pertanyaan-pertanyaan bertulis daripada y.b. tuan...

25
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR (N42 MERU) TAJUK : BINAAN HARAM DI ATAS TANAH KERAJAAN DAN TANAH DI BAWAH SELIAAN PEMAJU 141. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah halangan kepada PBT untuk bertindak tegas menangani masalah binaan haram di atas rezab parit dan jalan? b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan kemudahan infra asas yang masih belum diserah kepada PBT diselia dan diselenggara oleh pemaju mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh PBT? JAWAPAN: a) Binaan haram yang dibina di atas rizab kerajaan (rizab parit dan jalan) akan dirujuk terlebih dahulu kepada Pejabat Tanah dan Daerah memandangkan kuasa yang diberi bagi tujuan pengeluaran notis adalah melalui peruntukan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1957 (Akta 56). Walau bagaimanapun masalah yang sering berlaku dan menjadi halangan kepada PBT adalah seperti berikut: i. Kesukaran untuk mendapatkan maklumat pemilik struktur binaan haram di tapak tersebut; ii. Masalah binaan haram melibatkan rumah ibadat; iii. Pemilik struktur enggan bekerjasama; iv. Kekangan dari segi kos perobohan dan kos pembaikan infrastruktur yang terlibat (selepas perlaksanaan operasi perobohan binaan haram); dan v. Campur tangan pihak tertentu. b) PBT sentiasa menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan semua kemudahan infrastruktur asas yang belum diserahkan kepada PBT diselenggarakan oleh pemaju sebelum CCC dikeluarkan. Semua pemajuan yang telah siap juga akan menjalani pemeriksaan akhir terlebih dahulu sebelum CCC. PBT juga mengenakan cagaran semasa proses pelan-pelan infra di mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya pemaju gagal menjalankan penyelenggaraan. Sekiranya pemaju gagal untuk mematuhi arahan PBT, tindakan kompaun di bawah Akta 133 Akta Jalan, Parit & Bangunan akan dikenakan.

Upload: others

Post on 22-Oct-2019

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR

(N42 MERU)

TAJUK : BINAAN HARAM DI ATAS TANAH KERAJAAN DAN TANAH DI BAWAH

SELIAAN PEMAJU

141. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah halangan kepada PBT untuk bertindak tegas menangani masalah

binaan haram di atas rezab parit dan jalan?

b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan kemudahan infra asas yang

masih belum diserah kepada PBT diselia dan diselenggara oleh pemaju

mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh PBT?

JAWAPAN:

a) Binaan haram yang dibina di atas rizab kerajaan (rizab parit dan jalan) akan

dirujuk terlebih dahulu kepada Pejabat Tanah dan Daerah memandangkan

kuasa yang diberi bagi tujuan pengeluaran notis adalah melalui peruntukan

Seksyen 425 – Kanun Tanah Negara 1957 (Akta 56). Walau bagaimanapun

masalah yang sering berlaku dan menjadi halangan kepada PBT adalah seperti

berikut:

i. Kesukaran untuk mendapatkan maklumat pemilik struktur binaan

haram di tapak tersebut;

ii. Masalah binaan haram melibatkan rumah ibadat;

iii. Pemilik struktur enggan bekerjasama;

iv. Kekangan dari segi kos perobohan dan kos pembaikan infrastruktur

yang terlibat (selepas perlaksanaan operasi perobohan binaan haram);

dan

v. Campur tangan pihak tertentu.

b) PBT sentiasa menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan semua

kemudahan infrastruktur asas yang belum diserahkan kepada PBT

diselenggarakan oleh pemaju sebelum CCC dikeluarkan. Semua pemajuan

yang telah siap juga akan menjalani pemeriksaan akhir terlebih dahulu sebelum

CCC. PBT juga mengenakan cagaran semasa proses pelan-pelan infra di

mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya pemaju gagal

menjalankan penyelenggaraan. Sekiranya pemaju gagal untuk mematuhi

arahan PBT, tindakan kompaun di bawah Akta 133 Akta Jalan, Parit &

Bangunan akan dikenakan.

Page 2: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR

(N42 MERU)

TAJUK : LIPUTAN WIFI SELANGORKU DAN 5G

142. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperluaskan liputan hotspot

wifi Selangor selaras untuk menjadikan Selangor negeri bermaklumat?

b) Apalah perancangan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor bersedia

untuk menerima teknologi 5G?

JAWAPAN:

a) SMARTSEL adalah sangat komited untuk memainkan peranan dalam

menjayakan visi Kerajaan Negeri Selangor untuk merealisasikan impian

Selangor untuk menjadi sebuah Negeri Pintar “Smart State” menjelang 2025,

SMARTSEL dalam perancangan tahunannya telah menyasarkan akan

memasang sejumlah 500 AP (hotspot) tambahan untuk tahun 2019. Di

samping itu, SMARTSEL juga sedang membangunkan rangkaian digital sendiri

yang diberi nama SMARTSEL Digital Network (SDN) dan juga produk WiFi

sendiri. Dengan kerjasama yang dijalinkan dengan pemain industri yang sedia

ada dan yang baru, serta dengan sokongan Kerajaan Negeri, kami yakin akan

dapat memperluaskan liputan jaringan ini ke seluruh negeri menjelang tahun

2025.

b) Buat masa ini, pihak SMARTSEL sedang berbincang bersama sama syarikat

telekomunikasi sedia untuk memahami strategi dan pelan pembangunan

rangkaian 5G mereka di Negeri Selangor. Susulan dari perbincangan tersebut,

SMARTSEL akan memainkan peranan bersama syarikat-syarikat tersebut bagi

penyediaan infrastruktur digital untuk memenuhi keperluan pemasangan

rangkaian teknologi 5G di Negeri Selangor.

Page 3: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR

(N42 MERU)

TAJUK : PEPERIKSAAN PSRA DAN UPKK

143. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk berbincang dengan pihak KPM bagi

menyelaraskan kemasukan ke tingkatan satu SBP oleh pelajar tahun enam

SRA JAIS hanya dengan menggunakan sijil PSRA dan tidak UPKK?

JAWAPAN:

JAWAPAN BELUM DITERIMA DARIPADA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER

MANUSIA (BPSM), SUK

Page 4: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR

(N42 MERU)

TAJUK : AGENSI KAWALAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

144. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Adakah Kerajaaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan satu agensi negeri

yang khusus untukmengawal selia rumah-rumah ibadat untuk kaum bukan

Islam sepertimana fungsi JAIS?

JAWAPAN:

a) Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini telah mempunyai satu Jawatankuasa

Khas bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan keagamaan Selain Islam

iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (HESI) yang dipengerusikan oleh

tiga (3) orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu YB Dato’ Teng Chang

Khim, YB Tuan Ganabatirau a/l Veraman dan YB Tuan Hee Loy Sian. Peranan

utama Jawatankuasa HESI adalah seperti berikut :

i) Menyelesaikan masalah isu-isu mengenai bangunan keagamaan

selain Islam;

ii) Memperakukan permohonan pewartaan tanah bagi tapak baru dan

penggantian tapak bangunan keagamaan selain Islam;

iii) Membincangkan dan memutuskan hal-hal berkaitan tanah perkuburan

selain Islam;

iv) Menyalurkan peruntukan kewangan kepada setiap bangunan

keagamaan bergantung kepada jumlah peruntukan semasa yang

diluluskan oleh Kerajaan Negeri; dan

v) Memperakui tindakan penguatkuasaan ke atas rumah ibadat selain

Islam dan tempat penyembahan dibina tanpa kebenaran di negeri

Selangor.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri merasakan kewujudan Jawatankuasa

Khas ini mencukupi untuk membincangkan isu-isu masyarakat pelbagai agama

di Negeri Selangor.

Page 5: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR

(N42 MERU)

TAJUK : PROGRAM SUBSIDI BAS SEKOLAH

145. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperluaskan bantuan subsidi bas

sekolah untuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina?

JAWAPAN:

a) Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Meru di atas pertanyaan

berkenaan subsidi tambang bas sekolah kepada pelajar-pelajar khususnya di

Negeri Selangor. Saya menyambut baik akan cadangan Yang Berhormat Meru

untuk memperluaskan bantuan subsidi bas sekolah untuk pelajar-pelajar

Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Sebagaimana

Yang Berhormat sedia maklum, setiap Jawatankuasa Tetap yang

dipengerusikan oleh Yang Berhormat EXCO, masing-masing mempunyai

pelaksanaan program-program berbeza di bawah portfolio dengan sasaran

yang berbeza namun tujuan yang sama iaitu memberi manfaat kepada rakyat di

Negeri Selangor.

Di bawah Portfolio seliaan saya, sasaran utama adalah difokuskan kepada

anak-anak pekerja ladang, pekerja ladang dan bekas pekerja ladang yang

majoriti melibatkan kaum India yang kurang berkemampuan dan miskin. Walau

bagaimanapun, bagi masyarakat Melayu dan Cina di Negeri Selangor,

kumpulan sasaran tersebut lebih difokuskan di bawah Portfolio Yang Berhormat

EXCO Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi serta Yang

Berhormat EXCO Pembangunan Kampung Baru. Memandangkan peruntukan

sedia ada di bawah Jawatankuasa Kerajaan Prihatin adalah terhad maka

peruntukan tersebut hanya dapat menampung keperluan sumbangan kepada

kumpulan sasaran sahaja yang telah ditetapkan di bawah portfolio saya.

Walau bagaimanapun, selain daripada Program Sumbangan Subsidi Tambang

Bas Sekolah, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan

Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru juga telah

menyediakan perkhidmatan bas secara percuma yang dikenali sebagai Bas

Smart Selangor. Perkhidmatan Bas Smart Selangor ini tidak disasarkan kepada

golongan tertentu bahkan ianya terbuka kepada seluruh rakyat di Negeri

Selangor secara percuma. Dalam usaha menggalakkan rakyat di negeri ini

untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, Kerajaan Negeri telah

Page 6: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

memperluaskan laluan Bas Smart Selangor ke tempat-tempat yang mempunyai

kepadatan penduduk yang tinggi termasuk di luar bandar secara berperingkat.

Sehubungan itu, saya percaya jabatan dan agensi kerajaan sedia ada sentiasa

mencari alternatif dan pandangan baharu bagi memastikan kebajikan rakyat di

negeri ini khususnya yang kurang berkemampuan terbela. Kerajaan Negeri

juga sentiasa menambahbaik program-program sedia ada yang melibatkan

perkhidmatan pengangkutan awam untuk menarik lebih ramai orang khususnya

rakyat Negeri Selangor menggunakan kemudahan ini.

Page 7: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR

(N42 MERU)

TAJUK : SKIM MESRA USIA EMAS

146. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaikkan bantuan Jom Shopping

warga emas kepada RM200 bagi meringkankan beban warga emas?

b) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberikan bantuan khairat kematian

RM1000 kepada waris warga emas bagi meringankan kos pengkebumian?

JAWAPAN:

a) Setakat ini Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk menaikkan bantuan Jom

Shopping warga emas kepada RM200.00. Namun Kerajaan Negeri akan

mengkaji keperluan berkenaan dari semasa ke semasa.

b) Setakat ini Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk memberi bantuan khairat

kematian RM1,000.00 kepada waris warga emas. Kerajaan Negeri kini mahu

lebih fokus untuk pemberian manfaat semasa hidup kepada semua warga

emas yang berdaftar di bawah skim ini.

Berbeza dengan pelaksanaan pemberian manfaat khairat kematian SMUE

sebelum ini di mana hanya 106,012 orang warga emas (pembayaran kepada

waris) berbanding jumlah keseluruhan ahli SMUE iaitu 314,085 orang telah

menikmati manfaat tersebut dalam tempoh 10 tahun sejak ia diperkenalkan

pada tahun 2008.

Sekiranya program Jom Shopping ini dilaksanakan, maka manfaat program ini

akan dinikmati oleh 204,679 warga emas yang masih hidup (rekod sehingga 18

Julai 2019).

Selain itu, bantuan khairat kematian banyak ditawarkan oleh agensi lain seperti

Perkeso, KWSP dan BSH selain masjid dan surau bagi yang beragama Islam

dan Bantuan Mengurus Jenazah oleh JPA untuk penjawat awam.

Page 8: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR

(N42 MERU)

TAJUK : BILANGAN TANAH MILIK KERAJAAN

147. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Berapakah bilangan tanah milik kerajaan di Meru yang masih lagi belum

dibangunkan mengikut agensi-agensi yang terbabit?

b) Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menghalang aktiviti pencerobohan tanah

milik Kerajaan?

JAWAPAN:

a) Terdapat seluas 80.898 ekar tanah milik Kerajaan bagi kawasan Meru, Daerah

Klang. Sebanyak 14.838 ekar adalah merupakan tanah Virgin Land yang

terlibat dalam proses pewartaan sebagai tapak pasar. Manakala selebihnya

telah dizonkan sebagai kegunaan rizab jalan dan simpanan sungai.

Baki 66.06 ekar lagi tanah kerajaan adalah terdiri daripada Kawasan Lapang,

Zon Penampan, Kawasan Keagamaan Islam, Sistem Perkhidmatan

Pembentungan, Keagamaan Bukan Islam, Rizab Sungai dan Rizab Jalan.

Berdasarkan semakan Pejabat Daerah/Tanah Klang terdapat 2 tapak Rizab

Keagamaan Islam (Masjid dan Surau) dan 2 tapak Rizab Keagamaan Bukan

Islam (Tokong) yang belum dibangunkan.

b) Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah/Tanah (PDT) di setiap daerah di

Negeri Selangor telah menubuhkan Unit Penguatkuasaan Tanah. Unit ini

dibekalkan dengan anggota Pembantu Penguatkuasa beruniform yang

bertanggungjawab menjalankan rondaan, bancian, menjalankan siasatan dan

melaksanakan operasi-operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti-aktiviti

pencerobohan tanah kerajaan di daerah terlibat.

Bagi sebarang Pencerobohan Tanah Kerajaan/ Pendudukan Tidak Sah ianya

merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara

(KTN) 1965 dan jika sabit kesalahan tindakan denda tidak melebihi RM500,000

atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan

kepada pelaku dan mereka yang bersubahat.

Page 9: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN

(N15 TAMAN TEMPLER)

TAJUK : GENGSTER

148. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah langkah dan tindakan Kerajaan mengatasi masalah gengster untuk

jangka masa panjang dan pendek?

JAWAPAN:

a) Antara langkah-langkah Kerajaan dalam mengatasi isu tersebut adalah:

1. Memberi kesedaran dan pendidikan awal di peringkat sekolah-sekolah

dalam Negeri Selangor. Program ini diadakan melalui Mesyuarat

Permuafakatan PDRM dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Tujuan program ini diadakan untuk mengenal pasti sekolah-sekolah

berisiko diserapi oleh gangster dan mengambil tindakan segera

sekiranya perkara tersebut berlaku.

2. Penubuhan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor di bawah Majlis

Keselamatan Negeri. Jawatankuasa ini dianggotai oleh semua ketua-

ketua agensi penguat kuasa dan ketua-ketua jabatan kerajaan yang

dipengerusikan bersama oleh PDRM dan ATM. Salah satu fokus utama

jawatankuasa ini adalah tentang jenayah serta ancaman gangster yang

ada dalam Negeri Selangor.

Page 10: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN

(N15 TAMAN TEMPLER)

TAJUK : KEBAJIKAN GURU KAFA

149. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah usaha Kerajaan bagi meningkatkan keupayaan guru-guru KAFA dan

Fardu Ain dari segi kebajikan pengupayaan pengajaran dan pendidikan

mereka?

JAWAPAN:

a) Jabatan Agama Islam Selangor sentiasa melihat dan menambahbaik insentif

yang boleh diberikan kepada guru-guru KAFA Negeri Selangor. Antara insentif

dan kebajikan yang telah disediakan:

1. Berkerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor dalam menyediakan skim

kebajikan Guru KAFA Negeri Selangor, iaitu peruntukan untuk rawatan di

hospital dan sumbangan khairat maksimum RM5000.00 termasuk kes

kematian yang melibatkan guru KAFA atau pasangan

2. Kerjasama yang dibuat oleh JAKIM bersama Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) untuk memberikan kemudahan ‘Guarantee Letter’ kepada

guru KAFA apabila menerima rawatan di hospital kerajaan

3. Menikmati cuti bersalin sehingga 60 hari sebanyak tiga kali sepanjang

perkhidmatan (Bil.27 dlm. JAI.SEL.BPI.03/02/007/01 Bertarikh 17hb Mei 2010M)

4. Kebenaran pengambilan Cuti Sakit dan bergaji 15 hari setahun dari Hospital

/ Klinik Kerajaan atau swasta (Bil.27 dlm. JAI.SEL.BPI.03/02/007/01 Bertarikh 17hb Mei 2010M)

5. Menikmati cuti 7 hari tanpa rekod guru KAFA lelaki apabila pasangan

bersalin sebanyak tiga kali sepanjang perkhidmatan

6. Keistimewaan Cuti sambilan / Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 7 hari

setahun (Bil.24 dlm. JAI.SEL.BPI.03/04/012Jld2. Bertarikh 11 Jun 2009)

7. Caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja oleh majikan

sepanjang perkhidmatan

8. Cuti berelaun penuh mengerjakan Fardhu Haji sekali sepanjang

perkhidmatan (Bil.27 dlm. JAI.SEL.BPI.03/02/007/01 Bertarikh 17hb Mei 2010M)

Page 11: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN

(N15 TAMAN TEMPLER)

TAJUK : PEMBINAAN RUMAH SELANGORKU

150. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Adakah Kerajaan berhasrat membina Rumah Selangorku di dalam Dewan

Undangan Negeri Taman Templer?

JAWAPAN:

a) Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kepada rekod di Lembaga

Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), terdapat 4 projek Rumah

Selangorku yang melibatkan 1,808 unit yang sedang dibina dan dalam

perancangan di kawasan Dewan Undangan Negeri Taman Templer. Status

keempat-empat projek tersebut adalah seperti berikut :

i) 1 Projek Rumah Selangorku Dalam Pembinaan iaitu :

Bil. Pemaju Lokasi Jenis

Pembangunan Keluasan

(kp)

Peratus Penyediaan

(%)

1. PKNS Kg. Sri Temenggung

Rumah Selangorku Jenis B

(RM100,000.00)

750 21% (90 unit)

Rumah Selangorku Jenis C

(RM180,000.00)

900 29% (120 unit)

Rumah Selangorku Jenis D

(RM220,000.00)

1,000 50% (210 unit)

Jumlah Keseluruhan 420 unit

Page 12: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

ii) 3 Projek Rumah Selangorku Dalam Perancangan iaitu :

Bil. Pemaju Lokasi Jenis

Pembangunan

Keluasan

(kp)

Peratus

Penyediaan

(%)

1. Untung

Utama

Sdn.

Bhd.

Bandar

Selayang

Rumah Selangorku

Jenis B

(RM100,000.00)

750 15%

(300 unit)

Rumah Selangorku

Jenis C

(RM180,000.00)

900 30%

(600 unit)

Rumah Selangorku

Jenis D

(RM220,000.00)

1,000 5%

(100 unit)

Jumlah Kecil 1,000

2. Eco

Templer

Sdn.

Bhd.

Templer Rumah Selangorku

Jenis A (5 Tingkat)

700 30%

(117 unit)

Rumah Bandar

Selangorku Jenis C

20’x65’ (2 Tingkat)

900 64%

(246 unit)

Rumah Teres

Selangorku Jenis D

20’x65’ (1 Tingkat)

1,000 6%

(25 unit)

Jumlah Kecil 388

3. Zhinmun

Sdn.

Bhd.

Bandar

Selayang

Rumah Selangorku

Jenis B

(RM100,000.00)

750 *10%

Rumah Selangorku

Jenis C

(RM150,000.00)

800 *10%

Rumah Selangorku

Jenis D

(RM200,000.00)

900 *20%

Jumlah Kecil *40%

Jumlah Keseluruhan 1,388 unit

* Perincian bilangan unit masih belum dimuktamadkan

Page 13: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN

(N15 TAMAN TEMPLER)

TAJUK : CUKAI PINTU

151. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah kadar cukai pintu yang dikenakan kepada pemilik Rumah Selangorku di

seluruh negeri pada kadar yang sama kerana dimaklumkan mereka dikenakan

pada kadar RM150.00 - RM200.00 yang dianggap agak berat bagi mereka?

JAWAPAN:

a) Cukai pintu yang dikenakan kepada semua pegangan adalah berdasarkan

kadar disetiap lokasi dan nilai tahunan yang digunakan oleh PBT. Oleh sebab

itu, pengenaan cukai bagi “Rumah Selangorku” adalah berbeza mengikut kadar

yang dikenakan. Kerajaan Negeri melalui Insentif Peduli Rakyat (IPR) telah

mengecualikan pembayaran cukai pintu bagi kategori rumah kos rendah

bermula tahun 2016 sehingga kini. Rumah Selangorku yang memenuhi kriteria

rumah kos rendah adalah tertakluk kepada pengecualian ini.

Page 14: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN

(N15 TAMAN TEMPLER)

TAJUK : PEMBINAAN PASARAYA

152. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah dasar Kerajaan dalam membenarkan terlalu banyak pembinaan

pasaraya-pasaraya besar yang boleh menyebabkan perniagaan-perniagaan

kecil gulung tikar?

JAWAPAN:

a) Setiap pemajuan Hypermarket atau pasaraya perlu mendapat kelulusan dan

pertimbangan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna (KPDNHEP) sebelum sebarang kelulusan diberikan oleh PBT. PBT

di Selangor mengguna pakai Garis Panduan Pasaraya Besar (hypermarket)

yang dikeluarkan oleh Plan Malaysia dalam menetapkan keperluan keluasan

lantai minima 8000 meter persegi bagi pembangunan sesebuah pasaraya.

Kawalan keluasan ini bagi mengawal kewujudan hypermarket dan secara tidak

langsung membantu perniagaan peniaga kecil.

Selain daripada itu sebagai langkah kawalan, cadangan pembangunan

Pasaraya mestilah mengikut zon gunatanah yang telah ditetapkan di dalam

Rancangan Tempatan di setiap PBT di Negeri Selangor. Walau

bagaimanapun, sekiranya terdapat pembangunan tersebut yang dicadangkan

berhampiran perniagaan kecil, pemaju diminta menyediakan laporan kajian

pasaran dan laporan impak sosial (S.I.A.).

Page 15: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN

(N15 TAMAN TEMPLER)

TAJUK : PESARA

153. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah usaha Kerajaan bagi membantu bekas-bekas anggota pasukan

keselamatan yang sudah bersara untuk memulakan kehidupan baru contohnya

latihan, bimbingan, tunjuk ajar bantuan kewangan untuk menjadi usahawan?

JAWAPAN:

a) Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Program Latihan Kemahiran

Pesara Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Selangor pada tahun

2016. Penganjuran program ini adalah hasil kerjasama dengan Persatuan

Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Selangor di mana

Program Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan

kepada para pesara ATM berkenaan pengurusan kewangan, kemahiran

insaniah dan keusahawanan. Dengan pendedahan dan bimbingan tersebut, ia

dapat memberi laluan pekerjaan atau keusahawanan kepada pesara bagi

menjamin pendapatan selepas persaraan.

Pada tahun 2018, sebanyak tiga puluh tujuh (37) siri program latihan ini telah

dilaksanakan dengan menyediakan dua belas (12) modul khusus kepada

golongan pesara veteran ATM. Modul-modul tersebut merangkumi modul

khusus seperti Sajian Makanan, Pemprosesan Makanan, Bakeri & Pastri,

Perniagaan Dobi, Perniagaan Spa, Perniagaan Foodtruck, Pengurusan Masjid,

Kerohanian, Pertanian, Penternakan, Pengurusan Keselamatan dan Industri

Kecil & Sederhana (IKS). Seramai 1,792 orang pesara tentera telah mendapat

manfaat daripada program latihan ini sejak tahun 2016.

Namun begitu, pada tahun 2019 Kerajaan Negeri Selangor telah menyelaras

semula program dan didapati program ini turut melibatkan agensi-agensi di

peringkat Persekutuan. Oleh itu, program khas bagi pesara veteran ATM ini

diteruskan dengan program sedia ada di peringkat Persekutuan.

Page 16: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN

(N15 TAMAN TEMPLER)

TAJUK : PEMBINAAN MUZIUM

154. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan setiap daerah di Selangor

mempunyai muzium tersendiri untuk menyimpan sejarah dan khazanah

berharga yang yang terdapat di daerah tersebut?

JAWAPAN:

a) Secara dasarnya memang Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Adat Melayu

dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) merancang untuk menubuhkan muzium

atau galeri disetiap daerah di negeri Selangor. Program ini dirancang atas dua

(2) dasar atau keperluan, iaitu memenuhi latar belakang sejarah daerah-daerah

tersebut dan keduanya bagi pembangunan produk dan destinasi pelancongan.

Dua ketegori muzium atau galeri telah dan akan dibangunkan iatu muzium

bercirikan sejarah tempatan dan muzium berkhusus dengan berbagai tema.

Bagi muzium bercirikan sejarah dan multi disiplin yang sedia ada ialah Muzium

Sultan Alam Shah di Shah Alam dan Muzium Sejarah di Bukit Malawati Kuala

Selangor. Terdapat juga muzium-muzium bertema iaitu Muzium Pertanian dan

Perikanan di Sabak Bernam dan Muzium Insitu di Jugra.

Pada masa ini PADAT sedang membangunkan beberapa buah muzium yang

telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri iaitu Muzium Sejarah dan Bijih Timah di

Gedung Raja Abdullah, Klang, Muzium Setem (Muzium Pos) di Shah Alam,

Muzium Tekstil dan Fesyen di Bangunan Anggerik, Shah Alam, Muzium Sukan

di Stadium Shah Alam, Shah Alam, Muzium Permainan Tradisional di Bukit

Malawati, Kuala Selangor dan “Living museum Istana Bandar” Kuala Langat

Selangor.

Bagi jangka panjang PADAT bercadang untuk mengasingkan Muzium

Pertanian dan Perikanan Sabak Bernam kepada Muzium Pertanian yang akan

dikekalkan di Sabak Bernam dan Muzium Perikanan dirangka untuk ditubuhkan

di Sepang. DYMM Sultan Selangor menitahkan, bagi melestarikan sistem

penghasilan padi sebuah muzium padi akan dibangunkan di daerah Sabak

Bernam. Pembangunan Pusat Penerangan atau galeri sedang dirangkakan

bagi menaiktaraf galeri sedia ada kerana terdapat keperluan yang berdasarkan

latar belakang sejarah tempatan atau daerah tersebut. Program ini merangkumi

Page 17: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

penubuhan Pusat Penerangan Perusahaan Perlombongan Arang Batu di Batu

Arang, Gombak, Pusat Penerangan Pekan Kuala Kubu (pekan lama Kuala

Kubu yang tenggelam) di Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor dan Pusat

Rekreasi Kapal Korek Bijih Timah Seri Banting di Sepang.

Page 18: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN

(N15 TAMAN TEMPLER)

TAJUK : INDUSTRI HALAL

155. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Dengan industri halal yang sedang berkembang hebat mutakhir ini, apakah

perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk antisipasi dalam menyediakan

tenaga mahir seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan melalui latihan yang

diberikan kepada rakyat Negeri Selangor terutamanya golongan belia?

JAWAPAN:

a) Pada tahun 2018 Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif melaksanakan

Program Halal Executive di bawah Program Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan

Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) untuk pelajar di Jordan, Republik Arab

Mesir dan Maghribi bagi memenuhi permintaan pasaran kerjaya sebagai

Eksekutif Halal di industri. Inisiatif ini bagi mempersiapkan sumber tenaga

manusia yang mempunyai kemahiran khusus ikhtisas berkaitan bidang halal

bagi memenuhi industri halal di Negeri Selangor yang berkembang pesat.

Untuk meneruskan usaha menyediakan tenaga mahir dalam industri halal

Kerajaan Negeri sedang meneliti beberapa program latihan seperti program

latihan belia untuk lepas sekolah sebagai Halal Operator di industri. Melalui

program ini peserta akan diberi pendedahan mengenai prosedur dan

tanggugjawab sebagai halal operator di industri. Oleh itu, dengan usaha ini

Kerajaan Negeri berharap ia akan membantu pertumbuhan industri halal di

Negeri Selangor.

Page 19: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN

(N15 TAMAN TEMPLER)

TAJUK : GOLONGAN B40

156. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah Kerajaan Negeri ada membuat penelitian semula kaedah atau syarat

penerima bantuan yang hanya fokus kepada e-Kasih sahaja? Sebaiknya

dinaikkan kepada pendapatan RM5000.00 bagi seisi rumah berbanding B40

pendapatan purata RM3860.00 isi rumah.

JAWAPAN:

JAWAPAN BELUM DITERIMA DARIPADA SEKSYEN SEKTORAL, UPEN

Page 20: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN

(N15 TAMAN TEMPLER)

TAJUK : SISTEM SOLAR

157. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menyertai inisiatif program sistem

tenaga solar yang dipromosikan oleh Kerajaan Pusat untuk dipasangkan di

rumah-rumah ibadat terutamanya masjid-masjid?

JAWAPAN:

a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi,

Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Pihak Berkuasa

Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) telah

memperkenalkan kuota Solar PV kategori komuniti pada tahun 2014 yang

bertujuan untuk mewujudkan kuota khas bagi projek-projek komuniti bagi

memastikan entiti bukan komersil ini berpeluang untuk membangunkan projek-

projek solar PV di bawah mekanisma Feed-in Tariff (FiT) tanpa perlu bersaing

dengan permohonan dari syarikat-syarikat komersil yang begitu agresif dalam

mendapatkan kuota.

Namun begitu, di atas faktor kekangan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu

(KWTBB), kuota bagi kategori solar PV hanya dapat dilaksanakan sehingga

tahun 2017. Kerajaan seterusnya telah memperkenalkan mekanisme lain bagi

meningkatkan penjanaan tenaga menerusi solar PV iaitu projek Large Scale

Solar (LSS) dan Net-Energy Metering (NEM).

Di bawah program NEM, SEDA Malaysia mempunyai pilihan bayaran

pelaburan terhadap sistem PV melalui:

i. Pembelian Terus Tenaga (tunai / pinjaman tunai bank) dengan melantik

penyedia perkhidmatan Solar PV yang berdaftar (Registered Photovoltaic

Service Provider - RPVSP); atau

ii. Perjanjian Power Purchase Agreement (PPA) atau Solar Leasing dengan

melantik pelabur PV berdaftar (Registered Solar PV Investor - RPVI)

dimana dibawah pilihan PPA atau Solar leasing ini tiada pendahuluan

perbelanjaan modal diperlukan dari pemohon.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri melalui Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 16 / 2019 yang diadakan pada 18 Jun 2019

Page 21: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

telah bersetuju dengan Cadangan Pemasangan Panel Solar di Bangunan-

bangunan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Skim Solar Energy Purchase

(SEP) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bersetuju dengan perkara-

perkara berikut:

i. Meluluskan cadangan Pemasangan Panel Solar di Bangunan-bangunan

Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Shah dan Pejabat-pejabat Tanah dan Daerah (PTD) di bawah Skim Solar

Energy Purchase (SEP) oleh TNB;

ii. UPEN akan mengadakan perbincangan lanjut dan terperinci dengan TNB

dan PTD bagi mengkaji semula tempoh kontrak dan kadar tarif yang

akan dikenakan; dan

iii. Supaya melibatkan semua PTD semasa memuktamadkan perjanjian

dengan TNB.

Sehubungan itu, buat masa ini Kerajaan Negeri hanya akan melaksanakan

pemasangan sistem solar di Bangunan-bangunan Kerajaan Negeri Selangor

dan akan mempertimbangkan pemasangan sistem solar di rumah ibadat

terutamanya masjid-masjid pada masa akan datang.

Page 22: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN ADHIF SYAN BIN ABDULLAH

(N55 DENGKIL)

TAJUK : PEMBANGUNAN KELESTARIAN PAYA INDAH WETLAND

158. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengembalikan kegemilangan

Paya Indah Wetland sebagai kawasan pelancongan dan pemeliharaan sumber

alam sekitar?

JAWAPAN:

a) Jabatan PERHILITAN ada mencadangkan penswastaan untuk kemudahan dan

aktiviti yang dijalankan di Paya Indah Wetland (PIW). Cadangan ini

mengambilkira pembangunan, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti tidak

menjejaskan status PIW sebagai Rizab Tanah Lembap (Wetlands) di bawah

Kanun Tanah Negara. Ini juga termasuk pembangunan yang akan dijalankan

dengan memberi impak fizikal secara minima ke atas persekitaran semulajadi

di PIW. Pihak swasta juga sepatutnya memberi sumbangan kepada pihak

kerajaan dari jumlah pendapatan kasar tahunan. Semua kos dan perbelanjaan

pembangunan, peningkatan, pengurusan dan penyelenggaraan kompleks dan

segala kos pengurusan lain adalah ditanggung oleh pihak swasta.

Page 23: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN ADHIF SYAN BIN ABDULLAH

(N55 DENGKIL)

TAJUK : INSENTIF UNTUK PELADANG

159. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah insentif khas kepada

peladang/nelayan di Negeri Selangor?

b) Berapakah sumbangan hasil daripada aktiviti perladangan kepada Negeri

Selangor?

c) Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi melonjakkan pendapatan hasil

pertanian bersesuaian dengan anjakan ke arah IR 4.0?

JAWAPAN:

a) Kerajaan Negeri amat prihatin dan sedia maklum berkenaan kekangan modal

untuk pembelian peralatan dan input pertanian kepada agroprenuer di Negeri

Selangor bagi meningkatkan hasil dan kualiti pengeluaran. Atas faktor tersebut,

sejumlah RM27,898,000.00 telah diperuntukan bagi pembangunan sektor

pertanian termasuk pemberian bantuan dan insentif kepada golongan nelayan,

petani, penternak dan Industri Asas Tani (IAT) manakala jumlah keseluruhan

peruntukan termasuk peruntukan dari Kerajaan Pusat yang disalurkan melalui

jabatan dan agensi berjumlah hampir RM55,000,000.00.

Namun begitu, bagi pemberian insentif khas kepada peladang/nelayan di

Negeri Selangor tidak dilaksanakan secara berterusan memandangkan konsep

pemberian khas adalah berdasarkan kepada permohonan (case-by-case basis)

yang disebabkan oleh penurunan hasil secara mendadak kesan daripada

penularan penyakit atau faktor cuaca yang melampau.

Sebagai contoh pemberian Bantuan Kewangan kepada pesawah yang terkesan

akibat dari serangan penyakit Bacteria Leaf Blight (BLB) pada tahun 2017 yang

lepas melibatkan perbelanjaan sebanyak RM7,641,207.00.

b) Sumbangan secara terus dari aktiviti perladangan kepada Negeri Selangor

hanyalah melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu

sebanyak RM3.0 juta bagi bagi pelaksanaan Program Inisiatif Peduli Rakyat

(IPR) Kerajaan Negeri Selangor.

Page 24: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

Walau bagaimanapun, sumbangan secara tidak terus melalui aktiviti

perladangan atau pertanian secara terus adalah melalui Keluaran Dalam

Negeri Kasar (KDNK) Negeri Selangor yang bernilai RM3.98 Bilion pada tahun

2017 dan pertanian makanan merangkumi lebih kurang RM1.41 Bilion atau

35.4% dari keseluruhan KDNK Pertanian Negeri Selangor.

c) Kerajaan Negeri sedang giat memberikan penerangan dan kesedaran kepada

agropreneur Negeri Selangor khususnya di dalam pelaksanaan tanaman

berkonsepkan teknologi tinggi dan moden seperti penggunaan Sistem

Pelindung Hujan (SPH) dan Internet Of Things (IoT) yang boleh memberikan

pulangan yang lebih baik berbanding penggunaan kaedah secara

konvensional. Dalam masa yang sama juga, melalui konsep penanaman

secara fertigasi, penggunaan sistem-sistem kawalan secara atas talian (online)

boleh mengurangkan kos operasi selain daripada penerapan pelaksanaan

pertanian persis (precision agriculture), sistem akuaponik dan pertanian bandar.

Page 25: PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN …dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/sessions/2019/Sesi 2/Soalan Bertulis... · mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.B. TUAN HARUMAINI BIN HAJI OMAR

(N07 BATANG KALI)

TAJUK : LOT GERAI

160. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Untuk membantu para penjaja ,adakah pihak Kerajaan ada bercadang untuk

membina lot-lot gerai di atas tanah kosong milik kerajaan sedia ada agar dapat

menyediakan ruang berniaga yang lebih kemas cantik dan tersusun kepada

mereka di samping dapat meningkat taraf ekonomi mereka? Di samping itu juga

pihak Kerajaan Negeri juga boleh mendapat hasil daripada kadar sewaan gerai

dan sebagainya. Diharap agar Kerajaan Negeri melalui pihak yang berkaitan

dapat memperhalusi serta mempertimbangkan cadangan ini supaya dapat

memangkin sektor ekonomi di kawasan Batang Kali khususnya.

JAWAPAN:

a) Berkaitan perancangan lot-lot gerai yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan

adalah mengikut keperluan dan kepadatan penduduk sesuatu kawasan dan

juga melihat kepada bilangan gerai-gerai sedia ada yang telah dibina. Pada

masa yang sama pihak PBT juga melihat kepada jumlah gerai yang tidak

disewa ekoran daripada kegiatan ekonomi yang tidak memuaskan dikawasan

tersebut yang menyebabkan gerai PBT kosong dan terbiar, secara tidak

langsung meningkatkan kos penyelenggaraan.