pertanyaan-pertanyaan mulut daripada y.b. tuan...

38
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT (N14 RAWANG) TAJUK : BANTUAN UNTUK GOLONGAN B40 DAN M40 101. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Nyatakan definasi B40 dan M40 untuk Negeri Selangor? b) Apakah rancangan kerajaan untuk program membantu golongan B40 dan M40? JAWAPAN: Untuk makluman Yang Berhormat Rawang, Kerajaan Negeri amat prihatin kepada rakyat Negeri Selangor yang berada dalam golongan B40 dan golongan M40 dengan mewujudkan program-program yang memberi fokus untuk meningkatkan taraf pendapatan dan kehidupan mereka. Di antara program pada masa kini yang dilaksanakan untuk membantu rakyat Negeri Selangor ialah Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Program IPR merupakan program jangka panjang yang bersifat holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan semata- mata, tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah B40 dan M40. Berikut adalah program-program IPR yang disasarkan kepada golongan B40 dan M40 bagi membantu menaikkan taraf pendapatan dan kehidupan mereka: BIL. PROGRAM KELAYAKAN PEMOHON (B40 / M40) 1 Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) B40 2 Skim Air Darul Ehsan B40

Upload: others

Post on 24-Aug-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT

(N14 RAWANG)

TAJUK : BANTUAN UNTUK GOLONGAN B40 DAN M40

101. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan definasi B40 dan M40 untuk Negeri Selangor?

b)

Apakah rancangan kerajaan untuk program membantu golongan B40 dan M40?

JAWAPAN:

Untuk makluman Yang Berhormat Rawang, Kerajaan Negeri amat prihatin kepada

rakyat Negeri Selangor yang berada dalam golongan B40 dan golongan M40

dengan mewujudkan program-program yang memberi fokus untuk meningkatkan

taraf pendapatan dan kehidupan mereka. Di antara program pada masa kini yang

dilaksanakan untuk membantu rakyat Negeri Selangor ialah Program Inisiatif

Peduli Rakyat (IPR). Program IPR merupakan program jangka panjang yang

bersifat holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan semata-

mata, tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat yang

terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah B40 dan M40.

Berikut adalah program-program IPR yang disasarkan kepada golongan B40 dan

M40 bagi membantu menaikkan taraf pendapatan dan kehidupan mereka:

BIL. PROGRAM

KELAYAKAN PEMOHON

(B40 / M40)

1 Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) B40

2 Skim Air Darul Ehsan B40

Page 2: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

BIL. PROGRAM

KELAYAKAN PEMOHON

(B40 / M40)

3 Bantuan Kebajikan Masyarakat (Bantuan

Am) B40

4 Bantuan Bina dan Baiki Rumah B40

5 Program Jom Shopping B40

6 Skim Peduli Sihat B40

7 Bantuan Sihat Selangor B40

8 Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar

(Asuh Pintar) B40 / M40

9 Program Tuisyen Rakyat Selangor B40

10 Hadiah Pengajian IPT B40 / M40

11 Dana Usahawan Mikro Selangor B40

12 Program Bantuan Blueprint Pembasmian

Kemiskinan B40

13 Skim Rumah Selangorku

M40 / Umum

(kelayakan tidak melebihi

RM10,000/isi rumah)

14 Skim Smart Sewa

B40 / Umum

(kelayakan tidak melebihi

RM5,000/isi rumah)

Page 3: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

Selain daripada program IPR, terdapat pelbagai program sedia ada di bawah

Kerajaan Negeri Selangor yang dapat membantu menjana pendapatan rakyat

sama ada dalam sektor usahawan, pertanian dan juga pendidikan yang boleh

dimohon oleh golongan B40 dan M40. Program-program penjanaan pendapatan

rakyat ini ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan dan memenuhi kriteria

yang telah ditetapkan.

Kerajaan negeri akan terus melakukan penambahbaikan terhadap program sedia

ada dan merangka program-program baharu yang bersesuaian dan menepati

keperluan semua lapisan masyarakat di Selangor, sesuai dengan gagasan Maju

Bersama.

Page 4: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. PUAN JAMALIAH BINTI JAMALUDDIN

(N36 BANDAR UTAMA)

TAJUK : KEMUDAHAN RIADHAH UNTUK WARGA EMAS DI SELANGOR

102. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Dengan populasi warga emas yang semakin meningkat di Malaysia, adakah

Kerajaan Negeri menggalakkan Kerajaan Tempatan menyediakan kemudahan

riadah percuma (e.g. Dewan Komuniti, Gelanggang Bola Keranjang) khas untuk

warga emas?

b)

Sekiranya ya, apakah bukti komitmen Kerajaan Negeri ? (e.g. surat pekeliling)

JAWAPAN:

Soalan a & b dijawab bersekali.

Pada masa kini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sememangnya menyediakan

kemudahan riadah secara percuma atau dengan bayaran minimum kepada semua

golongan masyarakat. Namun begitu, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, YAB

Dato’ Menteri Besar di dalam ucapannya semasa pembentangan belanjawan 2019

telah pun menyatakan bahawa pemaju harus menyediakan ruang sekitar 1,200

kaki persegi sebagai pusat komuniti warga emas. Susulan daripada ucapan

tersebut, pihak UPEN telah mengadakan bengkel bersama agensi-agensi yang

berkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa

Perancang Negeri Selangor Bil.3/2019. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)

yang ke 26/2019 yang bersidang pada 11 September 2019 telah menimbang dan

bersetuju supaya cadangan penyediaan ruang sekitar 1,200 kaki persegi sebagai

pusat komuniti warga emas oleh pemaju dalam projek pembangunan diteliti oleh

Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor di dalam Manual Garis

Panduan & Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi Ketiga.

Page 5: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD ZAWAWI BIN AHMAD MUGHNI

(N49 SUNGAI KANDIS)

TAJUK : RUMAH SELANGORKU

103. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah projek Rumah Selangorku yang diluluskan pada 2019 mengikut

pecahan daerah?

b)

Berapa unitkah yang telah siap dibina mengikut pecahan jenis pada 2019?

c)

Berapakah jumlah pemohon yang masih belum berjaya mengikut pecahan jenis

dan permohonan?

JAWAPAN:

a) Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 12 projek (11,690 unit) Rumah

Selangorku yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat

Kerjaan Negeri (MMKN) pada tahun 2019. Perincian projek yang tersebut

mengikut daerah adalah seperti berikut: -

DAERAH BIL.

PROJEK

JENIS RUMAH SELANGORKU JUMLAH

UNIT

RUMAH A B C D E

Gombak 3 544 540 2,592 30 0 3,706

Hulu Langat 2 - 42 519 - - 561

Klang 2 1,270 1,277 1,274 1,276 - 5,097

Kuala

Selangor 1 - 148 50 196 - 394

Petaling 2 69 68 68 46 - 251

Sepang 2 396 363 426 496 - 1,681

JUMLAH 12 2,279 2,438 4,929 2,044 - 11,690

Page 6: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

b) Bilangan unit Rumah Selangorku yang telah disiapkan pada tahun 2019 adalah

sebanyak 4,302 unit. Perincian mengikut jenis adalah seperti berikut:-

No Nama Pemaju Jenis Rumah Selangorku Jumlah

Unit A B C D E

1

Bandar Setia Alam Sdn.

Bhd. (SP Setia Berhad)

DE BAYU

723 723

2

Glomac Land Sdn. Bhd.

& Magic Season Sdn.

