pertemuan mengenai manuskrip melayu - 10hb....

2
PERTEMUAN MENGENAI MANUSKRIP MELAYU - 10HB. OKTOBER, 1983 Satu pertemuan mengenai Manuskrip Melayu telah di- anjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan .. membincangkan serta mengadakan rangka kerja bagi memperoleh dan menyediakan maklumat mengenai manuskrip Melayu yang terdapat di dalam dan di luar negeri". Lebih kurang 100 orang telah dijemput ke Pertemuan ini, terdiri daripada Sarjana Pengajian Melayu, Pustakawan, Kurator Muzium dan juga tokoh-tokoh serta pencinta manuskrip Melayu dari setiap neger i. Di Pertemuan sehari itu, sebanyak 2 kertaskerja di- bentangkan. Kertaskerja pertama ialah .. Strateqi Perolehan, Penqawetan dan Pendokumentasian Manuskrip Melayu " oleh Siti Hawa Hj. Saleh, Abu Hassan Sham dan Harun Mat Piah. Kertaskerja kedua ialah Masalah Manuskrip di Malaysia dan masa depannya oleh Aziz Deraman, Pengarah Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukah. Pertemuan tersebut telah berjaya menarik perhatian " rarnai kepada masalah manuskr ip Melayu. Menter i Kebudayaan, Belia dan Sukan, Y.B. Encik Anwar Ibrahim semasa meresmi Pertemua tersebut telah memberi kepastian Kerajaan akan cuba mendapatkan " kembali manuskrip-manuskrip Melayu yang terdapat di luar negeri melalui perjanjian kebudayaan dengan negeri-negeri berkenaan. Menteri juga telah mengenalpasti Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Pusat Pendokumentasian Manuskrip Melayu. Sebagai suatu usaha penyelarasan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pil1ak Muzium Negara akan menyerahkan manuskrip manuskrip Melayu yang tersimpan di sana lebih kurang 50 naskah semuanya. Di Pertemuan tersebut, beberapa rumusan telah dibuat seperti pembentukan satu Konsortium Manuskrip peringkat Kebangsaan, menubuhkan satu data bank yang " akan menyimpan semua maklumat mengenai Manuskrip Melayu, mengadakan kempen besar-besaran untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya Manuskrip Melayu kepada 37 Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 07-Nov-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTEMUAN MENGENAI MANUSKRIP MELAYU - 10HB. …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1968/1/Sekitar_1983_4_03.pdf · yang terdapat di Museum tersebut. Sesuai dengan peranan

PERTEMUAN MENGENAI MANUSKRIP MELAYU - 10HB. OKTOBER, 1983

Satu pertemuan mengenai Manuskrip Melayu telah di­

anjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan .. membincangkan

serta mengadakan rangka kerja bagi memperoleh dan menyediakan

maklumat mengenai manuskrip Melayu yang terdapat di dalam dan di

luar negeri". Lebih kurang 100 orang telah dijemput ke Pertemuan

ini, terdiri daripada Sarjana Pengajian Melayu, Pustakawan, Kurator

Muzium dan juga tokoh-tokoh serta pencinta manuskrip Melayu dari

setiap neger i.

Di Pertemuan sehari itu, sebanyak 2 kertaskerja di­

bentangkan. Kertaskerja pertama ialah .. Strateqi Perolehan,

Penqawetan dan Pendokumentasian Manuskrip Melayu " oleh Siti Hawa

Hj. Saleh, Abu Hassan Sham dan Harun Mat Piah. Kertaskerja kedua

ialah • Masalah Manuskrip di Malaysia dan masa depannya • oleh

Aziz Deraman, Pengarah Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan Belia

dan Sukah.

Pertemuan tersebut telah berjaya menarik perhatian "

rarnai kepada masalah manuskr ip Melayu. Menter i Kebudayaan, Belia

dan Sukan, Y.B. Encik Anwar Ibrahim semasa meresmi Pertemua

tersebut telah memberi kepastian Kerajaan akan cuba mendapatkan"

kembali manuskrip-manuskrip Melayu yang terdapat di luar negeri

melalui perjanjian kebudayaan dengan negeri-negeri berkenaan.

Menteri juga telah mengenalpasti Perpustakaan Negara Malaysia

sebagai Pusat Pendokumentasian Manuskrip Melayu. Sebagai suatu

usaha penyelarasan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan, pil1ak Muzium Negara akan menyerahkan manuskrip

manuskrip Melayu yang tersimpan di sana lebih kurang 50 naskah

semuanya.

Di Pertemuan tersebut, beberapa rumusan telah dibuat

seperti pembentukan satu Konsortium Manuskrip peringkat Kebangsaan,

menubuhkan satu data bank yang" akan menyimpan semua maklumat

mengenai Manuskrip Melayu, mengadakan kempen besar-besaran untuk

menyedarkan masyarakat tentang pentingnya Manuskrip Melayu kepada

37

Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: PERTEMUAN MENGENAI MANUSKRIP MELAYU - 10HB. …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1968/1/Sekitar_1983_4_03.pdf · yang terdapat di Museum tersebut. Sesuai dengan peranan

negara dan melalui kempen ini diharapkan akan melahirkan keseda~an

kepada orang-orang perseorangan supaya menyerahkan bahan-bahan

tersebut kepada pihak tertentu, mengadakan satu Katalog Induk

Manuskrip Melayu dan beberapa rumusan lagi. Apa yang penting ialah

penubuhan Konsortium yang berkenaan dengan seberapa segera untuk

menggerakkan aktiviti perolehan dan pendokumentasian manuskrip­

manuskrip Melayu untuk kepentingan negara ini.

PENGAWETAN MANUSKRIP MELAYU DARI MUSEUM SARAWAK

Atas kesedaran peri pentingnya memelihara manuskrip­

manuskrip lama sebagai warisan negara, pihak Museum Sarawak telah

meminta Perpustakaan Negara membantu mengawet manuskrip-manuskrip

yang terdapat di Museum tersebut. Sesuai dengan peranan Jabatan

ini sebagai Pusat Manuskrip Melayu seperti yang diistiharkan oleh

Y.B. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 19hb. Oktober 1983,

Perpustakaan Negara Malaysia telah menghantar dua orang pegawainye

ke Sarawak pada 25hb. - 28hb. November, 1983 bagi meneliti dan

berbincang tentang usaha-usaha ke arah mengawet manuskrip tersebut.

Museum Sarawak telah bersetuju meminjamkan manuskrip-manuskrip ·

tersebut untuk diawet dan dibuat salinan. Manuskrip-manuskrip

tersebut akan dikembalikan kepada Museum Sarawak setelah selesai

kerja-kerja awetan. Dengan cara ini, di samping memelihara manuskrip

tersebut, salinan-salinan yang dibuat dan disimpan di Perpustakaan

Negara Malaysia akan dapat dirujuk oleh mereka yang berminat. Usaha

ini juga akan membantu ke arah pendokumentasian manuskrip Melayu.

Koleksi tersebut terdiri dari 29 naskah manuskrip

bertulis Jawi dan semuanya dalam keadaan uzur. Sebahagian besar

darinya sudahpun berlubang-lubang dimakan serangga, ruang tepi

helaian kertas telah reput, kertasnya rapuh, dakwatnya sudah pudar

serta mengotori kertas akibat dari penghijrahan dakwat. Apa yang

dikesali ialah hampir kesemua manuskrip tersebut telah rosak ' akibat

pemeliharaan yang tidak betul di mana helaian kertas dijah!t,

kadangkala terjahit ruang tulisan, serpihan kertas dicantum semula

menggunakan • cellotape' dan gam yang merosakkan kertas dan tul.~!!an.

38

Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia