persepsi guru dan pelajar terhadap pendidikan jasmani … · guru pendidikan jasmani 64 4.6...

24

Upload: vokhanh

Post on 04-Aug-2019

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa
Page 2: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa
Page 3: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI DAN

PEMAKAIAN PAKAIAN SUKAN KETIKA PENDIDIKAN JASMANI DI

SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU TENGAH, JOHOR

DARUL TAKZIM

HASLINDAH BINTI NURSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 4: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa
Page 5: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

v

DEDIKASI

Dengan nama Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnianNya, tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda dan bonda yang di kasihi

Nursan Bin Ahmad

Siti R ohani Binti Manaf

Buat ahli keluarga yang disayangi

Serta teman – teman seperjuangan

Kalian semua takkan ku lupakan

Iringan doa, pengorbanan, keikhlasan dan bantuan kalian tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah S.W.T sahaja

yang maha mengetahui dan membalasnya.

Terima kasih untuk segalanya.

Page 6: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

vi

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaanNya

kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan. Selawat

dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat

dikasihi.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih

kepada ayanda dan bonda yang dikasihi, Nursan Bin Ahmad dan Siti Rohani Binti

Manaf di atas segala sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan kepada saya selama

ini.

Di sini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih kepada En. Syahrul Ridhwan Bin Morazuki, selaku penyelia Projek

Sarjana Muda yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya

dalam menyiapkan laporan kajian ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor,

Jabatan Pendidikan Daerah Johor Bahru, pengetua-pengetua, guru-guru dan pelajar-

pelajar sekolah menengah di Daerah Johor Bahru Tengah yang terlibat secara langsung

dan memberikan kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa kepada rakan-

rakan yang telah banyak memberi sumbangan dari segi idea dan bantuan, dan semua

yang turut sama memberi sokongan di sepanjang perlaksanaan kajian ini.

Semoga sumbangan kalian akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

Terima kasih.

Page 7: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

vii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan persepsi pelajar dan guru terhadap

Pendidikan Jasmani dan pemakaian pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani di sekolah

menengah di Daerah Johor Bahru Tengah, Johor. Dalam kajian ini, sebanyak 664 borang

soal selidik telah diedarkan, masing-masing kepada 374 orang pelajar dan 270 orang

guru. Kebolehpercayaan soal selidik pelajar adalah adalah 0.743 manakala untuk soal

selidik guru adalah 0.851. Dari aspek minat dan keseronokan terhadap Pendidikan

Jasmani, kajian mendapati persepsi pelajar dan guru adalah hampir sama. Empat puluh

lima peratus pelajar menyatakan mereka berminat untuk menghadiri kelas Pendidikan

Jasmani dan dapatan ini disokong dengan persepsi guru yang menyatakan 80.4% pelajar

seronok semasa Pendidikan Jasmani diadakan. Dapatan kajian ini juga mendapati

bahawa faktor malas bukan merupakan sebab utama (58.5%) pelajar tidak memakai

pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani. Walaubagaimanapun, 77.4% responden guru

berpendapat sebaliknya. Berdasarkan dapatan kajian, dua faktor utama yang didapati

menyebabkan pelajar tidak memakai pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani ialah

kekangan masa dan ketiadaan kemudahan bilik persalinan pakaian sukan.

Kesimpulannya, pelajar dan guru bersetuju bahawa Pendidikan Jasmani merupakan suatu

sesi pembelajaran yang menyeronokkan. Namun, masalah pemakaian pakaian sukan

semasa Pendidikan Jasmani bukan disebabkan oleh faktor sikap sepenuhnya tetapi faktor

ketiadaan bilik persalinan sukan dan masa pembelajaran Pendidikan Jasmani yang

singkat membuatkan pelajar beranggapan keperluan menukar pakaian sukan menjadi satu

bebanan.

Page 8: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

viii

ABSTRACT

This study has been carried out to seek students and teachers’ perception towards

Physical Education and sports attire problem during Physical Education in secondary

school in Johor Bahru Tengah, Johore. In this study, a total of 664 questionnaire were

distributed, 374 for students and 270 for teachers respectively. The reliability of the

questionnaire for student is 0.743, whereas the questionnaire reliability for teacher is

0.851. Based on interest and pleasure aspects towards Physical Education, this study

found the perception between the students and teachers is almost similiar. Forthy five

percent of the students stated that they are interested to attend the Physical Education

class and this finding is supported by the teachers, as 80.4% of them stated that the

students enjoying the class. Results of this study also found that laziness is not the main

reason (58.5%) why the students refuse to wear sports attire during Physical Education

class. However, 77.4% of the teachers disagree with that fact. Based on the findings, the

two main factors that contribute to wear sports attire problem during Physical Education

class are time constraint and no changing room provided. In conclusion, students and

teachers agreed that Physical Education is an enjoyable class. However, sports attire

problem during Physical Education class is not totally influenced by attitude factor but no

changing room provided and short Physical Education period make the students feels that

to change to sports attire is a burden.

Page 9: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS THESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL THESIS iii

PENGAKUAN PELAJAR iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI SINGKATAN xviii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 10: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

x

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Operasional 9

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendidikan Jasmani 10

2.2 Peraturan Sekolah 13

2.3 Pakaian Sukan 14

2.4 Faktor Sikap 15

2.5 Faktor Minat 17

2.6 Faktor Rakan Sebaya 18

2.7 Faktor Keluarga dan Ibubapa 18

2.8 Faktor Guru 19

2.9 Kesimpulan 21

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian 22

3.2 Responden Kajian 22

3.3 Instrumen Kajian 23

3.4 Prosedur Kajian 28

3.5 Kajian Rintis 28

3.6 Pengambilan Data 29

3.7 Analisis Data 29

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 30

Page 11: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

xi

4.2 Soal Selidik Pelajar 31

4.2.1 Bahagian A– Maklumat dan

Latar Belakang Responden 32

4.2.1.1 Taburan Responden

Berdasarkan Jantina 31

4.2.1.2 Taburan Responden

Berdasarkan Bangsa 32

4.2.1.3 Taburan Responden

Berdasarkan Umur 33

4.2.1.4 Taburan Responden

Berdasarkan Aliran 34

4.2.2 Bahagian B – Analisis Persepsi

Pelajar Terhadap Pemakaian

Pakaian Sukan ketika Pendidikan

Jasmani (PJ) 35

4.2.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap

Pendidikan Jasmani (PJ) 35

4.2.2.2 Pemakaian Pakaian Sukan

Ketika Pendidikan Jasmani 42

4.2.2.3 Kemudahan Fizikal Untuk

Pendidikan Jasmani 51

4.3 Soal Selidik Guru 55

4.3.1 Bahagian A– Maklumat dan Latar

Belakang Responden 56

4.3.1.1 Taburan Responden

Berdasarkan Jantina 56

4.3.1.2 Taburan Responden

Berdasarkan Bangsa 57

4.3.1.3 Taburan Responden

Page 12: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

xii

Berdasarkan Umur 57

4.3.1.4 Taburan Responden

Berdasarkan Kelulusan

Akademik 58

4.3.1.5 Taburan Responden

Berdasarkan Opsyen

Pengajaran 59

4.3.1.6 Taburan Responden

Berdasarkan Pengalaman

Mengajar 60

4.3.2 Bahagian B – Analisis Persepsi Guru

Terhadap Pemakaian Pakaian Sukan

ketika Pendidikan Jasmani (PJ) 61

4.3.2.1 Minat Pelajar Terhadap

Pendidikan Jasmani 61

4.3.2.2 Tanggungjawab Guru

Pendidikan Jasmani 64

4.3.2.3 Pemakaian Pakaian Sukan

Semasa Kelas Pendidikan

Jasmani 68

4.3.2.4 Tingkahlaku Pelajar 74

4.3.2.5 Kemudahan Fizikal Untuk

Pendidikan Jasmani 78

4.3.3 Ulasan dan komen daripada

responden guru 82

V RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 85

5.2 Dapatan Kajian daripada Soal Selidik Pelajar 86

Page 13: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

xiii

5.2.1 Bahagian A

(Latar Belakang Responden Pelajar) 86

5.2.2 Bahagian B

(Persepsi Pelajar Terhadap

Pemakaian Pakaian Sukan ketika

Pendidikan Jasmani) 87

5.2.2.1 Persepsi Pelajar

Terhadap Pendidikan

Jasmani di Sekolah 87

5.2.2.2 Pemakaian Pakaian Sukan 89

5.2.2.3 Kemudahan Fizikal Untuk

Pendidikan Jasmani 91

5.3 Dapatan Kajian daripada Soal Selidik Guru 92

5.3.1 Bahagian A

(Latar Belakang Responden Guru) 92

5.3.2 Bahagian B

(Persepsi Pelajar Terhadap Pemakaian

Pakaian Sukan Ketika Pendidikan

Jasmani) 93

5.3.2.1 Minat Pelajar

Terhadap Pendidikan

Jasmani 94

5.3.2.2 Tanggungjawab Guru

Pendidikan Jasmani 95

5.3.2.3 Pemakaian Pakaian

Sukan Semasa Kelas

Pendidikan Jasmani 95

5.3.2.4 Tingkahlaku Pelajar 96

5.3.2.5 Kemudahan Fizikal Untuk

Pendidikan Jasmani 97

Page 14: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

xiv

5.4 Kesimpulan 98

5.5 Cadangan daripada Guru 99

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 102

5.7 Penutup 103

RUJUKAN 104

LAMPIRAN

Pengiraan sampel 112

Soal selidik pelajar 113

Soal selidik guru 118

Surat dari BPPDP 124

Surat dari JPNJ 125

Surat dari PPDJB 126

Surat perakuan pelajar UTM 127

Surat kepada JPNJ 128

Senarai sampel kajian 130

Slide pembentangan 131

Page 15: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Pembangunan Pendidikan Jasmani

(Gabbard et al., 1994) 12

3.1 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut

Maklumat dan Latar Belakang Responden Guru 24

3.2 Pembahagian Item Bahagian B Berdasarkan

Persepsi Guru Terhadap Pemakaian Pakaian

Sukan Ketika Pendidikan Jasmani 24

3.3 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut

Maklumat dan Latarbelakang Responden Pelajar 25

3.4 Pembahagian Item Bahagian B Berdasarkan

Persepsi Pelajar Terhadap Pemakaian Pakaian

Sukan Ketika Pendidikan Jasmani 25

3.5 Skala Likert berserta dengan markah skor 25

3.6 Pemeringkatan Skala Likert 26

3.7 Petunjuk Peratusan untuk Menunjukkan

Darjah Penilaian terhadap Responden 27

3.8 Petunjuk Min untuk Mengukur Darjah

Penilaian terhadap Responden 27

4.1 Analisis Pelajar Terhadap Pendidikan Jasmani 35

4.2 Analisis Pelajar Terhadap Pemakaian Pakaian

Page 16: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

xvi

Sukan ketika Pendidikan Jasmani 43

4.3 Analisis Pelajar Terhadap Kemudahan Fizikal

Untuk Pendidikan Jasmani 51

4.4 Analisis Guru Berdasarkan Minat

Pelajar Terhadap Pendidikan Jasmani 62

4.5 Analisis Guru Berdasarkan Tanggungjawab

Guru Pendidikan Jasmani 64

4.6 Analisis Guru Berdasarkan Pemakaian

Pakaian Sukan Semasa Kelas Pendidikan Jasmani 68

4.7 Analisis Guru Berdasarkan Tingkahlaku Pelajar 74

4.8 Analisis Guru Terhadap Kemudahan Fizikal

Untuk Pendidikan Jasmani 79

Page 17: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

xvii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 31

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 32

4.3 Taburan RespondenBerdasarkan Umur 33

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Aliran 34

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 56

4.6 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 57

4.7 Taburan Responden Berdasarkan Umur 58

4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan

Akademik 59

4.9 Taburan Responden Berdasarkan Opsyen

Pengajaran 59

4.10 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman

Mengajar 60

Page 18: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

xviii

SENARAI SINGKATAN

PJK - Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

PJ - Pendidikan Jasmani

SPSS - Statistical Pakage for Social Science

% - Peratus

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

KS - Kurang Setuju

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

BPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPNJ - Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Slide - Slaid

Page 19: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia untuk

memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan seseorang. Pendidikan juga

merupakan suatu landasan bagi individu memperolehi pengetahuan, membina keyakinan

diri bagi menghadapi masa hadapan dan menyesuaikan diri dengan persekitarannya.

Berdasarkan apa yang terkandung didalam Falsafah Pendidikan Negara, jelas

menyatakan bahawa seseorang individu perlu seimbang dari segi intelek, emosi, rohani

dan jasmani (JERI). Keseimbangan elemen-elemen ini penting bagi melahirkan generasi

yang memiliki kemahiran, pengetahuan, pengalaman, kesukarelaan, dan ketrampilan

melalui aktiviti yang mencabar serta menyeronokkan. Justeru itu, dalam membina

sahsiah pelajar, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)

yang terancang, sistematik dan berkesan diharap dapat membantu pelajar menghadapi

cabaran di dalam pendidikan alaf baru.

Page 20: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

2

Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-

kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop

pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Menurut beliau lagi,

pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan penguasaan

kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan dalam

menjadi aktif dan dapat mengaplikasikan faedah aktiviti fizikal. Manakala Clarke dan

Clarke (1987) pula berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua

pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak

dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang asas dan dicapai melalui Pendidikan

Jasmani.

Pendidikan Jasmani merupakan satu fasa pendidikan am yang menyumbang

kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara total melalui pilihan

aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang. Menurut

Vasudevan T. Arasoo (1988), secara ringkasnya Pendidikan Jasmani ialah pendidikan

daripada dan melalui kegiatan fizikal. Oberteutter (1970) pula telah

menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui

pengalaman pergerakan. Pendapat ini telah diutarakan oleh pakar Pendidikan Jasmani

iaitu Jenny (1961), yang berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberikan

sumbangan kepada pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi

semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Selain itu, Williams (1996) mengemukakan bahawa Pendidikan Jasmani adalah

jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil

yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang

bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan

peribadi yang dinamis.

Page 21: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

3

Pangrazi dan Dauer (1992) pula berpendapat Pendidikan Jasmani ialah

sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberikan

sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada

perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Manakala Pendidikan

Kesihatan pula ditakrifkan oleh Anspaugh dan Ezell (1995) sebagai suatu proses untuk

mengembangkan dan membekalkan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang

terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah sikap, dan mempengaruhi

tingkah laku.

Dalam aktiviti yang melibatkan kesukanan, salah satu faktor penting adalah

pemakaian pakaian yang sesuai semasa bersukan. Ini adalah bertujuan mengelakkan

daripada berlakunya sebarang kecederaan, terutama bagi pelajar ketika sesi pengajaran

dan pembelajaran PJK di luar kelas. Bukan itu sahaja, semua atlit mahupun individu

yang terlibat dalam aktiviti bersukan juga mengutamakan kepentingan pakaian sukan ini.

Menurut Botham (2007), pakaian sukan adalah penting untuk para atlit dalam

sesuatu aktiviti. Ia adalah bertujuan memberikan keselesaan kepada atlit untuk terus

bersukan serta membolehkan mereka beraksi dengan penuh keyakinan seterusnya

mempamerkan pencapaian yang menarik.

Kebanyakan sekolah peringkat rendah mahupun menengah, dilihat

menitikberatkan aspek pemakaian sukan ini dengan mempunyai pakaian sukan sendiri

yang berlogokan sekolah masing-masing. Selain itu, kewajipan untuk memiliki pakaian

sukan adalah telah tertulis seperti yang tercatat didalam peraturan sekolah dan juga

disenaraikan sekali dalam senarai yuran yang perlu dibayar oleh ibubapa pelajar sekali

dalam setahun. Oleh itu, dalam kajian ini penyelidik memfokuskan kepada isu

pemakaian pakaian sukan ketika sesi pembelajaran PJK di sekolah terutama di peringkat

sekolah menengah.

Page 22: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

4

1.2 Latar Belakang Kajian

Isu pemakaian pakaian sukan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani

merupakan masalah yang sering kali berlaku di peringkat sekolah rendah mahupun

sekolah menengah. Namun sehingga ke hari ini, isu ini masih belum mampu ditangani

dengan sebaik mungkin khususnya oleh pihak sekolah. Berdasarkan pengalaman

penyelidik yang pernah berkhidmat sebagai guru ganti di sekolah rendah dan sebagai

guru praktikal di sekolah menengah, sudah menjadi suatu kelaziman untuk berhadapan

dengan masalah pelajar yang tidak memakai pakaian sukan semasa sesi pembelajaran

Pendidikan Jasmani yang dijalankan. Walaupun telah diberikan sebarang peringatan dan

pelbagai hukuman, namun masih ada pelajar yang mengingkarinya.

Sebagai lanjutan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Norbaizura Abu Bakar

yang dijalankan di Sekolah Menengah di Zon Batu Caves Selangor Darul Ehsan,

penyelidik ingin mengkaji samada terdapat jurang perbezaan dapatan kajian mengenai

pemakaian pakaian sukan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah di antara

lokasi yang akan dijalankan. Kajian yang dijalankan adalah tertumpu di sekitar sekolah

menengah yang berada di Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Lokasi ini adalah

merupakan sebuah kawasan bandar.

Page 23: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

5

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah berkaitan pemakaian pakaian sukan semasa sesi pembelajaran

Pendidikan Jasmani dijalankan di sekolah masih menjadi isu yang tiada jalan

penyelesaian yang sewajarnya sehingga ke hari ini. Malahan kebanyakan pelajar dapat

dilihat masih berpakaian seragam sekolah lengkap di padang mahupun di gelanggang

permainan. Namun begitu, terdapat pelbagai cadangan dan langkah telah diambil, tetapi

ia masih tidak menunjukkan sebarang perubahan yang memberangsangkan. Oleh itu, isu

pemakaian pakaian sukan ini dapat dilihat sebagai suatu masalah yang memerlukan

penyelidikan dengan lebih teliti terutama di kalangan pelajar dan guru mengenai

persepsi mereka terhadap masalah ini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk:

1.4.1 Mengetahui persepsi para pelajar terhadap pemakaian pakaian sukan ketika sesi

pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

1.4.2 Mengetahui persepsi para guru terhadap pemakaian pakaian sukan ketika sesi

pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

Page 24: PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI … · Guru Pendidikan Jasmani 64 4.6 Analisis ... cabaran di dalam pendidikan alaf baru. 2 Pettifor (1999) berpendapat bahawa

6

1.4.3 Mengenalpasti faktor yang mendorong pelajar tidak memakai pakaian sukan

ketika sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

1.4.4 Mengenalpasti langkah-langkah yang relevan bagi mengatasi masalah pemakaian

pakaian sukan semasa sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah persepsi para pelajar terhadap pemakaian pakaian sukan semasa sesi

pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah?

1.5.2 Apakah persepsi para guru terhadap pemakaian pakaian sukan semasa sesi

pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah?

1.5.3 Apakah yang mendorong pelajar supaya tidak memakai pakaian sukan semasa

sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah?

1.5.4 Apakah langkah-langkah yang relevan bagi mengatasi masalah pemakaian

pakaian sukan semasa sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah?