persepsi keselamatan pelancong di kawasan

124
PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN EKOPELANCONGAN KAJIAN KES: TAMAN NEGARA, PAHANG NURUL ISWANI BINTI ISMAIL Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Perancangan Pelancongan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia MEI 2006

Upload: vunhan

Post on 09-Dec-2016

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG

DI KAWASAN EKOPELANCONGAN

KAJIAN KES: TAMAN NEGARA, PAHANG

NURUL ISWANI BINTI ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Perancangan Pelancongan

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2006

Page 2: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

ii

Saya akui laporan projek yang bertajuk “Persepsi Keselamatan Pelancong Di Kawasan

Ekopelancongan, Kajian Kes: Taman Negara, Pahang” adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Laporan projek ini belum pernah diserahkan dan diterima sama ada sepenuhnya atau

sebahagian daripadanya bagi memperolehi mana-mana ijazah pada masa kini.

Tandatangan : .........................................

Nama : Nurul Iswani Binti Ismail

Tarikh : 10 Mei 2006

Page 3: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

iii

“Khas ditujukan untuk keluarga tersayang,

Abah-Ismail Bin Osman, Mama-Wan Hasnah Binti Wan Ali,

Adik-Nurul Hasmaliza, Muhd. Iswan, Muhd. Hasmanuddin,

Muhd. Nazwan, Muhd. Amirnurddin,

Rakan-rakan seperjuangan dan istimewa untuk Sarahudin Bin Bandu.”

Page 4: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada beberapa individu yang telah

membantu saya dalam menyiapkan tesis ini. Penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis,

Dr. Mohammad Rafee bin Majid di atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang

tempoh penyediaan laporan tesis ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada para pensyarah iaitu Prof Madya Dr. Amran Hamzah, Prof Madya Dr. Zainab

Khalifah, Puan Nor Azina Dahlan dan En. Ahmad Tajuddin Hj. Kechik di atas panduan

dan nasihat yang telah diberikan.

Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada penguasa dan semua kakitangan

Taman Negara, Pahang. Terima kasih kepada Cik Nor Ilyana Binti Muda (Timbalan

Penguasa Taman Negara, Pahang) yang banyak membantu sepanjang saya menjalankan

kajian lapangan di Taman Negara.

Tidak dilupakan juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan kumpulan

pengkaji TPRG di atas nasihat dan pertolongan yang diberikan sepanjang saya menjadi

warga UTM, Skudai.

Akhir sekali buat ahli keluarga saya yang banyak membantu serta memberi

sokongan dan juga kepada individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam kajian ini. Segala kerjasama dan jasa baik kalian akan dikenang selamanya.

Page 5: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

v

ABSTRAK

Persepsi keselamatan pelancong merupakan aspek penting dalam membentuk

imej sesebuah destinasi. Persepsi yang negatif mungkin akan memusnahkan sesebuah

destinasi pelancongan tersebut. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan di kawasan

bandar tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang dijalankan di kawasan ekopelancongan.

Kajian ini bertujuan untuk menilai persepsi pelancong terhadap keselamatan di kawasan

ekopelancongan iaitu Taman Negara, Pahang. Aspek keselamatan yang dikaji

merangkumi persepsi ketika bersiar-siar di siang hari, melakukan aktiviti, menggunakan

pengangkutan ke Taman Negara, menggunakan kemudahan yang disediakan dan

berjalan di waktu malam. Kajian mendapati pelancong merasa tidak selamat ketika

berjalan keluar pada waktu malam dan melakukan aktiviti berkayak. Persepsi

keselamatan pelancong juga dikenalpasti sama ada ia mempunyai kaitan atau hubungan

dengan faktor sosio demografi pelancong. Penemuan kajian mendapati faktor umur, mod

lawatan dan kekerapan mengunjungi Taman Negara berkait rapat dengan persepsi

mereka terhadap keselamatan mereka di Taman Negara. Selain daripada faktor sosio-

demografi, persepsi keselamatan pelancong juga mempunyai hubungan dengan tahap

pengurusan pelancong terhadap pengurusan keselamatan di Taman Negara.

Page 6: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

vi

ABSTRACT

Perception of safety among tourists is an important aspect in forming an image of

a destination. A negative perception may destroy the destination’s image. Numerous

studies have been conducted in the urban areas regarding safety, however, there is only a

few that is carried out in an ecotourism destination. This study is aimed to evaluate

tourists’ perceptions towards safety in an ecotourism destination, which is Taman

Negara Pahang. Safety aspects that is studied comprise of tourists’ perceptions while

sightseeing during the day-time, engaging in activities, using transports to Taman

Negara, utilizing facilities provided and walking at night. The study has found that

tourists felt unsafe while walking in the outdoors at night and while kayaking. Tourists’

perceptions on safety are also identified whether it has any correlation with the tourists’

socio-demographic factors. The findings has concluded that factors of age, travel mode

and frequency of visiting Taman Negara is very closely related to tourists’ perceptions

towards their safety in Taman Negara. Other than socio-demographic factors, tourists’

perceptions on safety are also correlated with level of visitor management towards safety

management in Taman Negara.

Page 7: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

vii

ISI KANDUNGAAN

BAB TAJUK MUKA

SURAT

I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 2

1.3 Persoalan Kajian 4

1.4 Matlamat Dan Objektif Kajian 5

1.4.1 Matlamat Kajian 5

1.4.2 Objektif Kajian 5

1.5 Skop Kajian 5

1.6 Peringkat Kajian 6

1.6.1 Fasa I – Kajian Awal 6

1.6.2 Fasa II – Pengumpulan Maklumat 6

1.6.3 Fasa III – Analisis 7

1.6.4 Fasa IV – Penemuan Kajian dan Cadangan 7

1.7 Kaedah Pengumpulan Dan Analisis Data 9

1.7.1 Penentuan Saiz Sampel 9

1.7.2 Instrumen Tinjauan 10

1.8 Kawasan Kajian 13

1.9 Kepentingan Kajian 15

II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 16

2.2 Definisi Dan Teori Keselamatan Secara Umum 16

2.3 Proses Pemilihan Destinasi Dan Faktor Keselamatan 19

Page 8: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

viii

2.4 Faktor Keselamatan Dalam Pelancongan 23

2.4.1 Ekopelancongan Dan Keselamatan 23

2.4.2 Garis Panduan Keselamatan Dalam

Pelancongan

24

2.4.3 Palancong Eko 26

2.4.4 Spektrum Aktiviti Pelancong 28

2.5 Persepsi Pelancong Terhadap Keselamatan Di Sesebuah

Destinasi Pelancongan

29

2.6 Perkaitan Di Antara Demografi Pelancong Dan Persepsi

Pelancong Terhadap Keselamatan

30

2.7 Kesimpulan 31

III TAMAN NEGARA, PAHANG

3.1 Pengenalan 34

3.2 Akta Taman Negara Dan Enakmen Taman Negara 35

3.3 Taman Negara, Pahang 36

3.4 Kedatangan Pelancong Ke Taman Negara, Pahang 38

3.5 Tarikan di Taman Negara, Pahang 39

3.6 Aktiviti di Taman Negara, Pahang 42

3.7 Pengurusan Taman Negara, Pahang 44

3.8 Amalan Keselamatan di Taman Negara, Pahang 47

IV ANALISIS

4.1 Pengenalan 52

4.2 Analisis Deskriptif 53

4.2.1 Profil Responden 53

4.2.2 Pekerjaan dan Mod Bercuti Responden 55

4.2.3 Tujuan Lawatan 56

4.2.4 Kekerapan Dan Tempoh Kunjungan Ketika

Berada Di Taman Negara

57

4.2.5 Sumber Informasi Mengenai Taman Negara 58

Page 9: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

ix

4.2.6 Aktiviti atau Program Yang Dilakukan Ketika

Di Taman Negara

59

4.3 Analisis Deskriptif Persepsi Pelancong Mengenai

Keselamatan di Taman Negara

60

4.4 Analisis Keselamatan Menggunakan Cross-Tabulation 62

4.4.1 Umur Terhadap Aktiviti Berenang dan

Menggunakan Tapak Perkhemahan

63

4.4.2 Mod Lawatan Terhadap Tinggal Di Penginapan 64

4.4.3 Tujuan Lawatan ke Taman Negara Terhadap,

Menggunakan Rentis Dan Menggunakan

Laluan Kanopi

65

4.4.4 Kekerapan Lawatan Terhadap Aktiviti

Berkayak

66

4.5 Analisis Keselamatan Menggunakan ANOVA (Analysis

of Variance)

68

4.5.1 Persepsi Keselamatan Dan Faktor Umur

Responden

69

4.5.2 Persepsi Keselamatan Dan Faktor Negara Asal

Responden

70

4.5.3 Persepsi Keselamatan Dan Faktor Kekerapan

Lawatan Responden

70

4.5.4 Persepsi Keselamatan Dan Faktor Mod

Lawatan Responden

71

4.6 Analisis Pengurusan Taman Negara 72

4.6.1 Penilaian Am 75

4.7 Analisis Statistik Cross-Tabulation 76

4.7.1 Cross-Tabulation Di Antara Pemandu

Pelancong Dan Keselamatan Menggunakan

Laluan Kanopi

76

4.7.2 Cross-Tabulation Diantara Pemandu Pelancong

Dan Aktiviti Menjelajah Hutan

77

Page 10: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

x

4.7.3 Cross-Tabulation Di antara Pengawal

Keselamatan dan Keselamatan Ketika Berjalan

Keluar Pada Waktu Malam

78

4.7.4 Cross-Tabulation Di Antara Alat Keselamatan

Dengan Aktiviti Berkayak

79

4.7.5 Cross-Tabulation Penyediaan Papan Tanda

Amaran Bahaya Dan Menjelajah Hutan

80

V PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 81

5.2 Perbincangan dan Rumusan Mengenai Kajian Pelancong

Taman Negara

81

5.3 Perbincangan dan Rumusan Mengenai Persepsi

Keselamatan di Taman Negara

82

5.4 Perbincangan dan Rumusan Mengenai Persepsi

Pengurusan Keselamatan di Taman Negara

84

5.5 Rumusan 86

5.6 Limitasi 86

RUJUKAN 87

LAMPIRAN 91

Page 11: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Skala Likert Kajian Keselamatan Pelancong 11

2.1 Profil Pelancong Eko 27

3.1 Senarai Taman Negara Di Malaysia 34

3.2 Bentuk Muka Bumi Di Taman Negara 37

3.3 Aktiviti Utama Di Taman Negara 43

3.4 Bayaran Yang Dikenakan Kepada Pengunjung 44

3.5 Aplikasi Keselamatan Di Taman Negara 50

4.1 Ciri-Ciri Demografi Responden 53

4.2 Pekerjaan 55

4.3 Mod Lawatan 55

4.4 Penilaian Keselamatan Oleh Pengunjung Taman

Negara, Pahang

60

4.5 Perkaitan Antara Ciri Demografi Dengan

Pembolehubah Keselamatan

62

4.6 Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Terhadap

Aktiviti Berenang Oleh Umur Responden

63

4.7 Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Terhadap

Penggunaan Tapak Perkhemahan Oleh Umur

Responden

64

4.8 Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Ketika Tinggal

Di Penginapan Oleh Mod Lawatan Responden

65

4.9 Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Ketika Aktiviti

Menjelajah Hutan, Menggunakan Kemudahan

66

Page 12: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

xii

(Menggunakan Rentis Dan Laluan Kanopi) Tujuan

Responden Ke Taman Negara (Bercuti)

4.10 Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Ketika

Melakukan Aktiviti Berkayak Terhadap Kekerapan Ke

Taman Negara

67

4.11 Keputusan ANOVA Satu Hala - Persepsi Keselamatan

Dan Ciri Sosio Demografi Pelancong Ke Taman

Negara

68

4.12 Persepsi Keselamatan Dan Faktor Umur Responden 69

4.13 Purata Persepsi Keselamatan Dan Faktor Negara Asal

Responden

70

4.14 Persepsi Keselamatan Dan Faktor Kekerapan Lawatan

Responden

71

4.15 Persepsi Keselamatan Dan Faktor Mod Lawatan

Responden

71

4.16 Penilaian Tahap Pengurusan Taman Negara 72

4.17 Cross-Tabulation Perkhidmatan Oleh Pemandu

Pelancong dan Laluan Kanopi

76

4.18 Cross-Tabulation Diantara Pemandu Pelancong Dan

Aktiviti Menjelajah Hutan

77

4.19 Cross-Tabulation Di Antara Pengawal Keselamatan

Dan Keselamatan Ketika Berjalan Keluar Di Waktu

Malam

78

4.20 Cross-Tabulation Di Antara Alat Keselamatan Dengan

Aktiviti Berkayak

79

4.21 Cross-Tabulation Penyediaan Papan Tanda Amaran

Bahaya dan Menjelajah Hutan

80

Page 13: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Carta Alir Kajian 8

1.2 Kawasan Kajian 14

2.1 Teori Hieraki Keperluan Maslow 17

2.2 Sistem Pelancongan 18

2.3 Elemen-elemen Mempromosikan Malaysia 20

2.4 Proses Pemilihan Destinasi Untuk Dilawati 22

2.5 Spektrum Aktiviti Pelancong 29

3.1 Kedatangan Pelancong Ke Taman Negara 38

3.2 Laluan Kanopi 40

3.3 Pemandangan Gunung Tahan 40

3.4 Peta Taman Negara, Tahan 41

3.5 Carta Organisasi Taman Negara, Pahang 46

4.1 Responden Domestik 54

4.2 Tujuan Ke Taman Negara 56

4.3 Tempoh Kunjungan Ke Taman Negara 57

4.4 Sumber Informasi Ke Taman Negara 58

4.5 Aktiviti Di Taman Negara 59

4.6 Purata Elemen Pengurusan Keselamatan di Taman

Negara

73

4.7 Penilaian Keselamatan Tambahan (Umum) 75

Page 14: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Borang Soal Selidik – Versi Bahasa Melayu. 91

B Borang Soal Selidik – English Version. 93

C Laporan Kemasukan Pelancong Ke Taman Negara,

Pahang 2004.

95

D Laporan Kemasukan Pelancong Ke Taman Negara,

Pahang 2004.

97

E Jadual Cross-Tabulation Ciri-ciri Demografi Terhadap

Melakukan Aktiviti

99

F Ujian Chi-Square Ciri-ciri Demografi Terhadap

Aktiviti

100

G Jadual ANOVA Ciri-ciri Demografi Terhadap Aktiviti 102

Page 15: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 16: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sektor pelancongan di Malaysia telah diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan

sejak pertengahan tahun 1980-an. Kepesatan perkembangan industri pelancongan

bermula sejak Rancangan Malaysia Kedua ekoran daripada kebimbangan pergantungan

yang kuat kepada komoditi utama seperti petroleum, minyak kelapa sawit, getah asli dan

kayu balak. Kini industri ini telah menjadi salah satu di antara industri terpenting yang

menyumbang kepada sumber pendapatan negara iaitu menjadi penyumbang utama

pendapatan wang asing negara, pendapatan pelancong, imbangan pembayaran, peluang

guna tenaga, pembangunan industri sokongan (makanan, pengangkutan dan industri

desa) dan pembangunan wilayah. Industri pelancongan sememangnya menjanjikan

pulangan lumayan kepada sesebuah negara yang mempunyai sumber atau produk

pelancongan yang pelbagai.

Namun begitu, industri pelancongan di Malaysia kini dilihat sebagai sesuatu

yang dinamik, berubah dan bergerak dengan cepat dan kadangkala tanpa kita sedari.

Perubahan ini bergantung kepada faktor permintaan pelancong di mana peningkatan

bilangan kedatangan pelancong merupakan aset utama dalam menentukan pencapaian

industri pelancongan di sesebuah destinasi.

Page 17: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

2

Pada tahun 2004, Malaysia telah mencatatkan jumlah kedatangan pelancong

antarabangsa seramai 15.7 juta berbanding jumlah kedatangan pelancong pada tahun

2003 iaitu hanya 10.5 juta. Keuntungan kasar telah mengalami peningkatan sebanyak

39.3% iaitu dari RM 21 bilion kepada RM29 bilion, iaitu jumlah keuntungan yang

paling tinggi dalam sejarah industri pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia, 2005).

Peningkatan bilangan pelancong ini disebabkan oleh pelbagai faktor contohnya

kestabilan dan pengukuhan jaminan keselamatan (safety and security) oleh kerajaan

Malaysia. Meskipun kejadian pengeboman World Trade Center di New York pada 11

September 2001 sedikit sebanyak memberi kesan kepada jumlah kedatangan pelancong

namun promosi mengenai jaminan keselamatan dapat menyakinkan pelancong untuk

terus melancong ke Malaysia. Keselamatan adalah aspek yang perlu dititik beratkan di

dalam industri pelancongan kerana ia merupakan jaminan asas kepada pelancong atau

pelawat yang datang ke sesebuah destinasi. Kepentingan keselamatan juga merupakan

aset dalam menarik bilangan pelancong, seterusnya dapat meningkat sumber ekonomi

negara.

1.2 Pernyataan Masalah

Keselamatan di dalam pelancongan mempunyai definisi yang luas merangkumi

pelbagai aspek seperti keselamatan ketika berada di sesebuah destinasi terutama di

kawasan bandar (urban area). Kejadian jenayah ragut, culik, rompak, rogol dan

sebagainya kerap berlaku kepada pelancong asing (Page & Callander, 2002).

Keselamatan di destinasi kampung atau di kawasan alam semula jadi pula adalah

terdedah kepada kejadian bencana alam seperti banjir, ribut taufan, dan tanah runtuh.

Page & Mayer (1996) menyatakan kemalangan merupakan penyebab utama

kepada kecederaan, kematian dan hilang daya ingatan kepada pelancong yang

melancong ke destinasi asing. Kemalangan yang melibatkan pelancong masih

Page 18: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

3

merupakan sesuatu yang dihuraikan secara terhad di dalam penulisan ilmiah, meskipun

keadaan ini (masalah keselamatan pelancong) jelas berlaku dan potensi untuk pelancong

terlibat di dalam kecederaan dan kematian merupakan senario yang boleh memusnahkan

industri pelancongan dan ekonomi negara yang bergantung pada sektor pelancongan

(Clift & Page, 1996).

Semua individu sedia maklum bahawa kejadian kemalangan yang melibatkan

pelancong akan memberi kesan yang negatif kepada industri pelancongan itu sendiri

(Clift & Page, 1996; Greenaway, 1996; Wilks et al., 1996) dan faktor keselamatan

dikenal pasti sebagai faktor utuma dalam pemilihan destinasi (Bovet, 1994; World

Tourism Organisation, 1996). Jika destinasi tersebut mempunyai statistik kemalangan

yang melibatkan pelancong yang tinggi, maka destinasi tersebut bukanlah menjadi

pilihan utama. Menurut George, (2003), jika pelancong berasa tidak selamat atau

terancam di sesuatu destinasi, pelancong tersebut boleh membuat tanggapan negatif

terhadap destinasi tersebut. Ini seterusnya akan memusnahkan industri pelancongan di

destinasi berkenaan kesan dari penurunan kedatangan pelancong. Ini akan berlaku

apabila:-

i. Pelancong mungkin tidak akan memilih untuk mengunjungi destinasi

berkenaan disebabkan kadar jenayah yang tinggi.

ii. Jika pelancong berasa tidak selamat, mereka tidak akan membuat

sebarang aktiviti di luar penginapan mereka.

iii. Pelancong yang merasa dirinya terancam atau tidak selamat tidak akan

membuat kunjungan kali kedua dan tentunya tidak akan mencadangkan

destinasi berkenaan kepada saudara mara dan rakan

Justeru itu, tanggapan atau persepsi pelancong merupakan salah satu faktor

utama di dalam pemilihan destinasi. Ramai sarjana barat telah mengkaji mengenai

persepsi keselamatan pelancong di antaranya ialah Richard George (2003). Di dalam

penulisannya yang bertajuk ‘Tourist’s perceptions of safety and security while visiting

Cape Town’, beliau telah membuat perkaitan di antara persepsi pelancong terhadap

keselamatan dengan faktor sosio-demografi pelancong tersebut.

Page 19: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

4

Terdapat beberapa pengkaji (Demos, 1992; George. R. 2003) yang telah

membuat kajian berhubung persepsi keselamatan pelancong yang memfokuskan kajian

mereka di kawasan bandar tetapi agak kurang kajian yang dilakukan di destinasi luar

bandar contohnya destinasi alam semulajadi atau ekopelancongan. Kajian perlu

dilakukan di destinasi ekopelancongan di Malaysia kerana:

i. Sumber alam semulajadi merupakan antara produk dan tarikan utama

dalam menarik kedatangan pelancong ke Malaysia (Tourism Malaysia,

2004).

ii. Terdapat punca atau ancaman kemalangan yang berbeza di kawasan

ekopelancongan berbanding di kawasan bandar.

Oleh itu, kajian terhadap keselamatan perlu dilakukan di setiap destinasi

pelancongan untuk menjamin keselamatan para pelancong seterusnya membina

tanggapan positif terhadap sesebuah destinasi pelancongan.

1.3 Persoalan Kajian

Daripada pernyataan masalah di atas, dua persoalan kajian telah dibentuk.

a. Adakah persepsi pelancong terhadap keselamatan di kawasan ekopelancongan

berbeza berdasarkan faktor sosio demografi pelancong?

b. Adakah tahap kepuasan pelancong terhadap aspek pengurusan keselamatan di

sesebuah destinasi mempengaruhi persepsi mereka terhadap keselamatan di

destinasi berkenaan?

Page 20: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

5

1.4 Matlamat dan Objektif Kajian

1.4.1 Matlamat kajian ini adalah:

“Meningkatkan kualiti dan jaminan keselamatan pelancong

di Taman Negara, Pahang”

1.4.2 Objektif utama kajian ini adalah:

a. Mengenalpasti pengurusan dan kawalan keselamatan pelancong yang

diaplikasikan di Taman Negara.

b. Menilai persepsi pelancong mengenai keselamatan mereka ketika berada di

kawasan ekopelancongan.

c. Mengenal pasti perkaitan di antara persepsi keselamatan pelancong dan ciri-ciri

demografi pelancong.

d. Mengenal pasti sama ada kepuasan terhadap pengurusan keselamatan

mempengaruhi persepsi keselamatan pelancong.

1.5 Skop Kajian

Skop kajian terbahagi kepada tiga bahagian:

i. Mengenalpasti pengurusan dan kawalan keselamatan pelancong yang

diaplikasikan oleh pengurusan Taman Negara berdasarkan:

a. temuduga dengan pihak pengurusan Taman Negara

b. soal selidik mengenai kepuasan berkaitan pengurusan keselamatan di

Taman Negara terhadap pengunjung Taman Negara.

Page 21: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

6

ii. Mengkaji dan menilai profil pelancong yang mengunjungi kawasan

ekopelancongan segi latar belakang, tujuan dan bentuk aktiviti yang dilakukan

berdasarkan borang soal selidik.

iii. Menilai persepsi pelancong terhadap tahap keselamatan yang sedia ada dan

mengaitkan persepsi ini dengan profil pelancong berdasarkan konsep teoritikal.

iv. Menilai tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan keselamatan yang sedia

ada dan mengaitkannya dengan persepsi pelancong terhadap keselamatan.

1.6 Peringkat Kajian

Peringkat kajian dibahagikan kepada 4 iaitu: (rujuk Rajah 1.1)

1.6.1 Fasa I - Kajian Awal

Langkah pertama dimulai dengan mengenal pasti isu dan masalah sebelum menetapkan

matlamat dan objektif. Seterusnya, persoalan penyelidikan dalam kajian dirangka

merujuk kepada kajian literatur dan kajian teoritikal. Setelah itu, tiga skop kajian

ditentukan dengan berdasarkan persoalan penyelidikan.

1.6.2 Fasa II - Pengumpulan Maklumat

Fasa ini melibatkan dua komponen iaitu data primer dan data sekunder di mana ianya

digabungkan bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian. Bagi data primer, kajian

tapak dijalankan melalui kaedah borang soal selidik dan temu bual. Manakala data

sekunder diperolehi daripada laporan, polisi, garis panduan, statistik daripada Tourism

Malaysia, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Pahang dan sebagainya.

Page 22: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

7

1.6.3 Fasa III – Analisis

Fasa ini melibatkan analisis terhadap data dan maklumat yang dikumpulkan semasa fasa

ke dua. Analisis ini akan menggunakan perisian SPSS (iaitu menggunakan analisis

statistik cross-tabulation dan ANOVA) untuk mencari perkaitan antara persepsi

pelancong terhadap keselamatan dan sosio-demografi pelancong. Analisis juga dibuat

untuk mengetahui sama ada tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan keselamatan

mempengaruhi persepsi pelancong. Dan analisis terakhir ialah menilai pengurusan dan

kawalan keselamatan oleh pihak pengurusan destinasi ekopelancongan.

1.6.4 Fasa IV - Penemuan Kajian dan Cadangan

Fasa yang terakhir iaitu penemuan kajian dan rumusan daripada analisis yang telah

dibuat. Fasa ini juga turut menjawab persoalan kajian yang telah dibentuk dan

seterusnya mencapai matlamat kajian iaitu ‘Meningkatkan kualiti keselamatan di

kawasan ekopelancongan’.

Page 23: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

8

Rajah 1.1: Carta Alir Kajian

SKOP KAJIAN

PENGUMPULAN MAKLUMAT

PERSOALAN PENYELIDIKAN

ANALISIS & PENILAIAN

FASA 2 : PENGUMPULAN DATA

FASA 3 : ANALISIS

FASA 4 :PENEMUAN KAJIAN

RUMUSAN DAN CADANGAN

PENEMUAN KAJIAN

PENGURUSAN DAN KAWALAN

KESELAMATAN DI KAWASAN

EKOPELANCONGAN

PROFIL PELANCONG & PERSEPSI PELANCONG

TERHADAP KESELAMATAN DI KAWASAN

EKOPELANCONGAN

KEPUASAN PELANCONG TERHADAP PENGURUSAN KESELAMATAN KAWASAN

EKOPELANCONGAN

CROSS-TAB & ANOVA

PROFIL PELANCONG & PERSEPSI PELANCONG

TERHADAP KESELAMATAN

TAHAP KEPUASAN PELANCONG TERHADAP PENGURUSAN DAN

KAWALAN KESELAMATAN

MATLAMAT DAN OBJEKTIF FASA 1 : KAJIAN AWAL

Page 24: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

9

1.7 Kaedah Pengumpulan Dan Analisis Data

1.7.1 Penentuan Saiz Sampel

(a) CROSS-TABULATION & ANOVA (Analysis of Variance)

Kedua-dua analisis ini digunakan untuk menilai persepsi keselamatan di kawasan

kajian serta menilai tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan dan kawalan

keselamatan oleh pihak pengurusan.

Cross-tabulation dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti samada wujud

hubungan yang signifikan secara statistik di antara ciri-ciri demografi pelancong yang

spesifik (contoh: negara asal) dengan persepsi mereka terhadap keselamatan. Manakala

ANOVA dijalankan untuk mengenalpasti samada terdapat hubungan statistik antara

persepsi pelancong dan faktor sosio-demografi seperti jantina, umur, negara asal, tujuan

lawatan, kekerapan lawatan dan sebagaiya. Analisis ini menggunakan ujian ANOVA

iaitu chi-square (x²). Analisis cross-tabulation juga digunakan untuk mengenal pasti

sama ada tahap kepuasan pelancong mempengaruhi persepsi mereka terhadap

keselamatan.

Kajian ini akan dijalankan menggunakan borang soal selidik yang dijalankan

secara ‘probability sampling’. Terdapat beberapa jenis ‘probability sampling’ iaitu

‘Random Sampling’ dan ‘Stratified Sampling’. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan

‘Random Sampling’ ialah sampel di mana pemilihan elemen-elemen populasi

sedemilkian rupa sehingga setiap elemen mempunyai kesempatan yang sama menjadi

anggota sampel (Rohana Yusof, 2004). Ia juga bermaksud kesemua unit dalam sesuatu

populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih.

Page 25: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

10

Berdasarkan statistik kedatangan pelancong pada 2005, Taman Negara menerima

seramai 71,631 orang pelancong. Untuk tujuan pengiraan sampel, hanya 257 responden

yang diambil sebagai sampel kajian.

Borang soal selidik ini telah dipenuhi menggunakan 2 kaedah iaitu sebahagiannya

dijalankan secara bersemuka (face to face) dan sebahagian lagi diletakkan di kaunter

informasi.

1.7.2 Instrumen Tinjauan (Survey Instrument)

a) Borang soal selidik

Borang soal selidik akan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu: (rujuk Lampiran A dan

Lampiran B)

i. Bahagian A – Profil Pelancong

ii. Bahagian B – Mengenai Lawatan Pelancong

iii. Bahagian C – Persepsi Pelancong Mengenai Keselamatan di TN

iv. Bahagian D – Tahap Kepuasan Mengenai Pengurusan Taman Negara

Bahagian pertama mengandungi soalan mengenai latar belakang responden

seperti umur, asal negara dan sebagainya. Tujuan bahagian ini adalah untuk menentukan

profil pelancong yang datang ke kawasan kajian. Bahagian kedua mengandungi soalan

yang berkaitan dengan lawatan pelancong seperti kekerapan, sumber informasi serta

aktiviti yang dilakukan ketika berada di kawasan kajian.

Bahagian ke tiga adalah mengenai persepsi atau anggapan serta pandangan

pelancong mengenai kesedaran dan tahap keselamatan ketika berada di kawasan kajian.

Bahagian ini akan dirangka menggunakan cara Skala Likert (Likert Scale) iaitu tahap

dari “sangat selamat (very safe) (1)’” kepada “sangat tidak selamat (very unsafe) (5)”

(rujuk Jadual 1.1).

Page 26: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

11

Jadual 1.1: Skala Likert Kajian Keselamatan Pelancong

Skala Skor Kriteria

Sangat selamat 1 Individu merasakan kawasan tarikan dan melakukan

aktiviti tidak akan mengancam atau mendatangkan

kemudaratan / kecederaan kepada tubuh badan

individu. Tiada risiko kemalangan.

Selamat 2 Individu merasakan kawasan tarikan dan melakukan

aktiviti boleh mendatangkan kemudaratan /

kecederaan kecil (hazard yang minima) seperti calar

dan luka kecil kepada individu yang hanya

memerlukan bantuan alatan peti pertolongan cemas.

Kurang berisiko.

Neutral 3 Individu tidak dapat mengkategorikan kawasan

tarikan dan aktiviti yang dilakukan adalah selamat

atau tidak selamat.

Tidak Selamat 4 Individu merasakan dirinya terancam atau terdedah

kepada bahaya dan kemalangan yang boleh

memudaratkan dan mendatangkan kecederaan yang

kurang serius seperti patah atau luka yang perlu

dijahit (kepada tubuh badan individu) ketika berada

di kawasan tarikan atau ketika melakukan aktiviti.

Berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan.

Sangat Tidak Selamat 5 Individu merasakan dirinya amat terancam atau

terdedah kepada bahaya dan kemalangan yang boleh

memudaratkan / mendatangkan kecederaan yang

serius (koma dan lumpuh) kepada tubuh badan

individu ketika berada di kawasan tarikan atau ketika

melakukan aktiviti. Sabgat berisiko tinggi untuk

mengalami kemalangan.

Sumber: Lois P.et al. (2004), Ferreira S. and Harmse A. (2000), Page S. (2001)

Page 27: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

12

Manakala bahagian terakhir soal selidik adalah mengenai tahap kepuasan

pengunjung terhadap pengurusan dan kawalan keselamatan oleh pihak pengurusan

kawasan kajian.

b) Temu bual (semi structured Interview)

Sesi temu bual separa berstruktur dirangka untuk mendapatkan maklumat mengenai

keselamatan dari segi pengurusan di kawasan kajian. Antara maklumat yang disoal di

dalam sesi temubual adalah:

i. Keadaan semasa mengenai keselamatan di kawasan kajian.

ii. Adakah berlaku insiden-insiden yang melibatkan kemalangan yang serius kepada

pelancong?

iii. Apakah pengurusan dan kawalan keselamatan pelancong yang digunakan oleh

pihak pengurusan dalam memastikan keselamatan pelancong terjamin?

iv. Adakah ditubuhkan pasukan penyelamat khas sekiranya berlaku keadaan yang

tidak diingini?

v. Peralatan keselamatan yang digunakan semasa kecemasan?

vi. Seterusnya adakah terdapatnya pelan-pelan kecemasan sekiranya berlaku

kecemasan seperti bencana alam dan sebagainya.

Page 28: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

13

1.8 Kawasan Kajian

Taman Negara, Pahang terletak merentasi sempatan negeri Kelantan, Pahang dan

Terengganu (rujuk Rajah 1.2). Hutan hujan ini merangkumi dua pertiga kawasan negeri

Pahang dan Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia adalah

terletak di Taman Negara. Destinasi ini merupakan destinasi ekopelancongan yang

popular di Malaysia. Di banyak negara, pertumbuhan ekonomi ekopelancongan adalah

lebih pesat daripada pertumbuhan pelancongan secara am (Pelan Ekopelancongan

Kebangsaan).

Kini terdapat lebih 10,000 spesis tumbuhan, 250 jenis burung, haiwan termasuk

kancil, musang, dan pelbagai spesis monyet. Terdapat juga haiwan seperti tapir, gajah,

harimau bintang dan singa. Taman ini juga kaya dengan khazanah pokok yang pelbagai

spesis dan ada di antaranya yang berusia 100 tahun. Antara aktiviti utama yang boleh

dilakukan ketika di Taman Negara, Pahang:

i. Menaiki Laluan Kanopi yang terpanjang di dunia

ii. Menjelajah Gua Telinga

iii. Memerhati Burung

iv. Menyusuri rentis-rentis hutan

v. Mandi manda di Lata Berkoh

vi. Rapid Shooting

vii. Bermalam di Bunbun

viii. Mendaki Gunung Tahan

Berdasarkan statistik pelancong yang dikeluarkan oleh pihak Taman Negara,

majoriti pelancong yang berkunjung ke Taman Negara adalah pelancong domestik iaitu

seramai 31,233 orang pada tahun 2004. Jumlah ini meningkat kepada 37,819 orang pada

tahun 2005 (rujuk Lampiran C dan D). Manakala, bilangan pelancong asing yang

tertinggi pada tahun 2004 dan 2005 adalah dari negara Belanda (Holland) iaitu seramai

5,918 orang 6,009 orang.

Page 29: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

14

Peta adalah tidak mengikut skala

Rajah 1.2: Kawasan Kajian

Taman Negara

Pahang

Terengganu Kelantan

Petunjuk:

Sempadan Negeri

Sempadan Negara

Page 30: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

15

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini akan memberikan maklumat persepsi keselamatan pelancong di Taman

Negara. Maklumat ini boleh digunakan oleh pihak pengurusan Taman Negara untuk

meningkatkan lagi tahap keselamatan pelancong. Jaminan tahap keselamatan ini boleh

dijadikan sebagai faktor penarik (pull factor) di dalam mempromosikan Taman Negara

sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan selamat untuk semua.

Daripada hasil kajian ini, kita dapat mengetahui hubungan antara persepsi pelancong

terhadap keselamatan dengan faktor-faktor sosio demografi pelancong. Hubungan ini

boleh digunakan di dalam analisis permintaan pelancongan (tourism demand). Selain itu,

kita juga dapat mengetahui adakah tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan

mempengaruhi persepsi keselamatan pelancong di Taman Negara.

Page 31: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 32: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan mengenai definisi dan teori keselamatan secara umum,

keselamatan di dalam pelancongan dan ekopelancongan. Selain itu bab ini juga akan

menjelaskan definisi persepsi keselamatan pelancong dan kepentingan persepsi ini

terhadap sesebuah destinasi pelancongan. Perkaitan di antara demografi pelancong dan

persepsi keselamatan pelancong juga akan diterangkan berdasarkan kajian lepas.

2.2 Definisi Dan Teori Keselamatan Secara Umum

Secara umumnya, keselamatan adalah aspek penting dan amat berkait rapat

dengan keperluan diri seseorang individu. Teori Hieraki Keperluan Maslow pada Rajah

2.1 menyatakan keselamatan merupakan faktor kedua terpenting dalam kehidupan

manusia. Isu keselamatan mungkin merupakan suatu isu yang hanya

dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa dalam mengurus dan menanganinya.

Namun, ia bukan semudah yang disangkakan.

Page 33: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

17

(Maslow, 1943)

Rajah 2.1: Teori Hieraki Keperluan Maslow

Keselamatan meliputi seluruh aspek kehidupan. Ia penting untuk memastikan

individu hidup selesa tanpa gangguan daripada luar yang boleh menyebabkan

kecederaan dan kesakitan yang akan memudaratkan tubuh badan individu sekaligus,

boleh menjejaskan aktiviti harian individu. Milton, (__) di dalam laman web

http://www.biology_online.org mendefinisikan keselamatan sebagai ‘bebas daripada

kecederaan, risiko, tidak terdedah kepada bahaya dan tidak cedera’.

Keselamatan merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam industri

pelancongan kebelakangan ini. Ini kerana terdapat pelbagai kejadian jenayah seperti

ragut, rompakan dan sebagainya yang turut melibatkan pelancong asing. Seperti yang

dinyatakan oleh Tarlow & Muehsam (1996), jenayah yang melibatkan pelancong bukan

merupakan fenomena baru di negara membangun.

Kepentingan Kecemerlangan Kebebasan

Prestige Kehormatan Diri Status

Penerimaan Berkumpulan Persamaan

Kepunyaan Semagat Berkumpulan Toleransi

Keselesaan Perlindungan Persediaan Masa

Hadapan

Keselamatan Keadilan ‘Self-Preservation’

Ekspresi Diri Pencapaian Kreativiti

Pengisian Diri Pembangunan Penggunaan

Potensi

Makanan Tempat tinggal Berehat

Minuman Sex Kesihatan

Keperluan

Aktual

Keperluan Ego

Keperluan Sosial

Keperluan Keselamatan

KeperluanPsikologi

Page 34: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

18

Permintaan dan penawaran merupakan istilah di dalam sistem pelancongan

(rujuk Rajah 2.2). Di dalam sistem ini, pelancong dianggap sebagai permintaan,

manakala bahagian penawaran pula terdiri daripada jenis tarikan pelancongan,

pengangkutan, kemudahan dan perkhidmatan untuk pelancong.

Di dalam bahagian penawaran, aspek keselamatan telah dinyatakan secara tidak

langsung. Menurut Gunn (2002), keselamatan termasuk di dalam elemen maklumat dan

perkhidmatan di dalam penawaran di mana ianya menjelaskan tip-tip atau panduan-

panduan keselamatan ketika berada di sesuatu destinasi.

Ia turut menjelaskan peranan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan

jaminan keselamatan pelancong agar mereka selesa dan tidak perlu ragu-ragu mengenai

keselamatan mereka semasa berada di sesebuah destinasi pelancongan. Destinasi yang

diketahui selamat dan berjaya mengekalkan pasukan polis yang cekap dan bersih akan

dengan sendirinya berupa promosi (Inskeep, 1991).

(Gunn dan Var, 2002)

Rajah 2.2: Sistem Pelancongan

Permintaan (Demand)

Tarikan (Attractions)

Promosi (Promotion)

Pengangkutan (Transportation)

Maklumat (Information)

Perkhidmatan

(Services)

Page 35: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

19

Manakala Inskeep (1991) turut menyatakan keselamatan awam sangat diperlukan

sebagai prasyarat di dalam pelancongan. Kemudahan dan perkhidmatan pelancongan

merangkumi keselamatan pelancong di mana beliau menyatakan:,

‘Kemudahan dan perkhidmatan keselamatan awam yang perlu

dipertimbangkan termasuk takat kebolehpercayaan, keberkesanan dan

kejujuran pasukan polis di kawasan pelancongan, langkah keselamatan

yang diamalkan di hotel dan tempat penginapan lain, perkhidmatan

pencegahan kebakaran untuk kemudahan pelancongan dan keupayaan

lain di kawasan pelancongan untuk mengekalkan kestabilan politik dan

mengawal keamanan dari serangan pengganas. Selain itu juga kesihatan

pelancong merupakan sub penting di dalam keselamatan.’

2.3 Proses Pemilihan Destinasi Dan Faktor Keselamatan

Keselamatan merupakan faktor utama pemilihan destinasi oleh pelancong (Bovet,

1994; World Tourism Organisation, 1996). Menurut Swarbrooke (2002), keselamatan

merupakan antara faktor yang mempengaruhi dan menyumbang kepada kejayaan

sesebuah destinasi pelancongan.

Terdapat banyak tarikan dan produk pelancongan yang menjadi aset kepada

sumber pelancongan Malaysia. Aset inilah yang mampu menjadikan Malaysia sebagai

sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Malaysia mempunyai pelbagai

sumber seperti sumber semulajadi, sumber budaya dan warisan. Mengikut laporan

Profile of Tourist 2004, Malaysia merupakan destinasi percutian kepada kebanyakan

pelancong. Mengikut statistik antara sebab pelancong memilih Malaysia sebagai

destinasi pelancongan mereka adalah seperti Rajah 2.4:-

Page 36: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

20

Elemen Utama Dalam Mempromosikan Malaysia

17.4

2.8

8.8

1.8

4.9

7.9

26.2

7.5

4.62.6

13.6

2.7

6.5

2.2

5.66.6

27.6

7.8

4.9 4.6

0

5

10

15

20

25

30

Pan

tai

Tapak

bers

ejara

h

Res

ort P

ulau

Reso

rt Per

gunu

ngan

Suk

an Hut

an/K

ehija

uan

Pelba

gai K

aum

Ker

amaha

n Pen

dudu

k

Dest

inas

i Selam

at

Kem

udaha

n M

embe

li be

lah

Kep

elbag

aian

Bar

anga

n

Elemen

Pera

tusan

(%

)

2004 2003

Rajah 2.3 di atas menunjukkan elemen-elemen yang menarik pelancong ke

Malaysia di mana lima elemen teratas pada tahun 2004 adalah kemesraan atau

keramahan penduduk sebanyak 26.2% diikuti oleh elemen pantai (17.4%), pulau (8.8%),

kepelbagaian kaum (7.9%) dan destinasi selamat menyumbang kepada 7.5%.

Walau bagaimanapun, terdapat penurunan untuk elemen destinasi selamat iaitu

pada tahun 2003 peratusannya ialah 7.8% dan peratusannya menurun sebanyak -3.8%

pada tahun 2004 iaitu hanya 7.5%.Penurunan peratusan Malaysia sebagai destinasi

selamat mungkin disebabkan beberapa faktor. Antara faktor yang boleh di kaitkan

dengan penurunan ini ialah faktor pemilihan destinasi oleh pelancong.

(Tourism Malaysia, 2004)

Rajah 2.3: Elemen-elemen Mempromosikan Malaysia

Page 37: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

21

Menurut Sonmez dan Graefe (1998), jika seseorang individu diberi dua pilihan

destinasi untuk dikunjungi, kedua-duanya mempunyai pelbagai tarikan dan keseronakan

yang dijanjikan ditambah pula dengan kos tambang yang murah, tetapi salah satu

destinasi tersebut adalah selamat dari ancaman, maka destinasi yang selamat ini yang

akan dipilih. Pearce (1988) menyatakan keselamatan individu adalah faktor utama di

dalam membuat keputusan untuk ke sesuatu destinasi pelancongan.

Rajah 2.4, merupakan proses pemilihan pelancong ke sesuatu destinasi.

Pemilihan ini adalah berdasarkan minat atau motivasi seseorang individu sama ada

meminati pelancongan yang berasaskan budaya, alam semula jadi mahupun pelancongan

sukan dan lain-lain.

Peringkat pertama melibatkan pembuatan keputusan untuk mengembara adalah

berdasarkan ciri-ciri individu seperti personaliti iaitu minat, kegemaran diikuti dengan

motivasi individu tersebut untuk mengembara keluar daripada kawasan tempat tinggal.

Faktor motivasi ini melibatkan faktor penolak (push factor) dan faktor penarik (pull

factor). Faktor penolak (push factor) adalah seperti ekonomi, sosial, demografi,

teknologi dan tekanan politik yang mendorong permintaan untuk aktiviti pelancongan

dengan ‘menolak’ pengguna atau individu untuk keluar daripada tempat tinggal mereka.

Selain itu budaya, pengalaman hidup, jantina, kesihatan dan pendidikan.

Peringkat kedua ialah penilaian alternatif daripada kesedaran (awareness) ke atas

sesuatu destinasi tersebut. Penilaian ini adalah dipengaruhi oleh faktor penarik (pull

factor) yang menumpukan kepada bahagian penawaran (supply) dalam pelancongan

seperti tarikan yang ditawarkan, promosi yang berkesan, pengangkutan dan

perkhidmatan yang efisyen serta maklumat yang tepat yang mampu menarik individu

untuk ke destinasi berkenaan.

Page 38: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

22

(Weaver dan Lawton, 2002)

Rajah 2.4: Proses Pemilihan Destinasi Untuk Dilawati

Setelah itu, barulah pilihan destinasi ditetapkan seterusnya melancong dan

memperoleh pengalaman baru yang mampu memberi kepuasan kepada individu. Selepas

pulang, pengalaman itu akan diingati serta dibuat penilaian. Jika pengalaman melancong

memberi kepuasan maka imej terhadap destinasi dari segi faktor penarik perlu diubah

agar kedatangan pelancong tidak berkurangan dan dapat memenuhi permintaan.

Keputusan untuk mengembara

Penilaian alternatif daripada kesedaran (awareness) ke atas

sesuatu destinasi tersebut

Pilihan destinasi ditetapkan

Pengalaman melancong

Mengingat kembali, penilaian

Personaliti Motivasi Budaya

Pengalaman hidup Jantina

Kesihatan Pendidikan

Pencarian informasi

Pengubahsuaian imej

Faktor penarik (pull factors)

Faktor penolak (push factors)

1

5

4

3

2

Page 39: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

23

2.4 Faktor Keselamatan Dalam Ekopelancongan

2.4.1 Ekopelancongan Dan Keselamatan

The International Ecotourism Society (TIES) (1991) mendefinisikan

ekopelancongan sebagai ‘responsible travel to natural areas that conserve the

environment and sustains the well-being of local people’. Destinasi ekopelancongan pula

biasanya dikaitkan dengan ‘semulajadi’ atau ‘persekitaran yang tidak diganggu’

(Weaver and Lawton, 2002). Kebanyakan aktiviti ekopelancongan akan dilakukan di

dalam kawasan yang dilindungi dan dipelihara (protected area) contohnya Taman

Negara.

Bagi lokasi produk ekopelancongan, secara amnya dilengkapi sepenuhnya

dengan kemudahan dan keperluan aktiviti pelancongan. Keperluan kemudahan di

kawasan persekitaran sesuatu lokasi pelancongan merupakan perkara penting bagi

menjamin sambutan berterusan dari pengunjung. Kemudahan penginapan seperti

‘resort’, chalet, kawasan perkhemahan, kemudahan kenderaan (bot, pacuan 4x4 dan

sebagainya). Manakala, kemudahan pemandu pelancong juga turut disediakan di setiap

lokasi ekopelancongan dengan kadar sewa yang berpatutan. Bagi pengusaha-pengusaha

pakej, aspek keselamatan sentiasa dititik beratkan di dalam memastikan keselamatan

para pelancong terjamin.

Keselamatan di dalam ekopelancongan sebenarnya lebih menjurus kepada

keselamatan terhadap diri pelancong atau pelawat itu sendiri. Ia bermaksud keselamatan

yang merangkumi aktiviti yang dilakukan semasa berada di kawasan ekopelancongan.

Ini kerana kawasan ekopelancongan umumnya merupakan kawasan alam semula jadi

yang amat terdedah kepada punca-punca terjadinya kemalangan. Selalunya kemalangan

yang disebabkan binatang buas, pokok-pokok berakar serta berduri, struktur tanah,

kedalaman air, selut, kecuraman bukit atau tebing, strukur gua dan sebagainya adalah

terjadi akibat kecuaian dan ketidakprihatinan pelancong itu sendiri. Kurangnya panduan

Page 40: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

24

mengenai keselamatan oleh pihak pengurusan turut menyumbang kepada terjadinya

kemalangan.

Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk mengenal pasti kawasan-kawasan di

bawah jagaannya adalah selamat dibuka dan dilawati oleh para pelancong yang

menggemari aktiviti ekopelancongan. Papan tanda amaran dan pelan kecemasan harus

dirangka untuk memastikan pelancong atau pelawat menyedari akan bahaya yang

terdapat di sesuatu kawasan. Sebagai contoh, pihak pengurusan Gunung Ledang yang

telah menubuhkan pasukan renjer Gunung Ledang Resort untuk meronda dan mengikuti

perkhemahan bagi memastikan keselamatan pengunjung. Selain itu, Jabatan Pengairan

dan Saliran (JPS) telah memasang ‘Sistem Amaran Awal Ribut Hujan’ di kawasan

gunung tersebut yang mampu memberi amaran awal kepada pengunjung sekiranya

berlakunya ribut di kawasan hutan lipur Gunung Ledang.

2.4.2 Garis Panduan Keselamatan Dalam Ekopelancongan

Satu polisi antarabangsa yang menekankan kepada isu keselamatan pelancong

adalah Tourism Bill of Rights and Tourist Code yang diterima di Sofea pada September

1985 oleh World Tourism Organization. Isu keselamatan pelancong telah dirujuk pada

artikel IV (c) iaitu “….ensure the safety of visitors and the security of their belongings

through preventive and protective measures”.

Untuk memastikan keselamatan pelancong terutamannya pelancong eko terjamin,

satu garis panduan telah dikeluarkan oleh Kementerian, Kebudayaan, Kesenian Dan

Pelancongan Malaysia pada 1997. Garis panduan ini adalah berdasarkan rang undang-

undang ‘Tourism Bill Of Rights and Tourist Code’ yang menyeru negara lain

menggunakannya selaras dengan peraturan dan perundangan di negara mereka sendiri.

Garis panduan keselamatan am di dalam ekopelancongan telah dinyatakan di dalam

Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia. Garis panduan ini adalah:-

Page 41: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

25

i. Memastikan para pelancong mempunyai kemudahan nasihat yang berguna

tentang kesihatan dan keselamatan sebelum tiba, semasa dan selepas perjalanan

mereka.

ii. Memastikan bahawa nasihat ini temasuk syarat mendapat rawatan terutamanya

dalam kes demam berulangan atau berpanjangan

iii. Memastikan pelancong mengambil langkah pencegahan yang diperlukan seperti

ubat malaria, topi keselamatan ketika berada di dalam gua, lampu suluh dan

lain-lain.

iv. Memastikan bahawa risiko yang tidak dapat dielakkan diterangkan dengan jelas

epada para pelancong.

v. Memastikan bahawa syarikat dan orang perseorangan yang menjadi pengusaha

ekopelancongan mempunyai semua kebenaran perniagaan yang perlu untuk

beroprasi dan perlindungan insurans yang mencukupi.

vi. Memastikan bahawa terdapat kursus latihan pertolongan cemas bagi pemandu

pelancong dan menggalakkan semua pemandu pelancong mengikuti latihan

tersebut.

vii. Memastikan bahawa pemandu pelancong mempunyai sijil yang sesuai dengan

bidang khusus seperti menyelam skuba, memanjat batu dan sebagainya.

viii. Memastikan bahawa kemudahan kesihatan mudah diperolehi dari tapak

ekopelancongan utama dan terdapat rancangan luar jangka bagi kes pemindahan

kecemasan.

ix. Memastikan bahawa semua struktur dan peralatan di destinasi ekopelancongan

diselenggara dengan baik, dibaiki dengan sempurna dan digantikan segera

apabila perlu (contoh: anak tangga, tali jambatan dan sebagainya.)

Terdapat juga rancangan luar jangka di mana ia memfokuskan kepada kawasan

ekopelancongan di kawasan terpencil:

i. Mengenal pasti kakitangan yang diperlukan untuk bertindak dalam keadaan

kecemasan.

ii. Mengenal pasti kegiatan/aktiviti yang berisiko paling tinggi.

Page 42: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

26

iii. Mengenal pasti tempat-tempat berisiko tinggi di dalam kawasan

ekopelancongan.

iv. Merancang jalan yang paling pantas dari setiap tempat berisiko ke

kemudahan pengubatan yang terdekat.

v. Mengenal pasti kenderaan yang sesuai digunakan.

vi. Memastikan bahawa terdapat bekalan dan peralatan kecemasan (contoh: tali,

bahan bakar ganti, makanan dan minuman tambahan).

vii. Memastikan bahawa telefon/alat hubungan radio berfungsi dan boleh

berhubung dengan perkhidmatan penyelamat dan perubatan.

viii. Memastikan bahawa nombor telefon bagi perkhidmatan tersebut dipamerkan

dengan jelas.

ix. Memastikan bahawa kakitangan perkhidmatan penyelamat dan perubatan

mengetahui jenis-jenis kegiatan pelancongan yang dijalankan, bilangan

pelancong dan risiko-risiko yang mungkin berlaku.

Kecederaan disebabkan kecuaian dari pelancong ataupun disebabkan kemudahan

yang berbahaya adalah biasa. Sebagai contoh, walaupun pelancong antarabangasa

mempunyai bilangan yang sedikit ke Taman Negara Amerika Syarikat, tetapi bilangan

pelancong ini didapati mempunyai peratusan yang terbesar terlibat dalam kemalangan.

Masalah ini telah diatasi dengan meletakkan simbol atau amaran yang boleh

digunapakai dan difahami oleh peringkat antarabangsa di tempat-tempat yang

berpotensi sebagai kawasan berbahaya di Taman Negara tersebut.

2.4.3 Pelancong Eko

Pelancong eko adalah pelancong atau pelawat yang melancong atau melawat ke

kawasan ekopelancongan dan mereka bertanggungjawab dalam memelihara dan

memulihara kawasan ekopelancongan. Jadual 2.1, adalah ciri-ciri umum individu yang

dikenali sebagai pelancong eko (ecotourist).

Page 43: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

27

Jadual 2.1: Profil Pelancong Eko

Bil Profil Ciri-ciri

1. Umur Umur minimum adalah 30 tahun. Namun begitu, umur

belasan tahun dan 20-an semakin meningkat

bilangannya.

2. Jantina Biasanya lebih ramai wanita daripada lelaki,

terutamanya dalam kumpulan remaja.

3. Pendapatan Berpendapatan tinggi berbanding pengembara biasa.

4. Tahap Pendidikan Berpendidikan tinggi, kebanyakannya adalah lepasan

kolej.

5. ‘Party composition’Kebanyakannya iaitu 60% mengembara secara

berpasangan, 15% berkeluarga dan 13% mengembara

secara berseorangan.

6. Tempoh Lawatan Berdasarkan kajian di Amerika Utara, lebih 50%

sanggup menghabiskan masa selama 8-14 hari.

7. Belanjawan Pelancong eko biasanya sanggup menghabiskan lebih

belanja demi mendapat pengalaman yang berkualiti dan

mereka berpuas hati dengan lawatan mereka.

8. Aktiviti yang digemari Melawat Taman Negara, mendaki, aktiviti berasaskan

air, pelihat pemandangan, berkhemah dan sebagainya.

9. Sebab utama

mengembara

(i) untuk merasai pelbagai elemen berasaskan alam

semula jadi.

(ii) pengalaman baru, hidupan liar, mempelajari

budaya masyarakat tempatan (asli).

(Wight, 2001)

Page 44: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

28

2.4.4 Spektrum Aktiviti Pelancong

Rajah 2.5, menjelaskan mengenai spektrum aktiviti pelancong. Kategori pertama

di dalam spektrum tersebut mengandungi aktiviti pengembaraan cabaran contohnya

aktiviti mendaki gunung. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang mendatangkan risiko

paling berbahaya berbanding aktiviti dari kategori lain seperti ekopelancongan. Individu

yang melakukan aktiviti ini dianggap sebagai individu yang sanggup mengambil risiko

kemalangan yang tinggi seperti dari terjatuh, tergelincir dan sebagainya dan ini

berkemungkinan akan mengakibatkan kecederaan yang serius. Individu yang melakukan

aktiviti mendaki gunung ini mungkin kurang mengambil berat soal keselamatan

disebabkan mereka telah membuat persediaan yang cukup dari segi fizikal dan mental.

Kategori kedua pula adalah merujuk kepada pelancong eko. Individu dari

kategori ini sanggup mengambil risiko tetapi hanya risiko pada tahap sederhana.

Walaupun mereka telah bersedia dari aspek fizikal dan mental, tetapi mereka tidak

bersedia untuk menghadapi kecederaan yang serius. Individu dari kategori ini amat

berhati-hati dalam melakukan aktiviti yang mereka gemari dan mengambil berat

mengenai keselamatan dan kalau mampu mereka akan mengelakkan diri dari sebarang

kemalangan atau insiden.

Kategori terakhir pula, ialah individu yang mengikuti pakej. Individu dari

kategori ini adalah mereka yang paling kurang dan tidak sanggup untuk mengambil

risiko kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, untuk memastikan keselamatan mereka

terjamin, mereka amat mengharapkan panduan dan pertolongan daripada pemandu

pelancong untuk menjamin keselamatan dan memandu mereka ketika melakukan aktiviti

pelancongan.

Page 45: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

29

(Fennel, 2003)

Rajah 2.5: Spektrum Aktiviti Pelancong

2.5 Persepsi Pelancong Terhadap Keselamatan Di Sesebuah Destinasi

Pelancongan.

Menurut Beerli dan Martin (2003), definisi persepsi ialah “……understood as

the process through which an individual selects, organizes and interprets incoming

information in order to create an image not only depends on a specific stimuli, but also

on stimuli more generally related to the environment and the individual’s own

characteristic”. Bagi sesetengah individu persepsi merupakan tanggapan seseorang

individu sama ada bersifat positif atau pun negatif bergantung kepada faktor-faktor yang

mempengaruhinya terhadap sesuatu perkara. Persepsi keselamatan adalah penting

Pengembaraan ‘adventure’

(contoh: mendaki

Ekopelancongan (contoh: melihat burung)

Tour Travel

(contoh: pakej percutian

• Kurang mengambil berat soal keselamatan

• Cukup persediaan dari aspek fizikal dan mental.

Meningkatkan keselamatan dan pembuatan keputusan yang pasti.

• Merangkumi pengembaraan dan ‘tour travel’

• Menggabungkan pendidikan dan aktiviti fizikal.

• Cukup persediaan dari aspek fizikal dan mental.

• Persediaan individu pada tahap yang rendah

• Mengambil berat terhadap keselamatan

Meningkatkan tahap persediaan/latihan/pembuatan keputusan dan sanggup menanggung risiko.

Page 46: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

30

(Williams and Dickson, 1993) kerana ianya akan mempengaruhi tingkah laku individu

termasuk untuk kekerapan keluar dari penginapan (Valentin, 1989; Madge, 1997),

terlibat di dalam aktiviti dan seterusnya turut mempengaruhi tahap kepuasan terhadap

sesuatu destinasi tersebut.

Page dan Baker (2002) menyatakan bahawa persepsi terhadap jenayah dan

keselamatan dipengaruhi oleh keadaan seseorang individu, imej di sesuatu destinasi dan

pengaruh media. Jika pelancong berasa tidak selamat ketika berada di sesebuah

destinasi, mereka akan membuat tanggapan negatif kepada destinasi tersebut. Situasi ini

akan memusnahkan sesebuah destinasi pelancongan dengan menurunkan peratus

kehadiran pelancong. Persepsi negatif terhadap keselamatan individu merupakan

ancaman utama dalam industri pelancongan di Selatan Afrika (Satour, 1997). Jika situasi

ini terjadi pelancong mungkin membuat keputusan untuk tidak melawat destinasi

tersebut kerana meningkatnya kejadian-kejadian yang tidak diingini. Menurut satu

kajian yang dilakukan oleh Ferreira dan Harmse (2000), menyatakan pengalaman dan

’worth-of-mouth communication’ merupakan faktor utama yang mempengaruhi

keputusan pelancong untuk melawat Selatan Afrika (Satour, 1997).

2.6 Perkaitan Di Antara Demografi Pelancong Dan Persepsi Pelancong

Terhadap Keselamatan

Individu yang datang ke sebuah destinasi mungkin tidak arif dengan situasi atau

persekitaran yang terdapat di situ. Mungkin suasana ini berbeza dari segi pengetahuan

yang terhad mengenai destinasi dan dari segi bahasa pertuturan yang berlainan terutama

sekali bagi pelancong antarabangsa dan ini mungkin akan menyebabkan pelancong

tersebut berasa kurang yakin dengan keselamatan dirinya apabila berada di destinasi

tersebut. Lynch (1960), mencadangkan bahawa ketidakbiasaan (unfamiliarity) dan

kesusahan individu dalam pembelajaran (memahami) alam sekitar mempunyai kesan

kepada ketakutan individu, menitik berat soal keselamatan dan kestabilan emosi. Kita

Page 47: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

31

mungkin boleh mengaitkan pendapat ini dengan faktor demografi, iaitu taraf

kewarganegaraan yang berbeza mungkin akan mempengaruhi persepsi keselamatan di

sesebuah destinasi pelancongan.

George (2003) turut membuktikan bahawa selain kewarganegaraan, tempoh

berada di destinasi dan pelancong yang pernah berdepan dengan jenayah turut

mempengaruhi persepsi mereka terhadap keselamatan di sesebuah destinasi.

2.7 Kesimpulan

Bidang pelancongan melibatkan pelancong yang melakukan aktiviti di sesuatu

destinasi di luar tempat tinggal mereka. Oleh itu, jaminan keselamatan pelancong perlu

wujud dengan adanya langkah-langkah serta kawalan untuk mencegah terjadinya

kemalangan oleh pihak pentadbiran atau pengurusan di sesuatu destinasi pelancongan.

Keselamatan juga melibatkan nyawa dan harta benda, serta kesihatan pelancong.

Kemalangan berlaku disebabkan pelbagai faktor dan turut dikenal pasti sebagai

penyebab kepada cedera, kematian dan gangguan kepada pemikiran kepada pelancong

yang melancong ke destinasi asing (Page & Mayer, 1996). Kemalangan yang berlaku

semasa aktiviti melancong dapat memberi kesan negatif kepada industri pelancongan itu

sendiri (Clift & Page, 1996: Greenaway, 1996; Wilks et al., 1996).

Page 48: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 49: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

BAB III

TAMAN NEGARA

3.1 Pengenalan

Taman Negara merupakan satu kawasan atau tempat yang dilindungi (protected

area) oleh kerajaan supaya biodiversiti semulajadi kawasan berkenaan dipelihara dan

dikekalkan. Merosakkan flora dan fauna di kawasan Taman Negara dilarang sama

sekali. Menurut International Union for the Consevation of Nature (IUCN), kawasan

yang dilindungi boleh didefinisikan sebagai ‘........an area dedicated primarily to the

protection and enjoyment of natural or cultural heritage, to maintenance of biodiversity,

and/or to maintenance of ecological life-support services’ (Scheyvens, 2002). Taman

Negara diletakkan di dalam kategori II di bawah pengurusan kawasan dilindungi yang

dikeluarkan oleh IUCN (International Union for the Consevation of Nature) (Ceballos-

Lascuráin, 1996). Kategori II bermaksud kawasan dilindungi yang diuruskan bertujuan

untuk melindungi ekosistem dan untuk tujuan rekreasi contohnya kawasan pelancongan.

Objektif penubuhan Taman Negara di Malaysia adalah untuk memelihara dan

melindungi hidupan liar, hidupan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai

kepentingan untuk kajian kaji bumi, kaji purba, sejarah dan ekologi. Juga termasuk

kepentingan dari segi sains dan pemandangan memajukan pendidikan, kesihatan, nilai

estatik dan rekreasi untuk orang ramai (Akta 226, Akta Taman Negara, 1980).

Aktiviti di kebanyakan Taman Negara termasuk melihat hidupan liar dan

pemandangan semulajadi, berkhemah, merentas hutan, berperahu dan berakit,

Page 50: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

33

memancing, berkelah dan berenang, melawat gua, air terjun, kawasan penempatan orang

Asli dan mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini merupakan aktiviti yang dilakukan di

kawasan alam semulajadi seperti di kawasan hutan, bukit dan sungai.

Antara kemudahan asas yang disediakan di Taman Negara termasuk kemudahan

penginapan, makanan dan minuman, cenderahati, peralatan rekreasi, kemudahan

rekreasi, kemudahan insfrastruktur, tempat letak kereta, pangangkutan dan lain-lain

kemudahan sokongan untuk pelawat. Kebolehsampaian untuk kebanyakkan Taman

Negara yang telah dibangunkan agak mudah kerana jaringan jalan raya di Malaysia

sangat baik. Pengangkutan persendirian, awam atau pengangkutan yang disediakan oleh

pihak pengurusan boleh digunakan untuk ke Taman Negara.

Terdapat 17 buah Taman Negara di Malaysia. Dua buah Taman Negara terletak

di Semenanjung, sembilan buah di Sarawak dan selebihnya iaitu enam buah terletak di

negeri Sabah (rujuk Jadual 3.1).

Taman Negara Semenanjung Malaysia (Kelantan, Pahang, Terengganu)

diletakkan di bawah pengurusan Jabatan PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan

Liar Taman dan Negara). Manakala Taman Negara Endau Rompin (State National Park)

diletakkan di bawah penguasa Perbadanan Taman Negara Johor. Bagi Taman Negara

Sabah pula ia diletakkan di bawah Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah

atau dikenali juga sebagai Taman-Taman Sabah. Taman Negara Sarawak pula ditadbir

oleh Jabatan Perhutanan dan Sarawak Biodiversity Central Council.

Page 51: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

34

Jadual 3.1: Senarai Taman Negara di Malaysia

Nama Kawasan Tarikh Diwartakan

SEMENANJUNG MALAYSIA

Taman Negara

Taman Negara Endau Rompin

1939

-

SARAWAK

Taman Negara Bako

Taman Negara Mulu

Taman Negara Niah

Taman Negara Bukit Lambir

Taman Negara Similinjau

Taman Negara Gua Gading

Taman Negara Rubah

Taman Negara Loagan

Taman Negara Batang Ai

1957

1974

1975

1975

1978

1983

1989

1991

1991

SABAH

Taman Negara Kinabalu

Taman Negara Tengku Abdul Rahman

Taman Negara Crocker Range

Taman Negara Pulau Tiga

Taman Negara Pulau Penyu

Taman Negara Batu Tawau

1964

1947

1984

1918

1977

1979

Sumber: Norlida Hanim Mohd Salleh (2000).

Page 52: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

35

3.2 Akta Taman Negara dan Enakmen Taman Negara

Taman Negara yang diwujudkan adalah di bawah bidang kuasa Akta Taman

Negara No.226 Tahun 1980. Akta ini telah diperkenalkan pada 28 Februari 1980. Ia

mengandungi 11 seksyen yang merangkumi hal-hal berkaitan penubuhan Taman

Negara, tujuan penubuhannya, Majlis Penasihat, fungsi, tanggungjawab, larangan dan

lain-lain perkara berkaitan. Akta ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia iaitu

untuk Taman Negara yang baru ditubuhkan. Ia tidak dikuatkuasakan untuk Taman

Negara yang sedia ada seperti Taman Negara Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Taman Negara yang sedia ada sekarang adalah di bawah bidang kuasa Enakmen

Taman Negara (Pahang) No.2 Tahun 1939, yang berkuatkuasa hanya di negeri Pahang,

Enakmen Taman Negara Kelantan (Kelantan) No.14 Tahun 1939 di Kelantan dan

Enakmen Taman Negara (Terengganu) No. 6 Tahun 1939 di Terengganu.

Menurut Akta Taman Negara, Majlis Penasihat Taman Negara perlu

dipengerusikan oleh seorang Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri bagi negeri yang

terlibat, tiga orang wakil daripada setiap negeri, Ketua Pengarah, wakil daripada

Perbendaraan, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Kementerian Pelancongan, Jabatan

Perhutanan dan tidak lebih dari enam orang perwakilan yang dilantik oleh Menteri.

Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 4(1) Akta Perlindungan Hidupan

Liar No.76 Tahun 1972, perlu bertanggungjawab ke atas perlaksanaan akta tersebut dan

demikian pangkat pegawai tersebut dirujuk seperti mana yang terdapat di dalam akta

tersebut. Ketua Pengarah mempunyai hak penyeliaan dan hala tuju untuk setiap perkara

yang melibatkan Taman Negara.

Page 53: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

36

3.3 Taman Negara, Pahang

Sektor pelancongan negeri Pahang mempunyai pelbagai destinasi pelancongan

yang berteraskan ketiga-tiga sumberjaya iaitu produk semulajadi, buatan manusia

mahupun sejarah, warisan atau budaya. Negeri Pahang mempunyai 54 buah lokasi

tarikan yang mana 27 daripadanya adalah bertaraf antarabangsa. (Rancangan Struktur

Negeri Pahang 2002-2020). Daerah Jerantut yang merupakan salah sebuah daerah di

negeri Pahang, merupakan daerah yang mempunyai keluasan yang terbesar iaitu 7,561

km persegi. Kawasan pentadbirannya termasuklah kawasan destinasi ekopelancongan

yang popular iaitu Taman Negara yang mengambil hampir separuh daripada keluasan

daerah Jerantut.

Taman Negara, Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1939 dan dikenali sebagai

Taman Negara King George V. Sebelum itu, pada tahun 1925, satu kawasan seluas

9,240 hektar disekitar Gunung Tahan telah diwartakan sebagai Rezab Hidupan Liar

Gunung Tahan oleh Kerajaan Bristish. Selepas merdeka, taman ini telah dinamakan

sebagai Taman Negara. Kawasan Taman Negara meliputi tiga negeri iaitu Pahang,

Kelantan dan Terengganu yang mempunyai keluasan 4,343 kilometer persegi. Kawasan

Pahang meliputi 2,477 kilometer persegi, iaitu merangkumi dua pertiga (57%) kawasan

Taman Negara. Kawasan negeri Kelantan meliputi 1,043 kilometer persegi atau 24%

dan Terengganu 853 kilometer persegi (Taman Negara, Pahang, 2006).

Bentuk muka bumi di Taman Negara adalah berbukit bukau dengan bahagian

tengah kawasan Taman Negara adalah bergunaung ganang yang mengandungi sedimen,

granit dan batu kapur. Gunung Tahan merupakan tarikan utama di Taman Negara.

Dengan ketinggian 2,187 meter dari paras laut, Gunung Tahan merupakan gunung

tertinggi di Semenanjung Malaysia. Manakala titik terendah terletak di Kuala Atok iaitu

hanya 75 meter dari paras laut. Jadual 3.2, adalah profil bentuk muka bumi di Taman

Negara.

Page 54: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

37

Jadual 3.2: Bentuk Muka Bumi di Taman Negara

Muka Bumi / Contour Peratusan (%)

Di bawah 250 kaki 0.6

250 – 1000 kaki 57.0

1000 – 2500 kaki 28.0

2500 – 4000 kaki 11.0

4000 – 5000 kaki 2.0

Lebih daripada 5000 kaki 1.0

Sumber: Whitemore (1971)

Taman ini dikatakan sebagai antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia

dengan ekosistemnya yang tidak terjejas sejak 130 juta tahun dahulu. Oleh kerana

Taman Negara Pahang terletak merangkumi tiga buah negeri, maka terdapat 4 laluan

masuk ke Taman Negara, Pahang iaitu dari:-

i. Selatan – Kuala Tahan di Pahang

ii. Barat – Merapoh, Sungai Relau di Pahang

iii. Utara – Kuala Koh di Kelantan

iv. Timur – Tanjung Mentong, Tasik Kenyir di Terengganu

Pintu masuk utama (main access) ke Taman Negara, Pahang adalah dari Kuala

Tahan melalui bandar Jerantut. Laluan ini adalah mudah dan menjimatkan masa kerana

ia hanya mengambil masa tiga hingga empat jam dengan menggunakan jalan raya dari

Kuala Lumpur atau Kuantan. Dari Jerantut, pengunjung perlu melalui Padang Piol

dengan jarak 40 kilometer untuk sampai ke Kampung Kuala Tahan sebelum tiba di jeti

Kuala Tahan. Alternatif lain untuk ke Taman Negara adalah melalui jalan sungai iaitu

Page 55: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

38

dengan menggunakan perkhidmatan bot dari jeti Kuala Tembeling. Perjalanan dengan

bot ini mengambil masa dua jam untuk sampai ke Taman Negara.

3.4 Kedatangan Pelancong ke Taman Negara Pahang

Rajah 3.1 menunjukkan jumlah kedatangan pelancong ke Taman Negara dari

tahun 2001 sehingga tahun 2005. Menurut Inskeep (1996), jumlah ketibaan pelancong

tahunan pada masa lalu dan kini perlu ditentukan sebagai petunjuk untuk pertumbuhan

umum dan peningkatan permintaan dalam industri pelancongan, di samping angka

bulanan diperoleh untuk menghitung turun naik ketibaan pelancong bermusim. Daripada

Rajah 3.1 ini bolehlah disimpulkan bahawa kedatangan pelancong ke Taman Negara

agak konsisten dengan perubahan yang kecil dan meningkat bagi tiga tahun kebelakang.

Rajah 3.1: Kedatangan Pelancong ke Taman Negara

Sumber : Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang(2006)

Jumlah Kedatangan Pelancong Ke

Taman Negara, Pahang

58,532 60,15654,230

60,026

71,631

0

10,000

20,000

30,000

40,000

50,000

60,000

70,000

80,000

2001 2002 2003 2004 2005

Tahun

Bila

ng

an

Pe

lan

co

ng

Jumlah Kedatangan Pelancong

Page 56: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

39

3.5 Tarikan di Taman Negara Pahang.

Hari ini, Taman Negara telah menjadi satu destinasi ekopelancongan utama di

negara ini. Peningkatan jumlah kedatangan pelancong amat bergantung kepada tarikan

dan produk yang ada di sesuatu destinasi. Tarikan-tarikan utama terdiri daripada

gabungan elemen semulajadi dan kebudayaan. Biasanya tarikan diperlukan untuk

mencerminkan kawasan yang wujud, berbeza dan segi ciri keunikan semulajadi dan

budaya, dan secara tulen dikembangkan untuk menguatkan ciri tersebut (Inskeep, 1991).

Taman Negara menjanjikan pelbagai jenis tarikan kepada individu yang suka

mendekatkan diri kepada alam semulajadi (close to nature). Taman Negara, Pahang

amat kaya dengan kepelbagaian (biodiversity) flora dan faunanya. Selain daripada

hutannya yang berusia 130 juta tahun, taman ini juga telah mengalami evolusi dalam

jangka masa tersebut. Taman ini juga merupakan habitat beberapa mamalia yang sukar

ditemui seperti Badak Sumatra dan Seladang.

Selain daripada keunikan flora dan fauna, taman ini dikenali dengan adanya

Gunung Tahan yang menjadi impian para pendaki untuk sampai ke puncaknya. Selain

daripada Gunung Tahan terdapat satu lagi gunung yang boleh didaki iaitu Gunung

Gagau yang mempunyai ketinggian 1,376 meter. Gunung ini terletak merentasi

sempadan 3 buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pendakian untuk

sampai ke puncaknya hanya memakan masa sehari, tetapi untuk sampai di kaki gunung,

pendaki perlu menyusuri denai dan sungai selama dua hari.

Rajah 3.2 dan Rajah 3.3 di bawah, menunjukkan gambar titian kanopi dan

pemandangan Gunung Tahan dari laluan kanopi. Rajah 3.4 pula, adalah peta kawasan

Taman Negara merangkumi laluan rentis untuk ke tempat tarikan dan ke Gunung Tahan.

Page 57: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

40

Rajah 3.2: Laluan Kanopi Rajah 3.3: Pemandangan Gunung Tahan

Selain itu, tarikan utama yang lain terdapat di Taman Negara ialah laluan kanopi

atau ‘canopy walkway’. Untuk sampai ke laluan kanopi ini, pengunjung perlu melalui

rentis(trail) sejauh 1.2 kilometer daripada pusat pentadbiran Taman Negara. Laluan

yang mempunyai ketinggian 50 meter dari aras tanah dan sepanjang 450 meter ini

dipercayai merupakan laluan kanopi yang terpanjang di dunia. Laluan ini dibina secara

mengelingi (bulatan) dan dibina menggunakan pokok Tualang (koompasia excelsa).

Terdapat dua puncak tinjau iaitu Puncak Tinjau 1 yang memperlihatkan pemandangan

Sungai Tembeling manakala Puncak Tinjau 2 adalah mengadap Sungai Tahan dan

panorama Gunung Tahan.

Page 58: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

41

TAMAN NEGARA, PAHANG

Bukit Teresik

Bunbun Chegar

Anjing

Gua Telinga

Bukit Pecah Piring

KUALA

TAHAN Air Terjun Puteri

Air Terjun Abai

Bunbun Yong

Bunbun BlauBukit Guling Gendang

Bunbun Tabing

Lata Berkoh

Bunbun Kumbang

Air Terjun4 Tingkat

Sung

ai Tahan

Gua Luas

Gua Kepayang Besar

Gua Kepayang Kecil

Kampung Pagi

Kuala Keniam

Kuala Perkai

LaluanKanopi

Bukit Warisan

KUALA ATOK

KUALA

TERENGGAN

Bunbun (Hide)

Bukit

Air Terjun

Gua

Lodge

Tapak Khemah

Sungai

Rentis/Trail

11 2 30

2 3 41 Kilometer

Batu

Rajah 3.4: Peta Taman Negara, Pahang

Page 59: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

42

3.6 Aktiviti di Taman Negara, Pahang

Majoriti tujuan pengunjung ke Taman Negara adalah untuk membuat aktiviti

berasaskan alam sekitar (nature-based activity) seperti menjelajah, memancing,

berenang dan menaiki bot melalui sepanjang sungai berlatar belakangkan rimbunan

pokok yang tinggi dan rimbun. Aktiviti yang paling mencabar yang menguji daya

ketahanan fizikal dan mental ialah aktiviti mendaki Gunung Tahan iaitu gunung yang

tertinggi di Semenanjung Malaysia. Aktiviti mendaki ini mengambil masa selama 5

hingga 7 hari untuk sampai ke kemuncaknya. Dengan jarak 550 kilometer dari pusat

pentadbiran Taman Negara, perjalanan yang mencabar ini bakal merentasi hutan hujan

tropika, sungai dan rabung.

Jadual 3.3, menunjukkan aktiviti utama yang boleh dilakukan ketika berada di

Taman Negara, Pahang.

Page 60: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

43

Jadual 3.3: Aktiviti Utama Di Taman Negara, Pahang

Aktiviti Penerangan

Memerhati Burung Memerhati burung merupakan aktiviti yang agak popular di

kalangan pelancong asing. Sebanyak 54 peratus daripada 650

spesis burung di Malaysia boleh dijumpai di Taman Negara.

‘Canopy Walkway’ Merupakan jambatan gantung terpanjang di Asia.

Menjelajah Terdapat pelbagai rentis yang dibina untuk kemudahan

pelancong ke tempat-tempat tarikan di seluruh Taman Negara.

‘Night Walk’ Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam bertujuan untuk

memerhati haiwan-haiwan liar yang aktif pada waktu malam.

Penerokaan Gua Aktiviti menerokai gua adalah aktiviti yang mencabar. Terdapat

pelbagai jenis gua batu kapur yang terdapat di Taman Negara

yang mempunyai keunikannya yang tersendiri contohnya Gua

Peningat, Gua Telinga, Gua Daun Menari and Gua Besar.

Memancing Kawasan memancing di yang popular di Taman Negara ialah di

Sungai Keniam. Pengunjung juga dibenarkan bermalam di

‘fishing lodge’ Kuala Perkai.

Berenang Terdapat dua kawasan yang sesuai untuk berenang iaitu lubuk

simpon yang terletak hanya 800 meter dari kawasan pintu masuk

Taman Negara. Selain itu Lata Berkoh juga menjadi tempat

tumpuan untuk aktiviti mandi manda dan berenang.

‘Wildlife

Observation Hides’

Bermalam di bunbun (hides) untuk memerhati hidupan liar yang

keluar mencari makanan pada waktu malam.

‘Rapids Shooting’ Aktiviti ini dilakukan di kawasan aliran sungai deras dan

berjeram.

Sumber: Taman Negara, Pahang (2004)

Page 61: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

44

3.7 Pengurusan Taman Negara, Pahang.

Taman Negara di tadbir oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman

Negara (PERHILITAN) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pentadbiran Taman Negara Pahang pula, diuruskan oleh seorang Penguasa Taman

Negara iaitu kakitangan PERHILITAN dan tiga orang Timbalan Penguasa yang

mempunyai peranan tertentu (rujuk Rajah 3.5) Jumlah kakitangan Taman Negara adalah

seramai 91 orang termasuk 52 pembantu am rendah dan 16 orang renjer. Kakitangan ini

merangkumi kakitangan di kawasan Sungai Relau, Tembeling dan Kuala Tahan.

Pihak pengurusan telah menetapkan beberapa bayaran apabila mengunjungi

Taman Negara. Menurut pihak pengurusan Taman Negara, bayaran ini bertujuan untuk

tujuan penyelenggaraan kemudahan yang terdapat di Taman Negara seperti rentis, laluan

kanopi dan lain-lain kemudahan. Bayaran tersebut adalah seperti Jadual 3.4 di bawah.

Jadual 3.4: Bayaran Yang Dikenakan Kepada Pengunjung

Bayaran RM

Permit masuk 1.00

Lesen memancing 10.0

Lesen kamera 5.00

Sewa tapak Khemah 2.00

Laluan Kanopi 5.00

Taman Negara juga turut menyediakan kemudahan pemandu pelancong dan

kemudahan sewa bot untuk ke tempat-tempat tarikan. Pemandu pelancong ini terdiri

daripada kakitangan jabatan sendiri serta penduduk tempatan yang telah mengikuti

Page 62: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

45

kursus dan dilatih, kemudian diberikan lesen sebagai pemandu pelancong. Perkhidmatan

pemandu pelancong ini diberikan apabila pengunjung memerlukannya dengan bayaran

RM 150 bagi seorang pemandu pelancong untuk maksimum 12 orang pelancong dalam

satu kumpulan.

Page 63: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

46

Ra

jah

3.5

: C

art

a O

rga

nis

asi

Ta

ma

n N

ega

ra P

ah

an

g

PE

NG

UA

SA

TA

MA

N N

EG

AR

A

TIM

BA

LA

N P

EN

GU

AS

A

TA

MA

N N

EG

AR

A

(Kesedara

n A

wam

)

TIM

BA

LA

N P

EN

GU

AS

A T

AM

AN

N

EG

AR

A

(Peng

uatk

uasaan)

TIM

BA

LA

N P

EN

GU

AS

A T

AM

AN

N

EG

AR

A

(Mera

po

h)

Unit P

enta

dbir

an

Un

it

Pe

ne

rang

an

U

nit K

ano

pi

Po

s K

ela

pah

/ K

ua

la A

ur

Unit P

en

ye

lidik

an

Un

it

Pe

ng

uatk

ua

saa

nU

nit

Pe

nye

leng

ga

ran

U

nit S

ung

ai

Re

lau

Un

it K

uala

T

em

be

ling

Po

s T

ere

nga

n/

Ke

nia

m

Pos K

ua

la A

tok

Pos K

u Y

u

Sum

ber

: T

am

an N

egara

, K

uala

Tahan, P

ahang(2

006)

Page 64: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

47

3.8 Amalan Keselamatan di Taman Negara, Pahang.

Antara amalan keselamatan yang diguna pakai oleh pihak penguasa Taman

Negara ialah melalui menggunakan borang permit. Semasa pengunjung ingin membuat

bayaran, mereka perlu mengisi satu borang yang mengandungi butiran diri seperti nama,

jumlah ahli keluarga atau kumpulan, perancangan lawatan semasa di Taman Negara,

tempoh tinggal di Taman Negara dan aktiviti yang akan mereka jalani sepanjang berada

di Taman Negara. Ini bagi memastikan pengunjung sentiasa di bawah pemerhatian pihak

penguasa Taman Negara.

Selain itu, pihak Taman Negara juga akan membuat satu sesi taklimat sekiranya

diminta oleh pengunjung dalam jumlah yang ramai. Taklimat ini biasanya diadakan di

bangunan pentadbiran Taman Negara yang baru dan disampaikan oleh Timbalan

Penguasa Taman Negara. Taklimat ini adalah berkaitan dengan latarbelakang Taman

Negara, sesi pertunjukkan video dan sesi soal jawab. Ia turut menerangkan sedikit

gambaran kawasan tarikan yang akan dikunjungi oleh pelancong. Di dalam taklimat ini

ada diselitkan soal keselamatan pengunjung secara tidak langsung. Sebagai contoh,

amaran mengenai kawasan yang tidak boleh dimasuki atau dilalui, amaran bagi mereka

yang tidak dibenarkan menaiki laluan kanopi disebabkan faktor kesihatan dan

sebagainya.

Pihak Taman Negara juga ada menyediakan bilik rawatan sementara bagi

pengunjung yang mengalami kecederaan sebelum di hantar ke hospital dan klinik yang

berhampiran sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kecederaan yang serius.

Unit penyelamat turut ditubuhkan bertujuan untuk menangani masalah keselamatan yang

berlaku di luar jangkaan seperti mencari pelancong yang hilang dan tersesat, lemas dan

membantu sekiranya pengunjung mengalami kecederaan yang serius. Anggota unit

penyelamat ini terdiri daripada kakitangan yang dilantik oleh pihak penguasa Taman

Negara dan diberikan kursus kemahiran untuk menjalankan gerakan menyelamat.

Page 65: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

48

Pihak Taman Negara juga telah menjalankan penyelenggaraan terhadap

kemudahan rentis atau trail yang dilakukan oleh pemandu pelancong yang dipilih oleh

pengurusan Taman Negara. Tugas-tugas penyelenggaran ini adalah seperti mencuci rentis

iaitu membersihkan laluan dengan menebang semak yang menghalang perjalanan

pengunjung. Selain itu, tugas ini turut merangkumi memeriksa laluan yang berpotensi

untuk mendatangkan risiko kemalangan kepada pengunjung seperti tebing tinggi yang

curam, laluan yang mempunyai pokok yang berduri tajam dan sebagaianya. Seterusnya

pihak penguasa Taman Negara akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk

mengatasai masalah ini contohnya membina anak tangga daripada besi atau kayu dan

memasang papan tanda di kawasan yang merbahaya untuk memberi amaran kepada

pengunjung.

Pihak penguasa Taman Negara juga turut membuat pemeriksaaan bot ke atas

pengusaha bot yang beroperasi di Taman Negara. Pemeriksaan bot ini dijalankan untuk

memastikan keselamatan pengunjung Taman Negara adalah terjamin. Pemeriksaan ini

dijalankan satu atau dua kali dalam setahun oleh persatuan-persatuan pengusaha bot

Taman Negara dengan kerjasama penguasa Taman Negara. Jika bot yang tidak

memenuhi syarat-syarat keselamatan yang perlu dipatuhi, lesen pengusaha akan ditarik

semula. Antara pemeriksaan ini ialah memeriksa sama ada bot tersebut pernah

mengalami kebocoran dan tampalannya diperiksa. Selain itu setiap bot dipastikan ada

menyediakan jaket keselamatan pelancong dan digunakan setiap kali mereka membawa

pelancong.

Untuk laluan kanopi pula, terdapat beberapa langkah keselamatan yang

diaplikasikan oleh penguasa Taman Negara. Laluan kanopi ini adalah seperti laluan

jambatan gantung yang diletakkan kayu ditengahnya sebagai tempat pemijak dengan

ditampung besi di bawahnya. Besi ini diletakkan di atas jaringan tali yang diikat pada

batang pokok yang tinggi. Justeru itu, ialah hanya boleh menampung berat seorang

individu hanya dengan jarak setiap 5 meter seorang. Terdapat beberapa platform dan dua

puncak tinjau di sepanjang laluan kanopi. Hanya 5 orang dibenarkan (pengunjung

tempatan) dan 4 orang bagi warga asing, dibenarkan berada di satu-satu platform dalam

Page 66: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

49

satu masa. Ini bertujuan untuk mengatasi lebihan berat yang terpaksa ditampung oleh

batang pokok yang menyokong platform. Selain itu, pemeriksaan terhadap laluan dan

platform ini akan dijalankan dengan kekerapan dua hari sekali iaitu pagi dan petang.

Jadual di 3.5, adalah gambar aplikasi keselamatan yang digunakan di Taman Negara.

Page 67: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

50

Jadual 3.5: Aplikasi Keselamatan Di Taman Negara

Papan tanda amaran untuk pengunjung

apabila melalui kawasan yang berbahaya.

Papan yang digunakan sebagai laluan

kanopi

Papan yang telah sedikit meraka tetapi

masih boleh digunakan dengan

mengikatnya menggunakan tali.

Amaran jarak lima meter untuk setiap

pengunjung.

Page 68: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

51

Tangga yang digunakan di atas laluan

kanopi.

Tangga yang dibina di kawasan curam

beserta tali pemegang untuk keselamatan

Page 69: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 70: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama adalah

analisis deskriptif yang mengandungi profil responden dan ciri-ciri lawatan. Bahagian

kedua memfokuskan kepada analisis deskriptif (persepsi responden) terhadap

keselamatan di Taman Negara, Pahang. Analisis satatistik menggunakan cross-

tabulation dan ANOVA (analysis of variance) akan digunakan untuk mencari hubungan

dan perkaitan di antara profil responden dan persepsi keselamatan pelancong.

Bahagian ketiga pula, memfokus kepada dua analisis. Analisis pertama ialah

analisis deskriptif mengenai pengurusan Taman Negara dari persepsi pelancong.

Manakala analisis kedua ialah analisis cross-tabulation yang digunakan untuk mengenal

pasti hubungan dan perkaitan di antara persepsi keselamatan pelancong dengan persepsi

pengurusan Taman Negara. Analisis ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti adakah

tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan Taman Negara mempengaruhi persepsi

keselamatan pelancong.

Kajian lapangan dengan menggunakan borang soal selidik telah dijalankan di

Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang pada pertengahan Mac 2006. Sejumlah 315 borang

soal selidik disediakan. Bagaimanapun, hanya 257 borang yang telah dilengkapi dan

Page 71: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

53

digunakan dalam analisis. Sebanyak 42.8% atau 110 borang soal selidik yang telah

diletakkan di bahagian kaunter di pusat informasi Taman Negara telah dilengkapkan

manakala selebihnya dijalankan secara bersemuka (face to face) oleh penyelidik dengan

pengunjung. Bahagian seterusnya menerangkan penemuan kajian.

4.2 Analisis Deskriptif

4.2.1 Profil Responden.

Daripada sampel borang soal selidik, didapati 51% responden terdiri daripada

lelaki dan 49% adalah responden perempuan (rujuk Jadual 4.1).

Jadual 4.1:Ciri-ciri Demografi Responden

Demografi N %

Lelaki 131 49.0

Jantina Perempuan 126 51.0

≤17 36 14.0

18 – 24 63 24.5

25-35 95 37.0

36-45 45 17.5

Umur

46≥ 18 7.0

Domestik 194 75.5

Eropah 30 11.7

Amerika Syarikat 7 2.7

Asia 16 6.2

Negara

Lain-lain 10 3.9

Dari segi komposisi umur pula, majoriti responden berumur diantara 25 tahun

hingga 35 tahun (37%). Hanya 7% atau 18 orang sahaja responden yang berumur 46

tahun dan ke atas. Responden yang berumur 25 tahun dan ke bawah pula adalah

Page 72: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

54

sebanyak 38.5%. Selebihnya iaitu 17.5% (45 orang) diwakili oleh golongan yang

berumur di antara 36 tahun dan 45 tahun.

Majoriti responden didominasi oleh pengunjung domestik yang datang dari

pelbagai negeri di Malaysia iaitu sebanyak 75% berbanding responden antarabangsa

yang hanya 25% atau 63 orang. Bilangan responden paling ramai adalah berasal dari

negeri di mana terletaknya Taman Negara iaitu Pahang seramai 35 orang atau 13.6%

(rujuk Rajah 4.1). Diikuti oleh Pulau Pinang iaitu 13.2%. Manakala responden yang

berasal dari Kuala Lumpur pula mencatatkan 8.9%. Negeri di selatan Semenanjung

Malaysia iaitu Johor, diwakili sebanyak 4.3% atau 10 orang responden.

Taraf kewarganegaraan responden antarabangsa telah di kelaskan mengikut

kawasan iaitu Asia, Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lain. Penemuan kajian

menunjukkan responden yang berasal dari Eropah mewakili 11.7% daripada jumlah

responden iaitu sebanyak 30 orang. Warga Asia pula seperti Singapura, Indonesia,

Thailand dan Cina mewakili sampel Asia sebanyak 6.2% (16 orang). Diikuti warga

negara lain iaitu Australia dan New Zealand masing-masing diwakili sampel seramai 4

dan 5 orang responden atau 3.9%. Manakala selebihnya diwakili adalah responden yang

berasal dari Amerika Syarikat seramai 7 orang (2.7%).

Rajah 4.1: Responden Domestik

34

13 14

23

11 11

35

10

0

5

10

15

20

25

30

35

40

Pulau

Pinang

Kedah Perlis Kuala

Lumpur

Selangor Negeri

Sembilan

Pahang Johor

Negeri

Bilangan R

esponden

Page 73: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

55

4.2.2 Pekerjaan dan Mod Bercuti Responden

Jadual 4.2 dan Jadual 4.3 menunjukkan jenis pekerjaan dan mod bercuti responden.

Sampel didominasi oleh kategori pelajar iaitu sebanyak 41.6% diikuti oleh pekerja

profesional mewakili 28.9% atau 100 orang dan yang selebihnya adalah mereka yang

bekerja sendiri (13.2%), suri rumah (2.7%) dan pesara (3.5%) (rujuk Rajah 4.2).

Melalui Jadual 4.3 pula dapat disimpulkan bahawa mod lawatan responden

adalah lebih kepada datang bersama keluarga atau mengikuti kelab dan persatuan ke

Taman Negara. Bagi mereka yang mengikuti pakej pula adalah seramai 46 orang

(17.9%).

Mod Bercuti Bilangan

(orang)

Peratus

(%)

Seorang diri 14 5.4

Berkeluarga 83 32.3

Pakej 46 17.9

Kelab/Persatuan 53 20.6

Lain-lain 61 23.7

JUMLAH 257 100.0

Pekerjaan Bilangan

(orang)

Peratus

(%)

Profesional 100 28.9

Bekerja Sendiri 34 13.2

Suri Rumah 7 2.7

Pesara 9 3.5

Pelajar 107 41.6

JUMLAH 257 100

Jadual 4.2: Pekerjaan Responden Jadual 4.3: Mod Lawatan

Page 74: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

56

4.2.3 Tujuan Lawatan

Bercuti menjadi tujuan utama pengunjung ke Taman Negara selain dari tujuan

perniagaan dan singgah seketika di Taman Negara (rujuk Rajah 4.2). Tujuan bercuti

termasuklah untuk memenuhi masa lapang, melihat dan merasai alam semulajadi,

berkelah dan berekreasi.

Daripada 257 responden sebanyak 76 responden datang ke Taman Negara adalah

untuk bercuti. Biasanya mereka bercuti bersama keluarga dan kenalan rapat. Terdapat

juga mereka yang mengunjungi Taman Negara disebabkan menjalankan urusan

perniagaan seperti perbincangan dan sebagainya disamping dapat menikmati

pemandangan alam semulajadi yang mendamaikan. Seramai 4.3% datang ke Taman

Negara untuk singgah dan melihat keindahan di Taman Negara tetapi mereka tidak

bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain.

Rajah 4.2: Tujuan Ke TN

70.4

5.1 4.3

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Bercuti Perniagaan Berhenti seketika

Tujuan

Pera

tus (

%)

Page 75: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

57

4.2.4 Kekerapan Dan Tempoh Kunjungan Ketika Berada Di Taman Negara

Seramai 183 (71.2%) responden datang ke Taman Negara pada Mei 2006 adalah

untuk kunjungan yang pertama kali berbanding 74 orang yang datang membuat

kunjungan kedua dan seterusnya. Tempoh kunjungan responden pula adalah seperti yang

ditunjukkan di dalam Rajah 4.3 di atas. Sebanyak 43% responden telah berada dan

merancang tinggal di Taman Negara selama 3 hari 2 malam. Namun begitu terdapat 4%

dari responden melakukan kunjungan seketika atau singgah seketika ke Taman Negara

kemudian meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju. Mereka yang menghabiskan

masa dari pagi hari sehingga petang dan kemudian balik (tidak bermalam) adalah

termasuk di dalam kategori ini.

Tempoh Berada Di TN

11%

43%36%

6%

4%

Lain-lain

3 hari 2 malam

2 hari 1 malam

Lawatan Sehari

Berhenti Seketika

Rajah 4.3: Tempoh Kunjungan Ke Taman Negara

Page 76: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

58

4.2.5 Sumber Informasi Mengenai Taman Negara

Rajah 4.4 menunjukkan bahawa responden majoritinya memperolehi maklumat

daripada orang yang mereka kenali seperti sahabat dan saudara mara yang telah

mengunjungi Taman Negara. Ini menunjukkan pengalaman individu lain dijadikan

sebagai panduan untuk ke sesuatu destinasi. Kajian juga menunjukkan bahawa ‘word of

mouth’ merupakan promosi yang paling berkesan ke atas sesuatu destinasi. Manakala

sumber informasi daripada akhbar adalah yang paling minima iaitu hanya 3.5%. Ini

mungkin disebabkan kekurangan artikel mengenai Taman Negara di dada-dada akhbar.

Rajah 4.4: Sumber Informasi Ke Taman Negara

38.9

16.7

13.2

3.5

34.6

8.6

16.7

0 5 10 15 20 25 30 35 40 45

Sahabat/saudara mara

Agensi Pengembaraan

Buku panduan/majalah

Surat khabar

Internet

Pusat Maklumat

Pelancong

Lain-lain

Su

mb

er

Info

rmas

i

Peratusan (%)

Page 77: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

59

4.2.6 Aktiviti atau Program Yang Dilakukan Ketika Di Taman Negara.

Biasanya aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan alam semulajadi adalah

bersifat aktiviti lasak dan menggunaakan kekuatan fizikal. Ini termasuklah menjelajah

yang menjadi aktiviti utama responden (78.2%) (rujuk Rajah 4.5). Menjelajah di

kawasan Taman Negara melalui rentis (trail) merupakan alternatif untuk ke tempat-

tempat tarikan contohnya ke kawasan air terjun (Lata Berkoh) selain menggunakan

perkhidmatan bot.

Aktiviti berkayak pula adalah aktiviti yang paling kurang dilakukan oleh

responden. Ini mungkin disebabkan aktiviti ini agak mencabar dan hanya dilakukan

bergantung kepada kederasan aliran sungai dan juga cuaca.

78.2

23

38.5

16.313.2

26.8

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Menjelajah Berkhemah Berenang Memancing Berkayak Lain-lain

Aktiviti

Pe

ratu

sa

n (

%)

Rajah 4.5: Aktiviti Di Taman Negara

Page 78: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

60

4.3 Analisis Deskriptif Persepsi Pelancong Mengenai Keselamatan di Taman

Negara.

Jadual 4.4 di bawah adalah jadual penilaian keselamatan dari persepsi

pengunjung ketika berada di Taman Negara.

Jadual 4.4: Penilaian Keselamatan Oleh Pengunjung Taman Negara, Pahang

NO

. KESELAMATAN

(PELAWAT/PELANCONG) Jum

lah

San

gat

Sela

mat

Sela

mat

Neutr

al

Tid

ak S

ela

mat

San

gat T

idak

Sela

mat

Pera

tus

Purata

(N) (1) (2) (3) (4) (5) %

1. Bersiar-siar di TN pada siang hari 257 23.3 58.4 12.8 5.1 0.4 100.0 2.01

2. Membuat pelbagai aktiviti

(i) Menjelajah hutan 248 25.8 55.6 15.7 2.8 - 100.0 1.96

(ii) Berkhemah 218 8.3 38.1 51.8 1.4 0.5 100.0 2.48

(iii) Berenang 226 12.8 50.4 32.3 3.5 0.9 100.0 2.30

(iv) Memancing 215 16.7 38.6 43.7 0.9 - 100.0 2.29

(v) Berkayak 212 6.1 29.7 58.5 5.7 - 100.0 2.64

3. Menggunakan pengangkutan

(i) Bot 254 12.6 64.6 16.1 5.1 1.6 100.0 2.19

(ii) Pacuan empat roda 219 6.4 36.1 55.3 1.8 0.5 100.0 2.54

4. Menggunakan kemudahan di TN

(i) Rentis / trail 250 30.0 55.6 11.6 2.0 - 100.0 1.85

(ii) ‘Canopy walkway’ 236 14.0 56.8 27.5 1.7 - 100.0 2.17

(iii) Tapak perkhemahan 226 7.5 33.6 56.6 2.2 - 100.0 2.54

5. Tinggal di penginapan 255 27.5 51.4 20.0 1.2 - 100.0 1.95

6. Berjalan keluar pada waktu

malam 252 4.0 34.5 44.0 17.1 0.4 100.0 2.75

Page 79: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

61

Berdasarkan purata tertinggi yang diperolehi iaitu 2.75, menunjukkan responden

merasa tidak selamat ketika berjalan keluar pada waktu malam. Nilai purata yang tinggi

menunjukkan tahap persepsi terhadap keselamatan sesuatu pembolehubah adalah tinggi.

Jadi responden amat mementingkan keselamatan pada waktu malam. Kesimpulannya

pengunjung berasa amat tidak selamat apabila berjalan keluar di Taman Negara pada

waktu malam. Berdasarkan maklum balas yang diterima, kebanyakan responden

meminta agar ditambah lampu jalan di sekitar kawasan pentadbiran dan resort. Selain

itu, mereka juga bimbang mengenai gangguan haiwan liar terutama babi hutan yang

kerap kelihatan pada waktu malam.

Jika dilihat kepada skala likert bagi pembolehubah keselamatan berjalan keluar

pada waktu malam, gabungan peratusan tidak selamat adalah 17.1% (43) dan paling

tidak selamat 0.4% (1) menunjukkan peratusan 17.4% (44) adalah paling tinggi

dikategorikan sebagai tidak selamat.

Untuk nilai purata yang terendah pula ialah keselamatan ketika menggunakan

rentis (trail) iaitu hanya 1.85. Ini menunjukkan responden berasa selamat ketika

menggunakan kemudahan ini untuk ke tempat-tempat tarikan. Seramai 139 responden

atau 55.6% menyatakan bahawa menggunakan rentis adalah selamat manakala hanya

2.0% (5) responden sahaja menyatakan sebaliknya.

Persepsi yang menarik yang boleh diketengahkan ialah responden berasa lebih

selamat tinggal di penginapan berbanding tinggal di kawasan tapak perkhemahan. Ini

dibuktikan dengan jumlah purata tinggal di penginapan adalah lebih rendah daripada

jumlah purata tinggal di kawasan tapak perkhemahan. Biasanya pelancong eko lebih

gemar tinggal dalam suasana alam semulajadi (tapak perkhemahan) berbanding tinggal

di penginapan yang selesa.

Page 80: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

62

4.4 Analisis Keselamatan Menggunakan Cross-Tabulation

Analisis ini digunakan untuk mengenalpasti samada terdapat hubungan yang

signifikan di antara ciri-ciri demografi responden seperti jantina, umur, warganegara dan

sebagainya berkait rapat dengan persepsi mereka terhadap keselamatan di Taman

Negara. Dengan kata lain adakah ciri-ciri responden mempengaruhi persepsi mereka?.

Jadual 4.5 menunjukkan cross-tabulation ciri-ciri responden dengan pembolehubah

keselamatan (untuk keseluruhan hasil analisis cross-tabulation sila rujuk Lampiran E).

Analisis ini diuji untuk mengenalpasti perkaitan antara ciri-ciri demografi dengan

pemboleh ubah keselamatan (aktiviti) dengan menggunakan ujian Chi-square (x²) (rujuk

Lampiran F). Daripada analisis yang dibuat menunjukkan bahawa ciri-ciri demografi

responden iaitu umur, mod cuti, tujuan bercuti dan kekerapan responden ke Taman

Negara mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembolehubah keselamatan

seperti aktiviti berenang, menjelajah hutan, berkayak, menggunakan rentis dan laluan

kanopi serta tinggal di penginapan.

Jadual 4.5: Perkaitan Antara Ciri Demografi Dengan Pembolehubah Keselamatan

Ciri-ciri Demografi Aktiviti Sig.

(i) Berenang 0.012** (A) Umur

(ii) Tapak perkhemahan 0.003**

(B) Mod Cuti (i) Penginapan 0.018*

(i) Menjelajah hutan 0.002**

(ii) Menggunakan rentis/trail 0.005**

(C) Tujuan (Bercuti)

(iii) Menggunakan laluan kanopi 0.004**

(D) Kekerapan (i) Membuat aktiviti berkayak 0.005**

* p ≤ 0.05

** p ≤ 0.01

Page 81: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

63

4.4.1 Umur Terhadap Aktiviti Berenang dan Menggunakan Tapak Perkhemahan

Jadual 4.6 menunjukkan bahawa persepsi keselamatan terhadap aktiviti berenang

mempunyai hubungkait (association) dengan umur responden. Seramai 114 responden

(majoriti) menyatakan bahawa aktiviti berenang adalah selamat. Lebih daripada separuh

responden dari kategori umur 18-24 tahun (67.2%), menganggap berenang adalah

aktiviti yang selamat.

Jadual 4.6: Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Terhadap Aktiviti Berenang

Oleh Umur Responden.

UMUR Jumlah Sangat

Selamat

Selamat Neutral Tidak

Selamat

Sangat

Tidak

Selamat

%

≤17 36 16.7 61.1 19.4 2.8 100.0

18-24 58 8.6 67.2 20.7 3.4 100.0

25-35 82 13.4 36.6 43.9 4.9 1.2 100.0

36-45 41 17.1 46.3 34.1 2.4 100.0

46≥ 9 44.4 44.4 11.1 100.0

Jumlah 226 29 114 73 8 2

Begitu juga bagi kategori umur 17 tahun dan ke bawah, menyatakan aktiviti

berenang adalah selamat untuk dilakukan di Taman Negara. Ini mungkin disebabkan

tabiat (behaviour) remaja yang amat gemar membuat aktiviti yang menyeronokkan dan

lasak seperti berenang, selain mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Apatah lagi,

jika aktiviti tersebut dilakukan di kawasan alam semulajadi seperti sungai. Jika kita lihat

pada kategori umur 46 tahun dan ke atas pula, hanya 44.4% menyatakan berenang

adalah aktiviti yang selamat.

Page 82: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

64

Terdapat juga hubung kait di antara umur dan persepsi keselamatan terhadap

penggunaan tapak perkhemahan (rujuk Jadual 4.7). Lebih dari 50% responden dari

kategori umur yang berbeza merasakan bahawa penggunaan tapak perkhemahan adalah

di antara selamat dan tidak selamat (neutral) kecuali responden di dalam kategori umur

17 tahun dan ke bawah mencatatakan peratusan kurang daripada separuh iaitu 48.5%

yang menyatakan penggunaan tapak perkhemahan adalah neutral. Bagi kategori umur 46

tahun dan ke atas merasakan penggunaan tapak perkhemahan adalah tidak selamat iaitu

16.7% berbanding 8.3% adalah selamat.

Jadual 4.7: Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Terhadap Penggunaan Tapak

Perkhemahan Oleh Umur Responden.

UMUR Jumlah Sangat

Selamat

Selamat Neutral Tidak

Selamat

Sangat

Tidak

Selamat

%

≤17 35 51.4 48.6 100.0

18-24 59 6.8 42.4 50.8 100.0

25-35 79 8.9 30.4 58.2 2.5 100.0

36-45 41 12.2 22.0 63.4 2.4 100.0

46≥ 12 8.3 75.0 16.7 100.0

Jumlah 226 17 76 128 5

4.4.2 Mod Lawatan Terhadap Tinggal Di Penginapan

Merujuk kepada Jadual 4.8 separuh daripada semua kategori mod lawatan

responden menyatakan lebih selamat ketika tinggal di penginapan kecuali responden

dari kategori pakej menyatakan kurang daripada separuh iaitu 46.7% merasa selamat

tinggal di penginapan. Jika dilihat dari responden yang datang secara seorang diri dan

berkeluarga, mereka menyakini keselamatan ketika menginap di Taman Negara. Tiada

daripada kumpulan ini menyatakan tidak selamat ketika tinggal di penginapan.

Page 83: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

65

Jadual 4.8: Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Ketika Tinggal Di Penginapan

Oleh Mod Lawatan Responden

Mod Lawatan Jumlah Sangat

Selamat

Selamat Neutral Tidak

Selamat

Sangat

Tidak

Selamat

%

Seorang diri 14 7.1 50.0 42.9 100.0

Berkeluarga 83 19.3 50.6 30.1 100.0

Pakej 45 42.2 46.7 8.9 2.2 100.0

Kelab/Persatuan 53 24.5 58.5 15.1 1.9 100.0

Lain-lain 60 35.0 50.0 13.3 1.7 100.0

Jumlah 225 70 131 51 3

4.4.3 Tujuan Lawatan ke Taman Negara Terhadap, Menggunakan Rentis Dan

Menggunakan Laluan Kanopi.

Daripada Jadual 4.9 kita dapati bahawa tujuan responden ke Taman Negara

untuk bercuti mempunyai kaitan dengan aktiviti menjelajah hutan, menggunakan rentis

dan menggunakan laluan kanopi. Sebanyak 56.8% responden berasa selamat melakukan

aktiviti menjelajah hutan berbanding 2.3% yang menyatakan bahawa aktiviti ini tidak

selamat.

Kesimpulan awal yang boleh dibuat ialah penggunaan kemudahan seperti rentis

dan laluan kanopi adalah lebih selamat berbanding menggunakan tapak perkhemahan

berdasarkan tujuan responden ke Taman Negara. Ini mungkin disebabkan responden

amat berminat untuk melalui laluan kanopi yang menjadi daya tarikan utama untuk

responden datang bercuti ke Taman Negara. Dengan keputusan ini juga membuktikan

bahawa wujudnya kaitan atau perhubungan diantara tujuan responden ke Taman Negara

dengan faktor keselamatan semasa menggunakan laluan kanopi ini. Responden

merasakan selamat menggunakan laluan ini untuk meninjau kawasan Taman Negara dan

Page 84: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

66

sekitarnya maka mereka datang ke Taman Negara untuk bercuti disamping membina

pengalaman dengan menaiki laluan kanopi ini.

Jadual 4.9: Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Ketika Aktiviti Menjelajah

Hutan, Menggunakan Kemudahan (Menggunakan Rentis Dan

Laluan Kanopi) Tujuan Responden Ke Taman Negara (Bercuti).

Tujuan Responden ke TN

(Bercuti)

Sangat

Selamat

Selamat Neutral Tidak

Selamat

Sangat

Tidak

Selamat

%

Menjelajah Hutan 30.1 56.8 10.8 2.3 100.0

Jumlah 53 100 19 4 176

Menggunakan Rentis 34.1 57.0 7.3 1.7 100.0

Jumlah 61 102 13 3 179

Menggunakan Titian Kanopi 13.5 62.0 24.5 100.0

Jumlah 22 101 40 163

4.4.4 Kekerapan Lawatan Terhadap Aktiviti Berkayak

Merujuk kepada Jadual 4.10, kita dapat lihat keputusan analisis cross-tabulation

di antara persepsi keselamatan membuat aktiviti berkayak dengan kekerapan responden

ke Taman Negara. Bagi responden yang telah datang ke Taman Negara sebelum ini,

merasakan selamat (34.5%) melakukan aktiviti berkayak berbanding responden yang

baru pertama kali (27.2%) berkunjung ke Taman Negara. Majoriti responden yang kerap

kali berkunjung ke Taman Negara merasakan bahawa melakukan aktiviti berkayak

adalah di antara selamat dan tidak selamat (neutral). Anggapan awal yang boleh dibuat

ialah terhadap situasi ini adalah mungkin pengunjung yang kerap ke Taman Negara

lebih gemar melakukan aktiviti lain berbanding melakukan aktiviti berkayak setiap kali

mereka mengunjungi Taman Negara. Oleh itu kita perlu menolak tanggapan bahawa

‘responden telah dan akan membiasakan diri dengan aktiviti di Taman Negara dan

Page 85: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

67

merasakan bahawa ianya selamat disebabkan faktor kerapan mengunjungi Taman

Negara.

Jadual 4.10: Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Ketika Melakukan Aktiviti

Berkayak Terhadap Kekerapan Ke Taman Negara.

Kekerapan Jumlah Sangat

Selamat

Selamat Neutral Tidak

Selamat

Sangat

Tidak

Selamat

%

Pertama Kali 147 2.7 27.2 63.9 6.1 100.0

Bukan Pertama

Kalli

65 13.8 34.5 46.2 4.6 100.0

Jumlah 179 61 102 13 3

Page 86: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

68

4.5 Analisis Keselamatan Menggunakan ANOVA (Analysis of Variance)

ANOVA dijalankan adalah untuk mengenalpasti samada terdapat hubungan

statistik antara persepsi pelancong dan faktor sosio-demografi seperti jantina, umur,

negara asal, tujuan lawatan, kekerapan lawatan dan sebagaiya.

Daripada analisis, didapati bahawa persepsi pelancong terhadap keselamatan

mempunyai hubungan statistik diantara:

i. Faktor umur

ii. Faktor negara asal

iii. Faktor kekerapan lawatan

iv. Faktor mod lawatan

Jadual 4.11 menunjukkan nilai signifikan di antara ciri sosio demografi

responden dengan pembolehubah keselamatan yang ditetapkan di dalam kajian. Aktiviti

menjelajah hutan dan menggunakan rentis mempunyai nilai yang paling signifikan

dengan umur responden (rujuk Lampiran G untuk keseluruhan hasil analisis ANOVA).

Jadual 4.11: Keputusan ANOVA Satu Hala - Persepsi Keselamatan Dan Ciri Sosio

Demografi Pelancong Ke Taman Negara.

Ber

siar

-sia

r d

i

sian

g h

ari

Mrn

jela

jah

Huta

n

Ber

enan

g

Ber

kay

ak

Men

gg

un

akan

pac

uan

em

pat

rod

a

Men

gg

un

akan

n

ren

tis/

trai

l

Tin

gg

al d

i

pen

gin

apan

Umur 0.007** 0.001** 0.001**

Negara Asal 0.010** 0.011**

Kekerapan 0.002** 0.014**

Mod Lawatan 0.005** 0.003**

* p ≤ 0.05

** p ≤ 0.01

Aktiviti

Ciri Sosio

Demografi

Page 87: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

69

4.5.1 Persepsi Keselamatan Dan Faktor Umur Responden

Terdapat perbezaan signifikan secara statistik di antara kumpulan umur dengan

persepsi terhadap keselamatan ketika bersiar-siar di siang hari dan ketika melakukan

aktiviti menjelajah hutan (rujuk Jadual 4.13). Didapati bahawa purata responden dalam

kategori 17 tahun dan ke bawah (≤17) adalah rendah. Ini menunjukkan tahap persepsi

mereka terhadap keselamatan ketika bersiar-siar di siang hari adalah rendah. Mereka

berasa selamat ketika bersiar-siar di Taman Negara pada siang hari, membuat aktiviti

menjelajah hutan dan menggunakan rentis (trail) untuk ke tempat-tempat tarikan.

Jadual 4.12: Persepsi Keselamatan Dan Faktor Umur Responden

Umur ≤ 17 18-24 25-35 36-45 46≥

Bersiar-siang pada siang

hari 1.6667 2.2063 1.9895 1.9333 2.2778

Menjelajah Hutan 1.6667 2.1639 1.8804 1.9091 2.4000

Menggunakan Rentis

(Trail)

1.6944 2.1667 1.7391 1.7333 1.9412

Manakala kumpulan umur 46 tahun dan ke atas, menganggap menjelajah hutan

adalah aktiviti yang kurang selamat. Ini ditunjukkan dengan nilai purata kategori ini

terhadap aktiviti menjelajah hutan adalah tinggi iaitu 2.4000.

Jika kita rujuk kepada kolum menggunakan rentis/trail dan kolum kategori 46 tahun dan

ke atas (rujuk Rajah 1.12), kumpulan umur 46 tahun dan ke atas merasakan

menggunakan kemudahan ini adalah paling selamat berbanding bersiar-siar di Taman

Negara pada waktu siang.

Page 88: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

70

4.5.2 Persepsi Keselamatan Dan Faktor Negara Asal Responden

Bagi status warganegara pula, responden domestik merasakan selamat (nilai

purata rendah iaitu 2.1966) (rujuk Jadual 4.13) untuk melakukan aktiviti yang mencabar

iaitu berenang berbanding dengan warga Eropah yang menyatakan bahawa persepsi

mereka terhadap aktiviti berenang adalah kurang selamat.

Jadual 4.13: Purata Persepsi Keselamatan Dan Faktor Negara Asal Responden

Negara Asal Eropah Amerika

Syarikat

Asia Lain-lain Domestik

Berenang 2.6842 2.6667 2.6154 2.6000 2.1966

Tinggal di penginapan 2.0000 1.2857 2.3571 1.6000 1.9536

Bagi persepsi keselamatan apabila tinggal di penginapan, warga Amerika

Syarikat merasakan selamat dengan nilai purata yang terendah iaitu 1.2857. Persepsi ini

berlawanan bagi responden yang berasal dari Asia (tidak termasuk responden domestik)

merasa tidak yakin dengan keselamatan semasa tinggal di penginapan.

4.5.3 Persepsi Keselamatan Dan Faktor Kekerapan Lawatan Responden.

Faktor kekerapan ke Taman Negara turut menunjukkan perbezaan yang

signifikan secara statistik terhadap keselamatan ketika melakukan aktiviti berkayak dan

menggunakan pacuan empat roda. Mereka yang pertama kali datang untuk terlibat dalam

aktiviti berkayak, merasakan kurang selamat (nilai purata yang tinggi iaitu 3.7347)

(rujuk Jadual 4.14) berbanding dengan mereka yang telah membuat lawatan kedua dan

seterusnya. Begitu juga dengan nilai purata bagi perkhidmatan menggunakan pacuan

empat roda yang mempunyai nilai purata yang tinggi iaitu 2.6133 berbanding nilai

purata responden yang telah datang beberapa kali ke Taman Negara iaitu 2.3768.

Page 89: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

71

Jadual 4.14: Persepsi Keselamatan Dan Faktor Kekerapan Lawatan Responden

Kekerapan Pertama kali Bukan Pertama kali

Berkayak 2.7347 2.4154

Menggunakan pacuan 4 roda 2.6133 2.3768

4.5.4 Persepsi Keselamatan Dan Faktor Mod Lawatan Responden

Jadual 4.15 menunjukkan nilai purata persepsi keselamatan terhadap faktor mod

lawatan responden. Untuk aktiviti menggunakan pacuan empat roda, mod lawatan secara

berseorangan telah mencatatkan nilai purata yang paling rendah iaitu 2.0000. Ini

memberi maksud bahawa responden yang mengunjungi Taman Negara secara seorang

diri merasa lebih selamat menggunakan pacuan empat roda berbanding berkeluarga,

pakej, kelab/persatuan dan lain-lain. Responden yang mengunjungi Taman Negara

secara berpakej (mengikuti pakej), merasakan tinggal di penginapan adalah paling

selamat berbanding persepsi responden yang mengunjungi Taman Negara secara

perseorangan.

Jadual 4.15: Persepsi Keselamatan Dan Faktor Mod Lawatan Responden

Mod Lawatan Seorang

diri Berkeluarga Pakej

Kelab

/Persatuan

Lain-

lain

Menggunakan pacuan 4 roda 2.0000 2.7260 2.4211 2.4878 2.5179

Tinggal di penginapan 2.3571 2.1084 1.7111 1.9434 1.8167

Page 90: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

72

4.6 Analisis Pengurusan Taman Negara

Analisis terhadap pengurusan Taman Negara (rujuk Jadual 4.16) turut dijalankan

untuk mengetahui adakah tahap pengurusan keselamatan yang sedia ada mampu

melindungi keselamatan pelancong dan meminimumkan risiko kemalangan pelancong.

Jadual 4.16: Penilaian Tahap Pengurusan Taman Negara

NO

.

PENGURUSAN

Jum

lah

San

gat

Set

uju

Set

uju

Neu

tral

Tid

ak S

etu

ju

San

gat

Tid

ak

Set

uju

Per

atu

s

Purata

(N) (1) (2) (3) (4) (5) %

1. Berpuas hati dengan

perkhidmatan oleh pemandu

pelancong di TN

254 13.4 51.6 31.9 3.1 - 100.0 2.25

2. Berpuas hati dengan kawalan

keselamatan

(i) Pengawal keselamatan 252 4.8 44.0 44.0 6.7 0.4 100.0 2.54

(ii) Alat keselamatan 250 5.2 45.2 42.0 6.8 0.8 100.0 2.53

3. Apabila sesuatu perkara

berkenaan keselamatan

pelancong, staf TN sangat

bersedia untuk membantu

256 14.5 57.8 24.6 3.1 - 100.0 2.16

4. Mendapati bahawa papan tanda

keselamatan dapat membantu

memberi amaran/peringatan

mengenai kawasan berbahaya

256 19.1 52.3 24.2 4.3 -- 100.0 2.14

5. Situasi atau isu semasa tidak

mempengaruhi pilihan destinasi

255 4.3 38.4 29.0 24.3 3.9 100.0 2.85

6. Malaysia merupakan pilihan

destinasi utama kerana faktor

keselamatan

256 25.4 48.8 21.5 3.9 0.4 100.0 2.05

Page 91: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

73

Analisis ini juga bertujuan untuk menilai samada responden menyedari dan

mengambil tahu mengenai langkah-langkah keselamatan yang diguna pakai oleh pihak

pengurusan Taman Negara. Ini turut merangkumi perkhidmatan staf Taman Negara,

pemandu pelancong (guide) dan kawalan keselamatan iaitu pengawal keselamatan dan

alatan keselamatan. Selain itu, penyediaan papan tanda keselamatan turut menjadi

pembolehubah pilihan dalam menilai tahap kepuasan pengunjung terhadap pengurusan

keselamatan.

Manakala dua soalan terakhir iaitu ‘situasi atau isu semasa tidak mempengaruhi

pilihan destinasi’ dan soalan ‘Malaysia merupakan pilihan utama destinasi kerana faktor

keselamatan’ diajukan bertujuan sebagai pendapat individu secara umum.

Rajah 4.6 menunjukkan pengawal keselamatan mempunyai nilai purata yang

tertinggi iaitu 2.54. Seramai 17 responden atau 6.7% menyatakan bahawa mereka tidak

berpuas hati dengan perkhidmatan pengawal pelancong yang ada di Taman Negara

sekarang. Ini merujuk kepada bilangan pengawal keselamatan yang kurang dan tidak

Rajah 4.6: Purata Elemen Pengurusan Keselamatan

di Taman Negara

2.25

2.54 2.53

2.16 2.14

1.9

2

2.1

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6

Pemandu

Pelancong

Pengawal

Keselamatan

Alatan

Keselamatan

Staf sangat

membantu

Papan tanda

Pengurusan Keselamatan

Pu

rata

Page 92: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

74

mampu menjamin keselamatan pengunjung dalam satu-satu masa terutama sekali

sekiranya kedatangan pelancong adalah secara bermusim (seasonal). Berdasarkan

maklum balas yang diterima, responden amat mementingkan kawalan dari pengawal

keselamatan dan meminta pengawal diwujudkan di setiap lokasi aktiviti. Buat masa ini,

melalui pemerhatian pengkaji, hanya laluan kanopi sahaja yang disediakan staf yang

menjaga di setiap penjuru laluan kanopi.

Sebanyak 6.8% responden tidak berpuas hati dengan alatan keselamatan yang

disediakan di Taman Negara. Ini merujuk kepada peralatan yang tidak disediakan atau

tidak mencukupi untuk kegunaan pengunjung di saat kecemasan. Sebagai contoh, kotak

ubatan yang tidak disediakan dan dibawa oleh pemandu pelancong.

Seramai 134 orang responden atau 52.3% setuju bahawa papan tanda yang

disediakan di Taman Negara dapat membantu memberi amaran atau peringatan

mengenai sesuatu kawasan yang berbahaya. Bagaimanapun, responden amat teruja dan

berpuas hati 57.8% (148) dengan kesediaan staf Taman Negara membantu mereka

berkaitan keselamatan sama ada dari segi nasihat, pertolongan semasa kecemasan dan

sebagainya ketika mereka berada di Taman Negara.

Page 93: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

75

4.6.1 Penilaian Am

Rajah 4.7 pula menunjukkan carta bar untuk dua penilaian am keselamatan. Ia

menunjukkan bahawa responden setuju dengan kedua-dua pembolehubah iaitu situasi

atau isu semasa tidak mempengaruhi mereka untuk membuat pilihan untuk mengunjungi

Taman Negara dan mereka juga gembira menyatakan bahawa Malaysia merupakan

pilihan destinasi utama disebabkan mereka yakin dengan faktor keselamatan yang

terjamin.

Rajah 4.7: Penilaian Keselamatan Tambahan (Umum)

4.3

38.4

2924.3

3.9

25.4

48.8

21.5

3.9

0.40

10

20

30

40

50

60

Sangat

Setuju

Setuju Neutral Tidak

Setuju

Sangat

Tidak

SetujuSkala

Pera

tus (

%)

Isu/Situasi Semasa Tidak

Mempengaruhi Membuat

Lawatan

Malaysia pilihan destinasi

utama

Page 94: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

76

4.7 Analisis Statistik Cross-Tabulation

Analisis statistik cross-tabulation ini dilakukan di antara kepuasan terhadap

pengurusan Taman Negara dan persepsi keselamatan pelancong. Analisis ini dijalankan

bertujuan untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara penilaian

keselamatan dengan persepsi keselamatan.

4.7.1 Cross-Tabulation Di Antara Pemandu Pelancong Dan Keselamatan

Menggunakan Laluan Kanopi.

Sebanyak 68.4% responden berpuas hati mengenai perkhidmatan pemandu

pelancong yang disediakan di Taman Negara (rujuk Jadual 4.17). Mereka juga merasa

selamat dengan adanya pemandu pelancong ketika mereka menggunakan laluan kanopi.

Sebanyak 21.4% yang berpuas hati dengan adanya pemandu pelancong di Taman

Negara tetapi persepsi mereka terhadap keselamatan ketika menggunakan laluan kanopi

adalah neutral.

Jadual 4.17: Cross-Tabulation Perkhidmatan Oleh Pemandu Pelancong dan

Laluan Kanopi.

Laluan Kanopi

Jum

lah

Sangat

Selamat Selamat Neutral

Tidak

Selamat

Sangat

Tidak

Selamat

%

Sangat Berpuas

hati

33 36.4 51.5 12.1 100.0

Berpuas Hati 117 10.3 68.4 21.4 100.0

Neutral 76 9.2 46.1 39.5 5.3 100.0

Pem

and

u P

elan

con

g

Tidak Berpuas

Hati

7 14.3 28.6 57.1 100.0

Jumlah 233 32 134 63 4 100.0

Page 95: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

77

Ini boleh dijelaskan dengan maklum balas yang diterima menyatakan bahawa

penyelenggaraan laluan kanopi yang kerap mempengaruhi rasa selamat ketika menaiki

laluan kanopi. Namun begitu, bagi responden yang merasakan perkhidmatan pemandu

pelancong di Taman Negara adalah neutral (5.3%), turut mempengaruhi persepsi mereka

terhadap keselamatan ketika melalui laluan kanopi. Iaitu mereka berasa kurang selamat.

4.7.2 Cross-Tabulation Diantara Pemandu Pelancong Dan Aktiviti Menjelajah

Hutan

Jadual 4.18: Cross-Tabulation Diantara Pemandu Pelancong Dan Aktiviti

Menjelajah Hutan

Aktiviti Menjelajah Hutan

Jum

lah

Sangat

Selamat Selamat Neutral

Tidak

Selamat

Sangat

Tidak

Selamat

%

Sangat Berpuas

Hati

33 60.6 33.3 3.0 3.0 100.0

Berpuas Hati 127 22.0 64.6 9.4 3.9 100.0

Neutral 78 17.9 55.1 26.9 100.0

Per

khid

mat

an

Pem

and

u P

elan

con

g

Tidak Berpuas

Hati

7 28.6 14.3 42.9 14.3 100.0

Jumlah 245 64 137 37 7 100.0

Jadual 4.18 menunjukkan responden yang berpuas hati dengan perkhidmatan

pemandu pelancong di Taman Negara berasa yakin dengan keselamatan ketika

melakukan aktiviti menjelajah hutan iaitu sebanyak 64.6%. Sebanyak 14.3% responden

yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pemandu pelancong merasakan tidak

selamat membuat aktiviti menjelajah hutan di Taman Negara. Kesimpulan awal yang

boleh dibuat ialah untuk melakukan aktiviti menjelajah hutan dengan selamat, majoriti

responden memerlukan perkhidmatan pemandu pelancong.

Page 96: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

78

4.7.3 Cross-Tabulation Di antara Pengawal Keselamatan dan Keselamatan

Ketika Berjalan Keluar Pada Waktu Malam

Sebanyak 47.1% tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pengawal keselamatan

di Taman Negara dan merasa tidak selamat berjalan keluar pada waktu malam (rujuk

Jadual 4.19). Ini dibandingkan dengan hanya 23.5% sahaja yang tidak berpuas hati

dengan perkhidmatan pengawal keselamatan dan tetapi merasa selamat ketika berjalan

keluar pada waktu malam. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, responden merasa tidak

selamat berjalan keluar pada waktu malam tanpa pengawal keselamatan. Ini juga

disokong oleh responden yang merasa berpuas hati dengan perkhidmatan pengawal

keselamatan iaitu 43.1%, merasakan selamat untuk berjalan keluar pada waktu malam.

Jadual 4.19: Cross-Tabulation Di Antara Pengawal Keselamatan Dan Keselamatan

Ketika Berjalan Keluar Di Waktu Malam.

Berjalan Keluar Waktu Malam

Jum

lah

Sangat

Selamat Selamat Neutral

Tidak

Selamat

Sangat

Tidak

Selamat

%

Sangat Berpuas

Hati

12 33.3 33.3 16.7 16.7 100.0

Berpuas Hati 109 2.8 43.1 39.4 14.7 100.0

Neutral 108 2.8 26.9 54.6 15.7 100.0

Tidak Berpuas Hati 17 23.5 29.4 47.1 100.0

Per

khid

mat

an

Pen

gaw

al K

esel

amat

an

Sangat Tidak

Berpuas Hati

1 100.0 100.0

Jumlah 247 10 84 109 43 1

Page 97: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

79

4.7.4 Cross-Tabulation Di Antara Alat Keselamatan Dengan Aktiviti Berkayak.

Bagi keputusan cross-tabulation di antara alatan yang disediakan dan aktiviti

berkayak (rujuk Jadual 4.20), lebih separuh daripada responden yang berpuas hati

dengan alatan keselamatan tetapi masih menganggap aktiviti berkayak adalah neutral.

Keputusan ini berbeza dengan kesimpulan awal yang menyatakan bahawa tahap persepsi

pelancong ketika melakukan aktiviti berkayak boleh ditingkatkan dengan adanya alat

keselamatan yng mencukupi. Namun begitu, jika dilihat kepada peratusan responden

yang sangat berpuas hati dengan alatan keselamatan yang disediakan iaitu 45.5%,

merasakan melakukan aktiviti berkayak adalah selamat.

Jadual 4.20: Cross-Tabulation Di Antara Alat Keselamatan Dengan Aktiviti

Berkayak

Aktiviti Berkayak

Jum

lah

Sangat

Selamat Selamat Neutral

Tidak

Selamat

Sangat

Tidak

Selamat

%

Sangat Berpuas

Hati

11 36.4 45.5 9.1 9.1 100.0

Berpuas Hati 96 5.2 41.7 53.1 100.0

Neutral 88 2.3 18.2 71.6 8.0 100.0

Tidak Berpuas

Hati

14 14.3 57.1 28.6 100.0

Ala

t K

esel

amat

an Y

ang

Dis

edia

lkan

Sangat Tidak

Berpuas Hati

1 100.0

Jumlah 210 11 63 124 12 100.0

Page 98: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

80

4.7.5 Cross-Tabulation Penyediaan Papan Tanda Amaran Bahaya Dan

Menjelajah Hutan.

Jadual 4.21 menunjukkan persepsi keselamatan terhadap aktiviti menjelajah

hutan adalah menurun (selamat) jika adanya papan tanda amaran yang disediakan

bertujuan untuk memberi amaran mengenai sesuatu kawasan berbahaya. Hanya 5.2%

sahaja responden yang berpuas hati dengan papan tanda yang disediakan tetapi masih

merasakan bahawa aktiviti menjelajah hutan adalah tidak selamat.

Jadual 4.21: Cross-Tabulation Penyediaan Papan Tanda Amaran Bahaya dan

Menjelajah Hutan

Menjelajah Hutan

Jum

lah

Sangat

Selamat Selamat Neutral

Tidak

Selamat

Sangat

Tidak

Selamat

%

Sangat

Berpuas Hati

43 53.5 44.2 2.3 100.0

Berpuas Hati 134 20.9 61.2 12.7 5.2 100.0

Neutral 59 46.9 54.2 28.8 100.0

Pap

an T

and

a A

mar

an

Yan

g D

ised

iak

an

Tidak

Berpuas Hati

11 27.3 45.5 27.3 100.0

Jumlah 247 64 138 38 7 100.0

Page 99: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 100: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

BAB V

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan

Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perbincangan dan rumusan dari

keputusan analisis dalam bab IV. Bahagian pertama adalah perbincangan dan rumusan

mengenai persepsi pelancongan terhadap keselamatan di Taman Negara. Manakala

bahagian kedua adalah perbincangan dan rumusan mengenai persepsi terhadap

pengurusan keselamatan Taman Negara.

5.2 Perbincangan dan Rumusan Mengenai Kajian Pelancong Taman Negara.

Melalui analisis deskriptif demografi, di dapati pengunjung Taman Negara

majoritinya terdiri daripada pengunjung lelaki. Berdasarkan kajian teoritikal,

pengunjung wanita lebih ramai mengunjungi kawasan ekopelancongan daripada lelaki.

Namun begitu aspek jantina tidak boleh dijadikan rujukan asas dalam menentukan

kategori yang perlu dianggap sebagai sasaran pasaran di dalam pelan pemasaran Taman

Negara.

Bagi negara asal pengunjung pula, pelancong domestik didapati mendominasi

kedatangan ke Taman Negara Pahang berbanding pelancong antarabangsa. Namun

begitu, bilangan yang diperolehi semasa kajian lapangan ini hanya sebahagian kecil

sahaja jika dibandingkan dengan statistik pelancong yang dikeluarkan oleh pihak Taman

Page 101: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

82

Negara. Mungkin disebabkan tempoh kajian lapangan yang terlalu singkat, maka

bilangan pelancong ini tidak dapat mewakili bilangan keseluruhan pengunjung yang

datang ke Taman Negara.

Namun begitu, bagi faktor mod dan tujuan kedatangan pelancong pula, majoriti

pelancong domestik yang datang ke Taman Negara adalah untuk bercuti bersama

keluarga dan rakan-rakan disamping membuat pelbagai aktiviti ekopelancongan di sini.

Manakala pelancong antarabangsa lebih suka bercuti bersama rakan-rakan atau seorang

diri. Ini disokong dengan statistik yang dikeluarkan oleh Tourism Malaysia,

menunjukkan mod lawatan bersama rakan meningkat dari tahun 2003 ke tahun 2004

iaitu sebanyak 6.8% (Tourism Malaysia, 2004).

Analisis mengenai sumber informasi juga adalah penting untuk mengenai

keberkesanan sesuatu medium pemasaran untuk sesebuah destinasi pelancongan. Jika

dilihat daripada kajian, dapatlah dirumuskan bahawa majoriti pengunjung memperolehi

maklumat dari sahabat dan saudara mara mengenai Taman Negara. Manakala, internet

menjadi medium informasi tertinggi selepas sahabat dan saudara mara. Internet mungkin

banyak digunakan oleh pelancong asing selaras dengan kemajuan teknologi di mana

mendapatkan maklumat hanya seperti ‘dihujung jari’. Di dalam kajian ini juga

menujukkan surat khabar menjadi medium yang paling rendah untuk pengunjung

mendapatkan sumber informasi mengenai Taman Negara.

5.3 Perbincangan dan Rumusan Mengenai Persepsi Keselamatan di Taman

Negara

Terdapat perkaitan di antara persepsi pelancong terhadap keselamatan di Taman

Negara dengan faktor demografi pengunjung. Daripada analisis yang dibuat

menunjukkan faktor umur, mod lawatan dan kekerapan mengunjungi Taman Negara

berkait rapat dengan persepsi mereka terhadap keselamatan di Taman Negara. Selain itu,

Page 102: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

83

faktor kewarganegaraan juga berkait dengan persepsi keselamatan mereka. Namun

begitu, faktor jantina tidak mempengaruhi persepsi keselamatan di Taman Negara.

Penemuan ini adalah sama dengan kajian yang dibuat oleh Richard George (2002). Ini

berbeza dengan penemuan oleh Demos (1992) yang menyatakan bahawa wanita sangat

berhati-hati apabila berjalan keluar dari penginapan pada waktu malam.

Menurut profil pelancong eko oleh Wight (2001), umur minimum pelancong eko

adalah 30 tahun. Namun begitu, umur belasan tahun dan 20-an semakin meningkat

bilangannya. Berdasarkan kajian lapangan, pengunjung yang berumur 25 tahun hingga

35 tahun adalah yang paling ramai mengunjungi Taman Negara dengan peratusan 37%.

Persepsi keselamatan bebeza dari segi umur mungkin disebabkan mereka yang lebuh

muda atau dalam kategori remaja lebih menggemari sesuatu yang mencabar dan

berbahaya berbanding mereka yang lebih tua. Faktor umur juga boleh dikaitkan dengan

kecergasan tubuh badan. Individu yang berumur di bawah 35 tahun lebih cergas dan

sihat untuk melakukan aktiviti yang mencabar seperti mendaki gunung. Namun begitu,

di dalam kajian ini umur berkait rapat dengan persepsi pelancong terhadap aktiviti

menjelajah hutan dan berenang.

Perbezaan warganegara pula boleh dilihat pada perbezaan persepsi mereka

terhadap aktiviti berenang dan tinggal di penginapan. Warga Amerika Syarikat berasa

lebih selamat menggunakan penginapan di Taman Negara berbanding warga Asia yang

menyatakan penginapan di Taman Negara adalah kurang selamat. Ini mungkin

disebabkan warga Amerika yang berkunjung ke Taman Negara sudah biasa

mengunjungi kawasan pelancongan lain dan dapat membezakan dia antara penginapan

di kawasan pelancongan lain dengan penginapan di Taman Negara. Dan mereka

berpendapat tahap keselamatan semasa menginap di Taman Negara adalah lebih baik.

Selain itu, persepsi terhadap tinggal di penginapan juga turut dipengaruhi oleh

mod lawatan pengunjung ke Taman Negara. Pelancong yang mengikuti pakej

menyatakan bahawa tinggal di penginapan adalah selamat berbanding pelancong yang

Page 103: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

84

datang seorang diri. Ini mungkin disebabkan faktor pengurusan oleh agensi

pengembaraan yang menjanjikan jaminan keselamatan dan keselesaan pelancong.

Menurut Fennel dan Eagles (1990), mereka yang mengikuti pakej lawatan mempunyai

persediaan yang rendah sama ada dari segi keperluan diri, informasi mahupun

keselamatan. Oleh itu pengunjung yang mengikuti amat mengambil berat soal

keselamatan ketika berada si kawasan Taman Negara. Bagaimanapun, pelancong yang

datang seorang diri lebih menganggap penggunaan pacuan empat roda adalah selamat

berbanding pelancong dari kategori mod lawatan yang lain.

Jika kita rujuk kepada faktor kekerapan pula, ia berkait dengan persepsi

keselamatan ketika melakukan aktiviti berkayak. Bagi pengunjung yang pertama kali

mengunjungi Taman Negara mengaggap aktiviti berkayak adalah tidak selamat

berbanding pelancong yang telah banyak kali mengunjungi Taman Negara. Anggapan

awal yang di buat adalah apabila pengunjung kerap datang ke Taman Negara maka

meraka akan merasa lebih selamat melakukan aktiviti berkayak. Tetapi andaian ini

diragui kerana tidak semua pengunjung yang kerap kali ke Taman Negara akan

melakukan aktiviti berkayak. Jadi persepsi mereka terhadap aktiviti berkayak mungkin

adalah sama seperti lawatan mereka pada kali pertama mereka.

5.4 Perbincangan dan Rumusan Mengenai Persepsi Pengurusan Keselamatan

di Taman Negara.

Penilaian pelancong terhadap pengurusan keselamatan di Taman Negara diukur

dengan skala likert iaitu melalui tahap kepuasan individu terhadap pengurusan

keselamatan. Terdapat lima penilaian yang ditetapkan di dalam kajian iaitu mengenai

perkhidmatan pemandu pelancong, pengawal keselamatan, alat keselamatan, staf Taman

Negara dan papan tanda.

Page 104: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

85

Analisis yang dibuat adalah untuk mengetahui perkaitan di antara tahap kepuasan

pengunjung (pengurusan keselamatan Taman Negara) dengan persepsi pelancong

(keselamatan di Taman Negara).

Terdapat hubungan di antara perkhidmatan pemandu pelancong dengan aktiviti

menjelajah hutan, menggunakan rentis/trail dan menggunakan laluan kanopi. Pelancong

yang mengunjungi Taman Negara amat memerlukan perkhidmatan pemandu pelancong

untuk memastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang melakukan aktiviti di Taman

Negara. Menjelajah hutan adalah aktiviti yang paling digemari oleh pelancong

berdasarkan analisis demografi. Dengan adanya pemandu pelancong persepsi

keselamatan mereka terhadap aktiviti ini adalah rendah. Mereka berasa selamat

melakukan aktiviti ini berbanding aktiviti lain seperti berkayak dan sebagainya.

Bagi kepuasan terhadap pengawal keselamatan pula, ia berkaitan dengan

persepsi pelancong semasa membuat aktiviti berkayak dan berjalan keluar pada waktu

malam. Pelancong merasakan berpuas hati dengan perkhidmatan pengawal keselamatan

sekiranya mereka ada untuk mengawasi mereka semasa membuat aktiviti berkayak.

Mereka juga berasa selamat untuk berjalan keluar pada waktu malam dengan adanya

pengawal keselamatan di kawasan Taman Negara.

Manakala bagi kepuasan terhadap penggunaan alat keselamatan pula berkait

dengan aktiviti berkayak. Aktiviti berkayak perlu menggunakan peralatan keselamatan

yang lengkap seperti jaket keselamatan, keadaan bot dan pendayung yang baik serta

peralatan penyelamat yang mencukupi seperti tali, pengusung da sebagainya.

Kemudahan papan tanda pula berkaitan dengan aktiviti menjelajah hutan.

Pelancong berasa selamat untuk melakukan aktiviti menjelajah hutan sekiranya mereka

berpuas hati dengan kemudahan papan tanda di Taman Negara. Bagi staf Taman Negara

pula, majoriti pelancong berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan

terutama dari segi bantuan keselamatan yang diperolehi.

Page 105: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

86

5.5 Rumusan

Sebagai rumusan, kajian mendapati pelancong merasa tidak selamat ketika

berjalan keluar pada waktu malam dan melakukan aktiviti berkayak ketika berada di

Taman Negara. Melalui kajian ini juga kita dapat mengetahui faktor-faktor demografi

pelancong yang mempengaruhi persepsi keselamatan pelancong di kawasan

ekopelancongan. Hasil kajian mendapati faktor umur, mod lawatan dan kekerapan

mengunjungi Taman Negara berkait rapat dengan persepsi pelancong terhadap

keselamatan mereka di Taman Negara. Namun begitu, mungkin destinasi kajian yang

berbeza akan memberikan keputusan yang sedikit berbeza bergantung kepada latar

belakang pelancong yang mengunjungi destinasi berkenaan. Selain itu, kajian ini juga

turut mengenal pasti bahawa persepsi keselamatan pelancong mempunyai kaitan atau

hubungan dengan pengurusan keselamatan di Taman Negara.

5.6 Limitasi Kajian

Terdapat dua limitasi yang telah dikenal pasti di dalam kajian ini. Limitasi

pertama adalah berkaitan dengan jangka masa kajian lapangan yang telah dijalankan.

Pengkaji hanya mengambil masa seminggu dan pada masa cuti persekolahan. Oleh itu,

kebanyakan responden yang datang ke Taman Negara adalah untuk bercuti bersama

keluarga dan tidak kurang juga para pelajar yang datang membuat aktiviti pendidikan.

Situasi ini mempengaruhi keputusan analisis ‘faktor mod lawatan responden berhubung

kait persepsi keselamatan pelancong’.

Limitasi kedua adalah berkaitan dengan borang soal selidik yang telah diisi oleh

responden. Responden tidak dapat menilai persepsi keselamatan sesetengah aktiviti

contohnya aktiviti berkayak disebabkan mereka tidak pernah melakukan aktiviti tersebut

dan tidak mahu melakukan aktiviti tersebut disebabkan pelbagai faktor.

Page 106: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 107: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

87

RUJUKAN

Badaruddin Mohamed (2001). ‘Pembangunan Pelancongan: Pendekatan dan Prinsip’.

Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd: Prentice Hall.

Beerli, A. and Martin, J.D (2003). ‘Tourists’ Characteristics and The Perceived Image

of Tourist destination: a Quantitative Analysis: A Case study of Lanzarote,

Spain. Journal of Tourism Management 25, m.s. 623-636.

Callander, M. and Page, S.J. (2003). ‘Managing Risk in Adventure Tourism

Operations In New Zealand: A Review Of The Legal Case History And Potential

For Litigation’. Journal of Tourism Management 2, m.s. 13-23.

David, L. Edgell, SR. (1990). ‘International Tourism Policy’. Van Nostrand Reinhold.

m.s. 171.

Fennel, D.A. (2003). ‘Ecotourism: an Introduction 2nd Edition’. Rotledge Taylor &

Francis Group London and New York.

Ferreira, S. and Harmse, A. (2000). ‘Crime and Tourism in South Africa: International

Tourists’ Perception and Risk’. South African Geographical Journal, m.s. 80-85.

Page 108: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

88

George, R. (2003). ‘Tourist’s perceptions of safety and security while visiting Cape

Town’. Journal of Tourism Management 24, m.s. 575-585.

Gunn, C. A. and Var, T. (2002). 4th Edition. ‘Tourism Planning’. New York: Taylor

and Francis.

Inskeep, E. (1991). ’Tourism Planning: An Integrated and Sustainable Development

Approach’. Van Nostrand Reinhold: New York.

Kellly, I. and Nankervis, T. (2001). ‘Visitor Destination’. John Wiley & Sons

Australia, Ltd.

Kementerian Kewangan Malaysia (2001), Rancangan Malaysia Kelapan: Bab 15,

Pelancongan, Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kementerian, Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan (1997). ’Pelan

Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia’.

Kerajaan Negeri Pahang (2003), ‘Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri

Pahang 2002-2020’.

Lois, P., Wang, J., Wall, A. and Ruxton, T. (2002), ‘Formal Safety Assessment of

Cruise Ships’. Journal of Tourism Management 25 m.s 93-109.

Page 109: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

89

Maslow, A.H. (1943), ‘A Theory of Human Motivation.’ Psychological Review, Vol 50.

Mill, R. C. and Alastair, M. M. (1985). ‘The Tourism System: An Introductory Text’.

Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

Norlida Hanim Mohd Salleh (2000). ‘Valuating Outdoor Recreation Resources: A

Case Study at Taman Negara, Pahang Darul Makmur’. Universiti Putra

Malaysia, Selangor.

Page, S. J. And Meyer, D. (1996). ‘Tourist Accidents: An Exporatory Analysis’.

Annals of Tourism Research, Vol 23.

Page, S. J. and Barker, M. (2002). ‘Visitors Safety in Urban Tourism Environments:

The Case of Auckland, New Zealand’. Elsevier Science Ltd.

Page, S. J., Bentley, T. and Walker, L. (2005). ‘Tourist Safety In New Zealand and

Scotland’. Annals of Tourism Research, Vol 32.

Rohana Yusof (2004). ‘Penyelidikan Sains Sosial’. PTS Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

Sonmez, S. F., and Graefe, A. R. (1998). ‘Influence of terrorism, risk on foreign

decisions’. Annals of Tourism Research 25.

Page 110: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN

90

Swarbrooke, J., Beard, C., Leckie, S. & Pomfret, G. (2003). ‘Adventure Tourism’.

The New Frontier, Butterworth Heinemann.

Tourism Malaysia (2005). ‘Malaysia Tourism: Statistics’. (di capai pada 29 April

2006). http://www.tourism.gov.my/stastistic/default.asp

Tourism Malaysia (2006). ‘Profile of Tourists by Selected Markets 2004’. Planning &

Research Division, Tourism Malaysia.

Weaver, D. (1995). ‘Ecotourism’. John Wiley & Sons Australia, Ltd.

http://www.biology_online.org. (dicapai pada 5 Mei 2006)

Page 111: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 112: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 113: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 114: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 115: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 116: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 117: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 118: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 119: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 120: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 121: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 122: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 123: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN
Page 124: PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN