persepsi pelajar sekolah agama terhadap · pdf fileborang pengesahan status tesis ... min....

25
PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AL-AMIN GOMBAK, SELANGOR MUNADA BINTI MOHAMAD RODI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hoanghanh

Post on 02-Feb-2018

272 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP MATA PELAJARAN

PENDIDIKAN ISLAM : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AL-AMIN

GOMBAK, SELANGOR

MUNADA BINTI MOHAMAD RODI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AL-AMIN GOMBAK, SELANGOR

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

SAYA : MUNADA BINTI MOHAMAD RODI

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh …………………………. (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

ALAMAT TETAP : DR. OTHMAN BIN NAPIAH LOT 5 BATU 14 JALAN TAIPING Nama Penyelia TELOK MEDAN, 34300 BAGAN SERAI, PERAK.

Tarikh : 11 November 2008 Tarikh : 11 November 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR. OTHMAN BIN NAPIAH

Tarikh : 11 NOVEMBER 2008

Page 4: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP MATA

PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH

AL-AMIN, GOMBAK, SELANGOR

MUNADA BINTI MOHAMAD RODI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2008

Page 5: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

ii

“Saya akui karya ini bertajuk “Persepsi Pelajar Sekolah Agama Terhadap Mata

Pelajaran Pendidikan Islam : Kajian di Sekolah Menengah Al-Amin Gombak,

Selangor” adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .....................................................

Nama Penulis : MUNADA BINTI MOHAMAD RODI

Tarikh : 11 NOVEMBER 2008

Page 6: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang HambaMu bersyukur di atas nikmat yang diberikan

Sehinnga kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

BuatAyah dan Umi tersayang Mohamad Rodi Jafar dan Hindun Hj Othman

Terima kasih atas nasihat, dorongan dan semangat Mendoakan anakmu ini berjaya dunia dan akhirat

Sesungguhnya dikau sumber inspirasiku

Teristimewa buat suami tercinta Mohamad Safuan bin Jamin

Terima kasih atas pengorbanan dan kata semangatmu Menyokong perjuangan isterimu ini di medan ilmu

Menjadi pembakar semangat Untuk isterimu ini berjaya

Buat kakak dan adik-adikku

Along, Da, Nurul, An, Imah, Ida, Tiah, Abang, Aliah dan adik Kejarlah ilmu selagi hayat dikandung badan

Kerana ilmu adalah harta yang paling berharga daripada emas dan permata

Buat Penyelia yang dihormati Dr. Othman Napiah

Terima kasih atas teguran dan bimbingan Semoga Allah membalas jasamu

Dengan sebaik-baik balasan

Buat Pensyarah PPIPS dan guru-guruku Jasamu menaburkan ilmu tidak terbalas oleh ku Terima kasih dan doa yang mampu ku hulurkan

Semoga dirimu beroleh kebahagian dunia dan akhirat

Buat rakan seperjuangan Dorongan, sokongan, pengorbanan serta kata semangat

Membakar semangatku untuk terus berjuang Sehingga ketitisan yang terakhir

Memori bersama terpahat di ingatan

Page 7: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan sekelian alam kerana dengan limpah

kurnia-Nya laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disempurnakan mengikut

masa yang telah ditetapkan. Terdahulu, ingin saya merakamkan jutaan penghargaan

dan terima kasih buat penyelia yang dihormati, iaitu Dr. Othman bin Napiah atas

segala jasa dan tunjuk ajar serta bimbingan sehingga sempurnanya kajian ini.

Terima kasih juga saya ingin rakamkan buat suami tercinta kerana membantu

dan memberi sokongan padu tanpa jemu untuk saya menyiapkan laporan ini. Tidak

lupa juga buat barisan pensyarah yang memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh

pengajian saya di bumi UTM.

Buat pihak pengurusan Sekolah Menengah Al-Amin, jutaan terima kasih

diucapkan atas kerjasama dan layanan yang baik sepanjang saya menjalankan

penyelidikan terutamanya buat pengetua sekolah, Encik Mohd Hasni b Mohamed

dan guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Latipah serta guru-guru dan

pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua yang terlibat dalam kajian ini dan memberikan

kerjasama. Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan dan

sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung ataupun tidak.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi pelajar sekolah agama terhadap mata

pelajaran Pendidikan Islam. Sekolah yang terlibat dalam kajian ini ialah Sekolah

Menengah Al-Amin Gombak, Selangor. Seramai 132 orang responden telah terlibat

dalam kajian ini yang dipilih secara rawak. Dalam kajian ini juga, penyelidik

menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik ini mengandungi

30 item berbentuk soalan yang disusun berdasarkan Skala Likert. Nilai

kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.901. Kaedah analisis statistik deskriptif

telah digunakan untuk menganalisis data dalam bentuk kekerapan, peratusan dan

min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah dianalisis dengan

menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 12.0 for

Windows. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar

terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam ini adalah positif dengan nilai min 4.39.

Begitu juga dengan kepentingan mata pelajaran Pendidikan Islam,nilai min adalah

4.36 dan faktor-faktor penentu minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan

Islam dengan nilai min 3.85, juga memberikan respond yang positif. Min

keseluruhan yang diperolehi adalah 4.21 iaitu berada pada tahap tinggi. Penyelidik

telah mengutarakan beberapa cadangan untuk dijadikan panduan kepada pihak-pihak

tertentu untuk diambil perhatian. Diharap kajian ini dapat memberi manafaat kepada

semua pihak yang terlibat.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

vi

ABSTRACT

This research has been conducted in order to determine perception of students from

religions school on Islamic Study subjects. Sekolah Menengah Al-Amin at Gombak,

Selangor has been chosen for the purpose of the research. Around 132 randomly

selected respondents were involved in the research. In this research, the researcher

used a set of questionnaire as an instrument. The questionnaires consist of 30 items,

using the Likert Scale. The value of the research instrument’s reliability was α =

0.901. The data is analyzed descriptively in the form of frequency, percentages and

mean using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 12.0 for Windows.

The findings showed the students’ perception on Islamic Study subject is positive

with mean 4.39. Same result reflect on the importance of Islamic Study subject

which value mean 4.36 and the factors that influence the students’ interest toward the

subject with value mean 3.85. Overall mean is 4.21 which is considered high. The

researcher also has come out with several suggestions to be considered by relevant

parties. Hopefully, this research benefits all of the involved parties.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA HALAMAN

JUDUL

PENGAKUAN

i

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2-5

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

Page 11: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

viii

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7-8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9-

1.8.1 Persepsi 9

1.8.2 Pelajar 9

1.8.3 Sekolah Agama 9

1.8.4 Pendidikan Islam 10

1.9 Kesimpulan 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Definisi Pendidikan 11-13

2.3 Definisi Pendidikan Islam 13-14

2.4 Perkembangan Pendidikan Islam 14-21

2.4.1 Pendidikan Islam di Zaman Rasulullah 14-18

2.4.2 Pendidikan Islam di Zaman Khulafah al-

Rasyidin

18-20

2.4.3 Pendidikan Islam di Zaman Umaiyah 19-20

2.4.4 Pendidikan Islam di Zaman Abbasiyah 20-21

2.5 Ciri-ciri Kurikulum Pendidikan Islam KBSM 21-24

2.6 Falsafah Pendidikan Islam 24-25

2.7 Matlamat Pendidikan Islam 25-26

2.8 Objektif Pendidikan Islam 26-28

2.9 Silibus Pendidikan Islam (KBSM) 28-31

2.9.1 Bidang Pembelajaran Tilawah al-Quran

dan Hadis

29

2.9.2 Bidang Pembelajaran ‘Ulum Syar’iyah 29-30

2.9.3 Bidang Pembelajaran Adab Berteraskan

Akhlak Islamiah

30-31

2.10 Kepentingan Mata Pelajaran Pendidikan Islam 31-39

Page 12: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

ix

2.10.1 Pendidikan Tilawah, Hafazan dan

Kefahaman Al-Quran

32

2.10.2 Pendidikan Akidah 32-36

2.10.3 Pendidikan Ibadah 36-37

2.10.4 Pendidikan Akhlak 37-38

2.10.5 Pendidikan Sirah, Tokoh dan Tamadun

Islam

38-39

2.11 Faktor-faktor Minat Belajar 39-43

2.11.1 Ibu Bapa dan Keluarga 40

2.11.2 Guru-guru 40-41

2.11.3 Rakan Sebaya 41

2.11.4 Kandungan Mata Pelajaran 42

2.11.5 Keadaan Persekitaran 42

2.12 Kajian Lepas 43-47

2.13 Kesimpulan 48

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 49

3.2 Reka Bentuk Kajian 49-50

3.3 Tempat Kajian 51

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 51-53

3.5 Instrumen Kajian 53-55

3.6 Data Sekunder 56

3.7 Tatacara Kajian 56-57

3.8 Kajian Rintis 57-58

3.9 Analisis Data 58-59

3.10 Jangka Masa Kajian 59

3.11 Kesimpulan 60

Page 13: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

x

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 61

4.2 Analisis Data 61-86

4.2.1 Analisis Data Bahagian A 62-66

4.2.1.1 Umur Responden 62

4.2.1.2 Tingkatan Responden 63

4.2.1.3 Jantina Responden 63-64

4.2.1.4 Pekerjaan Bapa/Penjaga

Responden

64

4.2.1.5 Pekerjaan Ibu Responden 65

4.2.1.6 Keputusan Peperiksaan

Pertengahan Tahun Bagi Mata

Pelajaran Pendidikan Islam

Responden

65-66

4.2.2 Analisis Data Bahagian B, C dan D 66-85

4.2.2.1 Analisis Data Berkaitan Dengan

Persepsi Pelajar Terhadap Mata

Pelajaran Pendidikan Islam

66-73

4.2.2.2 Analisis Data Berkaitan Dengan

Kepentingan Mata Pelajaran

Pendidikan Islam

73-80

4.2.2.3 Analisis Data Berkaitan Dengan

Faktor-faktor Penentu Minat

Pelajar Terhadap Mata Pelajaran

Pendidikan Islam

80-86

4.3 Dapatan Keseluruhan Item 87

4.3.1 Dapatan Keseluruhan Item Bahagian B 87-89

4.3.2 Dapatan Keseluruhan Item Bahagian C 90-92

4.3.3 Dapatan Keseluruhan Item Bahagian D 93-95

4.4 Kesimpulan 96

Page 14: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

xi

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 97

5.2 Perbincangan 98-108

5.2.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 98-99

5.2.2 Bahagian B : Persepsi Pelajar Terhadap

Mata Pelajaran Pendidikan Islam

99-102

5.2.3 Bahagian C : Kepentingan Mata Pelajaran

Pendidikan Islam

102-106

5.2.4 Bahagian D : Faktor-faktor Penentu Minat

Pelajar Terhadap Mata Pelajaran

Pendidikan Islam

106-108

5.3 Rumusan 109

5.4 Cadangan 110-111

5.4.1 Kementerian Pendidikan 110

5.4.2 Ibu Bapa 110

5.4.3 Guru 111

5.5 Kajian Lanjutan 111

5.6 Kesimpulan 112

BIBLIOGRAFI 113

LAMPIRAN 118

Page 15: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

xii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1

Jumlah Populasi dan Responden Mengikut Tingkatan 52

3.2 Skala Likert 54

3.3 Maklumat Pembahagian Soal Selidik 55

3.4 Skala Nilai Min 59

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 62

4.2 Taburan Mengikut Tingkatan Responden 63

4.3 Taburan Mengikut Jantina Responden 63

4.4 Taburan Pekerjaan Bapa/Penjaga Responden 64

4.5 Taburan Pekerjaan Ibu Responden 65

4.6

Taburan Mengikut Gred Keputusan Peperiksaan

Pertengahan Tahun Bagi Mata Pelajaran Pendidikan

Islam Responden

66

4.7 Taburan Skor Bagi Item 1 67

4.8 Taburan Skor Bagi Item 2 68

4.9 Taburan Skor Bagi Item 3 68

4.10 Taburan Skor Bagi Item 4 69

4.11 Taburan Skor Bagi Item 5 69

4.12 Taburan Skor Bagi Item 6 70

4.13 Taburan Skor Bagi Item 7 71

4.14 Taburan Skor Bagi Item 8 71

4.15 Taburan Skor Bagi Item 9 72

4.16 Taburan Skor Bagi Item 10 72

Page 16: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

xiii

4.17 Taburan Skor Bagi Item 11 73

4.18 Taburan Skor Bagi Item 12 74

4.19 Taburan Skor Bagi Item 13 75

4.20 Taburan Skor Bagi Item 14 75

4.21 Taburan Skor Bagi Item 15 76

4.22 Taburan Skor Bagi Item 16 77

4.23 Taburan Skor Bagi Item 17 77

4.24 Taburan Skor Bagi Item 18 78

4.25 Taburan Skor Bagi Item 19 79

4.26 Taburan Skor Bagi Item 20 79

4.27 Taburan Skor Bagi Item 21 80

4.28 Taburan Skor Bagi Item 22 81

4.29 Taburan Skor Bagi Item 23 82

4.30 Taburan Skor Bagi Item 24 82

4.31 Taburan Skor Bagi Item 25 83

4.32 Taburan Skor Bagi Item 26 84

4.33 Taburan Skor Bagi Item 27 84

4.34 Taburan Skor Bagi Item 28 85

4.35 Taburan Skor Bagi Item 29 85

4.36 Taburan Skor Bagi Item 30 86

4.37 Rumusan dapatan kajian terhadap persepsi pelajar

terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam 87-89

4.38 Rumusan dapatan kajian terhadap kepentingan mata

pelajaran Pendidikan Islam 90-92

4.39

Rumusan dapatan kajian terhadap faktor-faktor

penentu minat pelajar terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam

93-95

Page 17: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

xiv

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

α Alpha

* Item Negetif

% Peratus

ABM Alat Bantu Mengajar

Bil Bilangan

Cet Cetakan

DR Doktor

Ed Edisi

et al dan lain-lain

DSB Dan Sebagainya

FPN Falsafah Pendidikan Negara

HIV Human Immunodeficiency Virus

HJ Haji

IKIM Institut Kemajuan Islam Malaysia

JAPIM Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

JIL Jilid

K Kekerapan

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

n Jumlah Responden

NO Nombor

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PMR Penilaian Menengah Rendah

PROF Profesor

PSM Projek Sarjana Muda

Page 18: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

xv

S Setuju

S.A.W Sallallahu Alaihi Wasallam

S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala

SPSS Statistical Packages For Social Sciences

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

T.T. Tanpa Tahun

Terj Terjemah

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

YAB Yang Amat Berbahagia

Page 19: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 118

B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 124

Universiti Teknologi Malaysia

Page 20: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di Malaysia, pelaksanaan Pendidikan Islam di dalam Sistem Pendidikan

Kebangsaan adalah berdasarkan perakuan-perakuan yang terkandung di dalam

Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 dan dalam Akta Pelajaran 1961.

Perakuan-perakuan di dalam ketiga-tiga Penyata Akta tersebut telah

memperuntukkan supaya agar semua sekolah yang mempunyai 15 atau lebih murid

Islam wajib mengajarkan mata pelajaran agama Islam. Hasil daripada perakuan

tersebut, pada peringkat awalnya mata pelajaran Pendidikan Islam telah diajar di luar

jadual waktu persekolahan (di waktu petang). Pada tahun 1962 barulah mata

pelajaran Pendidikan Islam dimasukkan ke dalam jadual waktu rasmi sekolah dengan

peruntukan masa pengajaran dan pembelajarannya sebanyak 120 minit seminggu

(Abd. Rauf Dalip, 1984:1).

Peruntukan-peruntukan di atas telah dipinda dalam Akta Pendidikan 1996

dengan menetapkan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam wajib diadakan jika

terdapat 5 atau lebih murid Islam di sesebuah sekolah. Pada tahun 1982 KBSR telah

diperkenalkan. Seterusnya pada tahun 1988 diikuti pula KBSM. Perubahan ini

Page 21: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

2

melibatkan mata pelajaran Pendidikan Islam (Unit Kurikulum Pendidikan Islam

Teras, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral:125).

Pada akhir tahun 1980-an merupakan tahun reformasi dan penjelmaan

kembali Pendidikan Islam dalam Sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan

Negara (FPN) dengan berani telah menjadikan “kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan” sebagai teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malahan tidak

keterlaluan jika FPN telah mendokong cita-cita dan hasrat Falsafah Pendidikan

Islam. FPN telah meletakkan ‘pembinaan insan seimbang’ dari segi intelek, emosi,

rohani dan jasmani ke arah melahirkan insan sepadu yang tunduk dan patuh kepada

Tuhan (Ahmad Mohammad Salleh, 2004:55).

Mulai tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyemak

semula Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam sejajar dengan semua mata pelajaran lain

dalam kurikulum kebangsaan. Sukatan Pelajaran Kurikulum Semakan Pendidikan

Islam telah dibetangkan kepada YAB Perdana Menteri pada 8 Mac 2001 (Unit

Kurikulum Pendidikan Islam Teras, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan

Moral:125).

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan Islam adalah merupakan satu mata pelajaran teras dalam

kurikulum pendidikan di Malaysia yang wajib diambil oleh semua pelajar Islam

sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Ini bermakna semua pelajar

wajib mengambil mata pelajaran ini tanpa ada pilihan lain.

Page 22: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

3

Oleh yang demikian, sepatutnya pelajar-pelajar yang terdidik dengan

Pendidikan Islam di sekolah lebih kurang sebelas tahun ini iaitu dari darjah satu

hingga tingkatan lima mempunyai nilai-nilai murni dan akhlak yang cemerlang

dalam setiap tingkah laku dan perbuatan mereka.

Menurut Mohd Yusuf (1995:73) di Malaysia, Pendidikan Islam walaupun

jauh lebih baik dari segi falsafah dan pelaksanaanya dibandingkan dengan beberapa

Negara Islam yang lain, akan tetapi realiti pelaksanaannya masih terpisah daripada

Pendidikan Islam dengan pendidikan akademik, antara apa yang dipelaji pelajar

dengan apa yang dihayati mereka. Hasilnya terdapat pelajar yang mempunyai

keputusan yang baik dalam Pendidikan Islam tetapi dari sudut amalannya adalah

sebaliknya.

Namun begitu, masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja hari ini amat

membimbangkan. Banyak dipaparkan di akhbar tentang remaja pada masa kini yang

menghadapi krisis akhlak. Ini menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa para

pelajar masa kini mempunyai penghayatan yang rendah terhadap Pendidikan Islam

yang telah mereka pelajari di sekolah. Sebagai contoh kes yang berlaku di Kuala

Pilah pada tahun 2006 di mana sekumpulan pelajar tingkatan empat Sekolah

Menengah Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ) bertindak membelasah sembilan pelajar

tingkatan dua sekolah itu gara-gara tidak berpuas hati kerana gagal memeras ugut

wang daripada mereka. Kejadian itu berlaku pada pukul 3 pagi dipercayai dilakukan

oleh 15 orang pelajar tingkatan empat apabila seorang pelajar tingkatan dua

melaporkan kejadian tersebut kepada warden asrama (Utusan Malaysia: 21 Febuari

2006)

Rasa hormat pelajar pada masa kini juga semakin longgar. Kenyataan ini

dibuktikan dengan kes yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis

pada baru-baru ini di mana seorang pelajar telah memukul dan menendang gurunya

disebabkan tidak berpuas hati dengan tugasan yang diberikan. Kejadian itu berlaku

Page 23: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

4

selepas pelajar itu menulis perkataan kesat dalam buku tugasan yang diserahkan

kepada guru tersebut (KOSMO: 17 oktober 2008).

Di samping itu pada tahun 2006 pembabitan remaja dan pelajar berusia tujuh

hingga 18 tahun dalam jenayah mencatatkan peningkatan yang membimbangkan

dengan kenaikan sebanyak 1,295 kes berbanding 2005. Peningkatan daripada 5,543

kes pada 2005 kepada 6,838 kes pada tahun lalu menyamai rekod jenayah dilakukan

warga asing terutama pendatang tanpa izin di seluruh negara dalam tempoh masa itu.

Tahun lalu, kes remaja yang terbabit dalam jenayah mencatatkan 5,007 kes (2.15

peratus) berbanding 3,936 kes (1.9 peratus) pada tahun sebelumnya manakala pelajar

meningkat daripada 1,607 kes kepada1,831 (0.78) (Berita Harian: 17 Feb. 2007).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (Berita Harian: 17 Feb. 2007),

berkata senario itu amat membimbangkan dan semua pihak terutama sekolah perlu

memainkan peranan lebih aktif mencegahnya daripada menjadi lebih buruk. Katanya,

pada tahun 2006, indeks jenayah mencatatkan peningkatan 13 peratus iaitu daripada

205,796 kes pada 2005 kepada 232,620 kes. Jumlah itu suatu yang agak besar. Kes

pelajar dan remaja terbabit dalam dadah juga semakin meningkat. Generasi muda ini

adalah pewaris masa depan, jika mereka terbabit dalam jenayah, kemungkinan besar.

Hal ini perlu diambil perhatian yang serius oleh semua pihak sama ada pihak

sekolah, guru-guru dan ibu bapa. Tidak dapat disangkal lagi masalah keruntuhan

akidah dan sosial seperti gejala murtad, keruntuhan akhlak, zina, rogol, serta

kegagalan remaja Islam untuk melaksanakan tuntutan asas sebagai seorang muslim.

Negara kini sedang menuju kehancuran jika gejala sosial di kalangan belia

yang semakin bertambah hari demi hari, tidak ditangani segera. Kebimbangan itu

diluahkan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Syed Ali

Tawfik Al-Attas berikutan bertambahnya jumlah penagih dadah, kes juvana dan

penghidap HIV di seluruh Negara (Utusan Malaysia: 1 Nov. 2006).

Page 24: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

5

Tambahan pula, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (Berita

Harian: 12 Mac 2007) mengenai peningkatan remaja dan pelajar berusia 7 hingga 18

tahun dalam kes jenayah. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, jenayah

membabitkan remaja semakin meningkat iaitu 6,838 pada 2006, berbanding 5,543

pada 2005, menyamai rekod jenayah yang dilakukan warga asing. Ada antara mereka

mula terbabit dalam kes jenayah berat seperti membunuh, sekali gus membuktikan

golongan terbabit perlu diberi perhatian khusus supaya perilaku itu dapat dibendung.

Ini menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat umum tentang

pelaksanaan Pendidikan Islam sama ada pelaksanaannya di sekolah mencukupi

ataupun adakah ia memberi kesan yang diharapkan dalam Pendidikan Isla serta

terdapat faktor luaran yang terlalu hebat sehingga mempengaruhi pelajar terhadap

salah laku pelajar walaupun mereka telah mendapat didikan yang sempurna di

sekolah.

Meskipun Falsafah Pendidikan Islam secara jelas menekankan bahawa

matlamat yang ingin dicapai ialah kesejahteraan di dunia dan akhirat serta untuk

melahirkan insan yang bertakwa dan berakhlak mulia, namun dari sudut realitinya

matlamat yang ingin dicapai tersebut adalah amat sukar dan cabaran yang dihadapi

amat hebat khususnya dalam era globalisasi ini.

1.3 Penyataan Masalah

Daripada latar belakang masalah yang dinyatakan di atas, penyelidik

merasakan perlunya mengkaji apakah persepsi pelajar sekolah agama terhadap mata

pelajaran Pendidikan Islam di sekolah memandangkan banyaknya penglibatan

remaja dalam masalah sosial menggambarkan remaja bermasalah dalam Pendidikan

Islam.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH AGAMA TERHADAP · PDF fileBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ... min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah ... 2.10.1 Pendidikan Tilawah,

6

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:

1.4.1 Untuk mengetahui persepsi pelajar sekolah agama terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam di sekolah.

1.4.2 Untuk mengetahui kepentingan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah.

1.4.3 Untuk mengetahui apakah faktor penentu kepada minat pelajar terhadap mata

pelajaran Pendidikan Islam.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik menumpukan kepada beberapa

persoalan kajian yang perlu dijawab. Persoalan tersebut adalah:

1.5.1 Apakah persepsi pelajar sekolah agama terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam di sekolah?

1.5.2 Apakah kepentingan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah

kepada para pelajar?

1.5.3 Apakah faktor-faktor penentu minat pelajar terhadap mata pelajaran

Pendidikan Islam di sekolah?