perumah gantian bagi nematod puru akar tanaman mengkudu ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/nematod...

7
131 Buletin Teknologi MARDI, Bil. 1(2012): 131–137 Perumah gantian bagi nematod puru akar tanaman mengkudu dan kaedah pengawalannya (Alternate host for root-knot nematode of noni and its control methods) Azimah Abd Kadir, Mazidah Mat dan Mansor Puteh Pengenalan Mengkudu (Morinda citrifolia) ialah tanaman daripada keluarga Rubiaceae dan berasal dari Asia, Australia dan Kepulauan Pasifik. Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan dan boleh digunakan untuk penghasilan pelbagai produk. Selain produk berasaskan makanan, tanaman ini juga boleh dijadikan produk bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan bio-pestisid. Permintaan yang tinggi terhadap produknya telah mendorong penanaman mengkudu secara komersial oleh pengusaha tempatan. Mengkudu, seperti tanaman lain turut mengalami masalah serangan musuh tanaman terutama nematod puru akar yang boleh merencatkan pertumbuhan dan mengurangkan hasilnya. Nematod puru akar (Meloidogyne spp.) pernah dilaporkan sebagai perosak utama tanaman mengkudu. Nematod puru akar (Meloidogyne spp.) mempunyai saiz yang sangat halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Secara biologinya, nematod puru akar yang masih kecil sangat aktif dan mampu bergerak melalui tanah apabila persekitarannya mempunyai kandungan kelembapan yang tinggi dan ruang antara partikel tanah yang besar seperti pasir untuk menyerang hujung akar tumbuhan. Nematod jenis ini menjadikan pelbagai tanaman seperti mengkudu, terung, tembakau dan tomato sebagai perumah. Tujuannya adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup setelah tanaman dituai. Rumpai ialah tumbuhan yang tidak diperlukan di kawasan ladang, halaman rumah, kebun-kebun dan taman. Kedapatan rumpai di sesuatu kawasan bukan sahaja menambahkan kos untuk menghapuskannya, malahan juga mampu merugikan pengusaha melalui pengurangan hasil tanaman. Secara umumnya, rumpai di sesuatu kawasan tanaman boleh dikelaskan mengikut ciri-ciri morfologinya iaitu rumpai berdaun tirus, rumpai daun lebar dan rusiga. Rumpai yang biasa menjadi perumah nematod puru akar adalah daripada jenis berdaun lebar dan jenis rusiga. Pengecaman jenis-jenis rumpai yang biasa menjadi perumah bagi parasit ini boleh membantu pengusaha mengawal populasi nematod dari awal penanaman. Dengan ini, kos pengawalan dapat dikurangkan sekali gus mampu meningkatkan hasil.

Upload: lamnguyet

Post on 24-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

131

  Buletin Teknologi MARDI, Bil. 1(2012): 131–137

Perumah gantian bagi nematod puru akar tanaman mengkudu dan kaedah pengawalannya(Alternate host for root-knot nematode of noni and its control methods)

Azimah Abd Kadir, Mazidah Mat dan Mansor Puteh

PengenalanMengkudu (Morinda citrifolia) ialah tanaman daripada keluarga Rubiaceae dan berasal dari Asia, Australia dan Kepulauan Pasifik. Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan dan boleh digunakan untuk penghasilan pelbagai produk. Selain produk berasaskan makanan, tanaman ini juga boleh dijadikan produk bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan bio-pestisid. Permintaan yang tinggi terhadap produknya telah mendorong penanaman mengkudu secara komersial oleh pengusaha tempatan. Mengkudu, seperti tanaman lain turut mengalami masalah serangan musuh tanaman terutama nematod puru akar yang boleh merencatkan pertumbuhan dan mengurangkan hasilnya. Nematod puru akar (Meloidogyne spp.) pernah dilaporkan sebagai perosak utama tanaman mengkudu. Nematod puru akar (Meloidogyne spp.) mempunyai saiz yang sangat halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Secara biologinya, nematod puru akar yang masih kecil sangat aktif dan mampu bergerak melalui tanah apabila persekitarannya mempunyai kandungan kelembapan yang tinggi dan ruang antara partikel tanah yang besar seperti pasir untuk menyerang hujung akar tumbuhan. Nematod jenis ini menjadikan pelbagai tanaman seperti mengkudu, terung, tembakau dan tomato sebagai perumah. Tujuannya adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup setelah tanaman dituai. Rumpai ialah tumbuhan yang tidak diperlukan di kawasan ladang, halaman rumah, kebun-kebun dan taman. Kedapatan rumpai di sesuatu kawasan bukan sahaja menambahkan kos untuk menghapuskannya, malahan juga mampu merugikan pengusaha melalui pengurangan hasil tanaman. Secara umumnya, rumpai di sesuatu kawasan tanaman boleh dikelaskan mengikut ciri-ciri morfologinya iaitu rumpai berdaun tirus, rumpai daun lebar dan rusiga. Rumpai yang biasa menjadi perumah nematod puru akar adalah daripada jenis berdaun lebar dan jenis rusiga. Pengecaman jenis-jenis rumpai yang biasa menjadi perumah bagi parasit ini boleh membantu pengusaha mengawal populasi nematod dari awal penanaman. Dengan ini, kos pengawalan dapat dikurangkan sekali gus mampu meningkatkan hasil.

132

Perumah gantianNematod puru akar dilaporkan menjadi parasit kepada lebih daripada 70 spesies tumbuhan dan tanaman di negara ini. Situasi tersebut memungkinkan rumpai dijadikan perumah gantian oleh nematod ini jika tanaman utama sudah dituai. Sebanyak 10 spesies rumpai telah dikenal pasti sebagai perumah gantian kepada nematod. Sembilan daripadanya adalah daripada kumpulan rumpai berdaun lebar dan satu daripada kumpulan rumpai berdaun tirus. Kumpulan rumpai berdaun lebar yang mempunyai akar yang lembut dan akar sisi yang banyak telah menarik parasit ini untuk membiak. Akar rumpai yang dijangkiti akan menjadi bengkak berikutan pembentukan bintil seperti yang boleh dilihat pada Gambar 1–2. Sebilangan rumpai didapati layu serta kekuningan warna daunnya disebabkan putusnya bekalan air dan nutrien. Jenis tanah mungkin mempengaruhi tahap keseriusan serangan nematod puru akar. Sebagai contoh, di Stesen MARDI Kundang yang mempunyai jenis tanah bekas lombong (sand- tailing), didapati lebih 50% daripada sampel rumpai yang diambil ialah perumah bagi nematod puru akar. Rumpai yang menjadi perumah ganti mengikut kawasan dan siri tanah dapat dilihat seperti Jadual 1. Mimosa invisa (Gambar 3) hanya menjadi perumah gantian di kawasan Serdang yang mempunyai siri tanah Serdang, Emilia sonchifolia L. (Gambar 4) di Kluang dan Kundang yang masing-masing mempunyai siri tanah Renggam dan tanah bekas lombong, Ageratum conyzoides (Gambar 5) di Bukit Ridan (tanah mineral) dan di Kluang manakala Croton hirtus (Gambar 6), Eleusine indica dan Amaranthus lividus (Gambar 7) hanya di Kundang. Situasi ini menunjukkan nematod puru akar tidak memilih perumah gantian sebaliknya mengikut kesesuaian tanah untuk membiak. Rumpai paling banyak yang direkodkan ialah Paspalum sp. di Serdang, Ageratum conyzoides di Kluang, Asystasia gangetica di Kundang dan Eleusine indica di Bukit Ridan. Walaupun populasi rumpai adalah tinggi di kawasan tersebut, tidak semua menjadi perumah bagi nematod. Analisis yang telah dijalankan menunjukkan bahawa rumpai berikut ialah perumah gantian bagi nematod puru akar mengikut keutamaan; Emilia sonchifolia, Croton hirtus, Mimosa invisa, Amaranthus lividus, Ageratum conyzoides dan 

Jadual 1. Jenis rumpai yang menjadi perumah mengikut kawasan

Spesies Kawasan Siri tanah

Mimosa invisa Serdang SerdangEmilia sonchifolia L. Kluang, Renggam Kundang Tanah bekas lombongAgeratum conyzoides Kluang RenggamCroton hirtus Kundang Tanah bekas lombongEleusine indica Kundang, Tanah bekas lombong Bukit Ridan Tanah mineralAmaranthus lividus Kundang Tanah bekas lombong

133

Eleusine indica (Jadual 2). Sehubungan dengan itu, pengawalan rumpai secara menyeluruh akan membantu mengurangkan populasi nematod di sesuatu kawasan tanaman.

Kaedah pencegahan dan pengawalan nematodPengurusan tanaman yang betul dan pengawalan rumpai dari peringkat awal boleh membantu mengurangkan serangan nematod puru akar. Pelbagai kaedah disyorkan untuk membantu mengurangkan masalah nematod, tetapi masih belum ada cara yang betul-betul berkesan untuk mengawal sepenuhnya serangan parasit ini. Antara kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menggunakan bahan tanaman yang bebas nematod, racun kimia, kaedah pembasmian nematod pada batas, pengurusan rumpai dan kawalan biologi.

Penggunaan bahan tanaman yang bebas daripada nematodPada peringkat semaian, bahan tanaman hendaklah dipastikan bebas daripada nematod. Caranya adalah dengan tidak menggunakan bahan tanaman yang dijangkiti nematod dan sebaiknya menggunakan medium tanpa tanah atau tanah yang telah disteril.

Penggunaan racun kimiaPelbagai jenis racun kimia boleh digunakan untuk menghapuskan populasi nematod sama ada dalam bentuk cecair, gas atau butiran. Antara racun yang terbukti berkesan ialah fenamiphos (contoh: Nemacur) dan carbofuran (contoh: Serbaco G33). Kaedah ini paling biasa bagi mengawal nematod namun kosnya terlalu tinggi dan tidak ekonomik terutamanya kepada petani kecil-kecilan.

Kaedah pembasmian nematod pada batasJika boleh, elakkan daripada menanam di kawasan yang pernah diserang nematod. Batas tanaman perlu digembur beberapa kali dan dibiarkan terdedah supaya betul-betul kering dan mendapat pemanasan yang secukupnya. Kaedah ini berupaya membunuh nematod kerana ia sensitif pada suhu yang tinggi. Penyiraman batas dengan air panas juga boleh dilakukan bagi membunuh parasit ini.

Pengurusan rumpaiKawalan rumpai di kawasan tanaman mengkudu disyorkan bagi setiap tiga bulan sekali. Dua pusingan pertama selepas penanaman iaitu pada bulan ke-2 dan ke-5, rumpai ditajak di sekeliling pangkal pokok. Penajakan adalah pada aras yang tidak mencederakan akar tanaman supaya pertumbuhan tanaman tidak terencat. Seterusnya, kawalan rumpai adalah melalui semburan

Jadual 2. Jenis rumpai yang menjadi perumah kepada nematod puru akar dan peratusan bintil

Spesies Peratusan rumpai mempunyai bintil (%)

Mimosa invisa 80Emilia sonchifolia 100Amaranthus lividus 80Croton hirtus 100Ageratum conyzoides 20Eleusine indica 10

134

Gambar 1. Bintil pada Mimosa invisa

Gambar 2. Bintil pada Emilia sonchifolia

Gambar 3. Mimosa invisa

Gambar 4.Emilia sonchifolia

Gambar 5. Ageratum conyzoides

Gambar 6. Croton hirtus

Gambar 7. Amaranthus lividus

Gambar 8. Meloidogyne sp. betina yang matang yang dijumpai dalam bintil akar Mimosa invisa

135

racun rumpai jenis sistemik dan diselang-selikan dengan racun jenis sentuh. Kawalan di antara baris boleh dilakukan dengan bajak putar disamping menggemburkan tanah. Pembajakan mendedahkan larva dan telur nematod kepada matahari yang akan menyebabkannya mati oleh bahang dan kekeringan.

Kawalan biologiBeberapa jenis organisma, seperti Bacillus pentrans (sejenis bakteria) dan Paecilomuces lilacinus (sejenis kulat) berupaya menjadi parasit kepada nematod. Bakteria Pasteuria peretrans telah berjaya dikomersialkan di Samoa, Kepulauan Pasifik sebagai salah satu nematisid. Penggunaan tanaman Tagetes spp. sebagai tanaman selingan juga dilaporkan berkesan bagi mengawal nematod.

Tagetes spp. sebagai kawalan biologi Penanaman campur menggunakan tanaman rintang nematod sesuai dipraktikkan untuk mengawal nematod bagi tanaman saka seperti mengkudu. Penggunaan Tagetes spp. atau bunga tahi ayam sebagai tanaman campur dengan mengkudu boleh mengurangkan aras populasi nematod di dalam tanah. Antara spesies nematod yang dapat dikawal menggunakan bunga tahi ayam ialah Pratylenchus, Meloidogyne, Tylenchorynchus, Rotylenchus, Helitylenchus dan nematod ektoparasit iaitu Ditylenchus dan Aphelenchoides. Kandungan kimia di dalam akar bunga ini iaitu thiopene bertindak sebagai racun yang boleh membunuh nematod. Kesan thiopene daripada pokok bunga tahi ayam kepada nematod jenis Meloidogyne sp. hanya dapat dilihat dalam masa 3–4 minggu selepas ia memasuki akar. Oleh itu, pokok bunga tahi ayam disyorkan ditanam di sekeliling ladang atau antara barisan pokok atau diselang-selikan antara tanaman ladang. Antara kultivar pokok bunga tahi ayam yang dilapor mempunyai kesan keracunan terhadap nematod ialah Tagetes patula, Tagetes erecta dan Tagetes minuta. Selain berkesan dalam menurunkan aras populasi nematod di dalam tanah, tanaman ini juga mampu mencantikkan pemandangan di sekitar ladang. Penggunaan pokok bunga tahi ayam tidak meninggalkan kesan sisa baki racun di dalam tanah. Oleh itu ia lebih mesra alam berbanding dengan nematisid. Malah satu kajian di Hawaii telah melaporkan bahawa penggunaan pokok bunga tahi ayam mampu mengurangkan populasi nematod jauh ke dalam tanah berbanding dengan kaedah fumigasi.

Kaedah kawalan lainKaedah lain pengawalan nematod termasuklah penggunaan mengkudu yang rintang kepada serangan nematod, tanaman penutup bumi, penggunaan bahan-bahan organik seperti najis haiwan dan sisa cangkerang atau membiarkan tanah tanpa tanaman yang rentan kepada nematod. Walau bagaimanapun, penanaman varieti mengkudu rintang nematod hanya mampu

136

mengawal populasi nematod pada peringkat permulaan sahaja kerana nematod puru akar (Meloidogyne sp.) berpotensi untuk menyesuaikan diri dengan kultivar rintang.

KesimpulanKepelbagaian rumpai yang dijadikan perumah oleh nematod menunjukkan keupayaan nematod beradaptasi dengan pelbagai jenis tumbuhan. Rumpai yang dikenal pasti sebagai perumah gantian bagi nematod puru akar seperti Mimosa invisa, Emilia sonchifolia, Amaranthus lividus, Croton hirtus dan Ageratum conyzoides hendaklah dihapuskan sepenuhnya daripada kawasan tanaman. Pengurusan rumpai yang berterusan, amalan agronomi yang baik dan penggunaan Tagetes spp. sebagai alternatif kepada nematisid bukan sahaja mampu mengurangkan populasi nematod puru akar, malah dapat membasmi rumpai daripada memenuhi kawasan tersebut.

PenghargaanPengarang mengucapkan setinggi penghargaan kepada Pn. Zalilah Mohd. Ali dan Pn. Nor Azizah Ariffin yang telah membantu dalam kerja-kerja teknikal.

BibliografiBeatriz, I.M. (1979). Introduction to weed Science. Southeast asian regional center

for graduate study and research in agriculture, Laguna, PhilippinesGowen, S.R., Ruabete, T.K. dan Wright, J.G. (2005). Root-knot nematodes. Plant

protection Service Secretariat of the Pacific Community. Diperoleh dari http://www.spc.int/pps

Muhamad Ghawas, M., Wan Zaki, W.M. dan Mohamad Najib, M.Y. (2007). Penanaman mengkudu secara komersial – Pengesyoran dan prestasi awal. Buletin Teknol. Tanaman 4: 23–27

Scot, C.N. (2005). Univerity of Hawaii at Manoa, College of Tropical Agriculture and Human Resources, Department of Plant & Environmental Protection Science, USA. Diperoleh dari http://www.ctahr.hawaii.edu/noni/

Scot, C.N., Brent, S.S., Mario, S. dan Donald, P.S. (2001). ‘Awa root-knot Disease. Department of plant and Environmental Protection Sciences, USA. Plant Disease. PD-2

Yuen, P.M. dan Enon, A.S. (1986). Masalah nematod puru akar pada tanaman tembakau. Teknol. Tembakau 2: 21–24

137

RingkasanNematod puru akar merupakan perosak utama penanaman mengkudu. Serangannya boleh membantutkan pertumbuhan tanaman dan mengurangkan hasil mengkudu. Adalah sukar untuk merawat pokok yang telah diserang nematod. Oleh itu, kaedah pencegahan dan pengawalan perlu bermula di peringkat semaian lagi. Untuk mengurangkan serangan nematod, penggunaan bahan tanaman yang bebas nematod dan medium tanaman yang steril adalah disyorkan. Namun begitu, keupayaan nematod puru akar untuk berumah di pelbagai jenis rumpai telah menyukarkan lagi pengawalannya. Pengurusan berkesan rumpai secara berterusan berserta dengan kaedah lain seperti pembasmian nematod pada peringkat awal penanaman boleh membantu mengawal populasi perosak ini.

SummaryRoot-knot nematode is the major pest in noni cultivation. The infestation may cause stunted plant growth and decreased the noni yield. It is difficult to cure the nematode-infested plants. Therefore, prevention methods must begin at an early stage of planting. To reduce the infestation, the use of nematode-free planting materials and sterilized media are recommended. However, the ability of the root-knot nematodes to survive in various types of weeds had caused difficulty in controlling the parasite. Continuous effective weed management including other control methods such as early elimination of nematodes at an early stage of planting can reduce the root-knot nematode population.

PengarangAzimah Abd KadirPusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,Peti surat 12301, 50774 Kuala LumpurE-mel: [email protected] Mat dan Mansor PutehPusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti surat 12301, 50774 Kuala Lumpur