Bhd. (Saujana Aman)

315 315

3 Hap Seng Land Dev.

(Puchong) Sdn. Bhd. 472 472

4 Hillcrest Gardens Sdn.

Bhd. 464 464 234 1,162

5

Bandar Setia Alam Sdn.

Bhd. (SP Setia Berhad)

DE BAYU

723 723

6 Jade Homes Sdn. Bhd.

(Gamuda Land Berhad) 142 72 72 428 714

7 KL-Kepong Country

Homes Sdn. Bhd. 274 274

8 Seri Nova Development

Sdn Bhd. 24 24

9 Sime Darby Property

(Klang) Sdn. Bhd. 128 490 618

Jumlah 142 536 2,174 1,450 4,302

c) Jumlah keseluruhan permohonan Rumah Selangorku sehingga 15 September

2019 adalah 192,564 pemohon. Manakala jumlah pemohon yang masih aktif

dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku (SPPR) bagi pemohon yang belum

berjaya ditawarkan mengikut pecahan jenis Rumah Selangorku adalah seperti

berikut :

PERKARA

PERMOHONAN BELUM BERJAYA DITAWARKAN

(SENARAI MENUNGGU YANG AKTIF)

A B C D

SELANGOR 13,661 11,444 14,930 16,747

KESELURUHAN 56,782

Page 7: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. PUAN LIM YI WEI

(N35 KAMPUNG TUNKU)

TAJUK : KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) SMART SELANGOR DALAM

PEMBASMIAN JENAYAH

104. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status projek rintis Sistem Pengurusan Analisis Video Keselamatan dan

Pengawasan di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya di bawah Smart

Selangor Delivery Unit?

b)

Berapa CCTV di daerah Petaling Jaya yang masih analog berbanding dengan

digital?

JAWAPAN:

a) Di Petaling Jaya terdapat sebanyak 60 unit CCTV analog di bawah seliaan SUK

Selangor, manakala bagi CCTV digital pula terdapat sebanyak 120 unit di bawah

seliaan MBPJ.

b) Tiada CCTV analog dibawah selian MBPJ, tetapi terdapat 60 unit CCTV analog

dibawah selian SUK Selangor.

Page 8: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

(N17 GOMBAK SETIA)

TAJUK : PEMBANGUNAN KEDIAMAN OLEH PKNS

105. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha Kerajaan untuk menangani isu harga jualan kediaman yang tinggi

oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sekaligus mengurangkan

jumlah kediaman tidak terjual pada masa hadapan?

JAWAPAN:

a) Antara usaha PKNS bagi menangani harga jualan kediaman yang tinggi adalah

melalui tawaran diskaun sehingga 20% bagi projek kediaman. Tawaran ini dibuka

sehingga 31 Disember 2019 bagi menggalakkan pemilikan hartanah PKNS

dengan harga yang berpatutan. PKNS juga terlibat dengan skim Rent to Buy

dengan menyediakan unit-unit yang boleh disewa dalam tempoh tertentu dan

dijadikan sebahagian dari bayaran deposit pembelian rumah tersebut. Bagi

menyebarluas pasaran hartanah, PKNS turut melantik Agen Hartanah yang fokus

kepada segmen hartanah bernilai tinggi dengan sasaran bakal pembeli yang

tertentu.

PKNS di masa datang akan lebih fokus membina projek kediaman kepada

golongan B40 dan M40 dan hanya menetapkan peratusan yang paling minima

untuk segmen kos harga tinggi untuk memenuhi permintaan pasaran di dalam

segmen tersebut.

PKNS berpandangan, sokongan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor amat perlu

khususnya untuk mengurangkan bayaran premium tanah supaya kos keseluruhan

pembangunan dapat dikurangkan dan impak kepada harga rumah akan

menyebabkan lebih rendah. Polisi untuk membenarkan pemilikan hartanah

bermula dengan harga RM1 juta juga perlu dipertimbangkan bagi membolehkan

pasaran lebih terbuka kepada warga negara asing. Pembentangan bajet 2020

berkenaan penjualan rumah pangsapuri berharga RM 600 ribu kepada warga

asing juga dicadang diperluaskan diperingkat Negeri.

Page 9: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. PUAN WONG SIEW KI

(N27 BALAKONG)

TAJUK : MASALAH RUMAH RETAK DISEBABKAN OLEH PROJEK JKR

106. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Pembinaan Balai Bomba BTHO telah menyebabkan 2 rumah mengalami masalah

rentak pada tahun 2016. Tiada apa-apa tindakan diambil atas kontraktor walaupun

kontraktor tidak mematuhi arahan JKR iaitu membaiki dua rumah tersebut. Apakah

tindakan akan diambil terhadap JKR dan kontraktor?

JAWAPAN:

a) Pihak JKR ambil maklum dengan isu yang dibangkitkan.

Untuk makluman, berdasarkan klausa 14 syarat-syarat kontrak JKR 203A (Pind.

1/2010) antara lain memperuntukan bahawa kontraktor hendaklah

bertanggungjawab dan menanggung rugi Kerajaan terhadap apa-apa kemalangan,

kecederaan diri, kemataian, kerugian atau kerosakan harta termasuklah harta

pihak ketiga. Manakala Klausa 14 (b) syarat-syarat kontrak ini juga menyebut

bahawa tanggung rugi oleh kontraktor kepada Kerajaan hanya boleh dikenakan

apabila kemungkiran atau kecuaian berpunca daripaa Kontraktor, subkontraktor

atau para pekerja bagi pekara yang berkaitan dengan tanggugjawab Kontraktor

sahaja. Oleh yang demikian, sekiranya jelas keretakan di 2 unit rumah tersebut

dapat dibuktikan adalah berpunca daripada perlakuan pihak Kontraktor dalam

menjalankan kerjanya, maka kontraktor perlulah bertanggungjawab sepenuhnya

untukmembaiki keretakan tersebut.

Sehubungan dengan itu pihak JKR melalui surat kepada pejabat YB Dun Balakong

pada 12 Jun 2019 telah memohon pengemukaan bukti-bukti keretakan berpunca

daripada perlakuan pihak kontraktor supaya tindakan lanjut dapat diambil terhadap

kontraktor. Walaubagaimanapun sehingga kini pihak JKR tidak menerima

sebarang maklumbalas.

Pembuktian ini adalah perlu sebagai asas kepada perundangan bagi menjaga

kepentingan kerajaan daripada tindakan oleh pihak kontraktor seperti CIPPA,

Abritration dan lain-lain.

Page 10: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI

(N40 KOTA ANGGERIK)

TAJUK : CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) OLEH MENTERI BESAR

INCORPORATED (MBI) DAN ANAK-ANAK SYARIKAT

107. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah keseluruhan pembiayaan program-program CSR oleh MBI bagi

tahun 2018 dan 2019?

b)

Apakah kriteria utama dan syarat-syarat kelayakan program-program yang

menerima pembiayaan dana CSR dari MBI?

JAWAPAN:

a) Sumbangan CSR dibawah bidang kuasa pengurusan MBI yang telah diluluskan

oleh Ahli Lembaga Pengarah MBI adalah sebanyak RM6 juta bagi tahun 2018, dan

RM8 juta bagi tahun 2019.

b) Semua permohonan akan diteliti dan haruslah selaras dengan skop yang telah

diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah MBI.

Page 11: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN EDRY FAIZAL BIN EDDY YUSOF

(N23 DUSUN TUA)

TAJUK : TINDAKAN KERAJAAN TERHADAP SEKOLAH TAHFIZ TIDAK

BERDAFTAR

108. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah sekolah tahfiz yang masih belum berdaftar dengan JAIS dan

berapakah yang telah diambil tindakan seperti yang dititahkan DYMM Sultan

Selangor?

