persediaan pelajar tahun satu sarjana muda … · menjadikan malaysia sebagai sebuah negara yang...

41
PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP CABARAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI MAKLUMAT (ICT) NALINEE A/P KOTHANDABANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA

PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP CABARAN TEKNOLOGI

KOMUNIKASI MAKLUMAT (ICT)

NALINEE A/P KOTHANDABANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

PSZ 19: 16 (Pind. 1/ 97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTAPENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP CABARAN TEKNOLOGI

KOMUNIKASI MAKLUMAT (ICT)

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NALINEE A/P KOTHANDABANI(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi.4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

________________________ __________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:No 38,, TN. HJ. HASSAN BIN HUSHIN,Jalan Ceria 14, Nama PenyeliaTaman Nusa Indah,Johor Darul Takzim.

Tarikh: 6 MEI 2009 Tarikh: 6 MEI 2009

Page 3: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan saya berpendapat karya iniadalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penyelia : TN.HJ. HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh : 6 MEI 2009

Page 4: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA TEKNOLOGI

SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP CABARAN

TEKNOLOGI KOMUNIKASI MAKLUMAT (ICT)

NALINEE A/P KOTHANDABANI

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 5: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yangtiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penulis : NALINEE A/P KOTHANDABANI

Tarikh : 6 MEI 2009

Page 6: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

iii

DEDIKASI

Buat insan yang dikenang

Suami yang dikasihi

En. Thamilvanan A/L Arumugom

Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan yang diberikan selama ini.

Penyelia

En. Hassan Bin Hushin

Terima kasih atas doa dan sokongan mu

Semua Pensyarah

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Tuhan sahaja yang maha

mengetahui dan membalasnya.

Page 7: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Tuhan kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih

dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu En. Hassan Bin.

Hushin yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa

jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua pensyarah

yang mengajar saya selama ini dan rakan sekelas saya yang telah banyak memberi

kerjasama semasa kajian ini dijalankan.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat suami tercinta yang banyak memberi

dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas dan tanpa jemu

mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi untuk isterimu ini ke menara gading

untuk merealisasikan impian. Terima kasih di atas segala pengorbanan, sokongan dan

kasih sayang ikhlas tanpa batas.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang

terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Page 8: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji persediaan pelajar tahun satu

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap cabaran

Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT). Sampel kajian ini terdiri daripada 96 orang

pelajar 1 SPH di Universiti Teknologi Malaysia. Instrument kajian yang digunakan ialah

soal selidik. Data- data yang diperolehi kemudiannya di analisis menggunakan perisian

Statistical Packages For Social Sciences ( SPSS ) for Windows versi 15.0 untuk

mendapatkan nilai kekerapan, min dan peratusan. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti

persepsi pelajar tahun satu Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup) terhadap cabaran Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT), mengenal pasti tahap

penguasaan pelajar tersebut terhadap kecekapan Teknologi Komunikasi Maklumat(ICT),

dan juga mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar

tersebut terhadap ICT. Dapatan kajian bagi objektif kajian pertama menunjukkan

bahawa majoriti pelajar dengan nilai min 4.39 memahami tentang kepentingan ICT dan

cabarannya kepada seorang pelajar untuk tujuan pembelajaran. Bagi objektif kajian

kedua, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar terhadap kecekapan

teknologi komunikasi maklumat adalah sederhana sahaja. Ini bermakna bahawa masih

terdapat ruang untuk meningkatkan tahap penguasaan responden terhadap kecekapan

ICT. Kajian juga mendapati dari segi faktor-faktor yang mempengaruhi tahap

penguasaan pelajar terhadap kecekapan ICT, majoriti pelajar dengan nilai min 3.71

bersetuju dengan pernyataaan ‘Saya yakin saya dapat mengaplikasikan sesuatu

kecekapan ICT jika diberi latihan’ dan nilai min kedua tertinggi sebanyak 3.70 pada

pernyataan ‘Kemudahan wireless yang disediakan oleh pihak universiti amat menolong

saya’. Jadi, jelaslah di sini bahawa penguasaan seseorang pelajar terhadap sebarang

kecekapan ICT bergantung kepada faktor yang mempengaruhi atau mendorong mereka.

Pelajar yakin mereka sanggup mengaplikasikan dan menguasai sesuatu kecekapan ICT

Page 9: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

vi

jika diberi latihan yang mencukupi. Begitu juga para pelajar berpendapat segala

kemudahan yang disediakan oleh pihak UTM ke arah mencapai kecanggihan ICT

seperti kemudahan wireless yang membolehkan pelajar menggunakan internet sepanjang

hari amat mendorong mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam dunia

teknologi maklumat .Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah ini.

Page 10: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

vii

ABSTRACT

The aim of this descriptive research was to identify the readiness of first year

students, Bachelor of Education (Living Skill) to face ICT(Information Communication

Technology) challenges. The sample was 96 undergraduate students from University

Technology Malaysia. The data was collected by using questionnaire. Data collected was

analyzed by Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) for Windows version 15.0 to

get the frequency, mean and percentage value. Objective of this research are to identify

perception of first year student Bachelor of Education (Living Skill) about the

challenges facing the ICT advantage, identify students stage of ability to access ICT and

also to identify factor that influent students ability to access the ICT. The research

showed that majority of the students (mean of 4.39) were able to understand the benefit

of ICT and its challenges to learning. For the second objective, the research showed that

students stage of ability to access ICT were moderate. It shows that certain steps have to

be taken to improve students ability to access ICT. The study also found that two factor

which influence the students ability to access ICT namely ‘their ability to apply and

master in ICT if they were given proper training’ and ‘infrastructure that UTM provide

to them such as wireless’. Several suggestions on how to overcome the problem had

been proposed in this study.

Page 11: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xiiv

Page 12: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

ix

1 PENDAHULUAN.

1.1 Pengenalan . 1

1.2 Penyataan Masalah. 15

1.3 Persoalan Kajian. 20

1.4 Matlamat Kajian. 21

1.5 Objektif Kajian. 21

1.6 Batasan Kajian. 22

1.7 Kepentingan Kajian . 22

2 KAJIAN LITERATUR.

2.1 Pengenalan. 24

2.2 Sumber Maklumat. 25

2.3 Teknologi Maklumat (ICT)

2.4 Literasi Maklumat (ICT)

2.5 Kemahiran Memperolehi Maklumat

(ICT)

2.6 Kepentingan Komputer Dalam

Pendidikan

2.7 Peranan Komputer Dalam

Pendidikan Di Malaysia

2.8 Komputer Dalam Pendidikan

2.9 Penggunaan Komputer Dalam

Pengurusan dan Pentadbiran

Pendidikan

2.10 Penggunaan Komputer Dalam

Tugas Guru

2.11 Penggunaan Komputer Dalam

Pengajaran

26

28

29

32

34

35

37

39

40

Page 13: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

x

2.12 Sebagai Alat Bantuan

Pengajaran

2.13 Literasi Komputer

2.14 Kepentingan ICT atau

Komputer Dalam Pendidikan.

2.15 Penggunaan ICT di Pusat

Pengajian Tinggi (Universiti

Teknologi Malaysia)

2.16 Kecekapan (competency)

2.17 Penguasaan

2.18 Tahap Persediaan

2.19 Era Maklumat dan Cabaran

Pengetahuan

2.20 Pelajar Sebagai Individu

Pengetahuan Dalam Era

Pengetahuan

2.20 Jantina

2.21 Kajian – kajian lepas

44

44

45

46

58

59

59

60

62

64

64

Page 14: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

xi

3 METODOLOGI KAJIAN.

3.1 Pengenalan. 69

3.2 Rekabentuk Kajian. 70

3.3 Tempat Kajian. 70

3.4 Populasi Kajian. 70

3.5 Kaedah Pengumpulan Data

3.6 Pengumpulan Data Primer

3.7Pengumpulan Data sekunder

3.8 Prosedur Kajian

3.9 Kajian Rintis

3.10 Persampelan

3.11Kaedah Penganalisis Data

3.12 Kesimpulan

71

71

74

75

76

78

78

80

4 ANALISIS KAJIAN.

4.1 Pengenalan. 81

4.2 Penganalisaan Latar Belakang Responden

(Analisis Bahagian A)

82

4.3 Analisis Bahagian B

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3

4.4 Kesimpulan

83

85

88

93

97

Page 15: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

xii

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN.

5.1 Pengenalan. 101

5.2 Rumusan kajian

5.3 Rumusan Analisis Biodata Responden

5.4 Rumusan Analisis Persoalan Kajian

5.5 Keseluruhan Rumusan

5.6 Cadangan Kajian

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan

5.8 Penutup

.

102

104

104

110

111

113

114

BIBLIOGRAFI 115

LAMPIRAN

A. Set Borang Soal Selidik

B. Dapatan Kajian Rintis

Page 16: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

xiii

SENARAI RAJAH.

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 1.1 Rajah menunjukkan nilai alfa 77

Rajah 1.2 Perbandingan dapatan persoalan kajian 99

Page 17: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

xiv

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURATJadual 1.1 Model REACTS 31

Jadual 1.2 Nilai Alpha Cronbach 77

Jadual 1.3 Skala Likert Yang Digunakan UntukPengukuran Tahap

79

Jadual 1.4 Tafsiran Tahap Berdasarkan Min 80

Jadual 1.5 Data set soal selidik yang telah diedar 82

Jadual 1.6 Bilangan dan peratusan responden mengikutjantina.

82

Jadual 1.7 Bilangan dan peratusan responden mengikutbangsa.

83

Jadual 1.8 Petunjuk Min Untuk Mengukur DarjahPenilaian Terhadap Responden

84

Jadual 1.9 Analisis berdasarkan persepsi pelajarterhadap cabaran Teknologi Komunikasidan Maklumat (ICT).

85

Jadual 1.10 Analisis berdasarkan Penguasaan pelajarterhadap kecekapan Teknologi Maklumat &Komunikasi ( ICT)

88

Jadual 1.11 Analisis berdasarkan Faktor- faktor YangMempengaruhi Tahap Penguasaan PelajarTerhadap Kecekapan Teknologi Maklumat& Komunikasi ( ICT).

93

Jadual 1.12 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 97

Page 18: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

xv

SINGKATAN

UTM : Universiti Teknologi Malaysia.

ICT : Teknologi Komunikasi dan Maklumat.

SPH : Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan( Kemahiran Hidup)

SPSS : Statistical Packages for the Social Science

CICT : Pusat Teknologi Komunikasi dan Maklumat.

Page 19: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Dunia hari ini semakin maju. Setiap hari terdapat berbagai-bagai barangan dan

ciptaan baru yang dihasilkan. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Negara-

negara Eropah dan Jepun berlumba-lumba untuk mengatasi di antara satu sama lain

dalam penghasilan teknologi terkini. Dalam perlumbaan dunia menggunakan teknologi

maklumat ini, negara kita juga tidak ketinggalan. Malaysia sebagai sebuah negara yang

pesat membangun kini sedang memasuki dan berada dalam era teknologi maklumat,

industri berat dan teknologi tinggi.

Perkembangan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan teknologi

pendidikan begitu pesat sekali sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Teknologi

pembuatan yang begitu popular pada tahun-tahun 80-an telah ketinggalan. Sekarang ini,

era teknologi maklumat dan satelit sedang pesat berkembang dan kita sedang memasuki

era teknologi yang tinggi dan canggih ini.

Page 20: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

2

Menurut Ismail Zain ( Utusan Malaysia, 4 Julai 2001), CD-ROM yang

dikategorikan sebagai bahan Pukal Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

merupakan bahan multimedia, sama ada difokuskan kepada mata pelajaran tertentu

mengikut sukatan pelajaran, berfokuskan maklumat umum atau berfokuskan kepada

sesuatu bidang atau topik.

Menyedari hakikat akan kepentingan peranan teknologi khususnya teknologi

maklumat dan teknologi perkomputeran ke arah menjana negara menjadi negara maju

menjelang abad 21, pemimpin negara kita turut terpanggil untuk merancang dasar dan

wawasan negara. Perdana Menteri, Datuk Sri Dr. Mahathir di dalam ucapan beliau

sempena Persidangan 1 Majlis Perdagangan Malaysia, telah melahirkan hasrat untuk

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020.

Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat membawa Malaysia ke arah

sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan.

(Dr. Mahathir, 1991).

Menurut John (1992), komputer boleh digunakan untuk mengajar semua

mata pelajaran dan bukan tertumpu kepada mata pelajaran sains dan metematik sahaja.

Dengan ini terpulang kepada guru itu sendiri sama ada mahu mempelbagaikan keadah

pengajarannya atau tidak. Sehubungan dengan itu, Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa

Muhamad (Utusan Malaysia, 28 Jun 2001), telah mengingatkan para guru bahawa

“kerajaan telah berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur teknologi di sekolah

dan para guru hendaklah menggunakan teknologi yang disediakan oleh kerajaan untuk

menghasilkan lebih ramai pelajar yang cemerlang”.

Page 21: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

3

Kewujudan teknologi seperti televisyen satelit, internet dan komputer yang

diaplikasikan dalam institusi pengajian tinggi boleh menghasilkan seorang siswa yang

mahir dari segi teknologi.. Ini kerana teknologi perkomputeran mampu untuk

menyalurkan maklumat yang sukar diperolehi sebelum ini. Memang tidak dapat

dinafikan bahawa wujud beberapa kelemahan dalam proses pendidikan di negara ini,

namun usaha yang berterusan dengan penggunaan teknologi terkini akan dapat

memperbaiki kelemahan itu. Ini semua hanya akan tercapai jika para siswa-siswi yang

bakal menjadi nadi pembangunan negara kita dan generasi akan datang mempunyai

kemahiran dalam teknologi maklumat.

Penyebaran dan penyampaian maklumat secara berkesan kepada pelajar di IPTA

mahupun di IPTS biasanya kurang diberi penekanan oleh kebanyakkan pengajar. Secara

tradisi, ramai pengajar yang mungkin mengandaikan bahawa setiap pelajar mampu

menerima apa sahaja yang disampaikan oleh mereka. Pada hakikatnya setiap pelajar

mempunyai perbezaan individu dari segi kemampuan memproses maklumat serta cara

belajar, tumpuan dan sebagainya. Oleh itu komunikasi yang lebih efektif amat penting

dalam pengajaran. Salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam

pengajaran ialah melalui aplikasi teknologi komputer..

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan

era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam

pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan

kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan

alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta

budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi

pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek,

antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar,

penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Page 22: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

4

Pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing,

kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian

sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid,

masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan

teknologi yang berkesan dari segi kos.( Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri

Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005)

Pusat pengajian tinggi telah melaksanakan beberapa initiatif untuk

menggalakkan kegunaan teknologi maklumat (IT) di kalangan kakitangan akademik dan

pelajar . Satu daripada usaha yang telah mendapat sambutan yang amat baik di kalangan

kakitangan akademik dan pelajar ialah penggunaan teknologi laman web. Ramai

pensyarah di institusi pengajian tinggi kini mengendalikan Sub-Web masing-masing

untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan kuliah termasuk pengumuman umum,

nota-nota kuliah, kertaskerja seminar, latihan dan juga penyerahan tugasan secara

elektronik.

Perlu dititikberatkan bahawa semua pensyarah mengendalikan Laman Web

masing-masing tanpa bantuan staf teknikal atau jurutaip. Mereka hanya diberi "tutorial"

pada peringkat awal untuk menyakinkan mereka terhadap faedah dan mudahnya

mengguna teknologi Laman Web. Pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi juga kini

dapat memperolehi nota-nota kuliah dan menyerahkan tugasan secara

elektronik. Mereka juga telah mula mengadakan perbincangan dalam forum elektronik

sebagai suatu media untuk mempertingkatkan kemahiran mereka dalam perbincangan

akademik. Kini, teknologi laman web digunakan untuk pelbagai urusan-urusan.

Page 23: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

5

Pensyarah kini boleh menerbitkan nota kuliah serta bahan-bahan lain dari bilik

masing-masing ke HBP Web Server (yang terletak di Makmal IT ) melalui Rangkaian

Tempatan USM (USMNet). HBP Web Server telah dilengkapi dengan Frontpage 98

Server Extension dan pensyarah boleh mengguna Frontpage 98 dari PC di bilik mereka

untuk terus menerbit dan menguruskan sub-web masing. Sekuriti ke sub-web adalah

melalui kaedah Windows NT Challenge-and-Response (iaitu suatu sistem sekuriti yang

amat kukuh). Ada juga pensyarah yang telah mula menerbit dan mengurus sub-web

mereka dari luar kampus (rumah kediaman) melalui Jaring dan TMNet. Dengan ini,

institusi pengajian tinggi kian menuju ke arah telework dan kampus tanpa sempadan.

Penyediaan laporan dalam bentuk elektronik sebenarnya telah lama berlaku di

institusi pengajian tinggi dan ini termasuk penyerahan laporan dan tugasan dalam

berbagai bentuk dengan diskette. Kini para siswazah diberi peluang untuk menulis dan

seterusnya serahkan laporan mereka ke HBP Server dengan mengguna teknologi laman

web juga. Kemahiran menulis dan menerbit secara elektronik amat penting untuk

generasi pekerja masa depan ("knowledge workers"). Selain penerbitan terus ke HBP

Web, kotak elektronik yang juga dikenali sebagai "Electronic Dropboxes" juga telah

disediakan di HBP Server untuk penyerahan tugasan oleh pelajar dengan FTP (File

Transfer Protocol). Tugasan itu mungkin dalam bentuk laporan atau pun projek

pangkalan data, CAD, GIS dan lain-lain.

Pelajar dapat berkongsi sumber melalui hasil projek pelajar (serta pensyarah)

termasuk CAD, GIS dan Pengkalan Data serta laporan-laporan boleh diperolehi dari

HBP Web Server. Diharapkan hasil projek ini boleh dipertingkatkan lagi oleh pelajar

masa depan sehingga tahap yang cemerlang dan mantap. Forum Elektronik juga

diperkenalkan. HBP Forum telah diguna oleh kursus undang-undang perancangan

sebagai sesuatu media untuk membawa inovasi kepada pembelajaran. Perbincangan

yang dijalankan di Forum tersebut akan dapat membuka pandangan pelajar terhadap isu-

isu dan pendirian yang mungkin bertentangan.

Page 24: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

6

Sebagai suatu pertubuhan yang peka kepada kehendak dan pandangan

"pelanggannya", biasanya institusi pengajian tinggi telah sediakan kemudahan untuk

mendapat maklumbalas, terutamanya daripada pelajar. Penerangan dapat diberi

terhadap keraguan berkaitan dengan kaedah dan objektif kursus atau projek. Pelajar juga

dapat belajar Teknologi Web di Laman Web. Biasanya pusat pengajian tinggi

mengambil inisiatif membantu pelajar atau pelawat boleh belajar bagaimana mereka

sediakan suatu laman web yang serupa. Kelebihannya ialah pelajar dapat lihat

bagaimana sesuatu kemudahan itu sebenarnya berfungsi manakala buku tercetak dapat

menerangkan sahaja.

Kelebihan laman web ialah ia amat mudah untuk difahami dan

diuruskan. Sesiapapun boleh mengendalikan laman web tanpa kemahiran dalam

pengaturcaraan komputer. Maka ia sungguh menarik kepada pensyarah-pensyarah yang

ingin berkecimpung di dalam dunia IT tetapi belum lagi yakin boleh mengendalikan

sistem komputer atau perisian yang selalunya dianggap susah

(computerphobia). Dengan pengalaman daripada mengguna IT ini, diharapkan

kakitangan akademik ini akan terus mencuba teknologi maklumat yang lain.

Penerbitan dalam laman web akan memudahkan pencarian maklumat

(information retrieval) oleh pelajar. Dari seluruh dunia, sesiapa pun boleh guna search

engine untuk mencari maklumat yang dikehendaki dan maklumat itu boleh dibaca oleh

ramai orang secara serentak. Penerbitan dalam Laman Web menetapi sasaran dalam era

globalisasi. Bahan-bahan kuliah PBP kini boleh diperolehi oleh pelawat dari seluruh

dunia.

Penerbitan tercetak mengambil masa yang panjang tetapi dengan laman web,

sebaik sahaja pensyarah siapkan bahagian-bahagian tertentu, beliau boleh terbitkannya

untuk faedah pembaca. Sebarang pindaan juga dapat diterbitkan dengan cepat. Dalam

dunia akademik, sesuatu buku ilmiah biasanya mengambil masa yang panjang untuk

ditulis, dikritik, diulas dan seterusnya dipinda. Dengan laman web, pensyarah boleh

Page 25: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

7

terbitkan tulisan ilmiah mereka untuk mendapat ulasan daripada pelajar atau pun pelawat

lain dan seterusnya mantapkan karya mereka.

Penggunaan teknologi oleh pensyarah boleh meringankan kerja mereka

terutamanya untuk memenuhi permintaan pelajar untuk nota-nota kuliah tercetak. Ia

juga boleh jimat perbelanjaan universiti daripada segi kos kakitangan dan bahan-bahan

untuk mengeluarkan nota tercetak. Hasil yang diterbitkan oleh pensyarah sendiri akan

memberi kepuasan kepada pensyarah (job satisfaction) itu dan seterusnya mendorong

beliau untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang mereka. Ia juga boleh menjadi

contoh kepada para siswazah.

Penerbitan nota kuliah serta hasil kerja pelajar di Web Server akan

menambahkan isikandungan web (Web content) daripada masyarakat Malaysia untuk

faedah seluruh dunia. Penggunaan laman web untuk pengajaran dan pembelajaran

mempertahankan pelaburan beberapa Juta Ringgit yang telah dan akan digunakan untuk

USMNet. Kini sudah ramai pensyarah di institusi pengajian tinggi yang telah menerima

teknologi laman web untuk membantu tugas pengajaran mereka dan mengendalikan

laman web sendiri. Mereka menjadi teladan yang baik kepada para siswazah.

Teknologi laman web memang mudah. Sebab itulah World Wide Web (WWW)

telah menjadi begitu popular dan telah maju dengan begitu cepat. Namun, WWW juga

telah menjadi lebih mantap. Selain daripada teks dan grafik, teknologi laman web kini

juga merangkumi bunyi dan animasi serta interaktiviti, ia itu seseorang pelajar boleh

berinteraksi dengan laman web seperti membuat pertanyaan dan menjawab soalan.

Page 26: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

8

Kesemua kemudahan ini sebenarnya telah diserapkan ke Laman Web HBP tetapi

diharapkan ia akan diperluaskan kegunaannya oleh semua pensyarah supaya nota kuliah

lebih menarik dan efektif. Sebagai media untuk CAI/CBL (Computer Aided Instruction/

Computer Aided Learning) tidak boleh dinafikan teknologi Laman Web mempunyai

banyak potensi dan kelebihan jika dibandingkan dengan media CD-ROM.

Sebagai sebuah institusi yang peka kepada hasrat Kerajaan dan rakyat supaya

pekerja masa depan mahir dalam kegunaan IT untuk kerja sehari-harian, pusat pengajian

tinggi seperti Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan (PBP) telah

menyediakan akaun dan sub-web untuk setiap pelajar baru mulai Sessi Akademik

1999/2000. Semua tugasan / projek mereka boleh diterbitkan di sub-web masing-

masing. Pensyarah seterusnya boleh meneliti tugasan itu dari bilik pejabat mereka atau

dari mana jua mereka berada jika dapat akses ke Internet .Lama kelamaan, hasil

pensyarah dan pelajar akan menjadi mantap dan boleh disusun dan diterbitkan sebagai

buku ilmiah berbentuk elektronik.

Pada masa yang sama, Internet atau "International Network of Network" ialah

suatu rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Penggunaannya semakin

meningkat di negara kita walaupun tidaklah sehebat negara maju. Ini menggambarkan

keadaan realiti rakyat negara kita yang semakin celik komputer dan tidak lagi fobia

kepada teknologi baru. Ini jelas terbukti apabila institusi pengajian tinggi semakin

berusaha ke arah meningkatkan penggunaan teknologi moden ini terutamanya warga

pendidik.

Page 27: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

9

Kalau dahulu, tidak adapun guru di Malaysia yang mengetahui apa itu internet,

apa lagi untuk menggunakannya.Tetapi kini, bilangan guru yang mempunyai akses ke

internet sudah mencapai angka ratusan dan tidak mustahil ianya akan meningkat kepada

jumlah yang lebih besar pada masa akan datang. Sesetengah pihak mungkin tidak begitu

memahami apakah yang boleh dibuat oleh seorang pelajar dalam internet.

Internet telah digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai bahan dan

maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga amat

sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara seorang pelajar dengan

pelajar yang lain, pelajar dengan pensyarah, pensyarah dengan pensyarah lain dan

sebagainya.

Antara bahan berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet

ialah projek-projek yang telah dijalankan oleh pendidik berasaskan internet, rancangan

pengajaran dan pembelajaran, bahan maklumat yang menarik dan terkini, bahan bacaan

dan kemahiran berbahasa, perkongsian maklumat , saluran komunikasi dan bahan –

bahan sejarah .

Antara bahan yang boleh diaplikasikan oleh warga pendidik dan pelajar melalui

penggunaan internet adalah seperti berikut. Antara teori pembelajaran yang sering

dibincangkan oleh warga pendidik pada masa ini ialah konstruktivisme. Beberapa

pendekatan pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut ialah pembelajaran

koperatif, penyelesaian masalah dan konstruktif (inkuiri penemuan).

Page 28: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

10

Kajian oleh Christle (1996) terhadap penggunaan mel elektronik (email) dan

penerokaan maklumat di kalangan para pelajar mendapati bahawa selain daripada

semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar semakin mesra

dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka alam yang baru ditemui

ini. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dan suasana baru

seperti menggunakan internet telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar

didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.

Pendekatan pembelajaran penyelesaian masalah merupakan alternatif yang

paling sesuai dalam meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Melalui penggunaan

internet, pendidik dan pelajar dapat melihat pelbagai soalan mengikut aras pemikiran

pelajar. Di sini para pendidik boleh membimbing pelajar untuk memilih soalan-soalan

berkaitan untuk diselesaikan di dalam atau di luar waktu kuliah.

Koleksi jurnal berkaitan pelbagai topik dari seluruh dunia dalam pelbagai bidang

sesuai digunakan oleh para pensyarah dan pelajar. Setiap jurnal mengandungi artikel

yang terkini dan boleh dicetak untuk dijadikan sumber rujukan. Terdapat juga laporan

hasil kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji dari seluruh dunia. Satu ruangan

perbincangan siber tokoh-tokoh pendidikan dari pelbagai bidang pengajian dari seluruh

dunia dimuatkan dalam ruangan internet (forum) . Tajuk dan perbincangan tokoh-tokoh

tersebut dikumpulkan dan disusun dengan sistematik bagi memudahkan pencarian. Turut

dimuatkan ialah isu-isu terkini dalam dunia sekarang dan pelbagai bidang pendidikan.

Terdapat kemudahan "bahan pencari" atau search, di mana pelajar hanya perlu menulis

kata kunci atau topik-topik tertentu yang mereka hendak cari. Satu senarai yang

berkenaan akan muncul dan kita boleh memilih item/tajuk yang sesuai.

Page 29: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

11

Terdapat juga ruangan untuk soal jawab dalam rangkaian internet. Dalam

ruangan ini, siswazah berpeluang untuk mengemukakan sebarang kemusykilan dengan

pelbagai bidang yang kita ceburi. Soalan yang ditanya akan dijawab oleh pakar-pakar

yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Melalui email pelajar juga dapat

membaca koleksi soalan dan pertanyaan yang telah dikumpulkan mengikut topik-topik

tertentu.

Selain itu, terdapat juga banyak rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh

para pendidik dari seluruh pelusuk dunia yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru lain.

Rancangan pengajaran ini mengandungi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang meliputi pelbagai topik dan tahap. Pelajar juga berpeluang untuk mengemukakan

rancangan pengajaran yang lengkap untuk dimuatkan dalam laman web (jika terpilih).

Melalui internet, pelajar juga boleh mengetahui tokoh-tokoh silam yang lahir

atau meninggal pada tarikh-tarikh tertentu. Paling menarik ialah pelajar dapat mengenali

tokoh-tokoh ini dengan melihat gambarnya sekali. Contohnya ahli matematik yang

tersohor seperti Martin Gardner, Keith Devlin dan Ian Stewart. Sejarah matematik ini

telah disusun mengikut tajuk dan bidang tertentu dalam matematik untuk memudahkan

pelajar mengetahui sesuatu peristiwa dan tokoh mengikut kronologi. Sebagai contoh

pensyarah boleh meminta para pelajar mencari dan mengenalpasti tokoh-tokoh yang

berkenaan dengan matematik dengan melayari laman tersebut.

Online exercises ialah latihan yang dibuat secara online di mana para pelajar

akan membuka laman web yang dikirimkan oleh pensyarah dan menyelesaikan semua

masalah yang terdapat dalam latihan tersebut. Para pelajar dikehendaki mengemukakan

jawapan sahaja atau bersama-sama dengan jalan pengiraan. Cara ini boleh digunakan

untuk aktiviti pemulihan, pengukuhan, ujian, kerja projek, soal selidik dan sebagainya.

Melalui cara ini juga, pembelajaran dapat dilakukan secara optimum dan berterusan.

Proses pembelajaran akan berlaku di dalam dan luar waktu persekolahan melalui

Page 30: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

12

bimbingan secara siber. Ini kerana masa dan tempat bukan lagi penghalang kepada

proses pembelajaran.

Para siswazah juga berpeluang mempelajari dengan lebih dalam tentang

kesenian. Bentuk-bentuk geometri yang diolah dan dipelbagaikan akan menghasilkan

satu corak yang menarik dan berharga. Dengan ini, pelajar berpeluang menghasilkan

corak-corak tersebut dengan menggunakan daya kreativiti dan imaginasi masing-masing.

Ianya boleh digunakan sebagai bahan projek atau dalam bidang kesenian. Terdapat

banyak perisian tentang pelbagai bidang yang boleh digunakan untuk pengajaran sesuatu

konsep dan penguasaan kemahiran tertentu. Perisian ini boleh digunakan oleh siswazah

samada secara "online" atau didownload ke komputer peribadi. Ianya mudah digunakan

dan merangkumi banyak topik tentang bidang yang dicari.

Berdasarkan penggunaan internet yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan

bahawa ianya berpotensi untuk menjadikan sesuatu p & p itu lebih menarikdan

bermakna. Terpulang kepada siswazah untuk memaksimumkan penggunaan internet ini

dengan bijaksana memandangkan kemudahan yang sedia ada di institusi pengajian

tinggi. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada

hari ini, tetapi kemudahan untuk menggunakan internet terdapat di mana-mana; rumah,

kedai, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain.

Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan

suasana pembelajaran bestari yang lebih kepada student centered / berpusatkan pelajar.

Ini akan menjayakan matlamat perlaksanaan sekolah bestari untuk melahirkan warga

negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlak mulia supaya dapat

menghasilkan seorang bakal siswazah yang sudah biasa dengan ’dunia komputer.’

Sebagai contoh, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melaksanakan

penggunaan e-pembelajaran sejak tahun 1997. Pada masa itu, sistem tersebut dikenali

sebagai sistem pembelajaran maya dengan setiap fakulti di UTM mempunyai laman

Page 31: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

13

pembelajaran maya yang dikendalikan sendiri oleh pihak fakulti. Pembelajaran maya

pada masa tersebut sebenarnya cuma merupakan laman web yang membenarkan pelajar

mengakses silabus, memuat turun nota kuliah dan mengakses lain-lain bahan pengajaran

melalui pautan yang disediakan.

Pada masa kini, e-pembelajaran bukan hanya berkaitan dengan proses memuat

turun nota kuliah semata-mata malah merangkumi skop yang lebih luas sehingga ianya

dilihat berpotensi dalam menggalakkan proses pembelajaran aktif di luar bilik kuliah dan

seterusnya menjadi sokongan dan pelengkap kepada proses pembelajaran konvensional.

Bagi meningkatkan penggunaan e-pembelajaran, pada penghujung tahun 2001, UTM

mula menyelaraskan penggunaan pembelajaran maya di setiap fakulti dan telah

memperolehi sistem pengurusan e-pembelajaran komersil iaitu WebCT.

Perisian WebCT merupakan satu sistem pengurusan pembelajaran yang dapat

menyediakan pelbagai kemudahan P&P seperti memuat naik dan berkongsi dokumen,

membina bahan pengajaran secara elektronik, perbincangan maya, merekod aktiviti

pelajar dan berkomunikasi secara maya. Pihak universiti mengharapkan dengan

penggunaan sistem yang bersepadu ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dipertingkatkan di samping mempermudahkan pensyarah menggunakan kemudahan e-

pembelajaran yang disediakan.

Walau bagaimanapun, setelah digunakan selama hampir tiga tahun, pihak

pengurusan dan juga jawatankuasa e-pembelajaran UTM telah memutuskan untuk

mencari satu sistem baru bagi bagi menggantikan sistem pengurusan e-pembelajaran

WebCT yang telah tamat lesen penggunaannya. Selaras dengan galakan pihak kerajaan

terhadap penggunaan perisian sumber terbuka (open source), akhirnya pada tahun 2004,

UTM telah memilih satu sistem pengurusan pembelajaran berasaskan sumber terbuka

yang dipanggil Moodle™.

Page 32: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

14

Moodle adalah singkatan bagi Modular Object-Oriented Dynamic Learning

Environment. Ianya merupakan satu sistem pengurusan pempelajaran yang dibangunkan

berasaskan kepada asas pedagogi dan teori pembelajaran yang kukuh dikenali sebagai

konstruktivis sosial (Social Constructivist). Pendekatan ini memberi penekanan kepada

proses pembelajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar harus membangunkan

pembelajaran mereka sendiri berdasarkan penemuan dan penerokaan yang dilakukan.

Persekitaran pembelajaran yang disokong oleh Moodle juga menekankan kepada

pembelajaran (sama ada secara kendiri mahupun secara berkumpulan) menerusi empat

fasa kerja iaitu membina (constructing), kolaborasi (collaborating), mencipta (creating),

berkongsi (sharing). Berdasarkan persekitaran pembelajaran dan juga aktiviti

pembelajaran yang disediakan dalam sistem, satu proses pembelajaran yang lebih

konstruktif dan aktif dapat disediakan untuk kegunaan pelajar. Ini seterusnya diharapkan

dapat menghasilkan pelajar yang bukan sahaja mampu membina kefahaman sendiri serta

mencipta idea-idea baru tetapi juga tidak menghadapi masalah untuk berkongsi idea dan

bekerja dalam kumpulan.

Mereka seterusnya diharapkan mampu berkongsi maklumat yang diperoleh

dengan golongan yang memerlukannya iaitu masyarakat. Tidak seperti pakej perisian

LMS komersial, Moodle dibangunkan sebagai sebuah perisian sumber terbuka di bawah

pelesenan awam atau GNU. Ini bermakna sebarang pengubahsuaian boleh dilakukan ke

atas kod sumbernya mengikut keperluan pengguna selagi pengendali tidak menukar

lesen asal atau menjualnya untuk tujuan komersial. Oleh yang demikian, sistem sebegini

adalah lebih fleksibel dan mampu memberi impak yang lebih positif terhadap

perkembangan penggunaan dan pembangunan e-pembelajaran di UTM.

Page 33: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

15

Diharapkan sistem pengurusan e-pembelajaran yang sedang berkembang di

UTM ini akan terus diperkasakan lagi kerana ianya adalah satu wadah yang bermakna

untuk pelajar menyuarakan pendapat serta buah pemikiran yang boleh diguna pakai oleh

pensyarah ataupun pihak pentadbiran UTM dalam mewujudkan persekitaran pendidikan

yang seiring dengan matlamat pendidikan negara.

Lantaran itu, pengkaji telah menjalankan kajian di Universiti Teknologi Malaysia

Skudai untuk meninjau akan tahap persediaan pelajar tahun satu ambilan sem 08/09

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap cabaran

Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

1.2 Pernyataan Masalah

Revolusi teknologi maklumat yang bergabung dengan teknologi komunikasi ini

telah mempercepatkan penyebaran maklumat di seluruh pelosok dunia melalui rangkaian

jaringan internet. Cabaran ke-6 Wawasan 2020 jelas memberi penekanan terhadap sains

dan teknologi untuk membolehkan Malaysia menjadi negara perindustrian baru

menjelang tahun 2020. Oleh itu pengetahuan mengenai komputer adalah menjadi satu

kemestian untuk membolehkan negara bergerak kehadapan.

Dalam era teknologi maklumat ini, penggunaan komputer dalam segenap bidang

kehidupan bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ini kerana melalui penggunaan komputer

akan dapat memudahkan lagi tugas-tugas seharian. Oleh itu, pelajar di institusi

pengajian tinggi hendaklah mempunyai inisiatif untuk melengkapkan diri serta

meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer bagi tujuan pengurusan,

pengajian dan pembelajaran khasnya para siswa- siswi yang baru memasuki universiti

dan mereka ini terlibat secara langsung dalam pembelajaran yang berteraskan dengan

bidang teknologi. Melalui cara ini siswa-siswi baru tidak akan ketinggalan dengan

perubahan teknologi semasa.

Page 34: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

16

Pengetahuan ialah satu sistem yang mana individu pengetahuan akan menjadi

sumber utama dalam permodalan baru. Menurut Riley (2001), pelajar pengetahuan ialah

mereka yang mencari, mengumpul dan mengagihkan maklumat dan ilmu dengan

menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT).

Charles dan Joseph (2000), pelajar berpengetahuan penting untuk menyumbang

idea dan penemuan baru kepada organisasi dan masyarakat. Pelajar berpengetahuan

yang merupakan bakal pekerja memerlukan pembangunan dari segi pengetahuan dan

kemahiran dalam bentuk latihan supaya dapat bersedia untuk menyumbangkan idea-idea

yang kreatif. Pelajar secara umumnya akan muncul sebagai faktor yang kritikal untuk

mencapai kejayaan dalam pengurusan pengetahuan sejak maklumat telah menjadi satu

komoditi yang amat bernilai dalam masyarakat dewasa ini (Gessesse,1997).

Berikut disenaraikan peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh

setiap pihak yang terlibat dalam penggunaan dan perkembangan e-pembelajaran di

Universiti Teknologi Malaysia seperti yang termaktub dalam polisi e-pembelajaran

UTM dan juga polisi Pengajaran dan Pembelajaran UTM. Pihak pengurusan universiti

menerusi Senat bertanggungjawab menetapkan hala tuju dan polisi universiti khususnya

yang berkaitan dengan penggunaan e-pembelajaran dalam proses P&P.

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) yang bertanggungjawab menyediakan

program latihan dan sokongan untuk pensyarah, menyediakan kemudahan dan sokongan

kepada pensyarah dalam merekabentuk dan membangunkan bahan P&P elektronik dan

Page 35: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

17

menyediakan manual, panduan penggunaan, garis panduan, tutorial dan sebagainya

untuk kegunaan pensyarah, memantau pelaksanaan dan perkembangan penggunaan e-

pembelajaran di kalangan pensyarah dan pelajar dan melaporkannya kepada pihak

universiti secara berkala, menyediakan indeks aktiviti yang menjadi penunjuk aras

kepada aktiviti e-Pembelajaran, menjalankan kajian keberkesanan program e-

pembelajaran dan mencadangkan penambahbaikan yang diperlukan.

Seterusnya, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT)

bertanggungjawab menyediakan program latihan dan sokongan untuk pelajar,

menyediakan kemudahan komputer, perisian dan talian internet untuk kegunaan pelajar

mencapai sistem e-pembelajaran universiti, mengurus, membangun dan memastikan

infrastruktur teknologi, seperti komputer pelayan, perisian sistem pengurusan

pembelajaran (LMS) yang digunakan, berfungsi dengan baik, mencari, mengkaji dan

membangunkan teknologi-teknologi baru dan bersesuaian dengan keperluan P&P

berasaskan penggunaan teknologi di universiti bersama pihak CTL dan menjamin

keselamatan data utama dalam sistem e-pembelajaran dan melakukan proses ‘backup’

supaya data e-pembelajaran disimpan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun (atau

empat semester) bagi tujuan rujukan.

Dekan Fakulti juga bertanggungjawab menyediakan sokongan dari segi

kemudahan komputer yang dilengkapi dengan rangkaian komunikasi termasuk capaian

kepada internet bagi kegunaan staf akademik dan juga pelajar, melengkapkan bilik-bilik

kuliah dengan kemudahan berasaskan teknologi yang bersesuaian bagi tujuan pengajaran

dan pembelajaran, menyediakan sokongan dan motivasi yang bersesuaian kepada staf

akademik dalam penggunaan e-pembelajaran atau pembangunan bahan P&P elektronik,

membentuk jawatankuasa penyelarasan e-pembelajaran di peringkat fakulti yang

diketuai oleh Dekan bagi memantau pelaksanaan e-pembelajaran di peringkat fakulti dan

mengambil tindakan penambahbaikan susulan berdasarkan laporanpemantauan yang

dikeluarkan oleh pihak universiti.

Page 36: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

18

Staf Akademik pula bertanggungjawab menyediakan nota atau bahan P&P yang

bersesuaian dengan silabus matapelajaran dan memasukkan ke dalam sistem e-

pembelajaran untuk rujukan pelajar, bekerjasama dengan pihak CTL sebagai pakar rujuk

atau pakar isi kandungan bagi tujuan mereka bentuk dan membangunkan bahan P&P

elektronik bagi mata pelajaran kendalian masing-masing, bertanggungjawab sepenuhnya

terhadap bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam mata pelajaran kendalian masing-

masing di dalam sistem e-pembelajaran, melibatkan diri secara aktif di dalam sistem e-

pembelajaran bagi matapelajaran kendalian masing-masing, mengemaskini dan

mempertingkatkan bahan pembelajaran yang disediakan.

Antara individu yang paling bertanggungjawab dalam hal ini ialah pelajar.

Pelajar bertanggungjawab dalam mengambil bahagian aktif dalam penggunaan aktiviti

pembelajaran yang telah disediakan melalui sistem e-pembelajaran, tidak

menyalahgunakan kemudahan yang disediakan bagi tujuan-tujuan lain selain daripada

untuk tujuan pembelajaran. Bagi menjamin kelancaran pembangunan dan juga

perkembangan e-pembelajaran di UTM, satu rangka kerja e-pembelajaran telah

disediakan oleh universiti. Lima komponen utama telah dijadikan dasar dalam

pembangunan dan perkembangan e-pembelajaran di UTM iaitu Institusi, Pengurusan,

Pembekal Pengetahuan, Pedagogi dan Teknologi. Setiap satunya saling menyokong di

antara satu sama lain.

Berikut dijelaskan mengenai setiap komponen yang dinyatakan. Pihak institusi

(iaitu UTM) bertanggungjawab menetapkan hala tuju dan polisi universiti khususnya

yang berkaitan dengan penggunaan e-pembelajaran dalam proses P&P. Ianya juga

menyediakan peruntukan serta sokongan yang diperlukan dalam mengembangkan

Page 37: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

19

e-pembelajaran di UTM. Ini khususnya memastikan graduan yang dihasilkan

mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh masyarakat dan negara. e-pembelajaran di

UTM tidak akan berkembang tanpa maklumat dan pengetahuan. Semuanya ini diperoleh

daripada pembekal pengetahuan yang dikenalpasti seperti Perpustakaan dan juga

daripada pihak fakulti atau pensyarah itu sendiri. Semua maklumat yang dibekalkan ini

akan membentuk koleksi sumber yang boleh dicapai bila-bila masa, di mana-mana juga

menerusi sistem e-pembelajaran yang disediakan oleh universiti.

Pengetahuan yang bermakna akan terbentuk apabila ianya disampaikan menerusi

penggunaan pedagogi atau kaedah P&P yang bersesuaian. Pedagogi yang dipilih

seharusnya berasaskan kepada keperluan universiti amnya dan negara khususnya.

Kemahiran generik, pembelajaran aktif, pembelajaran berasaskan hasil misalnya

merupakan contoh elemen yang perlu diambil kira dalam pemilihan pedagogi yang akan

digunakan. Seterusnya, dengan bantuan pihak fakulti (pensyarah khususnya) semuanya

ini akan diintegrasikan bagi membentuk bahan pembelajaran digital untuk digunakan

oleh pelajar.

Sehubungan dengan itu, para pelajar di institusi pengajian tinggi khususnya

pelajar tahun satu yang baru menjejaki kaki di menara gading perlu bersedia dengan

pengetahuan komputer untuk mengelakkan diri mereka daripada kejutan atau bebanan

memandangkan institusi pengajian tinggi kini lengkap dengan segala kemudahan

komputer yang berteknologi tinggi.

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang persediaan pelajar tahun satu Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap teknologi komunikasi maklumat (ICT). Kajian

ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah tahap penguasaan pelajar tahun satu Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap kecekapan teknologi komunikasi

maklumat (ICT) dan apakah faktor – faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar tersebut

terhadap kecekapan teknologi maklumat komunikasi.

Page 38: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

20

Selain itu, kajian sedemikian belum pernah lagi dijalankan di kalangan pelajar Universiti

Teknologi Malaysia. Ini mengukuhkan lagi rasionalnya kajian ini patut dijalankan. Pengenalpastian

terhadap tahap persediaan pelajar tahun satu dalam teknologi komunikasi maklumat akan membantu pihak

pengurusan UTM menyediakan keperluan pembangunan yang sepatutnya untuk menghadapi cabaran ICT.

1.3 Persoalan Kajian

Atas isu dan dasar inilah, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan seperti berikut :

1.3.1 Apakah persepsi pelajar tahun satu Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap teknologi komunikasi maklumat

(ICT) ?

1.3.2 Sejauh manakah tahap penguasaan pelajar tahun satu Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap kecekapan

teknologi komunikasi maklumat (ICT)?

1.3.3 Apakah faktor- faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar

tahun satu Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup) terhadap kecekapan teknologi maklumat komunikasi?

1.4 Matlamat Kajian

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar tahun satu Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap kecekapan ICT, dan sejauh manakah tahap

penguasaan pelajar terhadap kecekapan teknologi komunikasi maklumat (ICT), dan apakah faktor–faktor

yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar tersebut terhadap kecekapan teknologi maklumat

komunikasi.

Page 39: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

21

1.5 Objektif Kajian

1.5.1 Mengenal pasti persepsi pelajar tahun satu Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap teknologi komunikasi

maklumat (ICT).

1.5.2 Mengenal pasti tahap penguasaan pelajar tahun satu Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap kecekapan

teknologi komunikasi maklumat(ICT).

1.5.3 Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan

pelajar tahun satu Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup) terhadap kecekapan teknologi maklumat komunikasi.

1.6 Batasan Kajian

1.6.1 Kajian ini terbatas kepada pelajar tahun satu Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai.

1.6.2 Kajian ini hanya dijalankan di UTM Skudai sahaja berdasarkan kos dan masa yang amat

terhad.

Page 40: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

22

1.7 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharap dapat mendatangkan beberapa faedah seperti berikut:

1.7.1 Ilmiah Dan Akademik

Kajian yang berkenaan dengan cabaran pelajar baru(pelajar tahun satu)

terhadap teknologi komunikasi maklumat (ICT) adalah amat terhad. Justeru itu,

kajian yang berikut amat kurang di negara kita. Jadi, kajian ini diharap dapat

menambahkan lagi jumlah kajian yang sedia ada dalam disiplin yang sama.

Selain itu, hasil kajian ini juga akan dapat digunakan oleh pengkaji lain sebagai

satu rujukan untuk menjalankan kajian dalam bidang yang sama pada masa

hadapan.

1.7.2 Pihak Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia / Pihak

Pengurusan ICT Universiti Teknologi Malaysia

Hasil kajian ini juga diharap dapat memberi idea kepada pihak

pengurusan ICT UTM untuk mengenal pasti sejauh mana tahap penguasaan

pelajar baru(pelajar tahun satu) dalam kecekapan teknologi komunikasi

maklumat. Justeru itu, ia akan membantu pihak pengurusan UTM untuk

mengenal pasti kecekapan teknologi maklumat yang diperlukan oleh pelajar

tersebut.

Dengan itu, mereka akan dapat menyediakan latihan dan pembanggunan

yang sesuai dengan keperluan pelajar. Akhir sekali, kajian ini dapat memberi

satu gambaran menyeluruh akan tahap persediaan pelajar tahun satu kursus

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup) menghadapi

Page 41: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat

23

cabaran teknologi komunikasi maklumat. Ini disebabkan aset pelajar merupakan

tunjang pembanggunan sesebuah negara.

1.7.3 Pelajar Tahun Satu UTM

Dapatan kajian ini juga menjadi asas penilaian kepada pelajar itu sendiri

untuk meninjau tahap persediaan mereka untuk menghadapi cabaran teknologi

komunikasi maklumat.

Ini akan dijadikan satu dorongan kepada pelajar untuk mengambil

inisiatif sendiri untuk mengatasi kelemahan mereka sendiri menerusi

pembelajaran kendiri (self directed learning). Pembelajaran berterusan

membolehkan pelajar mencapai prestasi yang tinggi (David,2001