permintaan produk kraf tinggi - pnm...sulaman songket sutera negeri itu yang bo leh dijual hingga...

2
+ 26 0 RENCANA Kraftangan Malaysia anjur si ri jela ja h beri motivasi kepada pengusaho tingkat kualiti, kuantiti AZRUL AFANDI SOBRY azr(tlbh. com. my ® ISNIN 11 OKTOBER 2013 Permintaan produk kraf tingg i M enjadikan kraf tangan sebagai satu perniagaan adalah mengun- tungkan kerana kini ia bukan saja diterima masyarakat tem- patan, tetapijuga masyarakat an- tarabangsa. Produk krafnegara sudah mula mendapat temp at apabila pengeluar berani melakukan inovasi. Mereka juga sudah memahami ke- hendak peminat yang pelbagai. Ada yang sekadar suka menjadikannya barang per- hiasan dan ada pula yang menjadikannya produk kegunaan harian. Justeru, dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat, pembuat produk kraf bukan saj a perlu kreatif, tetapi tahu bagaimana keluaran mereka mampu me- nepati cita rasa dan kehendak pengguna serta tidak sekadar ter ikat dengan gaya kon- ven sional atau tradi sional. Penyunnbangekononll Di T erengganu, kraft angan bukan saja men- jadi produk pelancongan, tetapi menjadi antara penyumbang ekonomi kepada ke- banyakan penduduk di negeri ini. Ketulenan dan keaslian produk kraf negeri Pantai Ti- mur ini ant ara yang terbaik di negara ini. Siapa berani menyanggah bahawa songket Terengganu antara yang terbaik. Ada hasil sulaman songket sutera negeri itu yang bo- leh dijual hingga ribuan ringgit. lni sekali gus membuktikan pembuat kraf di luar bandar masih mengutamakan seni dan kualiti. Statistik terkini menunjukkan seramai 770 usahawan kraf di negeri itu berdaftar de- ngan Kraftangan Malaysia. Bidang tekstil r--.. disertai 611 usahawan, hasil rimba (l08 usahawan), logam ( 37 usahawan), aneka kraf (12 usahawan) dan hasil tanah (tiga usahawan). Kraftangan Malaysia sentiasa memberi pelbagai bantuan dan insentif kepada usa- hawan berkenaan supaya mereka dapat ber- saing dalam pasaran serta menyumbang kepada ekonomi negara. Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk So- haimi Shahadan, berkata beliau sendiri tu- run padang berjumpa dengan usahawan kraf di seluruh negara menerusi siri jelajah untuk memahami masalah dihadapi me- reka selain memberi motivasi untuk mereka mengeluarkan produk berkualiti. "Masalah utama yang kita kenal pasti ialah kemampuan menghasilk': m produk yang kreatif kerana ia memerlukan ketekunan dan kesabaran. Akibatnya, produk mereka tidak dapat dihasilkan dengan banyak atau dikomersiaikan. "Untuk menghasilkan produk berkualiti dan kreatif, terlalu banyak masa diambil. Ada yang ambil mas a lebih dua minggu untuk hasilkan satu kepala keris. Ada pula usahawan yang meskipun dibekalkan per- alatan moden, rasa tidak selesa dan lebih suka menggunakan cara tradisional. "Justeru, Malaysia sentiasa memikirkan kaedah untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti produk kraf ini kerana permintaan sentiasa bertambah dari sema- sa ke semasa," katanya. Galak pertambahan produk kraf Sohaimi berkata, menerusi sesi jelajah ke seluruh negara itu, Kraftangan Malaysia da- pat mengumpulkan maklumat untuk di- analisis dan diambil tindakan bagi meng- galakkan pertambahan produk kraf. Katanya, Kraftangan Malaysia tetap pro- aktif mempromosikan produk kraf selain menggalakkan usahawan menyertai . prog- Sohaimi Shahadan ram pameran untuk pendedahan serta men- dapat teknologi baru. . "Saya lebih sukajika usahawan kita dapat fokus untuk menghasilkan produk premium iaitu produk terpilih yang orang tahu da- tangnya dari syarikat tertentu. Ada banyak produk batik daripada pengusaha tertentu menjadi produk kegemaran orang korporat. Ada banyak jenama yang sudah menjadi jenama premium. "Saya yakin hasil jelajah ini akan me- ngumpulkan maklumat berbeza lantaran masalah yang dihadapi pengusaha adalah berbeza di setiap negeri. Produk dan ke- upayaan memperoleh bahan mentah ten- tunya berbeza. "Kraf tangan lebih sesuai digerakkan di luar bandar kerana kos yang lebih rendah. Maka menerusi skim satu daerah satu in- dustri, usaha meningkatkan kualiti dan kuantiti produk kraf dapat digerakkan. "Cuma selama ini pengusaha kraf agak

Upload: others

Post on 21-Jan-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Permintaan produk kraf tinggi - PNM...sulaman songket sutera negeri itu yang bo leh dijual hingga ribuan ringgit. lni sekali gus membuktikan pembuat kraf di luar bandar masih mengutamakan

+

26 0 RENCANA

Kraftangan Malaysia anjur si ri jela ja h beri

motivasi kepada pengusaho

tingkat kualiti, kuantiti

AZRUL AFANDI SOBRY

azr(tlbh.com.my

® ISNIN 11 OKTOBER 2013

Permintaan produk kraf tinggi

M enjadikan kraf tangan sebagai satu perniagaan adalah mengun­tungkan kerana kini ia bukan saja diterima masyarakat tem­patan, tetapijuga masyarakat an­

tarabangsa. Produk krafnegara sudah mula mendapat

temp at apabila pengeluar berani melakukan inovasi. Mereka juga sudah memahami ke­hendak peminat yang pelbagai. Ada yang sekadar suka menjadikannya barang per­hiasan dan ada pula yang menjadikannya produk kegunaan harian.

Justeru, dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat, pembuat produk kraf bukan saja perlu kreatif, tetapi tahu bagaimana keluaran mereka mampu me­nepati cita rasa dan kehendak pengguna serta tidak sekadar terikat dengan gaya kon­vensional atau tradisional.

Penyunnbangekononll Di Terengganu, kraftangan bukan saja men­jadi produk pelancongan, tetapi menjadi antara penyumbang ekonomi kepada ke­banyakan penduduk di negeri ini. Ketulenan dan keaslian produk kraf negeri Pantai Ti­mur ini antara yang terbaik di negara ini.

Siapa berani menyanggah bahawa songket Terengganu antara yang terbaik. Ada hasil sulaman songket sutera negeri itu yang bo­leh dijual hingga ribuan ringgit. lni sekali gus membuktikan pembuat kraf di luar bandar masih mengutamakan seni dan kualiti.

Statistik terkini menunjukkan seramai 770 usahawan kraf di negeri itu berdaftar de­ngan Kraftangan Malaysia. Bidang tekstil

r--.. disertai 611 usahawan, hasil rimba (l08 usahawan), logam (37

--~ usahawan), aneka kraf (12 usahawan) dan

hasil tanah (tiga usahawan). Kraftangan Malaysia sentiasa memberi

pelbagai bantuan dan insentif kepada usa­hawan berkenaan supaya mereka dapat ber­saing dalam pasaran serta menyumbang kepada ekonomi negara.

Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk So­haimi Shahadan, berkata beliau sendiri tu­run padang berjumpa dengan usahawan kraf di seluruh negara menerusi siri jelajah untuk memahami masalah dihadapi me­reka selain memberi motivasi untuk mereka mengeluarkan produk berkualiti.

"Masalah utama yang kita kenal pasti ialah kemampuan menghasilk':m produk yang kreatif kerana ia memerlukan ketekunan dan kesabaran. Akibatnya, produk mereka tidak dapat dihasilkan dengan banyak atau dikomersiaikan.

"Untuk menghasilkan produk berkualiti dan kreatif, terlalu banyak masa diambil. Ada yang ambil mas a lebih dua minggu untuk hasilkan satu kepala keris. Ada pula usahawan yang meskipun dibekalkan per­alatan moden, rasa tidak selesa dan lebih suka menggunakan cara tradisional.

"Justeru, ~raftangan Malaysia sentiasa memikirkan kaedah untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti produk kraf ini kerana permintaan sentiasa bertambah dari sema­sa ke semasa," katanya.

Galak pertambahan produk kraf Sohaimi berkata, menerusi sesi jelajah ke seluruh negara itu, Kraftangan Malaysia da­pat mengumpulkan maklumat untuk di­analisis dan diambil tindakan bagi meng­galakkan pertambahan produk kraf.

Katanya, Kraftangan Malaysia tetap pro­aktif mempromosikan produk kraf selain menggalakkan usahawan menyertai . prog-

Sohaimi Shahadan

ram pameran untuk pendedahan serta men-dapat teknologi baru. .

"Saya lebih sukajika usahawan kita dapat fokus untuk menghasilkan produk premium iaitu produk terpilih yang orang tahu da­tangnya dari syarikat tertentu. Ada banyak produk batik daripada pengusaha tertentu menjadi produk kegemaran orang korporat. Ada banyak jenama yang sudah menjadi jenama premium.

"Saya yakin hasil jelajah ini akan me­ngumpulkan maklumat berbeza lantaran masalah yang dihadapi pengusaha adalah berbeza di setiap negeri. Produk dan ke­upayaan memperoleh bahan mentah ten­tunya berbeza.

"Kraf tangan lebih sesuai digerakkan di luar bandar kerana kos yang lebih rendah. Maka menerusi skim satu daerah satu in­dustri, usaha meningkatkan kualiti dan kuantiti produk kraf dapat digerakkan.

"Cuma selama ini pengusaha kraf agak

Page 2: Permintaan produk kraf tinggi - PNM...sulaman songket sutera negeri itu yang bo leh dijual hingga ribuan ringgit. lni sekali gus membuktikan pembuat kraf di luar bandar masih mengutamakan

11 OKTOBER 2013 ® ISNIN

lambat bertindak mere but peluang. Mereka sepatutnya perlu peka dengan segala bentuk insentif yang kerajaan tawarkan dan me­rebut semua peluang yang ada. Jika ada pengumuman mengenai geran tertentu un­tuk usahawan kecil, mereka perlu segera merebutnya, jangan harapkan bantuan Kraftangan Malaysia semata-mata," katanya ketika sesi jelajah ke Terengganu baru-baru ini.

Di Terengganu, tumpuan sedang dibe­rikan untuk meningkatkan kemampuan pe­ngeluaran produk dalam bidang anyaman mengkuang, batik, tembaga dan tenunan songket.

Insentif kepada pengusaha produk kraf Selaras dengan pelaksanaan untuk mening­katkan potensi produk kraf, Kraftangan Ma­laysia juga menyalurkan insentif seperti pembinaan bengkel bam, menaik taraf bengkel sedia ada, pembelian mesin jentera dan pembelian peralatan kerja.

Sepanjang 2012 saja, seramai tiga usa­hawan di Terengganu memperoleh bengkel, manakala 12 lagi diberikan insentif ber-

------------------_ .. _-----.

Anyaman beg mengkuang memerlukan ketelitian yang tinggi serta kreatif. [FOTO ASWADI

bentuk me sin, jentera dan peralatan kerja. Dalam konteks nasional, Kraftangan Ma­

laysia melaksanakan pelan strategik 2012-2016·untuk membolehkan industri krafme­nyumbang kepada pendapatan negara de­ngan nilai sasaran pasaran sehingga RM1 bilion.

Beberapa bidang sudah menunjukkan prestasi cemerlang melebihi sasaran dengan bidang logam mencatat 146 peratus pening­katanjualan kepada RM44. 7 juta berbanding sasaran RM30.6 juta.

Produk hasil tanah pula melebihi sasaran jualan sehingga 174 peratus, manakala be­berapa produk kraf lain melebihi sasaran sebanyak 38 peratus. Secara puratanya, hasil jualan produk kraf tahun lalu mencecah RM341.8 juta berbanding sa saran sebanyak RM340juta.

Produk

RENCANA 0 27

Kekangan tenaga mahir hasH produk berinovasi

C abaran utama pengusaha kraf bu­kanlah untuk memasarkan pro­duk, tetapi menghasilkan produk

berkualiti dalam kuantiti yang ba­nyak.

Semakin hari semakin kurang me­reka yang mahir atau sedia bekerja dalam bidang pengeluaran produk seni sehingga sukar untuk pengusaha kraf memenuhi permintaan dari dalam dan luar negara. _

Kekangan tenaga mahir inilah yang membantutkan usaha

rna, untuk meqjadikan produk ini men­dapat tempat, penggunaan warna mes­tilah kontemporari, tidak boleh terlalu bersifat tradisional.

"Sebenarnya, orang Malaysia pun su­dah mahukan produk kraf bercorak kontemporari. Gabungan warna yang kreatif semakin mendapat tempat. Ke­rana itulah kami perlu lebih kreatif dan inilah cabaran utama untuk memper­banyakkan produk," katanya yang su­dah mula mengusahakan kraf sejak

1988. Masalah sarna diha­mereka menghasilkan

produk berinovasi atau keluar daripada reka co­rak sedia ada. Mujurlah Kraftangan Malaysia te­rutama di cawangan ne­geri sentiasa membantu berkongsi idea dan reka­an bam.

Jika pengusaha kraf mampu menghasilkan produk dalam kuantiti ba­nyak, usaha untuk mem­promosikan hasil kraf ke peringkat antarabangsa bukan sesuatu yang sukar kerana ~taan serna­kin banyak.

Hakikat ini dibuktikan Khadijah Yong, 61, yang mampu mengeksport produknya ke luar nega­ra bagi memenuhi per­mintaan yang tidak per­nah putus.

"Orang mudD tidok minot sedongkon permintoon songot bonyok. Yang tingga/ sekarang kebanyakannya generasi lama, mungkin kerana kerja kraf tangan ini sukar dan teliti"

dapi hampir semua pe­ngusaha kraf. Produk berkualiti, mendapat permintaan tinggi, te­tapi penghasilannya perlahan dan tidak ba­nyak.

"Untuk dapatkan pe­kerja sangat susah. Kita sudah latih mereka, te­tapi mereka tidak suka kerja lama. Orang mu­da tidak minat sedang­kan permintaan sangat banyak. Yang tinggal se­karang kebanyakannya generasi lama, mung­kin kerana kerja kraf tangan ini sukar dan : teliti. + Hasmah Ismail

Pengusaha produk anyaman mengkuang

"Tangan akan sakit­sakit, tetapi pendapa­tan lebih tinggi dari ker-

Halangan penuhi permintaan "Meskipun permintaan sangat banyak, kemampuan kami untuk menghasil­kan produk dalamjumlah yang banyak menjadi halangan utama. Kebanyakan kerja kraf adalah kerja tangan yang memerlukan ketelitian.

"Produk kraf tangan ini boleh di­katakan eksklusif kerana tidak diha­silkan secara perkilangan. Fokus saya adalah menggunakan bahan tempatan dan tenaga kerja di kampung. .

"Di luar negara, produk kraf tangan kita menjadi produk yang bukan se­kadar untuk dipamerkan. Contohnya, di Jepun, produk alas pinggan men­dapat permintaan menggalakkan. Ada juga syarikat teh yang menggunakan anyaman mengkuang untuk dijadikan bekas teh. Maksudnya, produk kita di­gunakan dan terkenal di sana.

"Biasanya, beg daripada mengkuang turut mendapat permintaantinggi. Cu-

ja kilang. NamlJ,I1, orang muda di kampung lebih suka kerja ~ kilang. Itulah masalah kami," kata Has­mah Ismail, 52, yang mengusahakan produk anyaman mengkuang.

Tiada generasi baru berminat Pembuat replika bot di Pulau Duyung, Johari Hamzah, 48, juga berdepan ma­salah yang sarna .kerana tidak ada ge­nerasi bam yang sedia bekerja dengan­nya sedangkan harga jualan satu bot boleh mencecah RM10,000.

"Bukan mudah untuk siapkan satu bot. Selalunya, paling kecil yang ber­nilai RM10,000 siap dalam mas a tiga bulan. Permintaan banyak, tetapi peng­hasilannya perlahan. Jika ada tenaga muda, mungkin lebih produktif.

"Pernah dulu ada beberapa pekerja diajar dan menerima gaji, tetapi se­lepas setahun dua, mereka berhenti dan cari kerja lain. Inilah kerumitan utama dalam penghasilan produk kraf," katanya.

kain tenun Terengganu berkualiti tinggi. [FOTO ASWADI

ALIAS/ BH)