persepsi pelajar politeknik terhadap keberkesanan … · keberkesanan modul soft skills latihan...

31
PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN MODUL SOFT SKILLS LATIHAN INDUSTRI JOSEPHINE A/K MINI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lethien

Post on 29-Aug-2019

241 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP

KEBERKESANAN MODUL SOFT SKILLS LATIHAN INDUSTRI

JOSEPHINE A/K MINI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

u Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS uuuu

JUDUL PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN MODUL

SOFT SKILLS LATIHAN INDUSTRI

SESI PENGAJIAN : 2010 / 2011 Saya JOSEPHINE A/K MINI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

Disahkan oleh:

( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )

CIK RAFEIZAH BT MOHD ZULKIFLI (Nama Penyelia)

Tarikh: 10 Mei 2011

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tarikh: 10 Mei 2011

Alamat Tetap: Lot 129, Taman Palma Indah, Lorong 2D, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.

TERHAD

TIDAK TERHAD

SULIT

Page 3: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan

kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : CIK RAFEIZAH BT MOHD ZULKIFLI

Tarikh : 10 MEI 2011

Page 4: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP

KEBERKESANAN MODUL SOFT SKILLS LATIHAN INDUSTRI

JOSEPHINE A/K MINI

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 5: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

“Saya akui Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : JOSEPHINE A/K MINI

Tarikh : 11 MEI 2011

Page 6: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

i

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan kurnia dan keizinannya maka

dapat menyiapkan kertas projek ini. Juga kepada keluarga yang sentiasa memberi

dorongan sama ada dari aspek moral mahupun bantuan kewangan. Dengan berkat

tekun, sabar dan dapat mengharungi segala cabaran dari awal hingga akhir.

Saya ingin memberi penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana

Muda ini Cik Rafeizah bt Muhd Zulkifli dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas bimbingan,

panduan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh saya menyiapkan penyelidikan

ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia kerana telah memberi

kebenaran untuk menjalankan kajian. Terima kasih juga dirakamkan kepada

Pengarah, pensyarah serta pelajar Politeknik yang berkenaan yang telah banyak

membantu dan memberi kerjasama yang terbaik sepanjang proses kajian projek ini

dijalankan.

Rakan-rakan yang banyak memberi komen dan pendapat yang membina.

Akhir sekali, terima kasih ditujukan kepada mereka yang terlibat secara langsung

ataupun tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Sekian, terima kasih.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

ii

Abstrak

Graduan yang ideal perlu memiliki bukan sahaja kemahiran teknikal malah

juga kemahiran Soft Skills. Kemahiran Soft Skills merupakan aspek yang selalu

diberi perhatian oleh para majikan. Oleh itu, pembangunan kemahiran Soft Skills kini

menjadi fokus utama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan digunakan oleh bakal

majikan sebagai nilai tambah graduan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji

keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik

berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai

instrumen kajian. Seramai 186 orang pelajar dari Jabatan Elektrik dan Jabatan

Mekanikal dipilih sebagai sampel. Item-item soal selidik yang dibina telah disemak

oleh dua orang pensyarah yang pakar daripada Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia. Tahap kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) yang diperolehi

bagi instrumen soal selidik ini adalah 0.931. Data mentah dianalisis menggunakan

perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science Version 16) bagi

mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

Modul Soft Skills Latihan Industri ini dapat memberikan pelajar pendedahan kepada

alam pekerjaan mengenai tugas di dalam organisasi serta persediaan untuk

menghadapi temuduga. Selain itu, modul ini dapat membina personaliti pelajar yang

positif, kemahiran berkomunikasi serta etika kerja yang baik. Secara keseluruhannya,

dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar politeknik berpendapat bahawa

Modul Soft Skills Latihan Industri yang dilaksanakan adalah berkesan.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

iii

Abstract

Ideal graduates not only should have technical skills but also Soft Skills. Soft

skills are an aspect that has always given attention by the employers. Therefore,

development of skills Soft Skills has now become the main focus of the Ministry of

Higher Education (KPT) and used by prospective employers as an added value to

graduates. This study aims to examine the effectiveness of the Module of Soft Skills

in Industrial Training that has been taught at the Polytechnic based on students'

perceptions. This study used a questionnaire form as a research instrument. A total of

186 students from the Electrical Department and Mechanical Department were

chosen as the sample. The questionnaire item that was built has been reviewed by

two expert lecturers from the Faculty of Education, University Technology Malaysia.

The level of reliability (Cronbach Alpha) that obtained for this survey instrument is

0931. The raw data were analyzed using SPSS (Statistical Package for the Social

Science Version 16) to obtain the frequency and percentage. The findings indicated

that the Module of Soft Skills in Industrial Training is to give students exposure to

the world of work on the tasks of the organization and preparation for the interview.

In addition, this module is to develop students' positive personality, communication

skills and good work ethic. Overall, the results show that the polytechnic students

think that the Module of Soft Skills in Industrial Training is effectively implemented.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

iv

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

SENARAI JADUAL

SENARAI GRAF

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

ix

x

xi

xii

1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar belakang Masalah

1.2 Penyataan Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Kepentingan Kajian

1.5.1 Kepentingan Kepada Sumber Manusia

1.5.2 Kepentingan Kepada Sektor Ekonomi Negara

1.5.3 Kepentingan Kepada Pelajar Politeknik

1.5.4 Kepentingan kepada Industri

1.6 Batasan Kajian

1.7 Definisi Istilah

1

1

3

5

6

7

7

8

8

8

9

9

9

Page 10: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

v

1.7.1 Keberkesanan

1.7.2 Modul Soft Skills Latihan Industri Politeknik

1.7.3 Soft Skills

1.7.4 Latihan Industri

1.7.5 Persepsi

1.8 Penutup

10

10

11

12

12

13

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

2.1 Teori dan Model Keberkesanan Modul

2.1.1 Model Kirkpatrick

2.1.2 Model CIRO

2.1.3 Model Sistem Bell

2.1.4 Model Penilaian Program Secara Formatif

2.1.5 Model Penilaian Program Secara Sumatif

2.1.6 Kerangka Kajian

2.2 Modul Soft Skills Latihan Industri

2.3 Konsep Soft Skills

2.4 Model Soft Skills

2.4.1 Model Mata Pelajaran Mandiri (Stand Alone

Subject)

2.4.2 Model Terapan (Embedded)

2.4.3 Model Kelompok (Cluster)

2.4.4 Model Teras Kompetensi (Core

Competency)

2.5 Kajian Berkaitan Dari Dalam Dan Luar Negara

2.6 Penutup

14

14

15

15

16

16

18

18

19

20

23

24

24

24

25

26

27

33

3 METHODOLOGI 34

Page 11: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

vi

3.0 Pengenalan

3.1 Rekabentuk Kajian

3.2 Populasi dan Sampel Kajian

3.3 Tempat Kajian

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Bahagian A – Demografi Pelajar

3.4.2 Bahagian B – Kemahiran Soft Skills

3.5 Prosedur Kajian

3.6 Kajian Rintis

3.7 Analisis Data

3.8 Penutup

34

34

35

36

38

39

39

40

41

43

44

4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan

4.1 Latar Belakang Responden

4.1.1 Taburan Responden mengikut Jantina

4.1.2 Taburan Responden mengikut Umur

4.1.3 Taburan Responden mengikut Bangsa

4.1.4 Taburan Responden mengikut Jabatan

4.2 Analisis Item Kajian Bahagian B

4.2.1 Soalan Kajian 1: Mengenalpasti keupayaan

Modul Soft Skills Latihan Industri dalam

membina personaliti pelajar yang positif.

4.2.2 Soalan Kajian 2: Mengenalpasti keupayaan

Modul Soft Skills Latihan Industri dalam

membentuk kemahiran berkomunikasi

pelajar.

4.2.3 Soalan Kajian 3: Mengenalpasti keupayaan

Modul Soft Skills Latihan Industri dalam

45

45

46

46

47

47

48

48

49

52

54

Page 12: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

vii

membentuk amalan etika dan peraturan

kerja pelajar yang baik.

4.2.4 Soalan Kajian 4: Mengenalpasti keupayaan

Modul Soft Skills Latihan Industri dalam

memberi pendedahan kepada alam

pekerjaan kepada pelajar.

4.2.5 Soalan Kajian 5: Mengenalpasti keupayaan

Modul Soft Skills Latihan Industri dalam

membantu pelajar menghasilkan laporan

industri.

4.3 Analisis Keseluruhan

4.4 Kesimpulan

57

59

61

62

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.0 Pengenalan

5.1 Perbincangan

5.1.1 Latar Belakang Responden

5.1.2 Persoalan Kajian 1: Modul Soft Skills

Latihan Industri dapat membina personaliti

pelajar yang positif.

5.1.3 Persoalan Kajian 2: Modul Soft Skills

Latihan Industri dapat membentuk

kemahiran berkomunikasi pelajar.

5.1.4 Persoalan Kajian 3: Modul Soft Skills

Latihan Industri dapat membentuk amalan

etika dan peraturan kerja pelajar yang baik.

5.1.5 Persoalan Kajian 4: Modul Soft Skills

Latihan Industri dapat memberi pendedahan

kepada alam pekerjaan kepada pelajar.

63

63

63

64

64

66

68

70

Page 13: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

viii

5.1.6 Persoalan Kajian 5: Modul Soft Skills

Latihan Industri dapat membantu pelajar

menghasikan laporan industri.

5.2 Cadangan

5.2.1 Cadangan Kajian

5.2.2 Cadangan Lanjutan

5.3 Rumusan Kajian

72

73

73

74

75

RUJUKAN

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

LAMPIRAN D

LAMPIRAN E

LAMPIRAN F

LAMPIRAN G

77

84

91

94

96

98

100

103

Page 14: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

ix

SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk Halaman

1.1 Jadual Istilah lain bagi Soft Skills 11

2.1 Model Kirkpatrick 17

2.2 Model CIRO 17

2.3 Model Sistem Bell 17

2.4

2.5

Kerangka Kajian

Model Terapan.

19

25

2.6 Model Kelompok (Cluster) 26

2.7

3.1

Model Teras Kompetensi (Core Competency)

Proses dalam rekabentuk kajian jenis Tinjauan. (Nadirah

et.al.,2010)

27

37

Page 15: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

x

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Halaman

2.1 Jadual kompetensi Modul Soft Skills Latihan Industri

Politeknik.

20

3.1

3.2

Jenis Konstruk dan Bilangan Item dalam Soal Selidik.

Pekali Alpha Cronbach

39

42

3.3 Skala Likert 43

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 47

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 47

4.4 Taburan Responden Mengikut Jabatan 48

4.5 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi

Persoalan Kajian 1 (N = 186)

49

4.6 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi

Persoalan Kajian 2 (N = 186)

52

4.7 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi

Persoalan Kajian 3 (N = 186)

54

4.8 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi

Persoalan Kajian 4 (N = 186)

57

4.9 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi

Persoalan Kajian 5 (N = 186)

59

4.10 Analisis Purata Peratus Keseluruhan Persoalan Kajian 61

Page 16: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

xi

SENARAI GRAF

No. Graf Tajuk Halaman

4.1 Tahap Min Bagi Setiap Persoalan Kajian. 62

Page 17: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

xii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk Halaman

A SOAL SELIDIK 84

B SURAT KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK 91

C DATA KEBOLEHPERCAYAAN BAGI KAJIAN RINTIS 94

D DATA KEBOLEHPERCAYAAN KAJIAN SEBENAR 96

E JADUAL KREJIE DAN MORGAN 98

F SURAT KEBENARAN KPT 100

G SURAT PERMOHONAN KEPADA PENGARAH POLITEKNIK

103

Page 18: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Malaysia sebagai sebuah negara membangun menghadapi cabaran besar

dalam penghadapi persaingan abad ke-21. Malaysia berazam untuk menjadi sebuah

negara yang maju dan berdaya saing. Kejayaan ini melibatkan pembangunan modal

insan kelas pertama dan ianya bergantung kepada mutu sistem pendidikan negara.

Oleh itu kerajaan berhasrat untuk menggerakkan satu usaha untuk

mentransformasikan pendidikan negara pada semua peringkat dari pra sekolah

hingga pengajian tinggi (Dato, Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Pelan

Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui tahun 2020).

Sejajar dengan hasrat kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

menggariskan Visi dan Misi yang berdaya saing di peringkat global. Visi KPT adalah

untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi menjelang tahun

2020. Manakala, misi KPT adalah untuk membangun dan mewujudkan persekitaran

pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul

dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi

keperluan negara dan antarabangsa (Kementerian Pengajian Tinggi, 2010). Selain

berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu, universiti perlu meningkatkan peranan

melahirkan modal insan berbakat besar yang berupaya untuk memenuhi keperluan

Page 19: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

2

semasa dan masa hadapan negara. Graduan yang ideal perlu menguasai kemahiran

teknikal, mereka juga memiliki ciri-ciri kemahiran insaniah seperti bijak

berkomunikasi, mahir dalam mengenal pasti dan menyelesaikan masalah.

Elemen Soft Skills telah diterapkan sekian lama dalam mata pelajaran yang

ditawarkan di IPT. Oleh itu, pembangunan kemahiran insaniah graduan kini menjadi

fokus utama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan digunakan oleh bakal majikan

sebagai nilai tambah graduan. Menurut Briggs dan Hodgsm (2000) di antara

kelemahan graduan yang paling ketara ialah kelemahan dalam penguasaan

kemahiran komunikasi. Kemahiran komunikasi ini penting kepada graduan kerana ia

merupakan di antara keperluan kemahiran yang diperlukan oleh pihak majikan

(Ahmad Esa, 2005).

Kearns (2001) menyatakan bahawa Soft Skills ini merupakan aspek yang

perlu dipelajari oleh graduan. Ini kerana, ia merupakan aspek yang selalu diberi

perhatian oleh para majikan. Para majikan menganggap aspek kompetensi

merupakan aspek yang perlu dan harus dimiliki oleh graduan agar menjadi pekerja

yang berketrampilan dan berkeupayaan tinggi serta mampu membawa pembaharuan

kepada diri dan orang di sekeliling. Aspek Soft Skills dilihat sebagai salah satu aspek

penting dalam pengambilan pekerja. Ia dapat dilihat di negara-negara maju seperti

Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan New Zealand yang memberi

penekanan terhadap Soft Skills dalam kurikulum pendidikan. Pengamal pendidikan

menyatakan bahawa Soft Skills adalah aspek penting dalam melahirkan dan

menyediakan pelajar yang cekap bekerja, berketrampilan dan boleh memberi

sumbangan kepada industri yang diceburi.

Keazaman terhadap pembangunan kemahiran insaniah pelajar inilah telah

menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menghasilkan Modul Soft-

Skills Latihan Industri untuk Politeknik. Modul ini adalah berasaskan kepada 5

kompetensi iaitu membina personaliti individu yang positif; kemahiran

berkomunikasi; mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik; pendedahan

Page 20: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

3

kepada alam pekerjaan; dan menghasilkan laporan harian latihan industri.

(Kementerian Pengajian Tinggi, 2006).

Bagi melaksanakan Kemahiran Insaniah atau Soft Skills ini di IPT, ianya

memerlukan komitmen yang tinggi daripada tenaga pengajar akademik. Menurut

Ahmad Esa (2005) pelaksanaan Kemahiran Insaniah ini boleh dilaksanakan dengan

baik di universiti kerana kebanyakan pensyarah di Politeknik memberikan respons

yang cukup positif terhadap penerapan Kemahiran Insaniah di kalangan pelajar

Politeknik di Malaysia.

1.1 Latar Belakang Masalah

Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan bahawa dengan memiliki ketrampilan

akademik semata-mata masih tidak dapat menjamin seseorang graduan untuk

mendapat pekerjaan akibat daripada persaingan sengit di dunia pasaran kerjaya hari

ini. Kebanyakan majikan bukan sahaja menjadikan pencapaian akademik sebagai

kriteria utama pemilihan, tetapi juga meletakkan penguasaan Soft Skills sebagai

kriteria pemilihan bakal pekerja (The Star, 7 Mac 2010)

Cabaran kecemerlangan IPT kini dikaitkan secara langsung dengan

keupayaan menghasilkan graduan yang menjadi pilihan utama industri, majikan dan

pasaran pekerjaan. Oleh itu, fenomena ini adalah selaras dengan objektif keempat

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ialah untuk menghasilkan graduan yang

berdaya saing untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa

dengan sasaran 75% graduan mendapatkan pekerjaan dalam bidang relevan dalam

tempoh enam bulan selepas tamat pengajian (KPT, 2010).

Page 21: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

4

Pengangguran di kalangan graduan IPTA di Malaysia merupakan isu yang

dikaitkan dengan prestasi IPTA dan kualiti graduan masa kini. Kajian menunjukkan

bahawa pengangguran dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya ialah sikap

memilih pekerjaan serta kegagalan memenuhi tuntutan industri dan pasaran

pekerjaan yang memerlukan kemahiran tertentu contohnya soft skills. (Nurita Juhdi,

2006). Menurut Dato’ Azian Osman pula graduan juga tidak menyediakan diri

dengan menguasai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris dan soft skills

sebagai tarikan kepada majikan untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka

(Dewan Negara, 2009)

Sepanjang tahun 2005, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta

bertujuan memberi latihan secara intensif dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan

kebolehpasaran graduan menganggur. Skim Latihan Graduan membangunkan

kurikulum yang memberi penekanan kepada kemahiran bekerja khususnya

kemahiran berkomunikasi, kemahiran menganalisis, keterampilan dan motivasi diri

selain kemahiran Bahasa Inggeris. Pelaksanaan Skim Latihan Graduan membuahkan

kejayaan dengan hampir 80% daripada graduan yang mengikuti Skim Latihan

Graduan telah berjaya mendapatkan pekerjaan walaupun belum menamatkan latihan

sepenuhnya (New Straits Times, 2002). Isu ini menimbulkan kredibiliti IPT dalam

melahirkan graduan yang berketerampilan sehingga memerlukan alternatif lain

seperti Skim Latihan Graduan ini.

Sehubungan dengan itu, wakil Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Ong Tee

Keat berkata pelajar harus diajar kemahiran Soft Skills untuk menyediakan mereka

contohnya persediaan pelajar untuk temuduga industri. Beliau menyatakan, pihak

universiti awam menyediakan latihan kemahiran soft skills, namun tidak di

Politeknik dan Kolej Komuniti. Oleh itu kementerian mencadangkan subjek ini

diajarkan di Politeknik pada 2006 (New Straits Times, 2006).

Selain itu, pada 3 Mac 2007, Menteri Kewangan Kedua iaitu Dato Nor

Mohammad Yaakup telah melancarkan Program Perintis yang bertujuan untuk

Page 22: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

5

menangani masalah pengangguran. Berdasarkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara

(MTEN) 2005, seramai 75000 graduan menganggur dan statistik ini meningkat

kepada 150000 graduan pada hujung tahun 2006. Keadaan ini berlaku bukan kerana

tiada pluang pekerjaan kepada graduan, tetapi adalah kerana pihak majikan yang

mementingkan aspek Soft Skills dalam pemilihan pekerja dan mengakibatkan ramai

graduan diketepikan dalam pemilihan pekerja (Berita Minggu, 2007)

Melalui wawancara akhbar The Star bersama Pengarah Perkhidmatan Sumber

Manusia Deloitte Consulting (M) Sdn. Bhd iaitu Rahmah Ismail, menyatakan

graduan tempatan masih kurang kemahiran soft skills jika dibandingkan dengan

lulusan luar negeri. Punca utama adalah kegagalan adalah semasa temuduga. Namun

perkara ini tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja malah juga di negera-negara lain.

Ia merupakan perkara biasa di Negara maju. (The Star, 2009).

1.2 Pernyataan Masalah

Cabaran kecemerlangan IPT kini dikaitkan secara langsung dengan

keupayaan menghasilkan graduan yang menjadi pilihan utama industri, majikan dan

pasaran pekerjaan. Salah satu kemahiran yang diperlukan oleh majikan adalah

kemahiran ‘Soft Skills’. Namun graduan dikatakan tidak mempunyai penampilan diri

yang baik, kurang kemahiran bersosial dan komunikasi serta tidak bermotivasi dan

sukar untuk diterima oleh industri atau majikan. Isu ini timbul berikutan dari

permasalahan graduan yang dilahirkan sukar mencari pekerjaan, sehinggakan dipapar

di akhbar berkenaan graduan yang menganggur kerana tiada pekerjaan dan dikatakan

tidak mempunyai pakej yang membolehkan mereka diterima masuk di bidang

pekerjaan. Ini kerana majikan pada masa kini, tidak lagi menerima graduan yang

cemerlang akademik sahaja tetapi mereka yang mempunyai ‘soft skills’ yang

berkesan seperti berkemampuan untuk berkomunikasi dengan baik dan boleh bekerja

di dalam kumpulan.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

6

Sistem pendidikan teknik dan vokasional kini perlu memandang serius

tentang kemahiran ‘soft skills’ dalam kalangan graduan yang dihasilkan. Sistem

pendidikan mestilah mampu melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran.

Terdapat modul ‘Soft Skills Latihan Industri’ yang diajar di politeknik sebagai salah

satu usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengatasi isu ini dan

menjadi pemangkin kepada pelajar agar lebih berkeyakinan dalam bidang pekerjaan.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan modul ‘Soft Skills Latihan

Industri’ tersebut yang telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar Politeknik.

1.3 Objektif Kajian

Keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri dikaji daripada objektif

berikut:

1. Mengenalpasti keupayaan Modul Soft Skills Latihan Industri dalam membina

personaliti pelajar yang positif.

2. Mengenalpasti keupayaan Modul Soft Skills Latihan Industri dalam

membentuk kemahiran berkomunikasi pelajar.

3. Mengenalpasti keupayaan Modul Soft Skills Latihan Industri dalam

membentuk amalan etika dan peraturan kerja pelajar yang baik.

4. Mengenalpasti keupayaan Modul Soft Skills Latihan Industri dalam memberi

pendedahan kepada alam pekerjaan kepada pelajar.

5. Mengenalpasti keupayaan Modul Soft Skills Latihan Industri dalam

membantu pelajar menghasilkan laporan industri.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

7

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

1. Adakah Modul Soft Skills Latihan Industri membina personaliti pelajar yang

positif?

2. Adakah Modul Soft Skills Latihan Industri membentuk kemahiran

berkomunikasi pelajar?

3. Adakah Modul Soft Skills Latihan Industri membentuk amalan etika dan

peraturan kerja pelajar yang baik?

4. Adakah Modul Soft Skills Latihan Industri memberi pendedahan kepada alam

pekerjaan kepada pelajar?

5. Adakah Modul Soft Skills Latihan Industri membantu pelajar menghasikan

laporan industri?

1.5 Kepentingan Kajian

Di sini pengkaji ingin menjelaskan bahawa kajian yang dibuat ini mempunyai

pelbagai kepentingan berdasarkan persoalan yang telah ditimbulkan. Pengkaji

meletakkan harapan yang tinggi semoga hasil kajian yang akan diperolehi nanti akan

memberi faedah yang besar kepada pihak-pihak yang berkenaan terutamanya di

bidang Institusi Pengajian Tinggi. Berikut adalah antara kepentingan yang dirasakan

sesuai oleh pengkaji:

Page 25: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

8

1.5.1 Kepentingan kepada Kementerian Sumber Manusia.

Kajian yang dijalankan dapat memberi panduan dalam peningkatan mutu

pendidikan dan latihan dan disesuaikan ke arah memenuhi kehendak pembangunan

negara. Kesesuaian kurikulum boleh dikaji semula berdasarkan pengetahuan

akademik pelatih dan keperluan industri. Selain itu, kajian ini membantu menilai diri

pelajar dalam kemahiran soft skills sebelum memasuki sektor perindustrian.

1.5.2 Kepentingan kepada sektor ekonomi negara.

Sistem penyampaian pendidikan dan latihan akan diperbaiki untuk

memastikan pelajar dilengkapkan dengan kemahiran soft skills yang dikehendaki

oleh industri. Selain itu, ia dapat mewujudkan persefahaman antara pihak industri

dan pihak Pendidikan Teknikal dan Vokasional mengenai kemahiran yang

diperlukan oleh pelajar.

1.5.3 Kepentingan kepada pelajar Politeknik.

Membentuk pelajar dalam memastikan mereka menyedari kepentingan

penguasaan Soft Skills dan sebagai rujukan untuk persediaan diri terhadap kriteria-

kriteria tertentu sebagai pekerja sebelum memasuki sektor industri.

1.5.4 Kepentingan kepada industri

Pihak industri dapat mengetahui tahap penguasaan kemahiran pelajar sebelum

memasuki pasaran industri dan ia memberi pendedahan kepada pihak Pendidikan

Teknikal dan Vokasional tentang kehendak dan keperluan industri masa kini.

Page 26: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

9

Melaluinya persefahaman antara pihak industri dan pihak Pendidikan Teknikal dan

Vokasional dapat diwujudkan bagi menghasilkan sumber tenaga manusia yang

bermutu dan berketrampilan.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini terhad kepada kajian keberkesanan Modul Soft Skills Latihan

Industri di salah sebuah Politeknik KPM di selatan semenanjung Malaysia sahaja.

Manakala kajian ini tertumpu kepada pelajar diploma semester akhir daripada

Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang telah

menjalani Latihan Industri sahaja. Kemahiran soft skills yang digariskan adalah

seperti yang terdapat di dalam Modul Soft Skills Latihan Industri ini iaitu membina

personaliti individu yang positif, kemahiran berkomunikasi, mengamalkan etika dan

peraturan kerja yang baik, pendedahan kepada alam pekerjaan dan penghasilan

laporan Latihan Industri.

1.7 Definisi Istilah

Dalam kajian ini terdapat beberapa definisi istilah penting yang digunakan

oleh pengkaji bagi menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih tepat untuk

mengelakkan daripada berlakunya salah tanggapan terhadap sesuatu istilah.

Page 27: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

10

1.7.1 Keberkesanan

Menurut kepada Kamus American Heritage (1993), ‘keberkesanan’

merupakan tahap hasil atau kualiti sesuatu yang dilaksanakan sebagai kebolehan

untuk membawa atau member hasil yang diingini. Manakala, menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat (2005), ia ditafsirkan sebagai sesuatu tindakan yang diambil

dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi sesudahnya. Khalid (1993) menyatakan

keberkesanan merupakan pencapaian sesuatu matlamat dengan usaha yang minimum.

Dalam penyelidikan ini, ia bermaksud tahap atau hasil pembelajaran Soft Skills yang

diperolehi oleh pelajar dan pengaplikasiannya semasa menjalankan latihan industri.

1.7.2 Modul Soft Skills Latihan Industri Politeknik

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan ‘modul’ sebagai kursus

atau pelajaran yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu

kelayakan atau kemahiran. Dalam konteks kajian ini, modul merupakan

matapelajaran atau salah satu subjek yang diajar di Politeknik. Modul Soft Skills

adalah sebahagian daripada Program Latihan Industri yang menjadi satu komponen

utama dalam system pembelajaran di politeknik. Pelajar yang mengikuti kursus

peringkat sijil akan mengikuti Modul Soft Skills Latihan Industri di semester dua

manakala pelajar diploma di semester tiga. Perlaksanaan Modul Soft Skills Latihan

Industri ini adalah melalui gabungan kaedah perbincangan dalam kumpulan,

pengajaran, lakon peranan dan simulasi. Pelajar melalui proses pengalamian secara

simulasi situasi latihan industry di dalam bilik kuliah. Modul Soft Skills Latihan

Industri ini merupakan syarat wajib sebelum pelajar boleh dianugerahkan Sijil atau

Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Page 28: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

11

1.7.3 Soft Skills

Secara umumnya tidak terdapat definisi yang tepat bagi terma soft skills.

Walaubagaimanapun, soft skills adalah dikaitkan dengan trait personaliti individu,

bijak berkomunikasi, pandai mendapatkan kenalan, berdaya tahan dan berinovatif.

(Wikipedia. capaian pada 12 Ogos 2010). Terdapat juga istilah-istilah berbeza yang

digunakan di negara-negara lain. Contohnya;

Rajah 1.1: Jadual Istilah lain bagi Soft Skills

United Kingdom Core skills, key skills, common skills

New Zealand Essential skills

AustraliaKey competencies, employability skills,

generic skills

Canada Employability skills

United StatesBasic skills, necessary skills, workplace

know-how

Singapore Critical enabling skills

France Transferable skills

Germany Key qualification

Switzerland Trans-disciplinary goals

Denmark Process independent qualification

Sumber: NCVER (National Centre for Vocational Education Research Australia),

2003. Defining Generic Skills.

Soft Skills atau kemahiran generik merupakan sifat kemanusiaan atau akhlak

seseorang individu. Iaitu kemahiran interpersonal seperti kemampuan

berkomunikasi dengan baik, bekerja dalam pasukan dan sebagainya, ia dinyatakan di

dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kajian ini memfokuskan kepada

aspek-aspek soft skills yang telah dipelajari oleh pelajar sebelum menjalani latihan

industri. Antara lain, Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) menyatakan bahawa

Page 29: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

12

kemahiran generik merupakan sesuatu yang umum atau berkaitan dengan ciri-ciri

khusus yang dimiliki oleh sesuatu kelompok atau golongan. Ia merupakan antara

komponen kepada pengendalian pengurusan pembelajaran bestari.

1.7.4 Latihan Industri

Latihan Industri ialah latihan yang dilalui oleh pelajar di organisasi tempat

latihan berkaitan dalam bidang yang dipelajari dalam jangkamasa yang ditetapkan

untuk mendapatkan pengalaman sebenar dengan mempraktikkan apa yang telah

dipelajari (R.Bruce, Mary, 2003). Dalam kajian ini, maksud latihan industri adalah

untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar, teknologi terkini

serta pendedahan kepada amalan spesifik dalam bidang pengkhususan masing-

masing.

1.7.5 Persepsi

Menurut Goldstein (1980) persepsi definisi sebagai kesedaran mengenai

sesuatu daripada persekitaran yang dikenalpasti daripada proses mental yang

berkaitan dengan pemikiran dan ingatan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula

mentakrifkan persepsi sebagai pertimbangan seseorang individu terhadap sesuatu isu

dengan membuat gambaran atau bayangan dalam hati atau pemikiran. Dalam kajian

ini, persepsi merupakan situasi seseorang individu tertentu untuk menerima atau

menolak sesuatu pandangan atau perkaitan melalui proses pemikiran dalam akal dan

ingatan. Oleh itu, dalam konteks pengkaji ini merujuk kepada sesuatu pandangan

terhadap apa yang telah dilalui oleh pelajar.

Page 30: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan

13

1.8 Penutup

Bab 1 ini telah membincangkan wujudnya permasalahan dan persoalan yang

telah mencetuskan ilham untuk menjalani kajian ini. Pengkaji ingin mencari

penyelesaian kepada permasalahan yang timbul serta menjadikan kurikulum yang

sedia ada selaras dengan kehendak industri pada masa kini.

Page 31: PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan