Dalam masa terdekat ini, segala usaha bagi membina kesedaran akan diteruskan ke seluruh negara supaya pendeposit di seluruh negara akan mendapat maklumat yang tepat dan cepat mengenai insurans deposit bagi memenuhi keperluan mereka.

inisiatif pendidikan dan kesedaran awam

Page 61: PIDM Laporan Tahunan 2005

59 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

soalan lazim

Soalan lazim berikut terdapat dalam brosur maklumat yang bertajuk “Deposit anda sekarang diinsuranskan dan ianya automatik” dan telah diterbitkan semula sebagai rujukan.

1. ApakahituInsuransDeposit?

• Insurans Deposit ialah satu sistem yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit yang diinsuranskan yang disimpan di institusi anggota sekiranya institusi anggota tersebut tidak dapat memenuhi obligasinya kepada pendeposit. Sistem ini telah dilancarkan di Malaysia pada 1 September 2005.

2. Apakah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia(PIDM)atauMalaysiaDepositInsuranceCorporation(MDIC)?

• PIDM atau MDIC merupakan sebuah badan berkanun bebas yang melindungi pendeposit seandainya institusi anggota tidak berupaya membuat pembayaran balik kepada pendeposit yang memegang deposit yang diinsuranskan. Di Malaysia, kami ingin dikenali sebagai PIDM iaitu singkatan bagi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.

3. ApakahperananPIDMatauMDIC?

• PIDM atau MDIC memainkan peranan untuk mentadbir sistem insurans deposit dan melindungi pendeposit. PIDM juga menyediakan insentif untuk pengurusan risiko wajar di dalam sistem kewangan, selain menggalak dan menyumbang ke arah kestabilan sistem kewangan negara.

4. BagaimanakahPIDMmenyumbangkearahkestabilansistemkewangan?

• PIDM memperteguh dan melengkapi rangka kerja pengawalseliaan sedia ada dengan memberi insentif kepada institusi anggota untuk mengamalkan sistem pengurusan risiko wajar. Kami menyumbang ke arah kestabilan sistem kewangan menerusi pengurusan yang cepat dan cekap ke atas bank individu yang tidak berdaya maju justeru mengelakkannya daripada menjejaskan bank-bank lain atau sistem perbankan. Dalam menjalankan mandat ini, PIDM diberi kuasa untuk memperoleh aset daripada institusi anggota, menerima pinjaman atau pendahuluan dengan atau tanpa cagaran, memperoleh syer institusi anggota dan mengambil semua langkah lain yang perlu.

5. Siapakahinstitusianggota?

• Institusi anggota terdiri daripada semua bank perdagangan (termasuk bank asing yang beroperasi di Malaysia) dan syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan semua bank-bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983. Keanggotaan adalah wajib seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Akta PIDM). Senarai institusi anggota boleh diperolehi sama ada dengan menghubungi PIDM di talian 1-800-88-1266 atau dengan melayari laman web PIDM di www.pidm.gov.my

6. Perlukah saya memohon untuk mendapatkan perlindunganinsuransdeposit?

• Tidak, anda tidak perlu memohon. Semua akaun deposit yang layak akan diinsuranskan secara automatik tanpa sebarang caj kepada anda.

7.Siapakahyangmembayarpremiuminsurans?

• Institusi anggota anda diwajibkan membayar premium tahunan kepada sistem insurans deposit yang ditadbir oleh PIDM.

8.Berapakahhadperlindunganinsuransdeposit?

• PIDM menginsuranskan deposit yang layak sehingga RM60,000 bagi setiap pendeposit di setiap institusi anggota. Had RM60,000 tersebut merangkumi prinsipal dan faedah/pulangan.

9. BolehkahsayamembeliinsuranstambahanuntukdepositsayajikajumlahnyamelebihiRM60,000?

• Tidak. Insurans deposit bukanlah produk insurans nyawa atau insurans am. Ia disediakan oleh Kerajaan menerusi Akta PIDM dan ditadbirkan oleh PIDM.

10. Apakah jenis deposit yang layak untuk insuransdeposit?

• Akaun deposit semasa dan simpanan, deposit tetap, deposit pelaburan dan cek diperakui dan draf bank yang dikeluarkan atau dibuat terhadap akaun deposit adalah layak untuk perlindungan insurans deposit.

11. ApakahjenisdeposityangTIDAKdiinsuranskan?

• Deposit yang tidak boleh dibayar di Malaysia, deposit dalam mata wang asing, deposit pasaran wang, instrumen boleh niaga (NIDs), deposit pembawa lain dan perjanjian belian semula, tidak diinsuranskan.

Page 62: PIDM Laporan Tahunan 2005

60PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

12. AdakahdepositIslamdankonvensionaldiinsuranskansecaraberasingan?

• Ya. Deposit Islam dan konvensional masing-masing layak untuk had perlindungan berasingan sebanyak RM60,000.

13. Adakahakaunbersamadanakaunamanahdiberiperlindunganinsuransdepositberasingan?

• Ya. Akaun bersama dan akaun amanah masing-masing diberi perlindungan insurans deposit secara berasingan, dengan syarat rekod institusi anggota menyatakan nama pemegang akaun bersama atau pemegang akaun amanah dan kepentingan berasingan mereka di dalam deposit tersebut.

14. Adakahperjanjianbeliansemula,pelaburanpasaranwang dan unit amanah layak untuk insuransdeposit?

• Tidak. Perjanjian belian semula, pelaburan pasaran wang dan unit amanah tidak layak untuk insurans deposit.

15. Adakahterdapatakaunlainyangdiinsuranskansecaraberasingan?

• Ya. Deposit yang disimpan oleh perniagaan milikan tunggal atau perkongsian atau disimpan oleh pendeposit yang menjalankan amalan profesional akan diinsuranskan secara berasingan, dengan syarat maklumat tersebut terdapat dalam rekod institusi anggota.

16. Jikasayamempunyaidepositdibeberapainstitusianggota, adakah kesemua deposit saya akandijumlahkanbagitujuaninsurans?

• Tidak. Deposit di institusi anggota berlainan akan dilindungi secara berasingan. Had perlindungan RM60,000 diguna pakai bagi setiap pendeposit di setiap institusi anggota.

17. Jika saya mempunyai deposit di cawangan yangberlainandiinstitusianggotayangsama,adakahkesemuadepositdiinsuranskansecaraberasingan?

• Tidak. Deposit yang disimpan di cawangan berlainan di institusi anggota yang sama akan dijumlahkan bagi tujuan insurans deposit.

18. Apakahyangterjadikepadadepositsayajikaduainstitusianggotabergabung?

• Anda akan terus diinsuranskan secara berasingan untuk tempoh masa dua tahun atau sehingga tarikh matang atau pengeluaran, yang mana terdahulu.

19. AdakahdeposityangdibuatolehbukanpemastautinMalaysiadiinsuranskan?

• Tempat bermastautin atau taraf kewarganegaraan tidak menjejaskan perlindungan insurans deposit anda. Deposit yang dibuat di institusi anggota akan dilindungi sehingga RM60,000 bagi setiap pendeposit di setiap institusi anggota.

20. Bagaimanakah saya boleh memaksimumkanperlindunganuntukdepositsayadisesebuahbank?

• Had RM60,000 adalah untuk setiap pemilikan sah berasingan bagi akaun deposit layak. Jika pemilikan untuk beberapa akaun adalah berbeza antara satu sama lain, perlindungan insurans deposit akan diberikan secara berasingan untuk setiap akaun. Contohnya, jika anda memegang akaun individu, tiga akaun bersama dengan individu berlainan, menjadi sebahagian daripada akaun perkongsian atau amalan profesional, anda akan menikmati perlindungan berasingan sehingga RM60,000 untuk kesemua lima akaun berjumlah sehingga RM300,000.

21. Sekiranyabegitu,mengapakahPIDMmenentukanhadperlindungansehinggaRM60,000untuksetiapakaundepositlayak?

• Had perlindungan tersebut adalah berdasarkan statistik yang menunjukkan 95% pendeposit akan dilindungi sepenuhnya. Mengikut kaedah sedia ada, hampir semua pendeposit dilindungi oleh insurans deposit.

22. Bagaimanakahcaranyasayamembuattuntutan?

• Seandainya institusi anggota tidak berupaya memenuhi obligasinya, anda tidak perlu membuat sebarang tuntutan. PIDM akan mengumumkan bagaimana, di mana dan bila anda akan dibayar sehingga amaun yang diinsuranskan. PIDM adalah telus dan akan membuat pembayaran dengan segera.

23. AdakahiniberertiinstitusikewangannegarainitidaklagidikawalseliaolehBankNegaraMalaysia(BNM)?

• Tidak. BNM masih kekal sebagai pengawalselia utama sistem kewangan negara. Ia masih bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sistem kewangan. PIDM berfungsi melengkapkan peranan BNM dan menyumbang ke arah kestabilan sistem dengan mengurus sistem insurans deposit dalam cara yang menggalakkan pengurusan risiko wajar di kalangan institusi anggota.

24. Siapakahyangharussayahubungiuntukpenjelasanlanjut?

• Telefon talian bebas tol PIDM: 1-800-88-1266• E-mel: [email protected]• Layari laman web PIDM di: www.pidm.gov.my

soalan lazim

Page 63: PIDM Laporan Tahunan 2005

61 PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

senarai institusi anggota

BANK ISLAM

1. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

2. BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

3. COMMERCE TIJARI BANK BERHAD

4. HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD

5. KUWAIT FINANCE HOUSE (MALAYSIA) BERHAD

6. RHB ISLAMIC BANK BERHAD

BANK-BANK PERDAGANGAN

1. ABN AMRO BANK BERHAD

2. AFFIN BANK BERHAD

3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD

4. AMBANK (M) BERHAD

5. BANGKOK BANK BERHAD

6. BANK OF AMERICA MALAYSIA BERHAD

7. BANK OF CHINA (MALAYSIA) BERHAD

8. BANK OF TOKYO-MITSUBISHI UFJ (MALAYSIA) BERHAD

9. BUMIPUTRA-COMMERCE BANK BERHAD

10. CITIBANK BERHAD

11. DEUTSCHE BANK (MALAYSIA) BERHAD

12. EON BANK BERHAD

13. HONG LEONG BANK BERHAD

14. HSBC BANK MALAYSIA BERHAD

15. J.P. MORGAN CHASE BANK BERHAD

16. MALAYAN BANKING BERHAD

17. OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD

18. PUBLIC BANK BERHAD

19. RHB BANK BERHAD

20. SOUTHERN BANK BERHAD

21. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BERHAD

22. THE BANK OF NOVA SCOTIA BERHAD

23. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

SYARIKAT KEWANGAN

1. KEWANGAN BERSATU BERHAD

PADA 31 JANUARI 2006

Page 64: PIDM Laporan Tahunan 2005

62PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

maklumat hubungan

Untuk maklumat lanjut:

(i) Hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di talian bebas tol 1-800-88-1266 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat

(ii) Layari laman web kami di: http://www.pidm.gov.my

(iii) Dapatkan risalah maklumat mengenai PIDM daripada mana-mana institusi anggota.

(iv) E-mel kepada kami: [email protected]

(v) Hubungi kami:

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Aras 22, Dataran Kewangan Darul Takaful No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur Tel: 03 2260 7436 Faks: 03 2260 7431 atau 03 2260 7432

(Untuk Perhatian: Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam)