persepsi guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin … · 2008-04-26 · guru terhadap...

29
PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI BARU SALWA MUNIRA BINTI ABDUL RAHNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 18-Jan-2020

43 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI BARU

SALWA MUNIRA BINTI ABDUL RAHNI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

PSZ 19:16(Pin.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS▪

JUDUL : PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN

DI KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI BARU

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya SALWA MUNIRA BINTI ABDUL RAHNI mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ Badan di mana penyelidikan dijalankan. √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ ________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : EN MOHD RIZAL BIN MOHD SAID JA 59 (D) K g Jerong Tuan 21040 Wakaf Tapai Kuala Terengganu Tarikh : APRIL 2009 Tarikh : APRIL 2009

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan :………………………………………

Nama Penyelia : ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID

Tarikh :……………………………………..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 4: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI

KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI BHARU

SALWA MUNIRA BINTI ABDUL RAHNI

TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT

PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN

(KEMAHIRAN HIDUP)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2008

Page 5: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

  ii

 

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :………………………………………

Nama Penulis : SALWA MUNIRA BINTI ABDUL RAHNI

Tarikh :……………………………………..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 6: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

  iii

DEDIKASI

Kepada bondaku tersayang, Selamah Binti Abdullah:

Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan, bantuan dan

dorongan yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya. Semoga

bonda dipanjangkan usia dan dirahmati allah SWT selalu hendaknya.

Kepada ayahandaku tersayang, Abd Rahni Bin Mat:

Segala nasihat, bantuan dan dorongan yang dihulurkan selama ini adalah amat dihargai.

Semoga Allah SWT panjangkan usiamu dengan kehidupan yang penuh rahmat.

Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai :

Terima kasih tidak terhingga di atas segala bantuan, dorongan dan tunjuk ajar yang

diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat

membalas dengan seadilnya segala budi baik kalian.

Aku mencari segala pengetahuan untuk segala sesuatu selain Tuhan, tetapi ilmu tidak mahu kecuali hanya untuk Tuhan

-Imam Al Ghazali-

Semoga dirahmati dan diberkati Allah SWT hendakNya

 

 

 

Page 7: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

 

 

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahnya, saya dapat menyiapkan tesis ini.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia

projek sarjana muda, Encik Mohd Rizal Bin Mohd said di atas bimbingan dan

dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang

tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang

sangat besar ini.

Kerjasama daripada guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai Baru di

Johor Bahru di sepanjang tempoh pengedaran borang soal selidik amatlah dihargai.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea

dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan dirahmati

Allah SWT.

Page 8: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

  v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru Sekolah

Menengah Kebangsaan Skudai Baru, Johor terhadap kualiti perkhidmatan makanan di

kantin sekolah. Seramai 90 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai Baru

dipilih sebagai responden. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soal

selidik kepada responden. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan

menggunakan program Statistical Package For Science Social (SPSS) versi 15.0 untuk

mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan persepsi

guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana

berdasarkan kepada amalan pekerja dalam pengendalian makanan, kebersihan makanan,

kebersihan persekitaran kantin dan kepelbagaian menu makanan. Beberapa cadangan

telah dikemukakan untuk penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan

makanan di kantin sekolah. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin

meneruskan kajian ini di masa akan datang turut dijalankan.

                 

 

Page 9: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

  vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the perception of teachers towards

foodservices offered at Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai Baru, Johor. 90 teachers

of this school had been selected to participate in this research. A set of questionnaire

was distributed to respondents collected. Data was analyzed using Statistical package for

Sciences Social (SPSS) version 15.0 to get value of frequency, percentage and mean.

Research findings showed that perception of teachers towards quality of food services at

canteen moderately depends on food handler, food hygiene, cleanliness of canteen

environment, and variety of food menu. Several recommendations were proposed to

upgrade the quality of food service at school canteen and for those who interested to

make further research.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 10: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

 

 

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.6.1 Kepada Individu 11

1.6.2 Pelajar 12

1.6.3 Ibu Bapa 12

1.6.4 Pendidik 12

1.6.5 Sekolah 12

1.6.6 Pengusaha Kantin 13

1.7 Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Operasional 13

1.8.1 Persepsi 14

1.8.2 Guru 14

1.8.3 Kualiti 14

1.8.4 Perkhidmatan Makanan 15

1.8.5 Kantin 15

1.8.6 Menu 15

1.8.7 Amalan 15

1.9 Ringkasan 16

Page 11: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

  viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Pekerja kantin dalam

Mengendalikan makanan 17

2.2.1 Mempunyai Pengetahuan Dan

Status Kesihatan Yang Memuaskan 19

2.2.2 Amalan Pengendalian Makanan 20

2.3 Kebersihan Makanan Di Kantin 21

2.4 Kebersihan Persekitaran Kantin 23

2.5 Kepelbagaian Menu Dalam Makanan 25

2.6 Ringkasan 27

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Reka Bentuk Kajian 28

3.3 Tempat Kajian 29

3.4 Populasi Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.5.1 Bahagian A: Latar Belakang 32

Responden

3.5.2 Bahagian B: Persoalan Kajian 32

3.6 Keesahan Soal Selidik 34

3.7 Kajian Rintis 35

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 35

3.9 Prosedur Kajian 36

3.10 Analisis Data 39

3.11 Kesimpulan 41

 

Page 12: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

  ix

BAB IV ANALISIS DATA

    4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Data 42

4.2.1 Bahagian A 43

4.2.1.1 Jantina 43

4.2.1.3 Bangsa 43

4.2.1.3 Umur 44

4.2.2 Bahagian B 44

4.3 Ringkasan Dapatan Kajian 57

4.3.1 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian A 58

4.3.2 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 58

4.4 Ringkasan 59

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Rumusan 60

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 61

5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item Yang

Dikemukakan 61

5.3 perbincangan 62

5.3.1 Apakah Persepsi Guru Terhadap Kualiti

Perkhidmatan Makanan Dari Aspek Amalan

Pekerja Kantin Dalam Proses Pengendalian

Makanan? 63

5.3.2 Apakah Persepsi Guru Terhadap Kualiti

Perkhidmatan Makanan Dari Aspek

Kebersihan Kantin?

 

Page 13: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

  x

5.3.3 Apakah Persepsi Guru Terhadap Kualiti

Perkhidmatan Makanan dari Aspek

Kebersihan Persekitaran Kantin? 66

5.3.4 Apakah Persepsi Guru Terhadap Kualiti

Perkhidmatan Makanan Dari Aspek

Kepelbagaian Menu Makanan? 67

5.4 Cadangan 69

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 70

5.6 Kesimpulan 71

RUJUKAN 72-75

LAMPIRAN 76-84

 

Page 14: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

 

 

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Saiz Populasi 30

3.2 Pembahagian Item Bahagian A

Mengikut Latar Belakang Responden 32

3.3 Pembahagian Item Mengikut Persoalan Kajian 33

3.4 Pemilihan Skala Likert 34

3.5 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 36

3.6 Pengkelasan Skor Skala Likert 40

3.7 Penentuan Tahap Peratusan 40

3.8 Skala Min 41

4.1 Jantina Responden 43

4.2 Bangsa Responden 43

Page 15: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

  xii

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.3 Kursus Responden 44

4.4 Item-Item Mengikut Persoalan Kajian 45

4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min bagi Amalan Pekerja dalam Pengendalian Makanan 46 4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min bagi Kebersihan Makanan 49

4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min bagi Kebersihan Persekitaran Kantin 52

4.8 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min bagi Kepelbagaian Menu Makanan 55

4.9 Nilai Purata Pembolehubah dikaji 58

 

Page 16: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

  xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Prosedur Kajian 38

 

Page 17: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

  xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPSS Statistical Package For The Social Science

 

Page 18: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

 

 

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Borang Soal Selidik 76

B Borang Pengesahan Soal Selidik

Projek Sarjana Muda 77

C Borang Kebenaran Menjalankan

Kajian Di Sekolah 83

D Borang Kelulusan Menjalankan

Kajian di Sekolah 84

 

Page 19: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

1  

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan   Pemakanan yang baik adalah amat perlu kepada pelajar atau remaja yang sedang

melalui proses peralihan daripada peringkat kanak-kanak kepada peringkat dewasa.

Menurut Tribole (1992), makanan amat penting kerana memberi nutrien kepada tubuh

badan. Ianya penting untuk kesuburan fikiran dan membolehkan manusia menjalankan

aktiviti harian dengan lebih bersemangat. Jadi, pemakanan yang baik amat penting

kepada manusia terutama kepada pelajar atau remaja yang sedang mengalami

pertumbuhan mental dan fizikal. Secara amnya, kanak-kanak perempuan mencapai

kematangan seks di antara umur 11 hingga 13 tahun manakala bagi kanak-kanak lelaki

pula di antara 13-15 tahun. Oleh itu pengambilan diet disarankan meningkat secara

meruncing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan untuk kebanyakan nutrien apabila

masa pertumbuhan remaja bergerak pantas. Keperluan kalori untuk remaja lelaki

mencukupi dengan pengambilan nutrien yang lengkap tetapi bagi remaja perempuan

pula, keperluan kalori menurun apabila meningkat remaja. Pada peringkat ini, remaja

memerlukan satu tabiat pemakanan dan nutrien yang baik kerana menurut Warde

(1997), tabiat makan dan latihan pemakanan memainkan peranan yang penting untuk

kesihatan hari ini dan pada masa akan datang kepada orang muda dan tabiat pemakanan

ini dimulakan pada peringkat remaja dan memberi kesan yang lama.

Page 20: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

2  

Apabila membincangkan tentang pemakanan kepada pelajar, kantin sekolah

memainkan peranan yang penting dalam penyediaan pemakanan kepada pelajar di

sekolah. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan

Malaysia (1989), pembekalan perkhidmatan makanan kepada guru dan pelajar

merupakan satu kewajipan dalam setiap sekolah. Oleh itu, kantin di sekolah adalah

sumber utama kepada guru dan pelajar bagi mendapatkan makanan semasa waktu

persekolahan. Berdasarkan kepada Garis Panduan Kantin (1989), kantin sekolah

merupakan suatu tempat yang penting dalam mewujudkan berbagai-bagai pengalaman

samada secara langsung atau tidak langsung. Di sini juga para pelajar membina

pengetahuan, sikap dan amalan tentang makanan dan pemakanan, kebersihan dan

keselamatan serta tabiat-tabiat sosial seperti beratur untuk diberi layanan, bersopan

santun dan amalan-amalan disiplin yang lain. Di samping itu, di kantin sekolah juga

boleh dijadikan sebagai suatu sumber yang berkesan bagi menggalakkan pendidikan

pemakanan iaitu pelbagai aktiviti dan pengajaran yang terancang boleh dilakukan di

bawah mata pelajaran tertentu seperti pendidikan kesihatan, kemahiran hidup dan lain-

lain.

Oleh kerana kantin sekolah memainkan peranan yang penting dalam tabiat

pemakanan pelajar dan guru. Jadi, tanggungjawab kantin sekolah menyediakan

perkhidmatan makanan yang berkualiti dan seimbang untuk melahirkan pelajar yang

sihat dan cerdas. Makanan yang berkualiti merangkumi makanan yang bersih dan

menarik untuk dimakan. Pemakanan yang berkualiti juga adalah amat perlu untuk

melahirkan pelajar yang sihat dari segi mental dan fizikal kerana makanan merupakan

pembekal nutrien yang penting kepada tubuh badan manusia. Pelajar juga adalah

seorang pengguna yang mempunyai pengharapan yang tinggi terhadap kualiti makanan

yang dibeli terutamanya makanan yang telah dibersihkan dan disediakan supaya merasa

selesa dan selamat mengambilnya. Kriteria kualiti yang dimaksudkan adalah tanpa

keraguan, makanan yang selamat (baik untuk kesihatan), (volume) komposisi dan berat

(Van Den Berg, 1993). Pelajar juga mementingkan makanan yang bercirikan

penyediaan yang cepat, berkualiti dan lazat serta mempunyai pelbagai pilihan.

Page 21: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

3  

Makanan yang berkualiti juga adalah pemakanan yang seimbang untuk

menjamin badan yang sihat daripada pelbagai penyakit. Menurut Aishah (1994),

makanan yang seimbang mengandungi semua kumpulan zat makanan pada kadar yang

cukup dan sesuai untuk menjalankan fungsi badan dengan teratur. Makanan seimbang

juga merujuk kepada pelbagai makanan yang diperlukan oleh individu dari pelbagai

peringkat umur untuk kesihatan tubuh badan. Makanan seimbang merujuk kepada

pelbagai makanan yang diperlukan oleh individu dari pelbagai peringkat umur untuk

kesihatan tubuh badan. Jadi, dalam menjalankan perkhidmatan makanan di kantin

sekolah, pihak pengusaha dan pekerja kantin perlu menitikberatkan pemakanan yang

seimbang kerana para pelajar dan guru memerlukan kesemua nutrien dalam pemakanan

supaya cerdas dan cergas dalam menjalani aktiviti persekolahan.

  

Oleh itu, adalah penting mendapatkan kesemua nutrien untuk membolehkan

tubuh berfungsi dengan normal adalah bergantung kepada cara pemakanan yang bijak.

Menurut White (1979), amalan pemakanan yang baik adalah apabila seseorang itu telah

mengambil makanan yang memenuhi keperluan dari segi jumlah dan jenis-jenis nutrien

yang diperlukan oleh badan iaitu untuk mendapatkan tenaga membina dan membaiki

tisu-tisu dalam badan dan dapat mengawal penyakit. Jika dilihat dari pemakanan,

nutrien adalah berkaitan dengan makanan bagi membantu kesihatan manusia.

Pengambilan nutrien yang seimbang amat diperlukan untuk membolehkan organ dalam

badan berfungsi dengan normal, disamping membantu pertumbuhan badan dan

membolehkan individu menjalankan aktiviti dengan maksimun serta bekerja dengan

berkesan. Nutrien yang betul bermakna semua nutrien diperlukan iaitu karbohidrat,

lemak, protein, vitamin, garam mineral dan air (Gayla J. Kirschmann dan John D.

Kirschmann, 1996).

  

Gayla J. Kirschmann dan John D. Kirschmann (1996), juga menyatakan bahawa

badan kita memerlukan kuantiti makanan yang betul. Ini kerana, pengambilan makanan

yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menjejaskan aktiviti harian individu dalam

proses mencapai hasrat. Aspek kesihatan individu termasuk pelajar haruslah

dititikberatkan agar memiliki tubuh badan sihat dan seterusnya memiliki otak yang

Page 22: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

4  

cergas. Pelajar memerlukan otak yang cerdas dan fizikal yang cergas kerana menurut

Petersan et al. (2001), adalah mustahil untuk memisahkan fizikal, psiko sosial dan emosi

yang baik di sekolah, dan pencapaian akademik dicapai berkait rapat dengan kesihatan.

Adalah menjadi hasrat kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mewujudkan

manusia yang seimbang samada dari segi fizikal, jasmani, emosi, rohani dan

intelektual. Maka aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang

berkenaan adalah dari aspek makanan dan pemakanan di sekolah.

  

Ketika di sekolah, guru memainkan peranan yang penting untuk memberi

pengetahuan tentang pemakanan yang sihat kepada pelajar. Guru menyediakan

pendekatan individualistik iaitu penghantaran dan rangsangan yang cepat kepada

pelajar. Cara ini dapat memberi kenyataan yang boleh diakui di dalam pembelajaran.

Guru boleh menyerapkan tentang pemakanan yang sihat di dalam kurikulum di sekolah.

Di sekolah menengah, pemakanan dan nutrien boleh di ajar di dalam pendidikan

jasmani, sains dan ekonomi rumah tangga. Guru sekolah memainkan peranan yang

penting dalam mempromosikan kesihatan yang baik yang dianjurkan dalam kurikulum

pendidikan fizikal dan kesihatan. Tujuan utama kurikulum ini adalah untuk

membangunkan pengetahuan, memahami kemahiran dan sikap tentang kesihatan untuk

mengawal dan menggalakkan pembangunan kesihatan diri dan fizikal (Department of

Health, 1999). Selain itu, sekolah adalah tempat menuntut ilmu serta penting untuk

membangunkan promosi kesihatan dan mempengaruhi kelakuan termasuk kebersihan

kelakuan. Sekolah adalah tempat menimba ilmu serta melahirkan generasi yang

mementingkan kesihatan dan tahu cara untuk menjaganya tetapi yang sering berlaku di

negara kita ialah apabila berlaku sesuatu kejadian yang meragut nyawa, barulah pihak

tertentu bertindak tegas, sedangkan ia sewajarnya diambil tindakan sebelum kejadian

berlaku.

    

Oleh yang demikian, kantin merupakan sumber utama perkhidmatan makanan

dan pemakanan kepada guru dan pelajar ketika di sekolah. Guru perlu memainkan

Page 23: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

5  

peranan yang penting dalam memberikan maklumat tentang pemakanan yang baik

kepada pelajar. Menurut Burton (1965) pendidikan makanan sepatutnya dijadikan

sebagai program umum dalam memastikan dan memperbaiki taraf pemakanan individu.

Selain daripada pengetahuan tentang zat-zat untuk makanan, pelajar juga perlu

memahami keperluan zat-zat untuk setiap pembesaran. Dengan adanya pelajar yang

mempunyai kesihatan dan zat-zat yang baik menggalakkan pelajar lebih bersemangat ke

sekolah (Vince-Whitman et al. 2001).

    1.2 Latar Belakang Masalah   

Penyediaan makanan yang bersih adalah penting kepada pelajar supaya

pemakanan yang diambil oleh pelajar adalah selamat untuk dimakan atau diminum.

Menurut Van Egmond-Pannell (1985), menyatakan bahawa objektif utama dalam

perkhidmatan makanan di sekolah adalah menyediakan makanan yang berkhasiat dan

selamat untuk dimakan. Tanggungjawab dalam menyediakan makanan yang selamat

bergantung pada penyedia makanan tersebut sehinggalah kepada orang yang

menghidang makanan yang telah siap dimasak. Namun, dalam keghairahan pengusaha

premis makanan mengaut keuntungan, kebanyakan daripada mereka cuai dalam

penjagaan kebersihan dan sanitasi semasa mengendalikan premis makanan yang

menyebabkan kejadian keracunaan makanan.

  Menurut Abbey dan Macdonald (1979), berlakunya pencemaran makanan adalah

disebabkan oleh beberapa perkara iaitu bakteria yang mungkin terdapat di dalam

makanan, bakteria yang dibawa oleh haiwan perosak dan bakteria yang boleh

dipindahkan oleh manusia. Pengendali-pengendali makanan merupakan satu sumber

utama yang menyebabkan kejadian keracunan makanan.

Pengendali makanan di restoren dan kedai makanan adalah individu yang terlibat dalam

penyediaan, penyajian dan penjualan makanan. Pengendali makanan yang mengalami

Page 24: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

6  

demam, mengidap cirit birit, batuk dan kudis boleh memindahkan penyakit secara

langsung atau tidak langsung sama ada melalui udara dan sentuhan.

Ini menunjukkan bahawa pengurus premis makanan yang tidak menitikberatkan

kebersihan makanan boleh menyebabkan banyak berlakunya isu keracunan di sekolah

pada hari ini. Antaranya kesemua 10 pelajar termasuk seorang guru sebuah sekolah

swasta di Seksyen 7 di sini yang dimasukkan ke wad Hospital Tengku Ampuan

Rahimah (HTAR), Klang semalam akibat keracunan makanan (Utusan Online, 5

Januari 2008). Selain itu, sebanyak 11,226 kes keracunan makanan berlaku di sekolah

di seluruh negara dari Januari sehingga September lalu berbanding dengan 5,613 kes

pada tempoh yang sama pada tahun lepas, iaitu peningkatan lebih 100 peratus. (Utusan

Online, 28 Oktober). Ini menunjukkan bahawa kes keracunan di Malaysia masih lagi

berlaku dan sentiasa meningkat. Guru perlu memainkan peranan yang penting dalam

memastikan makanan yang diambil oleh pelajar di kantin adalah selamat untuk

dimakan. Sekiranya amalan pemakanan sihat dan berkhasiat ini dapat dilaksanakan di

sekolah, ia dapat mengelak berulang lagi masalah keracunan makanan. Malah, ia satu

pendidikan kepada pelajar untuk memilih makanan berkualiti untuk kesihatan mereka.

  

Perkara terpenting dalam perkhidmatan makanan ialah amalan kebersihan dalam

premis makanan. Kebersihan makanan merujuk kepada pemusnahan sebarang bakteria

perosak dalam makanan dengan cara memasak atau lain-lain proses (Hazelwood dan

Maclean, 1991). Hal ini kerana, kotoran dan mikroorganisma serta kawasan dapur yang

kotor menjadi punca utama dalam sistem kebersihan. Selain itu, keracunan makanan

menyebabkan gangguan gastrousus kepada seseorang setelah memakan makanan

(minuman) yang tercemar. Makanan dikatakan tercemar apabila ia mengandungi bahan-

bahan tidak sepatutnya seperti kuman patogen yang boleh menyebabkan jangkitan

penyakit seperti bakteria, fungi (kulat dan yis), parasit serta virus.

Antara makanan yang mudah dicemari oleh bakteria adalah keju, mentega, daging

burger, susu, daging, ayam dan hasil laut. Menurut Jamal (1998), terdapat lima jenis

bahaya yang boleh berpunca daripada makanan iaitu bahaya disebabkan kuman, kurang

Page 25: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

7  

makan dan terlebih makan, persekitaran yang tercemar, racun atau toksin semulajadi

dalam makanan dan aditif makanan. Bahaya yang disebabkan kuman merupakan

peringkat bahaya paling atas diantara kelima-lima jenis bahaya tersebut.

  

Selain itu, Menurut Van Egmong-Pannel (1985), makanan yang baik merupakan

makanan yang selamat. Makanan yang selamat adalah makanan yang bebas

mikroorganisma, bahan kimia dan bendasing seperti serpihan gelas kaca. Untuk

menjadikan makanan itu selamat, perlu membeli makanan yang bersih dan sentiasa

segar serta bebas dari kerosakan. Ia perlulah disimpan dengan baik dalam persekitaran

yang bersih serta disediakan oleh orang yang mempunyai tabiat yang bersih dan bebas

dari penyakit berjangkit. Ini kerana sikap pekerja yang menyediakan makanan terhadap

keselamatan makanan adalah amat penting untuk menjamin keselamatan makanan.

Menurut Howes et al. (1996) menyatakan sikap, pengetahuan dan pengawasan adalah

faktor untuk mengurangkan keracunan makanan. Mengikut kajian Cochran-Yantis et al.

(1996) mengatakan, sikap dan pengetahuan 300 pengendali makanan di restoren

mempunyai rekod yang baik dan tidak baik terhadap kesihatan. Pengurus restoren yang

ada rekod kesihatan yang baik mempunyai tahap pengetahuan yang luas terhadap

keselamatan makanan berbanding dengan pengurus yang mempunyai rekod yang tidak

baik. Dengan adanya jawatankuasa kantin, guru perlu sentiasa memantau perkara yang

dilakukan oleh pengendali makanan semasa mengendalikan makanan.

  

Oleh itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap

kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah. Ini kerana proses penyediaan makanan

yang kotor boleh memudaratkan kesihatan beribu-ribu pelajar. Para pelajar akan

menghadapi risiko menghidap pelbagai penyakit akibat daripada pemakanan yang tidak

sihat seperti isu keracunan makanan yang banyak berlaku pada masa kini.

Majlis Pemuafakatan Persatuan ibu bapa dan Guru Nasional (MPPIBGN) mahu sistem

penggredan kantin sekolah dilaksanakan segera bagi memastikan pelajar menerima

perkhidmatan terbaik, termasuk makanan berkhsiat dan seimbang. Penggredan itu perlu

bagi menentukan pengusaha kantin sekolah sentiasa mengutamakan dan mematuhi

Page 26: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

8  

peraturan pengurusan kebersihan persekitaran premis serta penyediaan makanan yang

berkualiti. Beliau berkata, pada masa yang sama, peranan dan tanggungjawab

jawatankuasa penyelia kantin di setiap sekolah hendaklah dipertingkatkan demi

kepentingan pelajar, selain mengelak kejadian keracunan makanan terus berlaku pada

masa akan datang (Berita Harian Online, 25 Jun 2007).

   

 1.3 Pernyataan masalah

  Melalui latar belakang masalah, didapati kebanyakan terjadinya keracunan

makanan di kantin sekolah berlaku disebabkan kurangnya kepekaan dan keperihatinan

para pengendali makanan dalam menjaga kebersihan makanan. Ini disokong oleh

Brown et al. (1994), menjaga kebersihan diri semasa mengendalikan makanan agar

dapat mencegah pencemaran makanan adalah satu kewajipan moral seorang pengusaha

yang profesional. Berdasarkan kenyataan ini, amalan pekerja kantin dalam

mengendalikan makanan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan

makanan yang selamat dan berkualiti.

  Di samping itu, menjaga kebersihan makanan juga amatlah penting untuk

mengelakkan berlakunya pencemaran dan keracunan makanan. Berdasarkan latar

belakang masalah, Menurut Jamal (1998), terdapat lima jenis bahaya yang boleh

berpunca daripada makanan iaitu bahaya disebabkan kuman, kurang makan dan terlebih

makan, persekitaran yang tercemar, racun atau toksin semulajadi dalam makanan dan

aditif makanan. Bahaya yang disebabkan kuman merupakan peringkat bahaya paling

atas diantara kelima-lima jenis bahaya tersebut.

Berdasarkan kepada kepentingan kebersihan makanan untuk menjamin makanan

daripada tercemar, saya juga ingin mengkaji tahap kualiti perkhidmatan makanan dari

aspek kebersihan makanan.

  

Page 27: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

9  

Selain itu, pencemaran makanan yang menyebabkan keracunan boleh terjadi

dimana-mana di persekitaran kita. Mikroorganisma seperti bakteria dan virus akan

membiak berkali-kali ganda dalam satu masa apabila berada pada medium dan

persekitaran yang sesuai. Kontaminasi makanan boleh dielakkan dengan menutup

makanan daripada dicemari lalat, meminimunkan persentuhan dengan makanan,

memastikan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak diasingkan.

Pembuangan sampah yang tidak sempurna juga boleh menyebabkan kontaminasi.

Kehadiran haiwan peliharaan dan perosak juga perlu dielakkan bagi memastikan

persekitaran tempat memasak dalam keadaan bersih. Oleh yang demikian, kebersihan

persekitaran memainkan peranan yang penting untuk mengelakkan berlakunya

kontaminasi, pencemaran makanan dan pembiakan mikroorganisma. Kebersihan

persekitaran kantin juga akan dijadikan aspek untuk mengetahui tahap kualiti

perkhidmatan makanan dalam kajian ini.

  Menurut Van Egmond-Pannell (1985), menyatakan bahawa objektif utama

dalam perkhidmatan makanan di sekolah adalah menyediakan makanan yang berkhasiat

dan selamat untuk dimakan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab pihak pengusaha kantin

menyediakan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur sayuran. Gayla J.

Kirschmann dan John D. Kirschmann (1996), juga menyatakan bahawa badan kita

memerlukan kuantiti makanan yang betul. Ini kerana, pengambilan makanan yang

terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menjejaskan aktiviti harian individu dalam

proses mencapai hasrat. Aspek kesihatan individu termasuk pelajar haruslah

dititikberatkan agar memiliki tubuh badan sihat dan seterusnya memiliki otak yang

cergas. Dengan adanya kepelbagaian menu dalam makanan dapat memberikan zat-zat

yang penting untuk tubuh badan.

Oleh itu, aspek kepelbagaian menu juga telah dijadikan salah satu aspek untuk

mengetahui persepsi kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah.

  Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang telah dinyatakan di atas,

penyelidik ingin melakukan kajian mengenai persepsi guru terhadap kepentingan kualiti

perkhidmatan makanan di kantin Sekolah Menengah Skudai Baru, Johor Baru.

Page 28: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

10  

    1.4 Objektif Kajian   

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap kualiti

perkhidmatan makanan di kantin sekolah. Objektif bagi kajian ini adalah untuk:

1) Mengenalpasti persepsi guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan dari aspek

amalan pekerja kantin dalam mengendalikan makanan.

2) Mengenalpasti persepsi guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan dari aspek

kebersihan makanan.

3) Mengenalpasti persepsi guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan dari aspek

kebersihan persekitaran kantin.

4) Mengenalpasti persepsi guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan dari aspek

kepelbagaian menu makanan.

Page 29: PERSEPSI GURU TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN MAKANAN DI KANTIN … · 2008-04-26 · guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada

11  

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan utama ialah:

1.5.1 Apakah persepsi guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan dari aspek

amalan pekerja kantin dalam mengendalikan makanan?

1.5.2 Apakah persepsi guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan dari aspek

kebersihan makanan?

1.5.3 Apakah persepsi guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan dari aspek

kebersihan persekitaran kantin?

1.5.4 Apakah persepsi guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan dari aspek

kepelbagaian menu makanan?