JAWAPAN:

a) Sekolah tahfiz swasta yang masih belum berdaftar sehingga September 2019

(sumber: simpeni.islam.gov.my) adalah 9 buah sekolah. Sepanjang tahun 2019

bilangan sekolah yang telah diambil tindakan adalah seperti berikut:

i. Dihentikan dari beroperasi:

a. 1 buah sekolah diarahkan henti operasi dan telah pun ditutup.

b. 7 buah sekolah telah memberhentikan operasinya atas nasihat

jabatan.

ii. Tidak beroperasi

a. 5 buah sekolah didapati tidak lagi beroperasi.

Page 12: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR

(N42 MERU)

TAJUK : AGRO TOURIST DI KAMPUNG BUKIT CHERAKAH JAYA

109. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menjadikan

Kampung Bukit Cherakah Jaya sebagai kampung Agro-tourist?

JAWAPAN:

a) Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak ada sebarang perancangan khusus untuk

menjadikan Kampung Bukit Cherakah Jaya sebagai kampung Agro-tourist ataupun

Inap Desa (Homestay).

Walaubagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor

menyambut baik cadangan perancangan ini untuk membantu semua produk

pelancongan yang bersedia dan berpotensi untuk dibangunkan dan dipromosikan

samada di dalam dan juga luar Negara. Terdapat beberapa insentif yang berkaitan

yang boleh dirujuk oleh mereka yang berminat khususnya penduduk di Kampung

Bukit Cherakah Jaya, dalam bidang agro-pelancongan atau Homestay di Negeri

Selangor seperti melalui usahasama daripada Jabatan Pertanian dan Kementerian

Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia untuk membangunkan homestay (Inap

Desa).

Page 13: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN ADHIF SYAN BIN ABDULLAH

(N55 DENGKIL)

TAJUK : PROJEK TEBATAN BANJIR

110. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini projek tebatan banjir di seluruh Daerah Sepang?

JAWAPAN:

a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan sedang melaksanakan 7 projek

tebatan banjir di seluruh Daerah Sepang. Projek ini dilaksanakan bagi mengatasi

masalah banjir yang sering berlaku di sekitar Sungai Semarang, Sungai Labu,

Sungai Chinchang, Sungai Jijan, Sungai Semenyih, Sungai Jenderam dan Sungai

Sepang Kecil. Prestasi kemajuan projek-projek adalah seperti berikut.

Bil Nama Projek Kos

(RM)

Tarikh

Siap

Status

Kemajuan

(%)

1 Kerja-Kerja Tebatan Banjir Kampung

Ampar Tenang Dan Sg. Semarang,

Daerah Sepang, Selangor Darul

Ehsan

8,479,550.31 16.12.2019 96 (J) / 97(S)

2 Projek Membina Kolam Takungan

Banjir Dan Kerja-Kerja Yang

Berkaitan Di Taman Permata, Mukim

Dengkil, Daerah Sepang, Selangor

Darul Ehsan

5,520,957.00 21.12.2019 94 (J) / 95

(S)

3 Projek Tebatan Banjir Di Sungai

Labu, Mukim Labu, Daerah Sepang,

Selangor Darul Ehsan

17,754,000.00 04.02.2021 16 (J) / 14

(S)

4 Projek Tebatan Banjir Di Sungai

Jijan, Mukim Labu, Daerah Sepang,

Selangor Darul Ehsan

3,241,980.00 01.12.2019 69 (J) / 66

(S)

5 Projek Tebatan Banjir Di Sungai 2,324,600.00 25.01.2020 67 (J) / 60

Page 14: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

Jenderam, Mukim Dengkel, Daerah

Sepang, Selangor Darul Ehsan

(S)

6 Projek Tebatan Banjir Di Sg Sepang

Kecil Daerah Sepang

7,404,147.00 07.05.2020 46 (J) / 36

(S)

7 Projek Tebatan Banjir Di Sungai

Chinchang, Mukim Labu, Daerah

Sepang, Selangor Darul Ehsan.

5,120,000.00 15.06.2020 60 (J) / 42

(S)

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. KERJA-KERJA TEBATAN BANJIR KAMPUNG AMPAR TENANG DAN SG.

SEMARANG, DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

KONTRAKTOR : JASANTARA SDN BHD

KOS KONTRAK : RM 8,479,550.31

KEMAJUAN : 96% (Jadual) / 97% (Sebenar)

KEHADAPAN : (1%)

TM: 16.08.2017 TS: 14.08.2019 EOT1: 16.12.2019

2. PROJEK MEMBINA KOLAM TAKUNGAN BANJIR DAN KERJA-KERJA

YANG BERKAITAN DI TAMAN PERMATA, MUKIM DENGKIL, DAERAH

SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

KONTRAKTOR : NETT ACCESS SOLUTION & ENGINEERING SDN BHD

KOS KONTRAK : RM 5,520,957.00

KEMAJUAN : 94% (Jadual) / 95% (Sebenar)

KEHADAPAN : (+1%)

TM: 27.03.2017 TS: 25.06.2018

EOT No 1: 20.03.2019

EOT No. 2: 22.08.2019

EOT No. 3 : 21.12.2019

3. PROJEK TEBATAN BANJIR DI SUNGAI LABU, MUKIM LABU, DAERAH

SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

KONTRAKTOR : WAAQIL SDN BHD

KOS KONTRAK : RM 17,754,000.00

KEMAJUAN : 16% (Jadual) / 14% (Sebenar)

KELEWATAN: (-2%)

TM: 12.10.2018 TS: 04.02.2021

Page 15: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

4. PROJEK TEBATAN BANJIR DI SUNGAI JIJAN, MUKIM LABU, DAERAH

SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

KONTRAKTOR : DARUL MEWAH (M) SDN BHD

KOS KONTRAK : RM 3,241,980.00

KEMAJUAN : 69% (Jadual) /66% (Sebenar)

KELEWATAN: (-4%)

TM: 01.11.2018 TS: 31.7.2019 EOT1: 01.12.2019

5. PROJEK TEBATAN BANJIR DI SUNGAI JENDERAM, MUKIM DENGKEL,

DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

KONTRAKTOR : PARAS ENTERPRISE

KOS KONTRAK : RM 2,324,600.00

KEMAJUAN : 67% (Jadual) / 60% (Sebenar)

KELEWATAN : (-7%)

TM: 31.10.2018 TS: 29.10.2019 EOT1: 25.01.2020

6. PROJEK TEBATAN BANJIR DI SG SEPANG KECIL DAERAH SEPANG

KONTRAKTOR : KENALI DEDIKASI SDN BHD

KOS KONTRAK : RM7,404,147.00

KEMAJUAN : 46% (Jadual) / 36% (Sebenar)

KELEWATAN : (-10%)

TM: 09/11/2018 TS: 07/05/2020

7. PROJEK TEBATAN BANJIR DI SUNGAI CHINCHANG, MUKIM LABU,

DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

KONTRAKTOR : IZINRIA SDN BHD

KOS KONTRAK : RM5,120,000.00

KEMAJUAN : 60% (Jadual) /42% (Sebenar)

KELEWATAN : (-18%)

TM: 18/12/2018 TS: 15/06/2020

Page 16: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. DATO' MOHD IMRAN BIN TAMRIN

(N03 SUNGAI PANJANG)

TAJUK : PENCEMARAN SUNGAI DI SELANGOR

111. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan jumlah kes pencemaran sungai pada tahun 2015-2019?

b)

Dimanakah kawasan dan lokasi yang kerap berlaku pencemaran sungai serta

apakah punca pencemaran tersebut?

c)

Apakah tindakan dan usaha Kerajaan dalam memastikan pencemaran sungai ini

dikawal?

JAWAPAN:

a) Jumlah kes pencemaran sungai pada tahun 2015-2019 berdasarkan Kes

Kecemasan Pencemaran Sumber Air adalah seperti berikut:

TAHUN BILANGAN KES

2015 19

2016 19

2017 38

2018 69

2019 (sehingga Oktober) 56

b) Berdasarkan indeks kualiti air, secara keseluruhannya, kualiti air di lembangan-

lembangan sungai utama masih berada di dalam keadaan baik iaitu pada Kelas II

dan III. Berikut adalah status kualiti air sungai-sungai utama di Selangor

berdasarkan pemantauan kualiti air di Loji Pembersihan Air (LPA) oleh Air

Selangor Sdn Bhd sehingga Julai 2019 :

Page 17: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

NAMA SUNGAI NAMA LPA INDEKS KUALITI

AIR (IKA)

KELAS

Sungai Selangor

Rasa 90.9 II

Rantau Panjang 79.0 II

SSP1 75.2 III

SSP2 82.2 II

SSP3 80.8 II

Sungai Bernam

Bernam River Headworks

(BRH)

86.9 II

Sungai Selisek 88.0 II

Sungai Langat Sungai Langat 85.7 II

Cheras Batu 11 75.0 III

Bukit Tampoi 68.4 III

Sungai Semenyih Sungai Semenyih 74.6 III

Berdasarkan bacaan IKA di LPA-LPA ini, berikut adalah purata kelas sungai-

sungai utama :

i. Sungai Selangor : 81.6 (Kelas II)

ii. Sungai Bernam : 87.5 (Kelas II)

iii. Sungai Langat : 76.4 (Kelas III)

iv. Sungai Semenyih : 74.6 (Kelas III)

# Status kualiti air sungai juga boleh dirujuk berdasarkan bacaan IKA di bawah

Program Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor.

# Rujukan Kelas Sungai adalah seperti di LAMPIRAN.

c) Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi memastikan sumber air di

Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Pelbagai usaha telah

diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber

air.

Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mewartakan

semua 7 empangan di Negeri Selangor di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS

1999. Selain itu, sejumlah 413 (40%) daripada jumlah keseluruhan 1026 batang

sungai kini turut telah melalui proses pewartaan di bawah peruntukan yang sama.

Tujuan pewartaan ini adalah untuk melindungi sungai dan rizab sungai daripada

gangguan kepada kuantiti, kualiti dan persekitarannya.

Page 18: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui LUAS dan Pengurusan Air Selangor juga

telah membangunkan beberapa stesen telemetri kualiti air di hulu dari muka sauk

sebagai sistem amaran awal /early warning system kepada muka sauk bekalan air

jika berlakunya pencemaran di hulu.

Kerajaan Negeri melalui LUAS telah menubuhkan Jawatankuasa Pemuliharaan

Sungai-sungai Negeri Selangor yang dipengerusikan YB. EXCO Infrastruktur dan

Kemudahan Awam bagi mempergiatkan usaha dan menggalakkan penglibatan

agensi, komuniti, NGO dan pihak berkepentingan dalam aktiviti pemuliharaan

sungai-sungai di Negeri Selangor.

Pemantauan berkala dilaksanakan oleh Lembaga bersama agensi berkaitan bagi

memastikan sumber air dan kawasan tadahannya terpelihara daripada aspek

kualiti dan kuantitinya.

Penguatkuasaan bersepadu dan tindakan perundangan tegas turut sentiasa

dilaksanakan antaranya siasatan, notis dan pengeluaran kompaun termasuk

pendakwaan di mahkamah.

Maklumat tambahan:

Selain itu, kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dijalankan

bagi isu-isu pencemaran lain melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah

ditubuhkan iaitu:

i. Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai, yang dipengerusikan oleh

YB EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam;

ii. Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat

dan Lembangan Sungai Selangor, yang dipengerusikan oleh Lembaga

Urus Air Selangor (LUAS); dan

iii. Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor,

yang dipengerusikan oleh EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Page 19: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

LAMPIRAN

KELAS SUNGAI

KELAS IKA KLASIFIKASI / KEGUNAAN AIR

I > 92.7

Sangat Baik.

Sumber Air I : Tidak memerlukan sebarang rawatan.

Perikanan I : Untuk spesis akuatik yang sangat sensitif.

II 76.5 - 92.7

Baik.

Sumber Air II : Air memerlukan rawatan konvensional.

Perikanan II : Untuk spesis akuatik yang sensitif.

III 51.9 - 76.5

Sederhana.

Sumber Air III : Air memerlukan rawatan intensif.

Perikanan III : Umum, aktiviti nilai ekonomi, penternakan

haiwan.

IV 31.0 - 51.9

Tercemar.

Sesuai untuk pengairan.

V <31.0

Sangat Tercemar.

Air tidak sesuai untuk sebarang aktiviti di atas.

Page 20: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. DATO' DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI

(N51 SIJANGKANG)

TAJUK : SKIM SMART SEWA SELANGOR

112. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status program Skim Smart Sewa Selangor dengan peruntukan sebanyak

RM50 juta pada tahun ini?

JAWAPAN:

a) Untuk makluman Yang Berhormat, status program Skim Smart Sewa Selangor

dengan peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun 2019 adalah melibatkan

pembelian sebanyak 297 unit seperti berikut :

BIL NAMA PROJEK /

PEMAJU LOKASI JENIS

BIL. UNIT

STATUS TERKINI

1. Pangsapuri Simfoni Pemaju: Eco Majestic S/B

Beranang Jenis B (Pangsapuri)

13

Serahan kunci

telah dibuat

kepada LPHS

2.

Pangsapuri Alpinia Pemaju: Hap Seng Land

Dev. (Puchong) S/B

Dengkil Jenis C1 (Pangsapuri)

50

3. Antara Gapi Pemaju: PKNS

Serendah Jenis D (Rumah

Teres 2T) 4

4. Kota Puteri Pemaju: PKNS

Rawang

Jenis C (Rumah

Bandar)

20

Dalam proses

serahan kunci

kepada LPHS

5.

Bukit Rahman Putra Pemaju: Sabna Dev. S/B

Sg. Buloh Jenis A (Pangsapuri)

180

Pemaju dalam

memperoleh

Sijil Layak

Menduduki

Penuh

Page 21: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

BIL NAMA PROJEK / PEMAJU

LOKASI JENIS BIL. UNIT

STATUS TERKINI

6.

Pangsapuri Harmoni, Putra Heights Pemaju: Sime

Darby Putra

Heights S/B

Putra

Heights Jenis C

(Pangsapuri) 30

Telah selesai

perjanjian dan

dalam

pembinaan

70% siap

JUMLAH 297

Page 22: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. PUAN ELIZABETH WONG KEAT PING

(N37 BUKIT LANJAN)

TAJUK : PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI SELANGOR

113. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapa bilangan atlet yang berjaya masuk dalam program pembangunan sukan

Negeri Selangor dan berapa kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan?

b)

Apa jenis sukan yang diutamakan oleh Kerajaan dalam program ini?

c)

Berapa peratus adalah atlet wanita?

JAWAPAN:

a) Program Pembangunan Sukan di Negeri Selangor bermula di peringkat daerah

melalui Program Bakat. Program Bakat yang diwujudkan bagi mencungkil bakat-

bakat sukan tertentu di peringkat daerah. Melalui program ini, atlet-atlet yang telah

mencapai tahap pencapaian prestasi yang ditetapkan akan memalui ke Program

Pelapis yang akan memberi tumpuan bagi melahirkan atlet prestasi tinggi.

Program Pelapis ini juga akan didedahkan kepada kejohanan yang lebih tinggi

seperti kejohanan peringkat kebangsaan atau SUKMA. Apabila atlet itu telah

mencapai satu prestasi yang lebih baik, mereka akan diletakkan di Program Elit

SUKMA iaitu program yang lebih memfokuskan persediaan atlet untuk mewakili

Negeri Selangor ke Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang merupakan

kejohanan sukan berprestij di Negara Malaysia. Sukan Malaysia (SUKMA) adalah

satu platform pemiihan untuk para atlet negeri bersaing untuk mendapatkan

tempat ke program kebangsaan bagi mewakili negara.

Page 23: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

ELIT

SUKMA

PELAPIS NEGERI

BAKAT DAERAH

Struktur Pembangunan Sukan di Negeri Selangor

Bagi tahun 2019, bilangan atlet di program pembangunan sukan Negeri Selangor

adalah seramai 3876 atlet yang terdiri daripada 2708 atlet lelaki dan 1168 atlet

wanita. Berikut adalah sukan-sukan yang dibangunkan yang berada dibawah

pembangunan sukan Negeri Selangor seperti dilampiran (Bilangan Atlet Program

Pembangunan Sukan 2019).

Jumlah kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan bagi pembangunan sukan di

Negeri Selangor pada tahun 2019 adalah berjumlah RM 2.47 juta.

b) Jenis sukan yang diutamakan oleh Kerajaan Negeri bagi program pembangunan

sukan adalah sebanyak 16 jenis sukan teras yang disenaraikan oleh Majlis Sukan

Negara Malaysia. Sukan-sukan tersebut adalah seperti berikut:

Bil Sukan

1. Akuatik (renang & terjun)

2. Badminton

3. Boling Padang

4. Berbasikal

5. Bola Sepak

6. Gimnastik

7. Hoki

8. Olahraga

9. Memanah

10. Menembak

11. Karate Do

12. Pencak Silat

13. Perahu Layar

14. Tenpin Boling

Page 24: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

15. Skuash

16. Wushu

Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor masih

memberi tumpuan pembangunan sukan-sukan yang lain selain sukan-sukan teras

memandangkan ianya masih dipertandingkan di peringkat SUKMA sebagai sukan

pilihan.

c) Penglibatan atlet wanita adalah seramai 1163 orang daripada keseluruhan atlet

dengan kadar keseluruhan berjumlah 30%.

Page 25: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN LAI WAI CHONG

(N22 TERATAI)

TAJUK : PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DI NEGERI

SELANGOR

114. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah sampah domestik pada tahun 2019 (sehingga bulan Jun)

mengikut setiap pihak berkuasa tempatan?

b)

Berapakah jumlah sampah pukal (ton) dikutip oleh KDEB pada tahun 2019

(sehingga bulan Jun) mengikut setiap pihak berkuasa tempatan?

JAWAPAN:

a) Secara dasarnya pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang berkualiti

adalah memerlukan perbelanjaan yang besar dan sukar dikurangkan lebih-lebih

lagi PBT Negeri Selangor telah menerima pertumbuhan bandar yang pesat,

pertumbuhan kawasan perumahan yang tinggi, penambahan bilangan penduduk,

penggunaan teknologi baru dalam pengurusan sampah dan peningkatan kos

operasi sejajar dengan pertumbuhan ekonomi.

Walau bagaimanapun, usaha untuk mengurangkan kos pelupusan sampah boleh

dicapai melalui pengurangan jumlah sampah yang dihasilkan dan dihantar ke

tapak pelupusan sampah di mana secara tidak langsung ia boleh mengawal kos

pelupusan sampah oleh PBT. Sehubungan dengan itu, kaedah terbaik dalam

mengurangkan sampah adalah melalui program pengasingan sisa pepejal di

peringkat punca dan menggiatkan program kesedaran kitar semula supaya

program ini dapat dilaksanakan. Oleh itu, Kerajaan Negeri amat menggalakkan

PBT supaya memperhebatkan lagi aktiviti-aktiviti yang berasakan kitar semula

antaranya seperti:-

1) Melaksanakan kempen kesedaran berkenaan pengasingan sisa dan

memperkenalkan sistem pengasingan sisa isi rumah di peringkat komuniti

penduduk;

Page 26: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

2) Menjalankan aktiviti kitar semula dengan mengadakan program 3R (Reduce,

Reuse and Recycle) di peringkat sekolah rendah, menengah dan peringkat

dalaman PBT;

3) Program kitar semula pakaian terpakai;

4) Program kitar semula e-Waste;

5) Menyediakan kemudahan pusat kitar semula dan tong pengumpulan bahan

kitar semula berpusat;

6) Memperkenalkan sistem kutipan bahan kitar semula secara terus dari rumah

penduduk; dan

7) Program pengkomposan sisa yang dihasilkan dari sisa medan selera / premis

makanan.

Selain itu, bagi pelan jangka panjang dalam pelupusan sampah di Negeri

Selangor, Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Worldwide

Holdings Berhad (WHB) akan melaksanakan Integrated Solid Waste Management

Centre (ISWMC). Justeru, sebuah Loji Waste to Energy (WTE) akan dibangunkan

oleh WHB. Dengan adanya Teknologi ini, sisa pepejal yang dihasilkan di Negeri

Selangor bukan hanya dilupuskan, tetapi juga akan menjadi sumber kepada

tenaga elektrik, penghasilan baja, kutipan barangan kitar semula dan lain-lain yang

dapat menambah nilai kepada aktiviti ekonomi Negeri Selangor.

b) Bagi bulan Januari 2019 sehingga Jun 2019, KDEB Waste Management

(KDEBWM) telah menguruskan kutipan sampah domestik di sepuluh (10) kawasan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kecuali di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Secara keseluruhannya KDEBWM

telah melupuskan sejumlah 633,921.32 tan sampah domestik di tapak pelupusan

sampah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

merupakan PBT yang mencatatkan penjanaan jumlah sampah domestik tertinggi

iaitu 117,545.23 tan dari bulan Januari hingga Jun 2019 manakala Majlis Daerah

Sabak Bernam (MDSB) merupakan PBT yang mencatatkan penjanaan sampah

terendah iaitu sebanyak 12,249.70 tan untuk tempoh yang sama.

Data jumlah sampah domestik bagi semua PBT ini (kecuali Majlis Perbandaran

Selayang) diperolehi dari sistem E-World yang dikendalikan oleh Worldwide

Landfills Sdn. Bhd. Bagi Majlis Perbandaran Selayang (MPS), data jumlah sampah

adalah dari KUB Berjaya Enviro Sdn. Bhd. yang mengendalikan Tapak Pelupusan

Sanitari Bukit Tagar. Pecahan terperinci jumlah sampah domestik mengikut PBT

bagi bulan Januari 2019 hingga Jun 2019 adalah seperti berikut:

Page 27: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

Jumlah Sampah Domestik Mengikut PBT dari bulan Januari 2019 hingga Jun 2019

BULAN MPK (Tan)

MPAJ (Tan)

MPS (Tan)

MDKL (Tan)

MPKj (Tan)

MBPJ (Tan)

MPSp (Tan)

MDSB (Tan)

MPSJ (Tan)

MDKS (Tan)

JAN 17,314.33 11072.59 15,069.83 3,212.00 20,398.36 13,762.29 6,777.39 1,797.39 16,229.88 3,446.94

FEB 15,747.42 10,780.83 12,725.80 3,165.00 18,224.15 12,357.76 6,113.30 1,618.78 15,028.45 3,177.45

MAC 15,995.39 11,576.33 13,141.42 3,554.00 19,197.81 13,033.15 6,725.75 1,629.24 16,846.16 2,960.00

APR 15,985.73 11,992.74 13393.72 3,883.00 19,380.70 13,053.81 7,040.26 3,260.06 16,364.38 1,589.88

MEI 16,522.50 12,699.42 13,900.94 4,082.00 20,955.59 13,441.37 7,636.71 2,021.49 16,141.88 3,481.83

JUN 15,560.23 11,232.44 13,409.48 3,690.00 19,388.62 12,490.30 7,129.70 1,922.74 16,317.90 3,272.71

JUMLAH KESELURUHAN

97,125.60 69,354.35 81,641.19 21,586.00 117,545.23 78,138.68 41,423.11 12,249.70 96,928.65 17,928.81

Bagi tempoh dari bulan Januari 2019 hingga Jun 2019, jumlah sampah pukal yang

telah dilupuskan ke tapak pelupusan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri adalah

sebanyak 144,102.06 tan. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mencatatkan jumlah

sampah pukal tertinggi iaitu sebanyak 42,080.47 tan manakala Majlis Daerah Sabak

Bernam (MDSB) mencatatkan jumlah sampah pukal terendah iaitu hanya sebanyak

841.82 tan untuk tempoh dari bulan Januari hingga Jun 2019. Data jumlah sampah

pukal bagi semua PBT ini (kecuali Majlis Daerah Hulu Selangor ) diperolehi dari

sistem E-World yang dikendalikan oleh Worldwide Landfills Sdn. Bhd. Bagi Majlis

Daerah Hulu Selangor (MDHS), sebahagian data jumlah sampah adalah dari

MDHS yang mengendalikan sendiri Tapak Pelupusan di Sungai Sabai manakala

sebahagian data lagi adalah dari KUB Berjaya Enviro Sdn. Bhd yang

mengendalikan Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar. Pecahan terperinci jumlah

sampah pukal mengikut PBT bagi bulan Januari 2019 hingga Jun 2019 adalah

seperti berikut:

Jumlah Sampah Pukal Mengikut PBT dari bulan Januari 2019 hingga Jun 2019

BULAN MPK (Tan)

MPAJ (Tan)

MPS (Tan)

MDKL (Tan)

MPKj (Tan)

MBPJ (Tan)

MPSp (Tan)

MDHS (Tan)

MDSB (Tan)

MPSJ (Tan)

MDKS (Tan)

JAN 3,446.94 2818.19 3,902.49 447 7,950.65 2,364.80 682.1 1,073.43 92.31 4,255.33 MASIH DI

BAWAH MDKS

FEB 3,075.33 2,587.75 3,625.60 347 7,032.15 2,212.31 610.27 848.88 180.58 2,132.00

MAC 3,264.12 1,238.01 4,225.32 433 7,319.26 2,246.69 609.8 836.13 148.9 2,484.63 465.98

APR 3,294.25 3,148.52 4,095.47 498 7,352.40 2,323.19 741.08 1,050.79 164.97 3,862.35 436.52

MEI 3,220.29 2,935.19 3,902.35 419 6,548.00 2.096.70 597.74 720.94 131.66 4,245.55 354.65

JUN 2,978.19 2,592.11 3,460.92 372 5,878.01 2,368.41 563.71 577.92 123.4 2,262.43 391.08

JUMLAH KESELURUHAN

19,279.12 15,319.77 23,212.15 2,516.00 42,080.47 11,515.40 3,804.70 5,108.09 841.82 19,242.29 1,182.25

Page 28: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. PUAN JUWAIRIYA BINTI ZULKIFLI

(N10 BUKIT MELAWATI)

TAJUK : TAMAN ALAM KUALA SELANGOR

115. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memulihara dan mempromosikan

keindahan dan keaslian Taman Alam Kuala Selangor?

b)

Apakah usaha dan tindakan Kerajaan Negeri dalam memulihara hutan paya bakau

yang menjadi habitat dan melengkapkan ekosistem pelbagai haiwan di sini?

JAWAPAN:

a) Taman Alam Kuala Selangor adalah merupakan salah sebuah kawasan Hutan

Paya Laut di Negeri Selangor. Kawasan ini berkeluasan lebih kurang 264.81

hektar (646.9 ekar).

Kawasan ini kaya dengan spesies flora yang menjadi habitat semulajadi kepada

fauna. Pada bulan September hingga April setiap tahun, kawasan ini menjadi

tempat persinggahan burung-burung hijrah terutamanya dari Negara Rusia dan

Siberia. Kajian oleh Malaysia Nature Society (MNS) seperti yang dilaporkan dalam

MNS Conservation Publication No. 16 (2016) telah menerangkan secara terperinci

mengenai kepentingan Teluk Air Tawar sebagai Important Bird Area (IBA) untuk

diwartakan sebagai kawasan perlindungan yang boleh memberi kesan baik

kepada ekosistem seluruhnya, burung berhijrah dan penduduk tempatan

khususnya.

Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah menjalankan aktiviti promosi bagi

mempromosikan keindahan dan keaslian Taman Alam Kuala Selangor mengikut

pecahan seperti berikut:-

i) Hebahan melalui kempen promosi melalui platform media sosial seperti

Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube secara berterusan sepanjang

Tahun.

ii) Penerbitan Artikel pelancongan melalui hebahan pengiklanan media

cetak, online, digital dan media elektronik.

Page 29: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

iii) Penganjuran program lawatan bersama Media dan Agensi pelancongan

bagi mempromosikan kawasan tersebut dalam penjualan pakej dan

liputan media ke peringkat global.

iv) Penerbitan risalah pelancongan mengemaskini informasi direktori

pelancongan seperi Selangor Breakaway, The Best of Selangor dan

Brosur Interaktif.

v) Hebahan melalui penganjuran program promosi dalam dan luar negara.

b) Pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

(JPNS) sedang dalam proses akhir pewartaan Taman Alam Kuala Selangor

menjadi sebahagian Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah Seksyen 9 Enakmen

(Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 bagi menjamin pengekalan kawasan

biodiversiti hutan yang amat penting ini. Hal ini juga adalah selaras dengan

Keputusan MMKN No. 47/7/2018 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 8/2018 pada

14 Mac 2018 yang lalu di mana Taman Alam Kuala Selangor ini diluluskan untuk

diwartakan sebagai Hutan Simpan Melawati.

Selain daripada itu, ianya juga akan turut diwartakan di bawah Pengelasan Hutan

Simpanan Kekal (HSK) sebagai Hutan Lipur, Hutan Pelajaran dan Hutan

Penyelidikan di bawah Seksyen 10 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan

Negara 1985 selaras dengan potensi dan keunikannya yang dapat memberi

peluang kepada para pelajar dan penyelidik untuk menjalankan aktiviti

pembelajaran dan penyelidikan saintifik. Ianya juga turut dilihat dapat memberi

pulangan ekonomi kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor sebagai “Pusat Edu-

Eco Tourism”di Negeri Selangor.

Kawasan Taman Alam Kuala Selangor ini turut mendapat perhatian utama

daripada DYMM Tuanku Sultan Selangor yang amat menyokong pewartaannya

sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sepertimana titah baginda

semasa Program Tanam Pokok Negeri Selangor sempena Sambutan Hari Hutan

Antarabangsa Tahun 2017 pada 25 Mac 2017 yang lalu. Program ini telah berjaya

menanam sejumlah 7,000 anak pokok Bakau Kurap (Rhizophora mucronata)

dengan penyertaan seramai 1,500 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai

agensi kerajaan/swasta serta pelajar-pelajar sekolah/IPTA/IPTS termasuk juga

penduduk-penduduk kampung di sekitar Taman Alam Kuala Selangor ini.

Page 30: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN LAU WENG SAN

(N52 BANTING)

TAJUK : LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG

116. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kapasiti penuh dan kapasiti semasa Loji Rawatan Air Labohan Dagang

dan apakah kawasan perkhidmatan yang mana air daripada LRA ini akan

dibekalkan?

JAWAPAN:

a) Loji Rawatan Air Labohan Dagang Fasa Pertama dibina dengan kapasiti

pengeluaran air terawat sebanyak 200 juta liter sehari.

Daripada jumlah 200 juta liter sehari ini, pengagihan air sebanyak 56 juta liter

sehari dari LRA Labohan Dagang ini akan dilaksanakan terlebih dahulu

menggunakan sistem agihan sedia ada ke kawasan Banting, Jugra, Sungai Buaya,

Kelanang, Kanchong Darat, Kg Sg Lang dan Kg Sg Kelambu. Pengagihan ini akan

dilaksanakan dalam masa terdekat apabila pihak UPEN menyerahkan LRA

Labohan Dagang kepada Pengurusan Air Selangor.

Baki sebanyak 144 juta liter sehari tersebut pula akan diagihkan selepas pihak

UPEN menyiapkan jajaran paip baru dari Kolam Jugra Baru ke paip utama sedia

ada di Pekan Banting dan Sijangkang (Jln Klang Banting). Status semasa bagi

kerja-kerja ini ialah dalam pelaksanaan kerja oleh UPEN.

Page 31: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN AHMAD MUSTAIN BIN OTHMAN

(N02 SABAK)

TAJUK : KEMAJUAN PERLAKSANAAN ANJUNG UTARA

117. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kemajuan perlaksanaan gugusan bagi anjung utara?

b)

Sub-soalan telah di tolak

JAWAPAN:

a) Terdapat dua (2) kluster yang terlibat di bahagian utara Selangor iaitu Kluster

Pertanian dan Kluster Eko-Pelancongan merangkumi daerah Sabak Bernam,

Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Bagi Kluster Pertanian yang diselaraskan oleh

Seksyen Sektoral, UPEN, satu (1) Jawatankuasa Teknikal telah diwujudkan bagi

membincangkan dengan lebih lanjut pelan tindakan yang akan dilaksanakan di

daerah terlibat. Antara perancangan di gugusan tersebut adalah meningkatkan

pengeluaran tanaman bagi makanan ternakan seperti bijian jagung serta

meneroka tanaman baharu bagi makanan ternakan seperti sorghum HBG seluas 6

hektar di Sg. Panjang, Sabak Bernam bagi mengurangkan bilangan import

makanan ternakan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga merancang untuk

memperkenalkan projek tanaman roselle dan projek ladang kontrak di atas tanah

seluas 100 ekar di Sg. Ayer Tawar Sabak Bernam bagi tujuan pasaran tempatan

dan eksport. Di samping itu juga, Kerajaan Negeri dalam usaha untuk

memperkenalkan penanaman Lemon Myrtle di Sg. Tengi, Kuala Selangor oleh

pihak swasta di atas tanah berkeluasan 120 ekar yang merupakan projek pertama

seumpamanya di Malaysia dan terbesar yang pernah diberi kebenaran.

Bagi Kluster Eko-pelancongan di Hulu Selangor pula, Seksyen Pihak Berkuasa

Tempatan (SPBT), UPEN selaku penyelaras kluster telah mewujudkan satu (1)

jawatankuasa teknikal bertujuan untuk merangka dasar dan perancangan

berkaitan eko-pelancongan di peringkat negeri. Antara usaha yang telah

dilaksanakan adalah melancarkan Program Pemurnian Pelancongan Selangor

(P3S) yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan perkhidmatan

industri pelancongan negeri terutama produk-produk di dalam kluster eko

pelancongan. Program yang telah dirasmikan pada 8 Julai 2019 bertempat di

Page 32: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

Taman Tasik Millenium, Kuala Kubu Bharu ini mengandungi empat (4) Projek

Perintis (Pilot Project) iaitu:

i) Projek Perintis P3S Inap Dusun;

ii) Projek Perintis P3S Sukan Lasak;

iii) Projek Perintis P3S Jeti & Bot; dan

iv) Projek Perintis P3S Aktiviti Penginapan Komersial di Bangunan Kediaman.

Page 33: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN HARUMAINI BIN HAJI OMAR

(N07 BATANG KALI)

TAJUK : SKIM PERTUKARAN PEGAWAI ANTARA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

118. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan skim ini untuk pegawai peringkat

atasan kerana ini dapat meningkatkan produktiviti dan juga menambah

pengalaman mereka?

JAWAPAN:

a) Pada masa ini, urusan perlantikan pengurusan atasan PBT iaitu Datuk Bandar,

Yang Dipertua, Timbalan Datuk Bandar, Timbalan Yang Dipertua dan Setiausaha

adalah berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui kelulusan

Pihak Berkuasa Negeri iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN)

dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 (PP12/2008) – Dasar dan

Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran

Tetap. Peminjaman atau pertukaran sementara adalah merupakan salah satu

daripada kaedah pelantikan pegawai sedang berkhidmat yang boleh digunakan

oleh sesebuah agensi untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang

berpengalaman, berkemahiran, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan

agensi berkenaan bagi mengisi jawatan terbuka atau tertutup.

Secara dasarnya, Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang mekanisma atau

jadual bagi melaksanakan pertukaran pengurusan atasan dari satu PBT ke PBT

yang lain dan ia adalah tertakluk kepada keperluan semasa selaras dengan

peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa. Bagi pegawai PBT selain

pengurusan atasan pula, pergerakan atau pertukaran pegawai hanya dilaksanakan

di dalam PBT masing-masing mengikut keperluan PBT tersebut.

Untuk makluman juga, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti dan mengkaji kebolehlaksanaan

cadangan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan

(SPPBT). Sekiranya penubuhan SPPBT ini dilaksanakan, pertukaran pegawai

termasuk pengurusan atasan antara PBT dijangka boleh dilaksanakan sekali gus

dapat memberi peluang kemajuan kerjaya kepada pegawai dan kakitangan PBT.

Page 34: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. DATUK ROSNI BINTI SOHAR

(N05 HULU BERNAM)

TAJUK : PELABURAN ASING

119. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan program,usaha yang telah dilakukan bertujuan mempromosikan Negeri

Selangor diluar negara dalam usaha menarik pelabur?

b)

Nyatakan jumlah kos yang digunakan oleh INVEST SELANGOR sepanjang usaha

mencari pelabur sehingga September 2019?

c)

Nyatakan jumlah pelaburan asing yang berjaya dibawa masuk tahun 2019?

JAWAPAN:

a) Antara program, usaha yang telah dilakukan bertujuan mempromosikan Negeri

Selangor di luar negara dalam usaha menarik pelaburan bagi tahun 2019 adalah

seperti berikut;-

Bil. Program Tarikh

1. Misi Promosi Penggalakkan ke Hong Kong 20 – 22 Jan 2019

2. Misi Promosi Pelaburan dan Lawatan Kerja Ke

Pameran Gulfood Dubai

9 – 13 February 2019

3. Misi Promosi Penggalakkan ke Taipei, Taiwan 24 – 29 Mac 2019

4. Annual Investment Meeting 2019 (AIM) Di Dubai 7 – 10 April 2019

5. Lawatan Kerja Teknikal ke Korea Selatan 28 April – 4 Mei 2019

6. Pameran Antarabangsa ICT HKTDC (HKTDC

International ICT Expo), Hong Kong

14 – 16 April 2019

7. Korea Cosmetic Ingredient & Technology

Exhibition, Kintex, Goyang-Si, Korea (The CI

Korea 2019)

15 – 20 April 2019

8. Misi Penggalakkan Pelaburan Ke Jepun (The

World Food & Beverage Great Expo / Premium

Food Show 2019), Tokyo, Jepun

15 – 20 April 2019

Page 35: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

9. Misi Penggalakan Pelaburan Dan Penglibatan

Booth Selangor Pada Program Hofex, Hong Kong

6 – 10 Mei 2019

10. Misi Promosi Selangor ASEAN Business

Conference 2019 (SABC) di Jakarta Indonesia.

5 – 9 Mei 2019

11. Misi Promosi Selangor International Business

Summit 2019 ke Vietnam and Filipina

21 – 25 Mei 2019

12. Lawatan ke Airbus dan Perasmian Smart

Radome Workshop

10 Jun 2019

13. Misi Promosi Selangor International Business

Summit 2019 ke Jakarta

26 – 29 Jun 2019

14. Misi Penggalakkan Pelaburan ke Perancis dan

United Kingdom dan Penyertaan di International

Paris Airshow 2019

15 – 28 Jun 2019

15. Misi Penggalakan Pelaburan Ke Korea Sempena

Halal Trade Expo Korea

27 Julai – 3 Ogos

2019

16. Misi Promosi Penggalakan Pelaburan Ke China

(Chongqing, Shenzhen & Qingdao)

24 Ogos – 6 Jun

2019

b) Jumlah kos yang digunakan oleh Invest Selangor sepanjang usaha mencari

pelabur sehingga September 2019 adalah sebanyak RM 12,007,917.27 yang

mana kos ini merangkumi pelbagai program seperti misi penggalakkan pelaburan

ke luar Negara, sesi dialog, libat urus (engagement), penganjuran dan penyertaan

pameran dalam dan luar negara serta penerbitan bahan promosi.

c) Bagi tempoh Januari hingga Jun 2019, jumlah modal pelaburan yang melibatkan

pelabur asing dalam projek – projek perkilangan yang diluluskan di Selangor

adalah sebanyak RM 3,815,659,559 (RM 3.82 bilion)

Page 36: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. PUAN ROZANA BINTI ZAINAL ABIDIN

(N09 PERMATANG)

TAJUK : IBU TUNGGAL

120. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah ibu tunggal yang berjaya dibantu dengan memberi peluang

pekerjaan atau perniagaan?

b)

Apakah kaedah yang digunapakai untuk memastikan setiap bantuan yang

disalurkan sampai kepada ibu tunggal?

c)

Bagaimana cara Kerajaan Negeri mengenal pasti status ibu tunggal yang tidak

mendaftar?

JAWAPAN:

a) Jabatan Pembangunan Wanita telah melaksanakan Program Inkubator Kemahiran

Ibu Tunggal (I-Kit) dan Inkubator Keusahawanan Wanita ( I- Keunita ) bermula dari

tahun 2010- 2017.

Objektif Program I-Kit dan I-Keunita adalah seperti berikut :-

i. Menyediakan latihan dalam bidang kemahiran yang boleh dikomersialkan

;

ii. Membuka minda ibu tunggal kearah peningkatan keyakinan diri serta

memberi motivasi untuk memajukan diri sendiri; dan

iii. Meningkatkan potensi untuk berdikari secara ekonomi setelah

memperolehi kemahiran, iaitu dengan menceburi bidang keusahawanan

atau mendapat pekerjaan.

Antara kursus kemahiran diri dan program substantif yang telah dijalankan oleh

jabatan Pembangunan Wanita adalah seperti di bawah :-

- Kursus Pastri

- Jahitan Baju Kurung

- Kraftangan

- Kursus Spa

- Sulaman Manik dan Reben

- Personaliti dan Kecantikan

- Refleksologi

Page 37: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

- Produk IKS

- Kursus Franchaise

- Kursus Penyediaan Makanan

- Kursus Ice Blended

Seramai 614 peserta dari Negeri Selangor telah berjaya dilatih menerusi

Program I-Kit dan I-Keunita bermula dari tahun 2010-2017.

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor

menyalurkan bantuan kebajikan kepada golongan sasar yang berkeperluan dan

berkelayakan. Salah satu kumpulan sasar jabatan adalah keluarga miskin

termasuk golongan ibu tunggal yang berkeperluan. Terdapat golongan ibu tunggal

yang dikenalpasti bersifat produktif dan berpotensi meningkatkan sosio ekonomi

keluarga yang perlu dibantu oleh jabatan dengan melaksanakan konsep 2 Years

Exit Programme (2YEP) melalui Skim Bantuan Persekutuan. Program tersebut

mula dilaksanakan sejak tahun 2016 melibatkan penerima bantuan kebajikan JKM

termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan keluarga

miskin.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Jabatan ini telah menyuntik dana untuk modal permulaan iaitu Bantuan Geran

Pelancaran bagi klien menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Berdasarkan rekod,

seramai 750 orang ibu tunggal yang menerima bantuan di JKM Negeri Selangor

dengan melibatkan peruntukan bantuan bulanan (Skim Bantuan Persekutuan)

sebanyak RM 218,600.00. Pihak jabatan telah mengenalpasti ibu tunggal yang

berpotensi dan produktif dalam memajukan diri seramai 75 orang namun hanya

seramai 24 orang sahaja yang berjaya meningkatkan sosio ekonomi keluarga

melalui program 2YEP tersebut. Pencapaian bagi kategori ibu tunggal yang

berjaya adalah sebanyak 32 peratus dalam tempoh 2016 sehingga 2018.

b) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor menyalurkan bantuan kebajikan

secara bulanan kepada golongan sasar melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat

Daerah. Pihak jabatan menggunapakai sistem e-bantuan JKM dan intergrasi

bersama sistem i-GFMAS untuk proses permohonan, laporan siasatan, kelulusan,

janaan baucer, perakuan dan bayaran bantuan secara bulanan. Penerima bantuan

menerima wang bantuan yang akan dikreditkan ke akaun bank melalui Electronic

Fund Transfer (EFT).

Page 38: PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2019/03/Soalan-Mulut-101-120.pdfberkaitan dan perkara ini juga telah dibincangkan dalam Mesyuarat

c) Antara faktor yang menyebabkan ibu tunggal tidak mendaftar

adalah seperti berikut :-

i. Tidak maklum tentang bantuan yang disediakan oleh kerajaan atau agensi

yang berkaitan; dan

ii. Ibu tunggal sendiri merasakan mereka masih boleh berdikari dan tidak

memerlukan sebarang bentuk bantuan.

Data Ibu Tunggal juga senantiasa berubah kerana status perkahwinan terkini

dan juga penghijrahan mereka ke tempat tinggal baru. Kerajaan Negeri

Selangor boleh mempergiatkan kempen dan hebahan bagi memberitahu

sebarang bentuk bantuan kewangan mahupun sokongan sosial yang boleh

diperolehi untuk golongan ibu tunggal.

(Sumber : Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor)