pertandingan memancing putrajaya 2016 - · pdf file10.17 ikan yang sudah berada di dalam...

12
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 MAKLUMAT, SYARAT DAN PERATURAN

Upload: phamthien

Post on 31-Jan-2018

332 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 - · PDF file10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada

PERTANDINGAN MEMANCING  PUTRAJAYA 2016 

MAKLUMAT, SYARAT DAN PERATURAN

Page 2: PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 - · PDF file10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada

PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016

1

PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 DI SISIRAN TASIK PRESINT 4, PUTRAJAYA

08 Mei 2016 (Ahad)

1.0 LATAR BELAKANG

Pada tahun 2016, Perbadanan Putrajaya akan mengadakan 2 kali acara Pertandingan Memancing Putrajaya. Manakala sistem Pemarkahan juga telah ditambah baik bagi memberi galakan kepada pemancing untuk terus mengambil bahagian dalam pertandingan memancing yang dilaksanakan. Pada tahun sebelum ini, kaedah sirkit telah diperkenalkan iaitu sebanyak 4 sirkit dilaksanakan setiap tahun dan pemenang keseluruhan ditentukan berdasarkan mata terkumpul dan akan dinobatkan pada sirkit akhir. Pada tahun 2016, kaedah sirkit tidak diteruskan. Pemenang akan ditentukan pada setiap Pertandingan Memancing Putrajaya yang dilaksanakan. Pada tahun ini juga, sebanyak dua (2) Pertandingan Memancing akan dilaksanakan iaitu:

i) Pertandingan Memancing Putrajaya 2016.

ii) Pertandingan Memancing Putrajaya sempena sambutan Kemerdekaan &

Hari Malaysia. Pada setiap pertandingan pelbagai hadiah menarik disediakan sehingga tempat ke - 50.

Pendaftaran memancing secara atas talian (online) disediakan untuk memudahkan peserta yang berada jauh dari Putrajaya untuk turut serta. Peserta 1,800 terawal berpeluang mendapat hadiah t-shirt atau topi percuma. Pembahagian t-shirt atau topi adalah berdasarkan 800 unit bagi peserta pertama yang mendaftar dan membayar secara atas talian (online) dan manakala 1000 unit lagi bagi peserta yang mendaftar dan membayar di kaunter.

2.0 TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN Tarikh Pertandingan Memancing adalah pada 08 Mei 2016 iaitu pada hari Ahad (7:30 pg hingga 12:00 tgh).

Page 3: PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 - · PDF file10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada

PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016

2

3.0 LOKASI PERTANDINGAN

Page 4: PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 - · PDF file10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada

PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016

3

Lokasi pertandingan di Sisiran Tasik Presint 4, Tasik Putrajaya telah dipilih sebagai lokasi pertandingan. Pemilihan lokasi ini kerana ia merupakan kawasan yang mempunyai persisiran tasik yang sesuai untuk aktiviti memancing di samping telah sedia ada pokok yang matang dan redup. Lokasi ini juga mempunyai kemudahan serta akses yang baik ke tapak berkenaan.

Page 5: PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 - · PDF file10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada

PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016

4

4.0 PENYERTAAN, PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai. Penduduk Putrajaya

dialu-alukan menyertai pertandingan ini sebagai salah satu aktiviti riadah. 1,800 penyertaan terawal akan mendapat t-shirt atau topi percuma (800 unit pendaftaran melalui secara atas talian (online) dan manakala 1000 unit lagi pendaftaran melalui kaunter). Peserta layak mendapat lebih dari sehelai t-shirt atau topi (tertakluk kepada bilangan penyertaan).

4.2 Penyertaan dikira selepas bayaran dibuat oleh peserta. 4.3 Peserta perlu memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan,

no. passport dan warganegara dan nombor telefon yang sama setiap kali mendaftar.

4.4 Pendaftaran untuk penyertaan pertandingan adalah seperti berikut:

i. Di kios Information Center, Dataran Putra, Presint 1 dan Pusat Khidmat Pelanggan di Kompleks Perbadanan Putrajaya bermula pada 03 – 06 Mei 2016.

Waktu urusan kaunter dibuka pada jam:

• 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari • 2.00 hingga 5.00 petang

ii. Pendaftaran secara atas talian (online) di laman sesawang

www.ppj.gov.my bermula pada 25 April 2016 dan berakhir pada 05 Mei 2016, jam 11.59pm.

iii. Tapak pertandingan bermula jam 12.00 tengahari, 07 Mei 2016

sehingga tamat masa pertandingan 12.00 tengahari, 08 Mei 2016.

4.5 Peserta perlu menyimpan semua resit penyertaan sebagai bukti

penyertaan sekiranya berlaku kesilapan dalam senarai pemenang yang dikeluarkan oleh penganjur.

4.6 Kaunter pendaftaran 24 jam akan dibuka bermula pada jam 12:00

tengahari sehari sebelum hari pertandingan berlangsung. 4.7 PENGESAHAN PENDAFTARAN pada jam 12:00 tengahari,

07 Mei 2016 (Sabtu) sehingga pertandingan tamat. Sila pastikan peserta membawa kad pengenalan semasa membuat pengesahan.

Page 6: PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 - · PDF file10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada

PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016

5

5.0 YURAN PENYERTAAN

5.1 Yuran penyertaan ialah RM20.00 bagi setiap joran yang digunakan

manakala peserta antarabangsa (bukan warganegara) akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM53.00. (semua yuran adalah termasuk 6% GST)

5.2 Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan jika peserta membatalkan

penyertaan. 5.3 Semua peserta perlu memastikan perkara-perkara berikut diperolahi

selepas pengesahan pendaftaran:

Tag joran; Tag pancang; Gelang peserta; Resit pendaftaran peserta; Kupon cabutan bertuah (bersama-sama dengan no resit); Salinan syarat-syarat dan lokasi pertandingan; Plastik sampah (jika ada);dan Goodies (jika ada)

5.4 Peserta yang kehilangan tag joran dan resit pertandingan akan dikenakan

denda RM30.00 sebagai bayaran kepada pihak penganjur bagi mengeluarkan tag joran dan resit yang baru kepada peserta.

6.0 ACARA SAMPINGAN Acara sampingan yang akan dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya semasa pertandingan memancing adalah seperti berikut:

i. Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar (Pegawai yang boleh dihubungi

adalah En. Rosli, 013-3838655). ii. Memancing Udang untuk kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan bayaran

RM 3.00/10 minit (Pegawai yang boleh dihubungi adalah Puan Suhailiza di talian 03-88877281, [email protected]).

iii. Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak (2 kategori iaitu 7 - 9 tahun

dan 10 -12 tahun) (Pegawai yang boleh dihubungi adalah En. Rosli, 013-3838655).

Page 7: PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 - · PDF file10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada

PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016

6

7.0 HADIAH PERTANDINGAN

7.1 Hadiah menarik dan lumayan disediakan oleh Perbadanan Putrajaya dan

peserta layak memenangi lebih daripada satu (1) hadiah kecuali hadiah tempat pertama hingga ketiga seperti berikut:

i. Tempat Pertama : RM7,000.00 + Piala + Hamper Iringan ii. Tempat Kedua : RM5,000.00 + Hamper Iringan iii. Tempat Ketiga : RM3,000.00 + Hamper Iringan iv. Tempat ke-4 : RM 200.00 + Hamper Iringan v. Tempat ke-5 - 10 : RM 100.00 + Hamper Iringan vi. Tempat ke-11-20 : RM 50.00 + Hamper Iringan vii. Tempat ke-21-30 : RM 40.00 + Hamper Iringan viii. Tempat ke-31-40 : RM 30.00 + Hamper Iringan ix. Tempat ke-41 – 50 : Saguhati

7.3 Hadiah Istimewa Peserta pertandingan yang berjaya memancing dan memperolehi ikan yang bertagging akan menerima hadiah khas. Selepas maklumat ikan direkodkan, ikan tersebut perlu dilepaskan semula.

8.0 CABUTAN BERTUAH Bagi memeriahkan lagi pertandingan ini, Perbadanan Putrajaya turut menyediakan 70 barangan memancing untuk cabutan bertuah bagi setiap pertandingan memancing Putrajaya. Di samping itu, peserta juga berpeluang membawa pulang sebuah MOTOSIKAL MODENAS KRISS dan TV LED 40” yang merupakan Hadiah Cabutan Bonanza.

9.0 PERTANYAAN Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 03-8887 7585, 03-8887 7146, 03-8887 7252 atau email: [email protected] atau email: [email protected] atau [email protected]

Page 8: PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 - · PDF file10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada

PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016

7

10.0 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN 10.1 PESERTA

i. Peserta yang mempunyai rekod menipu atau cuba menipu dalam

pertandingan sebelum ini tidak dibenarkan menyertai pertandingan; ii. Peserta yang didapati menipu atau cuba menipu semasa

pertandingan akan dibatalkan penyertaan dan tidak akan dibenarkan untuk menyertai Pertandingan Memancing di Putrajaya pada masa akan datang;

iii. Peserta dibenarkan mendirikan khemah 20 meter dari tebing tasik

mulai 07 Mei 2016 pada jam 12.00 Tengahari. iv. Peserta wajib memakai gelang peserta yang diberikan penganjur. v. Peserta boleh mendaftar seberapa banyak batang joran dengan

kadar bayaran RM20.00/joran vi. Peserta hendaklah membuang sampah di tong sampah yang

disediakan menggunakan plastik yang dibekalkan vii. Semua perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah

tanggungan sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas semua kehilangan, kemalangan atau kecelakaan yang menimpa peserta;

viii. Peserta bebas memilih lokasi memancing tetapi dilarang keluar dari

kawasan yang ditetapkan dan pihak penganjur berhak menentukan kawasan yang dibenarkan mengikut jumlah penyertaan; dan

ix. Peserta perlu menghantar ikan ke meja Hakim untuk ditimbang

selepas mendapat Waran Marsyal.

10.2 KAWALAN KAWASAN

i. Dilarang membuang sampah di kawasan memancing; ii. Kenderaan persendirian tidak DIBENARKAN SAMA SEKALI

memasuki kawasan memancing; iii. Peserta adalah DI LARANG SAMA SEKALI masuk ke dalam tasik

Putrajaya; iv. Dilarang merosakkan pokok dan tanaman di kawasan memancing.

Pemancing yang ditangkap merosakkan pokok & persekitaran akan dikenakan kompaun oleh Perbadanan Putrajaya dan penyertaan akan dibatalkan. Ini selaras dengan Undang-Undang Kecil Taman (Perbadanan Putrajaya) 2002.

Page 9: PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 - · PDF file10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada

PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016

8

10.3 Peserta boleh menggunakan umpan seperti dedak, cacing, cengkerik, roti, pellet, ikan hidup, lipas, lipan, ulat gendon, jenis-jenis ulat hidup, bahan-bahan daripada buah-buahan seperti pisang, betik, buah kelapa sawit, marshmallow (mesti menggunakan batu ladung) dan telur kerengga.

10.4 Peserta DILARANG menggunakan umpan tiruan (Rapala), organ

dalaman haiwan, umpan TAPA, katak, anak itik, cicak, anak ayam dan umpan yang menggunakan organ haiwan yang berbau hanyir dan meloyakan serta kuning telur.

10.5 Pelampung, mata dua, mata spider dan mata tiga adalah dilarang.

HANYA YANG DIBENARKAN TIDAK DIBENARKAN TIDAK DIBENARKAN

10.6 Penggunaan mata bom dan rambai adalah dibenarkan. 10.7 Selepas mendapat waran tangkapan ikan daripada marsyal, peserta perlu

menghantar ikan ke meja Hakim untuk ditimbang dengan membawa bersama ikan, resit dan waran tangkapan. Bagi peserta yang memancing berdekatan kaunter hakim dan belum menerima Waran Tangkapan, peserta perlu membawa joran yang mendapat ikan dan resit pendaftaran ke kaunter hakim untuk menimbang ikan.

10.8 Bantahan boleh dibuat dalam tempoh 15 minit selepas pertandingan

tamat dengan setiap bantahan akan dikenakan bayaran RM150.00. Wang tidak dikembalikan jika bantahan ditolak.

10.9 Joran yang digunakan mesti mempunyai tag yang disediakan oleh

penganjur. Jika joran patah, peserta perlu memaklumkan kepada penganjur untuk mendapat tag joran yang baru. Joran tanpa tag akan dibatalkan penyertaannya.

10.10 Pancang yang dibenarkan di dalam pertandingan ini adalah tertakluk

kepada syarat-syarat berikut; i. Pancang dibenarkan dipasang pada jam 12.00 tengahari sehari

sebelum pertandingan selepas mendapat tag pancang; ii. Hanya pancang berbentuk ’Y’ sahaja yang dibenarkan;. iii. Pancang yang diikat dengan tali akan dipotong;.

Page 10: PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 - · PDF file10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada

PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016

9

iv. Pancang yang tidak mempunyai tag akan dicabut dan

ditanggalkan. Pancang tersebut boleh dituntut di khemah urus setia;.

v. Pancang menggunakan ranting, buluh, paip PVC dan kayu tidak dibenarkan; dan.

vi. Keselamatan pancang adalah tanggungjawab peserta.

10.11 Tag joran yang dibekalkan perlu dilekatkan secara memanjang bermula dari tempat pemegang “reel” sehingga gelang pertama joran masing-masing. Rujuk gambar di bawah.

10.12 Ikan yang berjaya dinaikkan oleh joran yang tidak dilekatkan tag joran,

maka ikan tersebut tidak akan ditimbang. 10.13 Ikan yang dipertandingkan mesti memakan umpan. Sekurang-kurangnya

satu mata kail perlu kena di bahagian dalam mulut sahaja untuk layak dipertandingkan (mata bom/rambai). Jika semua mata kail terkena ekor atau badan, ikan tidak layak dipertandingkan.

10.14 Ikan yang dipancing adalah hak milik penganjur. 10.15 Peserta layak memenangi lebih daripada satu (1) hadiah kecuali hadiah

tempat pertama hingga ketiga. Sekiranya seorang peserta mendapat tiga ekor ikan terberat, maka peserta berkenaan akan ditabalkan sebagai juara manakala dua ekor ikan lagi yang dipancing akan menduduki tempat keempat dan kelima.

10.16 Kemenangan ditentukan berdasarkan jumlah mata bagi seekor ikan yang

ditimbang serta masa tangkapan ikan yang dicatat oleh marsyal. 10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat

dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada di dalam air ketika siren penamat dibunyikan, ikan berkenaan tidak layak dipertandingkan.

Page 11: PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 - · PDF file10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada

PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016

10

10.18 Bagi mengekalkan konsep tangkap dan lepas maka saiz ikan yang

berjaya dinaikkan perlu dilepaskan semula ke Tasik Putrajaya sebagaimana jadual berikut.

Jenis dan Saiz Ikan Yang Perlu Dilepaskan

Spesies Saiz Sebarau Kurang 10 inci/25cm Jelawat Kurang 10 inci/25cm Belida Kurang 10 inci/25cm Ketutu Kurang 10 inci/25cm Lampam Sungai Kurang 7 inci/18cm Tenggalan Kurang 14 inci/30cm Kelah Semua Saiz Temoleh Semua Saiz Tengas Semua Saiz Bujuk Semua Saiz Kerai Semua Saiz

10.19 Semua ikan mestilah dihantar ke meja hakim bersama joran dan mata kail

masih melekat di mulut ikan. Bagi ikan yang sudah disahkan marsyal, ia boleh dihantar ke meja hakim bersama waran tangkapan ikan yang diberikan oleh marsyal meskipun tanpa joran dan mata kail.

10.20 Semua spesis ikan keli tidak dipertandingkan.

11.0 KAEDAH PENENTUAN PEMENANG BAGI SETIAP PERTANDINGAN

11.1 Kaedah penentuan pemenang berdasarkan Sistem Mata bagi Pertandingan Memancing ini dibuat bagi memberi peluang ikan tempatan berkualiti tinggi seperti Temoleh dan Tenggalan bersaing dengan ikan lain untuk muncul juara.

11.2 Kaedah ini dilakukan dengan memberikan pemberat bagi setiap kumpulan

ikan seperti jadual di bawah:

Sistem Mata Pertandingan Memancing Putrajaya

Mata/kg SpesisIkan

10 Temoleh, Kerai, Tenggalan, Jelawat, Kelah, Tengas, Ketutu

7 Sebarau, Belida, Baung, Patin, Haruan, Kalui, Bujuk

5 Lampam, Tilapia, Kap Rumput, Rohu, Lee Koh

3 Toman, Pacu dan lain-Lain

Nota: Ikan KELI tidak dipertandingkan

Page 12: PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016 - · PDF file10.17 Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada

PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA 2016

11

11.3 Kaedah ini dapat menggalakkan pemancing menghantar tangkapan

masing-masing ke meja Hakim untuk ditimbang, sekaligus membantu pihak PPj mengenal pasti jumlah spesis ikan yang ada di dalam Tasik Putrajaya.

11.4 Kaedah ini boleh mengurangkan risiko berlaku penipuan (membawa ikan

dari luar - contohnya ikan Keli dan sebagainya). 11.5 Penerangan bagi konsep ini adalah seperti berikut:

11.5.1 Bagi konsep ini, tiada kategori spesis dipertandingkan.Sebaliknya,

penganjur akan memilih 50 pemenang dengan mata tertinggi bagi setiap seekor ikan yang ditimbang.

11.5.2 Setiap ikan akan ditimbang dan didarab dengan mata yang telah

ditetapkan seperti dalam jadual bagi mendapatkan jumlah mata ikan berkenaan.

Contoh: Pemancing 1 mendapat Temoleh 3 kilogram: 3 x 10 = 30 mata Pemancing 2 mendapat toman 8 kilogram: 8 x 3 = 24 mata Dalam kes di atas, Pemancing 1 adalah pemenang dengan 30 mata walaupun berat ikan Temoleh hanya 3 kilogram, berbanding ikan toman dengan berat 8 kilogram. 11.5.3 Bagi menggalakkan peserta menghantar ikan untuk ditimbang,

penganjur tidak akan mengisytiharkan had berat ikan yang perlu didaftarkan sepanjang tempoh pertandingan.

11.5.4 Kaedah mata ini adalah cara terbaik bagi mengurangkan

kemungkinan ikan Toman muncul juara keseluruhan berikutan kedua-duanya diberi pemberat yang rendah.

Nota: Jika dua atau lebih peserta mendapat jumlah mata yang sama, penentuan pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada masa tangkapan terawal.