perutusan pengarah duchess edisi 2_201… · seperti diabetes, hipertensi, penyakit jantung, sleep...

26
1

Upload: others

Post on 17-May-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

1

Page 2: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

Salam Sejahtera

Tahniah kepada The Duchess- Where Health Matters dengan keluaran edisi ke-2 tahun 2017

yang memaparkan aktiviti sepanjang bulan Mei hingga Ogos. Aktiviti yang dijalankan sentiasa

berpaksikan kepada elemen budaya korporat KKM iaitu "Masyarakat Penyayang,

Profesionalisma dan Kerja Berpasukan".

Saya amat bangga dengan komitmen daripada semua kakitangan dan penglibatan serta

sokongan daripada masyarakat di dalam aktiviti anjuran hospital. Antara tugas utama pihak

hospital adalah memberi pendedahan kesedaran tentang kesihatan dan penyakit kepada

kakitangan dan juga orang awam.

Pengetahuan dan kemahiran klinikal yang terkini diperolehi melalui aktiviti kursus, bengkel,

ceramah dan penglibatan secara langsung dalam audit klinikal dan aktiviti kualiti yang

berterusan.

Semoga semua pembaca buletin mendapat inspirasi daripada aktiviti yang dijalankan di

hospital dan juga di luar dan terus memberi dorongan kepada semua untuk terus maju ke arah

kecemerlangan perkhidmatan.

PERUTUSAN PENGARAH

Dr. Francis Paul Pengarah Hospital

Hospital Duchess of Kent Sandakan

Sidang Redaksi

Penasihat :

Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital

Penasihat Pengarang :

Dr. Paul Chan Hong Kit, Timbalan Pengarah Hospital

Ketua Pengarang :

Encik Zaini bin Morshidi, Ketua Unit Komunikasi Korporat

Pengarang :

Unit Komunikasi Korporat, Hospital Duchess of Kent

Sumbangan Bahan/Gambar :

Semua Jabatan/ Unit HDOK

Page 3: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan

Malaysia YBhg Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah telah

mengadakan lawatan ke Hospital Duchess of Kent

Sandakan pada 6 Mei 2017. Rombongan Ketua Pengarah

turut diiringi oleh YBhg Datuk Dr. Christina Rundi,

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan juga Timbalan-

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

Dalam majlis Santai Bersama Ketua Pengarah Kesihatan,

YBhg Datuk Dr. Noor Hisham telah membentangkan tajuk

Transformasi Nasional 2050 (TN50) terutama berkenaan

peranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Majlis tersebut telah dihadiri seramai 50 orang yang terdiri

daripada Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital, Dr. Paul

Chan Hong Kit, Timbalan Pengarah, ketua-ketua jabatan

dan unit serta barisan pakar.

2

Page 4: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

3

Unit Promosi Kesihatan, Hospital Duchess of Kent Sandakan telah berjaya menganjurkan Kursus Cara

Hidup Sihat yang merupakan salah satu daripada Program Intervensi dan julung kali dianjurkan oleh Unit

Promosi Kesihatan. Kursus ini telah diadakan pada 17 Mei 2017. Kursus ini memfokuskan peserta yang

mempunyai berat badan berlebihan (obesity), pre-obesity dan kakitangan yang berminat mengekalkan

berat badan unggul. Dalam kursus ini, para peserta telah diberi bimbingan mengenai pemakanan sihat,

minda positif, penyakit-penyakit tidak berjangkit disebabkan oleh obesiti dan aktiviti fizikal. Objektif utama

kursus ini adalah bertujuan :

i. Memastikan para peserta mempunyai pendedahan khusus mengenai penjagaan berat badan yang

lebih ideal.

ii. Mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit yang disebabkan masalah berat badan yang tidak ideal

seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya.

iii. Mengelakkan peserta daripada terus mengamalkan cara hidup yang sedenteri (tidak aktif/tidak

melakukan aktiviti fizikal).

Page 5: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

5

Unit Hal Ehwal Islam dan Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sandakan (PERKIPS) Hospital Duchess

of Kent Sandakan telah menganjurkan pelbagai aktiviti mulai Mei hingga Ogos 2017. Antara aktiviti yang

telah dianjurkan Majlis Tilawah Al-Quran dan Bicara Fiqh Medik pada 13 Mei 2017 dengan kerjasama

Kolej Kejururawatan Sandakan.

Pada Bulan Jun pula aktiviti semakin giat dijalankan lebih-lebih lagi umat Islam menyambut bulan

Ramadan. Aktiviti yang dilaksanakan seperti tazkirah Ramadan daripada AMAN Palestin, majlis berbuka

puasa yang diadakan sepanjang bulan Ramadan, program bubur lambuk untuk diedarkan kepada

kakitangan hospital. Selain itu, telah diadakan juga penyampaian sumbangan Ramadan kepada

kakitangan hospital yang mendapat kerjasama daripada UMNO bahagian Libaran. Program Bicara Soal

Hati telah diadakan pada 19 Ogos 2017.

4

Page 6: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

12 Mei 2017 merupakan sambutan Hari Jururawat Sedunia

iaitu bagi menghargai jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh

para jururawat. Unit Kejururawatan Hospital Duchess of Kent

Sandakan tidak ketinggalan dalam meraikan Hari Jururawat

Sedunia Peringkat Hospital. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan dalam memeriahkan sambutan Hari

Jururawat Sedunia.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia, Seminar Kejururawatan

serta Kempen Derma Darah. Unit Kejururawatan melalui Unit Kawalan Infeksi telah mengadakan Hand

Hygiene Run bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Hospital Duchess of

Kent Sandakan yang disertai lebih 500 orang.

6 5

Page 7: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

Kakitangan Wad Perubatan Perempuan tidak melepaskan

peluang untuk mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang Mei

hingga Ogos 2017. Walaupun sibuk dalam tugas tetapi tidak

menghalang kakitangan untuk mengadakan aktiviti terutama

dalam meraikan kakitangan yang berpindah.

Selain itu, Wad Perubatan Perempuan juga turut menerima

lawatan amal daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi

meringan beban pesakit. Kakitangan juga turut bersama dengan

pihak Sedafiat untuk mengadakan gotong-royong terutama

dalam menceriakan wad sebelum audit semula EKSA.

6

Page 8: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

8

AKTIVITI UNIT KEJURURAWATAN

Unit Kejururawatan Hospital Duchess of Kent Sandakan

sering mengadakan pelbagai aktiviti terutama dalam

menaikkan prestasi kejururawatan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Kursus Nursing

Research bil.1/2017, Kursus Nursing Audit bil.2/2017,

Kursus Medication Safety bil.2/2017, Kursus Nursing

Documentation bil.2/2017, Kursus Pementoran

bil.2/2017 dan Kursus Quality Initiatives Improvement

bil.2/2017. Pelbagai kategori jururawat telah menjadi

peserta kursus tersebut. Selain untuk meningkatkan

ilmu pengetahuan dalam kejururawatan, hubungan di

antara anggota juga dapat disatukan dan dikekalkan.

Selain itu, Unit Kejururawatan sentiasa menyokong

serta mengambil bahagian untuk pelbagai aktiviti yang

dianjurkan di peringkat hospital seperti Injection Run,

Sapphire Night Run dan banyak lagi.

7

Page 9: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

5

Jabatan Farmasi Hospital Duchess of Kent Sandakan tidak

ketinggalan dalam menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memastikan

kakitangan untuk terus maju ke hadapan. Antara aktiviti yang telah

diadakan sepanjang bulan Mei hingga Ogos ialah Bengkel Therapeutic

Drug Monitoring (TDM) Zon Sandakan 2017, TOT Kenali Ubat Anda

Zon Sandakan 2017, Pameran Farmasi sempena Hari Terbuka Jabatan

Kecemasan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jabatan Farmasi telah terpilih sebagai Top-5 calon pemenang dalam

Anugerah Khas iaitu Anugerah Pengurusan Penggunaan Ubat Secara

Optimum sempena Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi 2017.

Audit yang dilakukan oleh Panel dan pasukan auditor daripada

Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah berlangsung pada 5 Julai 2017

yang lepas.

Keputusan penilaian tersebut, Jabatan Farmasi berjaya menjadi Naib

Johan daripada keseluruhan hospital negeri dan berpakar yang

menyertai pertandingan tersebut.

AKTIVITI JABATAN FARMASI

8

Page 10: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

5

Wad Paliatif atau PCU pada tahun 2017 telah memulakan

langkah dengan menjayakan aktiviti bagi peringkat PCU.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan antaranya Sambutan

Hari Jururawat Sedunia bagi kakitangan PCU, Rumah

Terbuka Hari Raya Aidilfitri, majlis perpisahan kakitangan

serta mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari

Malaysia. Walaupun mempunyai bilangan keanggotaan yang

kecil tetapi Wad Paliatif mampu untuk menganjurkan pelbagai

aktiviti dari bulan Mei hingga Ogos.

9

Page 11: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

Jabatan Rekod Perubatan dan Dokumentasi telah

mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 18 Julai

2017 yang turut dihadiri oleh Pengarah Hospital Dr.

Francis Paul dan kakitangan hospital.

Selain itu, aktiviti lain yang diadakan telah

mengadakan program gotong-royong bersama pelatih

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi

melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU

lama yang akan diambil alih oleh Jabatan Radiologi.

Jabatan Rekod juga tidak ketinggalan dalam audit

Pensijilan Semula EKSA serta mendapat pujian

daripada pihak MAMPU Cawangan Sabah kerana

mempunyai sistem Temujanji Pesakit yang boleh

mengurangkan masa untuk mencari fail pesakit.

10

Page 12: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

12

Jawatankuasa Penerapan Budaya Korporat Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan

Kursus Penerapan Budaya Korporat Bil 2/2017 pada 14-15 Ogos 2017. Kursus kali ini dikhaskan kepada

Ketua Jabatan dan Ketua Unit bagi menerapkan semula budaya korporat di kalangan ketua. Kursus kali

ini disertai oleh 55 orang yang terdiri dari Pakar, Pegawai Perubatan serta Pegawai Klinikal dan Bukan

Klinikal.

Kursus yang bertemakan “Pemimpin Cemerlang‟ Organisasi Gemilang” menekankan berapa aspek

ceramah dan aktiviti khas untuk pemimpin. Antara ceramah yang disampaikan Budaya Korporat

Tanggungjawab Penyelia, Emotional Quotient., A.Comm seorang Penyelia, Keterampilan Diri dan

Ceramah khas Integriti disampaikan oleh Pegawai SPRM. Selain itu, aktiviti kumpulan ialah Who Move

My Chess, 1 Suara 1 Matlamat, Mana Mungkin dan Ikatan Organisasi.

11

Page 13: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

12

Jabatan Otorinolaringologi (ENT) Hospital Duches of Kent Sandakan

telah menganjurkan Tracheostomy Care Workshop pada 18 Mei 2017

di Bilik Mesyuarat Utama. Tujuan program ini dilaksanakan adalah

untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menangani

pesakit-pesakit ENT yang menggunakan tiub Trakeostomi,

meningkatkan kesedaran tentang penjagaan tiub Trakeostomi dan

menangani masalah kes-kes kecemasan yang melibatkan tiub

Trakeostomi.

Seramai 40 orang peserta iaitu pegawai perubatan dan paramedik

telah mengikuti kursus telah mengikuti bengkel ini melibatkan

kakitangan HDOK sendiri dan juga dari luar HDOK.

Antara aktiviti yang dijalankan selain daripada ceramah adalah aktiviti

“hands-on” dan VIVA agar semua peserta dapat mencapai matlamat

bengkel yang diadakan pada hari tersebut.

Page 14: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

Jabatan Oftalmologi turut mengadakan pelbagai aktiviti bermula Mei hingga Ogos 2017. Kebanyakan

aktiviti yang diadakan berupa khidmat masyarakat bagi membantu golongan yang kurang berupaya.

Antaranya ialah pemeriksaan saringan penglihatan. Pemeriksaan ini dijalankan di auditorium Hotel

Borneo Cove, Sandakan. Seramai 91 orang telah disaring sepanjang program ini dengan melibatkan 12

kakitangan Jabatan Oftalmologi termasuk dua orang pegawai perubatan.

Di samping itu turut diadakan Pemeriksaan mata yang melibatkan seekor orang utan (jantan), berusia

sekitar awal 30 tahun. Hasil pemeriksaan mendapati orang utan tersebut telah kehilangan sebelah mata

kiri (anophthalmia) akibat daripada pergaduhan atau tercucuk benda tajam.

Program lain yang dijalankan ialah Program Katarak 1M anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan

kerjasama Jabatan Oftalmologi Hospital Lahad Datu pada 27 hingga 30 Julai 2017 yang melibatkan 52

pesakit.

14 13

Page 15: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

Jabatan O&G Hospital Duchess of Kent (HDOK) dengan kerjasama Jabatan O&G Hospital Wanita dan

Kanak-kanak Sabah (HWKKS) telah menganjurkan kursus CTG dan Partogram Update dan Midwifery

Update bertujuan untuk memantapkan lagi pengetahuan mengenai pengendalian CTG

(Cardiotocograph) dan partogram di wad bersalin. Peserta yang hadir telah diberikan pendedahan

secara mendalam mengenai teknik interpretasi CTG yang betul dan langkah-langkah yang perlu

diambil jika berhadapan dengan CTG abnormal. Selain itu, tatacara yang betul mengenai dokumentasi

partogram dalam fasa aktif bersalin dan juga pendedahan mengenai abnormal labour telah diberikan.

Kursus yang dijalankan selama dua hari ini telah disertai oleh 79 peserta, terdiri daripada 31 orang

pegawai perubatan 13 orang pegawai perubatan siswazah dan 35 orang jururawat dari bahagian

hospital dan juga klinik kesihatan zon pantai timur Sabah ( Hospital Daerah dan Klinik Kesihatan

Daerah Sandakan, Beluran , Kinabatangan, Tawau, Semporna dan Lahad Datu ).

Antara tajuk ceramah adalah principles and limitation of CTG, pathophysiology of fetal oxygenation,

electronic fetal monitoring (interpretation and management), CTG practice makes perfect, fetal acid

base balance, fetal blood sampling dan fetal lactate, medicolegal aspects of CTG, partograph-an

overview and plotting the partograph dan partogram practices makes perfect.

Midwifery update pula adalah introduction to Sabah Obstetric Shared Care Guideline,

thromboprophylaxis, updates on diabetes mellitus in pregnancy, updates on hypertension in

pregnancy, updates on postpartum haemorrhage (PPH), updates on anemia in pregnancy and patient

blood management and the importance of pre-pregnancy care.

14

Page 16: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

16

Jabatan Anestesiologi dan Jabatan Kecemasan telah

menganjurkan Kursus ALS pada 17 hingga 18 Julai

2017. Kursus ini dikendalikan oleh Pakar-Pakar dan

Pegawai Perubatan dari Jabatan Anestesia dan Jabatan

Kecemasan. Seramai 17 orang peserta terdiri dari 11

Pegawai Perubatan, tiga Pegawai Perubatan Siswazah,

seorang Jururawat Terlatih dan dua Penolong Pegawai

Perubatan. Peserta yang menghadiri kursus ini bertugas

di Jabatan Kecemasan, Anestesiologi, O&G, Orthopedik

dan Pembedahan.

Antara topik ceramah yang telah disampaikan ialah

berkenaan Airway Management, Drugs use in

Resuscitation, Algorithm dan juga sesi latihan praktikal;

i. Airway ii. Defibrillation iii. ECG Recognition iv.

Megacode.

15

Page 17: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

5

Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi, Hospital Duchess of

Kent (HDOK) telah mengadakan bengkel „Airway Management‟ pada 15

Ogos 2017. Bengkel telah diadakan dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang.

Objektif bengkel adalah untuk memberi pendedahan asas berkenaan

dengan pengurusan pernafasan di dalam hospital serta memberi

peluang kepada peserta untuk latihan praktikal „hands-on‟ semasa

bengkel dijalankan.

Pengurusan saluran pernafasan adalah salah satu kemahiran yang

perlu ada bagi setiap pegawai perubatan dan anggota sokongan.

Kegagalan bagi memastikan saluran pernafasan lancar adalah amat

serius kerana boleh menyebabkan kerosakan otak. Justeru itu,

pengurusan saluran pernafasan yang baik, bermula dari pengesanan

awal, perancangan, pengenalan kepada alat-alat intubasi dan

kemahiran menggunakan alat-alat tersebut.

Seramai 55 peserta dari jabatan-jabatan dalam HDOK dan dari daerah

pantai Timur Sabah (Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Tongod dan

Telupid) telah menyertai bengkel tersebut. Peserta terdiri dari Pegawai

Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat U29/U32.

BENGKEL ‘AIRWAY MANAGEMENT’

16

Page 18: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

Jabatan Otorinolaringologi (ENT) Hospital Duches of Kent Sandakan

pada Mei hingga Ogos telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti

terutama dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat serta

aktiviti yang merapatkan hubungan silaturahim antara pegawai dan

kakitangan ENT.

Jabatan ENT telah mendapat jemputan daripada Persatuan Wanita

Cina Sandakan untuk menjalankan Pemeriksaan ENT dalam program

Pemeriksaan Sakit Puan. Selain itu, mengadakan Sambutan Hari Raya

Aidilfitri 2017.

Jabatan Otorinolaringologi telah menganjurkan Transborneo ENT

Updates 2017 yang merupakan acara tahunan di hospital kerajaan di

Sabah dan Sarawak. Pada tahun ini, Jabatan ENT Hospital Duchess of

Kent Sandakan telah dipilih untuk menganjurkan acara ini yang

melibatkan Pakar-pakar Perubatan, Pegawai Perubatan (MO),

Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat yang bertugas di Jabatan

ENT dan ia juga terbuka kepada semua anggota hospital kerajaan di

Sabah dan Sarawak.

Di samping itu turut diadakan aktiviti riadah excursion to

Kinabatangan river serta night walk in Bilit dan mengadakan lawatan

ke Sepilok orang utan. Jabatan ENT telah mendapat jemputan

daripada Klinik Kesihatan Sandakan untuk menjalankan Pemeriksaan

telinga dan ujian saringan pendengaran dalam program Kem Diabetes

2017 sempena Hari Diabetes Sedunia.

17

Page 19: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

Klinik Pakar Perubatan dan Kanak-Kanak (MOPD) Hospital Duchess of Kent

Sandakan tidak ketinggalan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang

melibatkan semua pegawai dan kakitangan. Antara aktiviti yang diadakan

adalah majlis meraikan perpindahan pegawai dan kakitangan.

Selain itu, juga diadakan gotong royong untuk persediaan pensijilan

Semula EKSA MAMPU. MOPD juga turut memberi pendidikan kepada

pesakit-pesakit kencing manis.

19 18

Page 20: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

20

Jabatan Surgeri Hospital Duchess of Kent Sandakan tahun ini telah banyak menganjurkan pelbagai aktiviti

terutama dalam mengadakan kempen kesedaran untuk orang awam. Antara aktiviti diadakan seperti

Bengkel Pengurusan Luka "wound care made simple“ yang bertujuan berkongsi informasi tentang

woundcare bersama jururawat dan pembantu pegawai perubatan yang bertugas di sekitar kawasan

Kinabatangan dan juga Workshop dressing bersama pesakit.

Di samping itu juga turut diadakan juga Program Saringan Usus Besar di Pejabat Kesihatan Kinabatangan

dan juga di Klinik Kesihatan Tongod. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat di kalangan

orang awam di sekitar Tongod dan Kinabatangan.

Kempen Kesedaran Usus Besar Peringkat Zon Sandakan telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Christina

Rundi, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah yang turut dihadiri oleh Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital

Duchess of Kent , Mr Lai Chung Ket, Pakar Surgeri, Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta orang

awam.

19

Page 21: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

20

Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) telah

dijemput untuk menghadiri dan membuat aktiviti promosi termasuk

pameran dan demonstrasi pada 6 Mei 2017.

Hampir 200 pengunjung wanita bangsa cina Sandakan telah

menyertai program kesihatan ini. Aktiviti demonstrasi tradisional

malay massage dan akupuntur TCM HDOK telah mendapat

sambutan yang hangat. Seramai 62 orang telah berdaftar di tapak

pameran TCM dan di antaranya 49 orang dari kalangan mereka telah

dirujuk ke unit TCM HDOK untuk mendapat rawatan yang lengkap.

Kelebihan dalam aktiviti promosi pada kali ini adalah

memperkenalkan dan mengalakkan warga wanita berbangsa cina

untuk mendapatkan rawatan tradisional yang telah berdaftar di

bawa BPTK, KKM supaya sebarang kesan sampingan daripada

rawatan tradisional ini dapat dipantau.

Page 22: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

21

Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital

Duchess of Kent Sandakan telah menganjurkan

Kursus Intervensi Krisis Dan Ibu Tanpa Nikah pada

7 September 2017 bertempat di Dewan Selingan.

Objektif program ini adalah yang untuk menambahkan

ilmu dan info-info semasa mengenai isu-isu dan krisis

yang berlaku kepada gologan kanak-kanak, wanita

dan warga emas seperti penderaan fizikal, emosi,

keganasan rumahtangga,dan lebih fokusnya adalah

terhadap isu ibu tanpa nikah yang di rujuk ke Jabatan

Kerja Sosial Perubatan HDOK.

Page 23: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

MAMPU telah diadakan pada 2 hingga 3 Ogos 2017 selepas selepas

tempoh tamat pada Julai 2017.

Pensijilan semula telah dimulai dengan taklimat EKSA oleh Dr. Paul

Chan Hong Kit, Penyelaras EKSA serta ucapan pembukaan audit

oleh Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital.

Pengauditan semula melibatkan Zon EKSA HDOK yang terbahagi

kepada Zon Berlian, Zamrud dan Delima. Audit MAMPU diketuai

oleh Timbalan Pengarah MAMPU Cawangan Sabah dan dua

pegawai.

22

Page 24: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

24

Pada tahun 2017 Hospital Duchess of Kent Sandakan sekali lagi mengadakan Rumah Terbuka sempena

Hari Raya Aidilfitri 1438H. Sambutan kali ini dilaksanakan secara berbeza berbanding tahun sebelum ini.

Sambutan kali ini diadakan di pada 22 Julai 2017 bertempat di Dewan Selingan bermula jam 7.00 malam.

Seramai 800 orang yang hadir memeriahkan rumah terbuka ini. Program ini adalah anjuran Hospital

Duchess of Kent dengan kerjasama PERKIPS. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Francis Paul, Pengarah

Hospital yang turut dihadiri oleh Dr. Paul Chan Hong Kit, Timbalan Pengarah Hospital serta ketua-ketua

jabatan, unit dan kakitangan serta keluarga. Pelbagai aktiviti di jalankan seperti pertandingan

menganyam ketupat, pertandingan memakai samping, nyanyian lagu raya dan lain-lain lagi.

23

Page 25: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

22

IMBASAN KENANGAN

Page 26: PERUTUSAN PENGARAH DUCHESS EDISI 2_201… · seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya. ... melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU lama

Terbitan :

Unit Komunikasi Korporat

Hospital Duchess of Kent Sandakan